Azimah Omar
-
Upload
ct-rasyiqah-munirah -
Category
Documents
-
view
157 -
download
1
Transcript of Azimah Omar
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN AZIMAH BINTI OMAR
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEMASA MENJADI HAKIM DI MAHKAMAH SEKSYEN 6, MAHKAMAH SHAH ALAM
OLEH :
NOR AZLAN BIN IDRIS
NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 – SEJARAH LISAN.
DISEMBER – APRIL 2009
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN PUAN AZIMAH BINTI OMAR MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEMASA MENJADI HAKIM DI
MAHKAMAH SEKSYEN 6, MAHKAMAH SHAH ALAM
OLEH :
NOR AZLAN BIN IDRIS
NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN
PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 – SEJARAH LISAN.
DISEMBER – APRIL 2009
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
Muka Surat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Penghargaan
Pengenalan
Abstrak
Pendahuluan
Singkatan Kata
Transkrip
Senarai Soalan
Log Temubual
1
2
3
4-5
6
7-71
72-86
87-92
BIL
PERKARA
Muka Surat
9.
Lampiran
(i) Indeks
(ii) Surat Kebenaran untuk menemubual Pn.
Azimah binti Omar
(iii) Perjanjian mengenai Sejarah Lisan
(iv) Gambar-gambar
(v) Keratan Akhbar dari Arkib Utusan Online
(vi) Kronologi
-
PENGHARGAAN
Pertamanya, kami ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua individu yang terlibat di dalam menyiapkan projek kajian
ini. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah Sejarah Lisan (IMR 603) iaitu Encik Nazir bin Ahmad kerana banyak
memberi tunjuk ajar, pendapat dan kerjasama dalam menyiapkan projek kajian
ini.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Azimah binti Omar kerana memberi kerjasama dan layanan yang baik kepada
kami semasa temuramah dijalankan di pejabat beliau di Pejabat Penasihat
Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Terima kasih yang tidak
terhingga juga diucapkan kepada beliau di atas kesudian beliau untuk
ditemuramah oleh kami walau pun beliau mempunyai jadual tugas yang amat
padat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat Undang-Undang di
Kementerian Kerja Raya semenjak September 2008. Segala nasihat yang
berguna yang telah disampaikan oleh beliau kepada kami akan dijadikan
sebagai panduan yang sangat berguna untuk masa hadapan kami.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas kami dan insan-insan lain yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala pandangan dan idea-idea yang
telah disumbangkan oleh setiap individu amat kami hargai dan diucapkan ribuan
terima kasih.
1
PENGENALAN
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berperlembagaan. Sistem pembahagian kuasa
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parlimen (perundangan), Kehakiman dan
Pentadbiran (Eksekutif).
Bagi institusi kehakiman, terdapat mahkamah-mahkamah yang
menjalankan tugasan ini. Antara tugas-tugas mahkamah ini adalah untuk:
(i) Mengadil tindakan-tindakan sivil
(ii) Mengadili pendakwaan jenayah
(iii) Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan.
(iv) Membuat dikri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll).
(v) Pengurusan pusaka
(vi) Mengeluarkan waran tangkap
(vii) Mentafsir undang-undang
2
ABSTRAK
Orang yang ditemubual iaitu Puan Azimah binti Omar adalah seorang
Pegawai Perundangan dan Kehakiman. Pada masa kini beliau sedang
berkhidmat di Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Penasihat Undang-
Undang semenjak 1 September 2008. Di atas kesudian Puan Azimah untuk
ditemubual oleh kami, Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin, Pelajar
Luar Kampus, pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Maklumat,
satu sesi temubual telah dijalankan pada 13 Mac 2009, bertempat di pejabat
beliau iaitu di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya, Jalan
Sultan Salahuddin, 50580, Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang hingga 8.20
malam. Secara keseluruhannya sesi temubual ini berjalan dengan lancar dan
mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada Puan Azimah binti
Omar sendiri.
3
PENDAHULUAN
Puan Azimah binti Omar adalah seorang pegawai kerajaan di bawah Skim
Pegawai Perundangan dan Kehakiman. Pada masa kini beliau sedang
berkhidmat di Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Penasihat Undang-
Undang mulai 1 September 2008. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di
dalam skim ini, ini adalah kali pertama beliau ditugaskan sebagai Penasihat
Undang-Undang di bawah seliaan Jabatan Peguam Negara. Sepanjang tempoh
perkhidmatan beliau sehinggalah sebelum beliau ditugaskan ke Kementerian
Kerja Raya, beliau hanya pernah ditugaskan di mahkamah. Justeru itu,
memandangkan pengalaman beliau adalah lebih kepada bidang kehakiman,
maka sesi temubual ini secara keseluruhannya hanya tertumpu kepada mengenai
kerjaya beliau sebelum dan semasa beliau menjadi seorang hakim.
Bagi soalan-soalan umum, soalan-soalan adalah berdasarkan draf soalan
yang telah disediakan dan telah dapat dijawab dengan baik oleh beliau dan
beberapa soalan-soalan susulan juga turut ditanyakan kepada beliau dan soalan-
soalan tersebut juga telah dapat dijawab dengan ringkas dan jelas oleh beliau.
Manakala, bagi soalan-soalan khusus pula soalan-soalan adalah
berdasarkan draf soalan yang telah disediakan dan beberapa soalan-soalan
susulan turut juga ditanyakan kepada beliau dan soalan-soalan tersebut juga
telah dapat dijawab dengan ringkas, jelas, padat dan disertakan dengan contoh-
contoh oleh beliau bagi pemudahan pemahaman oleh kami.
Daripada sesi temubual yang telah diadakan kami telah memperoleh
banyak nasihat dan tunjuk ajar dari beliau. Di samping itu juga, beliau adalah
seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan seorang yang
sabar dalam memberikan jawapan ke atas setiap soalan-soalan yang
dikemukakan kepada beliau. Kami juga tidak berasa kekok semasa menebual
4
beliau memandangkan beliau adalah seorang yang sangat ramah dan atas sebab
keramahan beliau, kami berasa tidak kekok dalam menjalankan sesi temubual ini.
Akhir sekali, berdasarkan temubual yang dibuat juga antara kelemahan-
kelemahan yang timbul adalah disebabkan oleh kesuntukkan masa yang mana
beliau adalah seorang yang sangat sibuk dengan tugasan hariannya dan waktu
yang dapat diperuntukkan oleh beliau untuk sesi tembual adalah agak singkat
walaupun telah memakan masa lebih dari dua jam iaitu dari jam enam petang
hinggalah jam lapan lima belas minit malam.
5
SINGKATAN KATA
SINGKATAN
PERKATAAN PENUH
AKC
JAC
JALSOA
JUSA
NGO
OKT
PTK
SPM
STPM
UPU
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Judicial Appointments Commission
Judicial and Legal Service Officers Association of Malaysia
Jawatan Utama Sektor Awam
Non-governmental organizations
Orang Kena Tuduh
Penilaian Tahap Kecekapan
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
6
TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah transkrip temubual bersama Puan Azimah Binti Omar mengenai
pengalaman beliau semasa menjadi Hakim, di Mahkamah Seksyen Enam,
Mahkamah Shah Alam.
NSJ : Boleh puan beritahu saya nama penuh puan? AO : Nama saya Azimah binti Omar.
NSJ : Bilakah tarikh lahir puan? AO : Saya dilahirkan pada dua haribulan Julai sembilan belas enam
puluh dua (2hb Julai 1962).
NSJ : Puan anak ke berapa dalam keluarga? AO : Anak ke-empat dalam keluarga.
NSJ : Apakah perkerjaan ayah puan semasa membesarkan puan adik beradik?
AO : Saya mempunyai - perkerjaan ayah saya mempunyai history
[sejarah] yang panjang, saya dilahirkan daripada golongan keluarga
yang miskin, di mana pada awalnya ayah saya merupakan seorang
penoreh getah di Sungai Merab, Kajang dan kemudiannya
berpindah ke Kuala Lumpur di mana ayah telah memulakan
perniagaan runcit di Kampung Datuk Keramat iaitu di tempat
setinggan sebelum adanya Taman Bukit Setiawangsa. I think it’s
now [Saya rasa sekarang] tempat itu apa nama di AU sebelum
adanya (terdapat bunyian talian telefon masuk) dan kemudiannya
ayah, ayah saya atas dasar penempatan semula keluarga setinggan
7
di Kampung Datuk Keramat, kami telah dipindahkan ke Selayang,
kawasan Selayang, Selayang Pandang, di mana ayah saya telah
memulakan perniagaan runcit di sana. (diam seketika untuk berfikir)
Sehinggalah beliau berhenti berniaga selepas saya tamat pengajian
saya dari Universiti Malaya.
NSJ : Adakah ayah dan ibu puan tegas membesarkan anak-anak? AO : Ya, memang benar, memang ayah dan ibu saya ibu bapa yang
sangat tegas di dalam membesarkan anak-anak mereka.
NSJ : Adakah puan berpendapat dengan cara didikan yang diberikan oleh ibu dan ayah puan merupakan salah satu punca kejayaan puan sekarang?
AO : Ya, pasti.
NSJ : Bilakah puan melangsungkan perkahwinan puan? AO : Saya melangsungkan perkahwinan pada tahun sembilan belas
lapan puluh enam (1986) selepas tamatkan pengajian saya di
Universiti Malaya.
NSJ : Apakah perkerjaan suami puan? AO : Pada masa ini suami saya adalah bekerja di sebuah syarikat
farmasuetikal yang bernama CCM Pharmaceutical Sdn. Bhd..
Pekerjaan suami adalah seorang Pengurus Besar yang mengawal
operasi CCM Pharmaceutical.
NSJ : Nampaknya puan dan suami sama-sama bekerja, bagaimanakah puan dan suami membahagikan masa bersama anak-anak?
8
AO : Ini satu soalan yang kompleks (ketawa), di mana suami saya
sebenarnya seorang yang rajin bekerja dan di mana tempat beliau
bekerja memerlukan masa yang panjang di pejabat dan saya
bersyukur ke hadrat Allah kerana saya pada awalnya, semasa
bermula-mula berkhidmat dengan Kerajaan, saya telah ditempatkan
di tempat yang dekat dengan rumah saya, di mana post [tempat]
pertama saya adalah seorang majistret di Klang dan pada masa itu
saya tinggal di Shah Alam. Dan atas jarak tempat kerja yang dekat
itu dan yang memandangkan saya seorang pegawai Kerajaan,
masa yang terluang untuk saya dengan anak-anak saya adalah
lebih panjang jika dibandingkan dengan suami saya. Dan kemudian
daripada itu kami bertuah kerana suami mendapat satu peluang
pekerjaan di luar kawasan Kuala Lumpur iaitu di Alor Setar, di
Sungai Petani dan saya telah ikut serta suami berpindah ke Sungai
Petani yang mana saya telah bertugas sebagai majistret di Sungai
Petani dan jarak rumah dan seksyen court [mahkamah] itu adalah
sangat dekat iaitu dalam lebih kurang satu kilometer dan demikian
memudahkan saya lagi meluangkan masa dan mempunyai banyak
masa untuk anak-anak. Jika pada masa pembesaran anak-anak
saya sehingga ke sekolah menengah, most of the time I was with
them [kebanyakan masa saya, saya bersama mereka]. Berbeza
dengan suami saya yang memang dari awal mula bekerja
sehinggalah sekarang masa yang ada untuk beliau bersama anak-
anak adalah sangat terhad.
NSJ : Pernah tidak anak-anak puan merungut dengan kesibukkan puan dan suami dalam menyelesaikan tugasan harian?
AO : Itu biasa. Sangat biasa, itu memang ragam anak-anakkan?
Because [sebab] sebagai anak-anak selalunya yang rapat dengan
ibu bapa itu merupakan tidak boleh tidak mereka akan merungut
9
dengan kesibukkan saya dan suami saya di dalam kami
menjalankan tugas harian, dan mencapai cita-cita.
NSJ : Berapa orang anak puan? AO : Saya mempunyai empat orang anak, di mana tiga daripadanya
lelaki dan seorang perempuan.
NSJ : Boleh saya tahu umur mereka? AO : They are in the range of [Mereka dalam lingkungan] yang sulung
dua puluh dua tahun, dua puluh tahun, lapan belas tahun dan yang
paling bongsu berumur sebelas tahun.
NSJ : Berapa orang anak puan yang masih belajar? AO : Kesemua mereka masih belajar, yang besar sudah belajar universiti
dan yang bongsu sekali masih dalam darjah lima.
NSJ : Di antara anak-anak puan yang manakah menunjukkan minat untuk mengikut jejak puan?
AO : Dua daripada anak saya sedang mengikut pengajian undang-
undang di Universiti Teknologi Malaysia [sebenarnya Universiti
Teknologi Mara].
NSJ : Adakah puan yang mendorong mereka?
AO : Pada awal penglibatan mereka semasa dibangku persekolahan
saya tidak pula mendorong untuk mereka mengikut jejak langkah
saya, tetapi apa yang saya lihat dari alam persekolahan memang
anak yang pertama dan kedua itu cenderung dalam bidang undang-
undang tetapi saya tidak menyangka yang mereka memang betul-
betul minat dan mereka sendiri berusaha untuk mendapatkan
10
tempat di Fakulti Undang-Undang, di Universiti Teknologi Malaysia
[sebenarnya Universiti Teknologi Mara].
NSJ : Di manakah pula puan mendapat pendidikan menengah puan? AO : Saya mendapat pendidikan menengah saya pada masa tingkat satu
hingga lima di Sekolah Menengah (P) Jalan Ipoh dan saya belajar
di tingkatan enam atas dan rendah di St. George Institution, Kuala
Lumpur.
NSJ : Semasa di sekolah menengah adakah puan pernah mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah?
AO : Saya bukan seorang ahli sukan (ketawa). Tapi saya meminati
bidang sukan, tetapi saya juga, saya pernah mewakili sekolah di
dalam acara-acara sosial dan berbentuk seni di mana saya adalah
pasukan tarian sekolah. Selain daripada itu, saya tidak mewakili
sekolah dalam apa-apa aktiviti-aktiviti lain.
NSJ : Semasa di sekolah bagaimanakah caranya puan membuat persediaan menduduki peperiksaan penting?
AO : Ini soalan cepu emas. Macam mana saya hendak cakap - (diam
seketika untuk berfikir) pasal pada awalnya saya bercita-cita untuk
menjadi seorang doktor dan bila kita kata mengenai profesyen
doktor ini kita perlukan satu sistem pembelajaran yang betul-betul
tight [ketat], yang mana tidak tergapai oleh saya. (diam seketika
untuk berfikir) Walau bagaimanapun, saya di dalam membuat
persediaan menghadapi peperiksaan selalunya saya akan belajar
lebih awal daripada peperiksaan yang akan tiba dan saya buat satu
sistem membuat nota-nota ringkas, nota-nota ringkas, di dalam
membuat revison [ulangkaji], dan dengan nota ringkas inilah saya
akan apabila tiba peperiksaan kita tidak lagi bergantung kepada
11
buku teks dan sebagainya dan kita bergantung kepada nota-nota
ringkas untuk ulangkaji. Itulah cara saya menghadapi sebarang
peperiksaan. Ini juga saya buat semasa saya di universiti.
NSJ : Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan SPM, adakah puan membuat apa-apa kerja sampingan atau puan menghadiri kelas tertentu sementara keputusan dimaklumkan?
AO : Saya seorang yang rajin bekerja. Selepas SPM - saya bekerja itu
selepas SPM ke STPM, masa selepas tamatnya peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia saya tidak bekerja tetapi bapa saya pada masa
itu menjalankan perniagaan runcit dan most of my time [kebanyakan
masa saya] saya akan membantu bapa saya untuk menolong beliau
di kedai runcit tersebut dan saya tahu di dalam keadaan yang
bagaimana erti kehidupan sebenarnya. (diam seketika untuk
berfikir)
NSJ : Setelah keputusan SPM diumumkan adakah puan memilih untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau ke universiti?
AO : Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan
peperiksaan saya tidak layak untuk meneruskan cita-cita saya
menjadi seorang doktor. Pilihan yang ada sama ada saya masuk ke
universiti yang lain, mengikuti kursus diploma atau pun option
[pilihan] yang kedua untuk meneruskan ke tingkatan enam untuk
mendapatkan sijil STPM. Tetapi pada masa itu apabila dilihat
daripada keputusan-keputusan STPM, banyak yang mengatakan
bahawa ia adalah satu, peringkat persekolahan yang amat sukar
untuk berjaya dan pada masa itu juga bapa saya telah
mengarahkan, ini satu history [sejarah], saya untuk membuat -
mengikuti kursus perakaunan atau pun pentadbiran perniagaan,
yang mananya saya tidak berminat. (diam seketika untuk berfikir)
12
Jadi saya memberitahu bapa saya, saya akan teruskan dengan
tingkatan enam dan mencuba nasib saya - untuk mendapatkan sijil
STPM untuk terus ke universiti bagi pengajian peringkat ijazah, di
mana bapa saya telah tidak bersetuju dan mengatakan bahawa
kebanyakkan pelajar yang dilihat meneruskan pelajaran ke tingkat
enam, kebanyakan tidak berjaya dan meminta saya review [kaji]
balik keputusan saya dan memasuki UiTM [pada masa itu dikenali
sebagai Institut Teknologi Mara], but, I was a demon [tetapi saya
menolak]. Sebabnya masa itu, saya hendak tunjukkan kepada bapa
saya bahawa saya boleh berjaya sekiranya saya teruskan pengajian
saya di tingkatan enam, dan alhamdulillah [bersyukur] saya telah
dapat kejayaan dan buktikan pada beliau, upon a very strong
objection [walaupun ditentang dengan keras sebelumnya]. Bapa
saya memang marah dengan saya sehingga bapa kata tidak tahu,
jangan cakap, tidak payah cakaplah pasal dia hendak sangat saya
masuki UiTM pada masa itu. (pada masa ini suara kurang jelas
kedengaran)
NSJ : Apakah kursus utama puan yang menjadi pilihan utama semasa membuat permohonan ke universiti?
AO : Ini juga menjadi satu memori kepada saya. Sebenarnya saya, what
happen was [apa yang terjadi adalah] saya lahir daripada orang
yang miskin, bapa saya miskin, tujuan saya hendak masuk ke
universiti adalah untuk masuk universiti dan dapat kerja besar. Saya
hendak memiliki kereta besar, rumah besar dan sebagainya, at that
particular time [pada masa itu] saya tidak terfikir bidang apa, apa
yang saya hendak masuk, cuma saya kata saya hendak buat
bidang sastera dan tengok kalau mungkin jadi cikgu pun bolehlah.
But [Tetapi], selepas saya mendapat keputusan SPM [sepatutnya
STPM], keputusan yang saya perolehi adalah memberangsangkan
dan saya tak terfikir untuk menceburi bidang undang-undang dan
13
kebetulan seorang rakan sekolah saya yang pada masa yang sama
memperolehi keputusan yang memberangsangkan telah melihat
borang UPU [Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia] yang saya telah isi dan mengatakan bahawa adakah saya
gila dengan keputusan yang saya ada hendak meneruskan (ketawa)
that’s what ... [itulah yang ...], adakah saya gila dengan keputusan
yang saya ada, saya hendak terus mengambil bidang sastera dan
pada masa itu, that was twenty over years [itu adalah dua puluh
tahun yang lalu), yang mana kita tidak terfikir kita datang daripada
orang susah, kita tidak fikir peguam itu apa, kita tak fikir undang-
undang itu apa. But, this friend of mine (Tetapi, seorang kawan
saya), telah mengatakan bahawa dengan keputusan yang saya ada,
saya sepatutnya memohon untuk meneruskan pengajian undang-
undang yang pada masa itu, saya tidak nampak gambaran lagi apa
bidang undang-undang sebenarnya dan even [malahan] ada
seorang guru yang telah mendapat tahu berkenaan dengan ini telah
mengatakan kepada saya, bidang ini bukan satu bidang yang
mudah dan sukar dan memerlukan pengorbanan dan dengan
sokongan yang diberikan oleh kawan saya atau rakan sekolah saya
yang telah pun menukar borang UPU, yang telah memadam semua
particulars [butiran] yang saya ceburi dan diletaknya bidang undang-
undang, dan dengan takdir Allah S.W.T saya telah ditawarkan
kursus undang-undang di Universiti Malaya. - Panjang cerita saya.
(diam seketika untuk berfikir)
NSJ : Adakah puan berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan? AO : Saya tidak pernah menyesal. In fact [Kenyataannya] saya masih lagi
bersyukur kepada rakan saya dan walau pun sudah lebih dua puluh
tahun, lebih tahun telah berlalu semasa saya berjumpa dengannya
saya telah berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan kepada
borang UPU saya.
14
NSJ : Adakah yang/siapakah yang mendorong puan untuk memilih/ menerima kursus ini?
AO : Seperti yang saya katakan tadi tidak ada dorongan pasal, kerana
ibu bapa saya orang yang miskin, tidak tahu pasal undang-undang
dan saya sendiri pun tidak ada pengalaman atau cetek
pengetahuan mengenai apa sebenarnya pengajian undang-undang,
penglibatan saya di bidang undang-undang adalah semata-mata
dorongan rakan saya itu - dan yang telah memilih kursus untuk
saya. (diam seketika untuk berfikir)
NSJ : Semasa di Universiti Malaya, adakah puan seorang yang aktif berpersatuan?
AO : Not really [Tidak sangatlah], tidak begitu sangatlah. Saya cuma
main bola baling untuk bukan kampus, untuk hostel [asrama]
sahaja.
NSJ : Secara peribadi, adakah puan merasakan dengan menyertai aktiviti- aktiviti yang, yang ianya dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri seseorang pelajar?
AO : Yes, definately [Ya, semestinya], bagi saya - penyertaan atau
penglibatan seorang pelajar di dalam aktiviti, aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan atau yang ada di universiti adalah perlu memandangkan
dari sinilah ia dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri
seseorang, seseorang dan juga mengajar bukan sahaja memimpin,
bukan sahaja memimpin tetapi mengajar kita bekerja secara
teamwork [bekerja dalam kumpulan] (rakaman kurang jelas
kedengaran pada masa ini) dan bagaimana menjadi seorang
pemimpin yang bagus, bagaimana menjadi follower [pengikut] juga.
Kalau, macam mana menjadi follower [pengikut], jadi bagaimana
15
kita menyesuaikan diri kita di dalam pergaulan kita di dalam
berpersatuan kita dan sebagainya. (diam seketika untuk berfikir)
NSJ : Bagaimanakah puan membahagikan masa pelajaran dan aktiviti berpersatuan semasa di universiti?
AO : Memandangkan saya tidaklah begitu aktif sangat di dalam aktiviti
berpersatuan, saya banyak masa untuk diberikan kepada pelajaran
saya. (ketawa)
NSJ : Adakah puan menerima apa-apa bantuan atau biasiswa semasa menuntut di Universiti ?
AO : Saya adalah pemegang biasiswa JPA [Jabatan Perkhidmatan
Awam].
NSJ : Adakah dengan bantuan dan biasiswa tersebut membuatkan puan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam pendidikan puan?
AO : Ya, sudah pasti kerana seperti saya kata awal tadi, saya datang dari
keluarga miskin, saya hargai peluang yang diberikan kepada saya
dan dengan bantuan dan biasiswa yang, atau biasiswa yang telah
diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada saya menjadikan
ia satu dorongan kepada saya untuk berjaya dan untuk
memperolehi ijazah yang saya kejar pada awalnya tadi.
NSJ : Apakah jawatan puan sekarang? AO : Saya kini memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang,
Kementerian Kerja Raya.
16
NSJ : Saya difahamkan puan sedang menyandang jawatan JUSA ‘C’ [Jawatan Utama Sektor Awam ’C’] pada usia yang agak muda ini, apakah rahsia puan hingga mencapai ke tahap ini?
AO : Tidak ada rahsia, hendak katakan berjaya itu, tidak adalah berjaya.
Tetapi saya bersyukur pada Allah S.W.T yang telah memberikan
saya rezeki ini. Tetapi, tidak ada rahsia dalam kejayaan yang kalau
dikatakan berjaya ini kerana bagi saya, apabila saya menjejakkan
kaki saya ke alam pekerjaan apa yang terlintas, apa-apa yang
terniat dihati saya adalah untuk bekerja dengan ikhlas, ikhlas
bekerja dengan tekun, rajin dan memberikan perkhidmatan yang
terbaik, amanah dan juga - memandangkan kita memegang
amanah yang diberikan kita hendaklah laksanakan dengan sebaik-
baik mana yang mungkin. (diam seketika untuk berfikir)
NSJ : Apakah perbezaan yang paling ketara puan rasakan antara jawatan puan sekarang sebagai Penasihat Undang-Undang dan seorang hakim?
AO : Banyak bezanya pasal kita jadi seorang hakim, dia dari segi status
dia hakim, hakim in term of status wise [dari segi status] menjadi
seorang hakim lebih prestij dan disamping itu bidang kerja yang
dilaksanakan adalah tiada siapa yang mengongkong kita kerana kita
mempunyai mahkamah yang kita kendalikan sendiri, kita yang
menentukan bagaimana perjalanan kes-kes kita dan tidak ada siapa
yang akan mengarahkan kita untuk menjalankan itu dan ini dan
sebagainya. Apa yang, apa yang kita perlukan adalah we manage
our own court to the best of our ability [kita uruskan sendiri
mahkamah kita mengikut kemampuan kita sendiri], iaitu kita
pastikan bahawa kita mendengar kes, untuk mendengar kes untuk
menjalankan tugas-tugas kita dengan seadil-adilnya, dan cuba
mendengar kes sebanyak mungkin supaya kita dapat
menyelesaikan sebanyak kes yang mana mungkin, tanpa
17
mengkompromi keadilan dan juga tidak ada perasaan bias [berat
sebelah] dan sebagainya. Berbeza dengan Penasihat Undang-
Undang yang kita terpaksa, bukan terpaksa, kita mempunyai
banyak klien, di mana di KKR [Kementerian Kerja Raya] ini saya
bukan sahaja merupakan Penasihat Undang-Undang Kementerian
tetapi juga agensi-agensi di bawahnya yang bidang kerja mereka
varied [pelbagai], ia melibatkan banyak perkara-perkara yang
melibatkan sivil in nature [secara natural].
NSJ : Adakah puan amat meminati bidang undang-undang ini? AO : Minat itu - hendak kata minat daripada awalnya seperti saya
katakan tadi it was just [ia hanyalah], bukanlah seperti minat seperti
daripada kecil, bila orang tanya kita hendak jadi lawyer [peguam],
hendak jadi majistret dan sebagainya. (diam seketika untuk berfikir)
Itu tidak berlaku dalam diri saya kerana saya masuk dalam bidang
undang-undang itu atas dorongan kawan dan bila saya dapat
tempat di Universiti Malaya untuk pengajian undang-undang saya
kata, since [memandangkan] saya sudah dapat, saya mesti
teruskan dan minat itu datang dengan sendiri.
NSJ : Apakah tugasan pertama puan semasa melaporkan diri semasa menjadi penjawat awam?
AO : Saya telah ditugaskan sebagai Majistret di Klang apabila saya
memasuki Perkhidmatan Pegawai Perundangan dan Kehakiman.
NSJ : Semenjak bilakah puan, menjawat jawatan ini? AO : Jawatan Penasihat Undang-Undang ini saya telah jawat pada satu
haribulan September dua ribu lapan (1 September 2008).
NSJ : Bagaimana pula dengan jawatan pertama puan?
18
AO : Di Klang, jawatan pertama saya di Mahkamah Majistret Klang.
NSJ : Pada tahun bila puan? AO : Pada satu, I think [Saya fikir] pada bulan Ogos sembilan belas lapan
puluh enam. (1 Ogos 1986)
NSJ : Adakah menjadi seorang penjawat awam menjadi impian puan semasa ketika itu?
AO : Ya, ya.
NSJ : Boleh puan cerita secara ringkas mengenai pengalaman kerja puan sebelum menjadi seorang hakim?
AO : Saya, selama dua puluh tahun lebih ini, saya telah bertugas sebagai
pegawai kehakiman, di mana saya telah bermula menjadi seorang
majistret sehinggalah hakim iaitu saya tidak pernah kerja di Jabatan
Peguam Negara. Jadi pengalaman kerja saya semuanya adalah di
mahkamah di mana saya pernah menjadi majistret, saya pernah
menjadi seorang Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi,
seorang Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Timbalan
Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan kemudian menjadi hakim
Mahkamah Seksyen di Shah Alam.
NSJ : Pada tahun bilakah puan mula menjalankan tugasan sebagai seorang hakim?
AO : Pada tahun dua ribu lima [2005].
NSJ : Apakah kes pertama yang dihadapkan dihadapan puan pada ketika itu?
19
AO : Kes pertama, di mahkamah sesyen ini pada satu hari dia akan
ditetapkan dua atau tiga kes untuk perbicaraan pada masa itu, pada
hari pertama saya menjadi hakim seksyen, kes-kes yang dihadapan
saya adalah, I think [saya rasa] kes rogol, rompakan tak silap saya
dan – rogol, rompakan dan I think [saya rasa] - Jabatan Alam
Sekeliling [Jabatan Alam Sekitar] kalau tidak silap saya. (diam
seketika untuk berfikir)
NSJ : Berapa lamakah puan menjadi seorang hakim? AO : Tiga tahun.
NSJ : Berapa banyakkah mahkamah yang puan pernah bertugas sebelum ini?
AO : Saya pernah bertugas di Mahkamah Majistret Klang, Mahkamah
Majistret Rawang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah
Majistret Sungai Petani, Mahkamah Tinggi Alor Setar.
NSJ : Boleh puan ceritakan secara ringkas apakah proses-proses yang perlu dilalui sebelum kes-kes dibicarakan?
AO : Ini bergantung, proses-proses yang hendak dikatakan kes bicara, ini
bergantung kepada kes sivil atau kes jenayah. Because [Sebab]
proses yang terlibat dalam kes jenayah adalah sangat berbeza
dengan kes-kes sivil.
NSJ : Apakah jenis-jenis kes yang sering dibawa dihadapkan dihadapan puan?
AO : Semasa saya menjadi Hakim Mahkamah Seksyen Shah Alam, saya
telah ditugaskan untuk mendengar kes-kes jenayah. Jadi kes-kes
jenayah yang di bawah bidang kuasa hakim mahkamah seksyen
adalah termasuk atau pun antara lain ialah kes-kes rogol, kes-kes
20
liwat, rompakan bersenjata, rompakan berkumpulan, kes-kes
senjata api, kes-kes Akta Sekuriti, kes dadah, kes pemilikan dadah
yang jumlahnya, nilainya lebih besar dari bidang kuasa Mahkamah
Majistret dan banyak lagi.
NSJ : Apakah pendekatan yang puan buat, dalam berhadapan dengan kes- kes yang berbeza ini?
AO : Berbeza dengan kes-kes sivil yang mana prosesnya daripada
pemfailan satu tindakan saman sehingga penyelesaian satu kes sivil
itu ia mempunyai banyak proses yang berkaitan dengannya. Kes-
kes jenayah ini berbeza di mana, apa yang kita perlu ialah kita
melihat apakah pertuduhan yang telah dipertuduhkan kepada Orang
Kena Tahan [secara ringkasnya OKT] dan dari pertuduhan itu kita
lihat apakah elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak
pendakwaan di dalam kita mencapai satu keputusan sama ada
orang ini bersalah atau tidak bagi pertuduhan yang dipertuduh itu.
Jadi setiap kes jenayah, seperti rogol atau rompakan mahupun kes-
kes lain ianya setiap kesalahan itu mempunyai elemen-elemen
jenayah yang tersendiri dan elemen-elemen inilah yang perlu
dibuktikan oleh pendakwaan dihadapan mahkamah.
NSJ : Apakah persediaan awal yang perlu dipersiapkan sebelum mengadili kes-kes yang dihadapkan dihadapan puan?
AO : Seperti yang saya kata tadi, bahawa persediaan awal yang perlu
adalah berbeza sama ada kita mendengar kes sivil atau pun kes
jenayah kerana kes sivil ia akan melalui berbagai permohonan
sebelum tiba perbicaraan penuh, adanya permohonan-permohonan
yang melibatkan afidivit dan dokumen-dokumen yang dilampirkan.
Jadi sekiranya kita mendengar kes bicara sivil kita selalunya
membaca dokumen-dokumen yang difailkan sebelum menghadiri
21
mahkamah. Berbeza dengan kes jenayah di mana apabila
seseorang tu dipertuduh di mahkamah, apa yang ada ialah
pertuduhan yang dipertuduhkan kepada OKT dan kemudiannya,
pihak pendakwalah yang akan membawa keterangan-keterangan
melalui saksi-saksi akan keterangan-keterangan yang akan
menyabitkan OKT. Dari situlah keterangan tersebutlah yang akan
menentukan sama ada seorang hakim itu boleh memanggil seorang
OKT itu membela dirinya dan kemudiannya menyabitkan atau
sebaliknya.
NSJ : Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim? AO : Ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim mestilah sabar.
Seorang hakim mestilah sabar, mesti bersikap adil, mesti tegas di
dalam mengawal mahkamahnya dan yang penting sekali dia
mestilah seorang yang penuh integriti bagi menentukan bahawa
keadilan dicapai apabila beliau menghakimi mana-mana kes
dihadapan beliau.
NSJ : Adakah puan seorang yang garang atau pun tegas semasa di mahkamah?
AO : Tegas ataupun garang? Saya, saya memang seorang yang tegas
semasa di mahkamah kerana dari apa yang saya ketahui, saya
merupakan hakim, hakim yang paling sukar mendapatkan
permohonan untuk penangguhan dan saya juga akan pastikan
bahawa perbicaraan di mahkamah saya bermula pada jam tepat
sembilan pagi dan berakhir pada jam satu dan kemudiannya saya
sambung balik kes saya pada jam dua dan sehinggalah tamatnya
waktu pejabat dan ---
END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B
22
NSJ: Semasa menyandang jawatan hakim, adakah perlu melawati tempat kejadian?
AO: Dia macam ini, melawati tempat kejadian ini bergantung kepada
kes, adakala, ada juga kes-kes di mana hakim itu telah diminta
untuk melihat semula, kawasan di mana kejadian berlaku untuk
melihat sendiri keadaan sekeliling tempat tersebut untuk dia, bukan
visualise [visual], untuk dia melihat fakta yang dikemukakan oleh
pihak pendakwaan dengan tempat yang di mana tempat kejadian
dan membolehkan hakim itu menilai keterangan-keterangan yang
dikemukakan oleh saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak
pendakwaan.
NAI: Semasa menjatuhkan hukuman adakah ia, adakah kes tersebut bergantung kepada sesuatu kes di mana seperti nilai rompakan yang begitu besar? AO: Di dalam menjatuhkan hukuman, kita ada prinsip-prinsip
penghukuman yang kita kena lihat. Kita tidak boleh menjatuh
hukuman membuta tuli, kerana undang-undang itu jelas bahawa
apa-apa hukuman yang hendak dijatuhkan oleh mana-mana hakim
mahupun majistret dan sebagainya ia mestilah berlandaskan prinsip
hukuman yang sedia ada.
NAI: Adakah puan seorang yang garang ataupun tegas semasa di mahkamah? AO: Saya rasa saya seorang yang tegas, tapi ramai yang kata saya
garang, tapi penilaian seseorang itu berbeza dari seseorang yang
lain. Apa yang saya lakukan di mahkamah saya ialah saya bersifat
tegas dan bersifat tegas untuk memastikan bahawa, kelancaran
kes-kes yang saya dengar itu dapat dicapai, kerana sifat tegas ini
akan membantu di dalam kita mengawal mahkamah-mahkamah kita
23
sendiri yakni dari segi pengawalan pihak pendakwaan mahupun
pihak pembelaan dan juga saksi-saksi yang hadir di hadapan kita.
NAI: Adakah puan seorang pernah menghakimi kes-kes yang besar contohnya yang menjadi tumpuan media? AO: Sama ada kes-kes itu, kes yang besar saya tidak pasti. Tapi saya
bertugas di Mahkamah Shah Alam yang memang merupakan satu
tempat tumpuan media. Di mana setiap kes yang dihadapkan di
Mahkamah Shah Alam, terutama kes-kes jenanyah dilaporkan di
akhbar-akhbar tempatan saban hari, almost everyday [hampir setiap
hari].
NAI: Adakah puan terasa terganggu dengan kehadiran media di mahkamah? AO: Tidak, itu mereka hanya menjalankan tugas mereka, saya
menjalankan tugas saya.
NAI: Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan situasi ini? AO: Situasi apa itu?
NAI: Media? AO: Apabila media memasuki mahkamah terbuka, mereka duduk di
tempat yang dikhaskan untuk media, jadi saya rasa ia tidak
memberi kesan kepada saya yang duduk di atas bench
[majistret/hakim yang mendengar perbicaraan] untuk menjalankan
tugas saya. Jadi saya rasa kehadiran media di mahkamah saya
tidak akan memberi apa-apa kesan kepada perjalanan kes saya di
mahkamah.
24
NAI: Dengan ulasan media kebesokan harinya, adakah puan berpuas hati dengan cerita yang telah dituliskan? AO: Seperti saya kata tadi, media menjalankan tugas dia. Jadi kadang-
kadang apabila mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku di
mahkamah saya, adakalanya mereka telah mengsensasikan berita
tersebut dan adakalanya mungkin cara pengolahannya itu tidak
ditepat dengan apa yang saya katakan di mahkamah tetapi itu tidak
begitu, saya tidak mengambil berat dengan perkara ini kerana ia
tidak memberi kesan kepada keputusan yang telah saya buat di
dalam sesuatu kes.
NAI: Dengan fakta yang tidak tepat dengan apa yang puan katakan semasa di mahkamah tidakkah ia akan menjejaskan prestasi seorang hakim itu? AO: It depends [Ia bergantung], pasal kita tahu bahawa media ini
menjalankan tugas dia, jadi dia hendak tulis sesuatu yang menarik
perhatian untuk orang membeli akhbar dia, jadi kalau cerita yang
dilaporkan terus menyerong daripada apa yang kita tulis, kita boleh
betulkan atau kalau sekiranya ia sesuatu yang di luar apa yang
berlaku di mahkamah yang memberi kesan kepada kerjaya kita,
then [kemudian] kita boleh betulkan dan beritahu mereka supaya
membetulkan buat corrigendum [kesalahan yang perlu dibetulkan]
terhadap apa membuat correction [pembetulan], corrigendum
[kesalahan yang perlu dibetulkan] membuat correction [pembetulan]
apa yang, yang mereka telah tulis sehari sebelum itu.
NAI: Pernahkah puan teguran tehadap media jika sesuatu kes yang puan perkatakan itu tidak benar. Apa yang puan kata dia tulis yang berlainan dengan apa yang puan bicarakan?
25
AO: Tapi saya sungguh bertuah, kerana saya telah berkhidmat dengan
mahkamah begitu lama, jadi kebanyakkan bos-bos saya tahu bila
saya bekerja. Jadi saya tidak lah begitu, - tidaklah begitu
mengambil berat tentang apa yang telah diberi, dilaporkan, di
akhbar-akhbar. (diam seketika untuk berfikir) Kalau sekiranya,
mungkin ada ketika di mana ada sebuah akhbar telah menulis
sesuatu yang begitu menyerong dari apa yang telah saya
sampaikan di mahkamah apa yang saya telah buat, saya telah
panggil - wartawan tesebut dan menerangkan ini bukan apa yang
saya jelaskan di mahkamah dan saya minta dia pada masa
hadapan cuba pastikan dia laporkan apa yang tepat sahaja. (diam
seketika untuk berfikir)
NAI: Pernahkah puan menghakimi kes di mana pendakwaraya atau peguambela itu adalah seorang yang amat terkenal di dalam bidang perguaman? AO: Terkenal dari segi apa? Peguam terkenal macam mana tu? Peguam
terkenal siapa? Siapa peguam?
NAI: Macam Peguam Zainor, Nordin ____? AO: Peguam terkenal itu. Saya ada, Karpal Singh pernah appear before
[hadir dihadapan] saya semasa saya di mahkamah majistret. Begitu
juga, Dato’ Shafie Abdullah beliau pernah juga mengendalikan kes
dihadapan saya dan juga beberapa peguam terkemuka seperti
Encik - peguam jenayah - I can’t remember his name [saya tak ingat
namanya] - saya tidak ingat nama dia. Encik Syafi, Encik Karpal,
anak En. Karpal pun _____, kalau itu dikatakan terkenallah. (diam
seketika untuk berfikir) Ada few lawyers [beberapa peguam] yang
memang berpengalaman dalam bidang jenayah di mana
26
mengendalikan kes dihadapan saya _____ _____ _____ Eng Ek
Guan yang memang terkenal Eng Ek Guan.
NAI: Pernahkah puan bekerja dengan Dato’ Ghani Patail [Tan Sri Ghani Patail]? AO: Dato’ Ghani Patail?
NAI: Tan Sri Ghani Patail, Peguam Negara. AO: Kerja macam mana itu?
NAI: Maksudnya dalam sesuatu kes puan pernah bersama dengan dia. AO: Bersama dia, saya _____.
NAI: Dia sebagai pendakwaraya, puan sebagai seorang ____ AO: Masa kes Hindraf apabila kes Hindraf OKT-OKT di dalam Hindraf
dipertuduh di dalam mahkamah, bagi permohonan jaminan OKT,
Tan Sri Ghani sendiri telah hadir dihadapan saya.
NAI: Adakah puan berasa terganggu dengan kehadiran beliau di dalam mahkamah puan? AO: Tidak, tidak, kerana saya hanya menjalankan tugas saya sebagai
hakim dan Tan Sri menjalankan tugas sebagai pendakwaraya. Jadi
tidak timbul keadaan di mana saya terganggu di dalam saya
menjalankan tugas saya.
NAI: Satu ketika dahulu puan pernah menjadi Hakim bagi kes Hindraf. Apakah perasaan, perasaan pertama apabila menerima tugasan tersebut?
27
AO: Tiada apa, kes Hindraf sama juga dengan kes-kes lain. Cuma kes
Hindraf ini melibatkan OKT-OKT yang ramai dan datangnya dari
satu kaum dan ia menjadikan, _____ _____ ______ ia jadikan satu
isu politik yang disensasikan oleh media massa itu saja. Because
[Sebab], seperti saya kata, terdiri dengan OKT yang ramai, terdiri
daripada satu kaum dan merupakan satu senario yang berbaur
politik dan oleh atas keadaan itulah ia menjadi public interest
[kepentingan awam], menjadi satu kes yang melibatkan kepentingan
awam.
NAI: Adakah puan menerima tugasan tersebut sebaga satu cabaran? AO: Sama juga dengan kes lain-kes lain. Dengan kes lain, tiada
bezanya.
NAI: Adakah kes tersebut, kes yang mencabar sekali dihadapkan dihadapan puan? AO: Tidak, ada kes yang lebih mencabar lagi.
NAI: Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan cabaran tersebut? AO: Cabaran ini, apa maksud cabaran? Kerana setiap kes mempunyai
cabaran ia yang tersendiri kerana cabaran itu boleh datang dari
peguam yang mengendalikan kes dihadapan kita ataupun cabaran
itu datang dari pendakwaraya yang menjalan kes dihadapan kita.
Jadi saya tidak pasti apakah cabaran yang dimaksudkan.
NAI: Tadi puan kata kes ada yang lebih besar dihadapan puan, apakah kes tersebut? AO: Banyak kes besar sebenarnya, kes seperti saya kata tadi. Saya
bekerja di Mahkamah Shah Alam dan setiap kes di Mahkamah
Shah Alam akan dilaporkan di media masa. Kes-kes yang saya
28
terima pula kebetulannya merupakan kes-kes yang serius, yang
berat, yang membawa hukuman berat, seperti saya ada mendengar
kes di mana seorang OKT dituduh kerana menembak seorang
anggota polis, dua orang anggota polis dengan pistol polis itu
sendiri. Kes yang melibatkan Akta Sekuriti yang OKTnya adalah
Dato’ Soo Chee Wei, seorang ahli korporat di dalam sektor sekuriti
dan perbankan dan juga kes yang melibatkan kes-kes rasuah, kes
rasuah yang melibatkan penguatkuasa dan penjawat awam.
NAI: Apakah puan pernah meragui keputusan yang puan buat sendiri? AO: Keputusan yang saya buat saya tidak ragui kerana ia semuanya
berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak
pendakwa dan dari keterangan inilah saya membuat penelitian dan
pertimbangan ke atasnya. Jadi apa-apa keputusan yang saya buat
adalah atas penelitian yang rapi, pertimbangan dan akhir
pertimbangan tadi itu saya mencapai keputusan. Jadi persoalan
ragu atau tidak, tidak timbul - Allah yang tahu. (diam seketika untuk
berfikir)
NAI: Sekiranya seseorang dihadapkan oleh puan kepada berpendidikan rendah, tidak pernah menerima pendidikan formal atau berasal dari pendalaman, bagaimanakah caranya puan berurusan dengan mereka? AO: Isu sama ada orang yang tertuduh itu datang dari golongan yang
berpendidikan rendah atau tidak menerima pendidikan formal atau
sebagainya, saya rasa tidak timbul kerana setiap kes jenayah yang
saya kendalikan mereka diwakili oleh peguam-peguam mereka.
Jadi dia, taraf pendidikan tidak memainkan apa-apa kesan terhadap
kes yang dikendalikan oleh saya atau dibicarakan oleh saya. Tapi
sekiranya seseorang OKT itu tidak diwakili oleh mana-mana
29
peguam, adalah tugas mahkamah yang telah tertera serta
termaktub di bawah undang-undang untuk mahkamah ini
menerangkan keterangan yang dikemukakan terhadap beliau dan
adalah tugas mahkamah untuk menerangkan apa yang
dikemukakan oleh pihak pendakwaraya apakah keterangan kepada
mereka dan ini tidak, penerangan ini, tidak terkecuali sama ada
orang itu bergolongan datang dari golongan berpendidikan rendah
atau berpendidikan tinggi selagi seorang tertuduh itu tidak diwakili
oleh mana-mana peguam ianya merupakan tugas mahkamah
menjalankan atau menjalankan tugas penerangan tersebut. It
doesn’t matter [Perkara ini tidak penting] sebenarnya.
NAI: Maknanya, pendidikan bukan satu masalah timbul, masalah mahkamah? AO: Adalah duti mahkamah untuk menerangkan pada OKT yang tidak
diwakili itu, apa yang telah dipertuduh terhadap dia dan apakah
keterangan yang diperlukan oleh pihak pendakwa-pendakwaraya
untuk membuktikan dan apakah keterangan yang telah
dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.
NAI: Maknanya pendakwa itu bergantung kepada diwakili oleh peguam atau tidak diwakili, itu sahaja? AO: Ya.
NAI: Pernahkah puan menjatuhkah hukuman mati kepada pesalah semasa menjadi seorang hakim? AO: Tidak, kerana bidang kuasa hakim mahkamah seksyen tidak
temasuk dalam membicarakan kes-kes yang membawa hukuman
mati.
30
NAI: Apakah implikasi yang mungkin dihadapi oleh seseorang hakim sekiranya melibatkan perasaan peribadi semasa membuat keputusan? AO: Perasaan penglibatan, perasaan peribadi itu tidak timbul
sebenarnya sebagai hakim. Seperti saya kata awal tadi, apabila
kita mendengar sesuatu kes itu, kita hendaklah bersifaf jujur,
amanah dan ada integriti dan kita tidak boleh melibatkan perasaan
kita untuk memberi kesan kepada kes tesebut. Jadi, untuk menjadi
seorang hakim yang baik, perasaan peribadi hendaklah diketepikan
di dalam mencapai sesuatu keputusan tersebut.
NAI: Walaupun kadang-kadang dia menyentuh perasaan puan semasa mengadili penghakiman? AO: Ya betul. Kadang-kadang apabila sesuatu kes rogol, sumbang
mahram, sumbang mahram, apabila seorang ayah telah dituduh
untuk dituduh merogol anaknya sendiri, seorang abang dituduh
merogol adiknya, seorang pakcik merogol anak saudaranya, ini
merupakan satu perkara yang keji dan saya sebagai seorang wanita
memandang berat perkara ini dan kerana ia melibatkan runtuhnya
insititusi kekeluargaan. Tapi, namun demikian, di dalam kita
mempunyai sentimen sedemikian untuk menghukum seseorang itu,
ia mesti berlandaskan kepada prinsip-prinsip penghukuman yang
saya katakan tadi.
NAI: So [Jadi], dalam puan membuat keputusan tersebut, dia perlulah tegas dan adil? AO: Ya, sepatutnya.
NAI: Sepanjang mengendalikan kes mahkamah pernahkah puan merasa buntu dalam membuat sebarang keputusan?
31
AO: Buntu, ini tidak ada pasal saya suka, saya seorang yang suka
membaca. Saya suka - gerakkan horizon [had pengetahuan atau
minat] saya dan sekiranya saya rasa saya tidak pasti dengan
kedudukan undang-undang saya akan buat further researh [kajian
selanjutnya], tengok keputusan-keputusan sebelum ini, tengok
precedent [kes yang telah terjadi digunakan sebagai contoh kepada
kes baharu] yang ada, jadi buntu itu tidak boleh timbul pasal kita
kena buat keputusan juga. Jadi tidak boleh timbul buntu, jadi kalau
pun kita tidak pasti tentang isu undang-undang itu, isu kesalahan itu
apa yang patut dilakukan oleh seorang hakim adalah membuat
kajian mendalam terhadap kes dia dan cuba menggunakan kes-kes
itu terhadap situasi yang beliau hadapi. (diam seketika untuk
berfikir)
NAI: Kadang-kala adakah puan mendapat pandangan dari rakan-rakan sejawat ataupun yang berkaitan dengan kes tersebut? AO: Pandangan ini kita selalunya, kita akan berbincang dengan rakan-
rakan sejawatan kita dan dengan perbincangan tersebut - rakan-
rakan kita mungkin memberikan kita kedudukan undang-undang
yang berbeza dan kita boleh akhirnya membuat satu keputusan
untuk kes kita. Jadi kita tidaklah bersandarkan apa yang telah
diberitahu kawan kita tapi dengan perbincangan tersebut kita boleh
jadikan ia sebagai asas untuk kita membuat keputusan. (diam
seketika untuk berfikir)
NAI: Apakah pengaruh sekeliling mempengaruhi puan dalam mengambil / membuat sebarang keputusan? AO: Tidak, pengaruh sekeliling, di dalam pengaruh sekeliling sama ada
mempengaruhi saya di dalam saya membuat keputusan. Pengaruh
sekelling seperti mana yang dimaksudkan oleh ____?
32
NAI: Macam perkauman atau, isu politik? AO: Tidak, tidak. Telah saya kata tadi bahawa prinsip penghukuman
atau prinsip keputusan. Keputusan kita buat berasaskan keterangan
yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan hukuman kita buat
berdasarkan prinsip penghukuman yang sedia ada.
NAI: Adakah tugas sebagai hakim menyekat puan dari bergaul dengan orang ramai? AO: Bukannya tugas hakim itu menyekat kita dari bergaul dengan orang
ramai tapi adalah mudah untuk kita menjalankan tugas kita sebagai
seorang hakim jika kita tidak meng-associate-kan [merapatkan] diri
kita dengan mana-mana orang kerana seperti mana yang kita tahu
apabila kita rapat dengan seseorang macam mana pun kita akan
memberikan kesan kepada judgement [pengadilan] kita, jadi kita
mengambil pendekatan bahawa apabila kita bekerja sebagai hakim
kita cuba jauhkan diri kita dari apa-apa elemen yang boleh
menganggu-gugat pekerjaan kita.
NAI: Sebagai seorang hakim, adakah dia berasa terancam dengan sebarang keputusan yang dibuat? So [Jadi], puan akan terasa satu ancaman apabila sesuatu keputusan dibuat? AO: Kita hidup di dalam Malaysia ini, di dalam negara yang masih aman
yang mana rakyatnya masih lagi berpegang teguh kepada prinsip –
mendukung keadilan dan belum sampai kepada satu peringkat yang
ekstrem, jadi sama ada terancam atau tidak terancam, setakat ini
negara kita belum sampai ke tahap itu. (diam seketika untuk berfikir)
NAI: Pernahkan puan melalui situasi tersebut, dengan sesuatu keputusan? AO: Al hamdulillah, [bersyukur] tidak.
33
NAI: Jika satu pilihan peluang kerjaya hakim atau peguam persekutuan yang mana satu menjadi pilihan puan dan mengapa? AO: Tak boleh jawablah (ketawa). Ini tidak boleh jawab because [sebab]
kedua bidang tugas ini berbeza dan cabarannya berbeza. Jadi
macam kita di dalam skim Pegawai Perundangan dan Kehakiman,
saya tidak boleh pilih. Jadi apabila kita ditugaskan menjadi seorang
hakim, kita jalankan itu, kita sebagai seorang hakim dengan sebaik
mungkin. Bila kita ditugaskan sebagai Peguam Persekutuan, kita
jalankan tugas kita dengan sebaik mungkin. Jadi tidak ada pilihan di
dalam hal ini. Tak boleh hendak pilih-pilih hendak menjadi hakim
atau hendak jadi peguam persekutuan.
NAI: Maknanya apa yang tugaskan puan kena jalankan dengan ikhlas? AO: Kita jalankan sebaik mana yang mungkin atas tugas yang telah
diarahkan kepada kita.
NAI: Adakah puan bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman [sebenarnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman] bagi tujuan pelantikan seorang hakim? AO: Yang ini saya wish no comment [tiada komen] boleh tidak? Pasal
ini perkara dasar. Yang _____ siapalah saya untuk memberi
komentar hal sedemikian.
NAI: Sejauh manakah penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dapat membantu hakim menjalankan tugas dengan lebih telus? AO: Yang ni [ini], soalan ini bila kita kata sejauh mana Penubuhan
Suruhanjaya Penghakiman dapat membantu hakim-hakim
menjalankan tugas dengan lebih telus. Seperti mana yang kita sedia
tahu adalah penubuhan Suruhanjaya Kehakiman ini, - ini bukan
Suruhanjaya Kehakiman, ini Suruhanjaya pelantikan, ini JAC
34
appointment [lantikan] Judicial Appointment [lantikan kehakiman],
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dia dipanggil Judicial
Appointment Commission [JAC], appointment [pelantikan], jadi
penubuhan Suruhanjaya Kehakiman ini bertujuan untuk meletakkan
satu badan yang bertanggungjawab di dalam pelantikan hakim-
hakim Mahkamah Tinggi terteranya. (diam seketika untuk berfikir)
Jadi saya yakin dengan adanya Suruhanjaya Kehakiman ini,
pelantikan kehakiman ini, seperti objektif penubuhannya adalah
untuk memastikan bahawa pelantikan hakim-hakim ini dibuat
dengan telus dan semestinya hakim-hakim yang akan dilantik
melalui - Suruhanjaya ini akan merupakan hakim-hakim yang boleh
menjalankan tugasnya dengan baik dan dengan penuh dedikasi.
Jadi, not so much of [tidak banyak] dalam menjalankan tugas
Suruhanjaya ini bertanggungan untuk pelantikan hakim-hakim
Mahkamah Tinggi, it’s appointment basis [ianya atas dasar
pelantikan]. (diam seketika untuk berfikir)
NAI: Apakah yang membezakan kes-kes sivil dan kes-kes jenayah? AO: Kes-kes sivil adalah kes-kes yang melibatkan pihak-pihak private
[persendirian] iaitu seorang plaintif dan defendan yang selalunya
kesan kepada keputusan ini adalah ganti rugi atau perintah yang
akan mengikat pihak-pihak. Manakala, kes-kes jenayah adalah satu
kes di mana it’s prosecution of a person by the _____ [pendakwaan
dari seseorang daripada _____] - pendakwaan seseorang yang
dikatakan atau dituduh melakukan jenayah oleh pihak Kerajaan.
(diam seketika untuk berfikir) Ini bezanya, yang mana seseorang
yang dituduh di mahkamah dan didapati bersalah dalam kes
jenayah akan dihukum dan dengan hukuman-hukuman yang
diperuntukkan oleh kesalahan di mana mereka telah dituduh. Itu
beza dia.
35
NAI: Secara peribadi adakah puan bersetuju kes-kes jenayah diberi peluang untuk membuat sebarang rayuan di mahkamah? AO: Itu mesti kerana it’s a right [itu adalah hak] untuk seseorang itu
merayu atas keputusan mahkamah yang lebih rendah kerana -
apabila seseorang itu telah didapati bersalah oleh mana-mana
mahkamah yang rendah dan sewajarnya seorang itu mempunyai
pilihan lain untuk ke mahkamah atasan untuk check and balance
[periksa dan pertimbangkan] tentang keputusan yang telah dibuat
oleh mahkamah rendah tersebut.
NAI: Pada sesetengah kes jenayah, seorang pesalah akan dilepaskan tanpa dibebaskan. Apakah yang dimaksudkan dilepaskan tanpa dibebaskan? AO: Seseorang yang didapati, seseorang yang dilepas tanpa
dibebaskan bermaksud discharged non amounting to acquittal.
Apabila seseorang itu dilepaskan dan ianya tidak terjumlah kepada
suatu pembebasan ia bermakna bahawa seseorang itu dilepaskan
tetapi ia tidak _____ _____ _____ dilepaskan ini maksudnya
apabila dia dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan
maksudnya ada tanpa dibebaskan dan daripada pertuduhan
maksudnya ialah ini berlaku apabila pihak pendakwaan atau
pendakwa raya memohon mahkamah untuk melepaskan seorang
OKT tetapi pelepasan ini tidak terjumlah kepada satu pembebasan
di mana ada kemungkinan bahawa OKT ini akan dituduh semula ke
mahkamah atas tuduhan yang sama. Itu maksudnya, dia tidak
dibebaskan dari pertuduhan yang tersebut tapi beliau dilepaskan
dengan kemungkinan sekiranya ada keterangan-keterangan yang
lain atau ada saksi-saksi yang boleh dikemukakan untuk kesalahan
yang sama ia boleh dituduh semula atas kesalahan yang sama.
36
NAI: Dari segi undang-undang mengapa seorang OKT atau Orang Kena Tahan boleh kena jamin? AO: OKT boleh ikat jamin, adalah apabila seseorang OKT itu dituduh di
mahkamah, dia kena tengok apakah kesalahan di mana ia
dipertuduh. Apakah kesalahan-kesalahan beliau dipertuduh, di
mana mahkamah dalam hal sini ada tiga keadaan di mana
kesalahan-kesalahan di mana orang OKT sama ada merupakan
kesalahan-kesalahan yang boleh dijamin atau dipanggil bailable
offences [kesalahan boleh jamin] atau OKT itu telah dituduh dengan
kesalahan non-bailable offences [kesalahan tak boleh jamin] atau
pun orang OKT itu telah dituduh dengan satu pertuduhan yang
memang tak boleh jamin langsung. Dia ada tiga kedudukan. Ada
____ whether they are charged, whether they are bailable offences
[_____ sama ada mereka disabit dengan kesalahan, sama ada
mereka boleh dijamin] sama ada boleh jamin, kesalahan yang
boleh jamin, tidak boleh jamin, kesalahan tidak boleh jamin
langsung. Itu depends [bergantung] ia bergantung kepada apakah
pertuduhan yang telah dipertuduhkan kepada OKT tersebut.
NAI: Maknanya ada setengah itu dikatakan dilepaskan tanpa jaminan? AO: Itu bukan ini bukan dibebaskan, ini tidak diberi jaminan. Dia macam
ini, kesalahan jenayah seperti saya kata tadi bailable offences
[boleh jamin] ini adalah kesalahan-kesalahan di mana apabila
seseorang OKT itu dituduh dia punya hak untuk dijamin.
Mahkamah tak boleh kata ‘no’ [tidak]. Itu hak dia untuk memberikan
jaminan. Keduanya adalah, non-bailable offences [kesalahan tiada
boleh jamin], di mana mahkamah mempunyai budibicara untuk
menentukan sama ada OKT ini layak diberi jaminan atau tidak. Itu
budi bicara mahkamah. Ketiganya, kesalahan yang memang tidak
boleh dijamin langsung yang dikata unbailable offences [tidak boleh
37
jamin langsung]. Ini adalah di dalam kes-kes di mana seperti kes-
kes bunuh, non-bailable. 39B kesalahan bagi kesalahan . . .
END OF TAPE 1 SIDE B : TAPE 2 SIDE A
AO: Unbailable offences [kesalahan yang tidak boleh dijamin] adalah
kesalahan yang memang tidak dibenarkan diikat jamin seperti
seseorang yang telah Seksyen 39B iaitu Akta Dadah merbahaya
iaitu bagi kesalahan mengedar dadah.
NAI: Tetapi dalam semasa penghakiman kadang-kadang adakah ia boleh dijamin?
AO: Memang tidak boleh dijamin. Itu memang tidak boleh dijamin kalau
kita kesalahan unbailable [tidak boleh dijamin] tu memang tidak
boleh jamin langsung.
NAI: Even [Walau] sudah jatuh hukum? AO: Itu sudah, sudah jatuh hukuman sudah tidak dijamin sudah. Dia
sudah jatuh hukum. Dia menjadi hukuman penjara. Atau pun kalau
pasal 39B jikanya, jika OKT dituduh di bawah seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya dan diakhir kes mahkamah mendapati bahawa
dia bersalah dia terus dihukum gantung, dia tidak ada jamin-jamin
lagi sudah.
NAI: Puan apakah beza bila seorang hakim menjatuhkan hukuman, lalu berkata hukuman gantung sampai mati ataupun hukuman gantung? AO: Ini kena cakap under the law [di bawah undang-undang], pasal
hukuman gantung sampai mati. Make sure [Pastikan] pasal
hukuman ini hukuman mati jadi kena jatuh hukuman gantung
38
sampai mati. Kalau gantung tidak mati macam mana? - kalau
gantung tiba-tiba dia tidak mati, hendak buat macam mana? (diam
seketika untuk berfikir)
NAI: Macam mana pulak situasi masa itu puan? Reaksi masa itu? AO: Tidak boleh pasal itu, pasal itu kita kena cakap “Hukuman gantung
sampai mati”.
NAI: That’s mean [maknanya] kita sure [pasti]? AO: Kita kena cakap “OKT dengan ini didapati bersalah dan dihukum
gantung sehingga mati”. Itulah saya cakap kalau gantung tiba-tiba
elektrik tidak ada, macam mana hendak gantung sudah dia tidak
mati. Macam mana?
NAI: Selepas itu adakah ia akan dibebaskan atau pun kena gantung sekali lagi? AO: Pasal itu hukuman mesti jelas, hukuman mesti jelas.
NAI: Maknanya bila buat sesuatu hukuman, jelaskan? AO: Mesti kita jelas hukuman kita.
NAI: Bagi diri puan sendiri, apa yang mempengaruhi puan dalam membenarkan seseorang OKT diikat jamin? AO: Telah saya katakan tadi, kesalahan-kesalahan di mana OKT
tertuduh dibahagikan tiga kategori. Satu kesalahan yang boleh
dijamin, bailable offences [kesalahan boleh dijamin], kesalahan non-
bailable offences [kesalahan tidak boleh dijamin] iaitu di bawah
bidang kuasa mahkamah sama ada membenarkan atau tidak
seseorang itu diikat jamin dan ketiga unbailable offences [tidak
boleh dijamin], memang tidak boleh hendak jamin.
39
NAI: Apakah puan pernah dipersalahkan atau diugut setelah mengumumkan keputusan yang puan buat oleh pesalah atau keluarga pesalah itu sendiri? AO: Itu saya tidak tahu, selepas jatuh hukum saya masuk bilik saya tidak
tahu apa yang berlaku di luar.(ketawa)
NAI: Puan juga pernah menjalankan tugas di Mahkamah Semenyih, apakah jenis-jenis kes yang dihadapkan di depan puan sama dengan yang dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah 6? AO: Mahkamah Seksyen Semenyih adalah satu mahkamah yang dan
telah ditubuhkan untuk mengadili kes-kes pendatang tanpa izin.
Mahkamah Semenyih merupakan designated court [mahkamah
khas] yang, yang telah dikhaskan untuk mendengar segala kes-kes
yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin di Malaysia, dia
berbeza kerana Mahkamah di Semenyih hanya mendengar kes-kes
yang melibatkan kes pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia
tanpa permit, yang ke Malaysia overstay [terlebih tinggal], yang
datang ke Malaysia untuk permit kerja lain tapi bekerja dengan
agensi lain dan sebagainya. Dia memang khas untuk kesalahan-
kesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin (PATI).
NAI: Ini bermakna semua pendatang tanpa izin akan dibicarakan di Mahkamah Semenyih? AO: Ya. Bagi kes-kes yang melibatkan kes imigresen, tapi imigresen
sahaja, tapi kes sekiranya PATI itu dituduh untuk kesalahan di
bawah kanun acara jenayah dia akan dituduh di mahkamah biasa,
bukan di Semenyih. Kes-kes di bawah kawalan Jabatan Imigresen.
NAI: Ini bermakna di Malaysia terdapat beberapa Mahkamah Seksyen yang berlainan fungsi puan?
40
AO: Tidak, tidak. Bukan mahkamah seksyen berlainan fungsi. Memang
kita, apabila Kerajaan bercadang atau Kerajaan bercadang untuk
mewujudkan Mahkamah PATI ini, ia adalah bertujuan untuk
menyelesaikan kes-kes yang melibatkan PATI ini dapat dibicarakan
dengan segera. Kerana ia melibatkan kes yang banyak, beratus-
ratus ribu PATI dan sekiranya mahkamah ini tidak ditubuhkan,
PATI-PATI ini akan dihadapkan di mahkamah yang biasa, jadi
proses ini akan mengambil masa yang panjang dan akan
mengganggu perjalanan kes-kes yang lain di mahkamah jenayah
biasa.
NAI: Kebanyakkan orang yang dihadapkan dihadapan puan adalah orang asing. Apakah masalah bahasa menjadi suatu yang menggangu perjalanan kes tersebut? AO: Semasa mahkamah PATI ditubuhkan pertama kalinya di Semenyih,
memang bahasa menjadi satu yang menganggu perjalanan kita
kerana kita memerlukan banyak jurubahasa yang tidak dapat
disediakan seperti jurubahasa Bangladesh, jurubahasa Urdu,
jurubahasa Arab dan sebagainya, tetapi ia cuma melibatkan
sebahagian kecil kes kerana sebahagian besar kes adalah yang
melibatkan pendatang tanpa izin Indonesia, India dan juga Myanmar
di mana kita ada jurubahasa-jurubahasa yang berbahasa demikian.
NAI: Berapakah peratus kes yang melibatkan warga asing yang dihadapkan dihadapan puan dalam sebulan? AO: Saya telah bertugas di Mahkamah Semenyih PATI selama empat
bulan semenjak ia ditubuhkan daripada bulan dua belas sehingga
bulan tiga memang kes yang melibatkan warga asing begitu
banyak sehingga saya tepaksa bersidang sehingga lewat malam.
41
NAI: Adakah ia mengganggu aktiviti seharian puan, saya maksud selalunya mahkamah habis bersidang pukul lima atau enam. Ini puan terpaksa bekerja sampai ke lewat malam? AO: Demi untuk negara tidak mengapa.
NAI: Puan betul-betul seorang yang ikhlas bekerja untuk negara? AO: Memang.
NAI: Adakah puan rasa tertekan sekiranya perlu berhadapan dengan banyak kes dalam sehari semasa di Mahkamah Semenyih, iaitu Mahkamah PATI? AO: Tidak adalah tertekan, pasal kes dia bukan kes yang susah. Kes
yang susah, ia merupakan kes-kes yang melibatkan pendatang
yang datang ke Malaysia tanpa izin, yang telah tinggal lebih masa
dan sebagainya. Jadi tekanan tidak timbul cuma banyaklah, itu aje
[sahaja] tidak adalah tekanan cuma simple [senang/mudah] kes, but
it just that [tetapi ianya cuma] cuma volume [jumlah] banyak, tapi
memandangkan tujuan penubuhannya untuk menyelesaikan kes-
kes pendatang tanpa izin dengan seberapa banyak jadi ia bukanlah
merupakan tekanan bagi saya.
NAI: Puan berkhidmat di Mahkamah Semenyih selama empat bulan, selepas itu siapakah yang mengambil alih tempat puan sampai sekarang? AO: Sekarang di Mahkamah PATI saya tidak pasti siapa yang ambilalih,
tapi saya, Mahkamah Majistret/Hakim seorang Hakim dari
Mahkamah Seksyen Klang agaknya. I don’t know [Saya tidak tahu].
42
NAI: Berapa lamakah masa yang puan luangkan di dalam kamar setiap
hari?
AO: Di mana?
NAI: Di Mahkamah Shah Alam, Sungai Petani atau Mahkamah Semenyih? AO: Pasal kita dengan Mahkamah, pasal saya membicarakan kes
mahkamah kes jenanyah jadi memang saya punya masa
kebanyakannya adalah di mahkamah terbuka di mana keterangan-
keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, jadi kalau pun
saya berada di kamar, untuk pagi sahajalah dan untuk tengah hari
saja, itu saja most of the time I will be [kebanyakan masa saya
akan] di open court [mahkamah terbuka].
NAI: Pada jam berapakah selalunya puan mula menjalankan tugasan Puan?
AO: Tugasan untuk apa?
NAI: Tugasan sebagai seorang hakim? AO: Kita Pegawai Kerajaan, sama ada hakim atau tidak, kita mula kerja
pukul lapan. Cuma mahkamah mula bersidang pada jam sembilan
dan kita tamatkan persidangan untuk setengah hari pada pukul satu
dan mula balik pada pukul dua sehingga pukul lima petang.
NAI: Pernahkah puan menghadapi satu perbicaraan yang begitu lama? AO: Ya ada, semasa saya ---, bukan perbicaraan yang lama dia, dia
saya mendengar kes Dato’ Soo Chee Weng, yang melibatkan Akta
Sekuriti untuk mendengar keterangan seseorang saksi, pendakwa,
iaitu pengadu, masa yang diambil untuk pemeriksaan utama sahaja
adalah dua bulan. Itu bayangkan dua bulan itu hanya setakat
43
pemeriksaan utama saksi utama, bukan saksi utama, pengadu dan
pihak pendakwaan akan memanggil, saya kalau tidak silap saya
about [dalam] dua ratus orang saksi lagi, tetapi syukur kepada Allah
SWT kerana apabila satu representasi dikemukakan oleh pihak
OKT, pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan dan OKT telah
mengaku salah dan kes itu telah dapat diselesaikan.
NAI: Maaf puan, apakah kes paling lama puan pernah hakimi, berapa lama jangka masanya? AO: Pasal saya ini, saya ini buat kes cepat (ketawa). Paling, bukan
senang semasa saya ditugaskan di Mahkamah Shah Alam,
Mahkamah Shah Alam, mempunyai banyak kes yang tertunggak,
tertunggak yang masih belum didengar, jadi semasa itulah saya
cuma menyelesaikan kes yang lama dan paling lama saya dengar
satu kes, iaitu saya ada target [sasaran] saya, because I arrange my
diary, you know [sebab saya menyusun diari/jadual, awak tahu]
saya, saya sendiri yang tentukan diari [diari/jadual] dan saya
pastikan bahawa, kes saya yang akan dijalankan bukan satu kes
yang lama dan apabila kita tetapkan bicaranya saya tetapkan
katakanlah pihak pendakwaan katakan ada sepuluh saksi untuk
dipanggil, jadi saya akan tanya dia berapa saksi hendak dipanggil
dalam masa satu minggu, jadi dia akan tentukan lima dan
sebagainya, dan saya akan buat satu perangkaan di mana kalau
dalam satu minggu berapa saksi boleh dipanggil dan saya tidak
tetapkan kes yang lain. Tidak tetapkan kes yang lain jadi bila habis
satu minggu itu, kita tengok kes kebanyakannya dah habis, the next
date [tarikh berikutnya] kalau satu minggu itu tidak cukup, saya akan
tanya peguam atau pendakwaraya berapa lama lagi dia hendak
habis dan berapa saksi hendak panggil then I rearrange my diary to
the next date [kemudian saya susun semula ke tarikh lain] bukan
tarikh yang panjang, jadi saya dengar kes itu tidak panjanglah. It’s
44
how you manage your diary, you know [Ia bagaimana awak uruskan
diari/jadual, awak tahu]. Itu yang perlukan ketegasan itu.
NAI: Macam puan mengatasi kes yang tetunggak dan kes yang baru? AO: Kes tertunggak ini bukan, kes tertunggak ini dia ada penilaian apa
sebenarnya kes tertunggak itu, because [sebab] bila public [awam]
mengatakan kes tertunggak, kes tunggak ini kita kena tahu apa
maksud kes tertunggak ini. Adakah kes tertunggak ini kes yang
sememangnya sedia untuk perbicaraan tapi tidak dapat didengar
oleh mahkamah ataupun mahkamah sedia mendengarnya tapi atas
alasan-alasan saksi tidak ada, pegawai pendakwa tidak ada,
ataupun peguam tidak sihat, peguam tidak sedia merupakan kes
tertunggak dan sebagainya. Because [Sebab] bila public [awam]
berkata kes tertunggak kita kena kaji apakah sebenarnya kes
tertunggak. Bagi saya kes tertunggak adalah kes yang mana kes
yang telah sedia untuk perbicaraan tapi mahkamah sendiri tidak
boleh hendak dengar, that are pending cases [itu adalah kes
tertunggak]. Ada kes di mana mahkamah boleh dengar tapi atas so
many reason lah [terlalu banyak sebablah]. Saksi tidak adalah dan
sebagainya, jadi kita, kita dekat mahkamah yang kenakan. So, you
have got to objective in entertaining [Jadi, saya akan ada objektif
untuk menghadapi ini] untuk membezakan apakah sebenarnya
maksud kes-kes yang tertunggak. Begitu juga dengan kes sivil,
kadang kita kata kes tertunggak ini banyak tapi sebenarnya kes
yang didaftarkan itu, ia betul, ia telah didaftarkan di mahkamah,
tetapi belum bersedia untuk perbicaraan, bukan salah mahkamah
sama bukan salah mahkamah yang kes itu belum sedia untuk
perbicaraan tetapi kerana most of them not [kebanyakkan mereka
tidak] peguam-peguam belum memfailkan dokumen-dokumen yang
sepatutnya bagi bolehkan perbicaraan itu dijalankan. But [Tetapi]
ada juga di mahkamah-mahkamah seperti di mahkamah Shah Alam
45
kerana beban tugas yang begitu banyak dan kerana begitu banyak
kes yang telah difailkan memang saya boleh katakan di Mahkamah
Seksyen Shah Alam atau pun Mahkamah Shah Alam memang ada
kes tertunggak. You have got to [Awak mesti], tengoklah apa yang
kita katakan kes tertunggak seperti mana yang saya katakan tadi.
