Bab 7.Kerjasama Serantau
-
Upload
nurisq-emma -
Category
Documents
-
view
104 -
download
0
description
Transcript of Bab 7.Kerjasama Serantau
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
1
BAB 7: KERJASAMA SERANTAU DI ASIA
7.1 Pengenalan 7.2 Maksud Kerjasama Serantau 7.3 ASEAN 7.4 Bidang Kerjasama ASEAN 7.5 SAARC 7.6 GCC 7.7 APEC 7.8 CAREC 7.9 ACD
Ringkasan Rujukan
Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a) Menjelasakan konsep kerjasama serantau b) Memperihalkan peranan dan isu-isu berkaitan ASEAN c) Menjelaskan kewujudan APEC dan peranannya d) Menilai peranan SAARC dan isu-isu yang berkaitan
Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Politik & Konflik Bab 9: Masa Depan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
2
KERJASAMA SERANTAU NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa negara-negara di Asia Pasifik meningkatkan mekanisme kerjasama demi menjamin keamanan dan keselamatan rantau ini. Beliau berkata, rantau itu perlu terus mengamalkan pendekatan menyeluruh ke arah menilai kestabilan serantau dengan penekanan seimbang antara isu keselamatan tradisi dan berbangkit. Katanya, dengan peningkatan kuasa ketenteraan di kalangan negara di rantau itu sejak kebelakangan ini, mekanisme seperti itu boleh menggunakan kekuatan sederhana terhadap lawan dengan memupuk dialog bagi membincangkan langkah konstruktif berbanding langkah kemusnahan serta memberi respon sewajar terhadap tanggapan cabaran oleh mana-mana kuasa.
"Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi," katanya. Muhyiddin berkata demikian semasa menutup persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-24 di sini. Katanya, negara-negara di rantau itu perlu bersatu-padu dengan kepercayaan bahawa kerjasama serantau merupakan kunci bagi membina keamanan dan keselamatan berkekalan dan kunci untuk membuka pintu potensi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Katanya, bagi memastikan rantau itu merentasi jalan yang aman, adalah kritikal bagi China, India, Jepun dan Amerika Syarikat menampung kepentingan masing-masing dan mengelak semangat nasionalisme kekitaan daripada menunjukan keburukan. Bagaimanapun, beliau menegaskan perpaduan kuasa utama tidak harus atas kepentingan negara Asean dan anggota negara serantau lain.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kuasa ketenteraan juga harus dipupuk untuk kepentingan bersama dan digunakan untuk menangani kebimbangan keselamatan bersama. Katanya, Kumpulan Penghubung Mengenai Kegiatan Lanun dekat Pantai Somalia (CGPCS) di mana Malaysia merupakan peserta aktif bersama negara serantau seperti China, Indonesia, jepun dan Korea Selatan, adalah salah satu daripada banyak contoh di mana keupayaan ketenteraan boleh digunakan untuk tujuan murni. "Mungkin ini merupakan pandangan optimistik keterlaluan mengenai peningkatan kekuatan kemampuan ketenteraan di rantau ini. "Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi," katanya. - BERNAMA
7.1 Pengenalan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
3
Kita telah membincang tentang „globalisasi‟ dalam Bab 6 yang membawa perspektif „Dunia
Tanpa Batas‟ atau „Dunia Tanpa Sempadan‟ yang pada kini menjadi realiti dan menjadikan
dunia mengecil. Kini negara-negara sedar bahawa, untuk mereka terus maju, mereka terpaksa
bekerjasama. Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak
globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi memanfaatkan idea,
amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian demi faedah bersama.
Konsep „kerjasama serantau‟ (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan
telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan. Kerjasama serantau ialah gabungan
beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. Kerjasama serantau dijalin atas
dasar saling menghormati kedaulatan dan senstiviti setiap ahli. Kerjasmana serantau
diwujudkan dalam pelbagai bidang seperti kerjasama ketenteraan, kerjasama ekonomi,
kerjasama kewangan, kerjasama perundangan, kerjasama pendidikan & budaya dan
sebagainya.
Sejarah Kerjasama Serantau:
Selepas Perang Dunia Kedua (1946), beberapa jenis kerjasama serantau telah berkembanga.
Yang paling terkenal ialah Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (atau North Atlantic Treaty
7.2 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Serantau?
Baca petikan akhbar di atas.
a) "Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi".
Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas?
b) “Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi,"
Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas?
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
4
Organisation - NATO). NATO yang
merupakan kerjasama ketenteraan di
antara 28 buah negara-negara Eropah,
United Kingdom dan Amerika Syarikat
termasuk Turki.
Kerjasama serantau ini merupakan usaha
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya
untuk menyekat peluasan kuasa dan
pengaruh komunisme di dalam
masyarakat antarabangsa selepas Perang
Dunia Kedua.
