BANTUAN PSIKOLOGI AWAL (PFA) SEMASA KRISIS WABAK...
Transcript of BANTUAN PSIKOLOGI AWAL (PFA) SEMASA KRISIS WABAK...
BANTUAN AWAL PSIKOLOGI (PFA)SEMASA KRISIS WABAK COVID-19:
KAEDAH PSIKOSPIRITUAL ISLAM
PERSATUAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM (IPSA)
ApakahBantuanAwalPsikologi(PFA)?
Bantuan Awal Psikologi atau Psychological First Aid (PFA) adalahkaedah bantuan segera semasa tercetusnya sesuatu krisis ataubencana.
PFA disediakan untuk mereka yang mengalami gejala reaksi stressakut dan berisiko untuk mendapat masalah kesihatan mental akibatkrisis tersebut.
Mengurangkan tanda-tanda awal stress.
Menyediakan bantuan keperluan asas/praktikal.
Mempromosi/menggalakkan fungsi penyesuaian (adaptive functioning).
4/1/2020 2
KenapaPFA perlu?
PENGENALAN BANTUAN AWAL PSIKOLOGI (PSYCHOLOGICAL FIRST AID) SECARA UMUM
❖ Dalam konteks ini berasaskan Psikospiritual Islam
Siapa yang memerlukanPFA?
Individu yang mengalami reaksi stress akut (acute stressreaction).
Individu terselamat dari bencana dan mengalami trauma.
Individu berisiko mengalami kesukaran berfungsiakibat penyakit atau masalah social.
Petugas barisan hadapan atau yang membantu didalam menguruskan bantuan krisis (secara langsungatau tidak).
4/1/2020 3
PENGENALAN BANTUAN AWAL PSIKOLOGI (PSYCHOLOGICAL FIRST AID) SECARA UMUM
“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan
apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
KRISIS WABAK DARI SEJARAH ISLAM
Coronavirus Disease COVID-19 – Wabak penyakit abad ke 21
Wabak pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan oleh coronavirus.
Rasulullah SAW telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidakkeluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempatyang terkena wabak:
Ia boleh berjangkit melalui titisan air liur (batuk, bersin), bersentuhan kulitdan pada permukaan yang dicemari virus.
Kelewatan mendapatkan rawatan boleh membawa maut.4/1/2020 4
ASAS PSIKOSPIRITUAL ISLAM DI DALAM APLIKASI PFA SEMASA KRISIS COVID-19
Konsep tribulasi/ujian dalam Islam:
Sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Baqarah 2:155 - 157)
Konsep dan etika dalam aplikasi psikospiritual mengikut garis-panduan WHO:
Amalan kerohanian (spiritual) mampu memberi kesan positif kepada emosi dan pemikiran.
Klien akan merasai terdapat hikmah di sebalik kepayahan dan menjadikan diri tabah.
Adakalanya klien merasakan resah tentang hubungannya dengan Tuhan dan amalannya.
Pastikan mendapat kebenaran atau jika diminta oleh klien untuk kaedah terapi psikospiritual.4/1/2020 5
PERKARA PENTING SEMASA MENGENDALIKAN PFA BERASASKAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM
SEMASA WABAK COVID-19
Memandangkan wabak COVID-19 amat mudah merebak, sesi PFA hanya dapat dilakukan secaraatas talian, telefon, skype, email dan seumpamanya; tanpa memerlukan sesi bersemuka.
Mengikut garispanduan WHO (2011), PFA adalah lebih berbentuk :
Bantuan kemanusiaan dan sokongan psikososial secara praktikal mengikut kehendak klien.
Kaedah yang dilakukan tidak melanggar tatasusila budaya, agama dan emosi klien.
Bantuan kerohanian (spiritual) merangkumi pelbagai aspek dan tidak terhad kepadaamalan solat dan doa semata-mata berdasarkan kemampuan klien.
Bersedia dengan info berkaitan pakar agama atau pusat yang memberikan khidmatpsikospiritual Islami yang diiktiraf oleh JAKIM seperti Pusat Khidmat Keluarga, Sosial danKomuniti (KSKCareCentre, JAKIM) yang terdapat di beberapa pusat di seluruh negara.
4/1/2020 6
KONSEP ASAS BANTUAN AWAL PSIKOLOGI (PSYCHOLOGICAL FIRST AID)
3L Apa yang harus dilakukan 8 TERAS TINDAKAN PFA
Look
(Lihat)
▪ Pemerhatian terhadap keselamatan klien.
▪ Pemerhatian kepada klien dengan
keperluan terdesak.
▪ Pemerhatian kepada klien yang alami
tekanan yang serius.
Contact ▪ Bina hubungan dan kepercayaan.Comfort ▪ Utamakan keselamatan dan keselesaan.
Listen
(Dengar)
▪ Hubungi klien yang memerlukan bantuan.
▪ Tanyakan tentang keperluan dan
kebimbangan klien.
▪ Mendengar agar klien berasa tenang.
Calm ▪ Pastikan klien stabil dan mampu mengawal
emosi.Collect ▪ Dapatkan informasi berkaitan isu psikologi,
sosial dan tahap spiritual klien.
Link
(Hubungkan)
▪ Bantu klien memenuhi keperluan dan
akses bantuan perkhidmatan.
▪ Bantu klien mengatasi masalah secara
positif.
▪ Bekalkan informasi.
▪ Hubungkan klien dengan orang tersayang.
▪ Dapatkan sokongan sosial/spiritual.
Care ▪ Menyalurkan keperluan mengikut informasi
yang diperolehi.Connect ▪ Menghubungkan klien kepada kumpulan
sokongan sosial/spiritual.
Cope ▪ Mengupayakan klien membentuk daya tindak
yang bersesuaian.Collaborate ▪ Dapatkan pautan melalui usaha kolaborasi
dengan agensi berkaitan.
4/1/2020 7
IMAN (TAUHID)
Meyakini akan setiap sesuatu adalah mengikut ketentuan Allah SWT dan sebagai hambaNya, kita disaran
mengikut garis-panduan berdasarkan al-Qur’an dan amalan Sunnah Rasulullah SAW.
ISLAM Melaksanakan ibadah wajib dengan sentiasa berusaha memperelokkannya supaya diri lebih mendekati
(taqarrub) Allah SWT.
Menjaga batas syarak iaitu mengawal pemikiran, emosi, percakapan, dan perbuatan sama ada secara
terangan atau sembunyi supaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Memohon
keampunan atas segala kealpaan dan sentiasa memperhalusi niat agar setiap perbuatan dilakukan hanya
kerana Allah SWT.Memperbanyakkan tilawah qur’an, tahlil, tasbih, istighfar, selawat dan zikrullah. Memberi ruang dan
peluang kepada diri untuk memperbanyakkan amalan zikrullah pada setiap hari.
IHSAN
Meyakini bahawa setiap tindakan, pemikiran dan perasaan yang dilakukan adalah di bawah pemerhatian
Allah SWT. Ini boleh menimbulkan kesan “mindfulness” (penghayatan) serta menjadikan diri lebih hampir
kepadaNya.
PENJAGAAN
KESIHATAN FIZIKAL &
MENTAL
Kekuatan kerohanian perlu disertakan dengan pemakanan halalan tayyiban, amalan solat sunat, puasa dan
aktiviti fizikal yang dipraktikkan secara seimbang.
TANGGUNGJAWAB
SOSIAL/KOMUNITI
Mewujudkan hubungan yang sihat dengan keluarga, rakan kerja dan komuniti, memperbanyakkan amalan
sedekah (infaq) dan mendoakan untuk kebaikan rakan-rakan
PENGENALAN KEPADA ASAS-ASAS PSIKOSPIRITUAL ISLAM
4/1/2020 8
4/1/2020 9
KONSEP INSAN MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI
Ruh (Spirit)
Qalb(Spiritual Heart)
Aqal (Mind)
Nafs (Soul)
Jasad(Physical)
Ruh yang tenang memberi kesan ketenangan (sakinah) kepada qalb, aqal, nafs danjasad.
Qalb memiliki daya emosi dan daya berfikir. Qalb yang baik merasai kasih sayang,ketenangan, kedamaian dan mempunyai persepsi rohaniah yang dapat memahamidan merasai kebenaran dan ilmu daripada Allah SWT. Ia adalah penentu kepadatindakan insan yang berhubung kait dengan ruh, aqal, nafs dan dapat dilihat melaluiperlakuan jasad.
Aqal membimbing insan membuat pilihan terbaik selaras dengan ilmu danpengalaman serta berpandukan qalb.
Jiwa yang tenang menjadikan insan memenuhi kehidupan dengan amal soleh danusaha taqarrub (mendekati) kepada Allah SWT.
Jasad adalah tubuh badan yang merasai sihat, segar, gejala kerehatan danketenangan apabila qalb, aqal dan nafs berada pada tahap terbaik sebagai hambaAllah SWT. Sebaliknya, jasad merasai sakit, lesu, resah gelisah dan ketegangan
apabila qalb, aqal dan nafs berada pada tahap yang rendah seorang insan.
KAWALAN MINDA DAN REGULASI EMOSI SEMASA KRISIS
Cara berfikir dan persepsiterhadap krisis wabakCOVID19 mampumemberikan kesan negatifatau positif terhadap reaksiatau respons emosi.
Reaksi spontan seperti keliru,panik dan takut adalah normal.
Melalui kefahaman reaksispontan tersebut, ia mampumembangkitkan respons emosiyang tenang dan positif.
Reaksi panik mungkin diikutidengan “panic buying”,kesukaran tidur dan komplikasipenyakit seperti eczema,diabetes, asma dll.
Respons tindakan yangboleh membangkitkan emosidan pemikiran positifseperti:✓ Teknik pernafasan✓ Teknik relaksasi✓ Solat, membaca al-Qur’an,
sedekah, doa✓ Meditasi✓ Senaman✓ Menyediakan makanan
bernutrisi, halalantayyiban
✓ Berkomunikasi dengansahabat dan saudara
✓ Mendapatkan bantuanpakar bagi masalah yangdihadapi 4/1/2020 10
KAWALAN MINDA DAN REGULASI EMOSI SEMASA KRISIS
“Aku dah dijangkiti?”“Macamana denganfamili aku?”.. “Aku dah tak ada duit ni!” “Aku dah tak tahan!!”
“Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.”
(Al –Baqarah 2:45)
“Ketahuilah, sesungguhnya sabar terhadap apa yang
kamu tidak sukai itu terdapat padanya kebaikan
yang banyak. Sesungguhnya pertolongan itu ada
bersama kesabaran, kelapangan itu ada bersama
kepayahan dan sesungguhnya bersama kesusahan itu
terdapat kesenangan.”
(Musnad Ahmad – Sahih)
REAKSI KONFLIK SOLUSI PSIKOSPIRITUAL
4/1/2020 11
Teknik PernafasanSufi
✓ Sebaiknya mulakan dengan berwudhu’.✓ Pilih tempat yang bersih dan sunyi dari gangguan luar.✓ Pilih Asma’ al-Husna yang kebiasaan disebut atau zikir pendek
yang jadi kelaziman.✓ Antara yang menjadi kelaziman seperti “ للاللاه ” ataupun “ ا
ال
هاإل
إل
ها
.”ٱلل
✓ Duduk sama ada di atas kerusi atau sejadah.✓ Mulakan fokus kepada pernafasan dan ucapkan syukur “ ا حمده
ٱل
ا ”لل kepada Allah atas ni’mat kehidupan.
✓ Semasa menarik nafas sebut secara lisan atau dalam hati ”هللا“
(dengan sebutan “Allaaaaah” yang panjang) dan hayatikewujudan Allah Yang Maha Penyayang, Pengasih danPengampun.
✓ Apabila telah biasa, teruskan menyebut ”هللا“ semasa menarik
nafas, sewaktu tahan nafas dan dalam hembusan nafas.✓ Ulang beberapa kali sehingga memperolehi rasa tenang.✓ Setelah selesai, ucapkan “ ا حمده
اٱل
لل ” .
4/1/202012
KAWALAN MINDA DAN REGULASI EMOSI SEMASA KRISIS (KAEDAH ABCDE)
Krisis
(Activating
event)
Pemikiran/ Persepsi
(Beliefs)
Kesan kepada emosi dan
tindakan
(Consequent Feeling and
Behavior)
Pertikaikan pemikiran dan
emosi yang negatif dengan
sumber berasaskan ajaran Islam
(Dispute the Beliefs)
Emosi dan Pemikiran yang
baru dan berkesan
(Effective New Belief and
Consequences)
Wabak
COVID19
“Aku dah
dijangkiti?”
• Takut.
• Panik.
• Jantung berdebar.
• Takut untuk dapatkan ujian
pengesahan.
• Mengulangi membaca info
berkaitan COVID19.
• Lakukan pernafasan dan
relaksasi.
• Dapatkan info dari hospital
terdekat.
• Dapatkan bantuan sokongan
psikologi dari pakar.
“Aku patuh perintah
doktor untuk amalkan
tindakan kuarantin. Insya-
Allah segalanya akan jadi
lebih baik.”
“Macamana dengan
famili aku?”
• Risau tentang kesihatan.
• Kerap telefon.
• Rasa bersalah.
• Bertenang dan hubungi adik
beradik, jiran dan saudara.
• Nyatakan keadaan diri anda
dan keluarga selamat.
“Keluarga aku selamat dan
mereka tahu aku selamat
di sini.”
“Aku dah tak ada
duit ni!”
• Takut dengan masa depan.
• Hilang pengharapan.
• Bertenang.
• Hubungi talian bantuan
psikososial yang
menyediakan saluran tepat
untuk bantuan berkaitan.
“Aku perlu berjimat
dengan bekalan makanan
dan kewangan. Bantuan
dari kebajikan akan
datang.”4/1/2020 13
MENGENDALIKAN KEHILANGAN (LOSS) AKIBAT KRISIS COVID - 19
4/1/2020 14
KAEDAH PENTAFSIRAN SEMULA KEHILANGAN (RE-INTERPRETING THE LOSS)
Terkejut & Penyangkalan
Marah, Resah, Malu
Dialog dalaman, “Bargain”
Kesedihan dan hilang arah
Penerimaan, Redha
TAHAP KEHIBAAN (GRIEF) SOLUSI PSIKOSPIRITUAL
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan
diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya).
Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka
dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan
menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendaki-
Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya
tiap-tiap sesuatu.
(Al-Talaq 65: 2 - 3)4/1/2020 15
PENYERAHAN AKTIF (ACTIVE SURRENDER) - TAWAKKAL
Penyerahan diri dan segala yang diluar kawalan setelah ikhtiardilakukan (tawakkal).
Buat keputusan secara sedar(conscious decision) bahawa banyakperkara yang di luar jangkauanfikiran dan daya manusia.
Amalkan Teknik Pernafasan Sufi:✓
مهياسل – Keselamatan dan
ketenangan✓ يامتينه وي
ياق ياعزيزه – Kekuatan jiwa &
jasad✓ هيمنه يامه
هياحفيظ – Perlindungan
✓ هطيف
يال – Agar tidak merasa sukar
i4/1/2020 16
PERJUANGAN KEROHANIAN (SPIRITUAL STRUGGLE) SEMASA KRISISCOVID-19
4/1/2020 17
Emosi NegatifHilang
kepercayaan
KAWALAN MINDA DAN MENGATASI PERSEPSI NEGATIF (KAEDAH ABCDE)
Krisis
(Activating
event)
Pemikiran/ Persepsi
(Beliefs)
Kesan kepada emosi dan
tindakan
(Consequent Feeling and
Behavior)
Pertikaikan pemikiran dan emosi
yang negative dengan sumber
berasaskan ajaran Islam
(Dispute the Beliefs)
Emosi dan Pemikiran yang
baru dan berkesan
(Effective New Belief and
Consequences)
Krisis
wabak
COVID-19
“Aku rasa Tuhan
tidak lagi
memperdulikan aku.”
• Takut.
• Panik.
• Jantung berdebar.
• Menjauhkan dari
melakukan ibadah wajib.
“Aku bersangka baik dengan
Allah. Segala ujian adalah untuk
menguji aku dan sesiapa sahaja
dan Allah Maha Penyayang.”
“Perasaan lebih tenang dan
yakin Allah amat dekat dan
lebih hampir dari urat
tengkuk aku.”
“Mungkin ini adalah
balasan Tuhan di atas
dosa aku.”
• Melakukan ibadah
dengan rasa terpaksa.
“Segala yang berlaku adalah atas
kehendakNya. Allah Maha
Pengampun.”
“Amalan beristighfar
membantu aku sentiasa
yakin Allah amat Maha
Pengampun.”
“Kenapa Tuhan
hukum semua orang
yang tak berdosa?”
• Marah, resah melihat
kesan wabak penyakit
pada masyarakat.
“Allah berkuasa melakukan
segalanya atas kehendakNya
juga. Allah memberi ni’mat dan
ujian mengikut kemampuan
seseorang.”
“Dengan teknik pernafasan
sufi dan berzikir aku yakin
atas segala ketentuan Allah
sama ada atas diri aku atau
orang lain ada hikmahnya.”4/1/2020 18
AMALAN KEMAAFAN SERTA KESYUKURAN SEMASA KRISIS COVID-19
Adakalanya, semasa krisis, berlaku perubahan sikap dalam kalangan ahli keluarga, jirantetangga dan rakan, termasuk konflik di tempat kerja yang perlu diselesaikan denganbaik dengan cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu memberi kemaafan.
Meyakinkan bahawa jika kita memaafkan seseorang:
✓ Kita tidak ingin membalas kesilapan orang lain.
✓ Kita tidak ingin berdendam, marah dan benci pada seseorang.
✓ Kita akan mendapati bebanan perasaan negatif berkurangan dan diganti denganperasaan ketenangan dan kesyukuran pada Allah SWT.
“Apa yang anda faham tentang kemaafan?” – Mungkin berbentuk memaafkan seseorang.
“Apakah maksud kemaafan pada anda?” – Mungkin lebih kepada memohon kemaafan pada Allah.
“Bagaimana pula dikatakan bertaubat itu?” – Pastikan klien mampu melihat dari sudut positif.
4/1/2020 19
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang
yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang
menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang
berbuat kebajikan.”
(Ali Imran 3 : 133-134)
AMALAN KEMAAFAN SERTA KESYUKURAN SEMASA KRISIS COVID-19
Sebarang bentuk konflik luaran dan dalaman perlu diselesaikan sama ada secaraberhadapan ataupun melalui perantaraan Allah SWT:
4/1/2020 20
AMALAN BERSYUKUR (GRATITUDE) MAMPU MELENYAPKAN EMOSI NEGATIF
Kajian mendapati terdapat hubungan rapat antara pengalaman bersyukur sama adadari sudut kesejahteraan yang subjektif mahupun kesan mental yang positif.
Setiap hari, aku akancatatkan dalam diari(jurnal):i. Situasi (activating
event).ii. Cara berfikir
baharu (belief).iii. Kesan dari
bersyukur(consequence) pada emosi.
iv. Cara berfikir dan kesan pada tahap
mental dan fizikal.
4/1/2020 21
Syukur pada-Mu Ya Allah kerana aku masih boleh
bekerja dan Engkau pula tidak putus memberi
rezeki yang mencukupiuntuk kami.
Alhamdulillah syukurkepada-Mu Ya Allah atasapa saja yang berlaku
kerana aku yakinperancangan-Mu adalah
yang terbaik untukku.
Subhanallaahwalhamdulillaah, YaAllah, walaupun aku
masih rasa takut untukhadapi keadaan ini, akutetap bersyukur kepada-Mu kerana masih dapatberibadah dan berzikir
kepada-Mu untukmenenangkan jiwaku.
Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud
“Tidakkah kamu ketahui bahawa surah al-Fatihah bersifat ruqyah .”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PENGHAYATAN SURAH AL-FATIHAH
Penghayatan setiap ayat-ayat surah al-Fatihah ini samaada ketika bersolat atau berzikir, insya-Allah mampumencetuskan ketenangan emosi dan minda terutamanyaapabila maksud setiap ayat difahami dengan baik.
Surah al-Fatihah ini mengingatkan supaya kita sentiasabersyukur kepada Allah SWT, Yang Maha Pengasih danMaha Penyayang dalam setiap situasi; menyakini hanyaAllah tempat mengadu dan meminta pertolongan;memohon diberi kekuatan dalam menghadapi segalaujian nikmat dan musibah yang mendatang.
4/1/2020 22
JARINGAN TAMBAHAN (LINK) UNTUK PERKHIDMATAN PSIKOSPIRITUAL DAN BANTUANHULUR INFAQ
Persatuan Psikospiritual Islam Malaysia (IPSA)
adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang
berdaftar.
Ahli-ahli IPSA terdiri daripada pakar khususnya
dalam bidang tasawuf, pengajian Islam dan lain-
lain serta yang mendapat latihan in house
Psikospiritual Islam.
IPSA bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) di dalam menyediakan
perkhidmatan di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial
dan Komuniti (KSKCareCentre) di Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin.
4/1/2020 23
PERKHIDMATAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DISEDIAKAN OLEH JAKIM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3059759177407964&id=155056204544957
Kepakaran yang disediakan khususnyaPsikospiritual Islam adalah daripada tenaga
kerja ahliPersatuan Psikospiritual Islam Malaysia (IPSA)
4/1/2020 24
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN RUNDING CARA
Perkhidmatan Bimbingan dan Rundingcara kepadaPesakit, Keluarga Pesakit Covid-19, petugas BarisanHadapan dan masyarakat Covid-19.Sesi Kaunseling, Terapi Psikospiritual dan Ilaj secaradalam talian.Hanya isikan borang online dan fasilitator terlatihakan menghubungi anda dalam kadar yang segera.Dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Berkongsi rasa dengan kami:✅Kaunseling syarie✅Terapi Psikospiritual Islam✅Ilaj Syar’ie
Kaunselor, Terapis dan Mualij terlatih dan mematuhiperaturan dan etika kaunseling dari KSK Care Centre,Masjid Tuanku Mizan Zainal [email protected] peserta adalah terpelihara dan terjaminrahsia.
Klik untuk pendaftaran -https://bit.ly/KaunselorJAKIM
Khidmat Masyarakat ini disediakan oleh JAKIM
4/1/2020 25
TABUNG INFAK MANGSA COVID-19
Salam sejahtera sahabat2 Budiman.
NGO Persatuan Psikospiritual Islam (IPSA) atas rasa tanggungjawab sosial, melancarkan Tabung InfakMangsa Covid-19 untuk membantu saudara saudara yang sangat terhimpit dengan ujian Covid-19, iaitu:
❌tidak dapat bekerja,
🚱hilang sumber pendapatan,
🚷ada yg hilang pekerjaan,
🚼anak anak dah mula kelaparan,
🛍makanan bayi dah tak mampu beli,
🙇🏻♂orang-orang tua yang keuzuran yang makin terabai keBajikannya, dan macam2 kesengsaraansedang dihadapi oleh para asnaf tegar ini.
Semoga dengan sedikit sumbangan ikhlas dari kita semua akan memberi sinar cahaya buat merekaterutama utk menyambut kehadiran Ramadhan dan Syawal yang mendatang.
Jom sama2 lah kita menyumbang RM1, RM 5, RM10, RM100, RM1000 atau berapa sahaja RMmengikut keikhlasan dan kemampuan para sahabat yg budiman.
♦ SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN:PERSATUAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM (IPSA)
BANK ISLAM: 14171010010670
#RayuanTabungInfak MangsaCovid-19.
#BersamakitameringankanbebanMerekayangsengsara.
#BantuMembantuTuntutanAgama.
#MenyumbangTandaKesyukuranKita.
Terima kasih daripada IPSA
4/1/2020 26
Disediakan oleh:Dr. Zuraida Ahmad Sabki
Pakar Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi (PPUM)
Disemak oleh:Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa’ari (APIUM)
Timbalan Presiden IPSA&
AHLI JAWATANKUASA IPSA&
PANEL PENULIS KSKCARE CENTRE, JAKIM
Rujukan:▪ World Health Organization, War Trauma Foundation and World Vision International (2011). Psychological first aid: Guide for field workers. WHO: Geneva.▪ Zuraida AS, Che Zarrina S, Sharifah Basirah SM, Goh LK, Ahmad Hatim S, Harold GK (2019). Islamic Integrated Cognitive Behavior Therapy: A Shari’ah-compliant
Intervention for Muslims with Depression. Malaysian J Psychiatry.▪ Manual Kaunseling Syar’ie (2013). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)▪ H. H. Amin Syukur (2012). Zikir Penyembuh Kanser. Kuala Lumpur. Inteam Publishing Sdn. Bhd.
نوا ٱلذين ام ئن ء ت طم بذكرقلوبهمو ٱلل بذكرأ ل ئن ٱلل ٱلقلوبت طم
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Al-Ra’d 13 : 28)
4/1/2020 27