berita ukur
-
Upload
dunbukitpermai -
Category
Documents
-
view
1.121 -
download
1
Transcript of berita ukur
BeritaUKUR
Pengiktirafan yang diberikan kepada penerima-penerimaAnugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2006 JUPEM
perlulah dihargai dan dijadikan landasan untuk terusmemberikan perkhidmatan yang cemerlang pada masa-masayang akan datang. Ini penting bagi membuktikan warga JUPEMdapat memberikan perkhidmatan terbaik, berkesan dankomited kepada jabatan.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 telah disempurnakanoleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua SetiausahaNegara pada 20 Julai 2007 bertempat di Hotel Istana KualaLumpur. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyentuhberkenaan kenaikan gaji yang dinikmati kakitangan awam,modal insan dan integriti dalam perkhidmatan awam. Beliaujuga mengucapkan tahniah kepada JUPEM kerana berjayadalam penggunaan ICT (komputer) bagi kerja-kerja di jabatanini.
Y.Bhg Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia juga menyampaikan ucapan alu-aluan kepadahadirin di majlis tersebut. Penyampaian Anugerah Khas KetuaPengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) disampaikankepada penerima-penerima oleh Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia.
Manakala Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, KetuaSetiausaha Negara diberi penghormatan bagi menyampaikanAnugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 kepada penerima-penerima JUPEM pada tahun ini.
Seramai 5 orang kakitangan JUPEM telah menerima AnugerahKhas KPUP dan 381 orang sebagai penerima AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2006.
Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Koir JUPEMdalam Jamuan Makan Malam bersama-sama tetamukehormat yang hadir pada majlis itu.
BeritaUKUR 1
Bil : 43 JULAI - DISEMBER 2007 ISSN 0128-0414
Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
BERITA UKUR
BeritaUKUR
Pengurusan TertinggiDATUK HAMID BIN ALI
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
DATO' DR. ABDUL KADIR BIN TAIBTimbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia
AHMAD FAUZI BIN NORDIN, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)
HAJI MUHAMED KAMIL BIN MAT DAUD, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)
Ketua PenyuntingAHAMAD BIN ZAKARIA
Timbalan Ketua PenyuntingAMRAN BIN ABU RASHID
PenyuntingMUHAMMAD HUSAINI BIN YA’COB
MURDINAH BT. ABDUL RAHIMWAN SAFINAH BT. WAN AZLAN
Pengarang/JurugambarZULKEFLE BIN ABU BAKAR
MOHAMAD ROSLI BIN MURSIDISYED MAHADHIR BIN SYED AHMAD
MOHD ZAKARIA BIN GZAZALI
Ketua Rekabentuk/PercetakanMUHAMMAT PUZI BIN AHMAT, KSD
Nilai-nilai murni hendaklah dihayati oleh semua warga JUPEM keranadalam era dunia tanpa sempadan hari ini boleh mendedahkanwarga JUPEM dengan pelbagai gejala dan unsur-unsur negatif,sehingga melunturkan budi bahasa dan nilai-nilai murni sekiranyakakitangan leka serta tidak berhati-hati.
Oleh itu kesedaran dan usaha yang dijalankan pihak pengurusantertinggi jabatan bagi menjalankan program-program berkaitanpeningkatan nilai-nilai murni wajar disanjung dan dihargai keranadapat meningkatkan generasi pelapis warga JUPEM pada masa akandatang tetap berakhlak mulia, berdisiplin tinggi dan berbudi bahasa.Bak kata pepatah ”Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Jati diriwarga JUPEM memerlukan kekuatan dalaman yang kukuh lagidengan nilai-nilai murni yang mampu dijadikan sebagai bentenguntuk berhadapan dengan sebarang bentuk ancaman dan godaanyang kurang sihat.
Penampilan dan amalan budi bahasa wajar seiring dengankecemerlangan kerjaya di jabatan kerana penerapan nilaimerupakan elemen penting yang perlu ditekankan supaya kelakuandan moral warga JUPEM tidak mencemarkan kualiti perkhidmatan,sesuai dengan, ungkapan “Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”seperti mana yang sudah menjadi ungkapan basahan dalamkehidupan. Justeru, kelompangan ini perlu diisi segera dengankefahaman dan penghayatan tentang makna budi dan nilai secaraberhemah agar kualiti keinsanan yang hendak ditingkatkan menjadikenyataan dan dapat dilaksanakan dengan lebih terarah.
Budaya berbudi bahasa perlu jelas ditampilkan dalam komunikasi dantugasan harian. Dalam penyelesaian sebarang masalah, setiappemimpin seharusnya mengamalkan pendekatan seperti “menarikrambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidakberselerak”. Sesungguhnya, mereka juga harus menjaga hubunganbaik dengan anggota yang dipimpin. Pihak yang dipimpin pulajanganlah menjadi “gunting dalam lipatan” dan menjadi “sokongmembawa rebah” sebaliknya sentiasa bersifat seperti “aur dengantebing” untuk memastikan segala perancangan menepati matlamatorganisasi. Oleh yang demikian, budaya berbudi bahasa dan amalannilai-nilai murni mestilah diterjemahkan di persekitaran jabatan.
Warga JUPEM antara pewaris bangsa yang akan menentukankelangsungan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Amalanberbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni sebenarnya adalahnilai tambah kepada keupayaan daya saing. Sesungguhnya,kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannyatetapi juga keupayaan terhadap penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni.
BeritaUKUR2
‘‘‘‘‘ ‘‘‘‘‘Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan kakitangan awam perluditingkatkan bagi membina warga kerja yang tinggi budi bahasadalam kerja seharian di jabatan. Sehubungan dengan itu, wargaJUPEM perlu terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanahini dengan penuh iltizam dan bijaksana selaras dengan dasarperkhidmatan awam.
Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikanpenerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang
MaklumanSemua pendapat dan buah fikiran dalam BeritaUkur ini tidak semestinya pendapat rasmiPentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang BeritaUkur mengalu-alukan sumbangan daripembaca.
Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakanmelalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:
PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Bangunan Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-2617 0800Faks : 603-2617 0990
Detik Sejarah JUPEM1880an - Gabenor Negeri Selat Sir Frederick Weldmemperkenalkan Sistem Torrens berdasarkansempadan-sempadan hak milik. Dengan itubermulanya penubuhan Jabatan Ukur danPemetaan.
Renungan“Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah)rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,maka hendaklah dia memperhubungkansilaturrahim (hubungan kasih sayang).”- Hadis Riwayat Bukhari
BeritaUKUR 3
Tapak Ujian EDM, Jabatan Ukur dan Pemetaan WilayahPersekutuan/Putrajaya telah dirasmikan oleh YBhg.
Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia pada 25 Oktober 2007 bersamaan 13 Syawal1428 Hijrah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tapak UjianEDM tersebut berfungsi untuk membekalkan traceabilitybagi pengukuran yang telah dijalankan menggunakanalat-alat yang tentu ukur berasaskan tapak ujianberkenaan. Kerja-kerja pembinaan tapak ujian ini telahdijalankan secara out-source kepada sebuah syarikatswasta dan diselia sepenuhnya oleh pegawai-pegawaiJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang mahir. Majlisperasmian ini telah dihadiri oleh semua Pengarah-Pengarah Seksyen dan wakil dari Ibu Pejabat JUPEM.
Perasmian Tapak Ujian EDM
BeritaUKUR
Kertas Kerja 5Status Pelaksanaan Projek Pembangunan eKadaster JUPEMT8/2006 Dr. Teng Chee Hua Pengarah Ukur Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster
Kertas Kerja 6Cadangan Format Baru Pelan Strata En. John Elvis Koh, PPT
Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor
Kertas Kerja 7Web Map Roll Out In JUPEM Geoportal And e-MapEnhancement Tn. Hj. Mohamed Kamali bin Adimin Pengarah Ukur Seksyen Kartografi
Kertas Kerja 8Pelaksanaan Pengukuran Aras Jitu di Negeri Sarawak Tn. Hj. Ramli bin Nor Pengarah Ukur Topografi Sarawak
Kertas Kerja 9The Status Of The Implementation Of The Phase II Of TheMyRTKNet Project Dr. Azhari bin Mohamed, PJK
Pengarah Ukur Seksyen Geodesi
Kertas Kerja 10Implementation Of MS1759 In Digital Topographic Mapping En. Zoher bin Nomanbhoy Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data
Kertas Kerja 11Tanah Rizab Kampung Air, Wilayah Persekutuan Labuan En. Che Mohamad Bakri bin Omar, ADK
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan
Kertas Kerja 12Cadangan Stesen Penyegitigaan Timbalai Sebagai TapakKawasan Bersejarah Di Wilayah Persekutuan Labuan En. Che Mohamad Bakri bin Omar, ADK
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan
Sempena Persidangan Pengarah Ukur 2007 itu, MesyuaratPanel Perunding JUPEM juga diadakan pada 20 November2007 yang melibat sebahagian pegawai kanan JUPEM.
Persidangan Pengarah Ukur tahun 2007, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berlangsung pada 19hingga 20 November 2007 bertempat di Hotel Renaissance,Kuala Lumpur dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hamid bin Ali,Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Persidanganini dihadiri Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri-negeri danIbu Pejabat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
12 kertas kerja berkaitan kerja-kerja ukur dan pemetaantelah dibentangkan oleh pegawai-pegawai kanan JUPEMpada persidangan kali ini. Antara kertas kerja yangdibentangkan seperti berikut:
Kertas Kerja 1Cadangan Mengurangkan Masa Semakan Bagi PecahBahagian Bangunan Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)
Kertas Kerja 2Kadaster Pelbagai – Satu Langkah Ke Hadapan Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)
Kertas Kerja 3Isu-isu Berkaitan Penyelarasan Kod-Kod SempadanPentadbiran Tanah Di Antara Jabatan Ukur dan PemetaanMalaysia (JUPEM) dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). En. Hasan bin Jamil, AMN
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya
Kertas Kerja 4JUPEM : Selangkah Ke Hadapan Mendepani Cabaran En. Mohamed Azhari bin Mohamed Zainudin, KMN
Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak
BeritaUKUR4
PersidanganPengarah-Pengarah Ukur 2007
BeritaUKUR 5
Di bawah Artikel 76, Konvensyen Undang-Undang Laut(KUUL) 1982, negara-negara berpantai yang berhasrat
untuk menetapkan perbatasan luar pelantar benuamelebihi 200 batu nautika dari garis pangkal laut wilayahnyadikehendaki supaya mengemukakan data saintifik danmaklumat teknikal kepada Suruhanjaya Mengenai HadPelantar Benua (CLCS) selewat-lewatnya pada 13 Mei 2009mengikut keputusan The Eleventh Meeting of State-Partiesyang diadakan pada 14 - 18 Mei 2001. Ini bermaksud,Malaysia perlu mengemukakan submission kepada CLCSsebelum atau pada 13 Mei 2009.
Sehubungan itu, pada 25 Ogos 2001, JawatankuasaPelantar Benua telah menubuhkan Kumpulan Kerja PelantarBenua yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk KetuaPengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk mengumpul,menganalisis dan merangka penyediaan data-data asassaintifik dan teknikal untuk kajian lanjut serta melantik JUPEMsebagai Lead Agency. Dalam perkembangan selanjutnya,pada 27 April 2005, JUPEM telah diberikan tanggungjawabsebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan ukuranmarin geofizikal yang dinamakan Malaysia Marine ResearchSurvey (MyMRS). Sejajar dengan itu, JUPEM dengankerjasama Jabatan/Agensi lain iaitu Majlis KeselamatanNegara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian LuarNegeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mineral danGeosains, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM dan PETRONASbagi menjayakan projek MyMRS.
Susulan daripada itu, TL GeoSciences Sdn. Bhd. telah dilantiksebagai kontraktor untuk melaksanakan MyMRS di kawasanLaut China Selatan bagi perairan luar Sarawak dan baratSabah. Pihak kontraktor telah menggunakan kapal M.V.
Tuntutan Had Pelantar Benua MalaysiaMarine Research Survey - MyMRS
BeritaUKUR
Teknik Perdana bagi mendapatkan data-data batimetri,seismik, DGPS, magnetik dan graviti di bawah projektersebut. Data-data daripada hasil ukuran tersebut akandiproses, dianalisis dan diinterpretasikan bagi menyediakandokumen submission tuntutan perbatasan luar pelantarbenua kepada CLCS kelak.
Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai-pegawaidaripada JUPEM, JMG dan PHN, TLDM telah ditugaskansebagai client representatives di atas kapal M.V. TeknikPerdana semasa pelaksanaan MyMRS untuk memastikanukuran yang dijalankan menepati garis panduan, spesifikasiteknikal dan piawaian yang telah ditetapkan.
Sebelum mengikuti pelaksanaan MyMRS, pegawai-pegawaiyang dicalonkan oleh Jabatan/Agensi masing-masing untukmengikuti pelaksanaan MyMRS diwajibkan menjalani danlulus latihan Health, Safety and Environmental (HSE) - BasicOffshore Emergency Training (BOSET).
Persediaan awal sebelum pelaksanaan MyMRS juga telahdijalankan seperti, Mesyuarat Risk Management pada 23Februari 2007, technical audit dan pemeriksaan kapal pada27-28 Februari 2007 di Loyang Offshore Supply Base,Singapura, close-out audit, system verification, calibrationdan Kick-off Meeting pada 11 Mac 2007.
Pada 14 Mac 2007, kapal M.V. Teknik Perdana telah berlepasdari Singapura dan semasa dalam pelayaran sea trial telahdijalankan sebelum kapal tersebut tiba di Pelabuhan Bintulu,Sarawak pada 20 Mac 2007.
Seterusnya, ekspedisi MyMRS telah memulakan pengukurandari Pelabuhan Bintulu, Sarawak pada 29 Mac 2007 dikawasan Laut China Selatan di perairan luar Sarawak danbarat Sabah menggunakan kapal M.V. Teknik Perdana yangdilengkapi dengan sistem pengukuran batimetri, seismik,graviti, magnetik dan navigasi. Pelaksanaan MyMRS adalahsecara berperingkat bermula dengan Cruise 1 pada 29 Mac- 13 April 2007, Cruise 2 pada 16 - 27 April 2007, Cruise 3pada 3 - 13 Mei 2007, Cruise 4 pada 18 Mei - 4 Jun 2007 danCruise 4-1 pada 20 Jun - 8 Julai 2007. Hasil kemajuan garispengukuran bagi kelima-lima cruise adalah 7,897 km.
JUPEM antara lain berperananan dalam memastikan sistemnavigasi, sistem graviti dan check setting parameter ke atassistem-sistem navigasi dan DGPS di atas kapal M.V. TeknikPerdana berfungsi dengan lancar dan menepati Scientificand Technical Guidelines of the Commission on the Limits ofthe Continental Shelf. Pegawai-pegawai JUPEM yang jugaterlibat sebagai client berfungsi memantau kerja-kerja olehpihak kontraktor serta berbincang di atas kapal setiapperkembangan pengukuran, penentuan laluanpengukuran, penilaian dan analisis data serta sebarangmasalah sepanjang pengukuran tersebut dibincang dandiatasi bersama.
Selain itu, komunikasi yang baik secara berterusan antarawakil-wakil pegawai di atas kapal M.V. Teknik Perdanadengan ahli-ahli Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua yangberada di darat antara faktor kejayaan pelaksanaanMyMRS.
BeritaUKUR6
BeritaUKUR
Sesungguhnya, ekspedisi pengukuran di Laut China Selatanmenuntut banyak pengorbanan dan ketabahan serta ilmupengetahuan daripada semua pihak yang mana aspekkeselamatan antara isu utama yang dititik beratkan. Inidisebabkan, isu persempadanan maritim antarabangsasememangnya isu yang sensitif seandainya melibatkankawasan - kawasan yang ada tuntutan bertindih dan pertikaianantara negara-negara jiran. Bagi memastikan ukuran MyMRSdijalankan tanpa ada sebarang malapetaka dan insiden yangtidak diingini, kerjasama yang padu daripada pihak MarkasTentera Laut telah membuat iringan keselamatan ke atas kapalM.V. Teknik Perdana sepanjang pengukuran dijalankan.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepadasemua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama,sokongan dan sumbangan sehingga pengukuran MyMRSberjaya dilaksanakan dengan sempurna tanpa sebaranginsiden yang tidak diingini.
Dalam pada itu, YBhg. Datuk Ketua Pengarah Ukur danPemetaan selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pelantar Benuaturut membuat lawatan teknikal ke atas kapal M.V. TeknikPerdana bagi memberikan sokongan padu serta keprihatinandan inspirasi kepada semua pegawai yang terlibat bagimenjayakan MyMRS.
Malahan, YBhg. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Jaafar yang merupakanAhli Suruhanjaya Mengenai Had-Had Pelantar Benua selakupenasihat projek pelantar benua Malaysia turut turun padangdengan membuat lawatan teknikal ke atas kapal M.V. TeknikPerdana dan anak-anak kapal. Sesungguhnya, lawatandaripada Pengerusi Kumpulan Kerja Pelantar Benua danPenasihat projek pelantar benua Malaysia tersebut telahmemberikan satu inspirasi, semangat yang berkobar-kobar sertausaha yang lebih gigih kepada pegawai-pegawai yang terlibatsupaya hasil yang terbaik dicapai bagi menjayakan MyMRS.
7
BeritaUKUR
Pelaksanaan MyMRS yang memakan masa melebihi 3 bulanyang bermula pada 29 Mac 2007 telah berakhir pada 8 Julai2007 telah menjalankan pengukuran sepanjang 7897kilometer melibatkan data-data batimetri, seismik, gravitidan magnetik. Kejayaan pelaksanaan MyMRS tidak akanberjaya tanpa usaha gigih dan terancang oleh semua pihakyang bertungkus lumus bagi memastikan ekspedisipengukuran ini berjaya. Bagi meraikan kejayaan MyMRS danmenghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam projekMyMRS, satu majlis penutup MyMRS telah diadakan pada11 Julai 2007 bertempat di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu,Sabah dan telah disempurnakan oleh Setiausaha MajlisKeselamatan Negara, JPM. Turut hadir YBhg. Datuk KPUP dansemua ahli-ahli Kumpulan Kerja Pelantar Benua.
Pada keseluruhannya, data-data MyMRS yang dipungut dilapangan telah diproses dan kini sedang memasukiperingkat interpretasi dan analisis untuk disediakan laporankeseluruhan projek MyMRS. Persediaan rapi dan tersusunsedang dirangka oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja PelantarBenua termasuk pewujudan pangkalan data pelantarbenua Malaysia di JUPEM yang turut gunakan dalamsubmission had tuntutan pelantar benua Malaysia kepadaCLCS sebelum tarikh keramat 13 Mei 2009.
Semoga usaha JUPEM dan jabatan-jabatan lain yangterlibat akan membuahkan kejayaan kepada negaradalam usaha mengemukakan submission ini, yang bukanhanya untuk menentukan sempadan pelantar benuanegara, tetapi turut merungkaikan segala rahsia dan sumberalam di bawah permukaan laut seperti petroleum, gas aslidan sumber kuasa yang bakal menghasilkan limpahankekayaan bagi sesebuah negara kelak. Semoga hasil usahaini akan berjaya mencipta satu kegemilangan buat negaraMalaysia.
