Assignment Maqasid

download Assignment Maqasid

of 18

Transcript of Assignment Maqasid

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    1/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 1

    1.0 PENDAHULUAN

    Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menggunakan akal dan kebijaksanaan di dalam

    memahami kehidupan yang berteraskan nas-nas al-Quran dan al-hadis. Kebijaksanaan para

    ulama dan cendiakawan Islam memungkinkan umat Islam memahami akan tuntutan menurut

    keutamaan di dalam Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pandangan yang melihat kepada

    prioriti di dalam agama. Al-Imam Syatibiy telah mengupas teori maqasid al-syariah di dalam

    karyanya yang masyhur, al-Muwafaqat. Beliau telah menggariskan perkara-perkara yang

    menjadi keutamaan di dalam agama sama ada yang bersifat daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.

    Lanjutan daripada itu lahirlah para pemikir dan ulama Islam yang cuba mengupas lanjut akan

    teori keutamaan di dalam agama. Fiqh al-Aulawiyyat atau fiqh maratib al-amal adalah

    sebahagian daripada huraian yang diberikan oleh para ulama kontemporari yang bertujuan untuk

    memperluaskan kefahaman umat Islam terhadap perkara yang menjadi keutamaan, khususnya di

    dalam menangani hukum-hakam isu-isu semasa yang memerlukan pertimbangan demi

    memelihara kesejahteraan ummah.

    Fokus pada tugasan ini adalah mengenai pengertian kepada Fiqh al-Aulawiyyat, asas dan

    kaedahnya, contoh-contoh isu masa kini, pembahagian maslahah mengikut masa, tempat danzaman serta peranan dan maslahah Fiqh al-Aulawiyyat dalam usaha memberi kesejahteraan

    kepada ummah.

    2.0 DEFINISI

    2.1 TAKRIF FIQH AULAWIYAT

    Al-Fiqh dari segi bahasa ialah al-fahm iaitu kefahaman atau memahami tentang sesuatu

    .(Abdul Latip Muda , 1992) Al-Aulawiyyatadalah kata jama` daripada perkataan al aula yang

    bererti lebih penting atau lebih utama. Justeru itu, Fiqh al-Aulawiyyat adalah istilah yang

    merujuk kepada panduan atau kaedah ke arah memahami perkara-perkara yang lebih utama di

    dalam agama.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    2/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 2

    Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi,fiqh Al-Aulawiyatitu bererti meletakkan suatu di

    tempatnya dengan adil (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996). Segala jenis hukum hakam, amal dan

    nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip

    mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang

    penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan, suatu

    yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-

    besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan lain

    perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan.

    2.2 ASAS DAN DASAR FIQH AULAWIYYAT.

    Fiqh al-Aulawiyyat adalah ilmu yang diambil daripada nas-nas naqli daripada al-Quran

    dan hadis-hadis Nabi S.A.W, antaranya Allah S.W.T. berfirman :

    Maksudnya :

    'Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan

    menguruskan Masjid Al Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah

    dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak

    memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    3/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 3

    jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan

    itulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan'.

    (At Taubah 9, 19 - 20)

    Sabda Nabi S.A.W :

    Maksudnya: Iman itu tujuh puluh cabangnya, yang tertinggi adalah ialah berkata dan beriman

    dengan "Tiada Tuhan melainkan Allah" manakala yang paling rendahnya ialah membuang

    bahaya di jalanan (Riwayat al-Bukhari)

    ( Mohd. Nor Manuty,2013)

    Peristiwa di Thaqifah Bani Saidah di mana para sahabat berhimpun bagi melantik ketua

    negara menggantikan Rasulullah S.A.W di mana ianya lebih utama daripada memaqamkan

    Rasulullah S.A.W kerana membiarkan kaum muslimin ketika itu tanpa ketua negara akan

    mengakibatkan fitnah dan kemudaratan yang lebih besar. Di sini jelas para sahabat mengikut

    urutan keutamaan dengan memilih ketua negara dahulu selepas itu barulah memaqamkan jasad

    Rasulullah S.A.W. Contoh lain juga boleh dilihat ialah daripada sikap tegas Abdullah bin Umar

    r.a apabila ditanya tentang hukum darah nyamuk, beliau lantas bertanya kembali kenapa anda

    tidak bertanya aku tentang hukum darah Saidina Husin yang mati dibunuh.

    Berdasarkan tiga asas di atas menjelaskan bahawa fiqh al Aulawiyyatmerupakan perkara

    yang perlu difahami dengan jelas oleh semua umat Islam di dalam mencapai kesejahteraan dalam

    kehidupan.

