BADANG VERSI PPG
description
Transcript of BADANG VERSI PPG
-
2
Tersebutlah kisah di Sayung yang terkenal itu dengan nama
seorang tokoh terbilang yang bernama Badang.
Badang seorang hamba yang bekerja dengan seorang tuan
tanah yang kaya raya. Badang seorang pekerja yang rajin. Sejak
matahari terbit hingga matahari terbenam, Badang menjalankan
tugasnya dengan rajin. Badang melakukan berbagai-bagai tugas
yang disuruh oleh tuannya.
-
3
Pada suatu hari, Badang telah diperintahkan oleh tuannya
menerangkan sebuah kawasan hutan yang agak luas. Hutan itu
hendak diterokanya untuk dijadikan huma. Oleh itu, setiap hari,
Badang sudah bertolak dan melakukan tugasnya dengan segera.
Dia sehari suntuk menebang, membelah dan menebas pokok-pokok
atau semak samun. Petang hari, dia akan pulang ke rumah tuannya
untuk berehat.
Pada suatu petang, Badang pulang ke rumah lebih awal
daripada biasa sebab kerja-kerjanya untuk hari itu sudah dia
selesaikan. Dia berhasrat memasang lukahnya di sebatang anak
sungai yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia berharap
dapat menangkap seekor dua ikan untuk dia buat lauk pada hari
esoknya.
Keesokan harinya, Badang singgah di sungai untuk melihat
hasil tangkapannya. Alangkah kecewa hatinya apabila diangkat
lukahnya dari dalam air sungai itu. Dia mendapati lukanya itu
kosong. Tidak ada seekor ikan pun yang dapat ditangkap. Namun
demikian, Badang mendapati ada tulang-tulang dan sisik ikan
bertumpukan di tebing sungai dekat tempat dia menahan lukanya
itu.
Aku percaya, tentu ini semua tulang dan sisik ikan yang
terkena dalam lukah aku ini! bisik Badang sendirian. Tapi,
siapakah yang memakannya pula? tanya Badang penuh kehairanan
sambil matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan tempat
dia berdiri itu.
Sesudah memeriksa lukahnya itu, Badang memasang lukahnya
semula. Dia mengangkat kakinya menuju ke tempat kerjanya di
hutan itu.
Pada hari esoknya, Badang singgah sekali lagi di sungai itu.
Tetapi, sekali lagi, dia mendapati hal yang sama berlaku. Lukahnya
kosong tetapi tulang-tulang dan sisik ikan berselerakan di tebing
sungai tempat dia menahan luhahnya.
-
4
Ada binatang yang mencuri lalu memakan ikan-ikan di dalam
lukah aku ini! Akan aku intip gerak-gerinya. Aku akan ajar dia
cukup-cukup! tukasnya dalam hati.
Keesokan harinya ketika langit mulai terang, Badang telah
sampai ke kawasan sungai itu sekali lagi. Dia menyusup masuk ke
dalam semak dan bergerak dengan berhati-hati. Setibanya di
sebalik sebatang pokok yang tidak jauh dari lukanya, Badang
berhenti. Di balik pokok sebatang itulah badang akan mengintai
untuk melihat siapakah yang memakan ikan-ikan yang masuk ke
dalam lukahnya.
Sekian lama dia menunggu, namun tidak ada apa-apa yang
berlaku. Badang terus menanti dengan penuh kesabaran. Nyamuk
dan agas yang menghurungi telinga dan kepalanya tidak dia
hiraukan. Di tangannya, dia mengenggam hulu parang yang dia akan
gunakan untuk menyerang pencuri ikan-ikan lukahnya itu.
Tidak lama kemudian itu, Badang menyedari sosok suatu
lembaga aneh bergerak-gerak dan timbul dari balik semak samun
di sebarang sungai itu. Lembaga itu menuju ke arah tempat Badang
memasang lukahnya.
Pergerakan lembaga itu Badang perhatikan dari balik pokok
tempat dia bersembunyi. Badang yakin lembaga itu seekor hantu
air. Rupanya memang menggerunkan mata sesiapa yang
memandangnya. Lembaga itu berwajah hodoh, berambut dan
berjanggut panjang. Lembaga itu bermata merah yang menyala-
nyala seperti bola-bola api.
Hantu air itu mengangkat lukah yang Badang pasang. Setelah
menggongancang-gancang lukah itu, hantu itu mengambil seekor
ikan yang ada di dalam lukah itu lalu memasukkan ke dalam
mulutnya. Setelah berkunyah-kunyah beberapa ketika, tulang-
tulang ikan yang dimakannya dibuang ke atas tanah tebing sungai.
-
5
Kelakuan hantu air itu membuat Badang naik radang. Dia
mengumpul segala kekuatannya lalu meluru keluar dari tempat
persembunyiannnya itu. Dengan parang terhunus di tangannya dia
melompat ke hadapan hantu air yang sedang sibuk makan itu.
Sepantas kilat Badang mencapai janggut hantu air itu.
Direntap-rentapnya janggut hantu air itu sekuat-kuatnya. Parang
yang ditangan kanannya di acung-cungkan ke arah hantu air itu.
Aku bunuh engkau! Aku bunuh engkau! tempik Badang
dengan marahnya.
Melihatkan Badang yang bersungguh-sungguh hendak
membunuhnya, hantu air itu menggeletar ketakutan.
Tolonglah, jangan hamba dibunuh! Jangan hamba dibunuh!
rayu hantu air itu.
Engkau mesti aku bunuh! Engkau curi ikan-ikan dalam lukah
aku, memang patut engkau aku bunuh! bentak Badang.
Tolonglah, kasihanilah hamba! Jangan hamba dibunuh!
Badang menyentak-nyentak janggut hantu air itu sekali lagi.
Kalau engkau tidak bunuh aku, aku akan memberikan apa-apa
yang engkau minta.
Jangan cuba hendak menipu aku, balas Badang. Apakah
yang boleh aku harapkan daripada pencuri macam engaku?
Hamba dapat menolong tuan hamba, percayalah! Hamba
boleh memberikan apa-apa sahaja yang tuan hamba minta. Tapi,
tolonglah jangan bunuh hamba!
Badang berfikir sejenak. Namun begitu, tangan kirinya masih
tetap memegang erat janggut hantu air itu.
Betulkah engkau boleh memenuhi apa-apa kemahuan ak?
-
6
Betul, beritahulah apakah yang tuan hamba mahu dan akan
hamba tunaikan.
Badang diam seketika.
Bolehkah engkau jadikan aku gagah lagi perkasa?
Sudah tentu boleh! jawab hantu itu. Tapi, lepaskanlah
janggut hamba dahulu.
Tidak! Aku tidak akan melepaskannya selagi engkau belum
penuhi permintaan aku! tutur Badang.
Hantu itu terdiam.
Akan hamba penuhi permintaan tuan hamba itu. Tapi, ada
syaratnya.
Apakah syarat itu?
Tuan hamba mestilah memakan muntah hamba. Selepas
memakan muntah hamba itu kelas, tuan hamba akan menjadi gagah
lagi perkasa seperi permintaan tuan hamba itu.
Kata-kata ucapan itu membuat Badang terpinga-pinga. Dia
tidak tergambarkan dirinya memakan muntah hatu air itu. Akan
begitu, kemahuannya untuk mejadi kuat membuat dia menetapkan
fikirannya dengan segera.
Setelah bulat fikirannya, Badang pun berkata, Baiklah,
kalau begitu engkau muntah sekarang. Biar aku makan muntah
engkau itu!
Dia merenung hantu itu yang mengangguk-anggukkan
kepalanya.
Tapi awas, jangan sekali-kali engkau menipu aku!
-
7
Amaran Badang itu didengar oleh hantu air itu sambil
mengangguk-anggukkan kepalanya.
Dengan secepat kilat, hantu itu pun mematahkan pelepas
daun pidang dan meletakannya di atas tanah. Sesudah itu, hantu
tersebut pun mula muntah. Badang masih tidak melepasakn janggut
hantu tersebut. Dia terus juga mengacu-acukan parangnya ke
kepala hantu itu.
Hantu itu terus muntah tanpa henti-hentinya. Muntahnya
semakin banyak jatuh di atas lapik pelepah daun pisang itu. Badang
memerhatikan hantu itu tanpa mengerdip-ngerdipkan matanya.
Sebaik-baik sahaja hantu air itu berhenti muntah, Badang
mulalah mekannya. Pada ketika itu, tangannya semakin erat
memegang janggut hantu itu.
Setelah melihat Badang selesai memakan muntahnya, hantu
itu pun berkata, Harap lepaskanlah hamba! Hamba telah
memenuhi permintaan tuan hamba itu!
-
8
Tidak! jawab Badang.
Walaupun aku sudah habis memakan muntah engkau, itu
belum lagi bereti aku sudah menjadi kuat dan gagah!
Kalau tuan hamba tidak percaya, tuan hamba boleh menguji
kekuatan baru tuan hamba itu sekarang juga, jawab hantu air itu.
Mendengarkan kata-kata itu, Badang lalu menancapkan
parangnya di tanah di sisinya lalu dengan tangan kirinya, dia
memegang sebatang pkok sebesar berdekatan di tebing sungai itu.
Dengan mudahnya pokok itu tercabut dari tanah. Apa yang
menghairankan, pokok itu terbungkas berserta dengan akar-
akarnya sekali.
Badang kagum dengan kekuatan yang baru dia peroleh itu.
Kemudian, dia mencabut beberapa batang pokok yang lainnya pula.
Ternyata semua pokok itu dapat dia cabut dengan mudah.
Lepaskanlah hamba!
Badang lalu memandang hantu air itu lalu melepaskan
pegangannya pada janggut hantu itu.
Engkau boleh pergi sekarang! Tapi lain kali, engkau jangan
mengganggu lukahku lagi!
Hantu itu mengundur lalu berlalu dari situ dengan segera.
Dengan sekelip mata, kelibat hantu itu sudah lesap.
Badang memasang semula lukahnya di sungai itu. Dia lalu naik
ke tebing dan bergerak ke arah beberapa batang pokok besar
yang berdekatan. Badang cuba menumbangkan pokok-pokok itu.
Sekali dia berjaya dan pokok-pokok besar itu tumbang
dengan sekali tolak. Pokok-pokok itu tumbang dengan akarnya
terbungkas.
-
9
Badang berasa gembira dengan keupayaannya itu.
Dirempuhnya hutan belantara di sekita sungai. Ada kalanya dia
menunjal pokok-poko besar. Ada kalanya, dia menendang pokok-
pokok besar. Dicabutnya pokok-pokok kecil dengan mudah. Mana-
mana pokok yang dia capai akan habis terpelanting atau
terbungkas.
Aku sudah gagah! Aku sudah menjadi lebih kuat!
Suara Badang bergema memecah keheningan kawasan hutan
belantara itu. Dia terus menguji kekuatannya sambil menerangkan
kawasan hutan yang akan dijadikan huma atau ladang oleh tuannya
itu. Badang pulang segera ke kawasan hutan yang hendak
dibersihkan. Dia langsung memulakan kerja-kerjanya menerangkan
kawasan hutan itu. Dia mencabut semua pokok yang ada, yang
besar atau kecil.
Dalam masa yang singkat, kawasan hutan yang gelap itu
menjadi terang-benderang dikerjakan Badang. Rumput-rumpai dan
pokok-pokok renek sahaja yang perlu dia cabut. Dia dapat
melakukan kerjanya dengan mudah dengan tenaga yang baru dia
peroleh itu. Kerjanya semakin pantas dan dalam masa yang singkat,
tanah yang ditumbuhi rumput itu mula bersih daripada sebarang
tumbuhan.
Setelah selesai menerangkan kawasan hutan itu. Badang
berhenti sejenak lalu menghela nafas lega kerana tugasnya yang
sepatutnya selesai dalam berminggu-minggu itu dapat dia lakukan
dalam masa sehari. Penatnya berjaga menangkap pencuri ikan-ikan
dari dalam lukahnya tidak dia rasa.
Badang berasa puas hati melihat kawasan tanah yang sudah
terang dan siap untuk dimulakan tanaman baru. Dengan langkah
tangkas, dia pulang ke rumahnya. Di sepanjang jalan, badang tak
henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku siang tadi.
-
10
Sebaik-baik sampai di rumah, dai dipanggil tuannya. Tuannya
berasa hairan melihatkan badang pulang awal daripada biasa dan
kelihatan gembira sekali.
Awal benar pulangmu, Badang? Bagaimana kerja-kerja
menerangkan kawasan hutan yang aku suruh kaubuat itu? tanya
orang kaya itu.
Orang kaya, sudah hamba selesaikan. Dan lagi, sekarang ini
semuanya sudah siap untuk dimulakan penanaman baru.
Benarkah kata-katamu itu, Badang?
Betul, Orang Kaya! Marilah ikut hamba ke sana. Orang Kaya
boleh lihat sendiri keadaan kawasan tanah yang sudah saya
terangkan.
-
11
Badang membawa
Orang Kaya itu pergi
ke kawasan hutan yang
telah dibersihkannya.
Setibanya di sana,
tuannya terpinga-pinga
melihat keadaan
sekeliling.
Dia bagaikan
tidak mempercayai
apa-apa yang di lihat di
situ. Hutan tebal yang
besar itu sudah
menjadi sebuah
kawasan tanah lapang.
Bagaimana hutan yang begini luas boleh kamu terangkan
dengan cepat, Badang? tanya Orang Kaya kehairanan.
Hamba hanya mencabutnya, Orang Kaya, jelas Badang.
Engkau yang mencabut semua pokok ini? Aku macam tidak
percaya, kata Orang Kaya kepada Badang yang amat dia sayangi
itu.
Betul, Orang kaya. Dengan kedua-dua belah tangan saya ini,
saya membersihkan kawasan hutan yang luas ini menjadi terang.
Memandangkan Orang Kaya tercengang-cengang melihat
keadaan sekeliling, Badang lalu menceritakan semula semua
peristiwa yang telah berlaku. Badang menerangkan kisah dia
menangkap hantu air yang memakan ikan-ikan dalam lukahnya dan
dia memakan muntah hantu air itu untuk menjadi kuat dan gagah.
-
12
Badang lalu pergi ke sebatang pokok yang besar. Badang
hanya menunjal pokok itu dengan jari telunjuk tangan kanannya.
Dengan sedikit tolakan, pokok yang besar itu tumbang dan akarnya
terbungkas.