8
BeritaUKUR
Bagi mempercepatkan lagi perkhidmatan percetakandi JUPEM pihak pengurusan JUPEM telah membeli
peralatan mesin cetak yang lebih produktiviti. Mesin cetakempat warna jenama ROLAND R900 (tender T1/2007) yangberukuran setiap satu 40 kaki dari Jerman dihantar mengikutjadual dalam syarat-syarat tender yang dikeluarkan olehpihak kerajaan mulai tarikh 24 hingga 27 November 2007secara berperingkat bagi kerja-kerja pemunggahan danpenghantaran lori kontena ke tapak pemasangan mesin diBangunan Seksyen Percetakan Peta, Ibu Pejabat JUPEM,Kuala Lumpur.
BeritaUKUR 9
Majlis Dialog JUPEM dengan Juruukur Tanah Berlesen (JTB) telah diadakanpada 10 Disember 2007 bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur.
Majlis itu dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukurdan Pemetaan Malaysia. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Dr. Abdul Kadir bin Taib, TimbalanKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tuan Haji Muhamed Kamil binMat Daud, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), En. Shahabuddin bin Ibrahim,Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) dan En. AbuHamid bin Selamat, Penolong Setiausaha LJT.
Antara tujuan sesi dialog itu diadakan adalah untuk membincangkan danmencari penyelesaian bagi kerja-kerja tunggakan hak milik tanah di negarakita terutamanya di semenanjung Malaysia. Dengan adanya perjumpaan inidiharap beberapa masalah kecil kerja-kerja ukur hak milik tanah dapat diatasiuntuk kepentingan para pelanggan.
Sebagai rangsangan kepada usaha-usaha ini, LJT dengan kerjasama JUPEMjuga telah menganjurkan beberapa program ke arah peningkatanprofesionalisme, kualiti dan daya saing Juruukur Tanah Berlesen. Ini termasukbeberapa program pembelajaran berterusan berupa seminar, kursus dan lain-lain. Melalui program-program tersebut, Juruukur Tanah Berlesen telahdidedahkan dengan perkembangan teknologi terbaru dalam disiplin ukur tanahdan pemetaan seperti GIS, LIS, Remote Sensing dan sebagainya.
Dengan adanya Majlis Dialog ini, ia dapat meningkatkan lagi kualitiperkhidmatan dan profesionalisme Juruukur Tanah Berlesen. JUPEM jugaberharap agar Juruukur Tanah Berlesen turut meningkat usaha mereka dalammemajukan perkhidmatan ukur tanah di negara ini.
Mesin percetakan empat warna jenama ROLAND R900ditempatkan di Seksyen Percetakan Peta (SCP), JabatanUkur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pengeluaranproduk hardcopy lembar-lembar syit-syit pemetaanmengikut skala yang telah ditetapkan atau pelbagai skalabagi pengeluaran peta-peta tematik.
Selain daripada itu, kerja-kerja penerbitan seperti BeritaUkur JUPEM, Laporan Tahunan JUPEM dan lain-lain terbitanJUPEM juga dicetak di Seksyen Percetakan Peta, IbuPejabat JUPEM, Kuala Lumpur.
JUPEM Terima Mesin Cetak Baru ROLAND R900 Dari Jerman
Majlis Dialog Khas JUPEM & Juruukur Tanah Berlesen (JTB)
BeritaUKUR
Pada hari yang sama juga, upacara penyerahan wangzakat bagi 13 koperasi seluruh Wilayah Persekutuan turutdijalankan di Hotel Grands Season Kuala Lumpur. Majlistersebut turut dihadiri oleh Menteri Koperasi danUsahawan, YB. Datuk Khalid bin Nordin.
Semoga dengan pembayaran zakat itu dapat memberikeberkatan serta meningkatkan lagi prestasi pendapatandan perkhidmatan kepada seluruh anggota KOJUPEM.
Majlis Sambutan Bulan Merdeka ke-50 dankempen kibar jalur gemilang peringkat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telahdisempurnakan oleh YBhg. Datuk Hamid bin Ali, KetuaPengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 17 Ogos2007, bertempat di perkarangan Wisma JUPEM, JalanSemarak, Kuala Lumpur.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagimerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada semua pihak kerana telah bekerja kerasmembantu menjayakan program jabatan ini. Semogadengan segala usaha yang telah warga JUPEMsumbangkan, mudah-mudahan jabatan akan sentiasaberupaya menikmati kemajuan dan kemakmuranbersama pelanggan-pelanggan JUPEM di negara ini.
BeritaUKUR10
Pelancaran Benderasempena Bulan Merdeka
Ke-50
Zakat KOJUPEM berjumlahRM 23,113.10
K operasi Jabatan Ukur dan PemetaanMalaysia Berhad (KOJUPEM) telah membayar Zakat
Perniagaan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan(PPZ) pada 20 September 2007 bertempat di HotelInternational Kuala Lumpur. KOJUPEM telah menyerahkanreplika cek wang zakat berjumlah RM 23,113.10 bagitahun 2006 ( tahun hijrah 1427), melalui wakilnya EncikKhairul Zaid bin Zulkafli, Setiausaha Kehormat KOJUPEMkepada YB. Datuk Dr. Abdullah Md Zin Menteri di JabatanPerdana Menteri yang mewakili Pusat Zakat WilayahPersekutuan (PPZ).
Tujuan pembayaran zakat perniagaan itu bagimenunaikan tanggungjawab sosial berdasarkan tuntutanagama Islam setelah cukup haul (tempoh diwajibkanpengeluaran zakat) bagi tempoh setahun.
BeritaUKUR
B
ILA
NG
AN
CA
LON
KEP
UTU
SAN
PEN
ILA
IAN
TAH
AP
KEC
EKA
PAN
(PT
K) S
IRI 2
TA
HU
N 2
007
MEN
GIK
UT
SKI
M P
ERKH
IDM
ATA
N P
ERIN
GKA
T JA
BATA
N /
AG
ENSI
Na
ma
Le
mb
ag
a P
en
ilaia
n K
om
pe
ten
si :
Lem
ba
ga
Pe
nila
ian
Ko
mp
ete
nsi
Ke
me
nte
rian
Su
mb
er A
sli d
an
Ala
m S
eki
tar
Na
ma
Ja
ba
tan
/ A
ge
nsi
: J
ab
ata
n U
kur d
an
Pe
me
taa
n M
ala
ysia
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Kurs
usKe
putu
san
PTK
Pepe
riksa
anSk
im P
erkh
idm
atan
Bil.
Lulu
s /
MTK
Gre
da
Ara
s IV
bA
ras
IIIc
Ara
s II
dA
ras
I
LBTM
TKA
(a+b
+c+d
)Ju
mla
he
Ara
s IV
Lulu
s /
MTK
7. 8. 9. 10.
11.
12.
13.
14.
Kum
pula
n Pe
ngur
usan
dan
Pro
fesio
nal
Juru
ukur
* J
54-T
K6-
--
--
Juru
ukur
* J
52-T
K5-
--
--
Juru
ukur
J48
-TK4
--
--
-Ju
ruuk
ur J
44-T
K3-
--
--
Juru
ukur
J41
-TK2
--
--
-Ju
ruuk
ur J
41-T
K10
3328
1374
Jum
lah
Keci
l P&
P-
--
--
033
2813
7474
Kum
pula
n So
kong
an I
Pem
ba
ntu
Tekn
ik J
38-T
K4-
--
--
Pem
ba
ntu
Tekn
ik J
36-T
K31
3035
167
Pem
ba
ntu
Tekn
ik J
29-T
K20
56
112
Pem
ba
ntu
Tekn
ik J
29-T
K10
101
129
823
8Ju
rute
knik
J26
-TK4
--
--
-Ju
rute
knik
J22
-TK3
09
514
64Ju
rute
knik
(J17
/N17
)J1
7/N
17-T
K221
433
159
1062
3Ju
rute
knik
(J17
/N17
)J1
7/N
17-T
K11
9497
519
7Ju
mla
h Ke
cil S
oko
nga
n 1
2367
247
729
1201
1201
JUM
LAH
KEC
IL P
& P
dan
SO
KON
GA
N I
1275
fA
ras
IIIg
Ara
s II
hA
ras
I
B(e
+f+g
+h)
Jum
lah
LBTM
TKA
+B+C
Jum
lah
Besa
r
BeritaUKUR 11
BeritaUKUR
Petu
njuk
P &
P-
Pe
ng
uru
san
& P
rofe
sion
al
LB-
Lu
lus
Bers
yara
tM
TK-
Me
lep
asi
Tah
ap
Ko
mp
ete
nsi
TMTK
- T
ida
k M
ele
pa
si Ta
ha
p K
ec
eka
pa
n
Dise
dia
kan
ole
h u
rus
setia
PTK
Ja
ba
tan
Uku
r da
n P
em
eta
an
Ma
lays
ia.
Na
ma
pe
ga
wa
i: En
. Ab
dul
Ha
mid
b. C
he A
ma
t (Te
l: 03
-261
7084
6 a
tau
e-m
el:
ab
ha
mid
@ju
pe
m.g
ov.
my)
Peni
laia
n (P
MR
dan
ke b
awah
)Ke
putu
san
PTK
A+B
+CJu
mla
hBe
sar
Lulu
s /
MTK
iA
ras
IVj
Ara
s III
kA
ras
IIl
Ara
s I
LBTM
TKC
(i+j+
k+l)
Jum
lah
Kum
pula
n So
kong
an II
Peng
aw
al K
esel
am
ata
n
KP1
1-TK
21
10
02
Tuka
ng B
atu
(TK3
-Ba
tu)
R9-T
K20
10
01
Tuka
ng B
atu
(TK3
-Ba
tu)
R9-T
K10
11
02
Pem
and
u Ke
nder
aa
nR3
-TK2
44
01
9Pe
ma
ndu
Kend
era
an
R3-T
K13
30
06
Pem
ba
ntu
Am
Pej
ab
at
N4-
TK3
02
11
4Pe
mb
ant
u A
m P
eja
ba
tN
1-TK
24
30
07
Pem
ba
ntu
Am
Pej
ab
at
N1-
TK1
23
00
5Pe
k. R
en. A
wa
m (K
ad
ast
er)
R4-T
K33
22
07
Pek.
