Bil 4 Jun Kajian Konkrit

download Bil 4 Jun Kajian Konkrit

of 9

Transcript of Bil 4 Jun Kajian Konkrit

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    1/9

    KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SEBAGAI BAHAN

    TAMBAH DALAM BANCUHAN KONKRIT

    ANIZA BT TAHIR

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekuatan mampatan konkrit dan tahap

    kebolehkerjaan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa. Perbandingan dilakukan di

    antara campuran konkrit biasa dengan campuran konkrit tempurung kelapa. Tiga jenis bancuhan

    konkrit, iaitu konkrit kawalan, konkrit yang ditambah dengan 5% tempurung kelapa dan konkrit

    yang ditambah dengan 10% tempurung kelapa telah disediakan. Ujikaji yang dijalankan adalah

    ujian runtuhan dan ujian mampatan. Daripada ujikaji yang dijalankan, ketiga-tiga bancuhan

    konkrit mengalami runtuhan benar. Untuk ujian kekuatan pula, konkrit kawalan menunjukkan

    kenaikan secara konsisten. Konkrit dengan tempurung kelapa 5% dan konkrit dengan tempurung

    kelapa 10% juga menunjukkan kenaikkan tetapi tidak melepasi konkrit kawalan.

    1.0 PENDAHULUAN

    Pada masa ini banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri dan tingkah

    laku sebenar konkrit Ini kerana, konkrit yang digunakan mempunyai sifat dan tingkat laku

    berbeza disebabkan pelbagai faktor. Faktor-faktor ini kebiasaannya akan menyebabkanperubahan yang drastik terhadap kekuatan dan ketahanlasakan konkrit. Keadaan ini seterusnya

    akan memberi masalah utama terhadap kestabilan dan keselamatan struktur konkrit. Di dalam

    keadaan sekarang, konkrit yang dihasilkan seharusnya mempunyai kualiti yang baik dari segi

    kekuatan, tahan lasak serta kebolehkerjaannya dan dalam masa yang sama mempunyai kos masa

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    2/9

    dan tenaga yang lebih efektif. Ini penting kerana faktor-faktor ini akan menyebabkan konkrit

    tetap terus digunakan sebagai komponen utama dalam bidang binaan dan kejuruteraan awam.

    Memandangkan salah satu komposisi yang mempengaruhi kekuatan konkrit ialah bahan

    campurannya, maka satu kajian dan penyelidikan terhadap bahan campurannya telah dikaji.

    Tujuannya ialah supaya menghasilkan konkrit yang lebih ringan daripada konkrit biasa. Hasil

    daripada itu, tempurung kelapa telah digunakan sebagai alternatif ke dalam bancuhan konkrit.

    1.1 Objektif Kajian

    1. Mengkaji kekuatan mampatan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa.2. Mengkaji tahap kebolehkerjaan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa.3. Membuat perbandingan di antara campuran konkrit biasa dengan campuran konkrit

    tempurung kelapa dari segi kekuatan mampatan dan kebolehkerjaan.

    1.2 Skop Kajian

    1. Nisbah bancuhan yang digunakan adalah 1:2:4.2. Tiga jenis bancuhan dilakukan iaitu konkrit kawalan, 5% tambah tempurung kelapa dan 10%

    tambah tempurung kelapa

    3. Tiga ujikaji dijalankan iaitu ujian runtuhan, ujian faktor angkadar kepadatan dan ujianmampatan kiub.

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    3/9

    3.0 METODOLOGI KAJIAN

    Rajah 3.1 Kerangka Operasi

    Mengenalpasti masalah

    Menjalankan kajian

    Konkrit kawalan Tambahan 10%

    tempurung

    Tambahan 5%

    tempurung

    Pengumpulan data

    Analisis

    Kesimpulan dan cadangan

    Mula

    Ujian KiubUjian Angkadar kepadatanUjian Runtuhan

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    4/9

    4.0 DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian adalah berdasarkan data-data yang diperolehi melalui ujian runtuhan, ujian faktor

    angkadar kepadatan dan ujian mampatan kiub.

    4.1 Ujian Runtuhan

    Ujian runtuhan dijalankan untuk mengukur kesenangan kerja yang paling praktis dan

    amat berguna untuk memeriksa kesegayaan dan ketetapan campuran konkrit di tapak bina [MS

    7.1: 1971]. Nisbah bancuhan yang digunakan dalam bancuhan konkrit ini ialah 1:2:4 manakala

    nisbah air-simen pula ialah 0.6. Data-data bagi keputusan bagi ujian runtuhan boleh dilihat pada

    Jadual 4.1.

    Melalui kajian yang dijalankan bagi ujian ini terhadap semua sampel, didapati setiap

    sampel telah menghasilkan runtuhan benar, iaitu 150-200mm. Ini menunjukkan bahawa setiap

    sampel konkrit yang dihasilkan mempunyai tahap kebolehkerjaan yang baik.

    Jenis Konkrit Ketetapan Kekuatan

    Runtuhan (mm)

    Keadaan

    Runtuhan

    Konkrit Kawalan Cair 150-200 Runtuhan Benar

    Konkrit dengan Tempurung

    Kelapa 5%

    Cair 150-200 Runtuhan Benar

    Konkrit dengan Tempurung

    Kelapa 10%

    Cair 150-200 Runtuhan Benar

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    5/9

    4.2 Ujian Faktor Angkadar Kepadatan

    Dalam kaedah ini, perkara yang diukur ialah darjah kepadatan atau nisbah ketumpatan konkrit

    yang diuji dengan ketumpatan konkrit yang sama, yang dipadatkan sepenuhnya (MS 7.1: 1971).

    Data-data bagi keputusan bagi ujian angkadar kepadatan boleh dilihat pada Jadual 4.2. Melalui

    ujian angkadar kepadatan, keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor mampatan

    yang diperolehi bagi semua sampel adalah melebihi 0.92. Keputusan yang diperoleh

    menunjukkan bahawa darjah kebolehkerjaan bancuhan adalah tinggi.

    Jadual 4.2: Keputusan Ujian Angkadar Kepadatan

    Bancuhan (1:2:4) Konkrit

    Kawalan (kg)

    Konkrit dengan

    Tempurung

    Kelapa 5% (kg)

    Konkrit dengan

    Tempurung

    Kelapa 10% (kg)

    Berat Silinder 2.605 2.605 2.605Berat Silinder + Konkrit

    Separuh Padat

    11.825 12.740 11.875

    Berat Konkrit Separuh

    Padat

    9.220 10.135 9.270

    Berat Silinder + Konkrit

    Betul-betul Padat

    12.070 12.675 11.805

    Berat Konkrit Betul-betul

    Padat

    9.465 10.070 9.200

    Faktor Mampatan 0.97

    (Cair)

    1.00

    (Cair)

    1.00

    (Cair)

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    6/9

    4.3 Ujian Mampatan Kiub

    Ujian Mampatan Kiub dibuat untuk mengetahui tahap kekuatan konkrit . kekuatan

    konkrit akan bertambah mengikut umurnya dan pertambahan kekuatan ini berterusan untuk

    beberapa ketika. Konkrit yang telah siap dibancuh dimasukkan kedalam acuan dan dibiarkan

    selama 24 jam untuk mengeras pada suhu bilik. Kemudian, konktit dikeluarkan dari acuan dan

    direndam dalam air selama 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Jadual 4.3 menunjukkan purata keputusan

    ujian mampatan kiub bagi ketiga-tiga jenis konkrit mengikut hari.

    Jadual 4.3 : Purata Bagi Keputusan Ujian Mampatan Kiub Bagi Konkrit Kawalan, Konkrit

    Dengan Tempurung Kelapa 5% dan Konkrit Dengan Tempurung Kelapa 10%

    Konkrit

    Hari

    Konkrit Kawalan

    (kg)

    Konkrit Dengan

    Tempurung Kelapa

    5% (kg)

    Konkrit Dengan

    Tempurung Kelapa

    10% (kg)

    7 14.377 15.693 17.963

    14 22.232 17.930 18.957

    21 26.083 20.390 19.747

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    7/9

    Kekuatan Mampatan (N/mm2

    )

    Rajah 4.3: Graf Kekuatan Mampatan Terhadap 7 hari, 14 hari dan 21 hari

    Keputusan ujian mampatan kiub bagi konkrit kawalan berumur 7 hari menghasilkan nilai

    kekuatan mampatan konkrit 14.377N/mm2. Pada umur 14 hari, nilai kekuatan mampatan konkrit

    sebanyak 22.232 N/mm2, manakala konkrit berumur 21 hari menghasilkan nilai kekuatan

    mampatan sebanyak 26.083 N/mm2.

    Bagi ujian mampatan kiub bagi konkrit dengan tempurung kelapa 5% yang berumur 7

    hari menghasilkan nilai sebanyak 15.693N/mm2

    . Nilai kekuatan mampatan konkrit sebanyak

    17.930 N/mm2

    pada umur 14 hari dan 18.957 N/mm2

    pada umur konkrit 21 hari. Untuk ujian

    mampatan kiub bagi konkrit dengan tempurung kelapa 10% menghasilkan kekuatan mampatan

    26.083 N/mm2

    pada umur 7 hari. Manakala bagi 14 hari dan 21 hari, konkrit menghasilkan nilai

    kekuatan mampatan sebanyak 20.390 N/mm2

    dan 18.707 N/mm2.

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    7 hari 14 hari 21 hari

    Konkrit Kawalan

    Konkrit dengan

    Tempurung Kelapa 5%

    Konkrit dengan

    Tempurung Kelapa 10%

    Hari

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    8/9

    Berdasarkan Rajah 4.3 graf bagi konkrit kawalan 7 hari, 14 hari dan 21 hari menunjukkan

    kenaikan kekuatan mampatan yang begitu konsisten. Graf bagi konkrit dengan tempurung kelapa

    5% pula juga menunjukkan kenaikkan yang konsisten tetapi kekuatan mampatan pula

    berkurangan berbanding konkrit kawalan. Walaubagaimanapun, bagi konkrit dengan tempurung

    kelapa 10% pula menunjukkan terdapat sedikit kenaikkan berbanding konkrit dengan tempurung

    kelapa 5% bagi 7 hari dan 14 hari. Tetapi bagi 21 hari pula, kekuatan mampatan menurun

    berbanding dengan kekuatan mampatan bagi konkrit dengan tempurung kelapa 5%. Ini

    berkemungkinan kekuatan mampatan telah mencapai tahap yang maksima pada hari yang ke 14.

    4.0 KESIMPULAN

    Dalam kajian ini, penggunaan tempurung kelapa digunakan sebagai alternatif kepada

    bahan tambah dalam konkrit. Tiga ujikaji telah dijalankan ke atas konkrit kawalan, konkrit

    dengan tempurung kelapa 5% dan konkrit dengan tempurung kelapa 10%. Perbandingan

    keputusan konkrit dibuat antara ketiga-tiga konkrit tersebut. Didapati bahawa penggunaan

    tempurung kelapa sebagai bahan tambah bagi menggantikan aggregat halus boleh digunakan

    dalam bancuhan konkrit. Daripada keputusan ujikaji yang dijalankan, ketiga-tiga bancuhan

    menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Ujian kekuatan mampatan juga

    menunjukkan ketiga-tiga bancuhan konkrit memberikan bacaan yang konsisten. Namun begitu,

    konkrit yang dihasilkan dengan campuran tempurung kelapa memberikan nilai yang rendah pada

    hari yang ke 14 dan 21 hari walaupun bacaan yang dihasilkan adalah konsisten. Nilai yang

    dihasilkan tidak melepasi nilai kekuatan mampatan konkrit kawalan.

  • 7/29/2019 Bil 4 Jun Kajian Konkrit

    9/9

    5.0 CADANGAN

    Daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan sebagai penambahbaikan

    projek pada masa akan datang:

    i. Menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci serta memperbaiki dari segi keputusandan ketetapan masa dalam membancuh konkrit supaya dapat menghasilkan konkrit yang

    lebih berkualiti.

    ii. Bahan-bahan yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah disukat dengan betulsupaya konkrit yang dihasilkan menepati spesifikasi konkrit yang ditetapkan.

    iii. Membuat ujikaji bagi ujian kekuatan konkrit pada umur 28 hari.

    RUJUKAN

    Mat Lazim Zakaria (2005).Bahan dan Binaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    D.E Shirley terjemahan oleh Mohammad Ismail (1992).Pengenalan Kepada Konkrit. UTM

    Thomas P. Fahl (2001). Concrete Principles. America: American Technical Publishers

    Bang Yeong Lee, Taemin Kim and Yun Yon Kim (2010).Journal of Advanced Concrete

    Technology, Volume 8.

    Owens P.L (2007). Basic Mix Method. Palladian Publications Ltd.