Orang Kaya tercengang-cengang melihatkan keletah Badang
itu. Dia malah bertambah kagum apabila melihat Badang dapat
mengangkat pokok yang baru tumbang itu dengan kedua-dua belah
tangannya. Dengan mudah, Badang menghumbangkan pokok di
tangannya itu ke arah longgokan pokok yang tumbang.
Orang Kaya dengan segera mendapatkan Badang lalu memuji-
mujinya. Orang Kaya tidak meragui akan kebolehkan Badang itu
dan terus memuji-mujinya. Sayangnya akan Badang semakin
bertambah.
Sebelum mereka berjalan pulang, Orang kaya telah berkata,
Sebagai balasan kerana engkau berjaya menerangkan kawasan
hutan ini dengan masa yang singkat, aku merdekakan engkau mulai
saat ini. Dengan itu, engkau bukan lagi hambaku.
Badang terharu mendengar ucapan Orang Kaya. Dia segera
mengucapkan terima kasih dan melahirkan perasaan hatinya yang
gembira itu dengan keputusan Orang Kaya itu.
Dia melutut di hadapan Orang Kaya sambil berkata berkali-
kali, Terima kasih, Orang Kaya!
Mulai saat itu, Badang dibenarkan hidup sebagai seorang
yang merdeka. Kisah kegagahannya menjadi buah mulut para
penduduk di situ.
-
13
Badang yang mula masyhur
namanya itu tidak pula berubah
sikap. Sikapnya yang merendah
diri itu telah menambat hati
ramai orang. Mentelah lagi, dia
suka menghulurkan bantuan
dengan melakukan kerja-kerja
yang berat untuk orang-orang
yang datang berjumpa meminta
pertolongannya. Kegagahannya itu
memudahkan dia melakukan
sebarang kerja dengan pantas
lagi sempurna.
Kerajinan Badang itu mendapat ganjaran yang setimpal.
Rezekinya bertambah hasil daripada pertolongan yang dia hulurkan
kepada orang ramai. Badang dapat menampung keperluan hidupnya
dengan upah pemberian orang setelah dia melakukan kerja-kerja
yang berat untuk mereka.
Nama Badang menjadi terbilang dan berita kegagahannya itu
sampai pada pengetahuan Raja Temasik, Seri Rana Wira Kerma.
Baginda amat tertarik hati mendengar akan khabara mengenai
kegagahan Badang.
Baginda lalu menitahkan supaya Badang datang ke istana
menghadap baginda. Baginda amat tertarik dengan perilaku dan
kegagahan badang. Baginda lalu menalntik Badang menjadi salah
seorang hulubalang di istana baginda.
Tersebutlah kisah, raja bertitah kepada bendahara pada
suatu hari.
Beta amat teringin makan ulam pucuk kuras. Tahukan datuk
di mana ada pokok itu supaya dapat kita ambil pucuknya?
-
14
Ampun, tuanku
beribu-ribu ampun,
sembah bendahara.
Setahu patik, di
Kuala Sayung ada
sebatang pokok
kuras. Akan tetapi,
pokok itu amatlah
tinggi dan tidaka ada
sesiapa yang berani
memanjatnya.
Sembah bendahara membuat raja diam buat beberapa
ketika. Setelah itu, baginda pun bertitah,
Apa pendapat datuk kalau kita titahkan Badang pergi
mengambil pucuk kuras itu? Beta percaya Badang yang gagah
perkasa itu berani memanjat pokok kuras yang tinggi itu!
Harap diampun, tuanku. Patik berstuju dengan titah tuanku
itu. Kalau begitu, izinkanlah patik menyampaikan titah tuanku
kepada pacal Badang itu supaya segera dia melaksanakannya.
Moga-moga, dia akan dapat bertolak esok hari juga untuk
mengambil pucuk pokok kuras yang Tuanku hajatkan itu,
bendahara mengangkat sembah lalu bermohon diri.
Badang pun diperintahkan menjalankan titah raja. Keesokan
harinya, Badang sudah berangkat menuju ke Kuala Sayung. Badang
mendayung perahu sepanjang kira-kira lapan depa itu menuju ke
sana.
Sebaik-baik dia tiba di Kuala Sayung itu, Badang memandang
di kawasan sekelilingnya. Tidak lama kemudian, dia ternampak
sebatang pokok kuras. Pokok itu amat tinggi dan puncaknya
menyapu awan.
-
15
Dengan segera, Badang lalu memanjat pokok kuras itu.
Sewaktu dia sampai di sebatang dahan yang agak tinggi, dahan itu
patah apabila kakinya memijaknya. Dengan tidak dia sangka-
sangka, tubuh Badang jatuh ke bawah. Sesampai di bumi,
kepalanya terhempas di atas bongkah batu yang besar di bawah
pokok tersebut.
Anehnya, kepala Badang tidak cedera tetapi bongkah batu
besar itu terbelah dua. Badang bingkas sambil meraba-raba
kepalanya. Menyedari kepalanya tidak cedera, Badang segera
memandang ke arah batu besar itu. Dia tersenyum kehairanan
apabila mendapati batu itu terbelah dua namun kepalanya yang
terhentak di atas batu itu tidak cedera sedikit pun.
Badang segera memanjat pokok itu sekali lagi dan kali ini dia
berjaya mengambil pucuk beserta buahnya sekali.
Setelah mengambil buah dan pucuk pokok kuras itu, Badang
segera bergerak pulang. Raja sangat gembira apabila Badang
mempersembahkan pucuk kuras itu. Baginda memuji-muji Badang
dan mengurniakan sepasang persalinan kepadanya.
-
16
Pada suatu waktu, Seri Rana Wira Kerma menitahkan para
tukang membina sebuah perahu besar dan setelah siap
pembinaanya, baginda memitahkan agar perahu itu dilancarkan ke
laut. Pada mulanya, seramai empat puluh empat orang cuba
melancarkan perahu itu ke laut. Usaha mereka tidak berjaya.
Ramai orang dikerahkan untuk menolong. Namun begitu, perahu itu
masih tidak berganjak daripada kedudukannya.
Raja yang memperhatikan peristiwa itu hanya menggeleng-
gelengkan kepala baginda. Apabila baginda melihat orang-orangnya
gagal melancarkan perahu itu ke air, baginda menitahkan Badang
datang menghadap. Perintah raja itu segera dilaksanakan. Tidak
lama kemudian, Badang pun tiba. Sesudah mengatur sembah,
Badang pun berjalan mendapatkan perahu itu.
Sebaik-baik sahaja dia rapat dengan perahu itu, Badang
segera mengangkat perahu itu. Orang ramai yang melihat kelakuan
Badang itu bersorak-sorai memberi semangat kepada Badang.
Raja, pembesar memuji-muji kegagahan badang itu.
Sebagai menghargai kegagahan Badang itu, raja melantiknya
menjadi hulubalang diraja. Semenjak hari itu, bertambah-
tambahlagi kasih baginda akan Badang yang gagah perkasa itu.
Kisah mengenai kegagahan Badang tersebar dari mulut ke mulut.
Akhirnya, berita itu sampai ke pengetahuan Raja Benua Keling.
Kebetulan Raja Benua Keling mempunyai seorang pahlawan yang
gagah lagi perkasa. Nadi Bijaya Pikrama nama pahlawan gagah
Benua Keling itu. Kehandalan Nadi Bijaya Pikrama itu termasyhur
di negerinya dan tidak dapat oleh sesiapa pun di seluruh Benua
Keling.
Mendengar akan perkhabaran tentang kegagahan Badang
membuat Raja Benua Keling hendak menghantar Nadi Bijaya
Pikrama ke Singapura. Baginda hendak nadi Bijaya Pikrama beradu
kekuatan dengan Badang. Oleh yang demikian, baginda menitahkan
Nadi Bijaya Pikrama menghadap baginda.
-
17
Pergilah ke Singapura dan di sana nanti, kamu hendaklah
beradu kekuatan menentang seorang hulubalang yang gagah di
negeri itu. Bawa bersama-samamu tujuh buah kapal. Jika kamu
menang, mintalah daripada Raja Singapura tujuh buah kapal, titah
raja itu.
Menjunjung titah, tuanku, sembah Nadi Bijaya Pikrama.
Setelah semua persiapan dibuat, Nadi Bijaya Pikrama pun
belayar dengan diiringi oleh tujuh buah kapal. Rombongan itu
disertai beberapa orang pembesar diraja dan beratus-ratus orang
anak kapal.
Setibanya di Singapura, Nadi Bijaya Pikrama pun menghadap
Raja Seri Rana Wira Kerma lalu menyatakan hajat dan tujuan
kedatangannya ke Singapura. Setelah mendengar penjelasan Nadi
Bijaya Pikrama itu, Raja Seri Rana Wira Kerma segera menitahkan
Badang suoaya masuk menghadap baginda. Badang segera masuk
menghadap baginda. Baginda menitahkan perlawanan gusti antara
Badang dan Nadi Bijaya Pikrama segera diadakan. Perlawanan
beradu kekuatan itu diadakan di balairung seri di hadapan raja,
para pembesar dan juga rombongan yang mengiringi Nadi Bijaya
Pikrama.
Sewaktu perlawanan itu berlangsung, suasana di balairung
seri menjadi hingar-biingar dengan sorak-sorai orang-orang yang
menyaksikannya. Baginda Raja Seri Rana Wira Kerma turut teruja
untuk memberikan semangat kepada Badang. Pertandingan beradu
kekuatan itu tidak berjalan dengan sekejap masa sahaja. Badang
berjaya mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama.
