Bab 4

26
 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Bab ini membentangkan penemuan kajian dalam bentuk analisis deskriptif bagi mendapatkan frekuensi dan min setiap pembolehubah demografi, etika dan integriti. Seterusnya analisis sattistik dibuat bagi pengujian hipotesis. Dapatan kajian adalah  berdasarkan hasil dari analisis data menggunakan perisisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 for Windows. 4.2 ANALISIS DESKRIPTIF Menurut Mohd. Najib (2003), analisis deskriptif menerangkan ciri sampel menggunakan statistik asas seperti kekerapan, peratus, taburan dan sebaran dan kecenderungan memusat dan kerap diterangkan sebagai dapatan kajian pada peringkat awal. Oleh itu, ia digunakan untuk data-data demog rafi dan jawapan responden kepada soal selidik.

Transcript of Bab 4

Page 1: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 1/26

 

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Bab ini membentangkan penemuan kajian dalam bentuk analisis deskriptif bagi

mendapatkan frekuensi dan min setiap pembolehubah demografi, etika dan integriti.

Seterusnya analisis sattistik dibuat bagi pengujian hipotesis. Dapatan kajian adalah

  berdasarkan hasil dari analisis data menggunakan perisisian Statistical Package for SocialScience (SPSS) version 12.0 for Windows.

4.2 ANALISIS DESKRIPTIF

Menurut Mohd. Najib (2003), analisis deskriptif menerangkan ciri sampel

menggunakan statistik asas seperti kekerapan, peratus, taburan dan sebaran dan

kecenderungan memusat dan kerap diterangkan sebagai dapatan kajian pada peringkat awal.

Oleh itu, ia digunakan untuk data-data demografi dan jawapan responden kepada soal selidik.

Page 2: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 2/26

 

Oleh yang demikian, data tersebut dapat dianalisis dengan tepat dan menjimatkan masa. Min

ialah purata yang diperoleh dengan menambahkan semua skor dan dibahagi dengan jumlah

responden atau item. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah secara

 purata (Mohd. Najib, 2003). Tahap interpretasinya adalah seperti di Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Jadual interpretasi skor min (Nunnally, 1994)

Selang skala min Interpretasi

1.00 ± 2.00 Rendah

2.01 ± 3.00 Sederhana Rendah

3.01 ± 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 ± 5.00 Tinggi

4.2.1 LATARBELAKANG RESPONDEN

Sebanyak 300 borang soal selidik telah diedarkan di 7 buah sekolah menengah di

daerah Johor Bahru, iaitu dua buah sekolah dari Zon A, dua buah sekolah dari Zon B, dua

  buah sekolah dari Zon C dan sebuah sekolah dari Zon D. Namun hanya 140 borang soal

selidik telah berjaya dikembalikan dengan lengkap, iaitu hanya 46.7% pulangan dari nilai

yang diedar. Ini mungkin disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru kerana

waktu soal selidik ini diedarkan guru-guru sedang sibuk menanda kertas peperiksaan akhir 

tahun.

Berdasarkan objektif yang telah ditetapkan, beberapa faktor demografi telah dipilih

untuk dianalisis iaitu jantina, lokasi sekolah, pengalaman mengajar, opsyen/bidang

matapelajaran dan bangsa.

Page 3: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 3/26

 

Jadual 4.2 sehingga Jadual 4.4 berikut menerangkan analisis deskriptif taburan

respoden berdasarkan maklumat demografi. Analisis yang digunakan adalah analisis

kekerapan.

a.  Zon dan Jantina

Jadual 4.2 : Taburan responden berdasarkan zon dan jantina

  No. Zon Jantina Jumlah

Lelaki Perempuan1 Zon A 3 22 25

2 Zon B 14 36 50

3 Zon C 15 41 55

4 Zon D 0 10 10

Jumlah 32 108 140

Jadual 4.2 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Sebanyak 22.9%

responden adalah lelaki iaitu bersamaan dengan 32 orang. Manakala responden dari jantina

  perempuan pula mencatatkan jumlah lebih tiga kali ganda daripada jantina lelaki iaitu

3

14 15

0

22

3641

10

0

10

20

30

40

50

Zon A Zon B Zon C Zon D

Graf Taburan Responden Berdasarkan Zon

dan Jantina

Lelaki

Perempuan

Page 4: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 4/26

 

sebanyak 77.1 % bersamaan 108 orang. Kebanyakan responden terdiri daripada guru-guru

dari sekolah-sekolah di Zon C dan tiada responden lelaki dari kalangan guru-guru dari

sekolah-sekolah di Zon D.

b.  Bangsa dan Lokasi Sek olah

Jadual 4.3 : Taburan responden berdasarkan lokasi sekolah

  No. Bangsa Lokasi Sekolah Jumlah

Bandar Luar Bandar 1 Melayu 74 53 127

2 India 4 0 4

3 Cina 9 0 9

4 Lain-lain 0 0 0

Jumlah 87 53 140

Jadual 4.3 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan lokasi sekolah. Sebanyak 55

orang responden terdiri daripada guru-guru di sekolah luar bandar iaitu bersamaan 39.3%.

74

49

0

53

0 0 00

20

40

60

80

Melayu India Cina Lain-lain

Graf Taburan Responden Berdasarkan Bangsa dan

Lokasi Sekolah

Bandar

Luar Bandar

Page 5: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 5/26

 

Manakala 85 orang responden bersamaan 60.7 % terdiri daripada guru-guru di sekolah

 bandar.

Analisis kekerapan taburan reponden berdasarkan bangsa menunjukkan perbezaan

yang amat ketara bagi responden berbangsa Melayu dibandingkan dengan respondeng

  berbangsa India, Cina dan lain-lain. Responden berbangsa Melayu mencatatkan jumlah

responden sebanyak 127 orang bersamaan 90.7%, manakala responden berbangsa India

mencatatkan jumlah responden sebanyak 4 orang bersamaan 2.9% dan reponden berbangsa

Cina mencatatkan jumlah respondek sebanyak 9 orang bersamaan 6.4%. Tiada responden

 berbangsa lain-lain dicatatkan di sini.

c.  Pengalaman Mengajar dan Opsyen/Bidang Matapelajaran

Jadual 4.4 : Taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar dan opsyen/bidang

matapelajaran

  No. Opsyen/Bidang

Matapelajaran

Pengalaman Mengajar Jumlah

< 10 tahun 10 ± 20tahun

>20 tahun

1 Sains danMatematik 

43 6 3 52

2 SainsKemasyrakatan

25 7 0 32

3 Bahasa 15 15 1 31

4 Teknik Vokasional 23 2 0 25

Jumlah 106 30 4 140

Page 6: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 6/26

 

 

Pada item 3, responden dikehendaki menyatakan berapa tahun pengalaman mengajar mereka.

Jawapan responden kemudian dikelompokkan kepada 3 bahagian iaitu kurang dari 10 tahun,

10 hingga 20 tahun dan lebih dari 20 tahun pengalaman mengajar. Analisis kekerapan yang

dijalankan mendapati hanya 4 orang responden bersamaan 2.9% sahaja mempunyai

 pengalaman lebih dari 20 tahun. Manakala 30 orang responden bersamaan 21.4% mempunyai

 pengalaman mengajar dari 10 hingga 20 tahun dan selebihnya seramai 106 orang responden

  bersamaan 75.7% responden mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun.

Perbezaan yang ketara ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada graf taburan responden

 berdasarkan pengalaman mengajar.

Setiap sekolah menengah di Malaysia seharusnya mempunyai empat bidang

matapelajaran di sekolah. Bidang-bidang tersebut adalah Bidang Sains dan Matematik,

Bidang Sains Kemasyarakatan, Bidang Bahasa dan Bidang Teknik dan Vokasional. Analisis

kekerapan terhadap taburan responden mengikut bidang tidak menunjukkan sebarang

  perbezaan yang amat ketara. Bidang Sains dan Matematik mencatatkan jumlah responden

yang tertinggi iaitu sebanyak 52 orang bersamaan 37.1 %, kedua tertinggi adalah Bidang

Sains dan Kemasyarakatan iaitu sebanyak 32 orang bersamaan 22.9% dan diikuti oleh Bidang

43

25

15

23

6 7

15

230 1 0

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

Sains dan

Matematik

Sains

Kemasyarakatan

Bahasa Teknik 

Vokasional

Graf Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Mengajar dan Opsyen/Bidang Matapelajaran

< 10 tahun

10 - 20 tahun

> 20 tahun

Page 7: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 7/26

 

Bahasa sebanyak 31 orang bersamaan 22.1%. Manakala nilai terendah dicatakan oleh Bidang

Teknik dan Vokasional iaitu sebanyak 25 orang yang bersamaan 17.9% sahaja.

4.2.2 Analisis Deskriptif Etika

Etika penilaian terdiri daripada beberapa aspek iaitu membina ujian, mentafsir skor,

kesaksamaan dan penggunaan. Jadual 4.5 hingga jadual 4.12 membincangkan setiap aspek 

tersebut berdasarkan analisis min.

a. Membina Ujian

Jadual 4.5 : Analisis deskriptif etika membina ujian.

 No.Item

Item Min

6 menentukan objektif ujian tersebut. 4.54

7 mengukur dengan tepat objektif ujian melalui ciri-ciri,

kegunaan, dan had ujian tersebut.

4.33

8 menjelaskan konsep pengukuran yang digunakan kepada

 pengguna ujian (contoh : kepada pelajar).

4.14

9 menerangkan proses membina ujian iaitu memilih isi

kandungan dan kemahiran yang diuji.

4.31

10 menyediakan bukti bahawa objektif ujian dipatuhi (contoh

: melalui JPU).

4.34

11 menyediakan contoh soalan-soalan ujian lengkap, kertas

 jawapan, manual, dan laporan markah kepada pengguna

ujian.

4.32

12 memberi bukti bahawa ujian tersebut adalah sesuai kepada

kumpulan latar belakang kaum, etnik, atau bahasa yang

 berlainan.

3.93

13 mengenalpasti prosedur-prosedur khusus yang diperlukan

untuk mentadbir ujian.

4.21

Page 8: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 8/26

 

14 mengenalpasti kemahiran-kemahiran khusus yang

diperlukan untuk mentafsir markah.

4.31

Min Keseluruhan 4.27

Jadual 4.5 menunjukkan nilai min bagi setiap item dalam aspek pengetahuan etika membina

ujian. Item 6 yang membincangkan tentang penentuan objektif ujian mencatatkan nilai min

tertinggi iaitu 4.54. Keseluruhannya, min bagi setiap item diinterpretasikan sebagai tinggi

kecuali item 12 yang membincangkan tentang bukti kesesuaian sesebuah ujian tersebut

kepada pelbagai kumpulan latar belakang diinterpretasikan sebagai sederhana tinggi. Namun

 begitu, perbezaan nilai min bagi item 12 tidak terlalu ketara dibandingkan dengan item-item

lain dalam aspek ini. Min keseluruhan bagi etika membina ujian adalah 4.27.

b. Mentafsir sk or

Jadual 4.6 : Analisis deskriptif etika mentafsir skor.

 No.

Item

Item Min

15 menyediakan laporan prestasi tepat pada masanya. 4.38

16 menyediakan laporan prestasi yang mudah difahami. 4.54

17 menyatakan norma atau kumpulan perbandingan dipilih,

tarikh data tersebut dikumpulkan dan proses memilih

sampel pengambil ujian yang digunakan.

4.08

18 memberi amaran kepada pengguna ujian (contoh : pelajar)

supaya tidak menyalahguna skor ujian.

4.09

19 menyediakan maklumat berkenaan dengan kaedah

menetapkan markah lulus.

4.30

20 menyediakan JPU sebagai bukti bahawa ujian itu menepati

objektif.

4.37

Min Keseluruhan 4.30

Page 9: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 9/26

 

Jadual 4.6 membincangkan aspek mentafsir skor dalam etika penilaian. Semua item dalam

aspek mentafsir skor iaitu dari item 15 hingga item 20 di interpretasikan sebagai tinggi. Item

16 mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.54 dan item 15 mencatatkan nilai min kedua

tertinggi iaitu 4.38. Kedua-dua item tersebut membincangkan tentang penyediaan laporan

yang mudah difahami dan tepat pada masanya. Manakala item 17 dan 18 mencatatkan nilai

min terendah iaitu 4.08 dan 4.09. Item 17 membincangkan tentang kenyataan norma dan

kumpulan perbandingan yang dipilih kepada pelajar dan item 18 membincangkan tentang

amaran penyalahgunaan skor kepada pelajar. Min keseluruhan bagi item-item etika mentafsir 

skor (4.30) dicatatkan lebih tinggi sedikit daripada min keseluruhan etika membina ujian

(4.27) iaitu sebanyak 0.03.

c. Kesaksamaan

Jadual 4.7 : Analisis deskriptif etika kesaksamaan.

 No.

item

Item Min

21 menyemak soalan-soalan ujian untuk mengelakkan terdapat

ketidaksaksamaan.

4.46

22 mengenalpasti prestasi pengambil ujian dari pelbagai

kaum, jantina, latar belakang dan etnik.

4.26

23 memastikan bahawa perbezaan prestasi adalah berkaitan

kemahiran-kemahiran yang dinilai melalui ujian dan

 bukannya disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang tidak 

 berkaitan dengan perkara yang dinilai.

4.12

24 mengubahsuai bentuk ujian atau prosedur pentadbiran

untuk pengambil ujian kurang upaya.

4.10

25 memberi amaran kepada pengguna ujian mengenai masalah

yang mungkin dihadapi jika skala piawai digunakan untuk ujian-ujian yang diubahsuai yang boleh mengakibatkan

skor tidak boleh dibanding.

3.93

Min Keseluruhan 4.20

Page 10: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 10/26

 

Merujuk kepada jadual 4.7, nilai-nilai min item 21 hingga item 24 di interpretasikan sebagai

tinggi. Hanya item 25 di interpretasikan sebagai sederhana tinggi dengan nilai min 3.93. Item

25 membincangkan tentang masalah yang mungkin timbul jika skala piawai digunakan untuk 

ujian-ujian yang diubahsuai mengakibatkan skor tidak boleh dibandingkan. Nilai min

tertinggi pula dicatatkan pada item 21 iaitu 4.46 yang membincangkan tentang penyemakan

semula soalan-soalan ujian bagi mengelakkan ketidaksaksamaan. Min keseluruhan bagi etika

kesaksamaan adalah 4.20 iaini lebih rendah dari min keseluruhan etika membina ujian dan

etika mentafsir skor.

d. Penggunaan

Jadula 4.8 : Analisis deskriptif etika penggunaan.

 No.

item

Item Min

26 apabila ujian adalah tidak wajib iaitu boleh diambil atau

tidak diambil, maklumat untuk membantu pengambil ujian

atau ibu bapa/penjaga mereka memilih sama ada ujian

 perlu diambil, atau menggunakan alternatif lain perlu

disediakan.

3.86

27 menyediakan maklumat berkenaan ujian seperti kandungan

ujian, jenis format soalan, arahan, dan strategi menjawabsoalan kepada pengambil ujian.

4.31

28 memberi maklumat secara saksama kepada semua

 pengambil ujian (contoh : pelajar).

4.38

29 memaklumkan pengambil ujian tentang hak-hak mereka,

seperti mendapatkan salinan kertas ujian dan kertas

 jawapan yang lengkap, mengambil ujian semula, membuatsemakan ujian semula, atau membatalkan skor (keputusan

ujian).

4.24

30 memaklumkan pengambil ujian atau ibu bapa/penjaga

mereka berkenaan kes-kes tertentu dimana markah ujiantersebut tidak dikeluarkan.

4.16

31 memberitahu pengguna ujian atau ibu bapa penjaga mereka

 berkenaan cara-cara membuat aduan untuk menyelesaikan

masalah.

4.02

Min Keseluruhan 4.20

Page 11: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 11/26

 

Berdasarkan jadual 4.8, item 27 hingga 31 dalam aspek etika penggunaan di interpretasikan

sebagai tinggi. Min keseluruhan bagi etika penggunaan adalah 4.20 iaini bersamaan dengan

min keseluruhan bagi etika kesaksamaan. Item 28 yang membincangkan kesaksamaan dalam

memberi maklumat kepada semua pelajar mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.38.

Manakala item 26 hanya mencatatkan nilai min 3.86 dan di interpretasikan sebagai sederhana

tinggi. Item 26 membincangkan tentang maklumat yang diberikan kepada pengambil ujian

 berkenaan ujian tersebut apabila ujian adalah pilihan.

4.2.3 Analisis Deskriptif Integriti

Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh

kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-

nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan

organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir 

Abdullah, Nurizan Yahya, Halimah Alma Othman & Hanina Halimatusaadiah Hamsan,

2005).

a. Membina Ujian

Jadual 4.9 : Analisis deskriptif integriti membina ujian.

 No.item

Item Min

32 Saya menentukan objektif ujian sebelum membina ujian. 4.32

33 Saya mengukur dengan tepat objektif ujian melalui ciri-

ciri, kegunaan, dan had ujian tersebut.

4.19

34 Saya menjelaskan konsep pengukuran yang digunakan

kepada pelajar.

4.08

Page 12: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 12/26

 

35 Saya menerangkan proses membina ujian iaitu memilih isi

kandungan dan kemahiran yang diuji kepada pelajar.

3.86

36 Saya menyediakan bukti bahawa objektif ujian dipatuhi

(contoh : melalui JPU).

4.25

37 Saya menyediakan contoh soalan-soalan ujian lengkap,

kertas jawapan, manual, dan laporan markah untuk pelajar.

4.21

38 Saya memberi bukti bahawa ujian tersebut adalah sesuaikepada kumpulan latar belakang kaum, etnik, atau bahasa

yang berlainan.

3.94

39 Saya mengenalpasti prosedur-prosedur khusus yang

diperlukan untuk mentadbir ujian.

4.14

40 Saya mengenalpasti kemahiran-kemahiran khusus yang

diperlukan untuk mentafsir markah.

4.17

Min Keseluruhan 4.13

Jadual 4.9 menunjukkan nilai min bagi setiap item dalam aspek integriti membina ujian. Min

keseluruhan bagi integriti membina ujian adalah sebanyak 4.13 sahaja. Item 32 yang

membincangkan tentang penentuan objektif ujian mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.32.

Ini bersamaan dengan dapatan pada jadual 4.8, item 6 juga mencatatkan nilai min tertinggi

yang membincangkan tentang penentuan objektif ujian. Semua nilai min item di

interpretasikan sebagai tinggi kecuali item 35 dan 38 diinterpretsikan sebagai sederhana

tinggi dengan nilai min 3.86 dan 3.94. Item 35 membincangkan tentang proses pembinaan

ujian manakala item 38 membincangkan tentang bukti kesesuaian sesebuah ujian tersebut

kepada pelbagai kumpulan latar belakang. Ini bersamaan dengan dapatan pada jadual 4.5,

item 12 juga membincangkan bukti kesesuaian sesebuah ujian tersebut kepada pelbagai

kumpulan latar belakang mencatatkan nilai min terendah.

b. Mentafsir sk or

Page 13: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 13/26

 

Jadual 4.10: Analisis deskriptif integriti mentafsir skor.

 No.

item

Item Min

41 Saya menyediakan laporan prestasi tepat pada masanya. 4.20

42 Saya menyediakan laporan prestasi yang mudah difahami. 4.33

43 Saya menyatakan norma atau kumpulan perbandingan

dipilih, tarikh data tersebut dikumpulkan dan proses

memilih sampel pelajar yang digunakan.

3.91

44 Saya memberi amaran kepada pelajar supaya tidak 

menyalahguna skor ujian.

4.06

45 Saya menyediakan maklumat berkenaan dengan kaedah

menetapkan markah lulus.

4.12

46 Saya menyediakan JPU sebagai bukti bahawa ujian itu

menepati objektif.

4.21

Min Keseluruhan 4.14

Jadual 4.10 membincangkan aspek mentafsir skor dalam integriti penilaian. Semua item

dalam aspek mentafsir skor iaitu dari item 41 hingga item 46 di interpretasikan sebagai tinggi

kecuali item 43 iaitu 3.91. Item 42 mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.33 dan diikuti item

41 mencatatkan nilai min 4.20. Kedua-dua item tersebut membincangkan tentang penyediaan

laporan yang mudah difahami dan tepat pada masanya. Ini juga bersamaan dengan dapatan

 pada jadual 4.6, item 15 dan 16. Manakala item 43 yang mencatatkan nilai min terendah iaitu

3.91 membincangkan tentang kenyataan norma dan kumpulan perbandingan yang dipilih

kepada pelajar. Min keseluruhan bagi integrity mentafsir skor (4.14) juga dicatatkan lebih

rendah berbanding min keseluruhan etika mentafsir skor (4.30).

c. Kesaksamaan

Page 14: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 14/26

 

Jadual 4.11 : Analisis deksriptif integriti kesaksamaan.

 No.

Item

Item Min

47 Saya menyemak soalan-soalan ujian untuk mengelakkan

terdapat ketidaksaksamaan.

4.41

48 Saya mengenalpasti prestasi pelajar dari pelbagai kaum, jantina, latar belakang dan etnik.

4.01

49 Saya memastikan bahawa perbezaan prestasi pelajar adalah

 berkaitan kemahiran-kemahiran yang dinilai melalui ujian

dan bukannya disebabkan oleh faktor-faktor luaran yangtidak berkaitan dengan perkara yang dinilai.

4.12

50 Saya mengubahsuai bentuk ujian atau prosedur pentadbiran

untuk pelajar kurang upaya.

3.95

51 Saya memberi amaran kepada pelajar mengenai masalah

yang mungkin dihadapi jika skala piawai digunakan untuk 

ujian-ujian yang diubahsuai yang boleh mengakibatkan

skor tidak boleh dibanding.

3.97

Min Keseluruhan 4.09

Merujuk kepada jadual 4.11, nilai-nilai min item 47 hingga item 49 di interpretasikan sebagai

tinggi. Item 50 dan 51 pula di interpretasikan sebagai sederhana tinggi dengan nilai min 3.95

dan 3.97. Kedua-dua item membincangkan tentang pengubahsuaian bentuk ujian, prosuder 

 pentadbiran mahupun skala piawai. Manakala nilai min tertinggi pula dicatatkan pada item 47

yang membincangkan tentang penyemakan semula soalan-soalan ujian bagi mengelakkan

ketidaksaksamaan. Ini bersamaan dengan dapatan pada jadual 4.7, item 21. Min keseluruhan

 bagi integriti kesaksamaan juga dicatatkan sebagai paling rendah iaitu 4.09.

d. Penggunaan

Jadual 4.12 : Analisis deksriptif integriti penggunaan.

 No.

item

Item Min

Page 15: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 15/26

 

52 Apabila ujian adalah tidak wajib iaitu boleh diambil atau

tidak diambil, saya menyediakan maklumat untuk 

membantu pelajar atau ibu bapa/penjaga mereka memilih

sama ada ujian perlu diambil, atau menggunakan alternatif 

lain.

3.77

53 Saya menyediakan maklumat berkenaan ujian seperti

kandungan ujian, jenis format soalan, arahan, dan strategimenjawab soalan kepada pelajar.

4.22

54 Saya memberi maklumat secara saksama kepada semua

 pelajar.

4.40

55 Saya memaklumkan pelajar tentang hak-hak mereka,

seperti mendapatkan salinan kertas ujian dan kertas

 jawapan yang lengkap, mengambil ujian semula, membuat

semakan ujian semula, atau membatalkan skor (keputusan

ujian).

4.15

56 Saya memaklumkan pelajar atau ibu bapa/penjaga mereka

 berkenaan kes-kes tertentu dimana markah ujian tersebut

tidak dikeluarkan.

4.08

57 Saya memberitahu pelajar atau ibu bapa/ penjaga mereka

 berkenaan cara-cara membuat aduan untuk menyelesaikan

masalah.

3.99

Min Keseluruhan 4.10

Berdasarkan jadual 4.12, item 53 hingga 56 dalam aspek integriti penggunaan di

interpretasikan sebagai tinggi. Min keseluruhan bagi integriti penggunaan dicatatkan sedikit

tinggi daripada integriti kesaksamaan iaitu 4.10. Item 54 yang membincangkan kesaksamaan

dalam memberi maklumat kepada semua pelajar mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.40.

Ini bersamaan dengan dapatan pada jadual 4.8, item 28. Manakala item 52 dan 57 hanya

mencatatkan nilai min 3.77 dan 3.99 dan di interpretasikan sebagai sederhana tinggi. Item 52

membincangkan tentang maklumat yang diberikan kepada pengambil ujian berkenaan ujian

tersebut apabila ujian adalah pilihan manakala item 57 membincangkan kenyataan tentang

cara-cara membuat aduan untuk menyelesaikan masalah kepada pelajar atau ibu/bapa

 penjaga.

Page 16: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 16/26

 

4.3 ANALISIS PERBANDINGAN ETIKA DAN INTEGRITI

Jadual 4.13 : Analisis perbandingan min keseluruhan etika dan integriti.

Aspek Etika Integriti

Membina Ujian 4.27 4.13

Mentafsir Skor 4.30 4.14

Kesaksamaan 4.20 4.09

Penggunaan 4.20 4.10

Terdapat empat aspek yang dilihat dalam menilai etika dan integriti guru-guru dalam

menjalankan peperiksaan di peringkat sekolah iaitu membina ujian, mentafsir skor,

3.95

4

4.05

4.1

4.15

4.2

4.25

4.3

4.35

Membina Ujian Mentaf sir Skor Kesaksamaan Penggunaan

Graf Analisis Perbandingan Min Keseluruhan

Etika dan Integriti

Etika

Integriti

Page 17: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 17/26

 

kesaksamaan dan penggunaan. Berdasarkan jadual 4.13, dapat dilihat dari segi etika aspek 

mentafsir skor mencatatkan min keseluruhan tertinggi iaitu 4.30, diikuti oleh aspek membina

ujian dengan min keseluruhan sebanyak 4.27. Manakala min keseluruhan bagi aspek etika

kesaksamaan dan penggunaan masing-masing mencatatkan nilai min 4.20. Terdapat

 perbezaan sebanyak 0.10 bagi aspek etika mentafsir skor dengan aspek etika kesaksamaan

dan penggunaan.

Merujuk pada jadual 4.13 juga, aspek integriti mentafsir skor sekali lagi mencatatkan

nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 4.14 dan diikuti dengan aspek integriti membina ujian

dengan nilai min keseluruhan sebanyak 4.13. Nilai min keseluruhan bagi aspek integriti

  penggunaan pula menduduki tempat ketiga dengan nilai min keseluruhan 4.10 dan nilai min

keseluruhan terendah adalah pada aspek integriti kesaksamaan iaitu 4.09.

4.4 ANALISIS DATA INFERENSI

Korelasi Pearson (pearson Correlation), Ujian-T dan kaedah Analisis Varians sehala

(One Way ANOVA) adalah antara kaedah statistik inferensi yang digunakan untuk menguji

semua hipotesis yang ditetapkan.

Mohd. Najib (2003) menyatakan bahawa korelasi adalah perlu untuk melihat

hubungkait antara dua pemboleh ubah sekiranya terdapat kaitan antara skor. Oleh itu, kajian

ini menggunakan Ujian korelasi Pearson (r) bagi tujuan melihat hubungan antara

  pengetahuan etika dan integriti guru-guru dalam melaksanakan peperiksaan di peringkat

sekolah. Menurut Chua (2006), perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah

dinamakan sebagai korelasi, dan kekuatan sesuatu korelasi diwakili oleh pekali korelasi

Page 18: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 18/26

 

dalam ujian korelasi. Ujian ini sesuai digunakan kerana ia menyatakan perhubungan antara

 pembolehubah-pembolehubah yang menggunakan skala selang dan nisbah. Pekali korelasi (r)

ialah nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah. Nilai r ini

mempunyai sela antara 1.00 dan -1.00. Oleh kerana korelasi yang sempurna jarang berlaku

dalam penyelidikan, pekali korelasi dilaporkan dalam dua titik perpuluhan. Nilai r yang

negatif menunjukkan bentuk graf yang negatif (Chua, 2006). Manakala pengujian hipotesis

ditentukan pada aras signifikan (alpha level) 0.05. Ini bermakna kajian ini membenarkan ralat

hanya pada 5 peratus sahaja.

Jadual 4.14 : Kekuatan nilai pekali korelasi (Chua, Yan Piaw, 2006)

Saiz Pekali K orelasi Kekuatan K orelasi

0.91 hingga 0.00 atau -0.91 hingga -1.00 Sangat Kuat

0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 Kuat

0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 Sederhana

0.31 hingga 0.50 atau -0.31 hingga -0.50 Lemah

0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.30 Sangat Lemah

0.00 Tiada Korelasi

Manakala kaedah Ujian-T digunakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan

etika dan integriti guru-guru berdasarkan faktor demografi jantina dan lokasi sekolah.

Kaedah Analisis Varians Sehala (One Way ANOVA) pula digunakan untuk membuat

  perbandingan ke atas min bagi sub kumpulan yang lebih daripada dua iaitu pengalaman

mengajar, opsyen/bidang matapelajaran dan bangsa.

Page 19: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 19/26

 

4.3.1 Pengujian Hipotesis

Ho1 :

a.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

penilaian dalam kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor

demografi jantina.

Jadual 4.15 : Perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan jantina.

Jantina N MinSisihan

Piawai

Ujian-T

T Sig. (p)

Lelaki 32 4.12 0.42-1.841 0.710

Perempuan 108 4.27 0.39

 Nilai p < 0.05

Berdasarkan jadual 4.15, analisis Ujian-T menunjukkan nilai t = -1.841 dan p = 0.710.

Pada aras p > 0.05, ini jelas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

tahap pengetahuan etika penilaian dalam kalangan guru-guru sekolah menengah berdasarkan

faktor demografi jantina. Nilai min dan sisihan piawai bagi jantina lelaki dan perempuan juga

tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Oleh itu hipotesis nul bagi ujian ini gagal ditolak.

b.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

penilaian dalam kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor

demografi lokasi sek olah.

Page 20: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 20/26

 

Jadual 4.16 : Perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan lokasi sekolah.

Lokasi

Sekolah  N Min

Sisihan

Piawai

Ujian-T

T Sig. (p)

Bandar 85 4.24 0.390.334 0.164

Luar Bandar 55 4.22 0.43

 Nilai p < 0.05

Jadual 4.16 menunjukkan keputusan analisis Ujian-T terhadap perbezaan tahap

  pengetahuan etika penilaian berdasarkan faktor demografi lokasi sekolah. Analisis

mencatatkan nilai t = 0.334 dan p = 0.164. Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak dan

ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

  penilaian dalam kalangan guru-guru sekolah menengah berdasarkan faktor demografi lokasi

sekolah. Nilai min dan sisihan piawai bagi lokasi sekolah bandar dan luar bandar juga tidak 

menunjukkan perbezaan yang ketara.

c.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

penilaian dalam kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor

demografi pengalaman mengajar.

Jadual 4.17 : Perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan pengalaman

mengajar.

Pengalaman

Mengajar Df 

Jumlah

KuasaDua

Min

KuasaDua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 2 0.45 0.22 1.38 0.26

Dalam Kumpulan 137 22.28 0.16

Jumlah 139 22.73

 Nilai p < 0.05

Page 21: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 21/26

 

Merujuk kepada jadual 4.17, analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA) bagi

melihat perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan pengalaman mengajar 

mencatatkan nilai F = 1.38 dan nilai p = 0.26. Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak 

dan ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

 pengetahuan etika penilaian dalam kalangan guru ± guru di sekolah menengah berdasarkan

faktor demografi pengalaman mengajar.

d.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

penilaian dalam kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor

demografi bidang/opsyen matapelajaran.

Jadual 4.18 : Perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan opsyen/bidang

matapelajaran.

Opsyen/Bidang

Matapelajarandf 

Jumlah

Kuasa

Dua

Min

Kuasa

Dua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 3 0.19 0.06 0.39 0.76

Dalam Kumpulan 136 22.54 0.17

Jumlah 139 22.73 Nilai p < 0.05

Jadual 4.18 menunjukkan analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA) bagi

melihat perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan opsyen/bidang

matapelajaran. Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak apabila keputusan mencatatkan

nilai F = 0.39 dan nilai p = 0.76. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap pengetahuan etika penilaian dalam kalangan guru ± guru di sekolahmenengah berdasarkan bidang Sains dan Matematik, Sains Kemasyarakatan, Bahasa dan

Teknik dan Vokasional.

Page 22: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 22/26

 

e.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan etika

penilaian dalam kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor

demografi bangsa.

Jadual 4.19 : Perbezaan tahap pengetahuan etika penilaian berdasarkan bangsa.

Bangsa df 

Jumlah

Kuasa

Dua

Min

Kuasa

Dua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 2 0.48 0.24 1.46 0.24

Dalam Kumpulan 137 22.25 0.16

Jumlah 139 22.74

 Nilai p < 0.05

Merujuk jadual 4.19, analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA)

mencatatkan nilai F = 1.46 dan p = 0.24 bagi ujian perbezaan tahap pengetahuan etika

 penilaian berdasarkan 3 kategori bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Pada aras p = 0.24 >

0.05, ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan

etika penilaian dalam kalangan guru ± guru di sekolah menengah berdasarkan 3 kategori

 bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Maka, hipotesis nul diterima.

Ho2 :

a.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam

kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor demografi

 jantina.

Page 23: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 23/26

 

Jadual 4.20 : Perbezaan tahap integriti berdasarkan jantina.

Jantina N MinSisihan

Piawai

Ujian-T

T Sig. (p)

Lelaki 32 4.13 0.43

0.176 0.581Perempuan 108 4.11 0.38

 Nilai p < 0.05

Jadual 4.20 menunjukkan keputusan analisis Ujian-T terhadap perbezaan tahap integriti

  berdasarkan faktor demografi jantina. Analisis mencatatkan nilai t = 0.176 dan p = 0.581.

Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak dan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap tahap integriti dalam kalangan guru-guru sekolah menengah

 berdasarkan faktor demografi jantina. Nilai min dan sisihan piawai bagi jantina lelaki dan

 perempuan juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

b.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam

kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor demografi lokasi

sek o

lah.

Jadual 4.21 : Perbezaan tahap integriti berdasarkan lokasi sekolah.

Lokasi

Sekolah  N Min

Sisihan

Piawai

Ujian-T

T Sig. (p)

Bandar 85 4.18 0.042.298 0.036

Luar Bandar 55 4.02 0.05

 Nilai p < 0.05

Berdasarkan jadual 4.21, analisis Ujian-T menunjukkan nilai t = 2.298 dan p = 0.036.

Pada aras p < 0.05, ini jelas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

integriti dalam kalangan guru-guru sekolah menengah luar bandar dan bandar. Oleh itu

Page 24: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 24/26

 

hipotesis nul bagi ujian ini iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

integriti dalam kalangan guru ± guru di sekolah menengah berdasarkan faktor demografi

lokasi sekolah ditolak.

c.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam

kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor demografi

pengalaman mengajar.

Jadual 4.22 : Perbezaan tahap integriti berdasarkan pengalaman mengajar.

Pengalaman

Mengajar  Df 

Jumlah

KuasaDua

Min

KuasaDua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 2 0.06 0.03 0.203 0.816

Dalam Kumpulan 137 21.36 0.16

Jumlah 139 21.43

 Nilai p < 0.05

Merujuk kepada jadual 4.22, analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA) bagi

melihat perbezaan tahap integriti berdasarkan 3 kategori pengalaman mengajar mencatatkan

nilai F = 0.203 dan nilai p = 0.816. Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak dan ini

menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam

kalangan guru ± guru di sekolah menengah berdasarkan faktor demografi pengalaman

mengajar.

d.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalamkalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor demografi

opsyen/bidang matapelajaran.

Page 25: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 25/26

 

Jadual 4.23 : Perbezaan tahap 25ntegrity berdasarkan opsyen/bidang matapelajaran.

Opsyen/Bidang

Matapelajarandf 

Jumlah

Kuasa

Dua

Min

Kuasa

Dua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 3 0.09 0.03 0.193 0.901

Dalam Kumpulan 136 21.34 0.16

Jumlah 139 21.43

 Nilai p < 0.05

Jadual 4.23 menunjukkan analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA) bagi

melihat perbezaan tahap integriti berdasarkan 4 opsyen/bidang matapelajaran iaitu bidang

Sains dan Matematik, Sains Kemasyarakatan, Bahasa dan Teknik dan Vokasional. Pada aras p > 0.05, hipotesis nul gagal ditolak apabila keputusan mencatatkan nilai F = 0.193 dan nilai

 p = 0.901. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

integriti dalam kalangan guru ± guru di sekolah menengah berdasarkan bidang Sains dan

Matematik, Sains Kemasyarakatan, Bahasa dan Teknik dan Vokasional.

e.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam

kalangan guru ± guru di sek olah menengah berdasarkan faktor demografi

bangsa.

Jadual 4.24 : Perbezaan tahap integriti berdasarkan bangsa.

Bangsa Df 

Jumlah

Kuasa

Dua

Min

Kuasa

Dua

Ujian Anova

F Sig. (p)

Antara Kumpulan 2 0.81 0.40 2.68 0.07Dalam Kumpulan 137 20.62 0.15

Jumlah 139 21.43

 Nilai p < 0.05

Page 26: Bab 4

5/12/2018 Bab 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-4-55a4d0b29dca6 26/26

 

Merujuk jadual 4.24, analisis Varian ANOVA Sehala (One way ANOVA)

mencatatkan nilai F = 2.68 dan p = 0.07 bagi ujian perbezaan tahap integriti berdasarkan 3

kategori bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Pada aras p = 0.07 > 0.05, ini menunjukkan

tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap integriti dalam kalangan guru ± guru

di sekolah menengah berdasarkan 3 kategori bangsa iaitu Melayu, India dan Cina. Maka,

hipotesis nul gagal ditolak.

H03. Tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan etika penilaian dengan tahap

integriti dalam kalangan guru-guru di sek olah menengah

Jadual 4.25 : Hubungan antara tahap pengetahuan etika penilaian dengan tahap integriti.

Pemboheubah tidak 

 bersandar Integriti Penilaian

R P

Pengetahuan Etika Penilaian 0.767 0.000

P < 0.05

Hasil ujian korelasi (r) yang digunakan untuk menguji hipotesis H03., iaitu tidak 

terdapat hubungan antara tahap pengetahuan etika penilaian dengan tahap integriti dalam

kalangan guru-guru di sekolah menengah ditunjukkan dalam jadual 4.25. Berdasarkan

keputusan analisis tersebut, nilai koefisien korelasi r mencatatkan nilai r = 0.767 yang

signifikan pada nilai p = 0.000 < 0.05. Merujuk kepada jadual interpretasi korelasi Chua

Yuan Piaw ( 2006), nilai korelasi 0.71 hingga 0.90 menunjukkan terdapat korelasi yang kuat

antara dua pembolehubah tersebut. Maka dengan itu, terdapat hubungan yang kuat antara

tahap pengetahuan etika penilaian dan tahap integriti dalam kalangan guru-guru di sekolah

menengah. Keputusannya, hipotesis nul tidak diterima.