BM PEM thn 6A
-
Upload
aisyah-zainudin -
Category
Documents
-
view
265 -
download
10
description
Transcript of BM PEM thn 6A
011
SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG
__________________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU PEMAHAMANTAHUN 6
MASA : 50 minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan .
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, atau D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
1
SULIT011Bahasa MelayuPemahamanSKSeptember201450 minit Lima puluh minit
011
Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti dengan tiga pilihan jawapab A, B dan C atau empat pilihan jawapannya A,
B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan
jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu
pilih.
Soalan 1 hingga soalan 18
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ______________ bertugas di
hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.
A. Beliau
B. Saya
C. Dia
D. Aku
2 “Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga ______________ ,” kata Dayang
kepada Laksamana.
A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda
2
011
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Ramlan sedang ______________ air dari anak sungai berhampiran dengan kebunnya.
kepada Laksamana.
A. mengangkat
B. mencedok
C. mengaut
D. menadah
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Papan yang sedang ______________ itu hendak dibuat sarung parang.
A. dilorek
B. dipahat
C. digosok
D. diketam
5 Nanda menekan loceng bas apabila ______________ tiba di pasar tani.
A. jauh
B. hampir
C. jarang
D. nyaris
3
011
6 Nenek ______________ akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung.
A. gembira
B. rindu
C. segan
D. hormat
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 Pencemaran air di sungai itu bertambah ______________ kerana tidak mendapat kerjasama
daripada penduduk.
A. buruk
B. sarat
C. remeh
D. tegang
8 Leong ______________ datang ke hadapan kelas apabila dipanggil oleh Cikgu Kamal.
A. awal
B. ligat
C. cekap
D. segera
4
011
9 Hafiz telah mendapat pekerjaan ______________ dia berjanji kepada keluarganya untuk
membiayai persekolahan adiknya ________________ dia mampu.
A. dan … selagi
B. maka … sehingga
C. ketika … sekiranya
D. kerana … sementara
10 ______________ pihak lawan cuba merampas bola itu ________________ . Rokiah, dia
melemparkan kepada Hanim.
A. ketika … dari
B. Apabila … daripada
C. Tatkala … kepada
D. Semasa … pada
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Kerja-kerja ______________ pejabat lama itu sedang ______________ secara gotong-
royong.
A. dikosongkan … dijalani
B. mengosongkan … dijalani
C. kekosongan … dijalankan
D. pengosongan … dijalankan
5
011
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12 Bangunan itu terbakar kerana terkena ______________ petir pada petang semalam.
A. pancaran
B. panahan
C. silauan
D. sinaran
13 Seseorang pengarang akan sentiasa mencari idea-idea baharu dalam ______________
sesebuah karya.
A. penghasilan
B. dihasilkan
C. berhasil
D. hasilan
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.
14 Bingkai cermin hiasan yang diperbuat daripada kayu jati itu mempunyai ______________
yang unik.
A. seni reka
B. seni bina
C. seni ukir
D. seni lukis
15 Semua peserta pertandingan perahu layar itu ______________ mengawal perahu masing-
6
011
masing.
A. berulang-alik
B. bertungkus-lumus
C. terumbang-ambing
D. terpontang-panting
16 Tukang kayu itu sedang mengukur sudut meja menggunakan ______________.
A. kekuda
B. jejari
C. sesiku
D. tetupai
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Terdapat se ______________ tepak sirih dan se _______________ di atas meja itu.
A. buah … bilah
B. bentuk … buah
C. kapur … pasang
D. ikat … batang
18 Lee Mei Guan mendapat ______________ setelah memenangi peraduan teka silang kata.
A. gaji buta
B. duit kopi
C. wang saku
D. durian runtuh
19 Dia telah mengemukakan usul dalam mensyuarat itu.
7
011
Pilih perkataan seerti bagi usul.
A. rumusan
B. cadangan
C. keterangan
D. rancangan
20 Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba. Pilih perkataan berlawan bagi terpadam.
A. menyala
B. bersinar
C. bersilau
D. mengelip
Soalan 21 – 22
21 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .
I. Selepas hujan, air sungai itu mengalir deras.
II. Rakan-rakan Siti mengaguminya keras deras berpidato.
III. Pandangannya yang deras, sering mendapat perhatian rakan-rakan sekelasnya.
IV. Larian Amin tidak begitu deras kerana baru sahaja pulih daripada demam.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
22 I. Gadis itu lahir dalam keluarga pencinta seni.
II. Kata-kata itu lahir daripada perasaannya yang ikhlas.
III. Pokok itu lahir daripada benih yang ditanam seminggu yang lalu.
IV. Idea itu lahir hasil daripada perbincangan kami semalam.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah .
8
011
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin
murid?
A. Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program yang boleh meningkatkan tatatertib
murid.
B. Murid-murid haruslah mematuhi segala peraturan. Yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
C. Penglibatan murid dalam pelbagai program membantu mengatasi masalah-masalah disiplin.
D. Banyak langkah yang diadakan untuk meningkatkan disiplin murid di sekolah.
24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah .
Sejak bilakah mak cik mula menganyam tudung saji?
A. Rasa-rasanya ketika kecil lagi, mak cik sudah mula menganyam tudung saji.
B. Mak cik belajar menganyam tudung saji daripada ibu mak cik.
C. Sudah lama benar mak cik belajar menganyam tudung saji ini.
D. Mak cik belajar menganyam tudung saji ini dari dulu hingga sekarang.
25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah .
Adira berkenalan dengan kawan baiknya Hafizah sewaktu bercuti di Port Dickson.
A. Bagaimanakah Adira mengenali dengan kawan baiknya Hafizah?
B. Bilakah Adira berkenalan dengan kawan baiknya, Hafizah?
C. Apakah yang Adira lakukan sewaktu bercuti di Port Dickson?
D. Siapakah yang mengenali Adira sewaktu bercuti di Port Dickson?
Soalan 26 – 27
9
011
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 Murid-murid boleh mencari maklumat dan menambah ilmu pengetahuan dengan melayari
internet.
A. Murid-murid yang melayari internet boleh mencari maklumat dan meningkatkan ilmu
pengetahuan.
B. Pencarian maklumat melalui internet akan bertambah kepada murid-murid yang berilmu
pengetahuan.
C. Internet memudahkan pencarian maklumat dan meningkatkan ilmu pengetahuan murid-
murid.
D. Melayari internet boleh meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid dalam pencarian
maklumat.
27 Seni pertahanan diri dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental seseorang.
A. Seni pertahanan diri dapat menjadikan badan sihat dan membentuk jati diri.
B. Kesihatan diri dan ketabahan hati dapat ditingkatkan melalui seni pertahanan diri.
C. Seni pertahanan diri dapat menjadikan tubuh sihat dan otak cerdas.
D. Tubuh badan yang kuat dan bersemangat tinggi dapat dibentuk melalui seni pertahanan
diri.
Soalan 28 – 30
Pilih ayat yang betul.
28 A. Sampah-sarap ini berpunca dari sikap orang ramai.
B. Bakri belajar sekelas dengan Hanny semasa di Sarawak.
C. Malaysia sangat terkenal di dalam sukan badminton.
D. Dia bekerja keras demi untuk negara.
29 I. Hariz mendengar muzik tatkala membuat latihan Matematik.
II. Adik menangkap ikan sambil memasukkan ikan itu ke dalam akuarium.10
011
III. Nelayan-nelayan pantai timur tidak turun ke laut takut mengharungi ombak besar.
IV. Faiz menggilap motosikalnya semoga berkilat.
A. I dan III
B. I dan IV
C. I1 dan III
D. II dan IV
30 I. Profesor Farez cendekiawan yang dihormati di universiti itu.
II. Semua penduduk di kawasan perumahan itu sentiasa bekerjasama.
III. Tiap hari Encik Rizal bersenam dengan isterinya di taman bunga.
IV. Puan Mahani menghantar keretanya yang rosak kepada bengkel untuk dibaiki.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I1 dan III
D. III dan IV
Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
11
011
Yang saya hormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Encik Irfan bin Zain, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Tenggara, yang saya hormati Encik Azmi bin Fazli, Pengerusi Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan pengawas sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana mengundang saya ke majlis ini.
Hadirin yang saya hormati,
Saya mengucapkan tahniah kepada semua pengawas kerana Berjaya mengikuti kursus ini
yang diadakan buat julung kalinya. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti
ceramah motivasi, latihan pengucapan umum, pengurusan masa, aktiviti keagamaan dan sukaneka.
Saya berharap agar semua peserta telah diberi pendedahan tentang tatacara menjalankan
tugas. Oleh itu, para pengawas lebih bertanggungjawab dan yakin untuk menjalankan tugas
masing-masing. Saya percaya bahawa saudara dapat membantu pihak sekolah utnuk menjaga
kebersihan dan memastikan bahawa murid mematuhi peraturan sekolah.
Saya menyeru semua pengawas supaya menjaga penampilan diri, kesihatan dan cara
berkomunikasi untuk menunjukkan sikap serta sahsiah yang terpuji. Dengan ini, saudara akan
lebih dihormati dan disegani.