Ren
. Aw
am
(Ka
da
ster
)R1
-TK2
3245
30
80Pe
k. R
en. A
wa
m (K
ad
ast
er)
R1-T
K155
304
089
Pek.
Ren
. Aw
am
(To
po
gra
fi)R4
-TK3
82
00
10Pe
k. R
en. A
wa
m (T
op
og
rafi)
R1-T
K217
210
038
Pek.
Ren
. Aw
am
(To
po
gra
fi)R1
-TK1
1812
10
31O
per
ato
r Mes
in (K
UP)
N1-
TK1
10
00
1Ja
ga
R1-T
K10
10
01
Jum
lah
Keci
l Sok
onga
n II
148
131
122
293
293
Jum
lah
Besa
r15
68
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
Skim
Per
khid
mat
anBi
l.G
red
BeritaUKUR12
BeritaUKUR
Program Ambang Merdeka 2007 sempena SambutanPerayaan Kemerdekaan ke-50 berlangsung pada 30
Ogos 2007 bertempat di perkarangan Bangunan SultanAbdul Samad Kuala Lumpur. Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (KEKKWA) melalui JabatanKebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telahdipertanggungjawabkan untuk menguruskan programAmbang Merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Seramai 5 orang kakitangan JUPEM turut memberisumbangan dalam acara tersebut khususnya bagipenentuan kiraan detik 12 malam, dengan menyelaraskanmasa di Mercu Tanda Jam Besar Bangunan Sultan AbdulSamad. Peranan kakitangan JUPEM bagi menjayakanmajlis yang penuh bersejarah ini amat bermakna untukwarga Malaysia yang sama-sama merayakannya.Sebelum itu kerja-kerja penyelenggaraan jam ini dilakukanuntuk memastikan jam tersebut berfungsi dengan baiktanpa menimbulkan sebarang masalah teknikal ketikamajlis berlangsung.
Sambutan Ambang Merdeka itu disertai oleh seramai 6,386yang terdiri dari 5,642 orang wakil dari UMNO, MCA danMIC, manakala selebihnya daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela dan pelajar-pelajar sekolah. Antaraacara kemuncak pada sambutan tersebut adalahmenunggu detik 12 malam yang merupakan malambersejarah negara dan disusuli upacara menaikkanbendera diiringi lagu Negaraku. Upacara yang penuhbersejarah ini telah diketuai oleh YAB Perdana MenteriMalaysia.
BeritaUKUR 13
Penyelarasan Jam Besar Bagi Perayaan Kemerdekaan ke-50
BeritaUKUR14
JUPEM dengan Kerjasama RFM Photomaster Sdn.Bhd. telah menganjurkan Kursus Latihan Praktikal
Fotografi Asas dan Digital pada 3 - 7 Disember 2007bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.Program ini dikendalikan oleh Seksyen Perancangan,Penyelidikan dan Pembangunan, JUPEM.
Seramai 20 orang kakitangan JUPEM telah menyertaikursus itu bagi menghasilkan bahan-bahan fotografijabatan untuk kegunaan rasmi seperti penerbitanberita, laporan tahunan, poster jabatan, kertas kerja,mesyuarat, persidangan dan dokumen-dokumenjabatan yang memerlukan perkhidmatan atau bahanfotografi yang berkualiti.
Kursus Digital Fotografianjuran JUPEM
BeritaUKUR
Pada 29 Syaaban 1428 bersamaan 11 September 2007,jawatankuasa melihat anak bulan yang terdiri daripada
8 (lapan) orang pegawai dari JUPEM dan pegawai-pegawaiJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurtelah melaksanakan rukyah bertempat di Menara KualaLumpur di Ibu Kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagimenentukan tarikh bermulanya ibadat puasa di negara kita.
Turut hadir sama dalam aktiviti itu ialah Dr. Azahari binMohamed, Pengarah Ukur Seksyen Geodesi JUPEM IbuPejabat Kuala Lumpur.
Sebanyak 28 stesen cerapan telah diperkenankanPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk jawatankuasa itumelihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut.
Setelah selesai cerapan pengisytiharan tarikh hari rayapuasa diumumkan melalui media massa di negara ini olehPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
BERIKUT ADALAH KORDINAT TEMPAT CERAPAN RASMI DI MALAYSIA :
BIL TEMPAT CERAPAN ANAK BULAN LATITUD LONGITUDJ M S J M S
1. Tanjung Dumpil, Sabah 5 54 19 116 02 12
2. Menara Universiti Malaysia Sabah 5 16 46 115 10 14Kampung Sungai Pagar, Labuan
3. Tanjung Lubang, Miri, Sarawak 4 21 39 113 57 30
4. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak 3 12 51 113 02 43
5. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak 1 45 13 110 18 39
6. Pontian Kecil, Johor 1 29 15 103 23 18
7. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang 3 12 22 103 26 48
8. Gunung Brincang, Cameron Highland, Pahang 4 31 04 101 23 03
9. Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang 3 49 53 103 21 46
10. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu 5 18 19 103 08 08
11. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu 4 19 03 103 28 00
12. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu 5 54 53 102 43 08
13. Merang, Setiu, Terengganu 5 32 09 102 56 55
14. Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan 5 51 32 102 29 03
15. Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan 5 15 19 102 16 18
16. Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, Kelantan 6 07 46 102 14 12
17. Tanjung Bidara, Melaka 2 18 00 102 05 00
18. Teluk Kemang, Negeri Sembilan 2 26 44 101 51 21
19. MENARA KUALA LUMPUR 3 09 11 101 42 19
20. Bukit Jugra, Selangor 2 50 10 101 25 07
21. Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor 3 20 29 101 14 44
22. Pulau Angsa, Kuala Selangor, Selangor 3 11 13 101 13 09
23. Pantai Pasir Panjang, Perak 4 21 43 100 34 55
24. Menara Telekom, Alor Setar, Kedah 6 07 29 100 22 08
25. Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah 5 39 36 100 19 36
26. Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah 6 20 11 99 44 34
27. Pantai Acheh, Pulau Pinang 5 24 44 100 11 52
28. Kuala Sungai Baru Simpang 4, Perlis 6 19 43 100 09 27
15
Cerapan Anak Bulan Ramadan 1428 di Menara Kuala Lumpur
BeritaUKUR
Program WargaCemerlang Berkelompok
JUPEM telah menghantar 2 peserta bagimenyertai Program Warga Cemerlang
Berkelompok (PWCB) bersama-sama wakil-wakilagensi di bawah Kementerian Sumber Asli danAlam Sekitar (NRE) pada 30 Julai 2007 hingga 2Ogos 2007 bertempat di Hotel Copthorne Orchid,Pulau Pinang anjuran Bahagian PengurusanSumber Manusia, NRE.
Objektif program PWCB itu adalah untukmelahirkan kakitangan yang akan mempunyaihubungan interpersonal yang baik, memahamikesan atau akibat daripada sesuatu tindakanyang dilakukannya terhadap diri dan orang lain,memahami kepentingan mengawal emosidalam tindakan dan kehidupan dan memahamidan mengetahui kaedah/langkah untukmengurus emosi.
Antara agensi yang menghantar peserta PWCB,selain daripada JUPEM ialah PERHILITAN, JMG,JAS, BTUP, BTM, BPK, BPSM, INSTUN, MaCGDI,JKPTG, BPKN dan JPSM. Jumlah peserta seramai22 orang yang dijemput hadir mewakili jabatanmasing-masing.
16
BeritaUKUR
Delegasi Thailand seramai 13 orang pegawai dariJabatan Tanah Thailand (Department of Lands, The
Kingdom of Thailand) diketuai oleh Encik Paroj Phhuekvlai,Surveyor General, Department of Lands The Kingdom ofThailand telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu PejabatJUPEM Kuala Lumpur, pada 23 dan 24 Julai 2007.
Program lawatan itu telah dimulakan dengan sesi taklimatdan ucapan selamat datang, bertempat di BilikMesyuarat,Tingkat 15, Wisma JUPEM Kuala Lumpur yangdipengerusikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Nordin,Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan), JUPEM dan diikutidengan taklimat MyRTKNet oleh Encik Chang Leng Hua.Pada sebelah petang delegasi tersebut dibawa melawatke Seksyen Penawanan dan Pangkalan Data JUPEM.
Pada sesi pertama 24 Julai 2007, taklimat e-Kadaster telahdisampaikan oleh Tuan Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud,Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), JUPEM, seterusnyadiikuti dengan sesi soal jawab antara pihak delegasi Thailanddengan pegawai JUPEM. Pada sebelah petang pula,delegasi tersebut turut dibawa melawat ke JUPEM WilayahPersekutuan Kuala Lumpur untuk memperlihatkan dengan
lebih dekat lagi aktiviti dan peranan jabatan ini dalammelaksanakan kerja-kerja ukur kadaster di negara ini.
Dalam sesi soal jawab antara Tuan Hj. Muhamed Kamildengan delegasi Thailand, mereka menyentuhperkembangan sistem ukur tanah di Malaysia sehingga kini.Menurut Tuan Hj. Muhamed Kamil, ’Sistem Torren’ dalamamalan kerja-kerja bagi menentukan Hak Milik di negara initelah terbukti keberkesanannya bagi menentukansempadan-sempadan Hak Milik tanah serta diiktiraf dalamkes-kes mahkamah. Manakala e-Kadaster yang diwujudkan,dapat mempercepatkan lagi peranan JUPEM dalam kerja-kerja Ukur Kadaster untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Selepas lawatan di JUPEM Wilayah Persekutuan KualaLumpur selesai dijalankan, Dr. Azahari bin Mohamedbersama-sama 4 orang pegawai JUPEM yang lain telahmembawa delegasi Thailand ke Stesen MyRTKNet yangterletak di Kampus Universiti Putra Malaysia. Dalam programlawatan itu, para delegasi Thailand dapat melihat denganlebih dekat lagi antara peralatan yang digunakan dalamsistem MyRTKNet.
