AZLIHARTINI BT ISHAKNaskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan...
Transcript of AZLIHARTINI BT ISHAKNaskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan...
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK
ASID DAN BES DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM
TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN
AZLIHARTINI BT ISHAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK ASID DAN BES DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : AZLIHARTINI BT ISHAK_____________________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama
dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran
bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah
mengikut kadar yang di persetujui kelak. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan salinan tesis ini
sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KAMPUNG KEDONDONG KADOK, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK 16450 KOTA BHARU, (NAMA PENYELIA) KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh: 11 MAC 2004 Tarikh: 11 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK ASID DAN BES DALAM
MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN
AZLIHARTINI BT ISHAK
Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : __________________________________
Nama Penyelia : EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B.SIDEK
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : __________________________
Nama Penulis : AZLIHARTINI BT ISHAK
Tarikh : 11 MAC 2004
iv
DEDIKASI
Buat abah, Ishak bin Isa dan ma, Naimah binti Mohammad yang tercinta,
Segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan merupakan satu semangat
dan kekuatan untukku meneruskan kehidupan walau pelbagai onak duri dilalui dalam
menimba ilmu.
Buat kak, kak Zah, abang Din, abang, adik-adik dan Luqman...
Kehadiran kalian telah menceriakan suasana hidupku, menanamkanku seribu
keazaman untuk terus berjaya dalam hidup ini.
Buat teman-temanku Di, Liza dan Zu......
Persahabatan yang kita jalinkan adalah ukhuwah di antara hati-hati yang inginkan
keredhaan Illahi, semoga jalinan ini akan kekal hingga ke akhirnya....
Segala bantuan dan dorongan kalian amatlah ku hargai......
Wassalam......
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, setinggi-
tinggi syukur Alhamdulillah, akhirnya laporan dan perisian projek ini dapat juga
disiapkan dengan sempurna.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Rosni Zamuddin Shah B. Sidek
selaku penyelia Projek Sarjana Muda, segala nasihat dan bimbingan yang beliau
berikan amat membantu dalam menjayakan pembinaan projek ini. Ucapan terima
kasih juga buat pegawai di Jabatan Multimedia yang banyak membantu dalam
pengurusan teknikal perisian ini.
Tidak lupa juga buat ma, abah, kakak, abang dan adik-adik tersayang yang
banyak memberi sokongan moral, kawan-kawan seperjuangan serta insan-insan yang
pernah membantu, jasa kalian amat disanjungi. Semoga Allah dapat membalas jasa
baik kalian.
vi
ABSTRAK
Penggunaan teknologi komputer yang semakin berkembang kini telah
membawa satu perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer
(PBK) perlu diperluaskan agar tidak ketinggalan jauh dari aplikasi teknologi komputer
berkenaan. PBK ini dapat dijadikan sebagai satu alat bantu mengajar yang boleh
membantu guru-guru dalam pengajaran mereka serta membantu pelajar dalam
pembelajaran mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dijalankan
dengan menarik hasil daripada gabungan elemen multimedia dalam PBK. Sehubungan
itu satu perisian yang bertajuk Asid dan Bes telah dibina bagi kegunaan pelajar-pelajar
dalam mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan empat aliran sains tulen. Melalui perisian
ini, pelajar dapat memahami tentang Konsep dan Sifat bagi Asid dan Bes, kaedah-
kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang
ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian
Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan perisian SWiSH 2.0, Sonic
Foundry Sound Forge 4.5, Adobe Photoshop 7.0 dan Adobe Premiere 6.0 sebagai
perisian sokongan.
