Bahan utkkatakpkg pelangai

11
PILIHAN 1 : Kemahiran Teknikal BAB 1 - ELEKTRONIK

Transcript of Bahan utkkatakpkg pelangai

Page 1: Bahan utkkatakpkg pelangai

PILIHAN 1 : Kemahiran Teknikal

BAB 1 - ELEKTRONIK

Page 2: Bahan utkkatakpkg pelangai

PENGENALAN

Pernahkah kamu terfikir pada masa dahulu alat permainan kanak-kanak seperti kereta dan anak patung mainan boleh bergerak dan berbunyi dengan sendirinya?

Kini, alat permainan tersebut bukan sahaja boleh

bergerak dengan sendirinya malah boleh mengeluarkan bunyi dan melakukan pelbagai aktiviti tertentu.

Mengaplikasikan komponen elektronik dapat meningkatkan keupayaan dan objek yang besar serta kompleks dapat dikecilkan saiznya.

Page 3: Bahan utkkatakpkg pelangai

Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik Litar bersepadu ( Integrated Circuit – IC )

Litar bersepadu (IC) juga dikenali sebagai litar terkamil. Komponen ini sangat meluas kegunaannya. Contohnya telefon bimbit, komputer dan televisyen. IC diperbuat daripada bahan separa pengalir yang terdiri daripada gabungan beberapa komponenn elektronik seperti transistor, perintang, diod dan kapasitor dalam satu set.

Contoh Komponen Litar bersepadu Integrated circuit

Contoh : Peralatan yang mempunyai komponen IC

Page 4: Bahan utkkatakpkg pelangai

Litar bersepadu (IC) Litar Bersepadu (IC)

IC pemasa 555 adalah seperti jam analog yang dapat diset masa permulaan dan akhirnya

Tanda titik atau notch (potongan separa bulatan) menentukan pin nombor 1 terletak di sebelah kiri

Manakala nombor pin yang lainnya adalah mengikut turutan lawan jam

Simbol IC 555

Simbol litar bersepadu (IC 555) pemasa adalah berbentuk segi empat dan dilebalkan jenis dan kedudukan pinnya

Kedudukan titik, notch dan pin nombor 1

Simbol IC 555

Page 5: Bahan utkkatakpkg pelangai

Litar bersepadu ( IC )Fungsi IC Fungsi IC adalah untuk mengecilkan

saiz litar yang kompleks dan menjimatkan ruang

Fungsi pin yang terdapat pada IC adalah ditentukan oleh lembaran data pengeluar atau pembekal komponen elektronik tersebut

Rajah menunjukkan fungsi pin bagi IC pemasa 555 yang mempunyai 8 pin atau kaki. Setiap pin mempunyai fungsi tertentu

Binaan IC IC merupakan gabungan komponen-komponen

elektronik yang dicantumkan dalam satu kepingan silikon yang dinamakan cip silikon atau cip mikro

Cip silikon ini dimuatkan dalam satu set yang sangat kecil dinamakan serpihan

Serpihan biasanya mempunyai satu litar yang lengkap atau separa lengkap

Lembaran emas digunakan unutk menyambung serpihan pada pin-pin IC

Perumah plastik atau logam biasanya digunakan untuk melindungi serpihan agar tidak rosak

Semakin banyak pin pada litar bersepadu maka bertambah pula fungsinya

Fungsi setiap pin IC 555

Binaan IC

Page 6: Bahan utkkatakpkg pelangai

Susunan Nombor IC Pemasa 555

Nombor digunakan pada pin-pin IC Tanda pada IC dapat membantu mengenal

pasti nombor pin-pin berkenaan Pin nombor 1 terletak di sebelah kiri titik

atau noteh Nombor pin yang lain mengikut turutan

lawan jam

Page 7: Bahan utkkatakpkg pelangai

IC adalah satu komponen elektronik yang sensitif

IC hendaklah disimpan di dalam bekas plastik antistatik atau polisterina

IC akan mudah rosak sekiranya terdedah pada suhu yang tinggi dan voltan yang berlebihan

Penjagaan IC

Pematrian Pastikan IC ditanggalkan

terlebih dahulu daripada soket IC sebelum memateri

Kerja pematerian hendaklah dilakukan pada soket IC dan bukan terus pada pin IC

Kemudian masukkan pin IC ke dalam soket tersebut

Page 8: Bahan utkkatakpkg pelangai

Binaan dan Tamatan Geganti

Binaan gegantiGeganti

Geganti

Geganti adalah sejenis komponen yang digunakan sebagai suis kawalan pada litar yang berkuasa tinggi seperti lampu isyarat jalan raya. Kendalian geganti dikawal oleh aruhan magnet.

Binaan Geganti

Geganti mempunyai lima bahagian utama, iaitu:

a.Gegelungb.Armaturc.Plat sesentuhd.Teras besie.Tamatan

Page 9: Bahan utkkatakpkg pelangai

Jenis Geganti

2. Geganti kutub tunggal dua arah (Single Pole Double Throw – SPDT) Mempunyai 5 kaki Kaki bernombor 1 dan 3 ialah tamatan gegelung Tamatan sesentuh NO (Normally Open) ialah kaki

bernombor 2 dan 4 Tamatan sesentuh NC (Normally Close) ialah kaki

bernombor 2 dan 5

Geganti kutub tunggal satu arah (Single Pole Single Throw – PST) Mempunyai 4 kaki Kaki 1 dan 3 ialah tamatan gegelung Kaki 2 dan 4 ialah tamatan sesentuh

NO (Normally Open)

Page 10: Bahan utkkatakpkg pelangai

Fungsi Geganti

1. Apabila arus mengalir melalui gegelung terus besi akan menjadi electromagnet dan menarik plat sesentuh

2. Plat sesentuh pula akan memutuskan atau mengalirkan arus elektrik di dalam litar

3. Apabila arus terhenti mengalir melalui gegelung maka aruhan magnet akan hilang atau berhenti. Ini menyebabkan armature terlepas, plat sesentuh terbuka menyebabkan arus terhenti mengalir melalui litar

4. Geganti dilebalkan mengikut kadaran voltan kendalian dan rintangan gegelung. Kebiasaannya geganti yang digunakan dalam litar elektronik berkadaran voltan 6V, 9V dan 12V

Page 11: Bahan utkkatakpkg pelangai

Dalam keadaan suis S terbuka, arus tidak mengalir melalui gegelung geganti. Arus tidak mengalir melalui mentol kerana kaki 2 bersentuhan kaki 4 (Normally Close – NC). Mentol tidak menyala.

Litar kawalan terbuka

Litar kawalan tertutup

Kendalian Geganti

Apabila suis S tertutup, arus akan mengalir melalui gegelung geganti. Aruhan electromagnet terhasil pada teras besi menyebabkan kaki bernombor 2 yang bersentuhan dengan kaki bernombor 4 (NC) akan tersentuh ke kaki bernombor 5 (NO). arus akan mengalir dan menyalakan mentol