Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia
Bab6- Pembentukan Malaysia
-
Upload
fazlun-haliza-mohd-maarof -
Category
Documents
-
view
261 -
download
1
Transcript of Bab6- Pembentukan Malaysia
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
1/17
Pengenalan
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahundijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayumerdeka. Negara baru ini hasil gabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah (BorneoUtara) dan Sarawak.Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat olehPerdana Menteri Perselutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.
1.1 FAKTOR PEMBENTUKAN
Rajah4.1 Faktor-faktor penubuhan Malaysia
1.1.1 Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party PAP) di bawah pimpinan LeeKuan Yew mengalami kemerosotan. Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihanraya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai19611. PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telahberpecah dan membentuk Barisan Sosialis. Banyak pihak yang khuatir denganperkembangan ini kerana takut pemerintahan PAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialisyang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis. Persekutuan TanahMelayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya dengan Singapura yang
meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas. Untuk membendung
1PAP kalah ditangan Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura di Hong Lim dan Parti Buruh diAnson.
FaktorPenubuhanMalaysia
Mengelakkan ancaman dan pengaruhkomunis
Memberi kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak, Singapura dan Brunei
Perkongsian faedah ekonomi
Membela masyarakatBumiputera di Sabah danSarawak
Menjaga hakdankepentingankaumBumiputera
35
PEMBENTUKAN MALAYSIA
BAB
6
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
2/17
perkembangan ini dari terus menjadi buruk, kerajaan Perikatan berusaha untukmenggabungakan Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu negara.
Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak. Misalnya,Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak dipengaruhioleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British2. Selain itu, PartiBersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi komunisme.
1.1.2 Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akanmendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancanganpenubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurangdua tahun.
Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaankepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahanBritish yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yangkurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam
gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.
Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaranideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihakBritish khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkanBritish akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang. Di samping itu,terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadapSabah, Sarawak dan Brunei.
1.1.3 Perkongsian Faedah Ekonomi
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasamaekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomiboleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Inibermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu olehTanah Melayu, Singapura dan Brunei.
1.1.4 Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsaasing. Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.
1.1.5 Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera
Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Bruneidan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkanwilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapurasahaja akan menghilangkah majoriti penduduk Melayu. Ini kerana singapura mempunyai80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan ini akan menghlangkan majoritipenduduk Melayu.
Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura berlaku bilangan masyarakatCina ialah 43.5% dan Melayu 43%3. Apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira,bilangan bumiputera (Termasuk Melayu) akan menjadi 46.3% sementara Cina 42.4%.
2Merupakan pelajar dan kesatuan sekerja.3g
36
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
3/17
1.2 REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
1.2.1 Sabah
Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politikyang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama diSabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan SabahBersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald
Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mulamemperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun KebangsaanBorneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkankemerdekaan Sabah.
Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong ideapenubuhan ini.4 Namun menjelang lewat tahun 1962 dan awal 1963, sebahagian besarpenduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukanMalaysia.
1.2.2 Sarawak
Parti Negara Sarawk (Sarawak United Peoples Party SUPP) dan Parti KebangsaanSarawak (Sarawak National Party SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabunganini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakal SNAPdiketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya)sahaja yang menyokong cadangan tersebut.
1.2.3 Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukanMalaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabunganini. Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.
Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangantersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak danKalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Ini keran A.M. Azahari berpendapat,pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkanpengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jikamenyertai gabungan ini.
1.2.4 Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpinoleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dankurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lainseperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatuyang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysiakerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
1.3 REAKSI NEGARA ASEAN INDONESIA DAN FILIPINA
1.3.1 Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidakmelibatkan negaranya. Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times 13 Nov
1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan inisebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalamrancangannya.
4Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961.
37
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
4/17
Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentangkeras dan mengecam pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong tindakan PartiRakyat Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi denganmelaungkan slogan Ganyang Malaysia.
Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaanIndonesia terhadap pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhanMalaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktor-faktor pencetus penentangan ialah:
a) Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat
pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
b) Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk
menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dantematnya diganti oleh Jeneral Suharto.
1.3.2 Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina keatas Sabah. Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan Britishdengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat keranamereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatuketika dulu. Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malahmengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah sama adadaripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan inisemasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungandiplomatik anatara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipinameneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauandan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukanMalaysia.
1.4 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia sebenarnya sangatpanjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum
cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagimemastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Di bawah merupakan jadualproses Pembentukan Malaysia.
