BAB 6-Steel Frame
-
Upload
deen-haris -
Category
Documents
-
view
436 -
download
1
Transcript of BAB 6-Steel Frame
BAB 6 : STEEL BUILDING SYSTEM
6.1 Pengenalan
‘Steel frame’ biasanya merujuk kepada teknik bangunan dengan
bingkai rangka ruangan keluli menegak dan rasuk mendatar di bina di grid
segi empat tepat untuk menyokong lantai,bumbung dan dinding bangunan
yang dipasang ke rangka. Kebiasaannya pembinaan bangunan pencakar
langit menggunakan teknik ini.
Bangunan kerangka keluli adalah yang pembinaan yang semakin
maju digunakan sejak kebelakangan ini dan lebih ramai orang menggunakan
bangunan keluli dalam bangunan kediaman. Sebuah bangunan kerangka
keluli adalah salah satu pilihan terbaru yang kini boleh diakses oleh mana-
mana individu yang ingin membina atau membeli rumah baru.
75
6.2 Kaedah-kaedah menurunkan bahan di tapak bina
Gunakan kren untuk menurunkan komponen kekuda supaya
komponen tidak rosak.
Gunakan ‘backhoe’ untuk menurunkan komponen kekuda supaya
komponen tidak rosak. Pastikan pelapit ‘pallet’ digunakan. Jika
didapati bahan atau kekuda panjang, gunakan kaedah menggantung
dengan selamat.
Jika didapati kren atau ‘backhoe’ tiada, gunakan kaedah secara
manual iaitu menggelongsorkan bahan dengan kecerunan maksima
30.
6.3 Kerja-kerja fabrikasi keluli
Rajah
6.3
Proses-proses fabrikasi
76
PERIKSA UKURAN MODEL
SEBENAR DITAPAK
SETTING & FABRICATE
TEKAP KEKUDA YANG
SAMA & SETARA
(UKURAN)
TRIM ANGGOTA
TOP, BOTTOM &
HORIZONTAL C-CHANNEL
MELABEL SETIAP
ANGGOTA YANG
DIPOTONG
SUSUN & SIMPAN
KEKUDA DI TEMPAT YANG
SESUAI
SENARAIKAN SETIAP
ANGGOTA DAN POTONG
6.3.1 Peralatan yang digunakan
a) Pita ukur.
i. Digunakan untuk menggukur jarak besi yang akan digunakan
untuk membuat kerangkan
b) Wheel cutter.
i. Digunakan untuk memotong besi yang telah siap diukur bagi
mendapatkan jarak yang dikehendaki.
c) Extention wire.
i. Kegunaan ‘extention wire’ ini adalah untuk menyambung
bekalan elektrik kepada ‘wheel cutter’, ‘hand grander’ dan juga
‘hand drill’.
d) Hand grander.
i. Digunakan untuk memotong besi untuk dijadikan ruang
penyambung mahupun untuk memotong lebihan besi yang tdak
digunakan.
e) Playar
i. Playar ini digunakan untuk membengkok besi yang dipotong
sedikit untuk dijadikan tempat untuk menyambung besi yang
lain.
f) Tukul.
77
i. Digunakan untuk menetuk besi untuk mencantumkan besi
supaya berada dalam keadaan yang rapat dan tepat.
g) Hand drill.
i. Hand drill digunakan untuk proses kerja penyambungan besi.
h) Kalkulator.
i. Digunakan untuk membuat kerja-kerja pengiraan saiz besi.
i) Marker pen.
i. Bagi membuat penandaan pada besi, marker pen ini
digunakan.
ii. Tandaan yang dibuat adalah lebih jelas dan tidak mudah
hilang.
j) Skru.
i. Digunakan sebagai bahan pengikat besi.
ii. Skru ini akan diikat pada besi dengan menggunakan ‘hand
drill’.
6.3.2 Langkah kerja kekuda
a) Ukur C-Chanel yang hendak dipotong dan tandakan panjang yang
dikehendaki menggunakan marker.
78
b) C-chanel diletakkan di ‘wheel cutter’ dan diselaraskan mengikut
ukuran yang ditanda. Mata cutter diturunkan secara perlahan. Jika
menekan terlalu kuat akan menyebabkan c-chanel menjadi bengkok.
Rajah 6.3.2.1 kerja memotong menggunakan ‘wheel cutter’
c) Anggota yang telah dipotong akan dilabel bagi memudahkan semasa
kerja-kerja pemasangan kekuda.
d) ‘Trimming’ atau ‘notching’ merupakan proses memotong sebahagian
c-chanel. Tujuan trim adalah untuk memberi ‘clearance’ anggota
semasa pemasangan kekuda. Ukuran ‘notching’ diambil berdasarkan
pada nota ‘bottom’, ‘top’ atau ‘horizontal chord notch’ yang terdapat di
dalam lukisan.
Rajah 6.3.2.2 Kerja trim dilakukan pada hujung c-chanel
e) Proses ‘setting’ adalah untuk kekuda utama yang pertama sahaja.
Kekuda yang sama atau setara akan ditekap pada ‘mould’ pertama.
Pastikan kawasan untuk ‘setting’ kekuda luas, sesuai dan rata.
79
Rajah 6.3.2.3 Kerja pemasangan skru mengunakan ‘hand drill’
f) Setelah siap kekuda akan disimpan mengikut beberapa kaedah
seperti berikut :
i. Simpan kekuda dalam keadaan mendatar serta dialas supaya
kekuda tidak rosak.
ii. Letakkan kekuda dalam keadaan menegak jika kawasan
terhad.
iii. Pastikan anggota ‘overhang’ tidak diletakkan di atas lantai.
Letakkan pelapik atau alas dengan sesuatu.
6.3.3 Pemasangan Kekuda Pada Bangunan
a) Pastikan susun atur L-braket sama seperti di dalam lukisan.
b) Kekuda dinaikkan menggunakan tali kerana ia sesuai untuk bangunan
yang tidak melebihi dua tingkat ataupun menggunakan kren untuk
kekuda yang bersaiz besar atau bangunan yang tinggi.
c) Kekuda diletakkan pada posisi dan ukuran yang ditanda. Pastikan
kekuda dinaikkan dan diletakkan dengan betul bagi memudahkan
proses menegakkan kekuda.
d) Kekuda seterusnya ditegakkan. Batten sementara diletakkan pada
puncak kekuda sebagai penentu kelurusan bumbung bangunan.
80
Rajah 6.3.3.1 Batten sementara diletakkan pada puncak kekuda
e) Pastikan jarak di kedua-dua belah bumbung sama di setiap kekuda.
Pastikan penjajaran kedudukan kekuda seimbang.
f) Setalah kekuda diaras ‘leveling’, diajar ‘align’ dan diimbang ‘balance’,
kekuda diskru pada L-braket.
Rajah 6.3.3.2 Kekuda diskru pada L-braket
g) Batten perimeter merupakan batten paling bawah atau hujung yang
perlu di ‘setting’ untuk memastikan bumbung selari dengan dinding
bangunan. Selain itu untuk mendapatkan ‘overhang’ bumbung yang
sama jarak dan menentukan curahan hujan dari bumbung masuk ke
longkang bangunan.
81
Rajah 6.3.3.3 Proses pemasangan batten
Rajah 6.3.3.4 Pemotongan besi yang berlebihan
Rajah 6.3.3.5 Rangka bumbung yang telah siap
82
6.4 Kelebihan penggunaan kerangka keluli
a) Lebih ringan dan kuat terhadap struktur bangunan.
b) Bangunan boleh dibina tanpa tiang di bahagian dalam serta luas,
lapang dan terbuka.
c) Pembinaan struktur keluli lebih mudah iaitu tanpa acuan, kurang
penggunaan sumber tenaga, kurang ruang simpanan seperti pasir,
batu dan kurang peralatan yang banyak.
d) Anggota keluli mudah diubahsuai mengikut keperluan semasa
bangunan berkenaan.
e) Komponen struktur kerangka keluli dapat disesuaikan dengan
komponen-komponen struktur yang lain.
f) Strukutr keluli yang telah siap dibuat dikilang mempunyai ciri-ciri
ketetapan yang tinggi dari segi mutunya dan dimensinya.
g) Komponen keluli yang telah siap dibuat dikilang dan hanya perlu
dipasang dengan bolt dan nat, dipotong dan dikimpal ditapak bina
mengikut keperluan yang dikehendaki.
6.5 Kekurangan penggunaan kerangka keluli
a) Keupayaan struktur keluli adalah rendah dari segi rintangan api di
mana kekuatan keluli akan berkurangan apabila suhu bertambah.
b) Keluli adalah sangat lemah pada lengkokan apabila dikenakan daya
mampatan. Ini kerana keratannya yang nipis dan langsing.
c) Keluli adalah bahan yang mudah berkarat apabila terdedah kepada air
dan udara. Pengaratan yang berterusan akan melemahkan kekuatan
struktur keluli jika tidak diambil tindakan segera iaitu mengadakan
seburan cat kalis karat pada mana-mana anggota yang terdedah
kepada air dan udara.
83
d) Kaedah pemasangan perlu dibuat dengan teliti dimana ia memerlukan
tenaga buruh yang berkemahiran serta boleh memasangnya mengikut
spesifikasi yang diberikan.
e) Anggota keluli perlu dipasang perembat untuk mengelakkan berlaku
huyung apabila berlaku tiupan angin kencang.
6.6 Komen Dan Cadangan
Struktur keluli yang mempunyai kerangka-kerangka tertentu dibina
untuk menanggung beban yang dikenakan terhadap struktur tersebut.
Kerangka kekuda ialah anggota kerangka yang menangung beban-beban
sisi. Anggota ini terdiri daripada tupang-tupang dan pengikat-pengikat.
Seseorang Jurutera mestilah mengetahui sifat-sifat yang ada pada
sesuatu bahan sebelum ia digunakan sebagai bahan untuk perindustrian
pembinaan serta rekabentuk terutamanya bahan keluli. Pertimbangan harus
dibuat berdasarkan keistimewaan dan kekurangan keluli agar sesuatu
rekabentuk itu bersesuaian dengan penggunaan keluli.
6.7 Kesimpulan
Struktur telah digunakan secara meluas dalam pembinaan bangunan,
automotif, peralatan, sistem lebuh raya, kemudahan saliran dan jambatan.
Popularitinya disebabkan oleh penghasilan dan fabrikasi yang mudah, kualiti
keseragaman, reka bentuk yang ringan, pengendalian dan pengangkutan
ekonomik serta pembinaan yang mudah dan cepat.
84