Kerjasama serantau di Asia Tenggara
wujud pada September, 1954 dengan penubuhan Perjanjian Organisasi Asia Tenggara
(Southeast Asia Treaty Organization - SEATO) yang melibatkan Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, Australia, New Zealand, Filipina, Thailand serta Pakistan. Penubuhan SEATO
adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa
kejayaan komunis bertapak di Indochina. Ia merupakan amaran kepada Rusia dan China
supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal yang terlibat. Jika perlu, angkatan tentera
daripada semua negara-negara terlibat akan digunakan untuk mempertahankan serangan
daripada kedua-dua negara komunis berkenaan
Selain itu, selepas tahun 1960an, kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan
penubuhan Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia - ASA) pada tahun
1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun
1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan Association of Southesat Asian
Nations (ASEAN) pada tahun tahun 1967 (Kita akan membincang dengan lebih dalam
kelak).
Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast
Asian Nations), atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di
Bangkok, Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapure dan Thailand.
Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri
Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat
Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar
Filipina). Lihat Rajah 7.2.
7.3 Kewujudan Persatuan Negara-Negara Asia (ASEAN)
Rajah 7.1 Persidangan Nato
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
5
Brunei Darussalam menjadi ahli pada Januari, 1984 dan diikuti oleh Vietnam pada tahun
1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Cambodia pada tahun 1999. Kini terdapat 10
negara yang menganggotai ASEAN dengan jumlah penduduk seramai 500 juta orang yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5
juta kilometer persegi (Lihat Rajah 7.3).
TUJUAN ASEAN
Sepertimana termaktub dalam Deklarasi ASEAN, tujuan ASEAN ialah untuk:
Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai
Rajah 7.2 Pengasas ASEAN [Dari kiri: Nacisco Ramos, Adam Malik, Thanat Khoman, Tun Abdul Razak & S. Rajaratnam]
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
6
perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.
PRINSIP-PRINSIP ASAS ASEAN digariskan seperti berikut:
Saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara
Hak setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara
Penyelesaian perbezaan atau pertikaian dengan cara aman
Penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan
Kerjasama yang berkesan di antara ahli-ahli
Rajah 7.3 Negara-Negara ASEAN
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
7
Kerjasama negara-negara ASEAN bertumpu kepada tiga bidang utama; iaitu politik, ekonomi
dan sosial (Lihat Rajah 7.4).
A) KERJASAMA POLITIK
Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation –
TAD) menetapkan bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah
bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia. Ini
berasaskan kepada prinsip-prinsip keyakinan diri, kebergantungan diri (self-reliance),
perasaan saling hormat-menghormati, kerjasama dan semangat perpaduan, di mana semua
KERJASAMA
Ekonomi
PolitikSosial
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerjasama serantau’? b) Mengapakah ASEAN ditubuhkan? c) Senaraikan prinsip-prinsip asas ASEAN.
7.4 Bidang-Bidang Kerjasama ASEAN
Rajah 7.4 Bidang-Bidang Kerjasama Negara-Negara ASEAN
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
8
faktor ini menjadi pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan
seterusnya memperkukuhkan politik ASEAN.
Konsep ZOPFAN – Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of
Peace, Freedom and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Konsep ini memastikan Asia
Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat,
Rusia dan China ketika Perang Dingin. Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak
mempunyai pangkalan tentera asing. Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan
Malaysia pula telah menjadi konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara. Begitu
juga dengan negara-negara ASEAN lain. Negara-negara menyediakan saluran untuk
menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan
menggunakan kekerasan.
Zon Bebas Senjata Nuklear – dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan
ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
Salah satu kerjasama yang jalinkan ialah memberantas keganasan dengan
menandatangani Konvensyen Memberantas Keganasan (ASEAN Convention on
Counter Terrorism - ACCT). Konvensyen ini mengeratkan kerjasama untuk mencegah dan
memberantas keganasan.
B) KERJASAMA EKONOMI
Mungkin pencapaian utama ASEAN ialah keamanan dan kestabilan yang wujud di Asia
Tenggara sejak ditubuhkan yang membantu negara-negara menumpukan perhatian kepada
usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pemodenan yang berterusan. Dinamisme
ekonomi Asia Tenggara adalah sesuatu yang memang diingini oleh banyak negara-negara
lain. Adalah dianggarkan di antara tahaun 1970 hingga tahun 1995, Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) ASEAN berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 7.0 peratus. Hari
ini, Asia Tenggara mempunyai pasaran sebanyak kira-kira 500 juta orang dan KDNK
gabungan lebih daripada AS $ 700 bilion. Dariapda segi nilai dagangan, ASEAN adalah
dagangan entiti ke4 terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.
1) Kewujudan Kawasan Pertumbuhan - ASEAN menyokong pembentukan dan
operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan
berdampingan beberapa negeri. Kini terdapat tiga kawasan pertumbuhan aktif dalam
operasi, iaitu Kawasan Pertumbuhan Segitiga Singapura-Johor-Riau, Kawasan
Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand, dan Kawaan Pertumbuhan
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina.
2) AFTA – Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN: AFTA (ASEAN Free Trade Area)
adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN untuk pengeluaran produk tempatan bagi
semua negara-negara yang terlibat. Perjanjian ini bertujuan mewujudkan kawasan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
9
perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur.
Contohnya, Sistem Lorong Hijau (Green Lane System) dirancangkan untuk
mempercepatkan pelepasan kastam dan penghapusan cukai kastam. Hasrat AFTA
ialah:
Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan
pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif
dalam ASEAN.
Menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN.
Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang
lebih cekap ASEAN
Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.
Pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran
seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri
pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar.
