Bahasa seni
Transcript of Bahasa seni
Next
KURSUS INDUKSI JURULATIH UTAMA KSSR TAHUN 4
ASSALAMUALAIKUMdan
SALAM SEJAHTERA
dari MOHD ANIZAM BIN MUDA
JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
BAHASA SENI VISUAL
NextPrev
Unsur Seni Visual• Garisan
• Warna• Jalinan• Rupa
•Bentuk• Ruang
Prinsip Rekaan• Harmoni•Kontra•Penegasan•Kepelbagaian•Kesatuan•Imbangan•Ritma dan Pergerakan
Unsur seni
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.
Unsur-unsur seni.1. Garisan2. Rupa3. Bentuk4. Jalinan5. Ruang6. Warna
1) Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.
Fungsi Garisan
1. Garisan menghasilkan rupa
2. Garisan menghasilkan bentuk
3. Garisan mewujudkan ruang
4. Garisan membentuk struktur dan bentuk
5. Garisan menghasilkan jalinan
6. Garisan menghasilkan motif
7. Garisan menimbulkan kesan ton
8. Garisan menunjukkan pergerakan
Jenis – Jenis Garisan
Garisan berbulu Garisan tebal Garisan nipis
Garisan bertitik Garisan bergetar Garisan bergerigi Garisan beralun
Garisan berlingkar Garisan putus-putus Garisan beranyam Garisan berduri
Garisan serabut
2) WarnaWarna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan.Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.Warna terbahagi kepada :
1. Warna asas - merah, biru dan kuning2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier4.Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelah-
menyebelah dalam roda warna.
Warna Primer (asas) terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
biru, merah dan kuning
Warna SekunderWarna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga
Warna
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier
Biru + Ungu Merah + Ungu Merah + Jingga Kuning + Jingga Kuning + Hijau Biru + Hijau
Warna HarmoniWarna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna.Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus.Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:
*merah jingga, jingga, jingga kuning*hijau kuning, hijau, hijau biru
Warna
3) Jalinan
Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
1. Jalinan sentuh2. Jalinan tampak
1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan deria
2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria
Jalinan pada hasil anyaman Jalinan pada hasil kolaj
Kesan jalinan yang dihasilkan oleh lukisan pensel
Kesan jalinan yang dihasilkan oleh warna
Jalinan
4) Rupa
Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalahkosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua dimensi.
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titikpermulaannya.
Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :
1. Rupa geometri2. Rupa organik
5) Bentuk
Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi.
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
1. Bentuk konkrit 2. Bentuk ilusi
1. Bentuk konkrit Objek maujud dapat dilihat dan disentuh(arca,tembikar)
2. Bentuk ilusiObjek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa oleh deria sentuh.(gambar, lukisan, dan catan)
Bentuk
6) RuangRuang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
1. Ruang nyata2. Ruang ilusi
1 . Ruang Nyata Karya berbentuk 3D – arca, tembikar, ukiran kayu Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.Ruang fizikal boleh
dibahagikan kepada 2 iaitua. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.
2. Ruang Ilusi - lukisan, cetakan, catan
· Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkanpenggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.
a. Ruang DalamRuang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap.
b. Ruang CetekRuang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas.c. Ruang RataRuang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif..
Ruang
Ruang Ilusi- Dikenali juga sebagai ruang tampak.
Ruang Nyata-Dikenali juga sebagai ruang konkrit.-Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi.
Prinsip rekaan
Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual.Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :
3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "2I - " Imbangan , Irama & pergerakan "P - PenegasanH – Harmoni
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1)Harmoni- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2) Kontra- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
Kontra
Kesan Kontra dalam gubahan diatas ditimbulkan oleh warna yang berlainan.
Kesan Kontra dalam gubahan diatas Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan
3) Penegasan- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
Fungsi Penegasan1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian.
2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.
Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna.
BAHASA JIWA BANGSA
Penegasan
4) Imbangan- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
1- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
2- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
Imbangan
Corak yang mempunyai imbangan tidak simetriCorak yang mempunyai imbangan simetri
Labu sayong yang mempunyai imbangan simetri
5) Ritma dan Pergerakan- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan
Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan garisan-garisan serong
Corak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya.
Ritma dan Pergerakan
6) Kepelbagaian- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7)Kesatuan- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
-Memperlihatkan keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan media dan teknik digabungkan untuk menjadikan gubahan yang sempurna
Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai dalam gubahan topeng muka
GarisanWarnaRuparuang
ImbanganKontraPenegasanHarmoni
Kesatuan
Unsur Seni + Prinsip Rekaan