BAB 2 Sel

8

Click here to load reader

description

power point - nota

Transcript of BAB 2 Sel

Page 1: BAB 2 Sel

BAB 2 Sel sebagai unit kehidupan

Page 2: BAB 2 Sel

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus kekal hidup.

Page 3: BAB 2 Sel
Page 4: BAB 2 Sel

2.2 Bagaimana Sel Berfungsi

Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.

Page 5: BAB 2 Sel

Sel Haiwan

Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Page 6: BAB 2 Sel

Sel Tumbuhan

Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.

Page 7: BAB 2 Sel
Page 8: BAB 2 Sel