Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

3
BAB DUA KAJIAN LEP AS 2.1 SEJARAH PENUBUHAN RADIO 2.1.1 Sejarah Radio Dunia Radio merupakan teknologi terawal yang digunakan untuk mengirim arahan dengan cara modulas i dan radiasi elektr omagnet ik (gelombang elektromagnetik). Gelombang ini melintasi dan merambat melalui udara dan ia juga merambat melalui ruang angkasa walaupun tanpa udara serta graviti yang rendah kerana gelombang ini tidak memerlukan medium pengangkutan. Bermakna, gelombang ini boleh bergerak di dalam vakum. Menurut buku Prinsip Asas Fizik Jilid (IV) bertajuk Gelombang, Bunyi dan Optik, cetakan kedua tahun 1996 , gelombang elektromagnet yang terbina dari satu bentuk radi asi el ektromagn et ik ya ng ma na ia te rbent uk keti ka objek bermuatan el ekt ri k dimodulasikan (ditingkatkan kadar frekuensinya) pada frekuensi yang terdapat dalam frekue nsi gelomba ng radio (RF) dalam suatu spektrum elektr omagnet ik. Gelomba ng radio ini ber ada pada jangka uan fre kuen si 10 hert z (Hz ) seh ingga bol eh mencapa i  bebera pa gigahertz (GHz), dan radia si elektromagnetiknya berge rak dengan cara osil asi elektrik ataupun magnetik. Secara umumnya, gelombang elektr omagnet ik boleh dihasilkan daripada cas elekt rik yang dipecutkan. Gelombang ini merupakan gelombang melintang yang terdiri daripada medan elektrik E dan medan magnet B, yang berayun dan saling serenjang antara satu sama lain dan juga terhadap arah rambatannya. Merujuk laman web (http://duniaradio.blogspot.com/2008/02/sejarah-penemuasn- dan-inovasi-radio.html) yang menceritakan serba sedikit mengenai sejarah radio pada awal penemuannya. Gelombang elektromagnetik lain yang memiliki frekuensi di atas gelombang radio juga meliputi sinar gamma, sinar-x, inframerah, ultraungu, dan cahaya tampak. Ketika gelombang radio dipanca rkan melalui kabel, osil asi dari medan elektrik dan magnetik tersebut dinyatakan dalam bentuk arus ulang-alik dan voltan di dalam kabel. Keadaan ini kemudiannya dapat diubah menjadi arahan audio atau dengan kata lainnya ia dapat membawa maklumat. Per kata an ‘Ra diokebi asa any a diguna kan unt uk hal -hal yan g ber kai tan deng an ala t  pe nerima gelombang suara, namun sebenarny a arus perubahan gelombang tela h digunakan sebagai dasar gelombang pada televisyen, radio, radar dan kini telefon bimbit  juga. Di dalam laman web itu juga menceritakan sedikit terperinci mengenai sejarah awal tokoh ya ng menemui gel ombang ele ktr oma gnet ik yang dij ela ska n ole h James Cle rk Maxwell pada tahun 1873 di dada akhbar Royal Society. Pada tahun 1878, David E.

Transcript of Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

Page 1: Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

 

BAB DUA

KAJIAN LEPAS

2.1  SEJARAH PENUBUHAN RADIO 

2.1.1  Sejarah Radio Dunia

Radio merupakan teknologi terawal yang digunakan untuk mengirim arahan dengan cara

modulasi dan radiasi elektromagnetik (gelombang elektromagnetik). Gelombang inimelintasi dan merambat melalui udara dan ia juga merambat melalui ruang angkasa

walaupun tanpa udara serta graviti yang rendah kerana gelombang ini tidak memerlukan

medium pengangkutan. Bermakna, gelombang ini boleh bergerak di dalam vakum.

Menurut buku Prinsip Asas Fizik Jilid (IV) bertajuk Gelombang, Bunyi dan Optik,

cetakan kedua tahun 1996, gelombang elektromagnet yang terbina dari satu bentuk radiasi elektromagnetik yang mana ia terbentuk ketika objek bermuatan elektrik 

dimodulasikan (ditingkatkan kadar frekuensinya) pada frekuensi yang terdapat dalam

frekuensi gelombang radio (RF) dalam suatu spektrum elektromagnetik. Gelombang

radio ini berada pada jangkauan frekuensi 10 hertz (Hz) sehingga boleh mencapai beberapa gigahertz (GHz), dan radiasi elektromagnetiknya bergerak dengan cara osilasi

elektrik ataupun magnetik.

Secara umumnya, gelombang elektromagnetik boleh dihasilkan daripada cas elektrik 

yang dipecutkan. Gelombang ini merupakan gelombang melintang yang terdiri daripada

medan elektrik E dan medan magnet B, yang berayun dan saling serenjang antara satusama lain dan juga terhadap arah rambatannya.

Merujuk laman web (http://duniaradio.blogspot.com/2008/02/sejarah-penemuasn-

dan-inovasi-radio.html) yang menceritakan serba sedikit mengenai sejarah radio pada

awal penemuannya. Gelombang elektromagnetik lain yang memiliki frekuensi di atas

gelombang radio juga meliputi sinar gamma, sinar-x, inframerah, ultraungu, dan cahaya

tampak. Ketika gelombang radio dipancarkan melalui kabel, osilasi dari medan elektrik dan magnetik tersebut dinyatakan dalam bentuk arus ulang-alik dan voltan di dalam

kabel. Keadaan ini kemudiannya dapat diubah menjadi arahan audio atau dengan kata

lainnya ia dapat membawa maklumat.

Perkataan ‘Radio’ kebiasaanya digunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan alat

  penerima gelombang suara, namun sebenarnya arus perubahan gelombang telahdigunakan sebagai dasar gelombang pada televisyen, radio, radar dan kini telefon bimbit

 juga.

Di dalam laman web itu juga menceritakan sedikit terperinci mengenai sejarah awaltokoh yang menemui gelombang elektromagnetik yang dijelaskan oleh James Clerk 

Maxwell pada tahun 1873 di dada akhbar Royal Society. Pada tahun 1878, David E.

Page 2: Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

 

Hughes kemudiannya menjadi orang pertama yang mengirimkan dan menerima

gelombang radio ketika dia mendapati penemuan bahawa keseimbangan induksi

menyebabkan gangguan ke telefon buatannya. Seterusnya dia membuat demonstrasi  penemuannya sekali lagi kepada Royal Society pada tahun 1880. Malangnya

 penemuannya itu dianggap sekadar sebagai induksi.

Tokoh seterusnya, Heinrich Rudolf Hertz pada sekitar tahun 1886 dan 1888, pertama kali

membuktikan teori Maxwell melalui eksperimen, beliau memperagakan bahawa radiasi

radio memiliki seluruh kekuasaan gelombang (kini dikenali sebagai gelombangHertzian). Beliau menemukan persamaan elektromagnetik yang dapat diformulasikan

sebagai persamaan gelombang.

Dunia inovasi radio mencatat nama Guglielmo Marconi sebagai penemu radio. Beliauyang sejak kecil tertarik dengan hasil penemuan Maxwell, Hertz, Righi sehingga ke

Lodge, dan pada tahun 1895 beliau telah membina sebuah makmal di rumah ayahnya di

Pontecchio ketika beliau berusia 21 tahun. Beliau membuat penelitian terhadapgelombang radio yang pada ketika itu disebut sebagai ‘Gelombang Hertzian’ yang

digunakan sebagai medium untuk menghantar arahan telegraf. Ketika itu kabel masih

digunakan untuk menghantar telegraf. Beliau kemudiannya berjaya menghantar arahantelegraf untuk jarak sejauh 2 kilometer. Ketika itu penemuan radio sudah diambang

kejayaannya, oleh kerana itu beliau meminta sokongan dari Department Pos dan Telegraf 

Itali. Malangnya para birokrat Itali langsung tidak berminat dengan kejayaan beliau itu.

Marconi yang tidak berputus asa kemudiannya menghubungi Dinas Pos Inggeris. William

Preece, ketua senior Dinas Pos Inggeris kemudiannya sudi bertemu dengannya lalu

Marconi datang mempamerkan kemampuan radio ciptaannya buat pertama kalinya didataran Salisbury menyeberangi Bristol Channel. William Preece akhirnya berminat

terhadap ciptaan Marconi. Marconi kemudiannya membuka perniagaan The Wireless

Telegraph & Signal Company Limited pada tahun 1897, yang kemudiannya diubahmenjadi Marconi’s Wireless Telegraph Company Limited.

Selama satu dekat sehingga tahun 1912, beliau mengekalkan sejumlah penemuan untuk menyempurnakan sistem radio yang telah diciptanya. Pada tahun 1909 beliau mendapat

anugerah Nobel dalam bidang Fizik.

Watak seterusnya ialah Edwin Howard Amstrong yang mencatatkan namanya sebagaiorang pertama yang menemui Radio FM. Pada usia 14 tahun, beliau telah membaca buku

telegraf karangan Marconi. Beliau yang sangat mengagumi Marconi kemudiannya

  berhasrat tinggi untuk menyempurnakan kajian radio ciptaan Marconi. Amstrongkemudiannya membuat sendiri radio dengan kepekaan suara yang lebih tinggi serta

membuat stesen radio di rumahnya. Oleh kerana itu beliau memasuki Fakulti Teknik 

Elektrik di Universiti Columbia. Beliau berjaya lulus dan menjadi pengetua dan senior dalam jurusan elektrik.

Pada tahun 1912, Amstrong berjaya membina litar regeneratif dan litar ulang-alik. Beliau

 juga mengkaji tabung vakum buatan De Forest yang dikenali sebagai trioda dan audion.

Page 3: Bab 2 - 1 Sejarah Penubuhan Radio

 

Amstrong menggabungkan penemuannya dengan tabung vakum buatan De Forest dan

hasilnya, tabung tersebut mengeluarkan suara beribu-ribu kali lebih jelas dan peka.

Sayangnya, De Forest menganggap penemuan itu sebagai hak miliknya. Mereka

memperebutkan hak ciptaan masing-masing selama hampir 14 tahun di pengadilan.

Akhirnya, kejayaan mutlak menjadi milik De Forest sekaligus memperkatakan bahawakejayaan Amstrong itu juga miliknya berikutan para hakim ketika itu tidak memahami

ilmu keelektrikkan. Namun para ilmuan tetap menganggap Amstrong sebagai orang

 pertama yang menemui litar dan FM radio. Beliau dianugerahkan dengan Medal Franklindan mendapat julukan sebagai ‘Bapa Litar’.

Hasil daripada penemuan para pengkaji terawal telah menjadikan dunia radio semakin

moden. Seterusnya radio banyak digunakan dalam bidang maritim bagi mengirimkan  pesanan telegraf menggunakan kod Morse antara kapal laut dan darat. Salah satu

 penemuan awal termasuk Angkatan Laut Jepun yang melakukan perisikan terhadap

armada Rusia ketika zaman Perang Tsushima pada tahun 1901. Salah satu sejarah tragisyang dikenangi sehingga kini ialah pada ketika tenggelamnya RMS Titanic pada tahun

1912 yang menggunakan komunikasi antara operator di kapal yang tenggelam dengan

kapal terdekat untuk meneruskan komunikasi ke pengkalan darat berdaftar yangterselamat.

Melalui laman web yang sama juga menjelaskan mengenai perkhidmatan radio yang

digunakan untuk menyalurkan arahan dan komunikasi antara Angkatan Darat danAngkatan Laut di kedua pihak ketika zaman Perang Dunia Kedua; Jerman menggunakan

komunikasi radio untuk menghantar pesanan diplomatik ketika peristiwa kabel bawah

lautnya dipotong oleh Britain. Seterusnya revolusi penggunaan radio semakin memantapapabila munculnya pesawat radio, penggunaan telefon serta radio mampu membuat

siaran ulangan bagi program radio sekitar tahun 1920-an dan 1930-an.