Bahasa Arab Lengkap

14
PENGENALAN Pengajaran bahasa Arab di Malaysia, seperti pengajaran bahasa lain mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut peredaran dan perubahan zaman. Namun, perubahan paling ketara dapat dilihat dengan jelas apabila kita membandingkan antara pengajarannya sebelum dan selepas kemerdekaan.Revolusi pengajaran bahasa Arab yang berlaku selepas kemerdekaan menjadi titik tolak kepada kecemerlangannya pada hari ini. Ia mungkin berlaku kerana bahasa Arab yang mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam tidak mendapat tempat istimea ketika dijajah bangsa bukan Islam.!edangkan, selepas mencapai kemerdekaan, tampuk pemerintahan negara dipegang bangsa Melayu sendiri yang rata"ratanya beragama Islam. !ecara tidak langsung, rasa tanggungjaab terhadap agama memungkinkan pengajaran bahasa Arab berkembang dengan lebih pesat di bumi Malaysia.#alaupun begitu, bahasa Arab dalam konteks Malaysia pada asasnya bukanlah bahasa pertuturan utama rakyatnya. $al ini kerana, bangsa Arab bukan penduduk asal negara kita. %eadaan ini sama dengan bahasa Inggeris iaitu penutur jati bahasa itu bukanla penduduk asal Malaysia.Namun, kita semua sedia maklum mengapa bahasa Inggeris begitu mendapat tempat dalam masyarakat kita pada hari ini sehingga diiktira& sebagai bahasa kedua selepas bahasa Melayu. 'ahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa !amiyah yang dinisbahkan kepada keturunan !am anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan 'ayidah yang terdiri daripada kabilah (ad, )hamad, )asm, *adas, +maym dan *urhum. olongan kedua pula ialah (aribah yang dinisbahkan kepada -acrab bin ahtan. !eterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di $ijaz pada abad ke"/0 sebelum Masihi. 'ahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia.

description

arab

Transcript of Bahasa Arab Lengkap

PENGENALAN

Pengajaran bahasa Arab di Malaysia, seperti pengajaran bahasa lain mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut peredaran dan perubahan zaman. Namun, perubahan paling ketara dapat dilihat dengan jelas apabila kita membandingkan antara pengajarannya sebelum dan selepas kemerdekaan.Revolusi pengajaran bahasa Arab yang berlaku selepas kemerdekaan menjadi titik tolak kepada kecemerlangannya pada hari ini. Ia mungkin berlaku kerana bahasa Arab yang mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam tidak mendapat tempat istimewa ketika dijajah bangsa bukan Islam.Sedangkan, selepas mencapai kemerdekaan, tampuk pemerintahan negara dipegang bangsa Melayu sendiri yang rata-ratanya beragama Islam. Secara tidak langsung, rasa tanggungjawab terhadap agama memungkinkan pengajaran bahasa Arab berkembang dengan lebih pesat di bumi Malaysia.Walaupun begitu, bahasa Arab dalam konteks Malaysia pada asasnya bukanlah bahasa pertuturan utama rakyatnya. Hal ini kerana, bangsa Arab bukan penduduk asal negara kita. Keadaan ini sama dengan bahasa Inggeris iaitu penutur jati bahasa itu bukanlah penduduk asal Malaysia.Namun, kita semua sedia maklum mengapa bahasa Inggeris begitu mendapat tempat dalam masyarakat kita pada hari ini sehingga diiktiraf sebagai bahasa kedua selepas bahasa Melayu.Bahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Sam anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan Bayidah yang terdiri daripada kabilah Cad, Thamad, Tasm, Jadas, Umaym dan Jurhum.Golongan kedua pula ialah Caribah yang dinisbahkan kepada Yacrab bin Qahtan. Seterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di Hijaz pada abad ke-19 sebelum Masihi.

Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia. Pengkaji sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, hanya bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini. Berdasarkan kenyataan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Arab mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia bertahan. Pengkaji-pengkaji bahasa masih terus berusaha menyelidik potensi bahasa tersebut.

