Bab 4 Badan Perundangan
description
Transcript of Bab 4 Badan Perundangan
STRUKTUR PEMERINTAHAN –
BADAN PERUNDANGAN
BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
Termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan (Bab 4 Perkara 44-“Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi YDPA dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat”
Kuasa Perundangan iaitu kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan Persekutuan terletak pada Parlimen, terdiri daripada YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN
Diperingkat negeri, kuasa ini dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui
pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun. Terdapat 3 ahli terdiri dari pegawai ex-officio
(ahli kerana jawatan)iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Penasihat Undang-undang Negeri Pegawai Kewangan Negeri
Bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang hanya penasihat Undang-undang negeri sahaja yang menjadi ahli
Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorang pun menjadi ahli Dewan.
SENARIO DI PARLIMEN DAN DUN
SENARIO DI PARLIMEN DAN DUN
SENARIO DI PARLIMEN DAN DUN
PARLIMEN Berperanan menggubal undang-undang
untuk dikuatkuasakan di negara ini. Berkuasa meluluskan undang-undang di
peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan kerajaan.
Parlimen akan terus berjalan lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya Umum melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu.
PARLIMEN Pada penghujung tempoh lima tahun,
Parlimen dengan sendirinya terbubar dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan Raya Umum bagi memilih wakil-wakil di Dewan Rakyat hendaklah diadakan.
Parlimen terdiri daripada 3 komponen iaitu ; Yang di-Pertuan Agong Dewan Negara Dewan Rakyat
KOMPONEN PARLIMEN
Fungsi-Fungsi YDPA : Memanggil Parlimen bersidang (Perkara 55
Perlembagaan) Membubarkan / memberhentikan
persidangan Parlimen YDPA diperlukan oleh Perlembagaan untuk
memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa 6 bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Memberi ucapan & merasmikan Majlis Parlimen
Fungsi-Fungsi YDPA : Memperkenankan rang undang-undang yg
diluluskan oleh Parlimen Melantik ahli-ahli Dewan Negara Melantik Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan
Negara Membatalkan kehilangan kelayakan menjadi
ahli mana-mana Majlis Parlimen
DEWAN NEGARA• 70 org ahli dilantik bg Dewan Negara
• 44 org yg dilantik oleh YDPA atas nasihat PM termasuk• 2 org wakil dr Kuala Lumpur• 1 org dr Labuan• 1 org dr Putrajaya
• 26 org lg adalah 2 org ahli bg setiap negeri
DEWAN NEGARA
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi ( max 2 penggal)
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran parlimen
Setiap ahli mesti mengangkat sumpah dihadapan Yang diPertua Dewan Negara.
DEWAN NEGARA
Parlimen boleh dengan undang-undang :Menambah bilangan ahli-ahli yang akan
dipilih bagi setiap negeri hingga tiga orang.
Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri dipilih terus oleh pemilih negeri itu
Mengurangkan bilangan ahli-ahli yang akan dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik.
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA (SPEAKER DEWAN
NEGARA)
• Merupakan PENGERUSI & JURUCAKAP DEWAN NEGARA
• Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat
• MENJAGA DISIPLIN ahli Dewan Negara• Mempunyai KUASA utk membuat keputusan
mesyuarat jika berlaku perbalahan• Jika Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih
menjadi Speaker Dewan, beliau mesti berhenti menjadi ADUN
TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
2 org Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara diplilih dalam kalangan ahli Dewan Negara
Menjalankan tugas Speaker Dewan Negara jika Speaker tidak dapat menghadiri persidangan / semasa berlakunya kekosongan jawatan
APAKAH FUNGSI DEWAN NEGARA?
1. Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih terperinci.
2. Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang Undang-undang Kewangan.
3. Hanya berkuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tapi tiada kuasa menolak.
4. Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang kewangan lebih dari sebulan manakala rang undang-undang lain lebih dari setahun.
5. Tidak boleh membuat pindaan jika Dewan Rakyat tidak setuju. Hanya boleh meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang undang-undang apabila ditangguhkan.
• Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
• Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan
ANGGOTA DEWAN RAKYAT222 org ahli dilantik bg Dewan Rakyat
Perkara 46 (Pindaan Akta A1095) Dewan Rakyat terdiri drpd 194 org
Berdasarkan Pilihan Raya 2008, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen : Barisan Nasional = 139 kerusi DAP = 28 kerusi
PAS = 23 kerusi Keadilan Rakyat = 31 kerusi
Bebas = 1 kerusi
DEWAN RAKYAT
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan negara dalam satu masa.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
Mempengerusikan Dewan Rakyat Memastikan ahli-ahli dewan mematuhi tatatertib Dewan Rakyat Mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli yg tidak mematuhi tatatertib Menerima / menolak soalan yg dikemukakan oleh ahli dewan Berperanan menangguhkan persidangan majlis parlimen
Mengambil tindakan dgn melarang ahli menghadiri persidanganMengambil keputusan tentang peraturan mesyuarat jika perbalahan berlaku Mengesahkan bil-bil perbelanjaan & kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dlm Dewan Rakyat Memulakan persidangan cukup korum sebanyak 26 org (tidak termasuk Speaker Dewan)
PELANTIKAN SPEAKER (PERKARA 57)
• Dipilih dr semasa ke semasa
• Disarankan oleh PM & dilantik oleh YDPA selepas proses undi bersurat
• Merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yg layak
• 2 org timbalan dipilih bersama-sama tetapi MESTI AHLI PARLIMEN
• Persaraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan
PELANTIKAN SPEAKER DRPD BUKAN AHLI DEWAN RAKYAT
• Perlu mengangkat sumpah & menjalankan tanggungjawab, menjadi ahli tambahan yg dipilih berdasarkan Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan
• Tidak boleh memegang jawatan lain dlm kabinet
• Tidak layak memeberi cadangan utk membentuk usul tetapi boleh mengundi dlm perbahasan dewan
• Persaraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan
PERLETAKAN JAWATAN SPEAKER
• Boleh meletak jawatan bila-bila masa dgn menulis surat yg ditandatangani kpd Setiausaha Dewan Rakyat
• Speaker Dewan perlu mengosongkan kerusi selepas meletakkan jawatan
KEISTIMEWAAN PARLIMEN‘parle’ bermaksud bercakap‘ment’ bermaksud tempat,oleh itu, Parlimen bermaksud tempat bercakap.berbentuk bikameral(terdiri drpd dwidewan) DEWAN NEGARA DEWAN RAKYATMerupakan tempat wakil rakyat membincangkan & membahaskan sesuatu isu,bersoal jawab ttg perkara2 yg berkaitan dgn dasar negara, belanjawan & rang undang-undang.Anggota parlimen blh membahaskan pemindaan undang-undang mengikut perkembangan sosioekonomi & politik semua negeri.
Mengawal & membincangkan belanjawan negara.Membenarkan Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang negeri berdasarkan peruntukan Perkara 75.Prosiding di Parlimen tidak boleh dipersoalkan atau didakwa di mana-mana mahkamah di bawah AKTA HASUTAN (1948) & ORDINAN DARURAT 1970.
SARAAN AHLI MAJLIS PARLIMENParlimen hendaklah melalui
undang-undang membuat peruntukkan bagi saraan ahli-ahli setiap Majlis Parlimen.
SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT & DEWAN NEGARA (PERKARA 65
PINDAAN AKTA A885)
Dilantik oleh YDPA daripada anggota perkhidmatan awam
Memegang jawatan sehingga bersara (60 thn), kecuali
jika meletakkan jawatan / ditukarkan kpd jawatan lain
Tidak bolah dipecat, kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan dalam hal ini representasi hendaklah dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Yang Dipertua Dewan Negara
Bertanggungjawab ke atas perjalananpersidangan dewan
Memberi kata nasihat kepada Yang di-PertuaDewan Rakyat & Dewan Negara dalam hal
berkaitan Dewan ketika bersidang.
Bertanggungjawab menghantar notis utkmemulakan persidangan, mengumpul &
menguruskan kertas-kertas cadangan & soalan-soalan dari ahli-ahli dewan, mengeluarkan penyata
rasmi (hansard) bagi persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan kewangan.
KEHILANGAN KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN
• Telah disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2000 dan tidak mendapat pengampunan.
• Memperoleh kewarganegaraan asing
• Tidak hadir persidangan parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa keizinan Parlimen.
• Hilang akal/tidak waras
KEHILANGAN KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN
Bankrup/muflis yang belum dilepaskan
Melakukan apa-apa kesalahan pilihanraya dan disabitkan ( Cth ; Tidak menunjukkan apa-apa penyata
perbelanjaan pilihan raya yg dikehendaki oleh undang-undang) Seorang itu tidak boleh menjadi
ahli Dewan Rakyat dalam tempoh lima tahun dari tarikh hilang kelayakan.
KEKOSONGAN KERUSI LUAR JANGKA
Jika berlaku kekosongan luar jangka kerana sebab-sebab tertentu, satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.Jika kekosongan itu dua tahun sebelum pembubaran Parlimen, kekosongan tidak boleh diisi kecuali untuk membentuk majoriti.
PERSIDANGAN PARLIMEN
• Mula bersidang setelah dibuka rasmi oleh YDPA. Jarak masa antara satu persidangan dengan persidangan yang lain harus tidak selang lebih 6 bulan.
• Semua persidangan disusun dalam satu kalender yang dipanggil Takwim Parlimen yang dibahagikan kepada 5 penggal iaitu 1 tahun sepenggal.
PERSIDANGAN PARLIMEN
• Setiap persidangan biasanya akan berlangsung selama 3 minggu bagi Dewan rakyat dan 2 minggu bagi Dewan Negara.
• Lazimnya setiap penggal terdapat 3 atau 4 kali mesyuarat. Dua mesyuarat penting ialah:• membahas titah ucapan
baginda YDPA• Membentang belanjawan
tahunan
PERBEZAAN ANTARA DEWAN RAKYAT DGN DEWAN NEGARA
DEWAN RAKYAT PERKARA DEWAN NEGARA
Melebihi 21 tahun Umur Kelayakan
Melebihi 30 tahun
194 (Kini 222 org) Keahlian -2 org dr setiap negeri-2 org dr WP KL-1 org WP Labuan & Putrajaya-44 org ahli yg dipilih oleh YDPA
5 tahun sehingga Parlimen dibubarkan
Tempoh Perkhidmatan
-3 tahun-tidak terjejas dgn pembubaran Parlimen-Maksimum 2 penggal
DEWAN RAKYAT PERKARA DEWAN NEGARA
Dipilih oleh rakyat menerusi PILIHAN RAYA
Pemilihan -44 org dilantik oleh YDPA berdasarkan jasa mereka drpd aspek sosioekonomi / atas cadangan PM-26 org dipilih oleh DUN
Wakil Rakyat / MP (Member of Parliament)
Gelaran Senator
-Membahaskan rang undang-undang
-Meluluskan undang-undang kewangan yg tidak diluluskan DN dlm masa 1 bulan
-Meluluskan undang-undang lain yg tidak diluluskan DN dlm tempoh 1 tahnu
Fungsi Utama
-Membahas & meluluskan rang undang-undang selepas dipersetujui & dibincangkan di Dewan Rakyat
-Berkuasa menangguhkan kelulusan rang undang-undang kewangan selama 1 bulan
-Rang undang-undang lain boleh ditanggunhkan selama 1 tahaun
JENIS RANG UNDANG-UNDANG
PROSES PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG AWAM
JAWATAN DI DEWAN RAKYAT Ketua Majlis
Ketua Parti yang memerintah yang menentukan tarikh mengadakan mesyuarat.
Ketua Whip Ahli Parlimen yang dilantik oleh parti
menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul.
Ketua Pembangkang Dilantik di kalangan ahli parti pembangkang
untuk mengetuai parti pembangkang
DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN terdiri daripada TYT Yang di-Pertua
Negeri/Sultan sebagai Ketua Negeri, ahli DUN. Ahli DUN dipilih melalui proses pilihan raya.
YDPN/ Sultan akan memanggil persidangan dari semasa ke semasa. ADUN akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut.
YDPN /Sultan boleh membubarkan DUN. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa 60 hari dari tarikh pembubaran.
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri, DUN mesti menjalankan prosedurnya sendiri dan merangka peraturan-peraturan mesyuarat.
Peraturan-peraturan mesyuarat akan diluluskan melalui resolusi DUN memperuntukkan tentang aturan tingkah laku, keistimewaan dan prosedur persidangan.
Jumlah korum bagi persidangan DUN ialah sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
PROSEDUR DUN
Ahli-ahli dewan boleh berucap mengenai mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam di bawah prinsip kebebasan berucap seperti mana yang diperuntukkan oleh Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges,Immunities and Powers), Akta Hasutan dan peraturan-peraturan tetap DUN.
Asas bagi sebuah DUN yang berkesan adalah terletak kepada kebebasan berucap di mana dewan meletakkan had-had tertentu melalui Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan amalan persidangan.
PROSEDUR DUN
Selain daripada fungsi perundangan, DUN mempunyai fungsi-fungsi penting yang lain seperti berikut ; Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak
perlembagaan negeri dan rakyat seperti mana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.
Menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
Meluluskan perbekalan. Mempertimbangkan jenis dan kebaikan
perundangan yang dibawa kepada DUN serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
FUNGSI DUN
Selain daripada fungsi perundangan, DUN mempunyai fungsi-fungsi penting yang lain seperti berikut ; Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang
awam dibelanja mengikut kelulusan DUN dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.
FUNGSI DUN
KUASA BAKI PERUNDANGAN
Badan Perundangan sesuatu negeri berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang tidak disebut satu persatu dalam mana-mana senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan.
PERLEMBAGAAN Undang –undang tertinggi negara yang menjadi
sumber utama undang-undang bertulis. Perlembagaan Persekutuan – Kerajaan Malaysia Perlembagaan Negeri – Kerajaan Negeri
AKTA Undang-undang yang diluluskan Parlimen selepas
tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 11 September 1959 hingga sekarang
ORDINAN Undang-undang yang diluluskan Parlimen dari Februari
1948 sehingga 10 September 1959 Undang-undang yang diluluskan oleh DUN Sabah dan
Sarawak Undang-undang Persekutuan yang diluluskan oleh
Yang diPertuan Agung semasa darurat
UNDANG – UNDANG BERTULIS
ENAKMEN Undang-undang yang digubal oleh Dewan
Undangan Negeri di semua negeri di Semenanjung Malaysia
PERUNDANGAN KECIL / SUBSIDIARI Apa-apa peraturan, perisytiharan, kaedah,
perintah atau surat lain yang diperbuat mengikut mana-mana Ordinan, Enakmen atau kuasa sah yang lain dan mempunyai kuatkuasa perundangan.
Contoh Kerajaan Tempatan, Kementerian STATUT
Undang-undang yang digubal oleh Badan Perundangan sprt Parlimen dan DUN.
UNDANG – UNDANG BERTULIS