BBM3202 - NOTA

25
KURSUS: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU KOD KURSUS: BBM 3202 Oleh Profesor Madya Haji Arbak Othman --------------------------------------------------------- ---------------------------------------------- Nota Tambahan SUKU KATA DEFINISI Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah kelantangan yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi vokal dalam suku kata. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendirian, misalnya [a] dalam kata [a + ku ] aku , atau bersama bunyi

Transcript of BBM3202 - NOTA

Page 1: BBM3202 - NOTA

KURSUS: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KOD KURSUS: BBM 3202

Oleh Profesor Madya Haji Arbak Othman

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota Tambahan

SUKU KATA

DEFINISI

Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah kelantangan yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi vokal dalam suku kata. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendirian, misalnya [a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau selepasnya, misalnya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau didahului dan diikuti oleh bunyi

Page 2: BBM3202 - NOTA

konsonan, misalnya, [a] dalam kata [taŋ + ga] ‘tangga.’

STRUKTUR

Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa Melayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan NUKLUS.

Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau nuklus. Supaya penyebutan konsonan tidak berulang, maka bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET. Konsonan yang hadir selepas vokal pula menutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata ini dipanggil KODA. Oleh sebab itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan, adalah seperti berikut:

2

Page 3: BBM3202 - NOTA

SUKU KATA

ONSET NUKLUS KODA

Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari (pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapat dirajahkan sebagai berikut:

SUKU KATA

ONSET RIMA

NUKLUS KODA

Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku kata, dengan onset dan koda

3

Page 4: BBM3202 - NOTA

tidak wajib, maka struktur suku kata dapat dinyatakan dengan kependekan O sebagai onset, N sebagai nuklus dan K sebagai koda, supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut:

(O)N(K)

Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, maka struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut:

SK

O R

N K

Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat istilah ini akan digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalam penentuan

4

Page 5: BBM3202 - NOTA

fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda) akan digunakan.

VOKAL SEKUNDER (Secondary Vowel)

Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, seperti lapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [] dan [ə]. Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal primer dari segi bentuk bibir yang terlibat.

(1) Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i] dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya ialah “vokal depan sempit bundar”.

(2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan separuh sempit bundar.”

5

Page 6: BBM3202 - NOTA

(3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.”

(4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak bundar.”

(5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal belakang separuh sempit tak bundar.”

(6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.”

6

Page 7: BBM3202 - NOTA

Depan Bundar Belakang Tak Bundar

___________ _____________

ü y ï___________ _____________

ö ë___________ _____________

œ ^ ___________ _____________

œ α ___________ _____________

7

Page 8: BBM3202 - NOTA

KONSEP PENGELUARAN BUNYI

Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria:

(1) Bahagian lidah: depan; tengah; belakang.

(2) Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh luas; luas.

(3) Keadaan lelangit lembut:

(a) Diangkat untuk semua vokal oral;(b) Diturunkan untuk semua yang

disengaukan.

(4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer:

(a) bundar untuk vokal belakang (b) tak bunda untuk vokal depan

(2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder:

8

Page 9: BBM3202 - NOTA

(a) bundar untuk vokal depan (b) tak bundar untuk vokal belakang

(5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adaah bersuara

Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut:

(1) Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi; [h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb.

(2) Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya, tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan: [p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?]

tersempit → sempitan. Misalnya: semua bunyi geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb.

(3) Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau bergetar → bersuara;

9

Page 10: BBM3202 - NOTA

Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x].

FITUR DISTINGTIF

DEFINISI

Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik, bahawa sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilah distingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakan makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segi fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara] daripada /p/ [- bersuara].

10

Page 11: BBM3202 - NOTA

Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat. Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua-bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan di daerah gusi, maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan fitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil di daerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan nama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memiliki fitur [+velar]. Bunyi [ŋ] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksud lelangit keras. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu dengan nama fiturnya dalam fonologi:

Nama daerah artkulasi Nama fitur

dua-bibir [+bilabial] bibir-gigi [+labio-dental] gigi [+ dental] gusi [+alveolar] lelangit keras [+palatal] lelangit lembut [+velar] glotis [+glotal]

11

Page 12: BBM3202 - NOTA

Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikut pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat]; jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai oleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan fitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur [+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio-dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal, + alveolar, + bersuara].

Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi konsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal, manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur [+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], atau konsonan [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur [-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara].

Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak tulen. Konsonan tulen terdiri

12

Page 13: BBM3202 - NOTA

daripada konsonan letupan [+plosif], letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan tulen memiliki fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yang terdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak mengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udara mengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur [+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolong kepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-vokalik, -konsonantal].

Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik]. Oleh sebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bila udaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai dengan fitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan [+Rendah].

13

Page 14: BBM3202 - NOTA

TAJUK KERJA KURSUS BBM 3202

(a) Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang disenaraikan di bawah ini.

(b) Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan perkara-perkara yang berikut (mengikut kesesuaian):

i. definisi ii. sifat iii. lambang fonetik/fonemikiv. faktor/syarat/keadaan v. penyebaran dalam kata vi. contoh-contoh yang tepat vii. gambarajah (di mana sesuai)

14

Page 15: BBM3202 - NOTA

TAJUK KERJA KURSUS

1. Bunyi vokal Dialek Kelantan: cara pengeluaran dan penyebarannya dalam kata.

2. Kosa Kata Khusus Dialek Kelantan (atau Dialek Trengganu) dan maknanya, serta transkripsi setiap kata yang disenaraikan.

3. Kosa Kata Khusus Dialek Utara dan maknanya, serta transkripsi fonetik setiap kata yang disenaraikan.

4. Kosa Kata Khusus salah satu bahasa di Sabah (Kadazan

15

Page 16: BBM3202 - NOTA

dan Dusun, Murut, Melayu, Bajau, Sulu, Orang Sungai, Bisaya, Tidong, Kedayan, Tranum, Kwijau, Tambunuo, Dumpas, Paitan, Minokok, Ramanau, Margang, Idahan, Iranum). Setiap satu kosa kata itu hendakalah diterangkan maknanya, serta transkripsi fonetik setiap kata yang disenaraikan.

5. “Alat tutur” dan peranannya dalam pengeluaran bunyi bahasa Melayu.

6. “diftong” dan “rangkap vokal” salah satu bahasa di Sabah. Nyatakan juga proses pengeluaran setiap satunya, serta perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut.

16

Page 17: BBM3202 - NOTA

7. Cara-cara “Fonem” dan “Alofon” ditentukan dalam bahasa Melayu, serta hubungannya dengan kajian fonemik.

8. Ciri-ciri suprasegmental salah satu dialek di Semenanjung (Johor, Perak. Selangor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, dialek Utara).

9. Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa di Sarawak (Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Murut, Bisayah, Punan, Sian, Penan, Melanau, Ukit, Narom).

10. Bunyi Vokal dan Konsonan dalam satu bahasa di Sarawak. Nyatakan penyebarannya dalam kata,

17

Page 18: BBM3202 - NOTA

serta berikan makna kata-kata yang dijadikan contoh itu.

PENILAIAN KERJA KURSUS

1. Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30 daripada 100 (30%).

2. Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan bahan bacaan.

3. Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30.

4. Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga sumber.

5. Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM

18

Page 19: BBM3202 - NOTA

selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun.

6. Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu, markah maksimum untuk penilaian ialah 20 (20%) sahaja. Dan jika sebelum tarikh peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja.

7. Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan menerimanya adalah salah dari segi peraturan peperiksaan universiti.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

1. Penilaian sebanyak 30%.

2. Berbentuk ujian objektif sebanyak 30 soalan.

19

Page 20: BBM3202 - NOTA

3. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang fonetik.

AGIHAN TUGAS

Jasa baik tutor Pusat Pengajaran diminta mengagihkan kajian yang berkaitan dengan dialek di Sarawak dan Sabah supaya setiap bahasa yang dikaji hanya dituliskan oleh seorang atau tidak lebih daripada dua orang calon sahaja, kecuali apabila aspeknya berlainan. Maknanya, tidak boleh tajuk yang sama dituliskan oleh dua orang calon.

20

Page 21: BBM3202 - NOTA

21