Saya amat menghargai usaha pihak sekolah kerana Berjaya mengadakan kursus ini bagi
membentuk pengawas yang berwibawa. Harapan saya agar kursus seperti ini diadakan lagi pada
masa yang akan datang. Akhir kata, selaku Pegawai Pelajaran Daerah, saya merasmi Majlis
Penutupan Kursus Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Tenggara.
Sekian, terima kasih.
31 Aktiviti yang tidak diikuti oleh pengawas sekolah ini ialah ……..
A. pengurusan masa.
12
011
B. ceramah motivasi.
C. Penjagaan kesihatan.
D. Latihan pengucapan umum.
32 Pegawai Pelajaran Daerah menyeru pengawas sekolah agar dapat
A. menghadiri kursus pada masa akan datang.
B. menunjukkan sikap dan peribadi yang baik.
C. menjaga kebersihan persekitaran sekolah.
D. menjaga disiplin murid-murid sekolah.
33 Apakah tujuan kursus pengawas sekolah ini diadakan?
A. Memberikan peluang pihak sekolah mengadakan aktiviti tahunan
B. Mengenali Pegawai Pelajaran Daerah dengan lebih dekat
C. Memastikan peraturan sekolah dipatuhi
D. Melahirkan pengawas yang berkebolehan
34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan?
A. Pengawas yang berperibadi baik lebih dihormati.
B. Pengawas mengikuti pelbagai aktiviti semasa berkursus.
C. Pengawas diminta supaya memberikan pendedahan kursus kepada murid lain.
D. Pengawas diharapkan supaya lebih berkeyakinan selepas mengikuti kursus.
35 Maksud frasa tatacara menjalankan tugas dalam petikan ialah
A. tindak tanduk yang dapat diteladani.
B. susunan atur cara yang perlu diteladani.
C. Perkara yang perlu diikuti semasa bekerja.
D. Peraturan semasa melaksanakan tanggungjawab.
Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
13
011
Nama saya ialah Raleigh. Saya berasal dari sebuah kilang yang terkemuka di dunia iaitu di London. Badan saya diperbuat daripada aloi. Badan saya juga dibentuk dengan jentera yang termoden. Setelah badan saya siap, badan saya dicat dengan warna kebiru-biruan supaya saya kelihatan cantik.
Setelah badan saya siap dicat, dipasangkan pula dua buah roda sebagai kaki saya untuk berjalan-jalan, kemudian saya pun dihantar ke pelabuhan di England untuk dihantar ke Malaysia. Di pelabuhan, saya lihat ramai kawan saya seperti BMX, Chopper, dan lain-lain lagi sedang menunggu kapal yang akan membawa kami ke Malaysia. Akhirnya, kapal yang kami tunggu tiba. Kami semua diangkut dengan kren ke atas kapal itu.
Di Malaysia, saya dibeli oleh seorang pekedai bernama Zubir. Di kedai itu, saya diletakkan di suatu sudut yang istimewa. Ramai orang dating ke kedai itu. Mereka memuji kecantikan dan kegagahan saya.
Antara mereka ada seorang pemuda bernama Idham dating berjumpa dengan tuan pemilik kedai itu untuk membeli basikal. Dia menyuruh Idham memilih basikal yang hendak dibelinya. Idham menghampiri saya dan meneliti setiap sudut saya dan akhirnya memilih saya. Saya dibeli dengan harga seribu lima ratus ringgit.
36 Antara berikut, yang manakah bukan basikal?
A. Modenas
B. Raleigh
C. BMX
D. Chopper
37 Dari manakah asal basikal Raleigh dalam cerita ini?
A. Kuala Lumpur
B. England
C. Singapura
D. Jepun
38 Apakah proses terakhir bagi menyiapkan basikal Raleigh?
A. Badan basikal dicat
B. Meletakkan nama basikal
14
011
C. Dihantar ke pelabuhan untuk dieksport
D. Pemasangan dua roda basikal
39 Kenyataan di bawah adalah kenyataan yang betul mengenai proses menyiapkan basikal.
A. Menyiapkan badan, dicat dan pemasangan roda
B. Pemasangan roda dan mengecat badan basikal
C. Melekatkan nama basikal dan mengecat
D. Mengecat dan meletakkan nama basikal
40 Apakah kehebatan basikal Raleigh yang diceritakan dalam cerita ini?
A. Bergaya dan tampan
B. Hebat dan gagah
C. Cantik dan gagah
D. Menawan dan laju
KERTAS SOALAN
15