Bahasa Melayu Kata Tugas
-
Upload
mashimaro9991 -
Category
Documents
-
view
5.080 -
download
16
Transcript of Bahasa Melayu Kata Tugas
Oleh:Steffilla Akkie
Florence RichardHeather Locklear
Nurul Athira`h MohdHedya Sasha
Bahasa melayu 1 (sem2)KATA TUGAS DAN
AKRONIM
KATA TUGAS
Golongan kata yang berbeza daripada kata nama,kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa.
MAKSUD KATA TUGAS
Jenis Kata Tugas
KATA PENYAMBUNG
AYAT
KATA PRAFRASA
KATA PRAKLAUSA
KATA PENYAMBUNG
AYAT
KATA HUBUNG
GABUNGAN
KATA HUBUNG
PANCANGAN
KATA HUBUNG GABUNGAN
DEFINISI
Sejumlah perkataan yang digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausayang sama tara seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil.
Kata Hubung
Gabungan
lalusambil
malahan
dantetapi
ataumaka
lantas
bahkan
serta
ATAU •Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok.
SAMBIL •Kakak memandu kereta sambil mendengar radio.
LALU •Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
DAN •Perkataan ialah unit bebas yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri.
SERTA •Zahid serta abangnya menonton wayang.
TETAPI •Badannya besar tetapi penakut.
CONTOH AYAT
KATA HUBUNG PANCANGAN
Sejumlah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama dalam ayat majmuk pancangan.
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
* Terdiri daripada perkataan “yang” – kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil.
Contoh:
1. Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
2. Mereka suka menikmati pemandangan yang cantik.
3. Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.
4. P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang.
5. Gaya hidup yang sihat haruslah sentiasa diamalkan.
Terdiri daripada perkataan “bahawa” dan “untuk”, iaitu perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama
Contoh:1. Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
2. Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.
3. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
4. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
5. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup ini sementara sahaja.
Terdiri daripada perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Antaranya ,kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau(jika), semasa, sementara, sewaktu, setelah, ketika, tatkala, untuk, walaupun, sungguhpun, dan apabila. Contoh:
1. Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya dalam peperiksaan.
2. Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.
3. Pertunjukan itu akan ditangguh sekiranya tiada sambutan.
4. Kalau musuh menyerang. kami akan melawan.
5. Dia bersorak terlalu kuat sehingga serak suaranya.
7. Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.
6. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
Kata Praklausa
Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau
penerang pangkal klausa.
Jenis – jenis kata praklausa
Kata Seru Kata Tanya Kata Pembenar
Kata Perintah
Kata Pangkal Ayat
1. Kata Seru
Perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
Contoh kata seru : Amboi Wah oh
Ah Aduh Cis
2. Kata Tanya
Perkataan yang digunakan untuk menanyakan perkara atau orang.
Contoh kata tanya : bagaimana siapa mengapa
bilaapaberapa
3. Kata Pembenar
Perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu pertanyaan.
Contoh kata pembenar : Benar Betul Ya
4. Kata Perintah
Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan, larangan, suruhan atau permintaan.
Contoh kata perintah : Tolong Jangan Sila
Jemput Harap Minta
5. Kata Pangkal Ayat
Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukanannya adalah pada bahagian hadapan ayat.
Contoh kata pangkal ayat : Hatta Adapun
Alkisah sebermulaMaka
KATA PRAFRASA
Perkataan yang diletakkan di hadapan frasa seperti frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif.
KATA BANTU KATA NAFI
KATA PEMERI
KATA PENGUAT
KATA PENEGAS KATA SENDI NAMA
KATA BILANGAN
KATA ARAH
KATA BANTU
Bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja.
kata bantu aspek
• Untuk menimbulkan suasana perbezaan masa
• Pernah,sudah,telah,belum,• sedang,masih,akan
kata bantu ragam
•Menerangkan ragam perasaan ,berkaitan dengan perbuatan dilakukan.•Harus,mahu hendak,mesti,boleh,dapat
a)Kata penguat hadapan
Di hadapan kata adjektif
Paling,terlalu ,agak
Bagi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif.
b)kata penguat belakang
Kedudukannya di belakang kata
adjektif.Sekali,benar nian.
c)kata penguat bebas
Sama ada di hadapan atau
dibelakang frasa adjektif
Sungguh,amat,sangat.
KATA PENGUAT
Juga dikenali sebagai partikel,untuk memberikan penekanan pada bahagian tertentu.
a)kata yang menegaskan frasa predikat
Bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan
-kah,-tah,-lah
KATA PENEGAS
b)kata yang bersifat bebas
Untuk menegaskan kedua-dua bahagian ayat sama ada subjek atau predikat
Hanya,lagi,memang,juga,pun,jua.
KATA NAFI
Bukan,tidak
Bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
KATA PEMERI Untuk memeri sesuatu perkara atau
sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.
Ialah-diguna secara ekuatif dan hadir dihadapan frasa nama
Adalah-diguna secara kualitatif dan hadir dihadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
KATA ARAH Bagi menunjukkan hala atau jurusan
sesuatu perkara.
Digunakan sebelum frasa
nama dan lazimnya disertai frasa sendi nama
Atas,bawah,tepi,tengah,hadapan,
belakang selatan,sisi,dalam,
luar,antara
KATA BILANGAN
Bagi menunjukkan jumlah atau
bilangan sesuatu
perkara,orang atau benda
Bilangan tentu-satu,tujuh,sebelas,seribu
Bilangan tak tentu-beberapa,semua,sekalian
Bilangan pecahan-sesuku,separuh
Bilangan pisahan-masing-masing,tiap-tiap,setiap
Bilangan himpunan-berbulan-bulan,berbotol-botol
KATA SENDI NAMA
Biasa terdapat
dihadapan frasa nama.
Mempunyai tugas dan
fungsi tertentu
Sebilangan kata sendi nama tergolong dalam golongan kata lain seperti antara(kata arah),sampai(kata kerja) dan dalam(kata adjektif)
Di,ke,pada,kepada,daripada,dari,untuk,
dengan,oleh,tentang,terhadap,demi,
sejak,seperti
AkronimMaksud : Kependekkan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.
Golongan : Kata Tunggal
Proses penggabungan dan pembentukan kata nama untuk melahirkan bentuk kata baharu.
Proses pembentukannya agak longgar.
Secara lazimnya, pembentukan akronim memperlihatkan penggunaan berdasarkan kata nama khas.
Pembentukan Akronim
Jenis Akronim
Kata Akronim cantuman huruf awal perkataan.
Kata Akronim cantuman huruf dan suku kataperkataan sesedap sebutan.
Kata nama akronim cantuman awal perkataan.
Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataanpertama dengan bahagian lain yang mengikutinya.
1. Kata Akronim cantuman huruf awal perkataan. contoh : BPG – Bahagian Pendidikan Guru
IPG – Institut Pendidikan Guru
2. Kata Akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan. contoh : Proton – Perusahaan Otomobil Nasional Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
3. Kata nama akronim cantuman awal perkataan. contoh : kugiran – kumpulan gitar rancak andartu – anak dara tua
4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain yang mengikutinya. contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri bendalir – benda alir
Terima Kasih