    2.3 KONSEP DAN KAEDAH FI QH AL AULAWIYYAT

    Antara konsepfiqh al-Aulawiyyatialah :

    KonsepFiqh al-Aulawiyyatadalah selari dengan teoriMaqasid al-Syariah atauFiqh al-Maqasid, di mana pensyariatan hukum hakam adalah untuk kebaikan (kemaslahatan

    manusia). Justeru tujuan dan matlamat syarak adalah memberi kebaikan dan manfaat

    kepada manusia serta menghindarkan kemudaratan. Di sebalik hukum hakam yang

    disyariatkan terkandung rahsia dan illat tertentu yang ingin dicapai dan secara pasti ianya

    bukanlah sia-sia. Dirumuskan juga secara urutan bahawa matlamat syariat kepada

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    4/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 4

    manusia adalah untuk memelihara kepentingan agamanya, nyawanya, akalnya,

    keturunannya dan hartanya. Kenapakah zina itu adalah haram? Kerana memelihara

    keturunan dan nasab manusia. Kenapakah arak itu diharamkan? Kerana memelihara akal

    manusia.

    Konsep Fiqh al-Aualawiyyat adalah kesinambungan dari Fiqh al-Muwazanah. Fiqh al-Muwazanah merujuk kepada pertimbangan di antara masalih (kebaikan) dan mafasid

    (keburukan) di dalam menentukan keutamaan hukum. Berkata al-Qardhawi: Dan

    apabila berkumpul pada satu perkara kebaikan dan keburukan, kemudaratan dan

    manfaat maka perlu ditimbang dan dibandingkan antara keduanya. Penentuan

    berdasarkan yang yang lebih banyak(samada kebaikan atau keburukan).

    Keutamaan menghindarkan keburukan dari menghasilkan kebaikan. Keutamaan maslahah yang besar dari maslahah yang kecil. Keutamaan maslahah umum dari maslahah individu. Keutamaan maslahah akan datang dari maslahah semasa yang remeh. Keutamaan mafsad yang ringan dari mafsad yang lebih berat. Keutamaan ilmu dari amal dan keutamaan faham dari hafal. Keutamaan mengetahui illat dan rahsia hukum. Keutamaan yang qat`i dari yang zanni. Keutamaan mengambil yang mudah dari yang susah. Keutamaan mengambil kira waqi` dan urf semasa. Keutamaan mengambil kira pelaksanaan secara beransur ansur. Keutamaan perkara usul dari furu`. Keutamaan perkara fardhu dari perkara sunat. Keutamaan fardhu ain dari fardhu kifayah.

    (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    3.0 CONTOH ISUISU MASA KINI

    3.1 Menunaikan haji dan umrah beru lang kali

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    5/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 5

    Menunaikan haji dan umrah berulang kali, dan dalam masa yang sama mengabaikan

    sumbangan dan sedekah untuk kemajuan ilmu pengetahuan dan meringankan kesusahan

    orang fakir dan miskin adalah bercanggah dengan konsep fiqh al-Aulawiyyat.

    3.2 I su penggunaan kalimah Al lah oleh orang kafi r

    Dari sudut nas, terdapat ayat al-Quran dan hadis yang mengukuhkan keharusannya namun

    konsep kemaslahatan umat diutamakan, keburukan masa depan hendaklah dielak, keutamaan

    waqi`, keutamaan pemeliharaan kepentingan agama dan beberapa konsep fiqh aulawiyyat

    yang lain menjadi pertimbangan terhadap pengharamannya

    3.3 I su penggugur an bayi

    Terdapat pandangan yang menyatakan ianya adalah harus jika bayi masih belum melebihi

    empat bulan. Namun tinjauan terhadap konsep keutamaan mengelakkan keburukan lebih

    besar, keutamaan waqi` menjadikan tindakan pembuangan bayi adalah haram walau sebesar

    mana kandungan tersebut.

    3.4 I su gejala sosial

    Semua pihak hendaklah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap aspek kemaslahatan

    dan kemudaratan. Sebagai contoh, ibu bapa yang ingin memberi pendedahan tentang internet

    kepada anak-anak seharusnya mengambil inisiatif tertentu supaya kesan buruk dapat dielak.

    3.5 Membayar zakat fi trah dengan ni lai wang

    Di dalam mazhab Syafi`iy, zakat fitrah wajib dibayar di dalam bentuk makanan ruji atau

    beras. Al- Qaradawi menyatakan pandangannya di mana dari sudut fiqh al-Maqsad, illat

    hukum zakat fitrah adalah mengkayakan orang miskin, justeru pelaksanaan hukum

    seharusnya menjurus ke arah itu.

