Ayat Topik Dan Ayat Huraian

4
Ayat Topik dan Ayat Huraian APAKAH AYAT TOPIK? Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesebuah penulisan. APAKAH AYAT HURAIAN? Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan. Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi fokus utama. Contoh ayat topik : Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum.

description

makna dan huraian

Transcript of Ayat Topik Dan Ayat Huraian

Ayat Topik dan Ayat Huraian

APAKAH AYAT TOPIK?

Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesebuah penulisan.

APAKAH AYAT HURAIAN?

Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan. Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi fokus utama.

Contoh ayat topik :

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialahdapat memenuhkan masa lapang.

Kegiatan kokurikulum jugadapat melatih pelajar menjadi pemimpin.

Kegiatan kokurikulum juga kitadapat membentuk disiplin diri.

Kegiatan kokurikulumakan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.

Badan kita akan menjadi sihatapabila menyertai kegiatan kokurikulum.

PENDAHULUANJENIS AYATPENANDA WACANAHURAIAN

AYAT TOPIK(tema)

Belakangan ini,.Akhir-akhir ini,.Dasawarsa ini,Marcapada ini,

isu menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat sering menjadi topic perdebatan para ilmuan di media cetak dan media elektronik.

AYAT HURAIANBuktikan?Hal ini demikian kerana..kesihatan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan berkualiti seperti di negara maju.

AYATSIMPUL(Tugasan)

Persolannya.persoalannya apakah cara-cara untuk menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat di negara kita?

ISI 1: mengamalkan cara hidup sihat dengan menghindari tabiat merokok.JENIS AYATPENANDA WACANAHURAIAN

AYAT TOPIK(tema)Pada pandangan saya,

antara cara menjaga kesihatan masyarakat ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat setiap masa.

AYATHURAIAN 1Buktikan?Hal ini demikian kerana,cara hidup sihat wajib menjadi amalan masyarakat ke arah hidup yang lebih positif dan baik.

AYATHURAIAN2(KENAPA)

Sehubungan dengan itu,.kita perlu menghindari plbagai tabiat buruk yang akan menjejaskan kesihatan seperti merokok, makan makanan segera dan minuman keras.

AYAT HURAIAN 3(APAKAH)Bukan itu sahaja,..masyarakat juga perlu menjadikan aktiviti bersenam dan beriadah sebagai amalan harian atau mingguan untuk mengeluarkan peluh.

AYAT SIMPUL/ TEGASOleh itu,amalan cara hidup sihat akan menjadi teras kepada usaha menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat kita.

ISI 2:PEMERIKSAAN KESIHATANJENIS AYATPENANDA WACANAHURAIAN

AYAT TOPIK(tema)Selain itu,..pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sebagai langkah berikutnya untuk menjaga kesihatan kita semua.

AYATHURAIAN 1Buktikan?Dalam zaman yang serba canggih ini,.masyarakat disarankan melakukan pemerikasaan kesihatan dengan lebih kerap sama ada di hospital kerajaan atau hospital swasta.

AYATHURAIAN2(KENAPA)

Dengan adanya,.sikap prihatin ini sudah pasti dapat mencegah daripada sesuatu penyakit itu merosakkan kesihatan kita.

AYAT HURAIAN 3(APAKAH)Natijahnya..Merawat lebih baik daripada ,mengubat sangat sesuai dalam usaha ini untuk memantau tahap kesihatan masyarakat kita dari masa ke masa.

AYAT SIMPUL/ TEGASJusteru,..pemerikasaan kesihatan yang dilakukan pada peringkat awal dapat menjamin tahap kesihatan kita semua.

ISI 3:PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANGJENIS AYATPENANDA WACANAHURAIAN

AYAT TOPIK(tema)Di samping itu,..kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang sebagai strategi menjamin kesihatan sepanjang hayat.

AYATHURAIAN 1Buktikan?Ini secara tidak langsung akan..membantu kita menyediakan hidangan makanan yang mengandungi zat makanan yang seimbang untuk dimakan oleh setaip ahli kelurga.

AYATHURAIAN2(KENAPA)

Keadaan ini tentunya,.dapat menyelamatkan tubuh badan kita daripada dijangkiti penyakit hasil daripada makanan seperti diabetis, jantung dan obesiti.

AYAT HURAIAN 3(APAKAH)Malah,makanan seimbang juga mampu menyihatkan badan kita supaya dapat berfungsi secara normal dalam melaksanakan kerja-kerja harian seperti di pejabat, berkebun dan beriadah.

AYAT SIMPUL/ TEGASJelaslah,pengambilan makanan seimbang setiap hari mampu mengekalkan tahap kesihatan masyarakat kita.

KESIMPULAN:JENIS AYATPENANDA WACANAHURAIAN

AYATPANDANGAN(tema)

Intihanya,......Konklusinya,.....Tuntasnya,....Kesimpulannya,..Akhirulkalam,....terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat kita untuk menjaga kesihatan mereka.

AYAT CADANGANBuktikan?Dengan itu,semua pihak mestilah memperkukuhkan keiltizaman untuk merelaisasikan cita-cita melahirkan masyarakat sihat di negara ini.

AYATHARAPAN(Tugasan)

Justeru ..usaha untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan aspek kesihatan dapat menjamain kemajuan dan pembangunan negara kita. Malaysia Boleh.