Biodata Penulis.pdf
Transcript of Biodata Penulis.pdf
B i o d a t a P e n u l i s | ii
BIODATA PENULIS
■ Mazlini Adnan
Mazlini Adnan ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah
Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik dari Universiti
Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Matematik) dari Universiti Malaya.
Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Menengah hampir 4 tahun dalam
bidang Matematik dan Matematik Tambahan sebelum menyertai UPSI sebagai tutor pada tahun
2003. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kepercayaan dan pengetahuan konseptual dalam
matematik.
■ Azhar Ahmad
Azhar Ahmad merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains Dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memperolehi Ijazah Sarjana dan Ijazah
Doktor Falsafah dalam bidang Matematik Gunaan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum
itu, telah dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Matematik) daripada
Universiti Malaya (UM). Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai guru sekolah
menengah, pensyarah kolej matrikulasi serta pensyarah institut perguruan sebelum menyertai
UPSI pada tahun 2003.
■ Norhayati Ahmat
Norhayati Ahmat merupakan seorang pensyarah kanan Matematik di Fakulti Sains dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Matematik Industri dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002. Seterusnya
pada tahun 2004, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Brunel University, United Kingdom
dan menerima MSc in Computational Mathematics with Modelling. Beliau telah dianugerahkan
Doktor Falsafah dari University of Bradford, United Kingdom pada tahun 2012. Kepakaran beliau
adalah dalam bidang matematik gunaan yang lebih tertumpu kepada permodelan geometri.
■Nor Aida Zuraimi Md Noar
Nor Aida Zuraimi Md Noar merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti
Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki
Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik Gunaan dari Brunel
University, London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Matematik Industri) dari Universiti
Teknologi Malaysia. Beliau menyertai UPSI sejak tahun 2002 bermula sebagai tutor. Kepakaran
beliau adalah dalam bidang pengaturcaraan dinamik bendalir.
■ Norsida Hasan
Norsida Hasan ialah seorang pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Sains
(Matematik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan
(Pengiraan Matematik dan Rekabentuk Geometri Berbantu Komputer) dari Universiti Sains
Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai tutor sambilan di Universiti Terbuka
Malaysia (OUM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perlombongan data.