NAI: Adakah puan meletakkan apa-apa syarat tersendiri yang perlu dipatuhi bagi setiap kes yang dihadapkan di hadapan puan? AO: Syarat macam mana itu?
NAI: Maknanya macam saksi semua mesti ada, dokumen lengkap? AO: Itulah yang saya katakan tadi tegas, apabila kita tegas orang kata
kita garang but it’s the management of your court [tetapi ia adalah
pengurusan mahkamah kita] yang kita perlukan ketegasan di mana
kita sukar membeir penangguhan kepada alasan-alasan yang
remeh temeh. Kita pastikan bahawa saksi-saksi hadir di mahkamah
dan kita pstikan peguam dan pendakwarya bersedia semasa hadir
di mahkamah dan kita pastikan peguam dan pendakwaraya
bersedia semasa kita mengendalikan perbicaraa, itu yang kita kata
tegas.
NAI: Jika sesuatu kes bersidang tetapi tidak cukup dia punya bahan bukti, apa pendapat puan? AO: Kalau misalnya seseorang OKT itu dituduh dan pihak pendakwa
telah mengemukakan keterangan yang tidak mencukupi, untuk
sesuatu orang itu untuk disabitkan, kita kena lepaskanlah, kena
lepaskan OKT.
NAI: Tapi bila kita jumpa semula bukti itu, adakah OKT itu akan ditahan balik?
46
AO: Tidak boleh, di Malaysia tidak boleh macam itu. OKT yang, kalau
sekiranya pihak pendakwaan telah mengemukakan saksi-saksi
yang telah memberi keterangan dan diakhir kes pendakwaan atau
diakhir kes pembelaan bahawa mahkamah mendapati bahawa tidak
cukup kes untuk OKT itu disebutkan, iaitu mahkamah mesti
membuat keputusan bahawa OKT itu dilepaskan dan dibebaskan.
Kalau ada keterangan baru, ia mesti melalui permohonan
mahkamah tapi ini tidaklah di - because when a person been
charged in court and the court has evaluated the evidance and has
come to a finding that [sebab OKT yang disabitkan di dalam
mahkamah dan mahkamah harus menilai kes tersebut dan
mendapati] orang itu tidak bersalah kita lepaskan, jikalau bukan
macam court [mahkamah] Amerika yang tiba-tiba ada evidence
[bukti] yang kita bawa itu, no [tidak] di Malaysia masih lagi belum
ada that kind of [yang seperti] ada peruntukan untuk new evidence
[bukti baru] tapi tidak, I [saya] tidak belum la sampai that extend [ke
tahap] lagilah saya rasa macam you all talking [kamu cakap] macam
American Court [Mahkamah di Amerika] tengah berjalan tiba-tiba
berjalan, I bring new evidence [saya bawa bukti baru] di Malaysia
tidak begitu.
NAI: Maksudnya, katakan pihak polis atau pendakwaraya sudah ada bukti, macam kes rompakan memang sudah ada bukti, lepas itu dipanggil balik, ditangkap balik? AO: It goes on appeal [Itu teruskan dengan rayuan]. Kalau dia hendak
goes on appeal [teruskan dengan rayuan] hendak pergi rayuan,
tiba-tiba di masa rayuan ada itu, ada new evidence [bukti baru]
mesti kemukakan, mesti buat permohonan pada mahkamah rayuan
ataupun mahkamah lebih tinggi untuk memasukkan evidence [bukti]
yang baru terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama
ada pengemukaan dokumen yang atau evidence [bukti] baru
47
dibenarkan atau tidak. But, it’s at a pilot stage, if not another trial
[Tetapi ia adalah diperingkat pertama, jika tidak berjaya bicara
semula diadakan].
NAI: If not immediately the person will be charged [Jika tidak OKT akan dihukum semula]? AO: Itu American Court [Mahkamah Amerika]. Wayang sahaja itu.
NAI: Bukan puan, kadang-kadang kita / saya terfikir juga benda? AO: Di Malaysia dia macam ini, kalau misalnya seseorang itu telah
dilepaskan atau dibebaskan and then [dan kemudian] katakan ia,
katalah ada keadaan di mana polis tangkap orang dan ada
evidence [bukti] baru, what they did is, what they normally is [apa
yang mereka buat adalah, apa yang mereka biasa], bila kes-kes ini
ada rayuan di mahkamah rayuan, atau mahkamah tinggi mana,
kalau dia dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi, so, they try
to indicate the new evidence by want the application [mereka akan
cuba tunjukkan bukti permohonan], kalau mahkamah benarkan
masuk okaylah, tapi at this stage it at pallet level [pada tahap ini ia
diperingkat rayuan], semasa rayuan didengarkan.
NAI: Adakah terdapat jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak Mahkamah untuk memantau kes-kes tertunggak ini?
AO: Yes [ya] Ketua Hakim Negara, bukan tidak tiada jawatankuasa tapi
Ketua Hakim Negara (batuk) sangat mengambil berat tentang kes-
kes tertunggak ini di mana setiap mahkamah di Malaysia akan
mengemukakan laporan bulan, bulanan kepada Ketua Hakim
Negara ke bahagian, dipanggil Bahagian Statistik - di Istana
Kehakiman dan perkara ini dpantau oleh Ketua Hakim Negara
sendiri statistik ini dipantau oleh Ketua Hakim sendiri yang melihat
48
bagaimanakah pencapaian oleh hakim-hakim atau majistret yang
menjalankan tugas. (diam seketika untuk berfikir)
NAI: Ia bermaksud setiap bulan semua _____ _____ AO: Ada laporan. Ada laporan. Laporan bulanan yang kena. Dalam
laporan bulanan ini akan dinyatakan, di dalam laporan bulanan ini
dinyatakan ada butir-butir kes, didengar, jenis kes yang didengar,
tangguhkan, alasan penangguhan dan sebagainya. Semua ada.
NAI: Bagaimanakan pendapat puan jika sesuatu kes itu terlalu lama untuk diadili, kadang-kadang mengambil masa lima ke sepuluh tahun? AO: It kena katakan justice delay on denied [penangguhan keadilan atas
penafian]. Jadi kita seboleh-bolehnya, menyelesaikan kes itu.
Terutama kes-kes yang melibatkan jenayah ini dengan seberapa
segera yang mungkin.
NAI: Apakah pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh pihak Mahkamah dalam menangani kes-kes tertunggak ini? AO: Seperti saya katakan tadi, saya manage my own diary, I mean my
own diary [saya uruskan diari saya sendiri, maksud saya diari saya
sendiri]. I make sure that all my cases [Saya pastikan kesemua kes-
kes saya] yang fix [tetapkan] dapat dijalankan pada masa yang
dijadualkan dan apabila kes ini tidak sempat ditetapkan dalam satu
jangka masa yang telah ditetapkan, the next date [tarikh berikutnya]
mestilah tarikh yang lebih awal. Jada pasal tu (itu) kita, kita dapat
pastikan kes tu (itu) dapat diselesaikan dengan leibh cepat dan kita
mesti tegas baru kita kaji penangguhan atas alasan remeh temeh
dan juga kita rajin sikit bekerja most of time [selalunya] kita ada
mendengar kes sebanyak mana yang mungkin dan adakala, pasal
saya di Shah Alam saya mendengar kes sehingga lewat malam juga
49
tapi dengan kebenaran pihak-pihak pendakwa, peguam dan saksi-
saksi yang ada dihadapan saya begitu juga dengan persetujuan
jurubahasa-jurubahasa saya.
NAI: Adakah puan telah berjaya di dalam pendekatan yang digunapakai oleh puan?
AO: Apa dia?
NAI: Apa pendapat pernah berjaya seperti manage own [uruskan sendiri] punya punya diari? AO: Saya rasa ya, kerana saya rasa cara itu effective [berkesan] bagi
diri saya. Ia berkesan.
NAI: Apakah pencapaian terbaik Puan sepanjang tempoh Puan menghakimi kes-kes yang dihadapkan di hadapan Puan?
AO: Pencapaian terbaik macam mana ya?
NAI: Bermaksud kes itu diselesaikan dalam masa terdekat? AO: Saya rasa bukan hendak memuji hendak diri (ketawa) tetapi saya
rasa saya telah menjalankan tugasan saya dengan baik semasa di
mahkamah saya di Seksyen, Shah Alam di mana saya telah, seperti
yang telah diarahkan oleh Ketua Hakim Negara saya telah
menyelesaikan kes-kes pra-dua ribu empat dalam masa - - -.
Semasa saya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, saya tiba di
Mahkamah Shah Alam saya ada tujuh puluh lima kes pra dua ribu
empat, dan apabila saya meninggalkan Mahkamah Shah Alam pada
September dua ribu lapan, kes yang tertunggak bagi pra dua ribu
empat adalah lima sahaja.
50
NAI: Maknanya puan telah menyelesaikan tujuh puluh kes? AO: Itu temasuk yang telah ditarik balik dan sebagainya. Tapi yang
pentingnya, kebanyakkan kes yang lama seperti kes tahun, yang
didaftarkan pada tahun dua ribu, dua ribu satu, dua ribu dua, dua
ribu tiga berjaya saya selesaikan dalam tempoh masa lebih kurang
dua tahun.
NAI: That’s mean [Ini bermakna] satu pencapaian yang boleh dibanggakan puan? AO: Tak tahulah boleh dibanggakan atau tidak dan tapi saya rasa telah
membuat contribution [sumbangan] kepada masyarakat dengan
menyelesaikan kes dengan segera. Itu sahaja.
NAI: Sebelum bertugas Puan Shah Alam, puan bertugas di mahkamah? AO: Saya, sebelum ini, saya ditugaskan di Mahkamah Sesyen Shah
Alam, saya bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah
Persekutuan Malaysia.
NAI: Di dalam menjalankan tugasan seorang Hakim, puan semestinya mempunyai kakitangan di bawah seliaan Puan. Bagaimanakah hubungan Puan dengan kakitangan bawahan Puan?
AO: Saya mentadbir Pejabat saya dengan konsep open policy [polisi
terbuka] di mana bagi saya, pegawai dan kakitangan saya bebas
untuk keluar masuk ke Pejabat saya tanpa apa-apa sekatan dan
saya condong atau saya mengambil sikap suka - what they say [apa
yang mereka kata] saya tidak begitu exact authority [kebenaran
khas] saya, saya sebagai bos dengan kakitangan tetapi saya
anggapkan kakitangan dan pegawai di bawah saya sebagai kawan
tetapi at the same time [pada masa yang sama] mereka mestilah
menghormati saya sebagai seorang Ketua Jabatan dan di dalam
51
penyeliaan pegawai dan kakitangan saya tidak praktiskan satu, apa
- adminstrative system [sistem pentadbiran] yang kakitangan gerun
kepada saya tetapi mereka menghormati saya sebagai Ketua
Jabatan untuk menjadi menjalin hubungan yang rapat mesra dan
satu faktor yang penting saya tekankan pada kakitangan saya ialah
mereka mesti suka datang bekerja dan mereka look forward come
to work [suka / bersemangat datang bekerja] dan bukannya
terpaksa untuk datang bekerja. That is what I, everywhere I go
[Itulah apa, di mana saya pergi] saya suka sematkan kepada
pegawai bawahan saya dan kakitangan saya. A place to work, it’s
a place u want to be, a part of have to like to be in the office you like
to be with your friend you like to be with your officers, because you
enjoy working with them [Tempat untuk bekerja, tempat di mana
mereka ingin menjadi sebahagian dari pejabat itu dan suka berada
di Pejabat, kawan yang anda suka untuk berkawan walau pun
pegawai kita sendiri hanya kerana kita rasa seronok bekerja dengan
mereka] dengan itu kita boleh mendapat, hasil kerja yang terbaik
kerana apabila sesuatu itu dilakukan dengan gembira sesuatu itu
dilakukan dengan ikhlas, ia akan diberi lebih komitmen dan end of
the day [akhirnya] kerja yang akan dihantar kepada kita kerja yang
bermutu. Itulah prinsip dan falsafah saya dalam saya mentadbirkan
Jabatan saya atau di mana-mana saya pergi atau di mana-mana
saya ditugaskan. (diam seketika untuk berfikir)
NAI: Jadi puan sama juga semasa puan di dalam kamar, court
[mahkamah]? AO: Ya saya, saya sebenarnya ada reputation [reputasi] / (ketawa).
Saya sebenarnya ada reputation [reputasi] semenjak saya menjadi
majistret saya seorang yang tegas, i’m very particular about work
[saya sangat pentingkan]. But, i’m very particular about staff
working under me [Tetapi, saya sangat pentingkan kakitangan
52
bawahan saya] kerja mereka mesti menanam sikap yang kerja
ikhlas dan mereka bekerja dengan amanah dan saya selalu tekan
juga bahawa bila kita bekerja kita mesti pastikan rezeki yang kita
bawa balik untuk anak dan keluarga kita adalah rezeki yang
barakah, ini dengan matlamat sedemikian, kita boleh apa memberi
gambaran keapda kakitangan saya bahawa kita kerja kerana Allah
dan bila kita bekerja kerana Allah kita mestilah membuat sesuatu itu
dengan sebaik mana yang mungkin kerana at the end of the day
[akhirnya] kita akan dipersoalkan atas tanggungjawab dan amanah
yang telah diberikan oleh kita kepada kita atas tugas yang kita buat.
Itulah prinsip dan falsafah yang saya pegang selama ini.
NAI: Sepanjang puan mengendalikan menjadi kakitangan puan, pernahkan puan menghadapi kakitangan yang tidak begitu ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab? AO: Bergantung kepada tempat di mana kita bertugas ya. Separuh, it
depend on what kind of staff you have, what kind of officers that you
have [ia bergantung kepada kakitangan yang bagaimana kita ada,
pegawai yang bagaimana kita ada]. Jika kita mempunyai
kakitangan atau pegawai yang memang suka bekerja, apa-apa
tindak tanduk kita, tindak tanduk kita yang untuk membawa
kebaikan kepada Jabatan kita tentang tindak tanduk kita, yang
mahukan terbaik daripada pegawai dan kakitangan kita disambut
baik kita dikatakan telah melakukan tugas yang baik dan bagi
mereka itulah adalah yang tebaik tapi kalau kita bekerja dalam
group [kumpulan] kelompok kakitangan yang memang malas, yang
memang tidak suka bekerja, dia akan dapati yang tindak tanduk kita
ini jahat, tindak tanduk kita ini jahat-jahat kita terlampau
mengongkong, kita terlampau acting [berlagak], kita terlampau
straight [tegas] sangat, but depend who you work with, and what
kind of staff that you have [tetapi bergantung dengan siapa kita
53
bekerja, dan kakitangan yang bagaimana kita ada], kalau kita ada
kakitangan yang suka bekerja the the question of [persoalan] kita
ada pertelingkahan dengan kakitangan itu tidak timbul bagi saya.
NAI: And [Dan], tempat baru puan mengamal corak kerja yang sama ke? AO: I always, use the same policies [Saya sentiasa menggunakan polisi
yang sama]. Bagi saya suka, bagi saya saya suka datang bekerja
kerana selain di rumah bersama keluarga dan anak-anak saya suka
berada di pejabat. Saya tidak suka saya di dalam keadaan yang
tidak menyeronokkan waktu di pejabat, jadi saya anggapkan
kakitangan saya atau pegawai saya pun sama, mereka suka pergi
bekerja dan environment [persekitaran] ini, environment
[persekitaran di persekitaran] yang menyeronokkan mesti ada bagi
mereka suka datang bekerja dan gembira bekerja di bawah saya.
END OF TAPE 2 SIDE A : TAPE 2 SIDE B
NSJ: Adakah puan seorang yang mudah didekati? AO: Soalan mana? Adakah saya seorang yang mudah didekati, it
depends how people looks at me [ia bergantung bagaimana orang
melihat saya]. But [Tetapi] saya suka, I think I am [saya fikir saya
begitu]. Saya rasa saya mudah didekati mungkin first impression
[pandangan pertama] ada very affraid [sangat takut] but [tetapi],
sebenarnya saya seorang yang warm [ramah], seorang mudah
didekati dan suka berkawan sebenarnya.
NAI: Maksudnya puan seorang very friendly [sangat ramah]? AO: I think I am [Ya, saya rasa begitu].
54
NAI: Adakah puan turut menjadi ‘pakar rujuk’ kepada Majistret-Majistret muda?
AO: Bukanlah pakar rujuk, bagi saya, saya telah bekerja lama. Saya
telah bekerja dalam bidang peudangan lebih dua puluh tahun dan
daripada tugasan dan perkerjaan saya telah enquire knowledge
[peroleh pengetahuan], pengetahuan-pengetahuan di dalam bidang
undang-undang yang mungkin tidak diperolehi oleh majistret-
majistret muda ini dan bagi saya pengetahuan, berasaskan prinsip
yang hendak kita bawa ke akhirat kelak. Salah satu amanah yang
hendak kita hendak bawa apabila kita tidak ada di dunia ini ialah
satu yang dipergunakan oleh orang, jadi bagi saya ilmu-ilmu yang
ada bukannya ilmu-ilmu yang kita hendak simpan dalam diri kita
yang sampai bila-bila adalah wajar ilmu-ilmu yang kita perolehi dari
pengalaman-pengalaman kita dikongsi bersama dengan pegawai-
pegawai muda supaya ia dapat menjadi panduan kepada mereka
untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah, lebih
berkesan dan lebih bijak lagi. Sebab bagi saya sama ada saya
pakar rujuk atau tidak timbul kerana saya suka memberi
pengetahuan kepada sesiapa yang memerlukan pengetahuan
tersebut bagi menjalankan tugas mereka dengan lebih baik lagi.
NAI: Ada kedengaran pada sesetengah hakim tidak suka berkongsi dia punya pengalaman? AO: Adakah?
NAI: Kalau situasi itu ada, apa pandangan puan? AO: Tidak boleh begitu sebab ilmu itu rezeki, kalau kita tidak berkongsi
besama adalah malang bagi kita kerana kita tidak mahu berkongsi
ilmu kita dengan orang lain. I think that should not be, the attitude of
that [Saya fikir itu tidak patut, bukan kelakuan sebegitu], tidak kisah
55
tiga percent [peratus] atau berapa, tidak boleh tapi seorang yang
kedekut ilmu itu adalah orang yang kurang beriman atau tidak kuat
imannya dari segi Islam lah. I will [saya akan] itulah because
[sebabnya] sepatutnya ilmu yang ada kita berkongsi bersama. Ilmu
yang baik itu kita patut berkongsi dengan orang-orang yang
memerlukan ilmu tersebut.
NAI: Di mana puan suka sharing the knowledge to other [berkongsi ilmu dengan orang lain]? AO: Yes [Ya].
NAI: Bagaimanakah caranya puan memberi keyakinan kepada Majistret-Majistret muda ini?
AO: Saya tidak tahu sama ada memberi keyakinan, tapi saya selalu
berkata kepada majistret-majistret ini bahawa belajar, belajar,
belajar. Bila kita mempunyai pengetahuan, bila kita mempunyai
pengalaman, dia dengan sendirinya memberi keyakinan kita untuk
menjalankan tugas kita dengan penuh yakin.
NAI: Keyakinan dengan belajar? AO: Dengan pengetahuan (batuk kecil) dan belajar, dengan of course
[mestilah] kita akan yakin menjalankan tugas kita.
NAI: Selain menjadi seorang Hakim, apakah tugasan lain yang turut dijalankan oleh Puan?
AO: Maksudnya?
NAI: Sebagai _____?
56
AO: Adakalanya saya diminta untuk memberi ceramah tapi itu pun
terhad sekiranya tetakluk pada masa yang ada pada saya.
NAI: Adakah Puan pernah menjadi seorang Ketua atau menjadi ahli di dalam apa-apa jawatankuasa ad-hoc ketika di Mahkamah? That’s
mean [yang maksudnya] tiba-tiba bila diwujudkan satu jawatankuasa? AO: Bukanlah jawatan kuasa. Kadang-kadang kalanya di mahkamah
ada benda lu lakukan dengan kadar yang segera yang mana
memerlukan team of people to do it [sekumpulan orang untuk
melakukannya], perkara tertimbul dan saya kerap kali juga
dipertanggungjawabkan dengan tugas yang sedemikian.
NAI: Adakan puan merasakan tugasan sampingan ini sebagai satu bebanan atau sebaliknya? AO: Bagi saya apa-apa tugas yang diberikan kepada saya, saya rasa
bukan bebanan kerana saya tengokkan tugas tersebut dari segi
pengetahuan yang saya ada akan dapat terfikir at the end of the day
[diakhir harinya]. So [Jadi], kalau kita rasakan tugas itu bebanan
kita rasa berat, bila katakan ia adalah satu cabaan yang patut kita
terima dan the end of the day [akhirnya] cabaran memberi kesan
dan pengalaman kepada kita, why not [kenapa jadi tidak] bukan jadi
satu bebanan.
NAI: Adakah Puan pernah menerima apa-apa penganugerahan khas sepanjang masa tersebut?
AO: Penganugerahan khas yang macam mana? Sijil Khidmat
Cemerlang yang ada. Saya pernah mendapat Anugerah Khidmat
Cemerlang semasa saya di mahkamah, ada.
57
NAI: Daripada Kerajaan Malaysia puan? AO: Tak ada la. Kerajaan Malaysia, manalah orang kecil mana orang
nampak kerjanya.
NAI: Insya Allah [mungkin] satu masa puan akan dapat. AO: Amin, amin. (sambil menekup muka)
NAI: Adakah penganugerahan ini menjadi pendorong untuk puan menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya puan? AO: Of course [mestilah], macam apa-apa anugerah yang terima dia
show of appreciation of work have done, we all way [menunjukkan
penghargaan ke atas kerja yang telah dilakukan] kalau
penganugerahan itu didapati ia menunjukkan bahawa apa
pelaksanaan tugas kita telah dihargai oleh Jabatan dan sebagainya.
NAI: Kejayaan puan dikongsi bersama kakitangan? AO: Maksudnya?
NAI: Bagaimanakan pula caranya puan memberikan penganugerahan kepada kakitangan puan pada ketika itu? AO: Penganugerahan merupakan satu polisi jabatan, polisi jabatan
dimana penganugerahan akan diberikan dari segi pencapaian tugas
mereka, dengan AKC [Anugerah Khidmat Cemerlang] yang setiap
tahun kita sasaran kerja tahunan itu, kita kalau kita berpendapat
bahawa kakitangan itu perlukan acknowledgment [penghargaan]
atas kejanya, what [apa] apa kata buat kita kena memberikan
mereka markah yang cemerlang di dalam pengagihan / [saya]
pemarkahan di dalam kita menilai mereka. Kadang-kadang itu
merupakan penganugerahan yang buat oleh jabatan, tapi bagi saya,
selain daripada itu apa yang kita boleh buat memberikan ucapan
58
terima kasih dan sebagainya yang boleh memberikan pegawai
kakitangan lebih bersemangat untuk bekerja.
NAI: Adakah setiap keyajaaan puan yang diperolehi dikongsi bersama kakitangan puan? AO: Maksudnya.
NAI: Macam puan terima Anugerah Khidmat Cemerlang puan akan beritahu dengan kakitangan puan? AO: Of course [mestilah], tanpa mereka siapalah kita.
NAI: Adakah puan sentiasa memberi dorongan kepada kakitangan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya?
AO: Saya katakan pada mereka, saya I’m not the motivated, in, but I
always [saya bukan yang memberi motivasi, dalam, tetapi saya
sentiasa] selalu cakap pada pegawai saya dan kakitangan saya
bahawa kalau kita kerja kerana Allah, kerja ikhlaskan memang dia
akan secara sendiri mendorong kita untuk bekerja dengan lebih
baik. That’s why we have to bare in mind [Oleh sebab itu kita perlu
sentiasa ingat] kita selalu datang kerja kerana Allah kita selalu
datang kerja kerana rezeki yang halal, kita selalu datang kerja untuk
rezeki yang barakah untuk anak kita dan keluarga kita tetapi secara
automatik kita akan bekerja dengan lebih baik.
NAI: Adakah puan menyertai sebarang persatuan sepanjang tempoh menjadi seorang Hakim?
AO: Itulah tidak ada masa-masa, Cuma saya, cuma memberi sokongan
saja. Saya tidak ada masa, memandangkan masa terhad pada diri
saya, saya selalu memberi sokongan dan memberi sokongan dari
59
belakang saja. I don’t have the time to really participate [saya tiada
masa untuk menyertai] dengan this [ini] persatuan.
NAI: Turut terlibat dalam persatuan? AO: Ya, why not if you have time [kenapa tidak jika awak ada masa].
Patut sebenarnya, untuk meluaskan pengetahuan, tapi kalau
kadang-kadang kita kerap di Jabatan yang tidak meluangkan masa
atau tidak ada masa yang terluang untuk kita berpersatuan, hendak
buat macam mana. Tapi, if you have time, yes, you should [jika
awak ada masa, ya, awak harus].
NAI: Bagaimana pula dengan ahli jawatankuasa panel kehakiman ke? AO: Tidak adalah semasa saya dahulu di mahkamah saya panel untuk
pemeriksaan PTK [Penilaian Tahap Kecekapan] untuk certain-
certain [tertentu] jawatan sahaja.
NAI: Adakah perlu bagi seseorang itu turut terlibat dalam berpersatuan walaupun sudah bekerja? AO: Ya. Why not if you have the time [Kenapa tidak jika kamu ada
masa] patut sebenarnya meluaskan pengetahuan tapi kalau
kadang-kadang kita berada di jabatan yang tidak meluangkan masa
atau tiada masa yang terluang untuk kita berpersatuan, hendak buat
macam mana, tapi if you have the time yes, you should [jika anda
ada masa ya, anda harus]
NAI: Jika diberi masa yang sesuai, adakah puan akan menyertai sebarang persatuan? AO: Yes [Ya] saya ingat, saya ingat, saya ingat saya kalau ada masa
saya masuk badan kebajikan yang memantau - anak-anak orang
miskin dan hendak tengokkan NGO-NGO [Non-Govermental
60
Organisation], nak join NGO-NGO yang membuat aktiviti-aktiviti
sosial bagi - bagi memantau keruntuhan akhlak dikalangan remaja-
remaja kita dan apa, remaja kita dan mungkin - saya hendak
involved [menyertai] dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membasmi
kemiskinan dikalangan orang Melayu especially [terutamanya]
orang Islam. (diam seketika untuk berfikir)
NAI: Bilakah agaknya impian puan akan tercapai? AO: Susah, Tuhan saja yang mengetahui, saya ingat saya hendak
pencen awal, tetapi anak saya sekolah lagi, jadi terpaksa, so [jadi]
saya selalu berdoa kepada Allah SWT untuk panjangkan umur saya
bagi membolehkan saya pencen dan mempunyai masa untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang saya berniat untuk lakukan.
NAI: Dengan tugasan puan sekarang, adakah anak-anak puan akan merungut kerana puan selalu balik lambat ataupun outstation [ke luar daerah]? AO: Ada, ada. Tapi hendak buat mcam aman sudah tugas. Tapi saya
ada consolation [sagu hati/penghargaan] pada saya anak-anak
sudah besar tapi adalah tidak adil bagi anak-anak saya apbila saya
bekerja yang menuntut saya bekerja di luar masa dan tepaksa
bekerja di luar kawasan. But, this is life, this is life [Tetapi inilah
kehidupan, inilah kehidupan] bila kita sudah dipertanggungjawabkan
untuk bekerja, you have to do it, you like or not, you have to do it
[kita mesti lakukan, kita suka atau tidak, kita mesti buat] dan saya
selalu berkata kepada anak-anak saya dalam hidup ini perlukan
pengorbanan, pengorbanan sama ada pengorbanan masa atau pun
wang. Jadi, adakalanya kita tepaksa korban masa kita demi untuk
benda lain. Jadi life is sacrifice [kehidupan adalah pengorbanan]
61
NAI: Minta maaf puan, adakah anak puan pernah merungut ataupun merajuk dengan keadaan puan sekarang? AO: Ada, ada. Bukan sekali banyak, tapi hendak buat macam mana
sudah tugas.
NAI: Maksudnya mereka memahami tugas puan? AO: Like that [Macam itu] kita kena beritahu anak kita tugas kita hendak
buat macam mana. But, it just [Tetapi ia hanyalah] apa yang kita
boleh buat set the quality time [aturkan masa yang berharga].
Apabila kita ada masa yang terluang dengan mereka gunakan masa
itu dengan sepenuh yang boleh dan spent quality time [luangkan
masa berharga] dengan keluarga kita, spent quality time with your
family, spent quality time with your children [luangkan masa yang
berkualiti]. Itu saja.
NAI: Adakah itu satu rangsangan kepada dua anak puan yang mengikut jejak puan sebagai seorang hakim? AO: Saya katakan dia, saya selalu kata dekat anak-anak saya terpulang
pada mereka untuk pergi ke mana selepas mendapat ijazah
undang-undang, kalau sekiranya mereka berminat untuk memasuki
perkhidmatan awam terpulang kepada mereka sekiranya tidak,
terpulang kepada mereka tapi yang pentingnya saya kata mereka
kerja, kerja apa-apa bidang yang kita ceburi, apa-apa kerja yang
kita hendak buat mesti ikhlas dan mesti ada intensity
[kesungguhan], itu sahaja. Amanah, that is [iaitu] saya selalu kata
kita perlu berintegriti itu dan menjalankan tugas kita dengan ikhlas
dan amanah. Itu sahaja. Tak kira di mana mereka bertugas.
NAI: Secara peribadi, apakah kebaikan yang diperolehi oleh puan sendiri dengan menyertai aktiviti tersebut?
62
AO: Tidak ada la aktiviti, tidak ada, kena kerja macam ini tidak ada
aktiviti atau persatuan. Orang pun tidak hendak saya sebagai ahli
(ketawa). I’m in invisible [Saya tidak aktif].
NAI: Mungkin ahli untuk memberi pendapat? AO: Tidak adalah. I wish, I could but I don’t have the time [Saya
berharap saya boleh, tetapi saya tiada masa]. Itu sahaja.
NAI: Insya Allah. ____ Selain JALSOA, apakah persatuan khas lain yang dianggotai oleh setiap professional di dalam bidang guaman? AO: JALSOA, - JALSOA ini untuk semua pegawai-pegawai
penghakiman dan perundangan. (diam seketika untuk berfikir)
Selain persatuan lain saya tidak nampak yang JALSOA ini adalah
satu persatuan yang ditubuhkan untuk pegawai-pegawai
perundangan dan kehakiman. Jikalau bidang guaman lain, saya
tidak pasti yang itu ada ke - tidak ada rasanya. (diam seketika untuk
berfikir)
NAI: Adakah puan berasa seronok dan merasa puas dengan tugasan puan ketika itu?
AO: Ketika itu,masa bila itu.
NAI: Menjadi seorang hakim? AO: Ya. Saya rasa, saya kepuasan itu timbul apabila kita berjaya
menyelesaikan satu kes dan memberi keputusan dan kita dapat
menyelsaikan kes dan apabila kita, apa kita, kita berjaya
menyelesaikan satu kes kita puas hati bahawa usaha kita telah
berjaya menyelesaikan kes, kita berasa puas dan seronoklah.
63
NAI: Bagaimana dengan kerjaya puan sekarang. Adakah puan berasa puas hati juga? AO: Kerjaya saya sekarang, saya - saya tidak samakan kerjaya saya di
mahkamah sebagai hakim dengan apa yang saya buat pada masa
ini because [sebab] ia merupakan dua bidang yang berbeza di
mana sebagai hakim, tugas kita adalah berbeza di mana kita
menghakimi pihak-pihak yang hadir dihadapan kita. (diam seketika
untuk berfikir) Tapi dalam tugas yang ada sekarang ini la.Tugas
yang berbeza di mana kita sendiri menyediakan kes-kes kita untuk
hadir di mahkamah bagi pihak yang kita wakili dan juga kes-kes di
mana kita memberi khidmat nasihat perundangan kepada badan-
badan atau agensi-agensi Kerajaan yang kita wakili. Dua-duanya
ada kebaikan di mana ilmu-ilmu nya berbeza, ilmu-ilmu nya
berbeza. Jadi saya rasa di sini baru enam bulan banyak lagi yang
perlu saya pelajari dan at the same time [pada masa yang sama]
seronok kerana dia memberikan saya satu pengetahuan yang lain
dari selama ini yang pernah saya hadapi. So [Jadi] bagi saya,
seronok cuma saya banyak lagi hendak belajar kerana hendak
banyak belajar lagi masa yang saya ada untuk anak-anak dan
keluarga saya sangat terhad. Itu sahaja.
NAI: Dengan kerjaya puan sekarang, puan perlu menyediakan paperwork
[kertas kerja] dengan kerja dengan kerjaya puan sebelum ini menghadapi pesalah OKT? Apa pendapat puan? AO: Itulah saya kata dua kerja yang berbeza, tapi kepuasan lebih kurang
sama. Apabila kita sudah habis satu kerja, lega. Macam ini lega,
itu juga sama je [sahaja].
NAI: Adakah pada masa sekarang bilangan Hakim/Mahkamah yang ada pada masa kini mencukupi?
64
AO: Itu kena tanya Ketua Hakim Negara (ketawa). Siapalah saya untuk
menjawabnya.
NAI: Tak, pada pandangan puan? AO: It’s depends [Itu bergantung]. Sama ada hakim tidak cukup-cukup
bilangannya kena tengok mahkamah-mahkamah itu sendiri. Bagi
saya ada. Kita tidak boleh samakan mahkamah-mahkamah yang
ada di Shah Alam, yang ada di Kelang, yang ada di Pulau Pinang,
yang ada di Sabah dan Sarawak pasal kehendak-kehendaknya
berbeza, kerana keperluan mahkamah itu bergantung dengan
keadaan sekelilingnya. Mari kita tengok Shah Alam, kerana ia ibu
negara/ibu negeri yang membangun. Jadi kes-kes yang ada di
sana sangat banyak because all motivate _____ [sebab semua
_____]. Jadi banyak lagi kes bila kita membangun banyak lagi kes
jenayah. Jadi keperluan yang lebih itu menetap pada mahkamah
begini. Jadi, ada tempat-tempat di Malaysia yang memerlukan
hakim yang banyak kerana saya datang dari Mahkamah Shah Alam.
Dan saya, di Mahkamah Shah Alam saya tahu bahawa memang ia
kekurangan hakim.
NAI: Adakah perlu bagi setiap Mahkamah itu melanjutkan tempoh perjalanan operasinya? AO: Hendak lanjut macam mana? Kerja dan kerja sampai pukul
sembilan sampai satu, dua sampai lima, hendak tambah, panjang
lagi macam mana, sampai pukul enam, tidak boleh juga, pasal dia
melibatkan saksi, melibatkan mahkamah ini bersidang bukan
melibatkan saksi sahaja dia melibatkan pendakwa, peguam, juru
bahasa, saksi dan sebagainya. Adakah mereka ini bersetuju untuk
melanjutkan tempoh operasinya. Di samping itu kita kena melihat
juga bahawa kerja sebagai hakim ini bukan sahaja mendengar kes
65
tapi hendak buat penghakiman, kalau sekiranya dia mendengar kes
sepanjang masa, dia tidak punya masa untuk membuat alasan
penghakiman, adalah tidak adil bagi dia, sudahlah dia buat kes tapi
sampai panjang, sehingga lewat malam, dan bila masa pula dia
hendak mebuat penghakiman dia. So [Jadi], bagi saya sekiranya
seseorang hakim itu mendengar kes tepat jam sembilan sehingga
jam satu. Mula dua hingga lima itu adalah cukup wajar tempoh
pendengaran kes.
NAI: Puan, pernahkah puan mengalami seorang peguam/pendakwaraya meminta dicadangkan hukuman lebih waktu kerja masa dalam pukul lapan malam kerana kes itu kemungkinan penting? AO: Ada, ada, there are certain case [ada sesetengah kes] yang kita
tidak boleh kita hendak elak di mana katakakanlah, kita ... apa,
berhadapan dengan seorang saksi, seorang saksi yang mungkin,
saksi kanak-kanak atau saksi remaja yang akan bersekoalah pada
masa yang lain, jadi kalau boleh kita hendak habiskan
keterangannya supaya tidak perlu datang lagi pada tarikh bicara.
There are, there are [Ada, ada] ada kalanya keperluan itu timbul.
NAI: Adakah kadang-kala puan mengatasai satu masalah dimana tarikh untuk perbicaraan telah ditetapkan, tetapi salah seorang pendakwa/peguam cara tidak datang? AO: Itu kita tengok alasan dia, sekiranya dia membuat permohonan
untuk penangguhan di atas alasan-alasan yang munasabah, seperti
kalau dia sakit, itu sakit dan terpaksa berada di hospital kita
terpaksa tangguhkan, cuma management [pengurusan] ataupun
saintis kita di dalam perkara-perkara penangguhan kita tidak boleh
memberi penangguhan di atas perkara dan alasan-alasan yang
remeh-temeh.
66
NAI: Tindakan itu akan mengganggu management [pengurusan] puan? AO: Kalau management [pengurusan] itu memang sepatutnya uruskan
mahkamah kita dengan baik, tapi kadang-kadang faktor atau
alasan-alasan yang di mana peguam dan pendakwaraya itu
memohon penangguhan adalah alasan yang munasabah, kita
sebagai manusia biasa, perlu consider [menimbang] alasan-alasan
tersebut.
NAI: Adakah puan merasakan perundangan yang ada pada ketika ini mencukupi?
AO: Tidak boleh jawab ni (ini). Very, very, very wide (Sangat, sangat,
sangat luas) ya. perundangan mencukupi macam mana? Tidak
payah jawab la.
NAI: Adakah puan berhasrat untuk membukukan pengalaman puan sebagai seorang Peguam Persekutuan secara amnya?
AO: Boleh. Saya tidak pandai menulis, macam mana nak tulis buku,
tidak ada lah, tidak adalah setakat ini, hasrat itu lagi, tidak tahu la
bila, tidak tahu la Tuhan buka hati, tidak tahu, at the moment, not in
my mind [buat masa ini, tidak ada dalam fikiran].
NAI: Mana tahu selepas, puan perbualan ini puan terbuka hati untuk membukukan segala pengalaman puan sebagai seorang hakim? AO: Rasanya tidak. (ketawa)
NAI: Seandainya puan diberi tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti selepas pencen, adakah puan akan mempeetimbangkan tawaran tersebut? AO: Saya tidak tahu, takdir Allah. Allah Taala tentukan takdir. Tapi
kalau saya tidak tahu, takdir Allah. Allah Taala tentukan takdir.
67
Tapi kalau you (awak) tanya I (saya) soalan ini, saya rasa tidak kot
[mungkin]. Pasal saya, apa yang ada dalam jiwa saya sekarang,
mungkin saya lepas pencen, kalau umur panjang saya hendak buat
perkara-perkara yang involve [terlibat] perkara kebajikan. Jadi saya
tidak hendak lagi commitment [penglibatan] sudah. Walau pun satu
memberi lecture [ceramah] itu suatu kebajikan, tapi ia memerlukan
masa kan? Masa, masa yang saya rasa saya hendak tumpukan
pada benda-benda kebajikan yang saya kata tadi. Untuk memberi
lecture [ceramah] dan sebagainya not at the moment [tidak buat
masa ini].
NAI: Puan pun berasa letih juga, mungkin puan hendak berehat selepas bersara? AO: Saya rasa, saya rasa mungkin, saya rasa, masa yang telah bekerja
telah mengambil banyak daripada masa saya, kita buat amal pula.
NAI: Dengan yang kes-kes baru yang meningkat sekarang puan, bagaimana caranya seorang hakim itu mengendali kes dengan cepat? AO: Itulah saya kata tadi, management [pengurusan]. It’s how you
manage your court and then [Bagaimana awak uruskan mahkamah
dan kemudian], kalau kita manage court [mahkamah] kita, kalau
kita, that’s why [sebab itulah] saya rasa, it’s how you manage your
court is very important in a manner of disposing your cases. [ia
adalah bagaimana kita menguruskan mahkamah kita amatlah
penting dalam kita mengatur kes kita] Yang pentingnya, bila kita
kata management [pengurusan] semua aspek daripada managing
your diary, managing the people under you, managing the
prosecution, managing your defence, it’s all, it must be, it must work
together, managing your court. [menguruskan diari, menguruskan
kakitangan bawahan kita, menguruskan pendakwaan, menguruskan
68
pembelaan, semuanya, semuanya mesti, mesti disatukan dalam kita
menguruskan mahkamah kita]
NAI: Semasa menjadi hakim, pernahkan puan menghadapi satu kes yang dimana dipengaruhi oleh orang-orang politik? That’s mean [Ia bermaksud] orang-orang yang berpengaruh juga. AO: Don’t know, it’s politican [Saya tidak tahu, itu politik] orang. Kita, so
far I’m very lucky [setakat ini saya masih lagi benasib baik] lah, so
far [setakat ini] saya rasa bertuah tidak pernah perlu mengalami
pengalaman tersebut.
NAI: Jikalau puan menghadapi masalah situasi tersebut, macam mana puan untuk mengatasinya? AO: Mudah sahaja, mudah sahaja, asas kerja kita, asas kerja kita adalah
keadilan. Jadi apabila kita adil, kita tidak sepatutnya tidak boleh
dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sama ada politik aau
sebaliknya. Kita set court mind that, as a judge, your duty is to
defence that case that you do. Whatever influence on you will not
affect your decision because your decision base on law [tetapkan
pendapat mahkamah, sebagai seorang hakim, tugas anda ialah
mempertahankan kes yang kita laksanakan. Apa pun pengaruh
yang ada tidak akan mempengaruhi keputusan kerana keputusan
yang kita buat adalah berdasarkan undang-undang]. Itu sahaja.
NAI: Adakah Decision [Keputusan] datang dari hati puan sendiri? AO: Off course [Mestilah], mesti. Itu yang saya amalkan.
NAI: So,puan tidak ragu-ragu dengan apa keputusan yang telah dibuat? AO: Saya tidak pernah rasa, saya. Kalau misalnya saya, saya yakin
atas keputusan atas keterangan saya terima sekiranya saya silap,
69
saya go to Higher Court, Higher Court [pergi ke Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Tinggi] ada right to turn my decision [hak untuk menolak
keputusan saya].
NAI: Apakah nasihat-nasihat yang ingin puan berikan kepada mereka yang berhasrat menceburi penghakiman / perundangan? AO: Good choice [Pilihan yang baik] sebenarnya, good choice because
[pilihan yang baik sebab] pada saya bidang perundangan ini satu
bidang yang mencabar, bidang yang mencabar minda kita dan ia
bukan saja cukup membaca buku undang-undang, bukan saja
setakat meneliti keterangan, bukan sahaja takat memahami, apa
kes undang-undang. Dia mencabar minda kita, untuk berfikir ke
arah mana prinsip undang-undang itu mesti dilaksanakan dan
dalam pada itu sebagai seorang apa, pengamal undang-undang kita
mesti pastikan bahawa pelaksanaan kita itu adalah berdasarkan
kepada undang-undang dan tidak kurang dan ada lebih dari itu. Itu
sahaja.
NAI: Sekiranya, apa sekalipun kita kena berpandu kepada undang-undang? AO: Because justice is primary important, primary consolidation [Sebab
keadilan adalah keutamaan, pengukuhan yang utama]. Keadilan.
NAI: Keadilan? AO: Ada lagi.
NAI: Yang terakhir puan. Adakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral
History [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang?
AO: Apa dia?
70
NAI: Apakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral history [Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan datang? Sama seperti kita membukukan kerjaya tadi puan. AO: I hope so [Saya harap begitu] (ketawa), I hope so [Saya harap
begitu] (ketawa). Saya rasa tidak tahu, kalau oral history [sejarah
lisan] ini dilihat sebagai boleh menjadi panduan apa salahnya.
END OF TAPE 2 SIDE B.
Demikianlah sesi temubual kami dengan Puan Azimah binti Omar. Semoga
temubual ini dapat memberi manafaat kepada generasi akan datang. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada Puan Azimah binti Omar kerana sudi memberikan
maklumat untuk bagi memenuhi keperluan kursus IMR 603 – Sejarah Lisan.
71
SENARAI SOALAN
1. Boleh puan beritahu saya nama penuh puan?
2. Bilakah tarikh lahir puan?
3. Puan anak ke berapa dalam keluarga?
4. Apakah perkerjaan ayah puan semasa membesarkan puan adik beradik?
5. Adakah ayah dan ibu puan tegas membesarkan anak-anak?
6. Adakah puan berpendapat dengan cara didikan yang diberikan oleh ibu
dan ayah puan merupakan salah satu punca kejayaan puan sekarang?
7. Bilakah puan melangsungkan perkahwinan puan?
8. Apakah perkerjaan suami puan?
9. Nampaknya puan dan suami sama-sama bekerja, bagaimanakah puan
dan suami membahagikan masa bersama anak-anak?
10. Pernah tak anak-anak puan merungut dengan kesibukkan puan dan suami
dalam menyelesaikan tugasan harian?
11. Berapa orang anak puan?
12. Boleh saya tahu umur mereka?
13. Berapa orang anak puan yang masih belajar?
14. Di antara anak-anak puan yang manakah menunjukkan minat untuk
mengikut jejak puan?
15. Adakah puan yang mendorong mereka?
16. Di manakah pula puan mendapat pendidikan menengah puan?
17. Semasa di sekolah menengah adakah puan pernah mewakili sekolah
dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah?
72
18. Semasa di sekolah bagaimanakah caranya puan membuat persediaan
menduduki peperiksaan penting?
19. Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan SPM, adakah puan membuat
apa-apa kerja sampingan atau puan menghadiri kelas tertentu sementara
keputusan dimaklumkan?
20. Setelah keputusan SPM diumumkan adakah puan memilih untuk
meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau ke universiti?
21. Apakah kursus utama puan yang menjadi pilihan utama semasa membuat
permohonan ke universiti?
22. Adakah puan berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan?
23. Adakah yang /Siapakah yang mendorong puan untuk memilih/menerima
kursus ini?
24. Semasa di Universiti Malaya, adakah puan seorang yang aktif
berpersatuan?
25. Secara peribadi, adakah puan merasakan dengan menyertai aktiviti-aktiviti
yang yang ianya dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri
seseorang pelajar?
26. Bagaimanakah puan membahagikan masa pelajaran dan aktiviti
berpersatuan semasa di universiti?
27. Adakah puan menerima apa-apa bantuan atau biasiswa semasa menuntut
di Universiti ?
28. Adakah dengan bantuan dan biasiswa tersebut membuatkan puan lebih
bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam pendidikan puan?
73
29. Apakah jawatan puan sekarang?
30. Saya difahamkan puan sedang menyandang jawatan JUSA ‘C’ pada usia
yang agak muda ini, apakah rahsia puan hingga mencapai ke tahap ini?
31. Apakah pebezaan yang paling ketara puan rasakan antara jawatan puan
sekarang sebagai Penasihat Undang-Undang dan seorang hakim?
32. Adakah puan amat meminati bidang undang-undang ini?
33. Apakah tugasan pertama puan semasa melaporkan diri semasa menjadi
penjawat awam?
34. Semenjak bilakah puan, menjawat jawatan ini?
35. Bagaimana pula dengan jawatan pertama puan?
36. Pada tahun bila puan?
37. Adakah menjadi seorang penjawat awam menjadi impian puan semasa
ketika itu?
38. Boleh puan cerita secara ringkas mengenai pengalaman kerja puan
sebelum menjadi seorang hakim?
39. Pada tahun bilakah puan mula menjalankan tugasan sebagai seorang
hakim?
40. Apakah kes pertama yang dihadapkan dihadapan puan pada ketika itu?
41. Berapa lamakah puan menjadi seorang hakim?
42. Berapa banyakkah mahkamah yang puan penah bertugas sebelum ini?
43. Boleh puan ceritakan secara ringkas apakah proses-proses yang perlu
dilalui sebelum kes-kes dibicarakan?
44. Apakah jenis-jenis kes yang sering dibawa dihadapkan dihadapan puan?
74
45. Apakah pendekatan yang puan buat, dalam berhadapan dengan kes-kes
yang berbeza ini?
46. Apakah persediaan awal yang perlu dipersiapkan sebelum mengadili kes-
kes yang dihadapkan dihadapan puan?
47. Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada sebagai seorang hakim?
48. Adakah puan seorang yang garang atau pun tegas semasa di mahkamah?
49. Semasa menyandang jawatan hakim, adakah perlu melawati tempat
kejadian?
50. Semasa menjatuhkan hukuman adakah ia, adakah kes tersebut
bergantung kepada sesuatu kes di mana seperti nilai rompakan yang
begitu besar?
51. Adakah puan seorang yang garang ataupun tegas semasa di mahkamah?
52. Adakah puan seorang pernah menghakimi kes-kes yang besar contohnya
yang menjadi tumpuan media?
53. Adakah puan terasa terganggu dengan kehadiran media di mahkamah?
54. Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan situasi ini?
55. Media?
56. Dengan ulasan media kebesokkan harinya, adakah puan berpuas hati
dengan cerita yang telah dituliskan?
57. Dengan fakta yang tidak tepat dengan apa yang puan katakan semasa di
mahkamah tidakkah ia akan menjejaskan prestasi seorang hakim itu.
75
58. Pernahkah puan teguran tehadap media jika sesuatu kes yang puan
perkatakan itu tidak benar. Apa yang puan kata dia tulis yang berlainan
dengan apa yang puan bicarakan?
59. Pernahkah puan menghadiri kes di mana pendakwaraya atau peguambela
itu adalah seorang yang amat terkenal di dalam bidang perguaman?
60. Macam Peguam Zainor, Nordin ____?
61. Pernahkah puan bekerja dengan Dato’ Ghani Patail [Tan Sri Ghani Patail]?
62. Maksudnya dalam sesuatu kes puan pernah bersama dengan dia.
63. Dia sebagai pendakwaraya, puan sebagai seorang ____?
64. Adakah puan berasa terganggu dengan kehadiran beliau di dalam
mahkamah puan?
65. Satu ketika dahulu puan pernah menjadi Hakim bagi kes Hindraf. Apakah
perasaan, perasaan pertama apabila menerima tugasan tersebut?
66. Adakah puan menerima tugasan tersebut sebaga satu cabaran?
67. Adakah kes tersebut, kes yang mencabar sekali dihadapkan dihadapan
puan.
68. Bagaimanakah caranya puan berhadapan dengan cabaran tersebut?
69. Tadi puan kata kes ada yang lebih besar dihadapan puan, apakah kes
tersebut?
70. Apakah puan pernah meragui keputusan yang puan buat sendiri?
71. Sekiranya seseorang dihadapkan oleh puan kepada berpendidikan
rendah, tidak pernah menerima pendidikan formal atau berasal dari
pendalaman, bagaimanakah caranya puan berurusan dengan mereka?
76
72. Maknanya, pendidikan bukan satu masalah timbul, masalah mahkamah?
73. Maknanya pendakwa itu bergantung kepada diwakili oleh peguam atau
tidak diwakili, itu sahaja?
74. Pernahkah puan menjatuhkah hukuman mati kepada pesalah semasa
menjadi seorang hakim?
75. Apakah implikasi yang mungkin ada oleh seseorang hakim sekiranya
melibatkan perasaan peribadi semasa membuat keputusan?
76. Walaupun kadang-kadang dia menyentuh perasaan puan semasa
mengadili penghakiman?
77. So [Jadi], dalam puan membuat keputusan tersebut, dia perlulah tegas dan
adil?
78. Sepanjang mengendalikan kes mahkamah pernahkah puan merasa buntu
dalam membuat sebarang keputusan?
79. Kadang-kala adakah puan mendapat pandangan dari rakan-rakan sejawat
ataupun yang berkaitan dengan kes tersebut?
80. Apakah pengaruh sekeliling mempengaruhi puan dalam
mengambil/membuat sebarang keputusan?
81. Macam perkauman ke, isu politik ke?
82. Adakah tugas sebagai hakim menyekat puan dari bergaul dengan orang
ramai?
83. Sebagai seorang hakim, adakah dia berasa terancam dengan sebarang
keputusan yang dibuat? So [Jadi], puan akan terasa satu ancaman apabila
sesuatu keputusan dibuat?
77
84. Pernahkah puan melului situasi tersebut, dengan sesuatu keputusan?
85. Jika satu pilihan peluang kerjaya hakim atau peguam persekutuan yang
mana satu menjadi pilihan puan dan mengapa?
86. Maknanya apa yang tugaskan puan kena jalankan dengan ikhlas?
87. Adakah puan bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman bagi
tujuan dalam pelantikan seorang hakim?
88. Sejauh manakah penubuhan Suruhanjaya Penghakiman dapat membantu
hakim menjalankan tugas dengan lebih telus?
89. Secara peribadi adakah puan bersetuju kes-kes jenayah diberi peluang
untuk membuat sebarang rayuan di mahkamah?
90. Pada sesetengah kes jenayah, seorang pesalah akan dilepaskan tanpa
dibebaskan. Apakah yang dimaksudkan dilepaskan tanpa dibebaskan?
91. Dari segi undang-undang mengapa OKT atau Orang Kena Tahan boleh
kena jamin?
92. Maknanya ada setengah itu dikatan dilepaskan tanpa jaminan?
93. Tetapi dalam semasa penghakiman kadang-kadang adakah ia boleh
dijamin?
94. Even [Walau] dah jatuh hukum?
95. Puan apakah beza bila seorang hakim menjatuhkan hukuman, lalu berkata
hukuman gantung sampai mati ataupun hukuman gantung?
96. Macam mana pulak situasi masa itu puan? Reaksi masa tu
97. Ooo, that’s mean [maknanya] kita sure [pasti]?
98. Selepas itu adakah ia akan dibebaskan atau pun kena gantung sekali lagi?
78
99. Maknanya bila buat sesuatu hukuman..jelaskan
100. Bagi diri puan sendiri, apa yang mempengaruhi puan dalam membenarkan
seseorang OKT diikat jamin?
101. Apakah Puan pernah dipersalahkan atau diugut setelah mengumumkan
keputusan yang puan buat oleh pesalah atau keluarga pesalah itu sendiri?
102. Puan juga pernah menjalankan tugas diMahkamah Semenyih, apakah
jenis-jenis kes yang dihadapakan didepan puan sama dengan yang
dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah 6?
103. Ini bermakna semua pendatang tanpa izin akan dibicarakan di Mahkamah
Semenyih?
104. Ini bermakna di Malaysia terdapat beberapa Mahkamah Seksyen yang
berlainan fungsi, ye puan?
105. Kebanyakkan orang yang dihadapkan dihadapan puan adalah orang
asing. Apakah masalah bahasa menjadi suatu yang menggangu
perjalanan kes tersebut?
106. Berapakah peratus kes yang melibatkan warga asing dihadapkan
dihadapan puan dalam sebulan?
107. Adakah ia mengganggu aktiviti seharian puan, saya maksud selalunya
mahkamah habis bersidang pukul lima (5) atau enam (6). Ini puan tepaksa
bekerja sampai ke lewat malam?
108. Puan betul-betul seorang yang ikhlas bekerja untuk negara?
109. Adakah puan rasa tertekan sekiranya perlu berhadapan dengan banyak
kes dalam sehari semasa di Mahkamah Semenyih, iaitu Mahkamah PATI?
79
110. Puan berkhidmat di Mahkamah Semenyih selama 4 bulan, selepas itu
siapakah yang mengambil alih tempat puan sampai sekarang?
111. Berapa lamakah masa yang puan luangkan di dalam kamar setiap hari
112. Di Mahkamah Shah Alam, Sungai Petani atau Mahkamah Semenyih?
113. Pada jam berapakah selalunya puan mula menjalankan tugasan Puan?
114. Tugasan sebagai seorang hakim?
115. Pernahkah puan menghadapi satu perbicaraan yang begitu lama?
116. Maaf puan, apakah kes paling lama puan pernah hakimi, berapa lama
jangka masanya?
117. Macam puan mengatasi kes yang tetunggak dan kes yang baru?
118. Adakah puan meletakkan apa-apa syarat tersendiri yang perlu dipatuhi
bagi setiap kes yang dihadapkan di hadapan puan?
119. Maknanya macam saksi semua msti ada, dokumen lengkap?
120. Jika sesuatu kes bersidang tetapi tidak cukup dis punya bahan bukti, apa
pendapat puan?
121. Tapi bila kita jumpa semula bukti itu, adakah OKT (Orang Kena Tahan) itu
akan ditahan balik?
122. Maksudnya, katakan pihak polis atau pendakwaraya dah ada bukti, macam
kes rompakan memang dah ada bukti, lepas itu dipanggil balik, ditangkap
balik?
123. If not immediately the person will be charged [Jika tidak OKT (Orang Kena
Tuduh) akan dihukum semula]?
124. Bukan puan, kadang-kadang kita/saya terfikir juga benda?
80
125. Adakah terdapat jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak
Mahkamah untuk memantau kes-kes tertunggak ini?
126. Ia bermaksud setiap bulan semua _____ _____
127. Bagaimanakan pendapat puan jika sesuatu kes ti telalu lama untuk diadili,
kadang-kadang mengambil masa 5, 10 tahun?
128. Apakah pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh pihak
Mahkamah dalam menangani kes-kes tertunggak ini?
129. Adakah Puan telah berjaya di dalam pendekatan yang digunapakai oleh
Puan?
130. Apa pendapat pernah berjaya seperti manage own [uruskan sendiri] punya
punya diari?
131. Apakah pencapaian terbaik Puan sepanjang tempoh Puan menghakimi
kes-kes yang dihadapkan di hadapan Puan?
132. Bermaksud kes itu diselesaikan dalam masa terdekat?
133. Maknanya puan telah menyelesaikan tujuh puluh (70) kes?
134. That’s mean [Ini bermakna] satu pencapaian yang boleh dibanggakan
puan?
135. Sebelum bertugas Shah Alam, puan bertugas di mahkamah?
136. Di dalam menjalankan tugasan seorang Hakim, puan semestinya
mempunyai kakitangan di bawah seliaan Puan. Bagaimanakah hubungan
Puan dengan kakitangan bawahan Puan?
137. Jadi puan sama juga semasa puan di dalam kamar ... court [mahkamah]?
81
138. Sepanjang puan mengendalikan Menjadi kakitangan puan, pernahkan
puan menghadapi kakkitangan yang tidak begitu ikhlas dan jujur dalam
menjalankan tanggungjawab?
139. And [Dan], tempat baru puan mengamal corak keje yang sama ke?
140. Adakah puan seorang yang mudah didekati?
141. Maksudnya puan seorang very friendly [sangat ramah]?
142. Adakah puan turut menjadi ‘pakar rujuk’ kepada Majistret-Majistret muda?
143. Puan ada kedengaran pada sesetengah hakim tidak suka berkongsi dia
punya pengalaman?
144. Kalau situasi itu ada, apa pandangan puan?
145. Di mana puan suka sharing the knowledge to other [berkongsi ilmu dengan
orang lain]?
146. Bagaimanakah caranya puan memberi keyakinan kepada Majistret-
Majistret muda ini?
147. Keyakinan dengan belajar?
148. Selain menjadi seorang Hakim, apakah tugasan lain yang turut dijalankan
oleh Puan?
149. Sebagai _____?
150. Adakah Puan pernah menjadi seorang Ketua atau menjadi ahli di dalam
apa-apa jawatankuasa ad-hoc ketika di Mahkamah?...that’s mean bila
diwujudkan satu jawatankuasa?
151. Adakan puan merasakan tugasan sampingan ini sebagai satu bebanan
atau sebaliknya?
82
152. Adakah Puan pernah menerima apa-apa penganugerahan khas sepanjang
masa tersebut?
153. Dari Kerajaan Malaysia puan?
154. Insya Allah mungkin satu masa puan akan dapat.
155. Adakah penganugerahan ini menjadi pendorong untuk Puan menjadi lebih
berjaya di dalam kerjaya Puan?
156. Kejayaan puan dikongsi bersama kakitangan?
157. Bagaimanakan pula caranya puan memberikan penganugerahan kepada
kakitangan puan pada ketika itu?
158. Adakah setiap keyajaaan puan yang diperolehi dikongsi bersama
kakitangan puan?
159. Macam puan terima Anugearh Khidmat Cemerlang puan akan beritahu
dengan kakitangan puan?
160. Adakah Puan sentiasa memberi dorongan kepada kakitangan untuk
menjadi seorang yang lebih berjaya?
161. Adakah Puan menyertai sebarang Persatuan sepanjang tempoh menjadi
seorang Hakim?
162. Turut terlibat dalam persatuan?
163. Bagaimana pula dengan ahli jawatankuasa panel kehakiman ke?
164. Adakah perlu bagi seseorang itu turut terlibat dalam berpersatuan
walaupun sudah bekerja?
165. Jika diberi masa yang sesuai, adakah puan akan menyertai sebarang
persatuan?
83
166. Bilakah agaknya impian puan akan tercapai?
167. Dengan tugasan puan sekaran, adakah anak-anak puan akan merungut
kerana puan selalu balik lambat ataupun outstation [ke luar aerah]?
168. Minta maaf puan, adakah anak puan pernah merungut ataupun merajuk
dengan keadaan puan sekarang?
169. Maksudnya mereka memahami tugas puan?
170. Adakah itu satu rangsangan kepada dua anak puan yang mengikut jejak
puan sebagai seorang hakim?
171. Secara peribadi, apakah kebaikan yang diperolehi oleh Puan sendiri
dengan menyertai aktiviti tersebut?
172. Mungkin ahli untuk memberi pendapat?
173. Insya Allah. ____ Selain JALSOA, apakah persatuan khas lain yang
dianggotai oleh setiap professional di dalam bidang guaman?
174. Adakah Puan berasa seronok dan merasa puas dengan tugasan Puan
ketika itu?
175. Menjadi seorang hakim?
176. Bagaiman dengan kerjaya puan sekarang. Adakah puan berasa puas hati
juga?
177. Dengan kerjaya puan sekarang, puan perlu menyediakan paperwork
[kertas kerja] dengan kerja dengan kerjaya puan sebelum ini menghadapi
pesalah OKT? Apa pendapat puan
178. Adakah pada masa sekarang bilangan Hakim/Mahkamah yang ada pada
masa kini mencukupi?
84
179. Tak, pada pandangan puan?
180. Adakah perlu bagi setiap Mahkamah itu melanjutkan tempoh perjalanan
operasinya?
181. Puan, pernahkah puan mengalami seorang peguam/pendakwaraya
meminta dicadangkan hukuman lebih waktu keje masa dalam pukul 8
malam kerana kes itu kemungkinan penting?
182. Adakah kadang-kala puan mengatasai satu masalah dimana tarikh untuk
perbicaraan telah ditetapkan, tetapi salah seorang pendakwa/peguam cara
tidak datang?
183. Tindakan itu akan mengganggu management [pengurusan] puan?
184. Adakah Puan merasakan perundangan yang ada pada ketika ini
mencukupi?
185. Adakah Puan berhasrat untuk membukukan pengalaman Puan sebagai
seorang Peguam Persekutuan secara amnya?
186. Mana tahu selepas, puan perbualan ini puan terbuka hati untuk
membukukan segala pengalaman puan sebagai seorang hakim?
187. Seandainya puan diberi tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah
universiti selepas pencen, adakah puan akan mempeetimbangkan tawaran
tersebut?
188. Puan pun berasa letih juga, mungkin puan hendak berehat selepas
bersara?
189. Dengan yang kes-kes baru yang meningkat sekarang puan, bagaimana
caranya seorang hakim itu mengendali kes dengan cepat?
85
190. Semasa menjadi hakim, pernahkan puan menghadapi satu kes yang
dimana dipengaruhi oleh orang-orang politik? That mean orang-orang yang
berpengaruh juga.
191. Jikalau puan menghadapi masalah situasi tersebut, macam mana puan
untuk mengatasinya?Jika
192. Adakah Decision [Keputusan] datang dari hati puan sendiri?
193. So,Puan tidak ragu-ragu dengan apa keputusan yang telah dibuat?
194. Apakah nasihat-nasihat yang ingin Puan berikan kepada mereka yang
berhasrat menceburi penghakiman/perundangan?
195. Sekiranya, apa sekalipun kita kena berpandu kepada undang-undang?
196. Keadilan?
197. Yang terakhir puan. Adakah Puan merasakan aktitiviti iaitu Oral History
[Sejarah lisan] yang sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada
generasi akan datang?
198. Apakah puan merasakan aktitiviti iaitu Oral history [Sejarah lisan] yang
sedang dijalankan ini akan menjadi panduan kepada generasi akan
datang? Sama seperti kita membukukan kerjaya tadi puan.
86
LOG TEMUBUAL
0.02
TAPE 1 SIDE A Memberitahu nama penuh
beliau.
Memberitahu pekerjaan suami
beliau
Menceritakan serba sedikit
tentang kehidupan keluarga
beliau.
Anak-anak yang mengikut jejak
beliau.
• Azimah binti Omar.
• Pengurus Besar,
CCM
Pharmaceuticals
Sdn. Bhd.
• Tentang kesibukkan
beliau dan suami dan
masa bersama anak-
anak.
• Dua daripada anak
beliau mengikuti jejak
langkah beliau
6.47 Menceritakan serba sedikit
latar belakang pendidikan
beliau.
• Sekolah Menengah
(P) Jalan Ipoh, KL.
• Tingkatan enam di
St. John Institutions.
• Fakulti Undang-
Undang, UM.
87
18.36
Menceritakan jawatan
sekarang
Perbezaan jawatan sekarang
sebagai PUU dan seorang
hakim
Tugasan pertama semasa
lapor diri sebagai penjawat
awam
• Penasihat Undang-
Undang,
Kementerian Kerja
Raya.
• Kerja sebagai PUU
adalah lebih kepada
memberi nasihat
kepada KKR dan
agensi-agensi di
bawahnya.
• Menjadi majistret di
Mahkamah Majistret
Klang.
23.21
Menceritakan rungutan yang
pernah di terima.
• Emel
• Surat
• Maklum balas
• Media massa
• Radio
28.4
Pengalaman kerja sebelum
menjadi hakim.
• 20 tahun
• Majistret
• Penolong Kanan
Pendaftar,
Mahkamah Tinggi
88
• Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
• Timbalan Pndaftar
Mahkamah
Persekutuan
00.1
TAPE 1 SIDE B Adakah perlu seorang hakim
melawati tempat kejadian.
• Lihat semula
kawasan kejadian
• Fakta yang
dikemukakan oleh
pihak pendakwaan
dan tempat kejadian.
• Nilai keterangan
saksi
• Kesungguhan.
11.37
Cara berhadapan dengan
cabaran dari kes.
• Boleh datang dari
pendakwaraya
• Peguam yang
mengendalikan kes
14.02
Jika orang yang dihadapkan
dari golongan berpendidikan
rendah cara berurusan dengan
mereka.
• Tiada isu timbul.
• Tugas peguam yang
mewakili mereka
untuk terangkan.
89
• Duti mahkamah
untuk terangkan jika
mereka tidak diwakili
oleh peguam.
27.42
Maksud dilepaskan tanpa
dibebaskan
• Dilepaskan tanpa
dibebaskan dari
pertuduhan.
• OKT tak dibebaskan
dari pertuduhan.
• Boleh dituduh
semula jika ada
bukti.
1.05
TAPE 2 SIDE B
Beza hukuman sampai mati
dan hukuman gantung sampai
mati
• Hukuman mesti jelas.
3.00
Fungsi Mahkamah Sesyen
Semenyih
• Menguruskan kes-
kes yang berkaitan
dengan Imigresen.
• Contohnya PATI
yang telah tinggal
melebihi had dan
sebagainya.
90
9.56
21.00
Kes paling lama dihakimi
Sebab-sebab mengapa kes-
kes mengambil masa lama
untuk diadili
• Melibatkan kes Akta
Sekuriti dan
Perbankan.
• Pemeriksaan utama
mengambil masa dua
bulan.
• Dokumen tidak
mencukupi
• Peguam tidak sedia
29.19
Cara mengendalikan
kakitangan
• Mengamalkan open
door policy
• Kakitangan boleh
berjumpa dan
berkongsi masalah.
00.02
TAPE 2 SIDE B
Sama ada puan seorang yang
mudah didekati
• Mudah didekati
• Ramah
• Tetapi kelihatan agak
garang.
05.16
Tugas sampingan
• Bukan satu bebanan
• Menganggap setiap
91
tugasan akan
memperoleh
pengalaman dan ilmu
baru
12.20
Reaksi anak-anak atas
kesibukkan beliau suami isteri
• Ada rungutan
• Beri nasihat pada anak-
anak
• Kerja adalah
tanggungjawab
24.12
Membukukan pengalaman
kerja
• Belum terfikir
• Mungkin suatu hari
nanti
28.38
Ragu-ragu dalam membuat
keputusan
• Tidak pernah.
• Yakin dengan
keterangan yang
diterima
29.02
Nasihat kepada yang berminat
dengan bidang perundangan
• Satu bidang yang
menarik
• Mencabar minda
• Prinsip undang-undang
dapat dilaksanakan
92
INDEKS
A Akta Sekuriti –ms16 Akta Dadah Berbahaya – ms34 Akta Sekuriti-ms24,ms40 B Bench-ms20 C CCM Pharmaceutical -ms2 D Dato’ Shafie Abdullah –ms22 F Fakulti Undang-Undang – ms7 J Jabatan Alam Sekitar –ms16 JPA –ms12 JUSA [Jawatan Utama Sektor Awam] –ms13 Jabatan Peguam Negara –ms15 JALSOA –ms59 K Kampung Datuk Keramat –ms1 Kuala Lumpur–ms1 KKR [Kementerian Kerja Raya] –ms12, 14 Karpal Singh –ms22 Kajang–ms1
M Mahkamah Majistret Klang - ms5,ms14,ms16,ms39 Mahkamah Majistret Rawang - ms16 Mahkamah Seksyen Semenyih - ms36,ms37,ms38,ms39 Mahkamah Seksyen Shah Alam - ms15,ms16,ms20,ms24,ms40,ms42, ms47, ms65 Mahkamah Majistret Sungai Petani - ms5,ms16,ms39 Mahkamah Tinggi Alor Setar - ms16 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - ms16 N Ng Ek Guan - ms22 NGO (Non-Govermental Organisation) - ms57 P pendatang tanpa izin (PATI) - ms36,ms37,ms38
Penilaian Tahap Kecekapan - ms56 Penasihat Undang-Undang - ms12,ms14 S Selangor Darul Ehsan - ms16 Selayang Pandang - ms2 Sekolah Menengah (P) Jalan Ipoh – ms7 St. George Institution – ms7 Sungai Merab - ms1 SPM –ms8 STPM –ms8 Suruhanjaya Kehakiman –ms30,ms31
T Taman Bukit Setiawangsa - ms2 Tan Sri Ghani Patail – ms22,ms23 U Universiti Malaya - ms2,ms10,ms11,ms14 Universiti Teknologi Malaysia –ms6,ms7 UiTM –ms8 UPU –ms10
Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Lot6, Jalan Pulau Angsa U10 114, Seksyen U10 40150 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Melalui : En. Mohd Nazir bin Ahmad Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Lot6, Jalan Pulau Angsa U10 114, Seksyen U10 40150 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh : Mac 2009 Pn. Azimah binti Omar Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya Malaysia Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR Puan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN SESI TEMURAMAH BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR603 (DOCUMENTING ORAL TRADITION), PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT (IS 221) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimaklumkankan bahawa kami, Nor Azlan bin Idris dan Nor Suriani binti Jamaludin adalah pelajar semester enam (6), Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat (Pengajian Luar Kampus) ingin memohon kebenaran puan untuk mengadakan sesi temubual dengan puan mengenai pengalaman puan semasa menjadi Hakim di Mahkamah Sesyen 6, Mahkamah Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 3. Untuk pengetahuan puan, kami terlebih dahulu telah membuat kajian awal dan amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tugasan seorang hakim. Justeru itu, kami telah membuat sedikit kajian dan mendapati nama puan sering muncul di ruangan Mahkamah di dalam Utusan Malaysia dan sehubungan dengan itu, kami berminat untuk menemubual puan. 4. Untuk makluman puan juga, temuramah ini adalah bertujuan bagi memenuhi tugasan akademik dan merupakan keperluan bagi kursus IMR603 (Documenting Oral Tradition). Sesi temuramah yang akan dijalankan ini hanya akan mengambil masa lebih
kurang dua (2) jam dari masa puan. Hasil temuramah ini juga akan diolah menjadi transkrip bagi tujuan penyelidikan dan disimpan di dalam di Makmal Sejarah Lisan di Fakulti kami. Tarikh, masa dan tempat untuk ditemuramah ini adalah mengikut kelapangan dan kesenangan puan. 5. Segala maklumat yang di kumpulkan adalah bagi tujuan akademik sahaja. Justeru itu, kesudian dan persetujuan oleh puan untuk ditemuramah amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang Benar, ............................................... ............................................... NOR AZLAN BINTI IDRIS No. Pelajar : 2006494329
NOR SURIANI BINTI JAMALUDIN No. Pelajar : 2006494455
2
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Syarat-syarat mengenai wawancara yang telah diadakan antara Universiti Teknologi MARA dengan PUAN AZIMAH BINTI OMAR Pada 13 MAC 2009.
1. Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Universiti Teknologi MARA untuk disimpan buat selama-lamanya.
2. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu untuk memelihara pita rakaman ini.
3. Pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA boleh membuat
transkrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee).
4. Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari
Malaysia atau luar negeri yang bertujuan membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan syarat: Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan, tesis dll, sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik.
5. Adalah dipersetujui bahawa pita ramakan/transkrip ini akan dibuka kepada
penyelidik-penyelidik dalam dan luar negeri mulai dari _________________ (tarikh). Di persetujui pada ________________ oleh kedua pihak yang berkenaan.
............................................... ............................................... Pengkisah (interviewee)
Dekan, Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA