BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI SABAH
Transcript of BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI SABAH
BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI SABAH
Kerajaan Sabah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Sabah dan juga
penduduk tetap di Sabah. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi meringankan beban
penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan juga
warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang meliputi pelbagai
aspek ialah :
Bantuan Zakat Sabah (MUIS)
Bantuan IKS / BAIKS 2020
Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)
Bantuan RISDA 2020
Bantuan Biasiswa Yayasan Sabah
Bantuan Khas We Care B40
Bantuan Rumah Kos Rendah
1. BANTUAN ZAKAT SABAH (MUIS)
SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON
1. Penduduk asal Negeri Sabah.
2. Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap
3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
BIL SKIM BANTUAN
FAKIR MISKIN AMIL MUALAF AL-RIQAB
AL- GHARIMIN
FISABILILLAH IBNU SABIL
Sosial dan Ekonomi
1 Bantuan Am
2 Bantuan Perubatan
3 Bantuan Kecemasan
4 Bantuan Bencana Alam
5 Bantuan Pengurusan Jenazah
6 Bantuan Pembangunan Asnaf
7 Bantuan Kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz
8 Bantuan Elaun Guru Zakat JHEAINS
9 Bantuan Utiliti serta Pengimarahan Masjid dan Surau
10 Bantuan
Tahunan Pusat Dialisis (MUIS-NKF)
11 Bantuan Pelajar Fakir Miskin (Majikan Sekolah KPM)
12 Bantuan Rumah Anak Yatim (RAY)
13 Bantuan Badan/ Pertubuhan Kebajikan/ Bukan Kerajaan (NGO)
14 Bantuan Guru Panitia Agama Islam
Pendidikan
15 Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA
16 Bantuan Tiket Penerbangan IPTA
17 Dermasiswa (Awal)
18 Dermasiswa (Lanjutan)
19 Dermasiswa (Tiket Akhir)
Mualaf
20 Bantuan Meraikan Saudara Baru (Am Mualaf)
21 Bantuan Elaun Pelajar Kelas
Bimbungan Saudara Kita (KBSK)
Sila layari laman web ini untuk memohon bantuan zakat
https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php
2. BANTUAN IKS / BAIKS 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan ada menyediakan Bantuan IKS atau ringkasnya BAIKS
kepada usahawan IKS di Negeri Sabah. BAIKS merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk
merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Program ini
bertujuan membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui
bantuan dalam bentuk geran.
JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN BANTUAN IKS/BAIKS 2020
Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut:
mesin dan kelengkapan,
pembungkusan,
peningkatan syarikat ke Sdn Bhd dan
e-dagang/digital
JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK
Semua syarikat IKS Sabah dalam bidang perkhidmatan dan bidang pembuatan makanan,
minuman, produk bukan makanan dan kraftangan.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Mempunyai lesen perniagaan
Pemohon hendaklah rakyat Sabah
Mengeluarkan produk/memberi perkhidmatan
Mempunyai premis perniagaan
Minat dan komitmen dalam perniagaan
Berdaftar sebagai usahawan DIDR
Mengemukakan Borang BAIKS 2020
SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON
Pemohon hendahlah rakyat Negeri Sabah.
Usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan.
Mempunyai lesen perniagaan.
Lengkapkan kertas kerja dan lampiran-lampiran yang tertera di peringatan borang
BAIKS2020 untuk dimuatnaik.
Berdaftar sebagai usahawan DIDR. Jika belum berdaftar, anda digalakkan mendaftar
terlebih dulu.
CARA DAFTAR DIDR
Untuk membuat PENDAFTARAN USAHAWAN BARU DIDR,sila layari laman web
ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDL-
6htCsylKKC2kKHMh6nnrfNeB7rR4o2bRzQLlYb2ttEbA/viewform
Langkah-Langkah Permohonan BAIKS 2020
1) Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat di atas.
2) Sila tekan tab Mohon dan masukkan nombor IC anda.
3) Setelah masukkan nombor IC sila tekan butang Daftar.
4) Masukkan segala data di borang online DIDR.
5) Tekan butang Hantar.