Kejayaan Badang itu disambut dengan gembira oleh orang-
orang Singapura. Baginda RajaSeri Rana Wira Kerma dan
pembesar-pembesarnya turut berasa gembira dengan kejayaan
Badang itu. Akan tetapi, Nadi Bijaya Pikrama pula berasa tidak
puas hati dengan kekalahannya itu. Dia langsung mengangkat
sembah dan memohon agar diadakan sebuah lagi pertandingan lain
bagi menentukan jaguh yang lebih gagah antara dia dan Badang.
-
18
Raja Seri Rana Wira Kerma mempekenankan permintaan
pahlawan dari Benua Keling itu. Nadi Bijaya Pikrama lalu berkata
kepada Badang, Di hadapan istana ini kita lihat ada sebongkah
batu yang sangat besar. Marilah kita beradu kekuatan dengan
mengangkat batu itu. Sesiapa yang tidak berjaya mengangkatnya
dianggap kalah.
Hamba bersetuju, balas Badang.
Kedua-dua orang
pahlawan itu lalu keluar
ke halaman istana
dengan disertai raja
dan semua yang ada di
balairung seri itu.
Badang meminta Nadi
Bijaya Pikrama
mengangkat bongkah
batu itu telebih dahulu
sebaik-baik mereka
tiba di luar istana.
Nadi Bijaya Pikrama lalu melangkah ke arah bongkah batu
besar itu. Dengan penuh kesungguhannya, Nadi Bijaya Pikrama
cuba mengangkat batu tersebut.
Selepas dicubanya beberapa kali, akhirnya dia berjaya
mengangkat batu itu . batu itu hanya dapat dia angkat ke paras
lututnya sahaja. Dia lalu menurunkan batu itu setelah dia
mendapati dia tidak dapat mengangkat batu itu lebih lama lagi.
Saya sudah berjaya mengangkat batu ini. Sekarang, giliran
kamu pula mengangkatnya.
Badang hanya tersenyum lalu menghampiri batu itu. Badang
dapat mengangkat batu itu dengan kedua-dua belah tangannya
tanpa mengalami sebarang masalah.
-
19
Nadi Bijaya Pikrama tidak mempercayai apa-apa yang dia
lihat. Pada sangkaannya, Badang tidak akan terdaya mengangkat
batu itu dengan mudah seperti dirinya.
Setelah itu, Nadi Bijaya Pikrama terpegun apabila melihat
Badang melontarkan batu itu ke arah kuala Sungai Singapura. Batu
itu jatuh di kuala suungai itu lalu membentuk sebuah tanjung.
Tempat itu kini dikenali sebagai Tanjung Singapura.
Nadi Bijaya Pikrama yang terpegun itu melopong melihat
semua yang sedang berlaku. Pembesar-pembesar negerinya juga
tepegun meyaksikan kejadian itu. Raja dan orang-orang Singapura
bersorak-sorai tanda kegembiraan atas kejayaan Badang yang
menakjubkan itu.
Menyedari betapa gagahnya Badang daripadanya, Nadi Bijaya
Pikrama berasa amat malu. Dia mengakui kekalahannya. Dia lalu
menyerahkan ketujuh-tujuh buah kapal yang dibawanya kepada
Raja Singapura.
Setelah itu, dia dan rombongan dari negeri di benua Keling
berangkat pulang dengan kecewa.
Berita kejayaan Badang menewaskan Nadi Bijaya Pikrama
tersebar luas ke negeri-negeri yang berdekatan. Tidak lama
selepas itu, berita tentang kegagahan Badang masyhur sampai
kepada pengetahuan Raja Perlak. Pada masa itu, di Perlak ada
seoarng pahlawan bernama Benderang. Benderang ialah pahlawan
diraja yang amat dikasihi oleh Raja Perlak.
Sewaktu berita tentang kejayaan Badang mengalahkan Nadi
Bijaya Pikrama disampaikan kepada Raja Perlak, Benderang turut
berada di istana dan sedang menghadap rajanya. Sebaik-baik
sahaja mendapat khabar itu, Benderang berasa cemburu keranan
orang yang menyampaikan berita itu asyik sekali meuji-muji
tentang kehebatan Badang mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama.
-
20
Benderang lalu mengatur sembah seraya berkata, Ampun
tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Pada
fikiran patik, hulubalang Raja Singapura itu tidaklah sehebat mana
pun dan patik percaya dia tidak akan dapat menandingi kekuatan
patik sendiri. Oleh itu, jika ada izin tuanku, patik mohon izin pergi
ke Singapura. Biar patik buktikan kepada tuanku yang patik jauh
lebih gagah daripada hamba Raja Singapura itu.
Mendengarkan sembah Benderang itu, Raja Perlak terdiam
buat seketika. Baginda lalu bertitah, Baiklah, Benderang. Beta
perkenankan permintaan kamu itu. Beta akan titahkan Datuk
Mangkubumi Tun Perpatih Pandak untuk membuat kelengkapan
bagi tujuan pemergian kamu ke Singapura itu kelak.
Menjunjung kasih, Tuanku, sembah Benderang.
