Bekas Alat Tulis
-
Upload
sismiaka-ekhwan -
Category
Documents
-
view
724 -
download
10
description
Transcript of Bekas Alat Tulis
TAJUK:
Tempat Penyimpanan Alat Tulis
LATAR BELAKANG PROJEK
Pengenalan Projek
Alat tulis adalah peralatan yang digunakan untuk menulis atau menanda bentuk di atas suatu
permukaan. Alat ini biasanya digunakan dengan menggunakan tangan dan mengandung pigmen
warna untuk mewarnai permukaan. Permukaan yang biasa digunakan adalah permukaan yang
dapat menyerap pigmen diantaranya adalah kertas, plastik, kaca, kulit, kayu dan lain-lain.
Masalah yang sering hadapi oleh kebanyakan dari kita ialah mempunyai banyak peralatan untuk
menulis seperti pensel,pen,pen penanda, warna ,set geometri dan sebagainya tetapi tiada tempat
penyimpanan yang sesuai sehingga menyebabkan ia terlampau berselerak
selepas digunakan. Tempat menyimpan alat tulis
dipasaran tidak mencukupi dan tidak selesa
untuk digunakan. Oleh itu, kita perlu
memgemas peralatan alat tulis selepas
setiap kali ia digunakan.
Oleh itu saya bercadang untuk membuat
satu produk yang sesuai untuk menyimpan
alat tulis dengan kemas, teratur dan selamat.
Kajian Projek Sedia Ada
Kebanyakan tempat penyimpanan alat tulis dipasaran membawa masalah yang tidak dijangka. Ia
dijual dengan harga yang mahal dan tidak dapat ditampung oleh pelajar. Tambahan pula,
sebahagian produk dikeluarkan dengan kualiti yang rendah berbanding harga yang mahal. Ada
juga sebahagian rak yang tidak tahan lama dan membawa padah kepada pengguna. Reka
bentuknya juga terhad dan tidak dapat menampung kuantiti barang yang banyak dan berat. Dan
juga, reka bentuknya kebanyakan rak alat tulis kurang menarik.
Mengumpul Maklumat / Data
Bagi mendapatkan rekaan yang sempurna dan berkesan, saya mengumpul maklumat dan data
untuk membuat produk tempat penyimpanan alat tulis ini melalui beberapa sumber seperti
berikut :
Melalui pengalaman sendiri
Melalui kajian dan perbandingan produk sedia ada yang diperbuat daripada plastik atau kayu
yang rendah kualiti mendapatkan idea untuk bentuk, teknologi dan kemasan.
Pemerhatian
Membuat pemerhatian atas pelbagai jenis rak alat tulis melalui pelbagai cara untuk
mendapatkan maklumat tentang cara pembuatan, peralatan yang digunakan, proses yang
diamalkan dan bahan yang digunakan.
Bacaan dan penyelidikan
Mendapat beberapa maklumat penting berkaitan produk melalui
sumber bacaan dan mendapatkan maklumat mengenai bahan yang
sesuai, keperluan, masalah dan fungsi dengan menyoal beberapa
orang rakan sekelas, penduduk tempatan sebagai responden dan
risalah dari pengedar bahan-bahan binaan.
Lawatan
Saya mengadakan lawatan untuk ke beberapa tempat untuk mendapatkan maklumat
selanjutnya. Contonya ke Pasar raya, Tesco dan kedai-kedai hardware untuk mendapatkan
idea dan maklumat tentang produk pasaran terutamanya bahan dan kemasan.
Melayari internet
Melayari beberapa laman web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat
untuk mereka bentuk dan maklumat tentang proses dan peralatan. Saya dapat
melihat pelbagai jenis bentuk rak alat tulis dan mendapat
idea-idea yang lebih luas untuk meraka produk yang lebih
inovatif.
Perbincangan
Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan, pensyarah
bimbingan, ahli keluarga, dan responden.
Analisis Maklumat
Dari maklumat yang diperolehi secara amnya kekuatan dan kelemahan produk sedia ada adalah
seperti yang berikut :
Kekuatan
Mudah didapati di pasaran.