17
Delegasi Thailand Melawat JUPEM
BeritaUKUR
JUPEM dengan kerjasama Urus Setia Perunding YayasanPembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah
mengadakan sesi ceramah/penerangan mengenaiPengurusan Stress Menjana Modal Insan Cemerlang khususkepada pegawai/kakitangan Jabatan ini pada 25September 2007 bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukurdan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur pukul 10.00pagi.
Stress adalah penyumbang utama kepada penyakit jantung(Cardiovascular Diseases). Desakan kerja dan kekangansumber pula merupakan punca utama stress. Program iniakan mendedahkan pegawai JUPEM kepada isu dan teknikdalam mengatasi stress dalam pekerjaan.
Kesimpulannya ceramah itu ialah:-• Menerangkan prinsip asas pengendalian dan
pengurusan stress• Memantapkan pengetahuan di dalam kerjaya.• Mempertingkatkan kemahiran komunikasi berkesan di
dalam organisasi• Membentuk dan membangunkan keterampilan diri
BeritaUKUR18
Kemajuan Pembinaan KuartersJUPEM W.P. Labuan
Pembinaan 8 (lapan) unit, Kuarters 4 (empat) tingkatPekerja Rendah Awam JUPEM bertempat di Jalan
Patau-Patau, Wilayah Persekutuan Labuan dijangka siappembinaannya pada 16 Oktober 2007 dengan kosberjumlah RM 2.1 juta.
Projek ini adalah merupakan kesinambungan projekpembinaan kuarters bagi membantu pegawai berjawatanrendah menyewa tempat tinggal yang selesa danberpatutan, selain berdekatan dengan pejabat bagimengurangkan beban tekanan inflasi terhadapkakitangan rendah. JUPEM juga berharap denganmenyediakan kemudahan yang berkualiti dan selesakepada keluarga kakitangan JUPEM, usaha itu dapat jugamemberikan impak yang positif terhadap produktiviti dijabatan.
Upacara penyerahan kunci kuarter, JUPEM Labuan telahdiadakan pada 2 November 2007 oleh Pengarah JKR W.P.Labuan kepada wakil Ketua Pengarah JUPEM, En. Ahamadbin Zakaria sambil diperhatikan oleh Pengarah Ukur JUPEMLabuan.
Ceramah Pengurusan Stress YPEIM
BeritaUKUR
1 Pengenalan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) khususnya Bahagian Kadaster, kini sedang giat melaksanakan projek megaJUPEM dalam Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK9) iaitu Projek Pembangunan eKADASTER. Projek ini akan disediakandi semua JUPEM negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan bagi memberikan perkhidmatan ukur kadaster yanglebih efisyen kepada orang ramai dan ianya dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2007 hingga2008.
Bagi tahun 2007, JUPEM negeri akan disusunatur ruang kerja mengikut persekitaran eKADASTER, penyediaan data centre,pemasangan infrastruktur rangkaian, perolehan perkakasan komputer dan peralatan kerjaluar serta pembekalancommercial off-the-shelf (COTS) software. Sementara itu, kerja-kerja mengkontrakkan perkhidmatan kutipan data kepadaJurukur Tanah Berlesen (JTB) menggunakan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) dan cerapan garisan sambungankepada lot-lot kadaster untuk pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat akan dimulakan dalam tahun ini.
Pada tahun 2008, pemasangan perisian aplikasi eKADASTER akan dilaksanakan disusuli dengan proses pengujian olehpengguna serta pengtauliahan sistem. Walaupun perisian aplikasi akan dipasangkan pada tahun hadapan, namunkerja-kerja pembangunan perisian aplikasi tersebut telah bermula sekarang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
2 Pembangunan National Digital Cadastral Database (NDCDB) ke arah pemakaian Sistem Kadaster Berkoordinat
Pembangunan NDCDB merupakan teras utama dalam pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat. Sistem ini yang telahdibuat kajian perintis di negeri Melaka telah berjaya melaras sistem koordinat cassini sedia ada kepada koordinat cassiniGDM2000 yang lebih uniform melalui kerangka Cadastral Control Infrastructure (CCI). Ujian kesesuaian penggunaanberdasarkan kerja sebenar telah dilaksanakan dan memberikan hasil yang positif.
Berdasarkan model tersebut, pengurusan tertinggi JUPEM telah mengesyor untuk memperluaskan pemakaian SistemKadaster Berkoordinat ke keperluan pewujudan NDCDB amatlah tinggi dimana keseluruhan sistem kadaster pada masahadapan berasaskan kepada pangkalan data tersebut. NDCDB yang mengandungi survey accurate coordinatemembolehkan perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja ukur menjadi lebih fleksibel serta jitu. Sebagai contoh,perancangan jajaran lebuh raya akan lebih tepat dimana komposisi koordinat di antara negeri telah diselaraskan danpengiraan terhadap baki lot-lot yang terlibat dengan kerja pengambilan balik tanah akan dapat dihitung dengansempurna.
3 Penyusunan semula carta organisasi mengikut workflow yang baru
Bagi mengoptimumkan proses bagi setiap peringkat tindakan kerja, penyusunan semula kepada carta organisasi JUPEMnegeri telah dicadangkan. Dalam cadangan tersebut Unit Pendaftaran dan Unit Surihan Kerjaluar telah digabungkanmenjadi Cawangan Pendaftaran Ukur (PU), di mana pemproses berkebolehan untuk mendaftar, mengemaskini lapisanPU dan mengekstrak data NDCDB untuk kegunaan pegawai kerjaluar. Oleh yang demikian, jangkamasa prosesan akandapat disingkatkan apabila pemproses yang sama mengambil tindakan daripada awal (telah faham keperluan sesuatufail ukur) hinggalah pengeluaran output.
Hal yang sama akan dilaksanakan kepada Unit Juruukur Tanah Berlesen (JUBL) di mana unit ini akan dimansuhkan dansegala urusan dengan JUBL akan dikendalikan oleh Cawangan PU. Adalah dijangkakan bahawa urusan dengan JUBLhanya melibatkan skop sebagaimana kerja-kerja jabatan dan tindakan menyemak data-data hasil pengukuran akandikendalikan sendiri oleh JUBL melalui SUM Server.
Satu lagi unit yang akan diubahsuai ialah Unit Prosesan Kadaster (CPS) di mana ianya akan dimansuhkan. Dalampersekitaran eKADASTER, tindakan memproses data-data kerjaluar akan dilaksanakan sendiri oleh pegawai kerjaluar melaluiSUM Server. Penempatan semula staf sedia ada akan dilaksanakan berdasarkan cadangan carta organisasi yang barusebagaimana Rajah 1.
19
Perubahan kepada Sistem Kadaster Menjelang 2010
BeritaUKUR
4 Mengautomasi tugas-tugas yang boleh dijalankan oleh sistem
Bahagian Kadaster telah mengenalpasti sebahagian tugas-tugas pemproses untuk diambilalih oleh sistem secarapengautomasian. Tugas utama seperti kerja-kerja semakan data-data cerapan kerjaluar akan dikendalikan secara berpusatoleh komputer berkonsepkan “semakan oleh pengguna” sebelum menghantarkan kerja siap kepada Cawangan Standard.Dalam hal yang berkaitan, Bahagian Kadaster telah menetapkan kaedah pelarasan yang akan digunakan dalam semuakerja ukur adalah menggunakan kaedah least square yang akan dipasangkan pada SUM Server.
Senario ini tidak akan membebankan pengguna kerana JUPEM negeri akan memberikan perkhidmatan prosesan tersebutsecara dalam talian menggunakan modul JUPEM2U. Pengguna akan mendapat keputusan pelarasan sama ada diterimaatau ditolak berdasarkan krateria yang telah ditetapkan oleh JUPEM. Kemudahan akan disediakan kepada penggunauntuk memuat turun dokumen keputusan tersebut secara terperinci ke dalam komputer masing-masing.
Sehubungan dengan perkara di atas, pembantu kerjaluar JTB masih diberi pilihan untuk membuat pelarasan awal kepadadata-data cerapan kerjaluar menggunakan kaedah Bowditch iaitu untuk melaksanakan tanam pastian ataupun membuatpenandaan tanda-tanda sempadan baru. Walau bagaimanapun pelarasan yang muktamad akan dilaksanakan secaraleast square dalam SUM Server menggunakan raw data (*.fbk) yang dicerap di lapangan. Carta alir pergerakan dataditunjukkan sebagaimana Rajah 2.
5 Memperkenalkan peraturan kutipan data di lapangan secara fleksibel dan mudah
Penggabungan pewujudan NDCDB serta kaedah pelarasan least square telah membolehkan peraturan kutipan databagi ukuran kadaster di lapangan dapat dipermudahkan. Kaedah lama yang rigid boleh dihapuskan di mana pegawaikerjaluar dibenar menggunakan pelbagai kaedah seperti GPS, terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau mana-mana kaedah yang ditetapkan oleh JUPEM bagi menjalankan proses kutipan data.
Apabila pegawai kerjaluar menghantarkan fail ASCII kepada SUM Server melalui laman web JUPEM2U, server tersebutakan menukarkan raw data (*.fbk), fixed coordinate (*.coo) dan solar (*.sob) ke format least square (*.dat). Pada masayang sama file projek (*.prj) akan dijana dan seterusnya pelarasan menggunakan least square akan dijalankan. Sekiranyadata yang dilaras tersebut lulus ujian Chi Square, maka dokumen koordinat terlaras (*.lst) akan dihasilkan.
Rajah 1 Carta Organisasi JUPEM Negeri Persekitaran eKADASTER
20
BeritaUKUR
Manakala jika ianya gagal dalam ujian Chi Square, dokumen ralat (*.err) akan dijana. Berdasarkan keputusan lulus/gagalujian Chi Square, pegawai kerjaluar boleh menganalisis dokumen (*.lst) atau (*.err) untuk di buat penambahbaikan jika
perlu.
6 Penyediaan Pelan Akui berformat baru secara automasi dan pengesahannya menggunakan tandatangan berdigit dalam talian
Bagi memenuhi keperluan perundangan, penyediaan Pelan Akui masih lagi dilaksanakan. Walau bagaimanapun PekelilingKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan bilangan 4/1999 iaitu mengenai format Pelan Akui akan dipinda untuk disesuaikandengan aplikasi penjanaan Pelan Akui bentuk baru. Pembangunan aplikasi akan mengambilkira konsep penjanaansecara automasi untuk mempercepatkan lagi pengeluaran Pelan Akui. Dengan pengautomasian pengeluaran PelanAkui tersebut, data-data daripada JTB juga boleh dijana Pelan Akui nya oleh JUPEM.
Penyediaan Pelan Akui berformat baru akan lebih ringkas tetapi berinformasi. Pelan Akui akan dijanakan secara terusdaripada pangkalan data Pre-NDCDB menggunakan template yang ditetapkan dan pada ruangan grafik akandimasukkan polygon lot, keluasan dan nilai bearing/jarak akan disediakan dalam bentuk jadual.
Setelah penyediaan Pelan Akui siap dilaksanakan, satu notis kepada Pengarah Ukur atau JTB akan disampaikan melaluimesin khidmat pesanan ringkas (sms)/e-mail bagi membuat pengesahan menggunakan tandatangan berdigit secaradalam talian. Fleksibiliti akan diberikan kepada pengguna di mana tindakan pengesahan ini boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja (komputer dengan capaian internet) dalam sebarang waktu 24 jam.
7 Penutup
Projek eKADASTER adalah bertujuan untuk meningkatkan delivery system Ukuran Hakmilik Tanah dari 2 tahun ke 2 bulan.Produktiviti kerja akan dapat ditingkatkan dan disiapkan secepat mungkin memandangkan hakmilik tetap merupakaninstrumen penting dalam urus niaga hartanah.
Justeru itu, JUPEM akan melangkah ke era baru apabila projek eKADASTER dilaksanakan sepenuhnya dalam RMK9 ini.Kejayaan projek ini memerlukan komitmen yang padu dari semua warga JUPEM. Segala persiapan yang telah dan akandirancang hendaklah dilaksanakan dengan berkesan.
Rajah 2 eKADASTER - Data Flow
21
Oleh : Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud Bahagian Kadaster
BeritaUKUR
Hari Kualiti JUPEM Pahang dan Sehari Bersama Pelanggan
22
JUPEM Labuan memperolehiSijil Amalan 5S
JUPEM W.P. Labuan telah berjaya memperolehi Sijil Amalan5S dalam Audit Persijilan 5S yang telah diadakan pada
29 November 2007 di JUPEM W.P. Labuan oleh NPC IbuPejabat, Kuala Lumpur. Kejayaan JUPEM W.P. Labuanmemperolehi Sijil Amalan 5S dalam Auditan Persijilan 5Ssecara keseluruhan adalah merupakan kejayaan JUPEMpada amnya.
Sebelum itu Taklimat Amalan 5S Yang Efektif telahdisampaikan oleh Pegawai NPC Sabah kepada pegawaidan kakitangan JUPEM W.P. Labuan pada 24 Ogos 2007 diJUPEM W.P. Labuan. Manakala semakan cara penyimpanandokumen-dokumen dalam Bilik Kebal JUPEM W.P. Labuantelah dilakukan Pegawai NPC Sabah pada hari yang sama.
Ketua Zon Pentadbiran menerima hamper daripadaPengarah Ukur dan Pemetaan W.P. Labuan keranamemenangi Zon Terbaik 5S.
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, negaraamnya dan JUPEM khususnya memerlukan modal insan
bestari lagi berkualiti yang boleh menyumbang kepadakegemilangan negara. Oleh itu, jabatan harus proaktif,bersedia dan menjadi agen perubahan.
Bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan awam, JUPEMPahang telah mengadakan majlis sambutan Hari Kualiti dansehari bersama pelanggan pada 17 - 18 Disember 2007bertempat di perkarangan JUPEM Pahang. Tema sambutanHari Kualiti pada tahun ini adalah “Muafakat Membina InsanBestari”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg DatukHamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia(KPUP).
Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahankumpulan koir JUPEM Pahang dan deklamasi sajak‘Muafakat Bestari’. Persembahan multimedia ‘JUPEMMilestone To Success – Antara Legasi dan Realiti’ telahmemaparkan secebis kisah mengenai liku-liku perjalananJUPEM ke mercu kegemilangan dalam menyokong sertamenyumbang kepada pembangunan negara.Penyampaian sijil kepada pesara JUPEM Pahang dansumbangan kepada anak-anak yatim turut diadakan.DatukKPUP juga telah berbesar hati merasmikan pembukaanGaleri JUPEM Pahang dan telah mengadakan lawatan kegaleri tersebut.
Beberapa program lain juga telah diatur sempena dengansambutan tersebut, antaranya ceramah oleh Puan Razinahbt. Sohor, Pegawai Kaunselor, Kementerian Sumber Asli danAlam Sekitar. Tajuk ceramah yang diberikan adalahPengurusan Stress. Tujuan ceramah ini diadakan adalahuntuk memberi kefahaman terhadap punca-punca stresdan strategi mengurangkan stress dalam menghadapi tugasharian mereka.
Selain itu, program derma darah dan program seharibersama pelanggan turut juga diadakan. Objektif programsehari bersama pelanggan diadakan adalah untukmerakyatkan masyarakat dengan maklumat ukur.
BeritaUKUR
Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato’ Seri Azmi binKhalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar anjuran
JUPEM telah diadakan pada 8 Oktober 2007(Isnin)bersamaan 26 Ramadan 1428 bertempat di Wisma JUPEM,Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak yatimseramai 40 orang dari Rumah Kebajikan anak-anak Yatimdi sekitar lembah Klang. YB Menteri NRE turut menyampaikansumbangan duit raya kepada anak-anak yatim itu.
Ceramah agama turut diadakan di Surau JUPEM, BangunanWisma JUPEM selepas solat sunat terawih. Penceramahundangan khas YBhg. Ustaz Yusri bin Ariffin, Guru BahasaArab, Sekolah Menengah AU3 Keramat, Kuala Lumpur.
Di dalam ceramah agama yang diadakan itu, Ustazmenjelaskan bahawa kehidupan kita di dunia ini tidak berertisekiranya kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat dariAllah SWT dan lebih tidak bererti lagi jika segala kesalahan,keterlanjuran dan dosa-dosa yang kita lakukan tidakmendapat keampunan dari Allah SWT. Maka, sebagai orangyang beriman kita dituntut agar sentiasa memohonkeampunan kepada Allah di atas segala dosa yang telahkita lakukan sama ada dosa kecil mahupun dosa besar.Sesungguhnya bagi orang yang tidak memohonkeampunan kepada Allah dengan menangguh-nangguhkannya atau melambat-lambatkan tindakantersebut, mereka dianggap sebagai orang yang angkuhdan sombong dengan Allah SWT.
Menurutnya lagi bersempena bulan Ramadan yang penuhdengan keampunan dan sebagai orang yang beriman kitasentiasa mengharapkan keredhaan dan rahmat dari AllahSWT. Kerana itulah, kita dituntut agar mempertingkatkanamal bagi memperolehi keredhaan tersebut, terutamadengan memperbanyakkan amal ibadah di sampingmengerjakannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Beliau turut menjelaskan bahawa umat Islam menunaikanibadah puasa, kita berpuasa dengan penuh kesabaran danikhlas kerana Allah semata-mata mengharapkankeampunan dan keredhaan dari Allah SWT. Begitu juga,bersamanya kita mengharapkan agar digandakan pahala,dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan hidup kitadijauhi dari godaan syaitan. Beliau membawa petikansabda Rasulullah SAW:
"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telahbersabda: apabila telah tiba bulan Ramadan, makaterbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintuneraka serta tangan-tangan syaitan dirantai."(Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuhkeimanan dan pengharapan akan diampunkan segaladosa-dosanya yang terdahulu."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seterusnya beliau turut berpesan supaya kita mencarikeredhaan dan keampunan Allah adalah merupakanamalan harian hamba-hamba-Nya yang beriman danbertakwa, mereka tidak jemu dan berputus asamelakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah akanmengurniakan kepada mereka keredhaan dan keampunandiatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selagi manamereka terus memohan.
Justeru, Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah dan MahaPengampun tidak akan keberatan memberi keredhaan dankeampunan kepada hamba-hamba-Nya yang memintadan memohon dirinya.
Beliau berkata, salah satu hikmah diwajibkan kita berpuasaadalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkanberpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang - orangterdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."
Berdasarkan firman Allah tersebut, membawa maksudkepada kita bahawa kesan dari ibadah puasa bagi orangyang beriman ialah bertambah ketakwaan Mereka kepadaAllah. Justeru, setelah kita melaksanakan ibadah puasa,adakah bertambah ketakwaan kita atau semakinberkurang. Atau adakah jiwa kita semakin bersemangatuntuk memperbanyakkan amal ibadah atau jiwa kitasemakin lalai dan meringan-ringankan tuntutan ibadah.
23
Jamuan Berbuka Puasa Bersama Menteri
BeritaUKUR
Jelas beliau lagi, adalah sungguh bijak bagi kita merebutsegala peluang yang Allah sediakan pada bulan Ramadanini, daripada kita mensia-siakannya. Kerana kita belum pastilagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terusbersama dengan Ramadan pada tahun hadapan. Keranasesungguhnya Allah telah menyediakan dalam bulanRamadan ini satu malam yang nilai keberkatan danganjaran pahalanya pada malam tersebut lebih baik dariseribu bulan.
