B2 morfologi (membina ayat)
-
Upload
saharuddin-abdullah -
Category
Education
-
view
142 -
download
0
Transcript of B2 morfologi (membina ayat)
Saharuddin AbdullahSMK Sijangkang Jaya
Kemahiran BerbahasaLaluan Morfologi
3
Membina ayat
6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.– 2. Bentuk kata yang disediakan untuk membina ayat ada 2 jenis, iaitu ;
• a. Kata tunggal• b. Pasangan kata
– Terdapat 3-6 patah perkataan/pasangan kata akan dikemukakan. – Terdapat 12 jenis soalan membina ayat.
4
a. Membina ayat daripada kata ganda
Ada 5 jenis kata ganda Kata ganda seluruh Kata ganda semu Kata ganda separa Kata ganda berima/bersajak Kata ganda berimbuhan
Contoh : Ayah dan ibu sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari kampung. Keadaan di pasar raya itu menjadi kelam-kabut apabila berlaku satu letupan. Kakak mengambil masa yang agak lama untuk memakai kanta sesentuh itu.
b. Membina ayat daripada kata yang hampir sama makna.
Contoh ayat : Ibu merebus ketupat untuk dijadikan hidangan pada hari raya pertama. Izzah ditugaskan menanak nasi pada setiap hari sewaktu perkhemahan itu Puan Khasnah mengukus pulut untuk dimakan bersama kuah durian….. Kami menjerang air menggunakan cerek elektrik yang baharu dibeli …. Abang memanggang ayam di halaman rumah untuk dijadikan juadah …. Pak Lang menggoreng beberapa ekor ikan untuk dibawa berkelah….
merebus merebus menanakmenanak mengukusmengukus
5
menggorengmenggoreng memanggangmemanggang menjerangmenjerang
c. Membina ayat daripada kata dasar dan kata terbitan
hati berhati-hati memperhatikan
perhatianperhatian pemerhatianpemerhatian pemerhatipemerhati
6
Hati lembu itu dijual dengan harga RM25.00 sekilogram olen peniaga … Orang ramai diminta berhati-hati apabila melalui lorong yang gelap itu. Guru disiplin sedang memperhatikan gerak-geri sekumpulan pelajar yang
berada dibelakang kantin. Semua pelajar memberikan perhatian terhadap ceramah yang
disampaikan oleh Ketua Polis Balai. Pemerhatian yang rapi diberikan oleh doktor kepada pesakit kronik itu. Pemerhati politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada tahun ini
Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda seluruh
tua – tua-tuajarang – jarang-jarangangkut – angkut-angkut
7
Contoh ayat:Pekerja itu memetik semua buah mangga yang sudah tua pada pokok itu.Orang tua-tua tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan itu.Pakaian jarang tidak manis dipakai oleh golongan wanita Melayu.Sejak kejadian itu, saya lihat Aminah jarang-jarang keluar rumah.“Tolong angkut semua barang-barang itu ke bilik guru,” arah Pengetua ….Sarang angkut-angkut itu telah dibuang oleh ayah pada petang semalam.
d. Membina ayat daripada kata homograf(kata sama ejaan tapi lain sebutan)
selak – selak sepak – sepak rendang – rendang
8
Selak pintu rumah saya telah dikopak oleh pencuri pada malam kelmarin. “Selak helaian buku itu satu persatu untuk mencari ayat yang saya tulis di
papan putih ini,” arah cikgu Abel kepada pelajarnya. “Sila sepak bola itu ke arah adik kamu,” pinta ayah kepada abang. “Tergamak kamu sepak muka adik kamu,” marah ayah pada kakak. Pelajar 5 Sains 1 membawa rendang ayam untuk majlis jamuan hari raya. Pohon rendang di tepi jalan itu dijadikan tempat bertuduh oleh para
pelajar.
e. Membina ayat daripada kata terbitan
membawa – pembawaanmembawa – pembawaan menentang – penentangan membakar - pembakaran
9
Bas itu membawa 40 orang pelajar mengikuti rombongan sekolah ke …. “Kamu muntah-muntah ni sebab pembawaan budak,” kata ibu pada kakak. Sekolah Sijangkang akan menentang pasukan Sekolah Jenjarom dalam
perlawanan akhir pertandingan bola sepak. Penentangan Orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union
menyebabkan pihak Inggeris terpaksa mengalah. Pak Kamal membakar sampah-sarap di belakang rumah pada petang tadi Pembakaran sampah secara terbuka dilarang oleh pihak berkuasa.
f. Membina ayat daripada kata majmuk dan kata ganda seluruh
panas terik – panas-panas tinggi lampai – tinggi-tinggi pahit maung – pahit pahit
10
Contoh ayat. “Sedap sungguh pisang goreng ini bila dimakan panas-panas,” kata Faiz ... Pelajar itu dijemur di bawah panas terik matahari kerana merokok di
kawasan sekolah. Pramugara yang tinggi lampai itu ditemui mati di rumah sewanya. “Lompat tinggi-tinggi supaya kamu boleh mengambil buah mempelam itu”.. Semua kenangan pahit manis sepanjang perjalanan hidupnya akan
dibukukan. “Ubat yang saya makan tadi pahit-pahit belaka,” beritahu Ali kepada Abu
g. Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda berimbuhan
tendang – tendang–menendang malam – semalam-malaman patah – mematah-matahkan
11
Contoh ayat. “Janganlah tendang barang-barang tu,” marah ayah pada adik. Kejadian tendang-menendang antara dua kumpulan pelajar telah mencetuskan
pergaduhan besar. Setiap malam kami akan mengikuti program pengajian di masjid. Semalam-malaman kami mencari kanak-kanak yang hilang itu tetapi …. Kerusi antic itu patah diterajang oleh beberapa orang budak nakal. Kamal mematah-matahkan ranting kayu untuk dijadikan unggun api.
h. Membina ayat daripada kata dasar dan kata majmuk
gulung – gulung tikargulung – gulung tikar cabut – cabut lari hentam – hentam keromo
12
Contoh ayat: “Tolong gulung tikar itu dan simpan di dalam setor,” pinta Pak Ali kepada … Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana ekonomi dunia meleset. “Tolong cabut kayu yang kamu tanam di hadapan rumah, “ pinta ibu kepada ayah. Peserta kursus itu cabut lari apabila terserempak dengan orang gila. “Siapkan kerja kamu dengan sempurna, jangan buat hentam saja,” nasihat
guru kepada pelajarnya. Jawapan yang ditulis secara hentam keromo ketika menjawab soalan ujian
menyebabkan Alis gagal dalam peperiksaan itu.
i. Membina ayat daripada kata ganda seluruh dan kata terbitan
terang – terangterang – terang menerangkan masak-masak
memasakkanmemasakkan rata-ratarata-rata meratakanmeratakan
13
Contoh ayat. Perbuatan yang dilakukan oleh pemandu itu terang-terang menyalahi
peraturan lalu-lintas. Cikgu menerangkan cara-cara menjawab soalan bahagian rumusan. Fikirlah masak-masak sebelum anda mengambil tindakan terhadapnya. Syawal memasakkan sup ayam untuk isterinya sebagai juadah tengah hari Rata-rata pelajar sekolah ini berbasikal ke sekolah pada setiap hari Jentera jentolak itu telah selesai meratakan tanah dihadapan sekolah
saya.
j. Membina ayat daripada kata yang berbezamaknanya tetapi hampir sama bunyi
tempoh tempuh kebas
kebahkebah rentaprentap rentakrentak
14
Contoh ayat: Pegawai itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan. Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu. “Sampai hati awak kebas barang peniaga itu,” kata Azli kepada rakannya. Pak Cik Iwan baru saja kebah daripada demam selesema. “Jangan kamu rentap joran itu, nanti ikannya terlepas,” tegur Naim. Pelajar itu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.
k. Membina ayat daripada kata banyak makna
haus buku batas
15
Contoh ayat: Amran berasa haus kerana cuaca hari ini sangat panas. Tayar kereta itu telah haus dan boleh mengakibatkan kemalangan. Semua buku kerja itu telah disemak oleh guru. Kami membeli beberapa buku roti untuk dibawa ke program itu. Islam telah menetapkan had batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sayur-sayuran itu ditanam di atas batas yang telah digembur.
Teknik Membina ayat
16
17
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap,sempurna dan gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang pelajar SPM.
Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas patah perkataan bagi membina ayat daripada satu perkataan.
Ayat yang dibina mesti dapat membezakan makna kata yang diberikan.Sekiranya ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna kata,maka markah tidak dapat diberikan.
18
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ingat, makna sesuatu perkataan dapat berubah melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru elakkan daripada :
i. menambahkan/menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : meningkat ------- meningkatkan )
ii. Elakkan menggandakan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak -------- anak-anak ) iii. Elakkan memajmukkan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak------- anak buah )
19
TEKNIK MEMBINA AYAT
Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata atau simpulan bahasa daripada kata yang diberikan dalam soalan.
( cth : bahasa ----- Bahasa Jiwa Bangsa ) Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai
kata nama khas ( cth:genting-Genting Highlands) Jika membuat ayat daripada pasangan perkataan,namun jawapan
pelajar tidak menunjukkan perbezaan maksud, ayat pertama yang betul akan diberikan markah.
20
TEKNIK MEMBINA AYAT
Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi perkataan yang tidak berimbuhan) tetapi peraturan menulis bentuk cakap ajuk mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian, setengah markah akan dipotong.
Cth perkataan : pukul Cth ayat : “Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu takut anjing itu mungkin
akan menggigit adik kamu yang sedang bermain di taman itu,” kata ibu kepada Anjeli.
Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar senang dikesan oleh pemeriksa.
21
TEKNIK MEMBINA AYAT
Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan bahasa. Setengah markah akan dipotong jika terdapat kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca atau struktur ayat yang tidak jelas.
Salah satu daripada syarat membina ayat dalam Soalan 3a ialah ayat yang dibina mestilah terdiri daripada SATU AYAT SAHAJA. Oleh hal yang demikian, pelajar tidak dibenarkan membina dua ayat atau lebih bagi sesuatu perkataan( kecuali homograf atau ada arahan yang mengatakan sebaliknya)
Cth : Orang tua itu bongkok. Oleh itu, dia berjalan dengan menggunakan tongkat. ( salah )
22
TEKNIK MEMBINA AYAT
Orang tua yang bongkok itu berjalan dengan menggunakan tongkat (betul)Elak menggunakan semua perkataan yang diberikan untuk membina SATU ayat sahaja.
Cth perkataan : pendidik, mendidik, pendidikan, didik, Cth ayat : Pendidik itu gigih mendidik anak didiknya kerana beliau
mahu mereka memperoleh pendidikan yang sempurna.
Latihan 1.
stesenstesen pencenpencen lesenlesen opsyenopsyen eksyeneksyen komitmenkomitmen
23
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.
Latihan 1.
kelangsungan – melangsungkankelangsungan – melangsungkan Kedalaman – mendalamkanKedalaman – mendalamkan Kesamaan - menyamakanKesamaan - menyamakan
24
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.
Latihan 1.
•amalamal•beramalberamal•mengamalkanmengamalkan•amalanamalan•pengamalanpengamalan•pengamalpengamal
25
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.
Latihan 1.
sebaksebak sesaksesak segaksegak ramahramah resahresah redahredah
26
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.
Latihan 1.
menjangkaumenjangkau melangkaumelangkau merayaumerayau memantaumemantau merantaumerantau memukaumemukau
27
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.
28
Sekian, terima kasih.
Kuasai bahasa anda dengan betulKuasai bahasa anda dengan betul