Lebih ringan kerana kebanyakkannya dibuat dari plastik.
Terdapat dalam pelbagai bentuk.
Reka bentuk yang kemas
Kelemahan
Tidak mempunyai banyak ruang.
Tidak tahan lama.
Kualiti yang rendah walaupun harga mahal.
Tidak mempunyai banyak pilihan warna
Rumusan
Melalui pemantaun dan maklumat yang saya perolehi, saya berasa yakin produk
yang akan dihasilkan ini akan member kesan kepada pengguna dan permintaan
daripada pengguna diyakini meningkat dari semasa ke semasa. Dari segi
ketahanan, kualiti, harga, keselamatan semuanya dipastikan akan memenuhi
keinginan dan memberi kepuasan kepada para pengguna.
Contoh Produk Sedia Ada
Rak Tetingkat
Rak Peribadi
Rak Alatan
Kekuatan Dan Kelemahan Produk Sedia Ada.
PRODUK
DIPASARANKEKUATAN KELEMAHAN
Rak
Tetingkat
1. Rak ini boleh menyimpan
pelbagai alat tulis mengikut
jenis.
2. Rak ini boleh menyimpan
telefon, nota memo, dll dalam
jumlah yang banyak.
3. Rak ini menarik sebagai hiasan
1. Rak ini tidak stabil bila
menyimpan perkakas alat tulis
dalam kuantiti yang banyak.
2. Rak ini memerlukan ruang meja
yang luas.
Rak
Peribadi
1. Rak ini boleh menyimpan alatan
dengan lebih kemas.
2. Dapat memilih alatan dengan
mudah.
3. Rak ini dapat ditempatkan di
ruang yang kecil
1. Rak ini mempunyai ruang
menyimpan alatan yang terhad.
Rak Alatan
1. Rak ini dapat menyimpan
alatan dengan kemas dan
tersusun.
2. Rak ini dapat digunakan dalam
kenderaan kerana ia stabil.
3. Rak ini tiada tepian yang tajam.
1. Rak ini mempunyai ruang
menyimpan terhad.
2. Rak kurang stabil jika diletak
barang yang banyak
LAKARAN
LUKISAN
KERJA
MATLAMAT
Matlamat utama tempat penyimpanan alat tulis ini adalah bagi
OBJEKTIF
KEFUNGSIAN DAN KEGUNAAN
Bagaimana Projek Berfungsi
Apa Kegunaan Utama Projek
Apa Kelebihan Berbanding Yang Sedia Ada
MENGUKUR MENANDA
MEMOTONG KEMASAN
PENYAMBUNGAN
DISKRIPSI PROJEK
Kaedah Pembinaan Projek
Terdapat 5 langkah penting dalam pembinaan projek iaitu :
Mengukur
Proses pengukuran amat penting bagi menjamin produk dapat disiapkan dengan sempurna dan
mengikut ukuran yang telah ditetapkan mengikut lakaran yang dipilih. Ukuran dilakukan dengan
menggunakan sesiku L dan pita pengukur. Papan lapis, paip PVC dan perspek diukur mengikut
dimensi yang telah ditetapkan. Ketepatan semasa mengukur perlu diambil perhatian bagi
mendapatkan hasil yang kemas semasa proses seterusnya.
Menanda
Proses menanda amat penting semasa menjalankan projek. Bagi rak alat tulis ini saya
menjalankan proses menanda keatas setiap papan lapis, paip PVC dan perspek mengikut ukuran
yang telah dibuat. Bahagian yang akan dipotong ditanda dengan menggunakan dengan
pensil,pita pengukur dan sesiku L
Memotong
Proses memotong dijalankan selepas proses mengukur dan menanda disiapkan. Proses ini
bertujuan untuk mendapatkan bahan kepada beberapa bahagian mengikut saiznya. Setiap
bahagian perlu dipotong dengan tepat agar produk yang dihasilkan dapat menepati standad
kualiti yang diigini. Kerja-kerja pemotongan dijalankan dengan menggunakan gergaji jig dan
gergaji rencong (miter saw). Penggunaan alatan tangan elektrik berkuasa dapat memudahkan
kerja, menjimatkan masa dan hasil yang diperolehi juga lebih kemas.
Kemasan
Kerja kemasan dilakukan bagi menjadikan produk
yang dihasilkan menarik perhatian pengguna. Kerja
kemasan dimulakan dengan menampal
ketidaksempurnaan pada permukaan papan lapis
dengan menggunakan ‘Wood Filler’. Kemudian
setiap permukaan papan lapis dan PVC dilelas
dengan menggunakan mesin pelelas. Kerja lelasan
dibuat bagi mendapatkan permukaan yang rata dan
supaya cat dapat melekat dengan baik pada
permukaan bahan. Setelah mendapat permukaan
yang diingini kerja mengecat dimulakan dengan
menggunakan cat sembur.
Tujuan kerja kemasan adalah :
Supaya produk cantik dan menarik
Permukaan produk menjadi licin dan mudah
dibersihkan.
Produk akan tahan lebih lama
Selamat digunakan kerana tiada permukaan
kayu yang mempunyai selumbar atau
permukaan yang tajam
Penyambungan
Proses ini adalah proses terakhir bagi menyempurnakan tempat penyimpanan alat tulis ini. Saya
menyambung pintu di hadapan pada sebeleh kanan untuk menyimpan alat tulis yang bernilai, dan
berbahaya dengan menggunakan engsel, dan skru. Saya juga menyambung kepingan logam
(ferus iaitu keluli lembut) pada bahagian pintu untuk memudahkan membuka dan menyimpan
barang.
Gergaji JigMemotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis dan perspek.
Mesin Pelelas (Sander)Melelas permukaan kayu.Meratakan permukaan projek kayu.Meratakan permukaan yang disapu tepung penyumbat.
Gergaji Rencong (Miter Saw)Digunakan bagi memotong bahagian kayu yang bersudut dan memotong bahan bagi mendapatkan sudut yang tepat
Gerudi ElektrikKerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru.
Sesiku LMenguji ketepatan sudut 90°.Menguji kerataan permukaan bahan.Membuat garisan bersudut tepat.
Pita PengukurDigunakan untuk kerja mengukur dan menanda
Bahan Dan Alatan Yang Digunakan
Senarai Peralatan
Pemutar Skru
Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.
TukulMenukul dan mencabut paku.
Pensil
Bagi kerja-kerja menanda
GLU GRED INDUSTRI
WOOD FILLER
PAPANLAPIS
CATSEMBUR
PAIP PVC PERSPEK
Senarai Bahan
KELEBIHAN PEMILIHAN REKA BENTUK PROJEK
Kelebihan pemilihan rekabentuk projek adalah berdasarkan beberapa Faktor iaitu :
Fungsi
Berfungsi dengan berkesan
Rupa bentuk
sesuai dan menarik
Kesesuaian bahan
sesuai & mudah diperolehi
Kaedah binaan
sesuai & mudah
Ketahanan
tahan lasak
Kos
tidak terlalu tinggi
Kemasan
sesuai & menarik
Keselamatan
selamat digunakan
Nilai komersial
berpotensi untuk dipasarkan
CARTA GANTT/JADUAL KERJA
BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5
1. Mengenal pasti masalah
2. Mengumpul maklumat dan data
3. Menjana idea, melakar dan memilih projek
4. Perancangan dan pembinaan projek
5. Pemasangan dan pembinaan projek
6 Dokumentasi
7. Persembahan / Penilaian
ANGGARAN KOS
Kos Bahan
BIL BAHAN KUANTITI HARGA(RM)
1 Papan lapis 1 2.00
2 Perspek 1 1.00
3 Paip PVC 1 2.50
4 Glu gred industri 1
5 Wood filler 1
6 Cat sembur 2
JUMLAH
Kos Upah
Kos upah = bilangan pekerja x jam bekerja x kadar sejam
= 2 x 60 x RM 4.00
= RM 480
Kos Overhed
Kos overhed = elektrik + air
= RM 20.00 + RM 5.00
= RM 25.00
Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed
= RM 1513 + RM 480 + RM 25
= RM 2018
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN PROJEK
RUMUSAN DAN REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN