bahasa kasar
-
Upload
shafiyah-subki -
Category
Documents
-
view
803 -
download
5
Transcript of bahasa kasar
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 3403
LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA : SHAFIYAH BT MOHAMAD SUBKI
I/C : 730731-02-5354
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
2011
0
ISI KANDUNGAN M/S
1.0. Pengenalan 2
2.0. Faktor yang menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan 3
2.1 Faktor emosi serta cara didikan keluarga
2.2 Penggunaan bahasa dalam media massa
2.3 Pengaruh rakan sebaya
2.4 Sikap individu dan pengaruh persekitaran
3.0. Jenis-jenis bahasa tidak sopan 8
3.1 Makian
3.2 Silang budaya
3.3 Bahasa lucah
3.4 Kata panggilan
4.0. Cadangan mengatasi Penggunaan bahasa tidak sopan 13
4.1 Mendidik remaja bertutur dengan sopan
4.2 Peranan ibubapa terhadap pengaruh media elektronik
4.3 Elakkan penggunaan bahasa rojak
4.4 Membudayakan bahasa
5.0. Kesimpulan 16
6.0. Rujukan 17
7.0.
1
PENGGUNAAN BAHASA TIDAK SOPAN ATAU BAHASA KASAR DIKALANGAN
MASYARAKAT
1.0. PENGENALAN
Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial
untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri. Menurut kamus linguistik,
bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari
yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi
(Kamus linguistic 1997:27). Kelompok sosial secara tradisional biasanya ditentukan oleh batas
territorial atau batas geografi yang nyata. Namun dalam masyarakat moden dan pada era
globalisasi ini masyarakat antara kelompok, negara dan budaya menjadi tidak ada. Salah satu
penanda ikatan kelompok sosial yang biasa dijadikan identiti negara salah satunya ialah bahasa.
Oleh sebab itu terdapat berbagai variasi bahasa sebagai salah satu penanda kelompok. Dalam
berkomunikasi, terdapat pelbagai faktor penentu penggunaan bahasa iaitu penutur, topik, tujuan,
konteks, jalur dan media. Jalur lisan berbeza dengan tulisan, demikian juga penggunaan media,
seperti surat kabar, majalah, radio, televisyen menunjukkan adanya variasi bahasa.
Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis.
Perkataan –perkataan yang digunakan biasanya menyentuh perasaan oang lain. Bahasa yang
dihamburkan adalah mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti
`bangang’, `bodoh’,`tak berotak’ dan sebagainya.
2
2.0. FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK
SOPAN
2.1.Faktor emosi serta cara didikan keluarga
Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam
pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga boleh menimbulkan permulaan
kepada perlakuan ini.
Pendidikan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau
komunikasi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya
atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara
individu dengan individu yang lain seperti seorang anak dengan ibu bapanya atau keluarganya
atau dengan rakan sebaya atau seorang guru dengan murid-muridnya.
Oleh kerana pendidikan adalah satu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu
dan budaya yang tersebar secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai
keserasian dalam kehidupannya. (Abd. Rahman Abu Bakar, 1992).
Kedua ibubapa merupakan institusi yang paling asas dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak
adalah amanah Allah SWT bagi ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah
menerima apa yang dicorak kepada anak-anak samada ke arah kebaikan ataupun keburukan,
seperti sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud:
“Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah
yang menyebabkan ia menjadi Nasrani atau Majusi”.
(Riwayat At Tabrani)
Semasa pembesaran seseorang individu, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan
bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasaalahan ini. Ibu bapa yang tidak berlemah
3
lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak boleh
mendidik anak-anak mereka menjadi begitu.
Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan
bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anak-
anak.
2.2 Penggunaan Bahasa Dalam Media Massa
Menurut Kamus Dewan media massa membawa maksud pelbagai jenis alat perhubungan seperti
televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat
kepada orang ramai dengan cepat ( Kamus Dewan, 1989). Media massa membolehkan orang-
orang yang tinggal di pelbagai tempat menerima maklumat yang serupa dengan pantas. Oleh itu
media massa memberikan peranan yang penting kepada manusia dengan memberikan kesan-
kesan tertentu kepada kehidupan manusia.
Media massa di Malaysia terbahagi kepada dua klasifikasi iaitu media cetak dan media
elektronik.Namun begitu media elektronik yang merangkumi televisyen dan radio paling
memberi kesan terhadap penggunaan bahasa. Pertumbuhan dan keunggulan TV dalam kehidupan
kita sehari-hari di samping peningkatan teknologi dalam memancarkan maklumat amat besar
peranannya (Dennis, E.E 1994:96). Apabila menonton dan mendengar maklumat yang
disampaikan melalui televisyen maka, media tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam
kepada rakyat sesebuah negara.
Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan
masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Kanak-kanak merupakan
antara golongan yang teramai menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan adalah
berhubung dengan hiburan seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan sebenarnya boleh
mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewaan dan mengatasi masalah emosi. Namun
begitu kebanyakkan hiburan kartun yang ada televisyen banyak memaparkan penggunaan bahasa
yang negatif yang boleh mempengaruhi cara berbahasa atau pertuturan yang kurang sopan
dikalangan kanak-kanak.
4
Setiap hari kartun diibarat seperti makanan wajib dimakan untuk hidup. Antara contoh kartun
seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. Waktu yang
sepatutnya digunakan oleh mereka untuk membaca dan bersama ibu bapa digunakan untuk
menonton kartun. Tanpa kita sedari televisyen telah mendidik kanak-kanak dan bukannya ibu
bapa.
Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut
dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah
ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Perkataan atau frasa
ini tidak sepatutnya dijadikan makanan untuk Si Cilik, kerana peringkat kanak-kanak merupakan
peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang
didengar oleh kanak-kanak tidak mustahil ianya akan diterjemahkan dalam kehidupan seharian
terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat persekitaran.
Pengaruh media ini sangat besar kesannya dalam mempengaruhi hilangnya kesantunan
berbahasa dikalangan masyarakat kini,contohnya banyak dialog-dialog negatif dilontarkan oleh
pelakon-pelakon di dalam filem atau drama. Perkataan-perkataan yang tidak sesuai yang
ditonjolkan ini boleh menjadi ikutan terutamanya golongan remaja, satu peringkat usia yang suka
mencuba. Remaja akan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian tanpa mengetahui kesan
buruknya.
2.3. Pengaruh Rakan Sebaya
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan
remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89).
Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak
formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di
sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan
pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja
biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti
5
dengan mereka (Akers, Jones &Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi
mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).
Sebenarnya sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat atau kurang sopan
dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
Sebagai contoh, perkataan seperti “sial” sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi
mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya
perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah
amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya.
Pendengaran kita juga biasa disajikan dengan ungkapan “ tau tak pe” yang kini dilihat menjadi
kebiasaan pengucapan golongan remaja. Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak
mengetahui negatifnya unggkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju
dengan pendapat yang dikemukakan..
Selain daripada itu, semasa bergaul sesama rakan sebaya mereka biasa menggunakan kata ganti
nama diri yang kurang sopan dan agak kasar seperti gua, lu, bro, beb dan sebagainya berbanding
menggunakan bahasa yang sopan seperti saya, kamu awak,saudara, encik dan sebagainya.
Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara
halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan
tingginya martabat bangsa.
Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya
terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku
sesama mereka sendiri, adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara
dengan orang lain.
6
2.4. Sikap Individu Dan Pengaruh Persekitaran
HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin
lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat,
merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan
ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian.
Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi,
mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya
menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya
sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan.
Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh
dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang
berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan
budaya masyarakat Melayu ketika itu.
Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang
memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar.
Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan
material, teknologi yang bercirikan budaya luar.
Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan
santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak
mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa
bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat
kepada masyarakat semakin kurang ditekankan.