    3.6 I su sebatan wani ta

    Di dalam fiqh al-Aulawiyyat, keutamaan adalah memberi pendidikan dan pemahaman

    berbanding dengan pelaksanaan yang tergesa-gesa. Al-marhum Mustafa al-Zarqa, ketika

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    6/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 6

    ditanya tentang pelaksanaan hukum had ke atas penzina juga menekankan aspek pendidikan

    dan pemahaman. Namun perlu diingat jangan sampai ianya menjadi alasan yang tidak

    berkesudahan.

    3.7 Membeli barangan jualan orang I slam

    Membantu saudara seagama adalah keutamaan di dalam agama. Keutamaan mengambilkira

    waqi` dan keadaan semasa, di mana ketandusan para peniaga muslim yang berjaya

    menjadikan membeli serta melanggan produk peniaga muslim adalah satu kewajipan.

    3.8 I su perpaduan dan persaudaraan umat I slam

    Perpaduan umat adalah al Aulawiyyat di dalam agama. Ianya menjangkau sebarang

    perselisihan pendapat di kalangan umat Islam.

    3.9 I su kebersihan masjid dan tanah perkuburan

    Nilai-nilai kebersihan di masjid dan tanah perkuburan menjadi keutamaan dari sudut waqi`

    memandangkan Malaysia negara berbilang agama. Kebersihan masjid dan tanah perkuburan

    membawa imej dan syiar agama

    4.0 PEMBAHAGIAN MASLAHAH MENGIKUT MASA, TEMPAT DAN ZAMAN.

    Pada asasnya syariat diturunkan sebagai suatu pedoman kepada manusia untuk menjalani

    kehidupan di dunia dan akhirat. Untuk menjelaskan suatu aturan hidup, wahyu diturunkan

    kepada manusia. Dalam wahyu terkandung perintah Allah yang menentukan norma-norma

    tingkah laku manusia yang dikenali sebagai hukum. Perubahan terhadap pembinaan hukum

    Islam telah diaplikasikan sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi. Kaedah fiqh Tidak boleh

    disangkal berlaku perubahan hukum dengan sebab perubahan masa secara jelas membukti dan

    mengiktiraf boleh berlaku pembinaan hukum yang bersifat semasa.

    Proses penerapan hukum harus mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan, masa dan

    tempat. Langkah pengubahsuaian hukum boleh dilakukan andai mempunyai cukup alasan untuk

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    7/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 7

    disesuaikan dengan keperluan semasa dan setempat. Ini bererti hukum sedia ada dalam batas-

    batas tertentu boleh menerima modifikasi atau mengekalkannya bergantung kepada faktor-faktor

    tersebut. Perkara tersebut merupakan langkah pelaksanaan hukum yang melibatkan suatu proses

    tranformasi atau pemindahan satu hukum atau fahaman fiqh yang sedia ada kepada suatu bentuk

    hukum atau fahaman fiqh yang baru.

    Selaras dengan itu, Yusuf al-Qardhawi mengusulkan agar ditinjau semula pandangan

    ulama dahulu kerana ada kemungkinan pandangan tersebut hanya sesuai untuk zaman dan

    keadaan masa itu. Sekiranya diterapkan masa kini ia tidak lagi sesuai disebabkan berlaku

    perubahan yang belum pernah difikirkan oleh generasi dahulu. Lantaran itu, al-Qardhawi

    menyatakan hukum yang berasaskan kepada maslahah ia akan berubah dan hukum yang

    berasaskan kepada uruf atau keadaan tidak boleh berterusan.Sebagai contoh, pengguguran saksi

    kerana dia berjalan tanpa menutup kepala (serban atau kopiah), kebiasaan makan minum di

    gerai-gerai tepi jalan, mencukur janggut, suka mendengar lagu-lagu dan lain-lain lagi dari

    berbagai tradisi atau budaya yang mengalami perubahan.

    Antara contoh-contoh perubahan hukum disebabkan perubahan masa ialah :

    Dalam Sahih Bukhari ada menyebutkan Baginda S.A.W telah ditanya mengenai hukumunta yang hilang, adakah mereka yang melihatnya boleh mengambil unta tersebut dengan

    tujuan mewar-warkannya dan akan dipulangkan kepada tuannya apabila ia datang

    menuntutnya, kemudian ditegah oleh Baginda S.A.W, hukum ini terpelihara sehingga

    akhir pemerintahan Umar r.a. Namun begitu, pada zaman Uthman r.a dia memerintahkan

    supaya dipungut unta yang hilang dan di jualkannya, apabila tuannya datang menuntut,

    maka dibayar harga tersebut kepadanya. Walaupun arahan ini menyalahi fatwa yang

    dikeluarkan oleh Rasulullah S.A.W. pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia adalah

    satu keputusan yang bertepatan dengan tujuan perintah Rasulullah S.A.W. dengan alasan

    bahawa masyarakat pada zaman itu telah rosak akhlaknya dan memanjang kepada yang

    haram dan demi mengelak dari menularnya kemudaratan ke atas masyarakat.