6) Jangan LUPA untuk muat naik kertas kerja anda dan lampiran-lampiran yang berkenaan
sekali denga kertas kerja anda dalam format PDF.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAIKS 2020
Para usahawan IKS yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan
Bantuan IKS bagi tahun 2020 dengan dengan cara berikut :
Memohon melalui Portal BAIKS online https://baiks.smedidr.com.my,
Mengemukakan permohonan melalui email [email protected]
Menghantar permohonan ke pejabat DIDR (Tingkat 1, Blok C Wisma Tun Fuad Stephens)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2020.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut tentang BAIKS 2020 ini boleh dirujuk terus Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan di nombor telefon (088)210163/253445/215136 pada waktu
pejabat.
3. BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) Satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang akan
diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Bantuan ini adalah berdasarkan
pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara(LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita(JPW).
CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE BKIT
Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM bleh mengemukakan permohonan selewat-
lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui :
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA MANUAL
Dapatkan borang permohonan ,sertakan dokumen diperlukan dan hantar kepada:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri(JPWN)/JKM Negeri, PKMD,LPPKN atau
Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita
Sabah ( Bagi pemohon di Sabah)
Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di
Sarawak) atau
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA ONLINE
Layari Portal rasmi https://www.jpw.gov.my/
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BKIT
Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :
Penerima merupakan warganegara Malaysia yan menetap di Malaysia
Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal) dan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM90 atau perkapita RM244
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Mandatori yang telah disahkan
Salinan MyKad
Salinan Penyata Akaun tahun semasa
Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin/MyKid/MyKadSijil
Pengangkatan dari JPN dan
Salinan Slip Gaji Terkini/Pengesahan Pendapatan daripada penghulu/Majikan)
DOKUMEN SOKONGAN
Surat Akaun Doktor(Jika berkenaan)
Surat Akaun Sumpah (Sekiranya dalam proses penceraian)
KAEDAH BAYARAN BKIT
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank permohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif
TARIKH PEMBAYARAN BKIT
Bayaran adalah mulai JULAI sehinga NOVEMBER 2020
SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BKIT
Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Menurut Jabatan Pembangunan Wanita, ibu tunggal dapat ditakrifkan berdasarkan kriteria-
kriteria berikut:
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu
atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin
dalam isi rumah yang sama;
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami
yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak
yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin
tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.
Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka
layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.
4. BANTUAN RISDA 2020
Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara.Pelbagai produk menggunapakai getah
untuk barangan dan produk mereka. Tetapi hari ini industri getah semakin mencabar ekoran
harga getah terus merudum turun. Hal ini menimbulkan kerisauan dikalangan penoreh getah di
Malaysia. Bagi memberi dorongan dan semangat kepada pekebun kecil getah di Malaysia, pihak
Kemajuan Pekebun Kecil Perushaaan Getah (RISDA) telah mengambil langkah dastik bagi
menjaga kepentingan penoreh getah dan pengusaha getah di Malaysia.
APA ITU RISDA
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh
Parlimen.
Antar fungsi dan peranan RISDA :
Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan
daya maju industri getah sektor pekebun kecil;
Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang disediakan dan
diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;
Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada
sektor pekebun kecil;
Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang perlu dan
menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;
Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh meningkatkan taraf
kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki
kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya
dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
RISDA telah perkenalkan pelbagai bantuan getah kepada yang layak. Sudah pastinya untuk anda
menerima tawaran bantuan RISDA ini, anda perlu lakukan pendaftaran terlebih dahulu.
DAFTAR PEKEBUN KECIL
Cara Daftar/Permohonan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
Pekebun Kecil hadir ke Pejabat RISDA (PT) berdekatan untuk mengisi borang
pendaftaran dan memohon SIC.
PT hendaklah memastikan Borang Soal Selidik (Borang Pendaftaran) yang disediakan
lengkap diisi.
PT hendaklah menginput maklumat pekebun kecil ke dalam system e-Banci.
PT hendaklah mengisi permohonan SIC melalui sistem e-SIC.
Dokumen diperlukan ketika memohon SIC
Salinan geran tanah yang sah.
Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
Gambar terbaharu berukuran passport berlatarbelakangkan warna biru.