Tun Perpatih Pandak masuk menghadap lalu berdatang
sembah.
Beta mahu Datuk mengiringi Benderang ke Singapura untuk
beradu kekuatan dengan Badang, hulubalang Singapura yang
masyhur beritanya itu. Buatlah segala kelengkapan bagi rombongan
datu dan Benderang untuk berangkat ke sana, titah Raja Perlak.
Menjunjung titah, Tuanku! sembah Tun Perpatih Pandak.
Setelah segala kelengkapan siap, maka bertolaklah
rombongan Perlak itu ke Singapura. Berita mengenai kedatangan
rombongan kerajaan Perlak itu sampai kepada pengetahuan Raja
Seri Rana Wira Kerma. Baginda menitahkan para pembesarnya
menyambut rombongan kerajaan Perlak itu. Maha Indera Bupala
telah ditugaskan untuk mengetuai upacara sambutan tetamu diraja
dari seberang itu.
-
21
Sebaik-baik sahaja rombongan dari kerajaan Perlak itu tiba
di pelabuhan Singapura, Maha Indera Bupala membawa gajah
diraja untuk menjemput Tun Perpatih Pandak beserta
rombongannya. Dia diiringi oleh berpuluh-puluh orang pembesar
dan pengawal.
Sebaik-baik sahaja tiba di pelabuhan Singapura, Tun
Perpatih Pandak lalu menyerahkan warkah daripada baginda Raja
Perlak kepada Maha Indera Bupala. Warkah itu kemudiannya
diarak ke istana untuk dipersembahkan kepada Raja Seri Rana
Wira Kerma.
Rombongan dari Perlak itu diberi layanan yang sebaik-
baiknya sewaktu tiba di istana. Warkah Raja Perlak itu dibacakan
kepada Raja Seri Rana Wira Kerma. Menerusi warkah itu, Raja
Perlak menyatakan hajatnya menghantar Benderang ke Singapura.
Adalah maksud adinda
mengutus Benderang itu ke
Singapura kerana adinda
mendengar kakanda ada
seorang hulubalang yang gagah
perkasa. Bolehlah kita beradu
hulubalang adinda, Benderang
dengan hulubalang kakanda
itu. Bunyi kandungan warkah
tersebut.
Jikalah ditakdirkan Benderang kalah dalam beradu kuat
dengan hulubalang kakanda, adinda akan menghadiahkan sebuah
gedung harta kepada kakanda. Sebaliknya, kalau hulubalang
kakanda itu kalah pula, kakanda hendaklah memberikan ganjaran
yang serupa kepada adinda.
-
22
Raja Seri Rana Wira Kerma hanya tersenyum mendengar
pembacaan kandungan warkah itu. Baginda lalu bertitah kepada tun
Perpatih Pandak, Beta amat bersetuju dengan hajat adinda beta,
Raja Perlak itu. Eloklah kita adakan pertandingan itu pada esok
hari sebab beta percaya datuk dan datuk-datuk sekalian pasti
letih dan beta usulkan agar datuk-datuk semua beristirehatlah
dahulu.
Patik sekaliannya bermohon diri dahulu, kata Tun Perpatih
Pandak lalu mengangkat sembah sebelum beredar.
Setelah itu, raja Seri Rana Wira Kerma menitahkan Badang
datang menghadap baginda.
Besok, kamu beta titahkan beradu kekuatan dengan
hulubalang Raja Perlak. Elok sangatlah engaku bersiap-siap.
Mendengarkan akan perintah baginda itu, Badang lalu
mengangkat sembah seraya berkata, Ampun tuanku beribu-ribu
ampun. Bukanlah maskud patik mengingkari titah tuanku itu. Pada
fikiran patik, hal ini eloklah difikirkan semasak-masaknya.
Apakah sebab kamu berkata demikian, wahai Badang?
Menurut hemat patik, Benderang itu bukanlah calang-calang
pahlawan. Namanya terkenal di segenap pelosok kepulauan Melayu
Kalau patik kalah beradu kekuatan dengan Benderang sudah tentu
Tuanku akan menanggung malu. Oleh itu, sebelum tuanku
mengisytiharkan pertandingan itu, patik mohon agar tuanku
membenarkan patik menguji kekuatannya terlebih dahulu.
Kalau patik fikir dapat mengalahkannya, patik akan
menyembahkannya kepada Tuanku. Tuanku bolehlah
mengisytiharkan pertandingan itu. Begitulah juga jika sebaliknya
yang berlaku, sembah Badang.
Usul kamu itu memang molek, tapi dengan cara apakah yang
kamu hendak menguji kekuatan Benderang itu?
-
23
Malam nanti, Tuanku undanglah orang-orang Perlak itu ke
sebuah majlis. Dalam majlis itu nanti, patik akan duduk di sebelah
Benderang. Pada masa itulah nanti, patik akan menguji
kekuatannya, ujar Badang seraya mengangkat sembah.