3) Kerjasama Kewangan – Kerjasama dalam bidang kewangan dan perbankan
bertujuan menggalakkan pembangunan pasaran modal, pergerakan bebas modal,
perkara-perkara kastam, hal-hal insurans, cukai dan sumber manusia dalam bidang
perkhidmatan kewangan.
4) Kerjasama dalam Makanan, Pertanian dan Perhutanan – Ini bermula hampir
serta-merta berikutan penubuhan ASEAN dengan perjanjian untuk mewujudkan
Jawatankuasa Pengeluaran Makanan dan kerjasama Bekalan dan Perikanan pada
tahun 1968. Ditubuhkan Rizab Keselamatan Makanan dan Rizab Beras Kecemasan
ASEAN pada tahun 1979. Ahli ASEAN juga menjalankan kerjasama teknikal untuk
menguruskan dengan lebih baik, memelihara, membangun dan sumber hutan.
5) Kerjasama dalam Mineral dan Tenaga – Untuk menyokong perkembangan pesat
perindustrian di negara-negara ASEAN, usaha dilakukan untuk sistem maklumat
mineral dengan mewujdukan pangkalan data tentang penghasilan pelbagai jenis
galian.
D Rajah 7.5 Projek menghubungkan bandar-bandar ASEAN dengan
negara-negara lain dengan kabel dasar laut 40-gigabit-setiap-saat telah bermula pada Ogos, 2012.
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
10
Kerjasama dalam Pengangkutan dan
Komunikasi – Negara-negara ASEAN telah
mengadakan perjanjian membangunkan
telekomunikasi dan pengangkutan serta
menyelaraskan undang-undang dan peraturan-
peraturan pengangkutan jalan. Salah satu
projek ialah pelaksanaan kabel gentian optik
dasar laut (submarine optical cable) dan
komunikasi satelit dengan tujuan
menghubungkan negara-negara ASEAN
dengan dunia luar (Lihat Rajah 7.5). Kini
telah mulakan pelaksanaan pembangunan
rangkaian keretapi dari Singapura ke
Kunming di selatan China, melalui Malaysia,
Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan
Vietnam (Lihat Rajah 7.6).
6) Kerjasama dalam Pelancongan – Negara-negara berazam mempromosikan rantau
ASEAN sebagai destinasi pelancongan sambil memelihara budaya dan warisan alam
sekitar setiap negara, menggalakkan perjalanan intra-ASEAN dan pembangunan
sumber manusia dalam sektor pelancongan. Contohnya, di adakan “Tahun Melawat
ASEAN” pada tahun 1992. Kini ketibaan pelancong di negara-negara ASEAN telah
berkembang hingga 40 juta pelancong dan ASEAN telah menjadi kawasan ke-5
sebagai destinasi utama pelancong di dunia
C) KERJASAMA SOSIAL
Kerjasama sosial dalam ASEAN mencakupi bidang-bidang kebudayaan, penerangan,
pendidikan, lingkungan hidup, ilmu pengetahuan dan teknologi, bencana alam, kesihatan,
tenaga kerja, pembangunan sosial, pembasmian kemiskinan, perlindungan wanita & kanak-
kanak dan peningkatan pentadbiran kerajaan. Antara projek-projek usahasama yang
dilaksanakan ialah seperti berikut:
Bengel dan simposium seni & budaya seperti Minggu Budaya ASEAN (ASEAN
Culture Week), Kem Belia ASEAN (ASEAN Youth Camp), pertukaran kunjungan
antara seniman ASEAN, pertukaran berita melalui tv, penyiaran berita dan informasi
mengenai ASEAN melalui radio-radio nasional.
Pembentukan Jaringan Universiti ASEAN (ASEAN University Network - AUN) yang
kini melibatkan 27 universiti dariapda ASEAN. Hasrat jaringan ini ialah penubuhan
Universiti ASEAN tetapi hingga hari ia masih belum wujud. Bagaimana pun,
universiti-universiti terlibat dengan perbincangan tentang dasar dan kurikulum. Usaha
D Rajah 7.6 Projek Jalan Keretapi Singapura-Kunming
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
11
sedang dilakukan untuk memperkenalkan konsep “Sistem Pemindahan Kredit
ASEAN‟ (ASEAN Credit Transfer System) yang membolehkan pelajar memindahkan
kredit di antara pusat-pusat pengajian tinggi ASEAN.
Kerjasama dijalankan di anatara negara-negara ASEAN untuk mencegah dan
memberantas penyeludipan dadah dan penyalahgunaan ubat-ubatan.
Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia
Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi
ekonomi dan politik yang terdiri daripada
TUJUAH egara dalam Asia Selatan.