    Imam Syafie ketika berada di Mesir telah mengubah sebahagian hukum atau fatwanyasewaktu berada di Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza dengan uruf di Baghdad.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    8/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 8

    Dalam kes selain dari hudud dan qisas, Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa zahirah(berpegang pada keadilan segi zahir sahaja), sudah cukup bagi diterimanya sebagai saksi,

    tetapi pada zaman Abu Yusuf dan Muhammad telah banyak pendustaan yang berlaku,

    jadi mereka berpendapat mesti dilakukan taykiyyah al-syuhud demi melindung dari

    keburukan yang menghilangkan hak-hak orang ramai. Fuqaha menyatakan bahawa khilaf

    tersebut hanyalah perbezaan masa dan waktu, bukan perbezaan hujjah dan dalil.

    Larangan mengambil upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarakan oleh paraulama mutaqaddimin, tetapi setelah berlaku perubahan urf dan adat, maka para ulama

    mutaakhirin memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-Quran agar pengajian al-

    Quran tidak terhapus.

    Fakta ini pada asasnya telah diterima baik oleh kalangan fuqaha apabila mereka

    merumuskan kaedah penetapan hukum berdasarkan masa, tempat dan zaman. Hukum akan

    berubah jika faktor tersebut telah berubah. Perbezaan pelaksanaan hukum-hukum bukanlah

    perbezaan dalam tasyri tetapi perbezaan dalambentuktatbiq (pelaksanaan) sahaja, ini bukanlah

    bererti bahawa hukum Allah S.W.T. dalam satu masalah itu berbilang-bilang atau berbagai-bagaitetapi maksud tatbiq itu berbeza kerana situasi, suasana, dan peristiwa yang berbeza.

    Demikianlah dapat difahami pertukaran hukum dengan bertukarnya masa dan perubahan fatwa

    dengan sebab perubahan masa, tempat dan zaman.

    5.0 PERANAN SERTA MASLAHAHNYA MEMBERI KESEJAHTERAAN UMMAH

    Fiqh Al-Aulawiyyatsangat perlu untuk diaplikasikan dalam mengamalkan ajaran Islam bagi

    menjamin kesejahteraan ummah. Ia diperlukan kerana bencana yang menimpa kebanyakan

    ummah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Fiqh Al-Aulawiyyatdalam membuat sesuatu

    perkara. Kebanyakan daripada mereka menumpukan kepada persoalan cabang berbanding

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    9/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 9

    persoalan asas, persoalanjuziyyah berbanding kulliyyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh

    ulama, berbanding yang telah diittifaq oleh mereka.

    Fiqh Al-Aulawiyyat dapat menjelaskan mana satukah persoalan yang patut ditumpukan

    terlebih dahulu baik dari sudut usaha mahu pun dari sudut waktu, berbanding amalan-amalan

    lain. Fiqh Al-Aulawiyyat juga dapat menjelaskan mana satukah musuh yang perlu dihadapi

    terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka, serta mana satukah peperangan

    yang perlu dimulakan terlebih dahulu.

    Manusia pada pandangan Islam ada beberapa jenis, iaitu orang-orang Islam, kafir dan juga

    munafik. Orang-orang Islam ada yang jahil dan ada juga yang khianat. Orang-orang kafir ada

    yang berdamai dengan Islam, dan ada juga yang memerangi Islam. Ada yang hanya kafir sahaja

    dan tidak melakukan apa-apa angkara terhadap Islam, dan ada di antara mereka yang kafir dan

    menghalang manusia dari jalan Allah. Orang-orang munafik pula, ada yang nifaknya kecil dan

    ada yang besar. Aspek manakah yang lebih utama diamalkan? Perkara apakah yang patut

    diraikan terlebih dahulu? Semua ini memerlukan kepada pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat

    untuk mengutamakan sesuatu prioriti.

    Bagi menjelaskan peranan dan maslahahFiqh Al-Aulawiyyatdalam pengambilan hukum atau

    keputusan bagi menjamin kesejahteraan ummah, maka hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat dengan

    Fiqh al-Muwazanat, Fiqh Al-Maqasid, Fiqh al Nusus dan Fiqh al Waqi perlu

    diperhalusi.(Nasrul Hisyam,2004)

    5.1 Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan)

    Fiqh al-Aulawiyyatberhubungan langsung denganFiqh al-Muwazanat. Mengikut Yusuf Al-

    Qaradhawi, ada tiga asas pokok di mana perbandingan perlu dibuat sebelum dibuat keputusan

    tentang keutamaan mengikut prinsipFiqh al-Aulawiyyat. Asas-asas tersebut ialah:

    Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi(kemanfaatan), atau pun perbandingan semua kebaikan yang diperintahkan antara satu

    dengan yang lain. Ini bertujuan untuk menentukan mana yang terbaik di antara yang baik

    bagi diutamakan dalam melaksanakan atau melakukannya.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    10/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 10

    Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Mafasid (kemafsadatan atau kebinasaan)atau al-Madar(kemudaratan), atau pun perbandingan semua kemudaratan yang dilarang

    antara satu dengan yang lainnya. Tujuannya ialah untuk menentukan mana yang terburuk

    antara yang buruk. Semuanya bagi diutamakan dalam menegah atau menjauhinya.

    Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid(kemafsadatan), atau pun perbandingan antara semua kebaikan yang diperintahkan dan

    kemudaratan (kejahatan) yang dilarang, apabila terjadi pertembungan di antara kedua-

    duanya. Ini bertujuan untuk menentukan keutamaan melakukan yang baik atau

    menjauhkan yang buruk apabila kedua-dua nilai baik dan buruk itu ada dalam satu

    perbuatan atau keadaan yang sama.

    (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    Melakukan Pertimbangan Di Antara Pelbagai Al-Masalih (Kemaslahatan)

    Para ulama Usul menjelaskan bahawa Al-Masalih (Kemaslahatan) terdiri daripada tiga peringkat,

    iaitu:

    1. Al-Daruriyyat (Perkara yang darurat)

    2. Al-Hajiyyat (Perkara yang diperlukan)

    3. Al-Tahsiniyyat (Perkara yang menjadi pelengkap)

    Al-Daruriyyatadalah perkara yang mutlak diperlukan untuk kehidupan manusia. Al-Hajiyyat

    pula ialah perkara yang apabila ianya tiada, maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah,

    sementaraAl-Tahsiniyyatmerupakan perkara pelengkap yang menjadi hiasan tambahan di dalamkehidupan dan dengan keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih

    sempurna. (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    Fiqh Al-Aulawiyyat menuntut supaya didahulukan perkara-perkara yang termasuk ke dalam

    Al-Daruriyyat (darurat) ke atas perkara-perkara yang termasuk di dalam Al-Hajiyyat (keperluan),

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    11/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 11

    juga ke atas perkara yang termasuk di dalam Al-Tahsiniyyat (pelengkap). Perkara Al-Hajiyyat

    hendaklah diutamakan daripada perkara Al-Tahsiniyyat atau pun yang bersifat sebagai pelengkap

    dan penyempurna sahaja. Para ulama usul menjelaskan bahawa perkara Al-Daruriyyat terbahagi

    kepada lima bahagian, iaitu : memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda .

    Sebahagian ulama menambah peringkat keenam iaitu: memelihara nama baik.

    Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan

    penting. Ianya mestilah didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang lain, hatta jiwa sekali

    pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa mesti diutamakan dan didahulukan ke atas

    perkara-perkara darurat yang selebihnya.

    Kemudian, di dalam melakukan pertimbangan dan perbandingan di antara pelbagai Al-

    Masalih (kemaslahatan), maka ketentuan berikut perlu diikuti:

    Mengutamakan kemaslahatan yang telah diyakinkan terjadinya ke atas kemaslahatanyang belum dapat diyakinkan berlakunya.

    Mengutamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil. Mengutamakan kemaslahatan jamaah (orang ramai) ke atas kemaslahatan seseorang

    individu.

    Mengutamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatangolongan yang lebih sedikit.

    Mengutamakan kemaslahatan yang kekal dan abadi ke atas kemaslahatan yang bersifatsementara dan terhad.

    Mengutamakan kemaslahatan yang asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingandan pinggiran.

    Mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yanglemah.

    Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. lebih mengambil

    berat dan mengutamakan kepentingan asasi dan isi serta yang terpenting untuk masa hadapan

    daripada kemaslahatan sementara yang nampak pada pandangan kebanyakan sahabat ketika

    itu. Dalam perjanjian tersebut, Rasulullah S.A.W. telah menerima beberapa syarat daripada

    pihak Kafir yang jika sekilas pandang seolah-olah merugikan dan merendahkan pihak kaum

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    12/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 12

    Muslimin. Di antaranya, Rasulullah S.A.W. menerima untuk memadamkan bacaan Bismillah

    daripada naskhah perjanjian dan diganti dengan kalimah Bismika Allahumma, dan nama

    Muhammad, Rasulullah diganti dengan Muhammad Ibn Abdullah. Hasilnya, setelah

    termeterainya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dapat bergerak

    dengan bebas dan masuk ke dalam daerah-daerah musuh untuk menyebarkan risalah Islam,

    sama ada di kalangan rakyat awam atau pun keluarga para raja dan pembesar negeri.