7
3.0 Jenis- Jenis Bahasa Tidak Sopan
3.1 Makian
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, makian merujuk kepada kata-kata yang keji yang bertujuan
untuk menghina atau memarahi orang lain.Antara contoh penggunaan kata makian yang sering
didengar ialah:
i. ‘haram jadah’atau ‘anak haram’
Perkataan ‘anak haram’ dan ‘haram jadah’ menurut Kamus Dewan Edisi Empat
sebenarnya merujuk kepada anak yang tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah.
ii. ‘Kurang ajar’
Berdasarkan Nota Efektif KBSM terbitan Pelangi (2005), ‘kurang ajar membawa
maksud tidak sopan atau tidak berbudi bahasa.
Penggunaan bahasa-bahasa ini seakan sudah sebati dalam masyarakan sehinggakan kadang-kala
dianggap seperti satu kebiasaan.
3.2 Silang Budaya
Setiap negeri atau negara ada keunikan tersendiri daripada segi budaya mahupun bahasanya.
Oleh demikian makna sesuatu perkataan berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi
sesebuah negara. Oleh itu perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang
berbeza akan menghasilkan makna sosiolinguistik yang berbeza.
Maksudnya sesuatu perkataan yang digunakan oleh sesebuah masyarakat membawa maksud
yang positif, namun pada masa yang sama negatif pada pengamal budaya yang lain. Contohnya
dalam bahasa melayu ‘lawa’ ertinya cantik tetapi bagi bahasa Sarawak perkataan ‘lawa’
membawa maksud sombong.
8
Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang wujud dan membawa konotasi yang berlainan
bagi dua negara serumpun ialtu Malaysia dan Indonesia:
Perkataan Makna di Malaysia Makna di Indonesia
Jakun Digunakan untuk mengejek dan
mempersendakan seseorang
Makna sebenarnya dirujuk juga
kepada salah satu kaum asli di
Malaysia.
Halkum (saluran makanan yang
bermula dari mulut ke perut atau
kerongkong).
Butuh Alat kemaluan lelaki dianggap tabu
dalam kalangan masyarakat Melayu
Kata kerja, iaitu perlu atau ingin
Bapak Seseorang lelaki yang telah
berkahwin dan mempunyai anak.
Memanggil/menyapa seseorang di
dalam situasi rasmi atau formal yang
membawa makna ’encik’
Seronok Suka atau gembira tentang sesuatu
aktiviti.
Seseorang yang baru sahaja selesai
melakukan hubungan seks
Cerewet Seseorang yang banyak bercakap,
suka berleter atau bersungut.
comel
Kapan Kain putih yang digunakan untuk
membalut mayat
Kata adverba, iaitu bila
Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia, malah di Indonesia juga.
Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama,
yang disebut sebagai Kepulauan Melayu. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah
9
negara tersebut saling memahami. Bagaimanapun, kini terdapat sejumlah perkataan yang
berbeza dari segi makna rujukan, nahuan dan sosiolinguistik.
Sehubungan itu, kita dapat lihat bahawa sesuatu perkataan yang sama mempunyai makna yang
berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya. Dengan itu, sesuatu perkataan mempunyai
makna emotif mengikut makna bagi kedua-dua negara ini.
3.3 Bahasa Lucah
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan ‘lucah’ membawa maksud; hina,keji,sangat
rendah,tidak senonoh atau tidak sopan.
Antara contoh bahasa lucah yang sering digunakan dalam masyarakat dewasa ini ialah:
‘Cibai’ juga adalah antara kata makian yang wujud dalam perbualan sehari-hari dalam kalangan
rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Perkataan ini merupakan perkataan Hokkien(bahasa
cina) yang bermaksud ‘faraj’ namun telah digunakan oleh kebanyakkan kaum di Malaysia
melalui pergaulan antara berlainan etnik.
Selain membawa maksud’faraj’ cibai juga bermaksud sial. Ia bermaksud demikian ketika
seseorang merasa marah atau kecewa dengan sesuatu kejadian. Cibai juga digunakan untuk
merujuk kepada perempuan dalam perbualan pada kebiasaannya di kalangan kaum lelaki.
Cibai turut digunakan bersama perkataan hokkien lian untuk menambah kemarahan mereka yang
menerima makian tersebut. Berikut adalah gabungan antara perkataan cibai dengan perkataan
lain:
i. Chau cibai - bermaksud ‘faraj busuk’
ii. Cibai bin - bermaksud ‘muka faraj’
iii. Cibai kang - bermaksud ‘lubang faraj’
iv. Nimbu e cibai - bermaksud ‘faraj mamakmu’
Apabila seseorang individu itu itu berada dalam keadaan marah seringkali perkataan-perkatan ini
dihamburkan tanpa memikirkan perasaan dan sesitiviti individu lain yang mendengar.
10
3.4 Kata Panggilan
Kata panggilan merujuk kepada kata ganti nama diri iaitu perkataan yang digunakan untuk
menggantikan nama seseorang apabila bercakap.
Kata ganti nama diri terbahagi:
i. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama
orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama.
Contohnya:
Tunggal (seorang) - saya, aku, beta, patik, hamba
Jamak (dua atau lebih) - kami,kita
ii. Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama
orang yang dilawan bercakap dan orang yang mendengar percakapan atau dikenali juga
sebagai pihak kedua.
Contohnya:
Tunggal - awak, anda, engkau
Jamak – kalian
iii. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama
orang yang diperkatakan, orang yang dinaksudkan atau dikenali juga sebagai pihak
ketiga. Orang ketiga biasanya tidak hadir atau tidak mendengar ketika percakapan itu
berlaku.
Contoh:
Tunggal – dia, ia, beliau, baginda
Jamak - mereka
Kata ganti nama diri atau kata panggilan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai
dengan sosiobudaya masyarakat Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri atau kata
panggilan yang tidak sesuai dianggap kurang sopan atau biadap. Telitikan dialog-dialog
berikut:
11
(a) “Kau hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah.
(Sepatutnya: “Cikgu hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah.)
(b) “Awak dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu.
(Sepatutnya: “Encik dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu.)
(c) “Ayah aku hendak berjumpa dengan kamu,” kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim.
(Sepatutnya: “Ayah saya hendak berjumpa dengan pak cik,” kata Siew Ling kepada Pak
Cik Halim.)
Kata panggilan yang agak kasar dan tidak bersopan juga sering digunakan oleh masyarakat di
negara ini, misalnya istilah yang berupa kata pinjam ‘gampang’ yang datang dari etnik jawa
digunakan secara meluas dalam pertuturan harian masyarakat melayu terutama di tangah dan
selatan negeri Perak.. Istilah ‘gampang’ termaktub dalam Kamus Dewan sebagai:
gampang Jw mudah; anak - anak haram;
menggampangkan memudahkan, menganggap ringan;
gampangan Jk lebih mudah;
gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dengan bersunguh-
sungguh.
Bagi masyarakat Melayu Perak yang turut sering menggunakan istilah "gampang"
menuturkannya tanpa mengambil kira konteks penggunaannya sehingga ada yang marah
apabila mendengar istilah ini kerana menganggapnya sebagai kata cacian. Ada pula yang
menggunakan istilah ini sebagai kata gurauan agak kasar yang digunakan dikalangan kawan
rapat sehingga ada yang menjadikannya kata panggilan kepada kawan rapat sebagai gurauan.
12
4.0.Cadangan Mengatasi Penggunaan Bahasa Tidak Sopan.
4.1 Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan
Dalam hal ini, para ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat berperanan untuk membimbing
anak-anak atau golongan remaja dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur.
Ketegasan ibu bapa semasa di rumah diperlukan agar anak-anak terbiasa dengan disiplin
pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada.Begitu juga peranan guru-guru di sekolah
perlu sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk berkelakuan dan
berbahasa sopan dalam kehidupan seharian.
Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah
mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan
berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian walaupun pada dasarnya
mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.Oleh itu di sini masyarakat harus memainkan
peranan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik ketika berbahasa. Ibu bapa juga perlu
menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat
sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi.
4.2 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pengaruh Media Elektronik
Seperti yang diketahui, media merupakan salah satu medium yang berperanan dalam
memperkenalkan unsur-unsur bahasa tidak sopan kepada masyarakat terutama golongan kanak-
kanak dan remaja melalui rancangan –rancangan hiburan yang ditayangkan. Oleh itu ibu bapa
mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka. Belaian ibu bapa
terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat diperlukan mereka. Jika menonton
rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani sicilik agar rancangan televesyen yang
dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif.
13
Rancangan Berunsur Dokumentari
Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak
mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana
rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang
ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada
penghujungnya. Apabila sicilik melihat rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan
keluarga secara tidak langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat.
Pastikan Televesyen Jarang Terpasang
Televisyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televisyen tidak
menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan televisyen menjadi kehidupan
mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang akibat ada orang ketiga.
Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya
membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh.
4.3 Elakkan Penggunaan Bahasa Rojak
Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej
bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Ada yang menganggap kita semua mampu
menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan, tetapi selepas itu pertuturan kita
menjadi tunggang-langgang.
Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa, maka sudah sewajarnya usaha
memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa
ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu.
Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah
yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur
sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman
Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
14
Di Melaka ketika itu, terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, maka tidak
hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal.
Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan
bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja
dikatakan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Kepelbagaian jenis pencemaran bahasa di negara kita memerlukan pemantauan yang
bersungguh-sungguh oleh pencinta bahasa. Badan yang bertanggungjawab untuk memantapkan
penggunaan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, media massa perlu melipat-
gandakan usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu supaya diyakini penggunaannya.
4.4 Membudayakan Bahasa
Membudayakan bahasa secara ringkas boleh dikatakan mengamalkan penggunaan bahasa
kebangsaan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan.
Ini tidak bermakna bahasa ibunda lain mesti diketepikan tetapi dalam pelbagai urusan harian
yang membabitkan surat-menyurat, surat perjanjian jual beli, ceramah, seminar yang bersifat
kebangsaan mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Oleh itu, jika kita mementingkan identiti bangsa yang mampu terpancar menerusi bahasa, tidak
perlu kita mencampuradukkan bahasa asing dalam pertuturan harian ketika berurusan atau
berbual-bual sesama rakan.
Slogan ‘bahasa menunjukkan bangsa’ tidak berguna lagi jika orang Melayu mencampuradukkan
bahasa Melayu dan Inggeris atau Arab dalam perbualan harian mereka.
Kerjasama pihak yang membuat kesalahan dengan bersedia dan berusaha menukar kesalahan
mengenai bahasa amat dialu-alukan. Pelbagai pihak yang bersedia merujuk aspek bahasa kepada
badan berpengaruh tentang bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jalan terbaik
mengurangkan masalah pencemaran bahasa di negara kita.
15
Tidak salah kita menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian, tetapi biar bertempat dan
biar tidak dicampuradukkan. Jika bercakap Inggeris, cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan
jika bertutur bahasa Melayu, bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya.
5.0 Kesimpulan
Kesantunan ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam
interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Bahasa bukan setakat alat untuk
menyampaikan maklumat, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya.
Melaui bahasa kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita.
Dengan bahasa juga konflik tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu
boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita,asal-usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan
kita, sama ada ia sesuatu yang baik ataupun sebaliknya.
Lemah-lembut dan bersopan dalam pertuturan tidak akan merendahkan harga diri, sebaliknya
menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan dapat mengeratkan ikatan ukhuwah
antara sesama insan.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa. (3,264 patah perkataan)
16
RUJUKAN
1. Nor Azian Abd Aziz (2005).Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes. Fokus
m.s 35.
2. Salam H.Burhanuddin (1987).Etika Sosial. Asas Moral Dalam Kehidupan
Manusia.Jakarta. P.T Rineka Cipta.
3. Asmah Hj Omar (1986). Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Puataka.
4. Nooriah Mohamad (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Pulau Pinang. Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
5. Noor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik Dan Pragmaktik : Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
6. Norizah Ardi (1990). Sikap Bahasa : Satu tinjauan ringkas. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7. Minda : Hilang Budaya Santun. Dimuat turun dari:
http://www.beritaonline.com.my
8. Nurl Izzah Sidam. Bahasa Oh Bahasa. Dimuat turun dari :
http://www.utusan.com.my
17