Jadual 4.2 Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
Jawatankuasa Peranan
1 JawatankuasaPerundinganPerpaduan Malaysia(JPPM)
- Dipengerusikan oleh Donald Stephens- Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat- Berfungsi untuk menerangkan konsep pembentukan
Malaysia, khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawakdan Brunei.
- Penggunpul idea dan pendapat-pendapat mengenairancangan pembentukan Malaysia.
2 Suruhanjaya Cobbold - Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain ialah Anthony Abell,David Waterson, Dato Wong Pow Nee dan Tang Sri Mohd
38
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
5/17
serta Ghazalie Shafie.- Bertujuan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak- Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk Sabah dan
Sarawk menyokong pembentukan Malaysia yangkebanyakannya terdiri daripada kaum Bumiputera
3 Jawatankuasa AntaraKerajaan (JAK)
- Diketuai oleh Lord Landsdowne. Tunku Abdul RazakHussein, wakil kerajaan British dan wakil dari Sabah,Sarawak dan Singapura.
- Membentuk satu perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold danJawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
- Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam,bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan danperwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei
4 Referendum Singapura - Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura- Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura
menyokong pembentukan Malaysia melalui pilihan A.
Mereka bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syaratyang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura danPersekutuan Tanah Melayu
1.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan TanahMelayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpinTanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilandaripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah fahamtentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yangdianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.
Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahajakerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia.Fungsi-fungsi JPPM ialah:
a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai.b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di
semua daerah terbabit.
Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaansebanyak empat kali iaitu:
a) Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961b) Kuching - 18 Disember 1961c) Kuala Lumpur - 06 Januari 1962
d) Singapura - 01 Februari 1961
1.4.2 Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan PersekutuanTanah Melayu dengan kerajaan Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya. Suruhanjaya inidianggotai oleh
a) Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)c) Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu)
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan
Malaysia
39
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
6/17
b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu
Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah
a) Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.b) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.c) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai
untuk menyuarakan pandangan mereka.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudianmengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukanMalaysia. Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawakterbahagi kepada tiga, iaitu:
a) menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.b) menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentuc) mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan
separuhnya menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).
1.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK dianggotai oleha) Lord Landsdowne (Pengerusi)b) Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)c) Wakil-wakil kerajaan Britishd) Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.
Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 danlaporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telahdisahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang
menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:
a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecualiSabah dan Sarawak.
b) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggarandiberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggerisdalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalampersekutuan.
c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepadakerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalankerajaan pusat.
d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura15 buah kerusi.
1.3.1 Referendum Singapura
Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian danpendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura membuatkeputusan ini keran yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadanganMalaysia, Cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Dalam pungutansuara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:
a) Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melaluiKertas Putih pada bulan November 1961.
40
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
7/17
b) Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukanSingapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam PersekutuanTanah Melayu.
c) Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yanghampir sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertaigabungan ini.
Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962. barisan Sosialis dan pihak
Komunis yang tidak bersetuju dengan gabungan ini telah memulau pungutan suara denganmembuang undi kosong. Namu selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71%pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapurabersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkanoleh kerajaan Singapura sendiri.
1.4 PEMISAHAN SINGAPURA
Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapurabersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantumantersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.
Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura denganPersekutuan Tanah Melayu. Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubungbeberapa perkara. Persetujuan yang termaktub di dalam Kertas Putih5 ini menyatakanbahawa
a) Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawabPersekutuan.
b) Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaanSingapura.
c) Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura
mula retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangatialah soal ekonomi, parti dan perkauman.
a) Tanah Meayu, Sabah, dan Sarawak bersetuju untuk memajukan sektorperindustian dan perkilangan bersama. Barang-barang yang dihasilkan akandigunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomiakan dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak banyakkemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan Singapura berasa kecewa.
b) Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan. PAPcuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untukmembangun dan memajukan orang Cina.
c) Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen Malaysia
untuk Orang Malaysia. Singpura telah ,e,bentukUnited Opposition Front
yangkuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk OrangMalaysia.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dariMalaysia.
KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar daripadaPersekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan
banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
5Kertas Putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.
41
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
8/17
http://www.scribd.com/doc/11939972/Pertubuhan-Malaysia-Dan-Kesankesanny
42
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
9/17
http://kpsepanggar.blogspot.com/2009/09/penubuhan-malaysia.html
PENUBUHAN MALAYSIA
Pengenalan
Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris, Ketua Menteri Singapura dan tokoh-tokoh
politik Semenanjung Tanah Melayu telah mencadangkan gabungan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Walaupun ada beberapa cadangan, penubuhan
Malaysia menjadi realiti apabila Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj dalam upacaranya
di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Singapura pada 27 Mei 1961
mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak
disekutukan menjadi sebuah persekutuan. Cadangan ini menjadi titik permulaan
penting bagi penubuhan Malaysia. Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963.
Faktor-faktor
Ada beberapa faktor yang menyebabkan penubuhan Malaysia. Antaranya ialah:
Perkembangan Polisi di Singapura
Pembentukan Malaysia bertujuan menentang kegiatan Komunis.
Komunis telah merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat yang menguasai
Singapura
sejak tahun 1959.
Perkembangan pengaruh Komunis di Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman.
Beliau bimbang pengaruh Komunis akan merebak ke Tanah Melayu dan Singapura dan
akhirnya
dikuasai oleh Komunis.
Perkembangan Politik di Sarawak
Pengaruh Komunis berkembang di Sarawak.
43
http://3.bp.blogspot.com/_o7_89Jvt7do/SumVRFVTOiI/AAAAAAAAASE/ykQExKZ4hSM/s1600-h/sabah+masuk+malaysia.jpg -
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
10/17
Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan.
Pertubuhan Komunis Sulit Persatuan Belia Maju Sarawak bergerak di kalangan
kesatuan sekerja, pelajar dan petani.
Keseimbangan Kaum
Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah.
Ketidakseimbangan kaum kerana 75% penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
Perkembangan ini akan menggugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di
Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan wilayah-wilayah Borneo yang
mempunyai kaum Bumiputera yang ramai untuk mengimbangi kadar kaum di
Malaysia.
Kemajuan Ekonomi Bersama
Perkembangan ekonomi tidak seimbang di wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan
Singapura.
Penubuhan Malaysia yang meliputi wilayah-wilayah tersebut akan mewujudkan
kerjasama dalam bidang ekonomi.
Mempercepatkan Kemerdekaan
Wilayah-wilayah Borneo dan Singapura belum mencapai kemerdekaan ketika cadangan
penubuhan Malaysia.British berjanji akan memberi kemerdekaan awal sekiranya wilayah-wilayah Borneo
dan Singapura bercantum dengan Tanah Melayu membentuk Semenanjung
Malaysia.
Reaksi Sinagpura, Sabah dan Sarawak
Pungutan suara menunjukkan 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan
Malaysia.
Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menentang Gagasan Malaysia.Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan untuk memberi peluang
kepada wakil-wakil Sabah dan Sarawak berbincang tentang Gagasan Malaysia
dengan wakil Tanah Melayu dan Singapura.
Persidangan ini telah melahirkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumat mengenai penubuhan
Malaysia.
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Ditubuhkan pada 23 Julai 1961.
Tujuan JPPM ialah
44
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
11/17
a.Memberitahu orang ramai tentang penubuhan Malaysia.
b.Mengumpul maklumat mengenai sambutan orang ramai terhadap penubuhan
Malaysia.
c.Menyediakan dan mengemukakan satu memorandum mengenai pembentukan
Malaysia.
d.JPPM meyakinkan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan
Malaysia.
e.Memorandum JPPM mendapat sokongan padu daripada penduduk Sabah,
Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
Suruhanjaya Cobbold
Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada bulan Oktober 1961 untuk
mendapatkan sokongan Kerajaan British.
British bersetuju dengan penubuha Malaysia tetapi hendak mengumpulkan pendapat
dan sambutan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah
dan Sarawak dan membuat syor-syor perlembagaan setelah mendapat pandangan
rakyat.
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan mengesahkan bahawa 80% daripada
rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia.
Jawatankuasa Cobbold telah mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan
untuk merangka Perlembagaan Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK mengeluarkan laporan pada 27 Februari 1963 dan dibentangkan di Majlis Sarawak
dan Sabah.
Kedua-dua Majlis menerima dan meluluskan laporan JAK dan seterusnya diluluskan
oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.
Mengikut laporan PBB, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Malaysia.
Penutup
Pengisytiharaan Malaysia dibuat secara rasminya pada 16 September 1963.
Hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan
penarikan Singapura dari Malaysia.
Akhirnya Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sumber:
45
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
12/17
46
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
13/17
47
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
14/17
http://kpsepanggar.blogspot.com/2009/09/penubuhan-malaysia.html
48
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
15/17
49
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
16/17
50
-
7/28/2019 Bab6- Pembentukan Malaysia
17/17
51