BAB 7 HABA
description
Transcript of BAB 7 HABA
BAB 7
HABA
MATAHARI MEMANCARKAN HABA
Matahari adalah sumber utama bagi tenaga haba
Kebanyakan haba dari Matahari dipancarkan ke ruang angkasa dan hanya sedikit yang sampai ke Bumi untuk memanaskan Bumi
Matahari memancarkan haba dan cahaya ke semua arah ke angkasa
Haba Matahari dipancarkan ke Bumi dalam bentuk gelombang
HABA
Haba adalah satu bentuk tenaga
Apabila haba dibekalkan
kepada suatu bahan, suhu
bahan tersebut akan meningkat
Haba mengalir dari bahagian yang panas
ke bahagian yang lebih sejuk. Proses
pemindahan haba ini akan berhenti
apabila kedua-dua bahagian bahan tadi
mempunyai suhu kepanasan yang
sama
KANDUNGAN HABA SUATU BAHAN BERGANTUNG PADA :
Suhu Bahan
•Semakin tinggi suhu bahan, semakin bertambah kandungan haba bahan
Isi padu Bahan
•Semakin besar isi padu, semakin bertambah kandungan haba bahan
JisimBahan
•Semakin besar jisim, semakin bertambah kandungan haba bahan
1. Menggosok atau geseran antara dua
objek
2. Pembakaran
3. Dua objek yang berlanggar
4. Arus elektrik
HABA
KEGUNAAN HABA
Mengering
Memasak
Menggosok pakaian
Memanaskan badan
SUHU
Kuantiti fizikal yang merujuka kepada darjah
kepanasan sesuatu objek
Pengukuran purata yang tidak bergantung pada bilangan zarah-zarah sesuatu
objek
Termometer digunakan untuk mengukur suhu sesuatu medium
Unit SI bagi suhu ialah Kelvin (K)
Boleh juga diukur dalam darjah Celsius (oC) atau
Fahrenheit (oF)
PERBEZAAN SUHU DAN HABA
SUHU HABASukatan berapa panas sesuatu bahan itu
Satu bentuk tenaga
Tidak bergantung pada saiz atau jenis objek
Bergantung pada kalajuan zarah-zarah, bilangan zarah-zarah dan jenis zarah-zarah dalam sesuatu bahan
Meningkat apabila dipanaskan dan berkurang apabila disejukkan
Berpindah dari kawasan panas ke kawasan sejuk
Diukur dalam Kelvin (K), Celsius (oC) atau Fahrenheit (oF)
Diukur dalam Joule (J)
PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN JIRIMApabila suatu jirim dipanaskan, zarah-zarah di dalamnya
menerima tenaga dan bergerak lebih cepat. Ini menyebabkan jarak antara zarah-zarah bertambah. Maka, isi padu jirim akan
bertambah dan jirim itu akan mengembang
Apabila suatu jirim disejukkan, zarah-zarah di dalamnya akan kehilangan tenaga dan bergerak lebih perlahan. Zarah-zarah
menjadi lebih rapat antara satu sama lain. Maka, isi padu jirim akan berkurang dan jirim itu akan mengecut
Semua jirim mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
Gas mengembang paling banyak manakala pepejal mengembang paling sedikit bagi kuantiti haba yang
sama
PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN PEPEJAL
Pepejal mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
Apabila pepejal dipanaskan, tenaga haba menyebabkan zarah-zarahnya bergetar dengan lebih cepat. Jarak antara zarah-zarah bertambah. Oleh itu,
pepejal bertambah dari segi panjangnya atau pun saiznya (mengembang)
EKSPERIMEN
Tujuan : untuk menunjukkan kesan haba terhadap pepejalBahan dan radas : bebola logam dan gelang, penunu bunsenProsedur : 1. Bebola logam dipanaskan dengan nyalaan penunu bunsen
selama 5 minit dan dicuba untuk mengeluarkannya melalui gelang
2. Bebola logam dibiarkan menyejuk dan dicuba untuk dikeluarkan melalui gelang
Pemerhatian :
• Sebelum pemanasan, bebola logam ____________melalui gelang
• Selepas pemanasan, bebola logam _________________ melalui gelang
• Selepas penyejukan, bebola logam ___________ melalui gelang
Kesimpulan
Pepejal _________________ apabila dipanaskan dan ________________ apabila disejukkan