BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT … PENGGUNA.pdfSistem ini memerlukan sambungan internet dan...
-
Upload
nguyendung -
Category
Documents
-
view
233 -
download
0
Transcript of BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT … PENGGUNA.pdfSistem ini memerlukan sambungan internet dan...
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT DAN AGENSI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PANDUAN PENGGUNA
SISTEM CARIAN MAKLUMAT
KOD PERAKAUNAN iGFMAS
i
© Kerajaan Malaysia 2018 Hakcipta Terpelihara.
Penerbitan ini adalah semata-mata untuk kegunaan Perakaunan
Akruan - Sistem Carian Maklumat Kod Perakaunan iGFMAS
(eCAA) sahaja. Tiada sebahagian atau kesemuanya penerbitan
ini boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam sistem capaian
atau disalurkan di dalam sebarang bentuk atau sebarang cara
secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebagainya
tanpa kebenaran terlebih dahulu.
ii
KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka
Surat
1.0 Pra-syarat : Pautan dan Keperluan Minima Capaian eCAA
1
2.0 Pengenalan eCAA
2.1 Tujuan
2.2 Faedah
2
3.0 Fungsi :
3.1 Butang
3.2 Capaian (Fungsi)
3-4
5-7
1
1. PRA–SYARAT: PAUTAN DAN KEPERLUAN
MINIMA CAPAIAN eCAA
Sistem Carian Maklumat Kod Perakaunan iGFMAS (eCAA)
boleh dicapai melalui pautan https://ecaa.anm.gov.my
Sistem ini memerlukan sambungan internet dan boleh dicapai
melalui semua enjin carian internet. Walau bagaimanapun
bagi mendapatkan aplikasi hasil capaian yang lebih sempurna
hendaklah menggunakan browser Mozilla atau Chrome.
2
2. PENGENALAN eCAA
2.1 TUJUAN
Sistem iGFMAS telah dilaksanakan pada 1 Januari 2018
selaras dengan perubahan sistem perakaunan dari perakaunan berasaskan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan. Pelaksanaan sistem iGFMAS ini melibatkan banyak perubahan kod perakaunan yang amat
berbeza terutama carta perakaunan (kod objek).
Justeru itu, eCAA ini disediakan bagi melancarkan penggunaan sistem iGFMAS dengan membantu
pengguna terutamanya pegawai kerajaan di bahagian /unit akaun dan kewangan mengenal pasti perubahan kod perakaunan dalam pencarian dan penggunaan kod yang lebih cepat dan tepat.
2.2 FAEDAH
Memberi capaian yang pantas kepada pengguna sistem 1GFMAS untuk mengenal pasti perubahan kod perakaunan;
Membantu pengguna sistem iGFMAS dalam menentukan kod akaun yang sesuai dengan operasi harian pengguna;
Membantu pengguna sistem iGFMAS melaksanakan tugas dengan lancar ; dan
Membantu mengurangkan berlakunya kesilapan salah caj kod.
3
3.0 FUNGSI
3.1 Butang
Bil. Butang Fungsi
1.
Memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih paparan samada :
Kod GFMAS, Kod iGFMAS,
Perihal iGFMAS, Kod Dana,
Jenis/Kelas Akaun atau Semua
2.
Membenarkan pengguna membuat carian dan pilihan yang lebih khusus selepas pilihan asas carian sebelumnya.
Pengguna juga boleh kembali
ke halaman utama melalui
butang tertera.
3.
Membenarkan pengguna untuk
kembali ke halaman sebelum
atau teruskan ke halaman
seterusnya dalam carian kod
perakaunan.
4.
Memaparkan makluman dan
pengumuman yang terkini
berkaitan sistem dan kod
perakaunan dari semasa ke
semasa.
4
5.
Memberi panduan kepada
pengguna berkaitan cara
menggunakan eCAA.
Nota-Nota Penting menekankan
beberapa maklumat dan
perkara yang perlu dipatuhi.
6.
Membenarkan pengguna untuk terus ke :
Panduan Kod Perakaunan & Carta Akaun Akruan
(Slide CAA 2018)
SPANM Bil.7/2017 (Struktur Kod Perakaunan) & Ringkasan
SPANM Bil.10/2017 (Carta
Akaun Asas Akruan) &
Ringkasan
Mapping Senarai Kod Kem.,
Pegawai Pengawal & Kump.
PTJ
7.
Maklumat pentadbir sistem
untuk maklumbalas pengguna
bagi sebarang aduan dan
penambahbaikan sistem.
8.
Membenarkan pentadbir sistem
untuk log masuk bagi tujuan
penyelenggaraan sistem.
5
3.2 Capaian ke Fungsi
Langkah 1 : Masukkan pautan
ecaa.anm.gov.my
Langkah 2: Klik tab untuk
paparan dan pilihan menu asas
carian.
6
Langkah 3 : Klik tab untuk
paparan dan pilihan menu asas
carian.
Langkah 4 : Klik tab untuk
masukkan kod akaun GFMAS
dan tekan butang cari.