PERKEMBANGAN BAHASA ARAB PERINGKAT PONDOK SEHINGGA IPTA/IPTS

Kemerdekaan yang kita kecapi 50 tahun lalu membawa perubahan besar dalam sistem pengajaran subjek pendidikan Islam termasuk bahasa Arab. Kesan kemerdekaan itu, kita bebas menentukan sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri.Bukti paling mudah dijelaskan ialah bagaimana dapat dilihat sistem pengajian pondok yang berlangsung begitu lama ketika penjajahan hanya mengalami sedikit perubahan serta lambat pula. Sebaliknya perubahan ke arah kebaikan lebih pesat berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan terutama dari segi sistem dan kemudahan.Sebelum kemerdekaan, walaupun masyarakat Melayu diberi kebebasan penjajah iaitu British untuk mempelajari agama Islam dan bahasa Arab, tetapi bekas pelajar aliran ini tidak pernah diberi tempat dan peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik khususnya dalam bidang pentadbiran atau politik.Mereka sekadar boleh menjadi imam atau ustaz yang biasanya berkhidmat secara ikhlas tanpa mendapat sebarang bayaran tetap. Ini berbeza dengan aliran Inggeris yang sentiasa mempunyai masa depan lebih cerah dari segi peluang pekerjaan.Selepas mencapai kemerdekaan dan tampuk kepemimpinan negara sebahagian besarnya dikuasai pemimpin negara beragama Islam, banyak perkembangan positif berlaku khususnya bagi merapatkan jurang antara keluaran aliran Inggeris dan agama.Begitu pun, perubahan ini tidak berlaku serta-merta sebaik saja negara mencapai kemerdekaan, sebaliknya ia berlaku beransur-ansur, tetapi konsisten. Buktinya kita dapat lihat bagaimana pelbagai program dan pendekatan dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat itu seperti memberi pembiayaan penuh kepada sekolah agama, biasiswa, pengintegrasian antara aliran agama dan sains, pemantapan silibus, penambahan beberapa jawatan dalam jabatan kerajaan untuk lepasan aliran Arab dan sebagainya.Contoh paling jelas dalam hal ini ialah pelaksanaan program J-Qaf diumumkan Perdana Menteri pada 2003 dan mula dilaksanakan pada 2004.Dari segi sistem pengajaran adalah jelas pengajaran bahasa Arab sentiasa seiring dengan pengajian Islam terutama sebelum kemerdekaan. Kita semua begitu yakin bahawa faktor utama menyebabkan masyarakat Melayu pada masa dulu mempelajari bahasa Arab kerana ia bahasa al-Quran dan Hadis dan juga bahasa sumber rujukan ajaran Islam.Sesetengah ahli sejarah menyatakan masyarakat Melayu sudah menggunakan bahasa Arab dalam urusan perdagangan sebelum kedatangan Islam lagi.Pengajaran bahasa Arab sejak kedatangan Islam lagi memang tidak dapat dipisahkan daripada pengajaran ilmu agama. Pengajaran ilmu ini dari dulu lagi hanya berlangsung di rumah ulama atau maulana, surau dan madrasah.Apabila Sultan sendiri memeluk agama Islam, maka pengajarannya pula banyak berlangsung di Istana serta mendapat kemudahan secukupnya dari pihak istana. Guru dan alim ulama dijemput ke Istana untuk mengajar subjek tertentu kepada pihak Sultan dan pihak Istana. Sementara itu, pengajaran di surau terus berlangsung dengan aktif. Namun pada ketika itu, pengajaran bahasa Arab ini tidak begitu sistematik seperti pada hari ini.Bermula dengan pengajarannya begitu aktif berlangsung di surau, madrasah, Istana dan rumah ulama, ia terus berkembang sehingga tertubuhnya sekolah pondok. Bermula daripada pengajarannya yang tidak sistematik, pengajarannya di sekolah pondok semakin teratur.Jika pada awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu tidak ada silibus khusus bagi subjek yang diajar, sistem sekolah pondok dimajukan dari aspek ini.Ketika negara menghampiri kemerdekaan, institusi sekolah pondok berada di kemuncaknya apabila sistem pengajian bahasa Arab dan agama Islam semakin mantap dan sistematik. Dari segi silibus, biasanya diambil terus dari beberapa universiti tersohor di Asia Barat terutama Universiti al-Azhar, Mesir.Bagaimanapun, sistem pengajian pada ketika ini lazimnya milik persendirian yang terdiri daripada orang alim atau ulama setempat. Mereka biasanya mengasaskan sekolah ini secara sukarela dan ikhlas untuk menyebarkan ilmu.Oleh itu, tidak wujud keseragaman antara satu sekolah pondok dengan sekolah pondok yang lain dari pelbagai aspek seperti silibus, sistem pengajian, kemudahan dan pasaran pekerjaan. Silibus yang dihasilkan sekolah pondok itu hanya untuk kegunaan sekolah itu saja yang umumnya bertujuan melayakkan pelajarnya menyambung pengajian di universiti di Asia Barat ke peringkat lebih tinggi.Penubuhan Kolej Islam Malaya pada 1955 iaitu dua tahun sebelum kemerdekaan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengajian Islam dan bahasa Arab pada peringkat tinggi selepas kemerdekaan.Selepas kemerdekaan terutama pada tahun 70-an satu revolusi besar berlaku dalam sistem pengajian Islam dan bahasa Arab apabila Kerajaan Pusat dan negeri mula memberi perhatian khusus kepada institusi iniBuat pertama kalinya, Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek bahasa Arab secara rasmi pada 1977 dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai induknya.Dari tahun ke tahun, bilangan SMKA ini semakin bertambah sama ada melalui pembinaan baru beberapa buah sekolah atau pengambilalihan daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).Selepas sekolah ini diletakkan bawah Kementerian Pelajaran, perubahan jelas juga dapat dilihat dari segi matlamat pengajaran, paradigma dan tanggapan terhadap pengajarannya. Pengajaran bahasa Arab pada masa dulu tidak mempunyai matlamat jelas dari segi prospek kerjaya.Ini berdasarkan bahawa tidak pernah ada rekod menyatakan mengenai tujuan pengajaran bahasa itu kepada murid. Begitu pun, diyakini bahawa pengajaran bahasa Arab ketika itu bertujuan membolehkan pelajar membaca dan memahami al-Quran, Hadis dan kitab Arab.Sebaliknya, selepas kemerdekaan, selain untuk memahami sumber ilmu Islam, matlamat yang lebih jelas digaris dan ia mestilah selari dengan falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan Islam.Pengajaran bahasa Arab berkembang lagi selepas kemerdekaan pada peringkat pengajian tinggi. Beberapa universiti terawal seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) menawarkan bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.Sebenarnya pengajaran bahasa Arab pada peringkat tinggi sudah bermula beberapa tahun sebelum kemerdekaan lagi apabila Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 1955, tetapi ia bukan pada peringkat universiti.Oleh itu, penubuhan kolej ini menjadi pemangkin utama dan batu asas kepada kecemerlangan pengajaran bahasa Arab pada peringkat pengajian tinggi selepas merdeka.Keseluruhannya, kemerdekaan memberi kita peluang untuk mencorak kehidupan kita sendiri dari pelbagai sudut termasuk bidang pendidikan Islam.Jika sebelum kemerdekaan kebebasan itu amat terhad, nikmat yang dikecapi selepas kemerdekaan seharusnya disyukuri dan dihargai dengan pengisian agenda yang mampu memberi sumbangan kepada perkembangan agama, kemajuan bangsa dan ketamadunan negara.IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA ARAB

Antara ciri-ciri istimewa bahasa Arab dan implikasi ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).

Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran telah memberikan jaminan terhadap keunggulan bahasa itu. Maksudnya, selagi agama Islam atau al-Quran masih wujud di muka bumi, selagi itulah bahasa Arab akan tetap berkembang. Ini dijelaskan dalam surah aI-Hijr ayat sembilan yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.Namun begitu pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran merupakan satu keistimewaan bagi bahasa tersebut kerana ia dapat mengangkat martabat bahasa Arab. Seandainya al-Quran dan hadis bukan dalam bahasa Arab, maka bahasa Arab tidak mempunyai keistimewaan dan kemungkinan besar sudah hilang ditelan zaman seperti bahasa-bahasa kuno yang lain.Oleh kerana pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dilakukan oleh Yang Maha Mengetahui, maka sudah tentu bahasa itu ada kriteria istimewa yang tidak terdapat dalam bahasa lain. Sehubungan itu satu kajian mendalam tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab yang membolehkannya menjadi bahasa pilihan al-Quran dan hadis perlu dilakukan.

Antara peranan bahasa Arab yang penting ialah membantu perkembangan tamadun peradaban kuno yang lain seperti Yunani, Greek, Parsi dan Hindu. Kemudian bahasa Arab tersebar ke Barat pada Zaman Pencerahan (Renaissance) melalui pusat kebudayaan Islam seperti di Baghdad (Iraq), Kaherah (Mesir), Fes (Maghribi) dan Granada (Sepanyol).Zaman keemasan bahasa Arab bermula pada abad ke-4 hingga abad ke-17 . Ketika itu ia digunakan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi antarabangsa. Pada abad tersebut, ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan bangsa Arab yang beragama Islam paling unggul sehingga disebut sebagai pembuka aspirasi kepada semangat zaman moden.

Pengaruh dan sumbangan bahasa Arab terhadap bahasa asing menakjubkan pengkaji sejarah. Ia bukan hanya memperkayakan perbendaharaan kata, struktur atau aliran pemikiran bahkan kadang-kadang dapat menggantikan kedudukan bahasa tempatan.Semenjak abad ke-4, bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan. Pada abad ke-13 hingga abad ke-14, bermula penterjemahan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.Sebenarnya, perkembangan bahasa Arab juga berlaku melalui proses pertembungan (akulturasi) budaya Islam dengan budaya Eropah seperti ketika berlakunya Perang Salib. Kesannya, bahasa Arab telah dapat memperkayakan perbendaharaan kata pelbagai bahasa utama di dunia sekarang ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol.

Menurut pengkaji bahasa, terdapat kira-kira 2,000 perkataan dalam bahasa-bahasa di negara Eropah berasal daripada bahasa Arab. Daripada jumlah tersebut terdapat antara 400 hingga 500 perkataan tersebut masih digunakan dalam komunikasi harian pada hari ini.Satu kajian lain pula berjaya mengumpulkan 400 kata pinjaman Arab yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris berdasarkan Random House Dictionary of the English Language, Websters Third New International Dictionary dan Shorter Oxford English Dictionary.

Antara bahasa di benua Eropah yang paling banyak menerima pengaruh perbendaharaan kata bahasa Arab ialah bahasa Sepanyol. Ini mungkin disebabkan Islam pernah menguasai negara itu selama kira-kira 800 tahun.Selain Eropah, perkembangan perbendaharaan kata bahasa Arab terus meluas sehingga ke Asia Timur dan kebanyakan negara Afrika.Kedatangannya ke kawasan-kawasan tersebut telah mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa tempatan sehingga ia dapat mengambil alih kedudukan bahasa tempatan seperti bahasa Aramit, bahasa Kaldanit, bahasa Himyar, bahasa Qibti dan bahasa Suryani di kawasan Asia Barat.Berdasarkan perbincangan di atas, secara umumnya bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa terawal manusia yang masih digunakan sehingga sekarang. Pengaruhnya terhadap bahasa-bahasa lain adalah besar dan dapat dilihat pada perbendaharaan kata yang digunakan dalam bahasa-bahasa lain di seluruh dunia.

Sehubungan itu kita berasa yakin bahawa pengaruh bahasa Arab yang mudah meresap dalam pertuturan dan penulisan di kalangan sesebuah masyarakat sebagai asas kukuh untuk memudahkan seseorang menggunakan perbendaharaan kata bahasa Arab sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.STRUKTUR BAHASA ARABHuruf Arab memiliki sistem bunyi yang berbeza daripada bahasa Eropah. Bahasa berasaskan Latin memiliki lima vokal, iaitu a, e, i, odan u, sedangkan bahasa Arab memiliki tiga vokal, iaitu aa, ii dan uu. Huruf Arab memiliki empat harakat (baris penandaan bunyi):fathah, kasrah, dammah dan jazm atau sukun.Salah satu ciri utama struktur bahasa Arab klasik adalah mendahulukan kata kerja daripada kata nama pada setiap ayat. Hal ini berbeza daripada struktur yang digunakan dalam kebanyakan bahasa moden yang mendahulukan kata nama daripada kata kerja. Bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri, manakala bahasa Latin dari kiri ke kanan.PIAWAIAN BAHASA ARAB KLASIKAl-Quran menjadi standard bahasa Arab klasik. Struktur, tatabahasa dan ungkapan dalam Al-Quran dianggap sebagai contoh dan sumber terbaik untuk mempelajari bahasa Arab klasik. Malah sejak abad ke-2 Hijrah, ahli bahasa selalu menggunakan al-Quran sebagai model dalam penulisan bahasa Arab. Al-Quran juga menjadi bahan rujukan paling asli dalam menguji kesahihan bahasa Arab. Kini, bahsa Arab klasik hanya terdapat dalam penulisan ilmiah, termasuk karya keagamaan, sedangkan untuk komunikasi sehari-hari sebahagian besar warga Arab hanya menggunakan bahasa amiyah (popular).KARYA NAHUDalam bidang nahu (tatabahasa), karya Imam Sibawaih berjudul Al-Kitab dan karya al- Khalil bin Ahmad al-Farahidi berjudul Awamildianggap sebagai karya agung. Buku al-Alfiyyah (Seribu Bait) karangan Ibnu Malik merupakan buku tatabahasa yang ditulis dalam bentuk bait syair. Buku ini dianggap sebagai buku nahu paling popular. Buku al-Alfiyyah ini menerima ulasan daripada puluhan ahli bahasa dan mendorong ciptaan ratusan buku penjelasan (syarh) tentangnya.Di beberapa pondok pengajian di Malaysia, buku ini dijadiakn rujukan baku untuk mata pelajaran nahu. Salah satu manuskrip pelajaran bahasa Arab dalam bidang nahu ialah Awamil. Naskhah ini ditulis dalam huruf Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa.HUKUMAda dua hukum dalam bahasa Arab, iaitu hukum nahu (tatabahasa) dan morfologi (sarf). Hukum nahu berfungsi sebagai system gabungan pada setiap kata akar dan bentuk kata dalam bahasa Arab. Hukum nahu adalah ilmu untuk mempelajari susunan kata serta perubahan bentuk bunyi pada akhir setiap kata dalam bahasa Arab.LINGUA FRANCASemasa kejayaan Islam, bahasa Arab menjadi bahasa lingua franca, (bahasa yang digunakan sebagai lat komunikasi antara orang yang berlainan bahasa) bukan hanya bagi orang Arab, tetapi juga bukan Arab yang tinggal di seluruh wilayah Islam. Di samping itu, bahasa Arab juga digunakan oleh para ilmuwan dan ulama Islam berketurunan bukan Arab untuk menulis karya agung mereka, antara lain Ibnu Sina (Iran), al-Farabi (Turki), al-Dahlawi (India) dan al-Nawawi al-Batani (Indonesia). Sungguhpun kini bahasa Arab tidak lagi menjadi bahasa yang digunakan secara meluas di luar masyarakat Arab, badan keislaman seperti madrasah dan pondok pengajian masih menghidupkan bahasa ini secara aktif. Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa tertua di dunia. Bahasa itu sehingga kini diajarkan di pondok pengajian di Malaysia, misalnya nahu (tatabahasa Arab) dan morfologi (sistem bentuk khat Arab).KAJIAN BAHASA DAN ILMIAHPada abad ke- 18, bahasa Arab merupakan salah satu bidang yang mendapat perhatian khusus para ilmuwan Arab. Pelbagai kumpulan kajian bahasa dan kajian ilmiah diwujudkan. Hal itu bertujuan untuk menghidupkan kembali bahasa Arab Klasik (fushah) yang penggunaannya berkurangan di kalangan bangsa Arab sendiri. Di samping itu, kumpulan kajian itu didirikan untuk mengatasi pengaruh asing kerana penterjemahan karya asing kembali dilakukan oleh orang Arab.Kosa kata bahasa Arab semakin berkembang.Ada beberapa faktor penyebabnya, iaitu kemaukan sejumlah besar kosa kata bahasa lain ke dalam bahasa Arab, pengambilan kosa kata dialek Quraisy dan suku lain oleh para penyusun kamus Arab dan penulisan berbagai- bagai kosa kata yang jarang digunakan dalam kamus Arab. Kebanyakan kata sinonim yang disebut dalam kamus Arab pada hakikatnya hanya digunakan dalam pengertian metafora dan banyak nama benda menggunakan kata sifat. Berkaitan dengan kamus, ahli bahasa klasik telah mewariskan banyak karya, antara lain Lisan al-Arabi yang dikarang oleh Ibnu al-Manzur (m.d 1369).PENGARUH BAHASA ASINGDalam zaman moden, banyak istilah asing diserapkan ke dalam bahasa Arab. Walaupun terdapat padanan dalam bahasa Arab, istilah asing lebih sering digunakan, misalnya tilfiziyun (TV), radiyu (radio), tilifun (telefon), barlimen (parlimen ) dan kombyuter (komputer). Selain itu, bentuk konjugasi yang menjadi ciri bahasa Arab juga diterapkan dalam istilah asing yang diserap ke dalam bahasa Arab, eperti talfaza, mutalfaz dan tilafaz (semuanya berkaitan dengan TV). Pengaruh bahasa asing ke atas bahasa Arab moden tidak terbatas hanya pada istilah, tetapi juga pada ciri utama bahasa Arab. Struktur kata kerja dan kata nama pada subjek- predikat diterbalikkan, misalnya zara kalintun al-Quds (Clinton mengunjungi Baitulmaqdis) menjadi kalintun zara al-Quds. Surat khabar merupakan medium komunikasi paling utama dalam mempromosikan perubahan struktur bahasa Arab. Malah, surat khabar menjadi salah satu media massa yang memperkayakan unsur serapan bahasa asing ke dalam bahasa Arab.KARYA SASTERAPerhatian para ilmuwan Arab Muslim klasik terhadap bahasa Arab sangat tinggi. Hal ini, misalnya, diperlihatkan dalam pelbagai hasil karya, antara lain ialah novel Hayy ibn Yaqzan, Alf Lailah wa Lailah dan Kalilah wa Dimnah. Tiga karya ini merupakan novel klasik berbahasa Arab yang telah diterjemakan ke dalam bahasa Eropah.ORGANISASI PENGEMBANGAN BAHASASalah satu organisasi pertama yang cukup besar pengaruhnya dalam perkembangan bahasa Arab moden ialah al-Majma al-Ilmi al-Arabi (Akademik Ilmiah Bahasa Arab) yang didirikan di Damsyik pada 1919. Organisasi yang didirikan oleh Kurd Ali (1876-1953; cendekiawan Arab) ini menjadi forum ilmiah para cendekiawan dan tenaga pengajar sastera Arab. Pelbagai penerbitan dan seminar penting diselenggarakan oleh organisasi ini. Organisasi yang serupa juga ditubuhkan di Mesir (Majma al-Lughah al-Arabiah) dan Iraq (Majma al-ilmi al-Iraqi).Kedua-dua organisasi ini memiliki jurnal khusus tentang bahasa Arab yang disebarluaskan ke seluruh system akademik di negara Arab. Gerakan pemodenan bahasa Arab secara besar-besaran dilakukan melalui jurnal ilmiah. Antara yang pertama ialah Lughah al- Arab (Bahasa Arab), sebuah jurnal yang diterbitkan di Baghdad pada tahun 1911. Sehingga kini, ada puluhan jurnal seumpama itu yang diterbitkan oleh lembaga ilmiah dan jabatan sastera di banyak universiti di negara Arab seperti al-Naqid, al-Adab, al-Mada, al-Hadaf, al-Nahj, al-Tariq dan al-Mawaqif.

PENUTUP

Kesimpulannya Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".

RUJUKAN

1.Zamri Mohamad, 2003. Bahasa Arab, Bahasa Syurga Yang Mempengaruhi Dunia. Utusan Malaysia, 10 Jun

2."Menghayati Sejarah Tulisan Bahasa Arab dan Tulisan Jawi", Utusan Malaysia, 2 Mac 20063. DR. ABD. RAZAK ABU CHIK ialah guru bahasa Arab di SMK St. Paul, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Keunikkan Bahasa Arab, Utusan Malaysia, 27 Januari 2006