Menurut beliau dari surah al-Qadr tersebut dapatlah kitafahami bahawa besar kelebihannya bagi orang yangberibadah pada malam Lailatul Qadar. Amalan yangdikerjakan pada malam tersebut digandakan. Sama adasolat yang kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikrullahyang kita ucapkan serta amalan-amalan lain digandakanoleh Allah SWT. Kerana itulah, bagi mendapatkan malamtersebut Rasulullah SAW mempertingkatkan denganmelakukan ibadah pada malam-malam sepuluh terakhirRamadan dan bukan hanya setakat bagi dirinya sahajamalahan Baginda menyuruh ahli keluarganya bangunbersama-sama untuk beribadah.
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh hariterakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amalibadah, menghidukan malam dan mengejutkan ahlikeluarga." (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam petikan akhir tazkirah, beliau telah menjelaskanbahawa orang yang tekun beribadah semata-mata untukmenemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendapatrahmat yang telah dijanjikan Allah SWT terutama denganmelakukan amalan seperti berikut:
i. Menghayati malam tersebut denganmemperbanyakkan beribadah seperti mengerjakansolat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf,berdoa dan sebagainya.
ii. Beriman dengan yakin bahawa malam LailatulQadar itu adalah benar dan dituntutmenghayatinya dengan beribadah serta dikerjakansemata-mata kerana Allah SWT denganmengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
iii. Dalam kita melaksanakan ibadah di malam LailatulQadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dengan terusberistiqamah tetap teguh mengerjakan suruhanAllah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
iv. Perbanyakkan berdoa terutama doa khusus untukmalam Lailatul Qadar. Iaitu sepertimana yangdiriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA.
“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW seandainyasaya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apayang patut saya akan doakan pada saat itu. Bagindamenjawab berdoalah dengan doa berikut: "Ya Allah YaTuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dansentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku."(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
BeritaUKUR24
BeritaUKUR
Majlis Perasmian BalaiCerap Al-Biruni Negeri Sabahtelah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun
Datuk Seri Panglima Haji Alimadshah bin Abdullah, YangDipertua Negeri Sabah. Majlis itu telah diadakan pada29 Oktober 2007 Miladiah bersamaan 17 Syawal 1428Hijrah, bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah,Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
Ucapan perasmian tersebut telah dibacakan olehTimbalan Ketua Menteri Datuk Yahya bin Hussin mewakiliYang Dipertua Negeri Sabah. Hadir sama YBhg. S. DatukHj. Ahmad Alawi bin Hj. Adnan, Mufti Kerajaan NegeriSabah untuk menyaksikan upacara bersejarah itu.Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sabah, EncikZakaria bin Saat mewakili Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia turut hadir di Majlis Perasmian BalaiCerap Al-Biruni, Sabah.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (SeksyenTopografi Sabah) telah dijemput untuk mengadakanpameran berkaitan astronomi dan peranan yangdimainkan oleh jabatan dalam melaksanakan kerja-kerja hitungan serta cerapan bulan, matahari danbintang untuk penentuan arah kiblat, waktu solat,cerapan hilal bagi awal bulan hijrah dan lain-lain.
Sehubungan dengan itu, pewujudan Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah akan menjadi pemangkin danwadah kepada JUPEM khususnya bagi membukalembaran ke arah penerokaan ilmu sains dan astronomibersesuaian dengan misi dan visi ia diujudkan.
Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil dalam daerahPutatan, Sabah bukan sahaja akan menjadi tempatuntuk menentukan takwim hijrah, penentuan waktu solatdan jadual berbuka puasa serta imsak tetapi ia jugadibangunkan sebagai pusat kecemerlangan ilmuastronomi di Sabah, malah sebagai mercu tanda diSabah yang diharap dapat dimanfaatkan dengansebaik-baiknya serta menjadi rujukan kepadamasyarakat khususnya umat Islam.
Balai Cerap Al-Biruni di Sabah merupakan Balai Cerapkeempat dibina di Malaysia selepas Balai Cerap KUSZAdi Terengganu, Balai Cerap Sheikh Tahir di Pulau Pinangdan Balai Cerap Al-Khawarizmi di Melaka.
BeritaUKUR 25
Majlis Perasmian Balai Cerap Al-Biruni, Sabah
BeritaUKUR
Promosi Jualan danPerkhidmatan KOJUPEM
Promosi Jualan produk pengguna dan perkhidmatanKoperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Berhad (KOJUPEM) telah diadakan pada 28 hingga 30Ogos 2007 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petangbertempat di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan KOJUPEM ialah
• PEMBIAYAAN BAI-INAH
• PEMBIAYAAN BAI-BITHAMAN AJIL
• PEMBIAYAAN KHADRUL HASSAN
• PERKHIDMATAN INSURAN BERMOTOR
• PEMBIAYAAN PELANCONGAN DALAM DAN LUARNEGARA
Selain mengadakan promosi jualan produk danperkhidmatan KOJUPEM juga turut membuka kaunterpendaftaran ahli baru kepada kakitangan JUPEM yangmasih lagi belum berdaftar.
Dengan adanya program seumpama itu, koperasi inidapat membantu warga JUPEM yang telah menjadiahli/anggota atau yang ingin menjadi ahli/anggotabaru bagi mendapatkan perkhidmatan ditawarkan disamping dapat menggalakkan warga JUPEM melaburuntuk keperluan masa hadapan.
Seminar Falak Syarie 2007
Bagi menyedarkan umat Islam kepentingan ilmu falak,seminar ilmu falak syarie telah diadakan di Institut
Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perakpada bulan September 2007 anjuran INSTUN. Seminarsehari itu dihadiri kira-kira 600 peserta, terdiri daripadapenduduk daerah Batang Padang, Manjung dan HuluSelangor serta pelajar sekolah menengah sekitar daerahTanjung Malim, Perak.
Peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)dalam kerja-kerja hitungan bagi penentuan bulan Hijrah,Ramadan, Syawal dan Zulhijah antara sumbanganjabatan ini kepada negara khususnya kepada umatIslam di Malaysia. Justeru, kakitangan JUPEM dijemputsecara rasmi bagi menyertai program ini sebagaipenceramah jemputan bersama beberapa agensi lain.
Penceramah-penceramah jemputan seminar tersebutadalah seperti berikut:
• Dr. Azhari bin Mohamad• En. Wan Kamel bin Wan Hussin (pembantu)
dari JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
• En. Faizal bin Janidari JABATAN MUFTI PERAK
• En. Hanafiah bin Abd Razakdari JABATAN MUFTI JOHOR
• En. Rahim bin Mohameddari INSTITUT UKUR DAN TANAH NEGARA (INSTUN)
BeritaUKUR26
Atur cara seminar merangkumi penentuan tarikhperayaan Islam, isu, masalah dan penyelesaian;kedudukan bulan sebagai penentu perubahan cuaca,penetapan awal Ramadan, Syawal serta Zulhijahmengikut hukum fiqah, penentuan waktu solat dan zonwaktu serta pembentukan Takwin Islam.
JUPEM turut menyertai pameran astronomi kebangsaan,cerapan teleskop objek planet di langit malam,bersama-sama agensi lain iaitu Jabatan Fizik UniversitiMalaya, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan SainsAtmosfera, Universiti Sains Malaysia, Unit Falak, JabatanMufti Perak, Kompleks Khawarizmi Melaka serta UniversitiDarul Imam, Terengganu.
Sesungguhnya pendedahan ilmu falak melalui seminardan pameran itu jelas memberi ilmu berguna kepadamasyarakat yang sebelum ini kurang memahami ilmuitu.
BeritaUKURBeritaUKUR 27Jalur Gemilang yang dibentuk dari telur bagi Malaysia Book of Records.
Ahli Parlimen W.P. Labuan Y.B. Dato’ Hj. Suhaili bin Abdul Rahman bersama pendudukkampung dengan Sijil Malaysia Book of Records Jalur Gemilang.
Malaysia Book of Records Jalur Gemilang Pada 17 November 2007
JUPEM W.P. Labuan sebagai juri untuk Malaysia Book of Records Jalur Gemilang
Sempena Sambutan Mini Karnival dan Hari Keluarga Kg. Gersik / Saguking Labuan
JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan juriMALAYSIA BOOK OF RECORDS Jalur Gemilang
BeritaUKUR
PANDUAN:
Kaedah Solat Sunat Gerhana adalah
seperti berikut :
1. Niat seperti biasa 2 rakaat sunat
Gerhana2. Baca Al Fatihah dan surah Qul Ya…
3. Rukuk4. Takbir…bukan untuk iktidal ( Bukan
samiaAllah..) dan baca Al Fatihah
kemudian Al Ikhlas….rukuk
5. Iktidal (SamiaAllah huliman hamidah)
6. Sujud..duduk…tahiyat awal..seperti
biasa...bangun dari sujud
7. Qiam baca fatihah dan baca surah
Al Falaq8. Rukuk9. Takbir lagi(bukan iktidal) baca
Alfatihah baca AnNas…rukuk
10. Kemudian Iktidal
11. Sujud…duduk. …tahiyat akhir dan
salam.
Kesimpulan rukuk 4 kali, fatihah 4 kali, surah
4 kali tetapi dalam 2 rakaat sahaja.
BeritaUKUR28
Gerhana bulan pada 28 Ogos 2007 telah disaksikan diMalaysia. Ketika itu, berlaku seperti berikut :
i. Gerhana separa bulan di mana bulan akan mulamemasuki bayangan bumi (penumbra) pada jam 4.51petang
ii. Gerhana penuh bulan di mana bulan memasukibayangan bumi (umbra) dijangka berlaku bermulapada jam 5.52 petang
iii. Kemuncak gerhana bulan adalah pada jam 6.37petang.(Ketiga-tiga perkara di atas tidak dapat disaksikanmemandangkan bulan belum terbit lagi di Malaysia danmasih berada di bawah ufuk timur)
iv. Gerhana penuh bulan akan tamat pada jam 7.22malam dan gerhana separa bulan akan bermula. Padaketika ini, matahari telah terbenam dan bulan akan terbitdi Malaysia. Oleh itu, penduduk Malaysia dijangka akandapat melihat gerhana separa bulan (insyaallahsekiranya cuaca mengizinkan). Umat Islam juga bolehmula menunaikan solat sunat Gerhana Bulan sebanyakdua rakaat dan diikuti dengan khutbah pendek.
v. Gerhana Bulan dijangka tamat pada jam 8.24 malamdi mana keseluruhan bulan akan terkeluar daripadabayangan bumi dan penduduk Malaysia akan mulamenyaksikan bulan mengambang semula (bulanpurnama)(Solat sunat Gerhana Bulan boleh dilaksanakan mulaijam 7.22 malam hingga 8.24 mlm pada masa itu)
Mid-Eclipse - 6:37 pmMalaysia Standard Time
N
W
S
E
Gerhana Bulan pada 28 Ogos 2007
BeritaUKUR
Penerangan ringkas peranan JUPEM dalam IlmuFalak oleh Pengarah Ukur JUPEM Sabah ketikaperasmian Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil,Sabah pada 29 Oktober 2007 oleh Yang DipertuaNegeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk SeriPanglima Hj. Ahmad Shah b. Abdullah.
YB. Dato' Seri Hj. Azmi b. Khalid, MenteriKementerian Sumber Asli dan AlamSekitar (NRE) diir ingi oleh KetuaPengarah Ukur dan Pemetaan Dato'Hamid b. Ali melawat pameran JUPEMsempena hari bertemu pelanggan NREpada 27 Ogos 2007.
Cenderahati disampaikan oleh YB.Tn. Hj. Zainal Abidin b. Hj. Osman,Pengerusi Jawatankuasa Agama,Pelajaran, Pengajian Tinggi, SumberManusia, Sains, Teknologi danInovasi Negeri Johor sempenaMinggu Sains dan ICT Negeri Johorbertempat di PERSADA Johor pada20-25 Julai 2007
Pelajar IPTA mencuba peralatan teodolit diHari Terbuka Kolej Ke-2 UTM bertempat diKolej Kedua UTM City Campus, KualaLumpur pada 6-9 September 2007.
Kunjungan YAB. Dato' Seri AbdullahAhmad Badawi, Perdana MenteriMalaysia sempena Expo Merdekake 50 tahun di PWTC pada 30 Ogoshingga 2 September 2007.
Timbalan Menteri Sains, Teknologidan Inovasi Malaysia, YB. Dato' KongCho Ha melawat gerai JUPEMselepas perasmian 'The 28th AsianConference On Remote Sensing’pada 12-16 November 2007 (ACRS2007) di PWTC, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Malaysia melihatteleskop yang digunakan oleh JUPEMdalam kerja cerapan astronomisempena Perkampungan IslamHadhari Peringkat Negeri Melaka diKompleks Falak Al-Khawarizmi,Tanjung Bidara, Melaka pada 1-2Disember 2007.
Pameran JUPEM sempena SeminarFalak Pahang 2007 bertempat diHotel MS Garden, Pahang pada 27Disember 2007 yang dirasmikanoleh YB. Dato’ Seri Haji Adnan b. HajiYaakob, Menteri Besar Pahang.
29
Aktiviti Pameran JUPEM
BeritaUKUR
Kakitangan JUPEM Labuan bersama-sama Pengarah Ukurdan Pemetaan Labuan turut mengambil kesempatanmengadakan sesi bergambar beramai-ramai sempenaMajlis Perpisahan dengan Timbalan Pengarah Ukur danPemetaan, En. Muzafar bin Dol.
Pertukaran kakitangan JUPEM di kalangan pegawai kananJUPEM dilakukan mengikut keperluan atau kepentinganjabatan serta selaras dengan dasar pentadbiran awamnegara terutamanya melibatkan kakitangan dalamkumpulan pengurusan dan profesional.
Empat orang kakitangan JUPEM terlibat menjayakansambutan detik 12:01 malam tanda tahun 2008 bermula
anjuran Am Bank Group dengan kerjasama DewanBandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensikerajaan dan swasta.
Kerja-kerja penyelenggaraan Jam Besar di bangunan SultanAbdul Samad dikendalikan kakitangan jabatan ini bagimemastikan ia berfungsi dengan baik semasa warga kotamenyambut tahun baru 2008 bersama-sama YAB Datuk SeriAbdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia diDataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Disember 2007.Sesi taklimat kepada petugas-petugas JUPEM oleh pegawaiDewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi kerjapenyelenggaraan jam besar tersebut telah diadakan padahari yang sama pukul 5:00 petang di bangunan Sultan AbdulSamad Kuala Lumpur.
30
Tahun 2007 menutup tirainya dengan memori suka dukayang mewarnai warga JUPEM di jabatan ini. Dalammenyambut tahun baru warga JUPEM harus bersyukurkerana ekonomi negara kita teguh dan modal insanberminda kelas pertama.
Perkara yang baik seharusnya dijadikan teladan dan yangburuk dijadikan sempadan. Warga JUPEM perlumeningkatkan minda dan sikap untuk terus memperkasadan memartabatkan pembangunan diri, keluarga, jabatandan negara amnya.
Lebih 100,000 orang hadir pada malam gemilang tersebutmeraikan sambutan tahun baru dengan keazaman baruuntuk mencapai kejayaan.
S e m o g atahun 2008
menjadi tahunistimewa buat
warga jabatan ini.Sebagai warga
JUPEM pula diharapkita lebih produktif
dan meningkatkantaraf moral yang tinggi
untuk kepentinganperkhidmatan awam.
Detik Jam Besar Sambut Tahun Baru
Majlis Perpisahan PegawaiKanan JUPEM Labuan
JASAMU DIKENANG - Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P.Labuan menyampaikan cenderahati sumbangan
pegawai dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan sempenapertukaran Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan LabuanEn. Muzafar bin Dol ke JUPEM Negeri Sembilan pada 24September 2007.
BeritaUKUR
Pegawai kerajaan dari SUDAN
seramai 20 orang mengadakan
sesi lawatan ke JUPEM.
Peserta kursus GDM2000 dari INSTUNm e n d e n g a rp e n e r a n g a nkegunaan alat GPSdaripada kakitanganSeksyen Geodesi,JUPEM.
Cik Ernie Hairuliza, wakil pelajar
kursus sijil ukur tanah Politeknik
Merlimau, Melaka bertanyakan
beberapa soalan semasa sesi
soal jawab di Seksyen Kartografi.
Penuntut Pusat Latihan Artileri (PUSARTI)
mendapat penerangan berkaitan
MyRTKnet yang merupakan satu-satunya
infrastruktur rangkaian GPS yang
menyeluruh yang dibangunkan bagi
menyediakan perkhidmatan RTK dan DGPS
untuk pengguna GPS.
31
Sekitar Lawatan ke JUPEM
Pelajar Diploma Geomatik UiTMPerlis diberi penerangankegunaan peralatan stereoplotter yang terdapat di galeriJUPEM.
Proses mencetak peta diterangkan
kepada pelajar Lembaga Juruukur
Tanah Berlesen (LJT) dalam rangka
lawatan ke Seksyen Percetakan Peta.
Pelajar kursus Sijil Ukur TanahPoliteknik Ungku Omar, Ipohmelawat sambil belajar keJUPEM WPKL untuk mendapatgambaran sebenar proses kerjapengeluaran hak mil ik danpenyediaan Pelan Akui.
BeritaUKUR
Sebagai ahli gabungan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggotaKerajaan Malaysia (MAKSAK) JUPEM Labuan dipilih sebagai urus setia
penginapan sempena dengan Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia tahun2007 kali ke-3 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Julai 2007 di WilayahPersekutuan Labuan.
Pejabat MAKSAK Wilayah Persekutuan Labuan beralamat di MAKSAK WPLabuan, Perbadanan Labuan, Peti Surat 235, 87008 W.P Labuan. Talian telefon087-415235 dan nombor faks 087-419622 boleh dihubungi jika ahli-ahligabungan ingin mendapatkan informasi berkenaan kalendar aktiviti tahunan.Encik Sudin bin Samat mengetuai MAKSAK WP Labuan pada masa ini.
Sukan NRE Ke 21 Tahun 2007Malaysia dan Singapura
Kejohanan sukan persahabatan tahunan antara KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia dan Kementerian
Alam Sekitar dan Sumber Air (MEWR) Singapura telah berlangsungdi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 25 Ogos2007. Acara sukan yang diadakan setiap tahun ini merupakanplatform antara kedua-dua Kementerian dalam menjalinkanhubungan dua hala serta membincangkan isu-isu berbangkitberkaitan penjagaan alam sekitar dan perubahan iklim serantau.
Sebanyak 13 acara sukan telah dipertandingkan denganpenyertaan seramai 134 orang atlet dari semua agensi di bawahNRE. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telahmenghantar seramai 12 orang wakil bagi menyertai acara sukantersebut.
Pada keseluruhannya kejohanan sukan ini telah dimenangi olehkontinjen Malaysia dalam 9 acara sukan dari 13 sukan yangdipertandingkan. Acara ini telah berjaya mencapai objektif bagimerapatkan hubungan silaturahim dan perbincangan dua halaberkaitan pemuliharaan alam sekitar kedua-dua kementerian.Walaupun menang atau kalah, semangat kesukanan dankomitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukanyang bertanding. Kerjasama yang erat ini diharap dapatdikekalkan melalui kejohanan sukan persahabatan.
Timbalan Ketua Setiausaha I NRE, YBhg. Puan Fatimah Raya bt.Nasron telah sudi menyampaikan hadiah kejohanan serta pialapusingan kepada pasukan yang menang dalam acara majlispenutup di auditorium FRIM. Dalam majlis tersebut sebuah pialapusingan yang baru telah disumbangkan oleh NRE bagimenggantikan piala pusingan lama yang telah berusia lebih 20tahun.
Kejohanan Badminton MAKSAK MalaysiaTahun 2007 Kali Ke-3
BeritaUKUR32