    Pertimbangan Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar (Kemudaratan) Antara satu

    sama lain. Kemafsadatan (kerosakan) dan kemudaratan tidak semuanya berada dalam peringkat

    dan darjat yang sama, tetapi ianya berbeza-beza dan berperingkat-peringkat. Kemafsadatan yang

    menghalangi perkara Al-Daruriyyat tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Hajiyyat

    dan juga tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Tahsiniyyat .

    Kemafsadatan yang menimpa harta benda lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa

    jiwa, dan kerosakan yang menimpa jiwa lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa agama

    dan aqidah. Kesimpulannya, Al-Mafasid dan Al-Madar itu berbeza-beza dan berperingkat-

    peringkat, tidak berada pada darjat yang sama. Oleh kerana itu, para ulama Usul Fiqh telah

    mengambil beberapa kaedah hukum. Antaranya ialah:

    Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan / kerugian), dandilarang membalas balik kemudaratan / kerugian kepada orang lain.

    Kemudaratan (kerosakan / kerugian) mesti dihalangi terjadi, sekadarkemampuan.

    Kemudaratan itu tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan(kerosakan) yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.

    Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan (kerosakan /kerugian) yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.

    Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukankemudaratan yang lebih kecil.

    Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, makadibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa seseorang peribadi.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    13/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 13

    kemaslahatan dan kerosakan atauApabila terjadi pertembungan antara

    kemanfaatan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka perlulah melakukan pertimbangan

    duanya. Keputusan yang diambil adalah mengikut kadar yang lebih banyak dan-di antara kedua

    Apabilaukan hukum bagi keseluruhan bahagian.majoriti kerana kadar majoriti boleh menent

    kadar kerosakan lebih tinggi dan lebih banyak daripada kadar kemanfaatan dan kebaikan di

    dalam sesuatu perkara, maka perkara tersebut dilarang dan ditegah daripada melakukannya. Ada

    ikit yang ada di dalamnya tidak diambil kira dan mesti diabaikan.pun manfaat dan kebaikan sed

    Quran ketika memberikan-Prinsip inilah yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al

    jawapan mengenai masalah minuman keras dan kegiatan perjudian. Firmannya:

    Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada

    keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya

    lebih besar daripada manfaatnya"

    ( al Baqarah 2 : 219 )

    Begitu jugalah sebaliknya, apabila kadar kemanfaatan dan kebaikan lebih besar dan lebih

    banyak daripada kadar kerosakan dan kemudaratan di dalam sesuatu masalah, maka masalah

    tersebut diharuskan dan dibolehkan mengikut pandangan Syariat Islam. Ada pun faktor

    kerosakan dan kemudaratan yang sangat sedikit tadi dikira tidak ada dan mesti diabaikan. Dalam

    kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah dan panduan. Antaranya ialah:

    Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan (kebaikan). Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    14/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 14

    kemaslahatan (kebaikan) yang besar.

    Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi untukmendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.

    Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan keranaAl-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.

    Sesungguhnya fiqh pertimbangan dan perbandingan (Fiqh Al-Muwazanat) seperti ini adalah

    sangat berguna dan bermanfaat bagi realiti kehidupan masyarakat kaum Muslimin pada zaman

    moden, khususnya perkara-perkara yang bersangkutan dengan Al-Siasah Al-Syariyyah

    (mengatur kehidupan dunia mengikut lunas-lunas Syariat Islam) kerana ianya merupakan dasar

    dan asas bagi kehidupan sosio-politik kaum Muslimin, begitu juga mereka sangat berhajat untuk

    memahami fiqh keutamaan . (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    5.2 Hubungan F iqh Al -AulawiyyatDengan F iqh Al -Maqasid(Maksud syariah ilmu fiqh)

    Fiqh Al-Aulawiyyat juga mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid

    (memahami objektif Syarak). Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam Syarak

    itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik semua illattersebut mengandungi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang termasuk ke

    dalam ibadah Al-Mahdah (semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri.

    Kerana itu, Al-Quran menerangkan tentang tujuan dan maksud ibadah solat misalnya, iaitu untuk

    mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sementara kewajipan zakat untuk mensucikan

    hati dan membersihkan harta, dan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah supaya

    menjadi orang-orang yang bertakwa. Fardu haji pula supaya mereka menyaksikan kemanfaatan

    baginya dan supaya mereka sentiasa menyebut nama Allah. (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    Kefahaman yang baik mengenai ajaran Allah ialah apabila dapat mengenali dan

    memahami maksud dan tujuan Ilahi dalam menentukan perintah-perintah-Nya. Dengan

    demikian, muslim berupaya untuk mengamalkan dan mencapai tujuan tersebut sehingga tidak

    bersikap keras terhadap diri sendiri atau pun kepada orang lain mengenai perkara-perkara yang

    tidak menjadi tujuan dan maksud Syariat itu sendiri.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    15/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 15

    5.3 Hubungan Fi qh Al -AulawiyyatDengan F iqh Al-Nusus(Fiqh Nas Al-Quran dan As-

    Sunnah)

    Fiqh Al-Aulawiyyat turut mempunyai hubungan yang erat dengan Fiqh Al-Nusus (Nas-

    nas Al-Quran dan As-Sunnah) yang menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juzi (cabang)

    yang telah memiliki hubungan langsung dengan Al-Maqasid Al-Kulliyyah (tujuan-tujuan umum)

    dan Al-Qawaid Al-Ammah (kaedah-kaedah hukum umum). Dengan cara ini, maka hukum-

    hukum furu(cabang) akan ditinjau kembali melalui kaedah-kaedah umum dan hukum asalnya.

    Satu perkara yang sangat penting di sini ialah: bagaimana kita membezakan antara dalil-dalil

    qati (pasti) danzanni (belum pasti) daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., antara

    Al-Muhkam (jelas petunjuknya) danAl-Mutasyabih (belum jelas petunjuknya). Kerana itu, dalil-

    dalil zanni mestilah difahami mengikut kaedah dalil-dalil qati, dan Al-Mutasyabih mestilah

    difahami mengikut kaedahAl-Muhkam. (Ahmad Nuryadi Asmawi,1996)

    Kefahaman ilmu fiqh seperti ini adalah sangat mustahak, terutamanya kepada mereka

    yang hendak memahami Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ramai orang yang salah dalam

    memahami maksud-maksud Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana mereka banyak membincangkan

    perkara-perkara yang lebih mendalam dan terperinci jika dibandingkan dengan Al-Quran. Selain

    itu, di dalam As-Sunnah terdapat hujah-hujah yang merupakan sumber dan asal hukum dan ada

    juga yang tidak menjadi sumber hukum Syarak seperti hadis yang menjelaskan tentang kisah

    mengahwinkan pokok kurma dan yang seumpamanya. Di samping itu, ada juga hujah-hujah

    yang menjadi sumber hukum abadi dan ada juga yang menjadi ketentuan hukum sementara; adayang menjadi sumber hukum untuk semua orang dan ada pula yang menjadi ketentuan hukum

    untuk orang tertentu sahaja.

    5.4 Kepentingan Fiqh Al-Waqi

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    16/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 16

    Menurut Yusuf al Qardhawi, Fiqh Al-Waqi bermaksud kefahaman yang mendalam

    tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang

    ilmiah tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang berkaitan. (Zulkifli Hassan,2008)

    Dalam melakukan perbandingan dan menentukan keutamaan berasaskan prinsipFiqh Al-

    MuwazanatdanFiqh Al-Aulawiyyat, kefahaman tentang realiti hidup semasa atauFiqh Al-Waqi

    ini tidak boleh diabaikan. Kerana meskipun semua hukum dan nilai Islam itu pada asasnya

    terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, namun banyak prinsip yang terdapat dalam Al-

    Quran dan Al-Sunnah itu sendiri menganjurkan supaya dirujuk kepada realiti hidup semasa.

    Malah, dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas dan objektif syarak juga mungkin

    bergantung atau berkait rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa.

    Ini bererti kemahiran memahami nas (Fiqh Al-Nusus) dan kemahiran memahami objektif Syarak

    (Fiqh Al-Maqasid) semata-mata belum tentu menjadikan seseorang itu mampu membuat

    perbandingan antara berbagai-bagai keadaan dan nilai (Al-Muwazanat) bagi membantu usaha

    menentukan keutamaan (Al-Aulawiyyat). Apa lagi jika yang difahami itu hanyalah semata-mata

    pandangan para ulama terdahulu yang tentu sekali, walaupun berdasarkan pada asasnya kepada

    Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi banyak dipengaruhi oleh realiti semasa pada waktu pandangan

    itu diberikan.

    Bagi memenuhi keperluan Fiqh Al-Aulawiyyat ini, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan

    dalam setiap lapangan hidup. Seorang fakih bukan sahaja perlu mampu memahami teks-teks

    fiqh lama, tetapi juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup semasa.

    Adalah penting untuk ditegaskan bahawa keperluan kepada Fiqh Al-Aulawiyyat di kalangan

    umat Islam pada hari ini tidak boleh dilihat secara mudah. Tidak seharusnya penekanan kepada

    keperluan seperti ini menyebabkan ada orang bertindak menentukan keutamaan dalam

    kehidupan peribadi atau masyarakat dengan hanya berdasarkan realiti hidup semata-mata.

    Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan dalam menentukan keutamaan, namunnas dan objektif syarak perlu menjadi asas yang paling utama.

    Begitulah juga sebaliknya, tidak harus di dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyathanya

    sekadar kembali kepada pelbagai pendapat ulama terdahulu bagi tujuan mengutamakan salah

    satu daripadanya. Meskipun pandangan para fuqaha terdahulu itu sangat tinggi mutunya, namun

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    17/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 17

    kenyataan hidup ini sendiri telah berubah dan telah mengalami pelbagai anjakan. Apa yang

    sepatutnya dilakukan ialah kembali kepada nas dan objektif syarak. Analisis perlu dibuat

    berasaskan keilmuan semasa dan pengutamaan perlu berasaskan realiti hidup semasa. Segala

    pandangan para fuqaha terdahulu bolehlah dijadikan panduan yang berguna di dalam

    memahami nas dan objektif syarak dalam penentuan hukum masa kini. (Mohd. Badrol,2011)

    6.0 PENUTUP

    Fiqh Al-Aulawiyyat merupakan satu ilmu yang sangat berguna dan penting, kerana ianya

    membahas kepincangan dan penilaian yang bercampur aduk dari sudut pandangan Syariat Islam

    untuk menentukan sesuatu perkara, pemikiran dan perbuatan. Di antara perkara-perkara tersebut,

    ada yang mesti diutamakan dan didahulukan dan ada pula perkara yang seharusnya diletakkan

    kemudian dan di tempat yang terakhir. Apatah lagi pada zaman moden ini sudah terjadi

    kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan Ummah Islam mengenai keutamaan dan

    prioriti tugas-tugas harian mereka. Maka, ilmu Fiqh Al-Aulawiyyat ini memberikan penjelasan

    mengenai sebilangan besar keutamaan yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan dijelaskan

    dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang nyata, supaya dengannya, dapat membantu meluruskan

    kefahaman dan membuat prioriti terhadap segala perkara yang berkaitan dengan aspek

    kesejahteraan kehidupan.

    Konsep Fiqh al-Aulawiyyat dilihat menjadi semakin penting di dalam menentukan

    pandangan syarak terhadap isu-isu mencabar masa kini. Mudah-mudahan perbincangan ringkas

    tentangfiqh aulawiyyatini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi memelihara kesejahteraan

    ummah. Para tokoh generasi awal umat Islam (al-Salaf al-Shalih) pernah berpesan, seorang

    muslim yang bijak bukanlah mereka tahu membezakan antara yang halal dan haram. Akan

    tetapi dia ialah seorang yang mampu membezakan antara dua perkara yang halal, manakah

    yang lebih utama untuk diambil dan antara dua perkara yang haram, manakah yang lebih utama

    untuk dijauhkan.

  • 7/28/2019 Assignment Maqasid

    18/18

    AMSS5203 Maqasid al Syariah - Fiqh Aulawiyyat [Puspa binti Adam] 18

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Latip Muda dan Rosmawati Mat Zin. (1992).Pengantar Usul Fiqh (Tingkatan enam) tekskomprehensif pengajian Islam STPM, Ilham Abadi Enterprise. 3

    Ahmad Nuryadi Asmawi . (1996).Fiqh Keutamaan : Satu Kajian Baru dari Perspektif Al Qurandan As Sunnah. (Yusuf al Qardhawi ,Terj). Free Thinker.

    Muhammad Zaini Yahya. (2002).Ijtihad dalam syariah Islam: Beberapa analisis tentang

    ijtihad semasa. (Yusuf al Qardhawi,Terj). Kuala Lumpur. Cresent News.(KL) Sdn.Bhd.

    Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf al Qardhawi dan Pengaruhnya Dalam MasyarakatIslam di Malaysia. Nilai. USIM.

    Mohd. Badrol bin Awang. 2011. Justifikasi pengamalan ijtihad dan pendekatannya dalam

    kehakiman Islam semasa.jurnalkanun.DBP.Fakulti undang-undang dan hubungan

    antarabangsa. UniSZA.136

    Mohd. Nor Manuty. 2012.Fiqh al Aulawiyyat dalam gerakan dakwah. Laman Web

    JAKIM.http://www.islam.gov.my/en/fiqh-alawiyah-dalam-gerakan-dakwah.Retrieved:

    15.6.2013

    Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2004. Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa.Islamiyyat26(2) (2004) 69 -81.71-72

    Zulkifli Hasan. 2008. Yusuf al Qardhawi Mujaddid kontemporari dan sumbangan

    pemikirannya.http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/yusuf-al-qaradhawi-as-a-contemporary-mujaddid-f.pdf.Retrieved 26.6.2013.11-12

    http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=197http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=197http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=197http://www.islam.gov.my/en/fiqh-alawiyah-dalam-gerakan-dakwahhttp://www.islam.gov.my/en/fiqh-alawiyah-dalam-gerakan-dakwahhttp://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=197