BAB 1 SKSP
-
Upload
ammarimran91 -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
description
Transcript of BAB 1 SKSP
SEKOLAH KAJIAN
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani.
Jalan Sekerat,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
MAKLUMAT AM SEKOLAH:
Guru Besar : Junaidah Tahir
Pen. Kanan 1: Hasmah bt Ismail
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : Zaiton bt Ramli
Pen. Kanan Kokorikulum : Barathi a/l Perumal
Penyelia Petang : Nordin bin Abdullah
Kod Sekolah : KBA 3036
Gred Sekolah : A
Lokasi Sekolah : Bandar
Keluasan : 215 hektar
Lot Nombor : KN 1972
LOKASI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani terletak di Jalan Sekerat yang berdekatan dengan
RISDA dan Kuil Ghandi Hall. Sekolah ini juga berhampiran dengan kawasan pusat
Bandar Sungai Petani. Dari pusat Bandar sekolah ini juga akan melalui jalan keretapi,
perhentian bas express dan terdapat pasar sekiranya melalui jalan yang berhampiran
pusat Bandar. Di berhampiran guru pelatih terdapat juga laluan yang menpunyai
sebuah Institut Kemahiran Mara.Dari kediaman guru pelatih sekiranya ingin datang ke
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani akan melalui jalan Kg Baru berhadapan dengan
hospital Sungai Petani dan penjara Sungai Petani. Kemudian guru pelatih akan melalui
Jalan Sekerat yang merupakan jalan utama ke sekolah ini. Di Jalan Sekerat terdapat
Kuih Ganhi Hall dan RISDA dan terdapat lampu isyarat. Di Jalan Sekerat terdapatnya
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Jalan Sekerat, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul
Aman. ( lihat lampiran sebelah ).
ANALISIS LOGO
Logo sekolah melambangkan hasrat dan objektif sekolah bagi melahirkan insan
yang berwawasan dan berketrampilan.
Ia terbahagi kepada tujuh bahagian:
1. Simbol Buku melambangkan sumber utma ilmu yang membimbing dan memberi
inspirasi kepada pelajar.
2. Roda bergigi lapan melambangkan lapan agenda wawasan pendidikan selaras
dengan prinsip pendidikan negara.
3. Simbol Obor yang menyala melambangkan semangat kesukanan dan
setiakawan serta kesungguhan mendapatkan ilmu.
4. Simbol komputer melambangkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan dalam
bidang pendidikan sains dan teknologi bagi melahirkan pelajar yang kreatif,
inovatif dan imaginatif
5. Simbol separuh bulatan yang berwarna hijau dan bercogankata “Berusaha
Berjaya” melambangkan pelbagai usaha ke arah pencapaian ilmu dan kejayaan
dengan cemerlang dan berwawasan.
6. Simbol hitam dan putih melambangkan kesucian jiwa pendidik bagi menerapkan
nilai-nilai murni dan kecekalan pelajar menghadapi cabaran.
ANALISIS WARNA LOGO
WARNA
PUTIH : Melambangkan kesucian.
MERAH : Melambangkan kesungguhan pelajar dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum tercapai dengan jayanya.
KUNING : Melambangkan pegangan konsep rukunegara.
HIJAU : Melambangkan kepercayaan kepada tuhan semangat perpaduan dan
semangat ke arah menghijaukan sekolah menjadi sekolah dalam
taman.
HITAM : Melambangkan kecekalan menghadapi cabaran.
LAGU SEKOLAH
AZAM KAMI
Berusaha bertekun belajar
Itulah harapan kami
Menunai janji pada ayah dan bonda
Berbakti kepada negara
Itulah azam kami
Putera-puteri SKSP
Kami berikrar dan berjanji
Menjaga disiplin dan menghormati
Guru-guru yang mendidik kami
Menjadi orang yang disayangi
Lagu: Zaiton Abd Rahman
Lirik: Sariah Baharom
BENDERA SEKOLAH
ANALISIS WARNA BENDERA
WARNA DAN TAKRIF:
Hijau : melambangkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat perpaduan dan
proses dinamik ke arah menceriakan sekolah.
Kuning : melambangkan pegangan konsep Rukunegara.
Merah : melambangkan kesungguhan pelajar dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.
VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI BERILTIZAM MELAHIRKAN MODAL
INSAN BERDIKARI, BERWAJA DIRI DAN BERJASA KEPADA NEGARA
MISI
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani akan berusaha untuk
Membina jati diri murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek
Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu P&P
Melaksanakan program-program peningkatan produktiviti dalam P&P seiring
dengan perkembangan sains dan teknologi
Mewujudkan budaya sekolah yang mendorong murid mengamalkan ciri-ciri
akhlak mulia dan nilai-nilai yang murni
Mewujudkan prasarana yang sempurna, selamat, kondusif dan ceria
Membina hubungan baik dan telus dengan pihak bertanggung jawab, ibu bapa
dan komuniti ke arah kecemerlangan akademik dan sekolah
SLOGAN
“ SEMARAKKAN KERJASAMA SERLAHKAN POTENSI ”
PIAGAM PELANGGAN
1. Membentuk sahsiah pelajar supaya berilmu, berakhlak dan berwawasan dengan
mengamalkan nilai-nilai murni
2. Mendidik pelajar ke arah berdaya maju dan seterusnya dapat menyumbang
untuk pembangunan negara
3. Berusaha untuk mewujudkan iklim sekolah yang ceria, mesra, bersih dan cantik
4. Mempertingkatkan taraf profesionalisme guru dan kaki tangan melalui program
yang terancang dan tersusun.
5. Mengamalkan daya fikir positif, cekap, amanah dan penyayang di kalangan
komuniti sekolah.
6. Melahirkan hubungan yang mesra antara komuniti sekolah dengan masyarakat
luar bagi mewujudkan masyarakat yang bekerjasama.
7. Berusaha untuk melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.
Maklumat Murid SK Sungai Petani
TAHUN MELAYU INDIA CINA
LAIN-
LAIN JUMLAH
JUM
Besar
L P L P L P L P L P
1 114 84 6 3 3 123 87 210
2 145 131 4 5 2 1 151 137 288
3 137 121 9 8 1 147 129 276
4 121 95 8 3 1 130 98 228
5 131 123 10 2 1 141 125 266
6 126 110 12 16 139 126 265
JUMLAH 774 664 49 37 2 6 831 702 1533
Enrolmen Murid SKSP
Bilangan Guru dan Kakitangan Sokongan
GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
DG 41
DC 41
DGA 32
DGA 32
( TIME BASED )
DGA 29
SAR
j-QAF
PINJAM
PPD/KMY
JUMLAH 77
Enrolmen Guru SKSP
Sejarah Sekolah
LATAR BELAKANG SEKOLAH
(sejarah)
Bangunan asal sekolah ialah sebuah rumah seorang kontraktor bernama Tuan
Robe yang diperolehi pada tahun 1932 dan dijadikan Sekolah Kebangsaan Perempuan
Sungai Petani.
Puan Hajah Ramlah Binti Hussain ialah Guru Besar pertama sekolah ini berkhidmat dari
tahun 1932 sehingga 1953 dengan 5 orang guru, 92 orang murid darjah 1 hingga 4
sahaja.
Bangunan 127B dan 127C dibina pada tahun 1952.Guru Besar kedua ialah Puan
Aishah Abu Bakar berkhidmat dari Mac 1953 sehingga Mei 1957 dengan 15 orang guru,
414 orang guru dalam 15 kelas pagi dan petang.
Guru Besar ketiga ialah Puan Hajah Itam Abu Bakar PJK berkhidmat dari 22
April 1957 sehingga 5 Mei 1982 dengan 19 orang guru, 495 orang murid dalam 16
kelas pagi dan petang.
Sekolah bertukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Petani apabila murid
lelaki tahun 1 mula diterima belajar pada 1 Januari 1975. Bangunan 3 tingkat KP.1469
dibina pada tahun 1980. Bangunan A telah diambilalih oleh PPD pada tahun 1982.
Guru Besar keempat ialah Encik Abdul Rashid Abdullah PJK berkhidmat dari 1
Ogos 1982 sehingga 30 April 1984. Guru Besar kelima ialah Encik Abd. Rahman Abd.
Rahim PCK berkhidmat dari 1 Mei 1984 hingga 1 September 1986. Bangunan pasang
siap 4 bilik darjah dibina pada tahun 1985 dan diambil oleh PPD.
Guru Besar keenam ialah Encik Mustapha Hussain PJK berkhidmat dari 1 September
1986 hingga 21 Ogos 1988 dengan 37 orang guru, 6 orang pekerja dan 1031 orang
murid dalam 22 kelas pagi dan petang. Guru Besar ketujuh ialah Encik Abdullah Ahmad
PJK berkhidmat dari 16 Februari 1989 hingga 1 Jun 1992 dengan 41 orang guru, 8
orang pekerja dan 1145 orang murid dalam 23 kelas pagi dan petang.
Bangunan 4 tingkat mula digunakan pada 1 Januari 1990. Guru Besar kelapan
ialah Encik Abdul Aziz Osman berkhidmat dari 1 Jun 1992 hingga 15 April 1994 dengan
84 orang guru, 8 orang pekerja dan 2316 orang murid dalam 50 kelas pagi dan petang.
Sekolah dibahagi dua menjadi SKSP 1 dan SKSP 2 pada 1 Januari 1995.
SKSP 2 berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Ria pada Januari 1998. Guru
Besar kesembilan ialah Encik Mohd Akhir Awang berkhidmat dari 12 Mei 1999 hingga
28 Mei 2001. Guru Besar kesepuluh ialah Encik Hamzah Abdullah berkhidmat dari 29
Mei 1999 hingga 15 April 2004. Guru Besar kesebelas ialah Encik Rohizad Shariff
berkhidmat dari 16 April 2004 . Guru besar Sekarang ialah Pn.Junaidah bt Tahir.
Beliau mula berkhidmat di SKSP dari 16 Mei 2008 hingga kini. Selaras dengan
kewibawaan beliau SKSP kini mengorak langkah ke arah kecemerlangan.