Faedah SIC
i. Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah berdaftar dengan
RISDA
ii. Memudahkan pekebun kecil berurusan dengan pejabat RISDA dan mengesahkan
mereka telah dibanci dan didaftarkan dalam perangkaan RISDA
iii. Memudahkan pegawai RISDA dan pekebun kecil mengetahui maklumat profil pekebun
kecil itu sendiri dengan mengimbas QR CODE di belakang kad
iv. Maklumat pekebun kecil mudah dikemaskini dari masa ke semasa yang akan membantu
RISDA membuat perancangan pembangunan pekebun kecil di masa hadapan
v. Pemilikan SIC dijadikan sebagai syarat untuk diberikan keutamaan menerima bantuan
Program Pembangunan RISDA
Kelayakan Pemegang SIC
Warganegara Malaysia
Pekebun kecil getah
Pekebun kecil sawit
Telah dibanci atau berdaftar dengan RISDA
SENARAI BANTUAN RISDA 2020
Program Peningkatan Produktiviti (PPG)
Contoh bantuan PPG antaranya adalah cawan getah, spring pengilat getah, sudu, pisau
toreh dan racun rumpai kerana kos untuk peralatan itu kira-kira RM500 sehektar.
Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)
Bantuan SIPG pula adalah bahan rangsangan susu getah jenama enthopon dan baja
yang kosnya berjumlah RM315 setiap seorang. Kita berikan 16 beg baja untuk sehektar
dan satu beg baja ini boleh digunakan untuk 10 pokok getah
Bagi pekebun kecil yang mahu menggunakan bahan penggalak lain boleh berbuat
demikian tetapi perlu mendapat kelulusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan
syarat mampu meningkatkan hasil susu getah.
Contoh bantuan SIPG :
Baja RISDA 4 , Etefon ,Cuka getah
PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP)
Peruntukan bagi pembinaan PIP adalah seperti berikut
Jenis Kos/Unit (RM)
PTS 250,000
DPS / DPL 25,000
PMGB 50,000
Sekiranya kos pembinaan melebihi daripada peruntukan yang diluluskan, perbezaan ini
hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon.
PROGRAM TANAM SEMULA
RISDA juga menyediakan bantuan tanam semula.
KADAR BANTUAN TANAM SEMULA
14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja)
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH(BMT)
Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600
SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 ONLINE
1. Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat secara
online menerusi pautan http://www.webapp3.risda.gov.my/
2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “SEMAK”
INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi
membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke
atas pendapatan mereka.
IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se
kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.
Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.
Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram. Insentif ini
dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia,bukan RISDA.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPG, baca https://kekandamemey.com/cara-
tuntutan-insentif-pengeluaran-getahipg.html
5. BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk pelajar lepasan SPM dan STPM dari Sabah.
Yayasan Sabah memberi peluang biasiswa kepada pelajar dari Sabah. Selain itu, Yayasan Sabah
menawarkan bantuan One-Off untuk pelajar dari Sabah. Di samping itu, Yayasan Sabah juga
menyediakan tajaan Dermasiswa, Biasiswa, Pinjaman Pengajian Tinggi untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2020.
Tujuan utama bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan bantuan kewangan
dalam bentuk biasiswa dan pinjaman di peringkat menengah dan pengajian tinggi.
SYARAT BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Sekiranya anda layak untuk memohon, anda sangat digalakkan untuk memohon segera. Berikut
adalah syarat bagi memohon biasiswa Yayasan Sabah :
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri
Sabah atau;
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu
atau bapa berasal dari negeri Sabah atau;
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri
Sabah tetapi salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Penduduk
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga. Sijil-sijil persekolahan. Satu keping gambar berukuran pasport. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja), atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi
pemohon yang tidak bekerja). Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan). Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada) Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Anda perlu mempunyai email peribadi untuk tujuan memohon biasiswa. Setiap pemohon
perlu mendapatkan PIN no untuk membuat permohonan. Sila bawa salinan kad pengenalan
bersama semasa hendak membeli PIN no yang berharga RM3.00.
PIN boleh diperolehi dari pejabat-pejabat cawangan Yayasan Sabah seperti di Kota Kinabalu,
Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Beaufort, Tawau dan Kuala Lumpur.
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara
Blok 27 & 28, Tingkat 1
Langkon Commercial Centre
KOTA MARUDU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara
Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
Km 5, Jalan Apin-Apin, Keningau
Peti Surat 104
89007 KENINGAU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan
Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160
89807 BEAUFORT
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara
Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No. I
90009 SANDAKAN
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan
Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820
91008 TAWAU
Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
Wisma Yayasan Sabah
5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang
55000 KUALA LUMPUR
Pejabat Yayasan Sabah
Aras 6, MG-3
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
88000 KOTA KINABALU
Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian di portal yang telah
disediakan. Layari web http://www.yayasansabahgroup.org.my untuk memohon.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan Sabah :
Nombor telefon : +(60) 88 326300
Fax : +(60) 88 326424
Email : [email protected]
Alamat : Menara Tun Mustapha Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas,Peti Surat
11623, 88817 Kota Kinabalu Sabah, MALAYSIA
6. BANTUAN KHAS WE CARE B40
B40 adalah kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah terendahh di Malaysia.
Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini. Berpendapatan seisi rumah
dengan purata bulanan di bawahRM4,360.00
JUMLAH BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
RM 300 secara one-off ke dalam akaun pemohon jika layak
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
Hanya golongan B40 yang menentap di Negeri Sabah layak untuk mendapat bantuan ini.
Pendapatan isi rumah haruslah dibawah RM4,360 sebulan.
Anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
Golongan B40
CARA MEMOHON BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
1. Baca dan semak kelayakan anda untuk memohon Bantuan Khas WE CARE B40 untuk rakyat
Sabah.
2. Jika anda layak, boleh mula mengisi borang permohonan
di https://wecare.sabah.gov.my/permohonan
3. Borang permohonan ini mempunyai empat (4) bahagian yang merangkumi maklumat
peribadi, maklumat pendapatan, maklumat akaun bank dan pengesahan maklumat. Anda wajib
untuk mengisi kesemua medan yang diperlukan dan setiap pemohon hanya terhad kepada satu
(1) permohonan sahaja.
SEMAKAN PERMOHONAN & BAYARAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
1.Jika anda telah mengisi permohonan baharu, permohonan anda akan diproses.
2.Anda boleh menyemak permohonan anda berjaya atau gagal
di https://wecare.sabah.gov.my/semakan
3.Masukan nombor kad pengenalan anda. Kemudian Semak keputusan permohonan.
4.Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui, anda boleh memohon dengan klik di
sini atau klik pada pautan permohonan
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
Berikut adalah cara Semakan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia Di Bawah
Pakej Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah :
1. Sila layari https://bkn-covid.sabah.gov.my/
2. Masukan nombor kad pengenalan anda
3. Masukan Huruf Captcha untuk verifikasi
4. Akan keluar maklumat bayaran
MAKLUMAT LANJUT TENTANG BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di
nombor talian
Puan Kamsiah 016 8305475
Puan Chung 016 8303812
Puan Aidah 019 5083983
Encik Hisham 019 8315732
Puan Hamizah 010 7862210
7. BANTUAN RUMAH KOS RENDAH
Program ini adalah satu program kerajaan negeri sabah untuk penempatan semula setinggan
dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) adalah agensi pelaksana utama untuk
permohonan rumah SEWA/RUMAH DIBELI berharga RM47,000 seunit dan ke atas.
LPPB bertujuan untuk menyediakan peruntukan seperti ini agar semua rakyat sabah yang
berpendapatan rendah akan dapat memiliki sebuah rumah. Sebelum itu, pihak yang berminat
untuk memiliki sebuah rumah, pihak tersebut haruslah membuat permohonan yang telah
disediakan seperti di bawah.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN
Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak
melebihi RM3,000 sebulan
Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
Tidak memiliki tanah sendiri
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat diatas, anda boleh mendaftar dalam Sistem
Pendaftaran Terbuka LPPB untuk mendapatkan rumah.
DAFTAR RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH
Mendaftar Rumah Kos Rendah (sewa atau beli), sila
klik https://lppbspt.cloud.joget.com/jw/web/userview/sys_harta/sys_online1/_/D54377S00C1
2458XB9471EA5A3814P23
CARA PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH
Pastikan cari Sistem Pendaftaran Terbuka
Klik Maklumat Lanjut
Baca semua syarat yang diperlukan
Scan Kad Pengenalan dan Surat Lahir anda
Klik Pendaftaran Atas Talian
Baca syarat yang diperlukan untuk rumah sewa / rumah beli bagi harga
rm47,000
Jika setuju, tandakan kotak kecil seperti di atas
Klik Submit
Masukkan gambar yang telah di scan iaitu kad pengenalan & Surat Lahir
Tandakan Kotak kecil
Klik Complete menandakan selesai
Lengkapkan maklumat yang diminta
Pastikan maklumat anda adalah betul
Selesai isi, klik complete
Permohonan selesai
SEMAKAN PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH
Anda boleh semak sama ada permohonan ada diluluskan atau gagal dengan menyemak emel
yang akan dihantar kepada anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
LEMBAGA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN BANDAR, SABAH
Hubungi Kami
+6088 287 777 / +6088 222 670