vii
ABSTRACT
The applications of computer technology have brought an impact to our
education system. In view of the fact, there should be a wide development in Computer
Aided Learning software (CAL) concecutively to generate all the effectiveness of the
latest computer technology application. CAL software can be used as the teaching aid
tool which can enhance the teaching and learning process. The combination of
multimedia elements in the CAL software can create an exciting environment in
teaching and learning process. It can also conveys benefits to both parties teachers and
students. Hence, the software entitled Asid dan Bes was developed for the chemistry
subject meant for form 4 student. With the usage of the software, students could have a
better understanding of the concepts and nature of asid and base, the calculation method
of concentration and neutralization and also the experiment that practically presented in
the software. This software was developed by using the Macromedia Authorware 6.5,
SWiSH 2.0, Sonic Foundary Sound Forge 4.5, Adobe Photoshop 7.0 as well as Adobe
Priemere 6.0.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xiii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
ix
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Kepentingan Projek 9
1.6 Skop Projek 10
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 10
1.8 Definisi Istilah 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Teknologi Pendidikan 14
2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17
2.4 Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 24
2.4.1 Teks 25
2.4.2 Grafik 26
2.4.3 Video 26
2.4.4 Animasi 26
2.4.5 Audio 27
x
2.4.6 Hipermedia 27
2.5 Alat Bantu Mengajar 27
2.6 Teori Pembelajaran Berasaskan Komputer 28
2.6.1 Teori Behaviorisme 29
2.6.2 Teori Sistem 31
2.6.3 Teori Kognitif 33
BAHAGIAN TIGA
REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Fasa Analisis 36
3.2.1 Pemilihan Tajuk dan Skop 36
3.2.2 Objektif Pengajaran 37
3.2.3 Kumpulan Sasaran 37
3.3 Rekabentuk Pembangunan Perisian 38
3.3.1 Model Rekabentuk Pembangunan Perisian 38
3.3.2 Carta Alir Perisian 40
3.3.3 Implikasi Teori Pembelajaran 48
3.4 Perisian dan Perkakasan Pembangunan 48
3.4.1 Perisian Pembangunan 49
3.4.2 Perkakasan Pembangunan 49
3.5 Perisian dan Perkakasan Main Balik 50
3.5.1 Perisian Main Balik 50
3.5.2 Perkakasan Main Balik 51
xi
BAHAGIAN EMPAT
HASIL REKA BENTUK PERISIAN
BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Perbincangan Struktur Asas Perisian 53
4.2.1 Pengenalan 58
4.2.2 Tutorial 60
4.2.3 Eksperimen 62
4.2.4 Latih Tubi 63
4.2.5 Permainan 66
4.2.6 Keluar 66
4.3 Pakej Perisian 68
BAHAGIAN LIMA
KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN
BAB V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Kesimpulan 69
5.2.1 Konsep Pendidikan dalam PBK 70
5.2.2 Kemahiran Pembangun 71
5.2.3 Peralatan Pembangunan 71
5.3 Masalah Yang Dihadapi 72
5.3.1 Kos 72
5.3.2 Masa 73
xii
5.3.3 Penggunaan Perisian 73
5.4 Cadangan 74
xiv
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
ABM - Alat Bantu Mengajar
CAI - Computer Aided Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CAT - Computer Assisted Testing
CBI - Computer Based Instruction
CBL - Computer Based Learning
CD - Compact Disk
CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory
ComIL - Computer Integrated Learning System
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
FTP - File Transfer Protocol
IPTA/IPTS - Institutsi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta
IRC - Internet Relay Chat
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MIMOS - Malaysian Institude of Microelectronic System
MSC - Multimedia Super Corridor
MTMN - Majlis Teknologi Maklumat Negara
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Simbol-simbol Carta Alir 41
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Fasa reka bentuk pembangunan perisian berdasarkan 39
Model ADDIE
4.1 Paparan montaj 54
4.2 Paparan pendaftaran nama pengguna 54
4.3 Paparan ucapan selamat datang 55
4.4 Paparan menu perisian 55
4.5 Paparan objektif pembelajaran 56
4.6 Paparan status pengguna 56
4.7 Paparan panduan pengguna 57
4.8 Paparan menu utama 58
4.9 Paparan pengenalan 59
4.10 Paparan menu tutorial 60
4.11 Paparan animasi kehadiran ion hidroksonium 61
4.12 Paparan animasi kehadiran ion hidrogen 61
4.13 Paparan utama eksperimen 62
4.14 Paparan video pada subtajuk eksperimen 63
4.15 Paparan utama latih tubi 64
4.16 Paparan maklum balas betul 64
4.17 Paparan maklum balas salah 65
4.18 Paparan markah 65
4.19 Paparan permainan 66
4.20 Paparan keluar 67
4.21 Paparan penghargaan 67
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Penilaian Perisian Multimedia 75
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan adalah satu ledakan daripada
arus kemajuan teknologi maklumat dunia. Penggunaannya merupakan satu impak yang
baik dan efektif dalam arus pengaplikasian melalui sistem pendidikan yang menjanjikan
satu inovasi yang baru dan canggih.
Teknologi maklumat sinonim kepada sejenis alat yang dipanggil komputer.
Komputer berkebolehan dalam memanipulasikan maklumat di mana data telah
diorganisasikan sebagai simbol yang difahami untuk memberikan output kepada
pengguna. Tambahan pula, semua data yang dimanipulasi dapat dicapai dengan cepat dan
pantas serta mampu mengaturnya walau dalam penyelesaian yang kompleks. Menyedari
hakikat ini, hampir semua bidang dan sektor pekerjaan termasuk sistem pendidikan di
negara kita yang menggunakan komputer untuk memudahkan segala urusan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula dengan satu sistem tradisi yang
terbatas pada penggunaan buku dan khidmat tenaga pengajar. Kini, satu reformasi telah
berlaku di mana sekolah-sekolah di Malaysia telah meluaskan penggunaan teknologi
komputer bukan sekadar sebagai penyelenggaraan sistem pentadbiran malah juga sebagai
Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini diperkayakan dengan elemen multimedia iaitu
gabungan elemen animasi, grafik, teks, audio dan video. Konsep ini dikenali sebagai
konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Menurut Wan Salihin, Mohamad dan Rio Sumarni (1998); Multimedia
Pendidikan merupakan satu aplikasi multimedia yang berasaskan rekabentuk pengajaran
dan pembelajaran hasil daripada gabungan media seperti animasi, grafik, teks, audio dan
video dengan berasaskan teori pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang sesuai.
Penerapan elemen-elemen multimedia sebagai satu bahan yang membantu pengajaran
guru dalam bilik darjah telah dikenalpasti sebagai satu teknik yang berkesan.
Menurut Zol Azlan Hamidin (1997), komputer digunakan sebagai Alat Bantu
Mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan. Model
sains dapat diterangkan dengan baik oleh guru dengan bantuan komputer. Begitu juga,
beberapa konsep dalam pembelajaran sains, guru boleh menggunakan kaedah simulasi
komputer yang berdasarkan program yang mengandungi persamaan matematik sebagai
mewakili perlakuan alat atau bahan sebenarnya.
Mengikut petikan yang dipetik daripada Mingguan Malaysia, 7 Oktober 1995, YB
Menteri Pendidikan Malaysia “Penggunaan multimedia dengan memasukkan unsur
hiburan dalam pendidikan merupakan satu dimensi baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran”. Saranan ini ada betulnya kerana unsur hiburan yang tidak keterlaluan
dapat membuatkan pelajar tertarik untuk mempelajari isi kandungan yang ingin
diketengahkan. Penggunaan unsur hiburan ini secara langsung akan mengubah cara
pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Di samping itu, guru dapat
menyediakan kaedah alternatif dalam pengajaran selain daripada penggunaan kapur dan
papan hitam
1.2 Latar Belakang Masalah
Komputer merupakan peralatan penting sejak penciptaannya kerana ia telah
banyak memudahkan aktiviti harian manusia. Dengan perkembangan internet, perkakasan
dan perisian, komputer bukan sahaja berguna dalam perindustrian dan perdagangan tetapi
juga penting dan sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Contohnya penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Negara (MTMN) pada tahun
1994, adalah bermatlamat untuk mempertingkatkan penggunaan dan pembangunan IT
sebagai teknologi strategi dalam pembangunan negara. Penubuhan pelbagai institusi
kerajaan dan swasta yang memberikan perkhidmatan ke arah menjayakan usaha
mempertingkatkan penguasaan kemahiran menggunakan komputer bagi rakyat Malaysia
dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan komputer banyak memberikan
manfaat kepada manusia.
Guru adalah agen perubahan bagi memenangi cabaran teknologi maklumat.
Kemampuan memanfaatkan kemahiran komputer dalam pengurusan pendidikan serta
mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting. Dalam pendidikan
yang berkonsepkan sains, secara khususnya bagi mata pelajaran kimia, penerangan
pengajaran dengan menggunakan buku teks sahaja adalah tidak mencukupi kerana
gambar-gambar yang ditunjukkan adalah statik dan kurang menarik minat pelajar.
Akibatnya, pelajar akan hilang minat dalam mempelajari kimia dan menganggap konsep
kimia adalah abstrak dan sukar untuk difahami.
Maka, penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sebagai
Alat Bantu Mengajar (ABM) dapat menjadikan persembahan pengajaran sebagai suatu
yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana pelajar dibenarkan berinteraksi dan aktif
dalam proses pembelajaran. Perisian PBK ini menggunakan konsep interaktiviti
pengguna dimana membenarkan pelajar menjelajahi program pembelajaran mengikut
keinginan mereka.
Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu
usaha baik dan murni. Sejajar dengan hasrat Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020
seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Dato’ Sri Dr. Mahathir
Mohamad, kini dalam bidang pendidikan rata-rata sekolah telah menerapkan penggunaan
komputer di kalangan guru-guru sekolah. Pada tahun 1999, konsep Sekolah Bestari telah
diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mendedahkan
generasi muda kepada ilmu asas komputer.
Mengikut Loi Hua King, laporan Projek Sarjana Muda, Kajian oleh Rio Sumarni
Sharifuddin (1996) menunjukkan bahawa kesanggupan guru untuk membangunkan
perisian adalah tidak menggalakkan. Maka, ianya dapat diatasi dengan satu usaha mereka
bentuk perisian multimedia yang berkualiti agar dapat menimbulkan minat mereka
menceburi bidang penghasilan perisian multimedia ini.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian Institute of
Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini et al.,
1990) telah melaksanakan satu program yang melibatkan penggunaan komputer secara
besar-besaran di dalam bilik darjah. Projek perisian yang dipanggil Computer Integrated
Learning System (ComIL) telah dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah
terpilih di seluruh negara mulai 1992 (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994). Ini manunjukkan
bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga sentiasa peka kepada kepentingan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Manakala program Literasi Komputer pula telah dilaksanakan di negeri Sarawak,
yang bermula pada sesi 1992/93 dimana lima buah sekolah menengah luar bandar telah
dipilih sebagai perintis. Sehingga tahun 1997, penglibatan program Literasi Komputer
turut diperluaskan ke 40 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah, ia dikenali
sebagai program Jaringan Pendidikan. Dapatan daripada tinjauan terhadap program-
program yang dijalankan mendapati bahawa secara umumnya pelajar-pelajar dan guru-
guru yang terlibat bersikap positif terhadap program komputer. Guru-guru juga
menunjukkan minat yang mendalam dan komited di dalam tugas mereka (Jabatan
Pendidikan Sarawak, 1997). Untuk menjamin keberkesanan dalam pemupukan generasi
celik komputer, mata pelajaran komputer telah diperkenalkan kepada bakal pendidik
yang mengikuti kursus pengajian di universiti.
Namun begitu, dalam tahun 1998, kajian Mohamad Junaidi terhadap kalangan
pelajar (guru-guru) yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor mendapati
mereka yang menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer,
mempunyai minat yang tinggi dan gembira menggunakannya tetapi tidak memainkan
peranan yang aktif dalam penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer.
Bagi merealisasikan keberkesanan PBK sebagai satu inovasi dalam bidang
pendidikan, penghasilan satu reka bentuk perisian dalam mata pelajaran Kimia bagi tajuk
Asid dan Bes telah dilaksanakan. Diharap, dengan adanya perisian seumpama ini, pelajar
tidak lagi menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai keseluruhan tajuk ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisi adalah tidak mampu untuk
meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar yang baik dan berkekalan. Sehubungan
dengan itu, ramai pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari konsep sains
khususnya mata pelajaran Kimia kerana konsep kimianya yang abstrak. Menurut Abu
Hassan Kassim (1999) “Sains adalah untuk pemahaman umum, salah satu ciri sains
adalah berkait dengan probablistic determinism”. Melalui ciri sains ini, alasan yang
lengkap terhadap suatu fenomena yang berlaku dapat diberikan namun, mengapakah
masih terdapat pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Kimia?.
Selaras dengan hasrat itu, perisian pendidikan bagi Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) sebagai satu Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menerapkan
penggabungan elemen teks, animasi, grafik, audio dan video telah banyak dipasarkan.
Namun kekurangan tetap timbul kerana kurangnya perisian yang betul-betul menepati
sukatan mata pelajaran yang telah digariskan oleh pihak kementerian serta masih terdapat
beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Perisian itu adalah lebih tertumpu
kepada memainkan peranan sebuah buku elektronik yang memerlukan pelajar
menggunakan komputer sahaja.
Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan
empat, khususnya dalam tajuk Asid dan Bes adalah banyak menggunakan konsep-konsep
abstrak yang sukar digambarkan oleh pelajar. Antaranya adalah:
(i) Peranan ion hidrogen dan ion hidroksida dalam menunjukkan sifat asid
dan bes
(ii) Darjah penceraian asid dan alkali iaitu penceraian asid lemah dan asid
kuat serta penceraian alkali lemah dan alkali kuat; konsep penceraian
lengkap dan separa bagi tindak balas penceraian asid dan bes.
(iii) Perkaitan nilai pH dengan kemolaran.
Sebagai contohnya, kemolaran yang rendah adalah tidak menggambarkan suatu
larutan itu cair begitu juga sebaliknya. Maklumat dalam soalan yang berbentuk
penyelesaian masalah tentang pengiraan perkaitan bilangan mol, jisim dan isipadu
dengan pengiraan kepekatan dan kemolaran suatu larutan; Tindak balas peneutralan dan
pentitratan asid-bes iaitu kefahaman mengenai pertambahan isipadu yang tertentu akan
memberikan perubahan kepada takat kesetaraan dan takat akhir bagi sesuatu proses dan
salah pengkonsepan melibatkan kuantiti zat terlarut yang sama tetapi pada kepekatan
yang berbeza.
Mengikut Edward L. Vockell-Computers for Teachers and Educators,
“The computer can often simulate a real-life situation or event. There are
numerous setting in education would be desirable for a student to engage of problem-
solving activity. For example, student could learn a great deal about various scientific
and mathematical concept........ and student to apply their knowledge and skills.”
“Taylor (1980) has outline 3 roles that computer can play in education; those of
the tutor, the tools and the tutee. The computer act as a tutor when it provides
educational information for learner, as a tools when learner use the computer to solve
problem that arise during their educational endeavors. And as tutee when the learner
organize information in such a way as to teach the computer to model or react
appropriately to some aspect of experience or knowledge”.
Justeru perisian ini dibina agar dapat membantu pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar dalam tajuk Asid dan Bes.
1.4 Objektif Projek
Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk
Asid dan Bes ini adalah bertujuan untuk:
(i) Membangunkan satu perisian yang dapat membantu pelajar-pelajar
tingkatan Empat Sains Tulen dan guru-guru dalam bidang Kimia KBSM
(ii) Membantu pemahaman dan pembelajaran konsep-konsep dalam tajuk Asid
dan Bes serta penghitungan yang berkaitan dengannya.