BILANGAN 30 OGOS 2016
Transcript of BILANGAN 30 OGOS 2016
1 7 Ogos – Bertempat di Dewan SK Beseri, majlis
pelancaran Bulan Kebangsaan dirasmikan oleh tuan
Guru Besar dengan acara memotong riben dan
seterusnya gimik perarakan kontijen unit berunifom
menyerahan Jalur Gemilang kepada Tuan Guru Besar.
Majlis berjalan lancar dan meriah dengan nyanyian lagu
patriotik oleh kumpulan koir, pertandingan pakaian
beragam patriotik, karaoke lagu patriotik, pertandingan
mewarna murid Tahap 1 dan melukis poster oleh murid
Tahap 2 bersama Persatuan Pelukis Perlis.
PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2016 PERINGKAT SEKOLAH
SEJAK 1924
OGOS 2016 BILANGAN 30
PERATUS
KEDATANGAN MURID
(BULAN OGOS 2016)
KELAS PERATUS
TAHUN 1 89.8%
TAHUN 2 89.8%
TAHUN 3 90.8%
TAHUN 4 90.7%
TAHUN 5 94.7%
TAHUN 6 91.4%
Purata Keseluruhan :
91.4 %
Jumlah Murid:
421 orang
SIDANG PENGARANG
Penasihat
En. Nordin bin Abdullah
Guru Besar SK Beseri
Ketua Pengarang
Pn. Suhaila Yusoff
Pen. Ketua Pengarang
Pn. Faradilah Hamzah
EDITOR
Cik Che Roha Che Hanafi
Pn. Rosmarina Mahmud
En. Zamzuri Yahya
Hubungi Kami:
Telefon : 04-9381516
Facebook : www.facebook.com/
bridgetbestariskbeseri
Laman Web :
www.skbeseri.edu.my
6 OGOS- Parlimen Padang Besar telah mengadakan satu karnival bola sepak untuk
memilih pemain dalam kalangan murid Tahun 3 dan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan
Beseri untuk diberi pendedahan awal dalam sukan bola sepak. Seramai 9 orang
murid telah terpilih dalam pemilihan tersebut.
Wakil UMNO Parlimen Padang Besar iaitu Encik
Mohd Rafie bin Ibrahim dan Encik Wan Mohd
Firdaus bin Wan Zainol bertanggungjawab
memilih murid-
murid tersebut.
PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK ANJURAN UMNO PARLIMEN
PADANG BESAR
12 OGOS- Bertempat di Bilik Kuliah SK Beseri, satu program
perjumpaan waris Tahun 6 telah dijalankan untuk kali yang ke
-3. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan
hubungan dua hala di antara guru dan ibu bapa murid
Tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam
UPSR. Perjumpaan ini diadakan juga untuk melaporkan
keputusan Percubaan UPSR dan persediaan menghadapi
UPSR pada 5 hingga 8 September 2016.
PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6
Muka Surat 2
SUARA BESERI BILANGAN 30/OGOS 2016
17 Ogos- SK Beseri telah terpilih untuk mewakili negeri Perlis ke pencalonan
Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Dua orang
pegawai penilai di peringkat kebangsaan telah disambut oleh barisan
pentadbiran dan dibawa mengikuti perasmian Pelancaran Bulan
Kebangsaan di Dewan SK Beseri. Selepas itu, pegawai-pegawai penilai telah
ditayangkan video mengenai Pusat Sumber Sekolah dan dibawa melawat
persekitaran sekolah. Pada sebelah petang, pegawai-pegawai berkenaan
membuat penilaian dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
TARGET UPSR 2016
CALON UPSR GPS LULUS
KESELURUHAN 6A
80 ORANG 2.25 60 ORANG (75%) 15
ORANG
PENGHAKIMAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
KEM GEMPUR PECUT UPSR PKP PAYA
13-14 OGOS - Melibatkan seramai 289 orang murid dari 10
buah sekolah PKP Paya. Murid yang terpilih adalah dalam
kalangan murid GALUS (30-40 markah) dan murid POTENSI
CEMERLANG ( 70-80 markah) melibatkan semua subjek UPSR.
Kem yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi prestasi murid sebelum menghadapi
peperiksaan yang sebenar. Program ini turut dihadiri oleh
Timbalan Pengarah JPN, Encik Azman Bin Ghazali serta
pegawai-pegawai ikhtisas JPN yang lain.
20 Ogos- Bertempat di Timah Tasoh Lake Resort, program
pemantapan subjek-subjek teras UPSR telah diadakan yang
melibatkan semua murid Tahun 6 dari jam 8 pagi hingga 5
petang. Program dimulakan dengan sesi motivasi oleh Puan
Noraini Saad seterusnya disambung dengan perlaksanaan
bengkel berkumpulan mengikut slot subjek. Setiap panitia
teras telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbeza untuk
kumpulan.
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DI TIMAH
TASOH LAKE RESORT
JELAJAH JALUR GEMILANG 2016
27 Ogos- satu program yang disertai oleh 200 buah kereta
sempena Jelajah Jalur Gemilang antara GPMS Perlis bersama
GKKNPs adalah untuk menyemarakkan lagi semangat ke-
merdekaan dalam kalangan masyarakat di negeri ini. SK Beseri
sangat beruntung kerana terpilih sebagai salah satu destinasi
yang dikunjungi. Simbolik pembukaan ialah meletakkan plak
kemerdekaan dan Kibaran Jalur Gemilang di sepanjang
Bangunan A, SK Beseri.
BENGKEL SIFIR RIA
24 Ogos- bertempat di Dewan SK Beseri, satu program
Bengkel Sifir Ria untuk murid tahun 1 hingga tahun 5
diadakan. Program, ini bertujuan untuk memahirkan murid-
murid dalam sifir dan menggunakan teknik yang lebih mu-
dah. Program ini dikendalikan oleh Doktor Azarudin bin Md
Baki. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada
semua murid SK Beseri.
PERTANDINGAN SPELL IT RIGHT
28 Ogos, bertempat di SJKC Khoon Aik, dua orang murid SK
Beseri iaitu Nur Aina Farhani binti Mohammad Sallehuddin
dan Qistina Sarihah binti Mohammad Zamzuri telah terpilih
ke peringkat negeri. Mereka berjaya melepasi ujian bertulis
yang diadakan pada bulan April yang lalu. Mereka mendapat
saguhati semasa pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan
walaupun tidak mendapat tempat ketiga teratas, tetapi
mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi.