Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

download Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

of 17

Transcript of Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    1/17

    BiodataTun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais,Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan

    anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed

    Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang

    didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau

    didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk

    memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup

    dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang

    keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai

    nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkanoleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947

    bertajuk Malay Women Make Their Own Freedom (Wanita Melayu

    Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16

    Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa

    pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan

    dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke

    pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia

    Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara

    'Harimau Ekonomi Asia'.Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia danantarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis

    Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga

    dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi

    krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu

    oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut

    dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau

    menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah

    kepada penilaian mana-mana pihak.

    Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung

    isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi.

    Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai

    alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya

    menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).

    Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan

    dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan

    media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau

    oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    2/17

    sepanjang karier politiknya terutama berhubunng Akta Keselamatan

    Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang

    hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan

    ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat

    lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega')

    yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan

    Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang

    Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC),

    Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

    Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah

    Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

    Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana

    berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baruyang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22

    tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin

    kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara

    selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

    Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan

    Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari

    dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-

    undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaantersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-

    undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung.

    Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan

    Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di

    bawah bidang kuasa mereka.

    Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa

    Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan

    penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana

    Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau

    dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan

    Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut.

    Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi

    dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana

    Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas

    isu yang sama.

    Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali

    sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    3/17

    (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR

    hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan

    hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya

    memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi

    oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapunberjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum

    Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar

    antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

    Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti

    UMNO. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan

    terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang

    Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO

    kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagaiPresiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga

    membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain.

    Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan

    1,000 orang di Alor Star, Kedah.

    Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO

    berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak

    Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah

    tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan

    dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yangjuga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu

    berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah

    menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari

    UMNO.

    Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan

    perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata

    'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula

    harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep

    'Mahathirisme' sudah berlalu.

    Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai

    Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama

    isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah

    menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara

    tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

    Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan

    keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO

    semakin dipulihkan. Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    4/17

    pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital

    Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

    Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut

    Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah

    arteri tersumbat.Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di

    Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

    Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani

    pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam.

    Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya

    Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk

    Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar

    Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof.

    Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arterikali ke-2.

    Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit

    Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82

    tahun.

    Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir

    telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan

    selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh

    pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne

    bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusiaanjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    5/17

    PendidikanDr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu SeberangPerak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya

    melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini

    dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun

    1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di

    Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan

    dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia

    Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada

    tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran

    Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII,Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda

    Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas

    mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital

    Besar Pulau Pinang, Malaysia.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    6/17

    Laluan PolitikDr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang manabeliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.

    Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang

    yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti

    Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan

    tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang

    mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

    apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam

    pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas

    penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapatdengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya

    tersebut.

    Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih

    sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti

    Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau

    menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan

    Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa,

    dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa

    beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapaikerusinya.

    Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada

    keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas

    pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam

    suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26

    September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

    Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema

    Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah

    dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada

    tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr

    Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya[11]

    Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

    masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai

    senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada

    pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding.

    Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran

    dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada

    tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976,

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    7/17

    Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut

    dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai

    timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang

    disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi

    Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk

    Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir

    sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi

    Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu

    sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir

    bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi

    sebagai penggantinya.

    Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei

    2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilangkeyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi .

    Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009,

    Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai

    jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli

    0000001 dikekalkan.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    8/17

    Kerjaya dan KeluargaPada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawaiperubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun

    1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti

    Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat

    cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak

    angkat. Anak-anak beliau adalah:

    Marina Mahathir

    Mirzan Mahathir

    Melinda Mahathir

    Mokhzani MahathirMukhriz Mahathir

    Maizura

    Mazhar

    Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk

    membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku

    Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang

    membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu

    terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke

    1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehinggasekarang.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    9/17

    Hasil Penulisan

    BukuThe Malay Dilemma (1970) ISBN 981-204-355-1

    The Challenge,(1986) ISBN 967-978-091-0

    Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the

    Challenge of Change into the 21st century (1989) ISBN 981-3035-

    49-8

    The Pacific Rim in the 21st century,(1995)

    The Challenges of Turmoil, (1998) ISBN 967-978-652-8

    The Way Forward, (1998) ISBN 0-297-84229-3A New Deal for Asia, (1999)

    Islam & The Muslim Ummah, (2001) ISBN 967-978-738-9

    Globalisation and the New Realities (2002)

    Reflections on Asia, (2002) ISBN 967-978-813-X

    The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened,(2003)

    ISBN 967-978-756-7

    Achieving True Globalization, (2004) ISBN 967-978-904-7

    Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006) ISBN 983-3698-03-4

    Principles of Public Administration: An Introduction, (2007) ISBN978-983-195-253-5

    Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008) ISBN 967-

    969-589-1

    A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad,

    (8 Mac 2011) ISBN 978-967-599-722-8

    Penulisan blogBeliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM,

    dengan penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun,

    blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan

    selamat simpanannya.[18]

    Kini blog beliau terletak dihttp://chedet.cc/blog/.

    http://chedet.cc/blog/http://chedet.cc/blog/http://chedet.cc/blog/
  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    10/17

    Garis Masa1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.

    1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

    1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

    1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward

    (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

    1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star,Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

    1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya

    sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.

    1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti

    Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji

    Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat

    12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

    1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

    1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.

    1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya

    pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau

    dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau

    mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi

    dalam pilihanraya;

    Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,

    berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;

    Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.

    1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk

    "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan

    serentak.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    11/17

    1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;

    Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia

    (FIMA).

    1973: Dilantik sebagai senator.

    1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;

    Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya

    1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;

    Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

    1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas

    memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

    1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.

    1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun

    Hussein Onn pada 15 September;

    Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri

    Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);

    1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana MenteriMalaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun

    Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

    Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986)

    disamping memegang jawatan Perdana Menteri;

    Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan

    Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-

    nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");

    Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia

    untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;

    Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;

    Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)

    Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie

    Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham

    London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang

    200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.

    1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-

    sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau

    Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    12/17

    pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-

    masing;

    Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.

    1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TimbalanPerdana Menteri pada 27 Februari;

    Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;

    Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang

    jawatan Perdana Menteri;

    Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan

    rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.

    1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan

    Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri

    Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.

    1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun

    Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata

    tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah

    Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah

    Tinggi);

    1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 -

    Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.

    1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana

    Menteri;

    Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan,

    selepas peristiwa Douglas Gomez;

    Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia

    merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai

    seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri

    Persidangan APEC.

    1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya

    mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.

    1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam

    kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    13/17

    Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan

    kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;

    Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore,

    Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara

    Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan olehMalaysia.

    Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan

    Perdana Menteri;

    Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

    (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;

    Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai

    88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;

    Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

    1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping

    memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami

    Krisis Ekonomi 1997;

    Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang

    memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia

    Malaysia.

    2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5

    Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

    2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan

    mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

    Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam

    Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat

    penangguhan selama 18 bulan.

    2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober,

    2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi,

    sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama

    22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara

    Asia yang paling lama perkhidmatannya;

    Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di

    Malaysia.

    2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.)

    membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    14/17

    PenghargaanTerlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

    penghargaan kepada keluarga saya atas sokongan dan tunjuk ajar.

    Terutamanya kepada bapa saya, Lee Chee Kee, yang telah banyak

    memberi bantuan kepada saya sepanjang jalan untuk menyiapkan folio

    ini. Selain itu, beliau juga banyak memberi sumbangan dari segi

    kewangan bagi menyiapkan folio ini

    Saya juga ingin merakamkan ribu-ribuan terima kasih kepada guru

    sivik saya, Puan Nor Hasliza binti Ibrahim atas segala bimbingan dandorongan yang beliau telah berikan. Malahan beliau juga banyak

    membantu saya dengan memberi maklumat yang berguna.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan

    sekelas saya iaitu, Loo Qing Yuan (Aaron) dan Fakhrul Azfar dan

    kerana banyak membantu saya dari segi pencarian maklumat. Bahkan

    mereka juga banyak membantu saya dengan berkongsi maklumat

    berkaitan tajuk folio ini.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    15/17

    Objektif KajianBagi menyiapkan Folio Sivik dan Kewarganegaraan ini , saya telah

    menetapkan satu objektif yang paling penting bagi saya, iaitu untukmengetahui dengan lebih lanjut tentang tokoh tersebut, iaitu Tun Dr.

    Mahathir. Dengan melakukan sebegitu, saya telah sedar akan

    pengorbanandan jasa beliau terhadap negara Malaysia.

    Tambahan pula, saya dapat menjadikan kegigihan tokoh ini dalam

    mencapai sesuatu kejayaan sebagai pedoman dan panduan untuk terus

    berjuang untuk negara saya. Secara tidak langsung, saya juga dapat

    mempelajari bagaimana beliau mentadbir Negara dengan baik. Dengan

    itu saya juga dapat mengetahui sumbangan idea yang beliaubentangkan bagi memajukan negra kita.

    Akhir sekali, saya dapat menanamkan rasa bangga terhadap negara

    Malaysia. Saya tidak akan melakukan apa-apa untuk menjejaskan

    nama baik negara ini. Sebaliknya, saya akan mengambil pengorbanan

    tokoh tersebut sebagai inspirasi untuk mengharumkan nama Malaysia

    dengan lebih lagi.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    16/17

    Kaedah KajianBagi memperoleh maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan folio

    ini, saya telah menggunakan kaedah pembacaan. Saya telah membaca

    beberapa majalah berkaitan yang mengandungi informasi tentang tokoh

    ini, dan telah berjaya memperoleh maklumatyang banyak dan tepat.

    Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan kaedah lisan.

    Saya telah menemuramah bapa saya, Lee Chee Kee. Ternyata, beliau

    banyak mengetahui tentang tokoh ini kerana beliau telah pun lahir

    sebelum Tun Dr. Mahathir mentadbir Negara ini. Oleh itu, beliau

    telah banyak membantu saya dengan memberitahu saya tentang lebihlanjut tentang tokoh ini. Beliau juga tidak lokek berkongsi maklumat

    dengan saya berkaitan Tun Dr. Mahathir berkaitan naik turun semasa

    pentadbirannya.

    Terakhir, saya telah menggunakan kaedah melayari internet. Saya

    telah berjaya menemui beberapa laman web yang mengandungi banyak

    maklumat tentang tokoh tersebut. Selain itu,saya juga menemui

    beberapa gambar yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini.

  • 8/11/2019 Biodata Tun Dr. Mahathir (Sivik Project)

    17/17

    Senarai Rujukan

    1)

    Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

    http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad

    2)BukuDoctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad,

    March 2011 ISBN :9789675997228.