Usul Badang itu Seri Rana Wira Kerma persetujui. Baginda
mengadakan sebuah jamuan untuk meraikan rombongan dari Perlak
itu pada malam itu. Semasa jamuan sedang berlangsung, badang
duduk di sebelah Benderang.
Sewaktu para tetamu sedang menimati juadah dan
menyaksikan hiburan yang disediakan, Benderang cuba menindih
pada Badang dengan lututnya. Walaupun sekuat mana Benderang
itu, dia tidak dapat menindih paha Badang dengan lama. Badang
dapat mengangkat lutut Benderang dengan mudah sekali.
Sesudah itu, badang pula menindih pada Benderang dengan
lututnya. Benderang cuba sudaya upayanya untuk mengangkat lutu
Badang itu tetapi dia tidak berjaya. Semua usahanya untuk
mengangkat lutut Badang itu sia-sia sahaja. Lutut Badang tidak
terangkat malah tidak dapat digerakannya sedikit pun.
Kejadian itu berlaku tanpa pengetahuan sesiapa pun dalam
majlis itu kecuali Badang dan Benderang.
Daripada kejadian itu, Badang yakin yang dia dapat
mengalahkan Benderang dengan mudahnya.
Badang ini sangat kuat orangnya. Kalau aku beradu kuat
dengannya sudah tentu aku akan kalah. Ada baiknya aku tidak
beradu kuat dengannya. Benderang sudah mengambil keputusan.
Pada malam itu setelah mereka pulang ke tempat penginapan
mereka, Benderang menceritakan kejadian yang berlaku antara dia
dengan Badang sewaktu dalam majlis itu kepada tun Perpatih
pandak.
-
24
Benderang juga mengesyorkan agar pertandingan beradu
kekuatan antara dia dengan badang dibatalkan kerana menurutnya,
dia tidak mahu memalukan Raja Perlak dengan kekalahannya itu
kelak.
Setelah rombongan Raja Perlak itu beredar, Raja Seri Rana
Wira Kerma pun bertanya, Apakah dapat engkau melawan
Bernderang?
Ampun, Tuanku, sembah Badang, dengan Daulat Tuanku,
dapatlah patik mengalahkannya. Esok, tuanku adukanlah patik
dengan pacal Benderang itu.
Baiklah, titah baginda lalu masuk meninggalkan majlis.
Pada keesokan harinya, setelah bersemayam di atas takhta,
Tun Perpatih Pandak datang menghadap Raja Seri Rana Wira
Kerma. Pembesar Perlak itu menyembahkan niatnya hendak
membatalkan acara mengadukan Badang dengan Benderang.
Pada pendapat patik, jikalah kita adukan kedua-dua
hulubalang itu, akan buruk padanya, tuanku. Takutkan nanti terjadi
selisih faham antara tuanku dengan raja patik pula, sembah tun
Perpatih Pandak.
Raja Seri Rana Wira Kerma teersenyum mendengarkan akan
sembah itu. Baginda lalu bertitah, Benar pula kata Datuk itu. Elok
sangat kita batalkan niat mengadu kekuatan antara Badang dan
Benderang.
Titah Raja Seri Rana Wira Kerma itu membuat hati Tun
Perpatih Pandak sangat gembira. Benderang dengan senang hati
menerima berita yang disampaikan oleh Tun Perpatih Pandak.
-
25
Raja Seri Rana Wira Kerma menitahkan Badang dan
Benderang datang menghadap baginda. Baginda menitahkan kedua-
dua hulubalang itu merentangkan batu rantai di perairan sekeliling
Singapura supaya kapal-kapal yang lalu-lalng tidak boleh masuk ke
pelabuhan sewenang-wenangnya. Kedua-duanya menjalankan titah
Raja Seri Rana Wira Kerma dengan segera.
Setelah beberapa hari di Singapura, robongan dari Perlak itu
bersiap-siap untuk pulang ke negeri mereka. Raja Seri Rana Wira
Kerma telah menitahkan sepucuk warkah diraja disediakan untuk
Raja Perlak.
Pada hari yang ditetapkan, rombongan dari Perlak itu
berangkat pulang. Raja Perlak menyambut rombongan itu dengan
penuh istiadat. Bagida tidak sabar-sabar hendak mengetahui akan
keputusan Benderang yang beradu kuat dengan Badang itu.
Setelah mendengar penjelasan daripada Tun Perpatih Pandak dan
membaca warkah diraja utusan Raja Singapura itu, baginda faham
duduk perkara yang berlaku.
Badang terus
berkhidmat kepada Raja
Seri Rana Wira Kerma
dengan penuh taat setianya.
Tidak berapa lama sesudah
itu, Badang meninggal dunia
dan dikebumikan di sebuah
tempat berana Buru. Khabar
kematian badang itu sampai
kepada pengetahuan Raja
Benua Keling. Baginda
mengirimkan batu nisan yang
khas untuk makam itu
sebagai tanda penghormatan
kepada Badang yang
masyhur itu.