Dalam terma populasi, pengaruh linkungan
sosialnya adalah besar dari mana- mana
organisasi serantau yang lain: hampir 1.5
bilion penduduk, gabungan populasi
negara- negara ahli. Penghujung 1970-an,
Presiden Bangladesh, Ziaur Rahman
mencadangkan untuk membentuk blok
perdagangan yang terdiri daripada negara-
negara di kawasan Asia Selatan (Lihat
Rajah 7.7). Setiausaha luar kepada TUJUH
buah negara bertemu buat pertama kalinya
di Colombo pada
April 1980 dengan
memberi penumpuan
kepada LIMA
bidang utama yang
telah dikenalpasti
iaitu pertanian,
pembangunan luar bandar, telekomunikasi, meteorlogi, serta
kesihatan. Pada 8 Disember 1985, SAARC ditubuhkan secara rasmi
7.5 SAARC – Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan
Rajah 7.8 Negara-Negara SAARC
Rajah 7.7 Riaur Rahman
a) Terangkan kerjasama politik yang dicapai oleh negara-negara ASEAN. b) Apakah AFTA? c) Nyatakan kerjasama telekomunikasi dan pengangkutan yang dicapai oleh ASEAN. d) Terangkan kerjasama sosoal yang dicapai oleh negara-negara ASEAN
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
12
dengan pengenalan piagamnya. Ahlinya terdiri daripada negara India, Pakistan, Nepal,
Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives (Lihat Rajah 7.8). Afghanistan menyertai
SAARC pada 13 november 2005 dan menjadi ahli pada 3 april 2007. Dengan adanya
Afghanistan, ahli SAARC menjadi lapan.
Matlamat Penubuhan SAARC:
Sepertimana termaktub dalam piagam, SAARC bertujuan:
Untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki
kualiti hidup mereka.
Untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan
pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu
peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka.
Untuk promosi dan memperkuatkan kebergantungan
terhadap diri sendiri secara kolektif antara negara-negara
Asia Selatan.
Mewujudkan kepercayaan, pemahaman dan ambil berat
tentang masalah satu sama lain.
Untuk promosi kerjasama dan bantuan satu sama lain
dalam ekonomi, sosial, budaya, teknikal dan lapangan
saintifik.
Untuk memperkuatkan kerjasama dengan negara membangun yang lain.
Untuk memperkuatkan kerjasama antara mereka dalam forum antarabangsa untuk
mempersoalkan kepentingan bersama.
Untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau dengan
matlamat dan tujuan yang sama.
Prinsip-prinsip yang menjadi asas penubuhan SAARC ialah:
Menghormati kedaulatan setiap ahli
Tidak mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman ahli
Kerjasama untuk faedah semua ahli
Setiap keputusan hendaklah mendapat persetujuan setiap alhi
Sekretariat SAARC ditubuhkan di Kathmandu pada 16 januari 1987 dan dilancarkan oleh
Raja Nepal, Bivendra Bir Bikram Shah Dev. Sekretariat bertanggungjawab untuk
menyelaras dan mengetuai pelaksanaan aktiviti, membuat persediaan dan memberi
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
13
perkhidmatan untuk mesyuarat dan bertindak sebagai saluran komunikasi antara negara-
negara ahli sepertimana organisasi rantau yang lain.
Pada april 2006, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan
membuat permintaan untuk menjadi pemerhati dalam SAARC Mesyuarat Majlis Menterin
pada 2006 dan pada 2007, Iran juga meminta status pemerhati. Selepas SAARC tertubuh
secara rasmi pada 1985, SAARC memperluasakan kerjasama yang berterusan dengan
menyentuh soal kesihatan, kebajikan kanak-kanak, budaya dan juga sukan. Ini
membuktikan bahawa SAARC tidak hanya berfokus pada kerjasama ekonomi semata- mata
AKTIVITI-AKTIVITI SAARC
Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting;
iaitu pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa.
Mereka berjaya mendapat kata sepakat dalam perjanjian perkhidmatan dan juga
aktiviti pertukaran maklumat, serta menjalankan penyelidikan sistematik yang
merangkumi kerjasama ekonomi.
Pada Disember 1995, SAARC Preferential Trading Arrangement (SAPTA)
ditubuhkan bagi mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara
bersama. Melalui SAPTA, kadar tarif yang sesuai difikirkan kepada barangan yang
didagangkan dikalangan negara ahli. Sebarang bentuk diskriminasi dalam
perdagangan dan juga halangan atau sekatan perdagangan dilarang. Pada 1 januari
2006, Kawasan Bebas Perdagangan Asia Selatan (South Asian Free Trade Areas -
SAFTA) telah ditubuhkan dengan harapan ia dapat meransang atau meningkatkan
perdagangan dalam rantau tersebut. Ahli-ahli bersetuju mengurangkan cukai dan
duti ke tahap 20% pada tahun 2007 dan secara beransur-ansur dihapuskan langsung
pada tahun 2012. Bhutan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldives diberi tambah 3
tahun (iaitu pada tahun 2015) untuk menhapuskan segala cukai dan duti.
Negara-negara SAARC telah menubuhkan Bank Makanan yang bertujuan saling
membantu negara-negara yang memerlukan bantuan makanan disebabkan bencana
alam yang melanda sesuatu kawasan.
Selain itu, beberapa pusat telah ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama di antara
ahli-ahli seperti berikut:
o Pusat Budaya SAARC – Telah mengadakan
pameran lukisan pelukis-peluku daripada Sri
Lanka, Bangladesh, India, Maldives. Aktiviti-
aktiviti lain ialah Pesta Filem dan Pesta Budaya.
