Assignment Question 2

8
Bincangkan Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan tidak Bertulis. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang mustahak untuk sesebuah negara. Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Kedua-dua jenis perlembagaan ini memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian masyarakat, memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancarndan juga memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan Bertulis Perlembagaan bertulis merupakan merupakan sumber undang- undang yang utama atau tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan. Terdapat beberapa perlembagaan bertulis. Antaranya ialah seperti Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan negeri, akta, enakmen, Ordinan, Perundangan subsidiary dan Undang-undang Islam. Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan berfungsi sebagai asas atau garis panduan kepada semua undang. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara. Secara keseluruhannya, Perlembagaan Malaysia, terbahagi kepada tiga komponen yang besar iaitu, Kebebasan asasi, Kewarganegaraan, dan Sistem pemerintah. Semua undang yang digubal tidak boleh

description

ilakkanam

Transcript of Assignment Question 2

Bincangkan Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan tidak Bertulis.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang mustahak untuk sesebuah negara. Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Kedua-dua jenis perlembagaan ini memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian masyarakat, memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancarndan juga memberi jaminan perlindungan kepada rakyat.

Perlembagaan BertulisPerlembagaan bertulis merupakan merupakan sumber undang-undang yang utama atau tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan. Terdapat beberapa perlembagaan bertulis. Antaranya ialah seperti Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan negeri, akta, enakmen, Ordinan, Perundangan subsidiary dan Undang-undang Islam.

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan berfungsi sebagai asas atau garis panduan kepada semua undang. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara. Secara keseluruhannya, Perlembagaan Malaysia, terbahagi kepada tiga komponen yang besar iaitu, Kebebasan asasi,Kewarganegaraan, dan Sistem pemerintah. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah. Ketiga-tiga badan iaitu, badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Tambahan lagi, Duli Yang Dipertuan Agong juga perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu.

Perlembagaan NegeriPelembagaan Negeri merupakan perlembagaan yang terbentunya, apabila berlaku perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekeutuan. Kerajaan Persekutuan menjamin mana-mana negeri bagi mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak perlembagaan dan keistimewaan negeri. Jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan perlembagaan sesuatu negeri tidak di patuhi, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu di patuhi. Peruntukan kuasa negeri ialah perkara perlu.Tiap-tiap perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap.

AktaAkta merupakan sebuah statut atau lebih dikenali sebagai undang-undang. Akta ini biasanya dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau sub-kebangsaan. Di Malaysia Akta merupakan undang-undang yang digubal oleh parlimen (Dewan Rakyat) sejak September 1959. Manakala sekiranya cadangan undang-undang tersebut masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, akan dikenali sebagairang undang-undang. Secara keseluruhannya, Akta Parlimen adalah nama umum kepada pelbagai akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Contoh akta-akta yang termasuk undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen adalah di antaranya seperti, Akta Kontrak, Kanun Tanah Negara, Akta Syarikat, Kanun Keseksaan.

Enakmen Enakmen bermaksud, undang-undang yang digubal di Dewan Undangan Negeri (kecuali negeri Sarawak). Enakmen juga merupakan satu proses pemilihan undang-undang, atau sebahagian daripadanya, dan perjanjianmenjadi satu penguatkuasaan undang-undang . Untuk penguatkuasaan tersebut, sebilangan undi yang diperlukan. Contohnya, seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004dan sebagainya.

Ordinan Ordinan boleh dibahagikan kepada tiga. Iaitu, undang-undang yang digubal oleh Dewan Negeri Sarawak, undang-undang yng digubal oleh Majlis Perundangan Persekutuan antara 1946 hingga September 1959, dan undang-undang yang dibuat oleh yang Dipertuan Agong semasa darurat. Sesuatu ordinan yang diisytiharkan menurut Fasal 2B (semasa darurat) hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya sehingga ordinan itu dimansuhkan oleh kedua Majlis Parlimen atau ordinan itu luput apabila habis tempoh enam bulan daripada tarikh pengisytiharaan darurat itu. Contoh ordinan di Malaysia adalah seperti, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan sebagainya.

Perlembagaan Tidak BertulisPerlembgaan Tidak Bertulis bermaksud undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Ia hanya digunakan apabila tiada undang-undang bertulis dan todak bercanggahan dengan penerimaan masyarakatan tempatan. Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis seperti, Undang-undang lazim(common law), keputusan-keputusan mahkamah, undang-undang Hindu, undang-undang adat (Adat Perpatih,Adat Temenggung), undang-undang syariah, dan adat resam kaum masing-masing.

Undang-undang AdatUndang-undang yang menjadi adat dalam kehidupan harian dikenali sebagai undang-undang adat. Di Malaysia terdapat dua jenis undang-undang adat iaiatu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat TemenggungAdat ini dibawa masuk dari Palembang, Sumatera. Adat ini mengikut prinsip patriakal iaitu bernasab bapa. Adat ini juga banyak menyentuk hal-hal tentang kesalahan jenayah, dan hukumannya, peraturan hamba abdi, warisan tanah, hutang piutang dan peranan raja serta pembesar. Jika dikaji, adat ini dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu dan Islam. Mengikut adat ini, orang Melayu boleh berkahwin dengan sepupunya sendiri. System Pemerintahan Mengikut adat Temenggung ialah seperti di bawah.

SultanRaja MudaRaja di HilirRaja kecil BesarRaja kecil MudaRaja kecil TengahRaja Kecil BonguPutera sultan yang memerintah

Contoh Adat Temenggung ialah seperti, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, undang-undang Pahang, Undang undang Johor dan sebagainya.

Adat PerpatihAdat perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabaudari Palembang, Sumatera pada abad ke 16. Adat ini diwarisi secara lisan ataupun melalui puisi. Adai ini mengikut prinsip matriakal iaitu bernasab ibu.adat ini juga banyak menyentuk hal-hal tentang kusa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah-kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta Mengikut ini, perkahwinan antara sepupu tidak digalakan malah menggalakan perkahwinan antara suku. Hukuman yang dikenakan mengikut adat ini bersifat mencegah.

Undang-undang Islam Tidak BertulisUndang-undang Islam tidak bertulis di Tanah Melayu berkembang dengan bentuk yang tersendiri apabila British meletakkan pengaruhnya secara dominan dalam sistem pentadbiran, kehakiman dan pemerintahan negara.Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih hampir kepada urusan siasatan yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi. Hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.

Prinsip Undang-Undang InggerisPrinsip undang-undang Inggeris adalah terpakai di Malaysia setakat yang dibenarkan sahaja. Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini terkandung dalam common-lawdan ekuiti Inggeris. Pemakaian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini adalah terhasil secara tersirat dan tersurat. Ianya tersirat bila mahkamah cuba menafsirkan sesuatu arahanuntuk mengadili kes berasaskan keadilan dan hak sebagai secara tak langsung menerima pakai undang-undang Inggeris. Selain dari itu, prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah diterima pakai sebagai sumber undang-undang Malaysia yang tersurat semenjak 1807 bilaFirst Charter of Justicedigubal bagi membawa masuk undang-undang Inggeris di Pualu Pinang. Beberapa statut lain kemudiannya muncul dan hari ini kita merujuk kepadaAkta Undang-Undang Sivil.