B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf ·...
Transcript of B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf ·...
B10.2#:#ELEKTRIK#&#TELEKOMUNIKASI#
BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL
B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal
B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan
B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan
B4.0 Perindustrian
B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau
B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan
B7.0 Pelancongan
B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan
B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan
B10.0 BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS, TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR
B11.0 Saliran Dan Perparitan
B12.0 Sistem Pembentungan
B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid
B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya
B15.0 Pemeliharaan Warisan
kajian rancangan struktur negeri selangor 2035
laporan tinjauan
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-28
B10.2 BEKALAN ELEKTRIK Sistem bekalan elektrik secara amnya terdiri dari peringkat penjanaan, transmisi dan
juga pengagihan. Laporan ini akan memberi maklumat berkaitan proses bekalan dengan
penekanan terhadap aspek keupayaan dan juga permintaan dan juga isu-isu yang
berkaitan.
B10.2.1 Keupayaan dan Permintaan Bekalan Elektrik
Keupayaan penjanaan elektrik untuk Negeri Selangor dibekalkan oleh tiga buah loji TNB
dan sebuah loji janakuasa persendirian. Loji-loji tersebut ialah:
i. Loji janakuasa Connought Bridge, Klang; kapasiti 832 MW
ii. Loji janakuasa Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Kapar; kapasiti 2,420 MW
iii. Loji janakuasa Putrajaya, Serdang; kapasiti 625 MW
iv. Loji janakuasa IPP Genting Sanyen (persendirian); kapasiti 720 MW.
Keupayaan keseluruhan penjanaan tenaga elektrik loji-loji tersebut ialah sekitar 12,000
MVA.
Permintaan keseluruhan bekalan elektrik di Negeri Selangor dianggarkan 4,400 MW.
Jumlah ini merupakan 25% daripada permintaan di seluruh Semenanjung Malaysia yang
dianggarkan pada 13,000 MW. Sektor industri adalah pengguna utama dari segi
permintaan dengan anggaran 50% daripada permintaan keseluruhan. Ini diikuti oleh
sektor perumahan pada 30% dan komersial pada 20%. Terdapat reserve margin yang
tinggi secara relatif, di mana permintaan dibandingkan dengan keupayaan. Dengan itu,
tidak terdapat isu bekalan pada masa kini.
B10.2.2 Penyampaian Bekalan Elektrik ke Negeri Selangor
Secara keseluruhan, kategori pencawang dan jumlahnya di negeri Selangor adalah
seperti berikut:
i. Pencawang Masuk Utama (PMU) / Stesen Suis Utama (SSU) - 70 buah
ii. Pencawang Pembahagian Utama (PPU) / Stesen Suis (SS) - 190 buah
iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah
Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU dan PPU, dan juga keupayaan dipasang
(installed capacity) dan permintaan maksimum (maximum demand, MD) bagi setiap zon
TNB di Negeri Selangor:Reserve margin bagi setiap zon TNB masih lagi selesa dan
dijangkakan tidak akan berlaku isu kekurangan bekalan untuk tempoh terdekat. Zon-zon
yang didapati menghasilkan permintaan yang tinggi ialah Klang, Shah Alam, Petaling Jaya
dan Subang Jaya. Sementara itu, zon Kuala Selangor merupakan yang terendah.
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-29
Jadual B10.19: Keupayaan dan Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Zon Zon Jumlah
PMU Jumlah
PPU Installed
Capacity (MVA) Maximum
Demand (MW) Bandar Baru Bangi 5 17 1200 350 Banting 4 13 660 140 Cheras 2 9 570 200 Klang 7 18 1500 520 Kuala Selangor 4 8 510 112 Petaling Jaya 4 32 2010 470 Pelabuhan Klang 3 9 700 210 Rawang 6 15 1220 270 Shah Alam 10 20 1800 500 Subang Jaya 3 26 1600 460
Sumber: Tenaga Nasional Berhad, 2013
Rajah B10.5 menunjukkan laluan grid nasional dan kedudukan infrastruktur elektrik
utama untuk Negeri Selangor.Penyampaian bekalan elektrik adalah melalui PMU dan
PPU yang disambung terus ke talian grid tersebut. Penyampaian bekalan elektrik kini
menyeluruhi Negeri Selangor.
Walaupun tidak terdapat isu penyampaian yang ketara, terdapat situasi pihak TNB tidak
dapat melaksanakan pemasangan rentis yang baru di sebabkan faktor-faktor bukan
teknikal. Antaranya ialah projek Central Area Reinforcement (CAR) di Rawang yang
merupakan projek sistem back-up bekalan elektrik dan juga talian rentis di Mahkota
Cheras.
B10.2.3 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Bekalan Elektrik
Pemakaian teknologi hijau dalam sistem bekalan elektrik bertumpu kepada aspek
pengurangan pengunaan tenaga melalui cara-cara tertentu seperti menggunakan lampu
LED, teknologi janakuasa yang mesra alam dan juga penggunaan tenaga diguna semula
ataupun renewable energy (RE) sebagai alternatif kepada sistem konvensional tenaga
elektrik.
Negeri Selangor berpotensi mengamalkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui
(renewable energy), terutamanya tenaga solar sebagai alternatif kepada bekalan elektrik
konvensional.Disebabkan kos awalan yang tinggi dalam memasang kelengkapan tenaga
solar seperti panel dan bateri storan, insentif perlu diberikan oleh pihak berkuasa
terhadap pemunya bangunan supaya terdapat pulangan balik yang menarik terhadap
pelaburan terhadap kuasa solar ini. Penggunaan kaedah Feed In Tariff (FIT) dicadangkan
di mana lebihan kuasa yang dijanakan oleh bangunan-bangunan terlibat boleh dijual
kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kadar premium. Segala garis panduan
tentang kaedah FIT ini hendahlah merujuk kepada Sustainable Energy Development Authority (SEDA).
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-31
Tenaga boleh diperbaharui boleh juga diperolehi menggunakan biojisim (biomass) yang
kini diamalkan oleh sesetengah industri, namun bukan dengan skala yang besar. Selain
dari itu, sisa pepejal terutamanya bahan plastik boleh juga digunakan sebagai bahan
untuk tenaga. Ianya kini dipraktikkan di loji RDF di Semenyih, Hulu Langat dimana sisa
plastik dalam bentuk fluffdigunakan sebagai bahan api untuk menghasilkan stim bagi
menggerakkan turbin dan menjanakan elektrik. Tenaga elektrik dihubung ke grid
normal, terletak di dalam kawasan loji. Di samping itu, gas metana daripada tapak
pelupusan juga boleh dijadikan sebagai sumber bekalan elektrik.
Walaubagaimanapun, beberapa faktor perlu diambil kira apabila menggunakan kaedah
alternatif dalam menghasikan bekalan elektrik. Antaranya ialah impak terhadap alam
sekitar, seperti potensi untuk lepasan gas beracun seperti dioxin dan furan dan juga
faktor kos kapital dan kos penyelenggaraan.
B10.2.4 Pembangunan Komited Pihak TNB telah mengenal pasti cadangan talian penghantaran yang memerlukan rizab
laluan yang baru dan juga menaik taraf talian sedia ada. Cadangan-cadangan adalah
seperti berikut:
i. Talias atas 275kV dari Kapar – Kuala Selangor – Sungai Besar – Hutan Melintang
– Air Tawar
ii. Talian atas 500kV dari Tanjung Leman – Hulu Langat
iii. Talian atas 500kV dari Olak Lempit – Tanjung Rhu
iv. Talian atas 132kV dari Tanjung Rhu – Pulau Indah
v. Talian atas 132kV dari Paya Jaras – Batu arang
vi. Talian atas 500kV dari Bentong – Lenggeng
vii. Talian atas 500kV dari Tapah – Bentong
viii. Talian atas 132kV dari Bukit Kapar – Klang
ix. Talian atas 500kv dari stesen Janakuasa Jimah ke PMK Olak Lempit
B10.2.5 Unjuran
Permintaan bekalan elektrik sehingga tahun 2035 diunjur berdasarkan rujukan kepada pihak TNB dan juga merujuk kepada unjuran bilangan rumah, ruang lantai industri dan juga komersial. Pihak TNB juga membuat enyemakan berkala tentang permintaan dan mengambil langkah susulan mengikut keadaan.
Unjuran mendapati sejumlah 7,918 MW bekalan elektrik diperlukan untuk menampung keperluan menjelang tahun 2035. Keperluan ini masih dapat ditampung oleh kapasiti bekalan sedia ada yang berjumlah 11,000 MW (Jadual B10.20 dan Rajah B10.6).
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-32
Jadual B10.20: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik Sehingga Tahun 2035
Tahun 2010 2015 2020 2025 2030 2035
Daerah Penggunaan (MW) Sabak Bernam 48 56 66 80 99 111
Kuala Selangor 138 159 186 216 249 284
Hulu Selangor 277 338 437 460 545 577
Gombak 497 581 708 784 847 980
Hulu Langat 852 1024 1216 1410 1509 1642
Petaling 1529 1653 1793 1849 1924 2048
Klang 719 846 984 1068 1196 1278
Kuala Langat 245 292 362 429 500 545
Sepang 175 208 273 331 395 454 Jumlah Penggunaan (MW) 4,479 5,157 6,026 6,629 7,264 7,918
Unjuran TNB 3,748 4,164 4,909 5,382 5,832 5,990 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Tenaga Nasional Berhad (2013)
Rajah B10.6: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik serta Kapasiti Bekalan
Elektrik Semasa
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Tenaga Nasional Berhad (2013)
MW Tahun
11000
3748 4164
4909 5382
5823 5990
4474 5157
6026 6629
7264 7918
2010 2015 2020 2025 2030 2035
Kapasiti semasa
Unjuran TNB
Unjuran kajian
Kadar Penggunaan Elektrik (MW)
Tahun
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-33
B10.2.6 Indikator dan Sasaran
Jadual B10.21: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Bekalan Elektrik
Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)
Pencapaian Semasa (2012)
Sasaran (Tahun 2035)
Keboleharapan (service factor) untuk bekalan elektrik; indeks SAIDI
20 minit/tahun (Singapura)
66 minit/tahun 50 minit/tahun
Minima Reserve Margin untuk bekalan elektrik
- 40% <40%
Kadar liputan perkhidmatan untuk bekalan elektrik
100% 100% 100% (tercapai)
Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara
B10.2.7 Cadangan Am
i. Menampung Bekalan Pada Masa Hadapan Selain daripada perancangan masa panjang, perancangan masa dekat dan sederhana
juga diperlukan. Dengan itu, permintaan dapat dilaksanakan tanpa memberi kesan
terhadap sistem bekalan.
Antara langkah yang perlu diambil ialah menambah rentis utama (back bone line atau
trunk line) 500 kV di Negeri Selangor.Di samping itu, talian 132 kV semasa boleh
dinaiktaraf kepada 275 kV di kawasan-kawasan yang berkaitan. Talian 132 kV pula
boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih pedalaman.
Langkah-langkah penjanaan bekalan elektrik menggunakan tenaga yang diperbaharui
(renewable energy) juga harus digalakkan pada skala kecil dan sederhana. Antara lain,
sistem solar dan mini hidro yang merupakan sistem yang mampan boleh
diperkenalkan untuk bekalan bagi skala kecil seperti sistem lampu jalan, sistem lampu
perhentian bas ataupun bekalan elektrik untuk kawasan pedalaman.
ii. Penyediaan talian CAR sebagai sistem 'back up' Meneruskan cadangan penyediaan talian CAR sebagai sistem 'back up'. Ketiadaan
talian ini boleh menjejaskan bekalan ke Lembah Klang sekiranya berlaku kerosakan
atau kemalangan kepada janakuasa-janakuasa tempatan.
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-34
iii. Penggunaan Rizab Rentis Mengoptimumkan penggunaan rizab rentis dengan aktiviti yang sesuai. Perundingan
hendaklah dibuat di antara pihak-pihak berkenaan tentang penggunaan tanah rizab
talian rentis. Garispanduan penggunaan rizab berkenaan boleh dikaji semula dari masa
ke semasa.
iii. Pelaksanaan Dasar Tanpa Korekan (Common Trenching) Konsep Common Trenching untuk laluan utiliti memberi manfaat dari segi penyediaan
jajaran dan terdapat di dalam Garis Panduan JPBD. Ianya sesuai untuk pembangunan
di kawasan yang baru dibuka di mana belum lagi terdapat kemudahan utiliti.
Koordinasi di antara pelbagai pemilik kabel/saluran utiliti adalah penting terutama
dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-35
B10.3 BEKALAN GAS
Hampir kesemua penggunaan gas asli adalah di dalam sektor industri dan kajian
menjurus kepada tahap penggunaan masa kini dan juga prospek penggunaan di masa
hadapan.
B10.3.1 Kemudahan dan Tren Penggunaan Bekalan Gas
Rangkaian paip gas di bawah projek Penggunaan Gas Malaysia Semenanjung merentasi
Negeri Selangor mengikut arah selatan-utara (Rajah B10.7). Kegunaan gas yang tertinggi
adalah untuk janakuasa-janakuasa elektrik terletak di Klang, Serdang dan Kuala Langat.
Anggaran penggunaan untuk tujuan ini ialah pada kadar 96% daripada jumlah
penggunaan.
Saluran paip Petronas bermula dari Paka, Terengganu dan gas disalurkan ke tempat-
tempat tertentu di pantai barat Semenanjung Malaysia dan juga ke Singapura. Paip
Petronas yang bertekanan 60 bar ini disalurkan ke paip Gas Malaysia Berhad (GMB)
bertekanan 18 bar melalui stesen agihan yang terdapat di daerah-daerah di dalam negeri
ini.
Bekalan untuk sektor domestik adalah terhad. Kini terdapat bekalan ke Taman Bukit
Saga, Shah Alam untuk 20 buah rumah. Masalah berkaitan dengan pemasangan peralatan
gas dan juga isu bayaran bil perlu diselesaikan sebelum bekalan ke sektor domestik
boleh dilaksanakan.
Walaupun penggunaan gas sebagai bahan api mempunyai kebaikan dari segi kos operasi
dan juga kurangnya pencemaran, penggunaannya masih lagi tidak menyeluruh. Pihak
Gas Malaysia akan menyediakan infrastruktur gas asli berdasarkan permintaan. Buat
masa ini, penumpuan masih lagi di sektor industri. Pertumbuhan penggunaan di masa
hadapan juga bergantung kepada perkembangan industri yang menggunakan bahan api
dalam sebahagian daripada prosesnya.
Dalam menyediakan kemudahan infrastruktur, konsep common trenching , iaitu dasar
tanpa korekan boleh dilaksanakan di lokasi pembangunan yang baru. Konsep ini
mempunyai kebaikan dari segi kemudahan tadbir urus. Namun demikian, perhatian
perlu juga diberi kepada sistem koordinasi penyelenggaraan dan dari segi teknikal.
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-37
Rajah B10.8 menunjukkan penggunaan mengikut sektor industri bagi tahun 2011, yang
mana dipercayai juga menggambarkan situasi di Negeri Selangor memandangkan
Selangor merupakan antara negeri industri utama di Malaysia. Sektor yang dinyatakan
tidak termasuk bekalan untuk penjanaan kuasa elektrik. Industri makanan dan
minuman serta industri berasaskan getah merupakan industri utama yang
menggunakan gas asli.
Rajah B10.8: Pecahan Pelanggan Gas Malaysia di Malaysia, 2011
Sumber: Prospectus, OSK Research, 2011
B10.3.2 Unjuran
Maklumat mengenai penggunaan semasa dan juga unjuran penggunaan di Negeri
Selangor tidak dapat diperolehi daripada Gas Malaysia. Walaubagaimanapun, kajian
(OSK Research, 2011) mendapati penggunaan gas untuk Malaysia mengalami
penambahan pada kadar 7.2% setahun untuk 20 tahun yang kebelakang. Senario ini
dijangka menepati keadaan di Selangor sebagai negeri industri utama, di mana
pengguna-pengguna gas utama terletak di negeri ini. Untuk rekod, penggunaan untuk
Malaysia pada tahun 2010 adalah 1260 bcf (billion cubic feet).
B10.3.3 Potensi Pembangunan
Prospek untuk penggunaan gas sebagai bahan tenaga adalah luas. Jumlah rizab
bekalannya adalah banyak dalam masa jangka panjang di samping dikenali sebagai
bahan bakar yang bersih dan kurang pencemaran. Kos penggunaannya juga adalah
rendah berbanding pilihan bahan tenaga yang lain.
food and beverages
27%
fabricated and basic metal
13% chemicals
8% others 12%
rubber 24%
non-metallic minerals
10%
glass 7%
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-38
B10.3.4 Cadangan Am
Penggunaan gas asli melalui sistem rangkaian paip dicadang dikembangkan lagi
meliputi sektor perumahan, komersial, institusi. Sementara itu, infrastruktur
secukupnya hendaklah disediakan untuk mengembangkan sektor yang sudah
menggunakan gas asli iaitu industri dan pengangkutan.
B10.4 TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR
Sektor telekomunikasi dan ICT lebih menjurus kepada kategori talian tetap dan juga
jalur lebar. Isu yang berkaitan serta prospek terhadap perkembangan telekomunikasi
dan juga ICT juga dibincangkan.
B10.4.1 Keupayaan Ibu-Ibu Sawat Telekom
Tren penggunaan telefon masa kini lebih menjurus kepada penggunaan talian selular
di mana penggunaan talian tetap mengalami pertumbuhan negatif. Pemasangan talian
tetap yang baru kebanyakannya untuk tujuan pemasangan khidmat jalur lebar. Rajah
B10.9 menunjukkan tren untuk tahun 2012. Kadar penembusan untuk negara
dianggarkan dalam 34.4%, mengikut Laporan SKMM, 2012.
Rajah B10.9Kadar Penembusan DEL Negara Setiap 100 Isi Rumah, Tahun 2012
Sumber: Communication and Multimedia, Pocket Book of Statistics, SKMM
Secara amnya, ibu-ibu sawat Telekom Malaysia yang terletak di Negeri Selangor
mempunyai talian yang berlebihan berbanding permintaan semasa. Tiada maklumat
diperolehi untuk jumlah talian yang sebenar, namun peratus penggunaan
berbandingkeupayaan tersedia adalah sekitar 58% bagi seluruh negara, mengikut
Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dipercayai, kadar
untuk Negeri Selangor berada pada tahap yang lebih kurang sama.
Terdapat 81 buah ibu sawat utama di negeri Selangor. Di samping itu, terdapat juga 12
ibu sawat utama di bawah zon yang dinamakan TM MS.
3233343536373839
Q1 Q2 Q3 Q4
Kadar
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-39
B10.4.2 Perkhidmatan Mudah Alih di Negeri Selangor
Rangkaian mudah alih disediakan oleh syarikat-syarikat pengendali termasuk Celcom
(M) Sdn. Bhd., Maxis Communication Berhad dan Digi Telecommunications Sdn. Bhd.
Hampir keseluruhan Negeri Selangor mendapat liputan sekurang-kurangnya dari sebuah
syarikat pengendali. Dengan itu, perkhidmatan mudah alih tidak menjadi isu.
Maklumat dari SKMM mendapati kadar penembusan bagi Negeri Selangor termasuk
Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk talian selular ialah 145.4 bagi setiap 100
penduduk. Ini bermaksud terdapat penduduk yang melanggani lebih daripada 1 talian.
Sebagai bandingan, kadar penembusan untuk Malaysia bagi Q4, 2012 untuk telefon
selular ialah 141.6. Dengan itu, kadar penembusan untuk Negeri Selangor melebihi
daripada kadar nasional.
B10.4.3 Perkhidmatan Jalur Lebar di Negeri Selangor
Kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor adalah antara yang tertinggi di dalam
negara. Kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor, 2012 dianggarkan pada tahap
menghampiri 77.6% pada suku ke empat 2012. Kadar ini adalah lebih tinggi daripada
sasaran 60% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk seluruh negara bagi
penghujung 2011.
Bagi jalur lebar talian tetap, 38 daripada 81 buah ibu sawat utama milik TM Berhad
mempunyai kemudahan untuk jalur lebar kelajuan tinggi, melebihi 4 Mbs (HSBB).
Semua ibu sawat di bawah TM MSC mempunyai kemudahan ini melainkan ibu sawat di
Dengkil.
Untuk tujuan mendapatkan khidmat jalur lebar dengan kelajuan yang lebih tinggi, pihak
TM juga boleh memberi khidmat sewa talian khusus, yang boleh mencapai kelajuan 100
Mbs. Sementara itu, terdapat juga kemudahan internet percuma untuk komuniti yang
disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Jadual
B10.23diperolehi daripada SKMM, mengandungi maklumat jenis serta jenama yang
digunakan untuk khidmat internet komuniti ini.
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-40
Jadual B10.22: Kemudahan Internet Komuniti 1 Malaysia
Community Broadband Centre
Mini Community Broadband
Centre (Mini CBC)
1 Malaysia Community Broadband
Library (CBL)
Kampong Tanpa Wayar 1 Malaysia
Jumlah pusat
Ahli CBC to Home CBA
12 14,265 6 11 96 59
Sumber: Communication & Multimedia, Pocket Book of Statistics, SKMM
B10.4.4 Unjuran
Unjuran keperluan bekalan talian adalah berdasarkan unjuransektor perumahan,
perniagaan dan perindustrian kajian ini. Unjuran bagi talian tetap adalah seperti Jadual
B10.23. Sejumlah 5,739,031 talian dianggar diperlukan pada tahun 2035.
Jadual B10.23: Unjuran Penggunaan Talian Tetap, 2010-2035 Jumlah Talian\ Tahun 2010 2015 2020 2025 2030 2035
Daerah Jumlah Talian Sabak Bernam 50,885 60,017 71,725 88,694 110,151 123,271
Kuala Selangor 116,185 131,748 153,689 178,583 204,830 229,306
Hulu Selangor 107,558 127,168 159,875 193,195 229,216 257,845
Gombak 350,202 409,937 509,208 616,142 711,615 796,219
Hulu Langat 618,526 724,875 828,559 936,107 1,044,674 1,174,564
Petaling 1,004,772 1,165,493 1,261,148 1,385,354 1,529,944 1,720,599
Klang 465,934 543,278 622,603 693,557 760,986 856,348
Kuala Langat 119,129 140,345 179,666 212,259 248,402 278,868
Sepang 114,877 133,654 183,248 227,013 271,360 302,012
Jumlah Talian 2,948,068 3,436,514 3,969,719 4,530,904 5,111,177 5,739,031 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negerui Selangor, 2035
LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar
B10-41
B10.4.5 Indikator dan Sasaran
Jadual B10.24: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Kemudahan Telekomunikasi dan Jalur Lebar
Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)
Pencapaian Semasa (2012)
Sasaran (Tahun 2035)
Penembusan jalur lebar
100% (Singapore)
77.6% 100%
Peratusan ibusawat utama memberi khidmat HSBB/jumlah ibusawat utama
- 47% 100%
Sumber: Kajian Semula Rancangan Struktur Negerui Selangor, 2012 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara
B10.4.6 Potensi Pembangunan
Penekanan adalah untuk peningkatan terhadap penggunaan jalur lebar kelajuan
tinggi. Ini akan mendorong kepada kepada kemajuan sektor ICT. Antara faktor yang
menyumbang terhadap peningkatan ini ialah masyarakat yang lebih terpelajar yang
tinggal di Lembah Kelang dan juga mempunyai pendapatan antara yang tertinggi di
seluruh negara. Penggunaan ICT dalam aktiviti ekonomi akan menjadi sebahagian
daripada pemangkin terhadap pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, penerokaan
kepada teknologi baru boleh dikaji dan dicadangkan penggunaan untuk memastikan
perlaksanaan yang lebih berkesan.
B10.4.7 Cadangan Am
Penyediaan rangkaian jalur lebar ke kawasan pertumbuhan hendaklah dilaksanakan
dengan secara agresif. Di samping itu, peningkatan khidmat jalur lebar dari segi
kelajuan pemindahan suara, data, video hendaklah diperluaskan ke seluruh negeri
Selangor.
Kawasan pedalaman tidak harus tertinggal dengan kemudahan internet. Penyediaan
internet percuma mengikut konsep kampung tanpa wayar boleh diperluaskan di
tempat-tempat tertentu. Dengan cara ini, jurang digital di antara kawasan bandar
dan luar bandar akan dapat dikurangkan.