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
14
o Pusat Tenaga SAARC – Ditubuhkan pada Deklarasi Dhaka pada tahun
2005 yang bertujuan membawa ahli akademik, pegawai kerajaan, pakar alam
sekitar serta badan-badan bukan kerajaan membincang tentang tenaga dan
implikasinya kepada negara-negara SAARC dengan tumpuan kepada
konservasi dan pencarian tenaga alternatif.
o Pelancongan SAARC – Tindakan diambil untuk menjadikan kawasan
SAARC sebagai pusat pelancongan dengan mengadakan kemudahan &
perkhidmatan yang dapat memajukan pelancongan. Negara-negara SAARC
mempunyai warisan budaya yang tertua di dunia serta pelbagai budaya,
bahasa dan pemandangan yang indah yang dapat menarik pelancongan.
ISU-ISU NEGARA SAARC
Perdagangan antara negara-negara SAARC hanya 5% walau pun negara-negara adalah
berhampiran. Ini adalah rendah berbanding dengan perdagangan di antara negara-negara
ASEAN yang ada pada kadar 25%. Mengapakah negara-negara SAARC lebih berminat
mengadakan hubungan dua-hala dan tidak berdagang sebagai satu gabungan?
SAARC menghadapi beberapa masalah yang telah membantut kemajuan gabungan
tersebut. India adalah negara yang paling berkuasa daripada segi ekonomi, ketenteraan dan
pengaruh antarabangsa dan ahli-ahli ragu-ragu dominisai dalam SAARC. Contoh India
telah mencampur tangan dalam masalah dalaman Sri Lanka apabila pemberontak minoriti
Tamil menentang kerajaan. Ini membuatkan hubungan India-Sri Lanka menjadi tegang
sehingga 2010 apabila pendamaian tercapai di antara pemberontak dan kerajaan setelah
berperang selama 14 tahun.
Pertikaian Kashmir juga telah mengancam persahabatan di antara India dan Pakistan [Kita
akan membincang konflik Kashmir dengan mendalam dalam Bab 8 kelak]. Masalah ini
telah wujud selama 40 tahun dan kini usaha-usaha pendamaian kelihatan telah berjaya.
Pertikaian Kashmir telah merumitkan hubungan India-Pakistan dalam SAARC.
Negara-negara SAARC lebih berminat mengadakan perjanjian dua hala atau bilaterial
untuk kepentingan ekonomi. Contohnya, India dan Bangladesh mengadakan perjanjian
perdagangan dua hala untuk untuk kepentingan kedua-dua negara. Lebih kurang 60%
perdagangan Bangladesh ialah dengan India. India juga mengadakan perjanjian ekonomi
dua hala dengan Nepal yang mengimport sebahagian barangan daripada India dengan
mengadakan kemudahan bebas cukai.
Peningkatan perjanjian dua hala (bilateral) menunjukan ahli-ahli tidak bergantung pada
SAARC untuk mencapai tujuan ekonomi mereka. Walaupun wujud kerjasama serantau,
namun kerjasama itu lebih berbentuk kerjasama bi-lateral di mana urusan perja njian
dilakukan antara 2 pihak atau 2 negara bukan dengan kesemua ahli SAARC serentak.
SAARC dilihat tidak penting untuk masa depan ahli-ahli. Ini telah melemahkan usaha-
usaha menyatupadukan ahli-ahli SAARC untuk saling bergantung dan bersama-sama maju.
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
15
Juga, beberapa aspek perjanjian perdagangan bebas tidak menggalakkan negara-negara
SAARC mempertingkatkan mengimport dan mengeksport barangan. Contohnya, barangan
boleh diimport daripada Afghanistan ke India melalui Pakistan tetapi barangan daripada
India tidak boleh dieksport ke Afghanistan melalui Pakistan. Juga, infrastruktur pelabuhan-
pelabuhan di negara-negara SAARC tidak mencukupi untuk menampung perkembangan
perdagangan. Untuk meningkatkan perdagangan di antara negara-negara SAARC, usha
harus dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.
Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf
Cooperation Council - GCC) ialah gabungan
politik dan ekonomi negara-negara Arab yang
bersempadan dengan Teluk Parsi yang terdiri
daripada Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar,
Arab Emiriah Bersatu dan Oman. Negara-negara
ini kaya dengan sumber pertroliam.
Majlis ini ditubuhkan pada Mei, 1981 di Riyadh,
Arab Saudi sebagai gabungan ketenteraan
akhibat daripada perang di antara Iran dan Iraq
selama lapan tahun. Kemudian Kuwait diserang
oleh Iraq pada tahun 1991 dan keenam-enam
negara GCC telah bersetuju mewujudkan suatu
tentera bersama yang melibatkan angkatan
tentera darat, tentera laut dan tentera udara yang
diketuai oleh Arab Saudi.
Selain, kerjasama ketenteraan, GCC telah mula perbincangan tentang Perjanjian Kebebasan
Perdagangan (Free Trade Agreement) pada tahunn1990 tetapi kemajuan adalah perlahan.
Pada tahun 2007, usaha dimulakan sekali lagi untuk mempercepatkan proses perdagangan
bebas.
a) a) Senaraikan ahli-ahli SAARC. b) b) Siapakah yang mencadangkan penubuhan SAARC? c) c) Apakah yang mendorong penubuhan SAARC? d) c) Nyatakan jenis kerjasama yang telah wujud setakat ini. e) d) Apakah isu-isu yang menjejas kemajuan kerjasama diantara ahli-ahli SAARC?
7.6 GCC – Majlis Negara-Negara Teluk
Rajah 7.9 Negara-Negara GCC
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
16
Pada tahun 2008, menteri-menteri daripada negara-negara Eropah - Iceland, Liechtenstein,
Norway and Switzerland telah membuat perjanjian dengan GCC untuk mewujudkan
kebebasan perdagangan dengan tujuan mengerat pertalian ekonomi di antara Eropah dan
negara-negara Arab. Ini bermakna enam negara-negara GCC dan tiga negara Eropah boleh
mengeksport dan mengimport barangan tanpa membayar duti dan cukai. Secara tak langsung
ini telah mempertingkatkan pertukaran barangan di antara negara-negara Eropah dan negara-
negara Arab. Contohnya, negara-negara Arab mengeksport barangan pertanian ke Eropah dan
mengimport barangan pembuatan.
PROJEK-PROJEK KERJASAMA
Projek Grid Elektrik – Projek ini bertujuan menyambung negara-negara GCC
dengan grid elektrik yang mencukupi untuk menampung keperluan perkembangan
pesat kawasan berkenaan (Lihat Rajah 7.10). Juga dalam projek ini, teknologi yang
paling moden dan canggih digunakan untuk membekalkan elektirk kepada negara-
negara GCC.
Rajah 7.10 Grid Elektrik yang menghubungkan Negara-
Negara GCC
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
17
Projek Jalan Keretapi – Projek
jalan keretapi sepanjang 2000 km
yang menalan belanja US$15 bilion
akan menghubungkan Musat melalui
Dubai, Abu Dhabi, Doha, Manama,
Bandaraya Kuwait, Riyadh dan
pelabuhan Dammam di Arab Saudi
(Lihat Rajah 7.11). Projek ini
dijangka siap pada tahuan 2014.
Projek ini dijangka akan
meningkatkan perdagangan di antara
negara-negara GCC daripada US$20
bilion pada tahun 2003 kepada
US$100 bilion pada tahun 2014.
Juga dijangkakan bahawa
penunpang yang akan menggunakan
jalan keretapi akan meningkatkan
kepada 6 juta pada tahun 2016.
Dengan adanya jalan keretapi
berkenaan, beberapa pelabuhan akan
berkembang pesat apabila dihubungkan kelak.
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC)
merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan
Pasifik. APEC ditubuhkan pada tahun 1989 berdasarkan cadangan Perdana Menteri Australia,
Bob Hawke. Tujuan forum ini ialah untuk memperkuatkan pertumbuhan ekonomi kawasan
dengan mempromosihubungan pelbagai hala atau multilateral.
Anggota APEC terdiri dari 21 negara yang terdiri daripada Australia, Brunei Darussalam,
Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico,
7.7 APEC – Kerjasama Ekonomi Asia Pacifik
Rajah 7.11 Jalan Keretapi yang menghubungkan Negara-Negara GCC
a) Apakah tujuan asal GCC ditubuhkan? b) Siapakah yang menjadi ahli GCC? c) Bincangkan projek-projek usahasama yang telah dilaksanakan. Mengapa?
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
18
Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat,
New Zealand dan Vietnam (Lihat Rajah 7.12). Negara-negara ini mewakili 60% ekonomi
seluruh dunia dan 47% jumlah perdagangan dunia. Sekretariat APEC berpusat di Singapura.
APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh ketua kerajaan
setiap negara ahli. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli. Perbincangan
bertumpu kepada isu-isu ekonomi serantau, kerjasama perdagangan dan pelaburan.
Matlamat utama APEC terkandung dalam Matlamat Bogor (Bogor Goals) yang berhasrat
mewujudkan perdangagan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara maju pada tahun
2010 dan perdagangan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara sedang membangun
pada tahun 2020. Matlamat Bogor ditandatangani di Bogor, Indonesia. Sejak ditubuhkan,
APEC telah mencapai banyak kejayaan seperti berikut:
Eksport dan import di antara negara-negara APEC telah meningkat sebanyak 100%
Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) telah meningkat sebanyak
200%. Iaitu, negara-negara maju telah banyak melabur di negara-negara sedang
membangun APEC dalam bidang pembuatan, pelancongan, kewangan, perbankan,
pendidikan dan sebagainya. Contohnya, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan
China telah banyak melabur di Malaysia dengan mendirikan kilang pembuatan,
perushaan teknolohi tinggi, penubuhan pusat-pusat kewangan & pembankan dan
sebagainya.
Keluaran Kasar dalam Negara (KDNK) negara-negara APEC telah meningkat
terutama di kalangan negara-negara sedang membangun seperti Indonesia, Papua
New Guinea, Filipina dan Vietnam yang telah
Rajah 7.12 Negara-Negara anggota APEC
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
19
Kerjasama ekonomi di antara negara-negara APEC berlainan daripada kerjasama serantau
lain (seperti ASEAN) kerana kerjasama lebih berdasarkan konsep kesukarelaan
(volunteerism). Apakah yang dimaksudkan? Kerjasama negara-negara APEC adalah lebih
fleksibel dan tidak terikat (non-binding) oleh peraturan tertentu. Berbagai keputusan
diperoleh secara konsensus dan komitmen berlandaskan prinsip-prinsip konsultatif,
transparan, terbuka dan pengakuan atas perbezaan pembangunan antara ekonomi maju dan
ekonomi berkembang.
Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia
Regional Economic Cooperation – CAREC) ditubuhkan
pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara –
Afghanistan, Azerbaijan, China, Kyrgyz, Mongolia,
Pakistan, Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan
Uzbekistan. Kerjasama Serantau ini berbeza dengan
gabungan-gabungan lain yang kita telah membincang
setakat ini. Ia melibatkan 6 institusi yang terdiri daripada
Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank), Bank
Dunia (World Bank), Bank Pembangunan Islam (Islamic
Development Bank) dan Bank Rekonstruksi & Pembangunan Eropah (European Bank for
Reconstruction & Development).
7.8 CAREC – Kerjasama Ekonomi Serantau Asia Tengah
Rajah 7.13 Jalan Raya di Kazakhstan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
20
Tujuan CAREC ialah untuk bersama-sama meningkatan pertumbuhan ekonomi serta
membasmi kemiskinan dengan melaksanakan projek-projek dalam sekotor pengangkutan,
perdagangan, tenaga dan sektor-sektor lain untuk kebajikan sama. Lihat Rajah 7.13. Bank
Pembangunan Asia (ADB) ialah urusetia yang mengkordinasi segala projek yang
dilaksanakan. Tiga sektor yang menjadi tumpuan CAREC ialah sektor pengangkutan, sektor
tenaga dan sektor perdagangan.
Projek-Projek Usahasama CAREC
Projek Pengangkutan. Lihat Rajah 7.14.
Projek 1: Jalanraya sepanjang 13,600 km dan 12,000 km jalan keretapi yang
menghubungi Kazakhstan dan Republik Kyrgyz dengan China dan Eropah.
Projek 2: Jalanraya sepanjang 9,900 km dan jalan keretapi sepanjang 9,700 km yang
menghubungi Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan, dan
Republik Kyrgyz dengan China dan negara-negara Mediterranean.
Rajah 7.14 Negara-Negara anggota CAREC
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
21
Projek 3: Jalanraya sepanjang 6,900 km dan jalan keretapi sepanjang 4,800 km yang
menghubungi Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan, dan Republik
Kyrgyz dengan Rusia dan Afghanistan (Lihat Rajah 7.15).
Projek 4: Jalanraya sepanjang 2,500 km dan jalan keretapi sepanjang 1,100 km yang
menghubungi Rusia dengan Mongolia dan China.
Projek 5: Jalanraya sepanjang 3,700 km dan jalan keretapi sepanjang 2,000 km yang
menghubungi China dengan Tajikistan, dan Republik Kyrgyz negara-negara Arab.
Projek 6: Jalanraya sepanjang 10,600 km dan jalan keretapi sepanjang 7,200 km yang
menghubungi Eropah dengan Rusia dan negara-negara Arab di Teluk Parsi.
Sejak 2001, negara-negara CAREC telah membelanja lebih US$20 bilion dalam sekor
pengangkutan dan angka ini dijangka akan meningkat ke US$100 bilion menjelang 2020.
Selain projek pengangkutan, CAREC juga terlibat dengan usaha memudahkan perdagangan
di ahli-ahli. Tindakan-tindakan diambil untuk mengurangkan cukai dan duti yang dikenakan
apabila barangan diimport dan dieksport. Beberapa peraturan kastam dikaji semula dan
diubahsuai untuk memudahkan pengaliran barangan di antara negara-negara CAREC.
Juga beberapa projek tenaga dilaksanakan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk
kawasana-kawasan tertentu dengan tujuan memperkembangkan proses perindustrian di
negara-negara CAREC. Contohnya, grid elektrik telah dibina yang membekalkan tenaga
elektrik kepada kawasan-kawasan perindustrian dan perumahan di negara-negara yang
memerlukannya.
Rajah 7.15 Jalan Keretapi di Uzbekistan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
22
Dialog Kerjasama Asia (Asia Cooperation Dialogue - ACD) ditubuhkan pada Jun, 2002 di
Cha-Am, Thailand apabila 18 Menteri Luar negara-negara Asia berjumpa buat pertama kali.
ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negara-negara
Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia. Sejak ditubuhkan,
menteri-menteri ACD berdialog setiap tahun. Contohnya, dialog ini diadakan di Chiang Mai
pada 2003, di Qingdao pada 2004, di Islamabad pada 2005 dan di Doha pada 2006. Pada
tahun 2012 dialog diadakan di Kuwait di antara menteri-menteri luar negara-negara ACD.
Tujuan penubuhan ACD ialah:
Mengeratkan kerjasama di antara ahli untuk membasmi kemiskinan dan
meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Asia
Memperluaskan perdagangan dan pasaran kewangan dalam Asia dan
mempertingkatkan daya persaingan dalam pasaran global
Menuju ke arah penubuhan Komuniti Asia yang dapat berinteraksi dengan negara-
negara lain dalam dunia dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran global.
Beberapa negara ACD telah mencadangkan projek-projek yang ingin dilaksanakan yang
terdiri daripada berikut:
Pertanian – China, Pakistan & Kazakhstan
E-Pendidikan – Malaysia
Tenaga – Bahrain, Indonesia, Filipina & Qatar
Pendidikan Alam Sekitar – Jepun
Kewangan – Thailand
Teknologi Maklumat – Korea Selatan
Bencana Alam – Rusia
Pembasmian Kemiskinan – Bangladesh, Cambodia & Vietnam
Pelancongan – Thailand, Pakistan & Myanmar
7.9 ACD – Dialog Kerjasama Asia
a) Apakah tujuan penubuhan APEC? Siapakah ahli-ahli APEC? b) Berikan contoh kerjasama negara-negara APEC. c) Apakah tujuan penubuhan CAREC? d) Bincangkan projek-projek kerjasama yang dilaksanakan oleh negara-negara
CAREC. e) Bagaimana projek-projek ini membantu pembangunan CAREC?
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
23
Kini 31 negara-negara telah menjadi ahli ACD seperti berikut:
Rajah 7.16 Negara-Negara ACD
• Bahrain,
• Bangladesh,
• Bhutan,
• Brunei Darussalam,
• Cambodia,
• China,
• India,
• Indonesia,
• Iran,
• Japan,
• Kazakhstan,
• Korea Selatan,
• Kuwait
• Laos
• Malaysia,
• Mongolia,
• Myanmar,
• Oman,
• Pakistan,
• Filipina,
• Qatar,
• Rusia
• Arab Saudi
• Singapura,
• Sri Lanka
• Thailand,
• Emiriah Arab Bersatu
• Vietnam,
• Tajikistan
• Uzbekistan
• Kyrgyzstan
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
24
Penubuhan Asia e University (AeU)
Di antara projek-projek yang dicadangkan, „E-Pendidikan‟ yang
dicadangkan oleh Malaysia adalah yang paling berjaya dengan
penubuhan “Asia e University” (AeU) pada tahun 2008. Deklarasi
Islamabad yang diistiharkan pada April, 2005 oleh ahli-ahli ACD telah
memutuskan untuk menyokong penubuhan AeU sebagai institusi untuk memajukan „e-
pembelajaran‟ dan mengurangkan jurang digital (digital divide). Ini diikuti dengan Deklarasi
Doha pada 2006, Deklarasi Seoul pada 2007 dan akhirnya Deklarasi Kazakhstan pada 2008.
Semua Deklasrasi-Deklarasi ini telah memberi sokongan penuh penubuhan Asia e University
yang ditugaskan menawarkan program-program yang mudah diakses oleh pelajar,
menggunakan kepakaran yang terdapat di Asia dan meningkatkan penggunaan ICT.
Pada April, 2008, Asia e University ditubuhkan secara rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia.
Selain Malaysia, pelajar-pelajar yang mengikuti program-program yang ditawarkan datang
daripada Bahrain, India, Vietnam, Indonesia, Maldives, Malawi, Kazakhstan, Bangladesh dan
lain-lain.
Visi AeU ialah untuk menjadi hub e-pembelajaran yang menawarkan program-program yang
berharga berpatutan dan berkualiti tinggi.
Misi AeU ialah untuk:
Untuk bekerjasama dengan universit dan institusi lain in Asia
Menawarkan program-program dengan berlandaskan kepakaran dan prestij institusi-
institusi Asia
Memperkembangkan strategi pedagogi dan teknologi yang dapat mempertingkatkan
pemikiran kritis dan kebolehan kreatif pelajar
Menawarkan program-program yang fleksibel dan relevan
Memastikan program-program yang ditawarkan menepati kualiti antarabangsa
a) Apakah tujuan ACD? b) Siapakah menjadi ahli ACD? c) Nyatakan projek-projek yang dilaksanakan/ d) Mengapakah AeU ditubuhkan?
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
25
Konsep „kerjasama serantau‟ (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang
baru dan telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan.
Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli
yang terlibat.
Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations), atau
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di Bangkok, Thailand dengan
menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan
Thailand.
Tujuan utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi,
pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah
melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
ASEAN ditubuhkan berasaskan prinsip aaling menghormati kemerdekaan, kedaulatan
dan identiti nasional setiap negara dengan setiap negara wujud tanpa campur tangan
dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.
Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom
and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui
Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi"
yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri.
Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi
dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturan-peraturan
pengangkutan jalan.
AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang
bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan
cukai secara beransur-ansur.
Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi
ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan.
Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia
26
Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan
dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan
untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri
mereka.
Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting; iaitu
pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa.
Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council - GCC) ialah gabungan
politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC)
merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan
Lautan Pasifik.
Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic
Cooperation – CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10
negara
ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negara-
negara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.
John Whiteclay Chambers II. "SEATO." The Oxford Companion to American
Military History. 2000. Encyclopedia.com. 7 Nov. 2012
Central Asia Regional Economic Cooperation. http://www.carecprogram.org/
Association of Southeast Asian Nations -ASEAN. www.aseansec.org
South Asian Association for Regional Cooperation - SAARC ww.saarc-sec.org
Asia Pacific Economic Cooperation – APEC. http://www.apec.org/
Asia Cooperation Dialog – ACD http://www.acddialogue.com