Assignment Jms 319
-
Upload
sujairi-amhari -
Category
Documents
-
view
39 -
download
1
description
Transcript of Assignment Jms 319
JMS 319
Kandungan
Perkara Mukasurat
Kulit hadapan
Profile pelajar
Kandungan 1
Pengenalan 2
Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 4
Menubuhkan pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti-Manchu 4
Mengembangkan perasaan anti-Manchu 7
Mendapatkan sokongan daripada Orang Cina seberang laut. 8
Mencetuskan Revolusi 9
Kesimpulan 13
Bibliografi 14
1
JMS 319
Pengenalan
Dr. Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866
di Hsiang Shan, 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Nama beliau
yang asal adalah Sun Wen dan nama kelahirannya ialah Sun Deming( diberikan oleh
ibubapanya).beliau memiliki beberapa nama antaranya ialah Dixiang, Zaizhi dan Rixin.Semasa
melanjutkan pendidikan di Hong Kong,beliau mendapat gelaran Yat-Sen. Satu nama yang
menjadikan beliau dikenali. Ianya bersempena nama yang diberikan kepada beliau oleh Miyazaki
Touten iaitu Nakayama1.
Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879,
beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di
Hawali beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. 2Sejak itu,
beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan
konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk
agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan semasa berusia 20 tahun, Sun Yat
Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada tahun 1887 beliau berpindah ke
Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong. Setelah belajar selama 5 tahun, beliau
lulus dengan tempat pertama dalam kelasnya dan selepas mendapat diploma perubatan dan
pembedahan beliau mempraktikkannya dan menjadi doktor di Macau dan kemudiannya
berpindah ke Cantoon.
Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan
ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara
Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong telah
mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan
1 www.wikipedia.com2 ibid
2
JMS 319
Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan
kerajaan yang bercorak republik di China.
Sun yang semakin kecewa oleh kerajaan Qing (yang konservatif dan menolak untuk
mengamalkan pengetahuan dan teknologi dari negara-negara Barat) berhenti dari amalan
perubatannya untuk mencurahkan waktu untuk mengubah China.3 Pada awalnya Sun sependapat
dengan reformis Kang You wei dan Liang Qi chao yang berusaha untuk mengubah sistem
pemerintahan China menjadi raja berperlembagaan. Pada tahun 1894, Sun menulis surat panjang
kepada Li Hong zhang (Gabenor Zhi li dan reformis)4, tentang cara dan cadangan untuk
mengukuhkan Cina, tetapi ia ditolak. Sejak saat itu, Sun mulai menyeru untuk penghapusan
Monarki dan pembentukan Republik.
Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi 19113 Marie-Claire Bergère, Janet Lloyd,19984 Lyon Sharman , 1968 .
3
JMS 319
Segala sikap dan tindakan serta fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi
perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidak-puasan orang-
orang Cina terhadap pemerintahan Manchu.5 Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar
satu memorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang
terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen
hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabila
memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi
menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan
Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu
perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China.
Menubuhkan pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti-Manchu
Dalam usaha untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah
menubuhkan “Perkumpulan Menghidupkan Semula China” yang dikenali sebagai Hsing Chung
Hui di Hawaii pada tahun 1894. Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen
berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24
November 1894, beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah
menubuhkan ‘Hsiung Chung Hui’ iaitu Persatuan Memulihkan Negara China,
dengankeahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana. Hal
ini merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen dengan slogan
perjuangannya ‘Singkirkan Orang-orang Manchu, PulihkanPemerintahan Orang-orang China dan
Tubuhkan Republik’. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama
ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya
5 Richard W. Rigby ,1980.
4
JMS 319
yangditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan
bantuan untuk menggerakkan revolusi.
Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu.
Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong.
Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900
di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti
Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri ke
Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan
oleh agen-agen Manchu6. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan
dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat
negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina
seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat
Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di
negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih
Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Sungguhpun
mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen
untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu.
Pada tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk
mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan
menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlin, London dan
lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi
menggulingkan Dinasti Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersama-
sama Huang Hsing dan Sung Chiao Jen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai
Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti- Manchu iaitu Hsing Chung Hui,
6 ; David B.Gordon , Peter N.Stearns, 2010.
5
JMS 319
Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Di Jepun, (dikenali sebagai Nakayama Sho), Sun menyertai
kumpulan pemberontak Cina (yang kemudian menjadi Tong Meng Hui) dan akan menjadi
pemimpin mereka. Dia menghabiskan 10 tahun di Jepun, berteman dengan Miyazaki Toten
(1871-1922) seorang pejuang revolusioner demokratik di Jepun, dan membantu Sun secara
kewangan. Sebuah Muzium Sejarah Cina Moden di Nanjing, berdiri patung gangsa dari Sun dan
Miyazaki. Miyazaki menulis beberapa siri artikel untuk surat khabar nasional (Asahi) tentang
Sun dan usaha revolusioner Sun yang berjudul "mimpi 33 tahun". 7
Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan
menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-
tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung
Meng Hui dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner
yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng Hui
berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan Tung Meng
Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu.8 Manakala di China,
cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow, Wuchang dan Hanyang. Sun
Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang Cina seberang laut dengan
tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui
cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan
dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr.
Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting
Mengembangkan perasaan anti-Manchu7 ibid8 Gustav Amann , Frederick Philip Grove , 2004.
6
JMS 319
Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatu-padukan orang-orang Cina dalam usaha
untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi gelap-
kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-
rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi
menjalankan propaganda anti-Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi. Beliau telah berjaya
mengeksploitasikan perasaan anti-Manchu di kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakan
revolusiner di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat
China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina
yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar
negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong
serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan
orang-orang Cina serta mendapat bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi
menjayakan perjuangannya.
Mengemukakan Idea Revolusi
Sun Yat Sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan
perjuangannya. Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan
“Fahaman Republik” di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat
sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San
Min Chu I 9iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip
“nasionalisme” dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri
China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Sen menyentuh
imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip
9 Gottfried Karl Kindermann, 1982.
7
JMS 319
kedua iaitu “demokrasi” bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau
pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud
pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah
menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang
Cina telah dipengaruhi olehnya.
Sun Yat Sen orang yang terkemuka dan popularitinya semakin meluas di semua daerah,
khususnya ke Nanyang (Asia Tenggara) dimana penempatan besar Orang Cina diluar negeri
berada di Singapura dan Malaysia. Sun Yat Sen mengakui sokongan sejumlah masyarakat
Tionghoa di seberang laut dapat dilihat dalam kiriman wang ke Negara China. Kerana itu ia
melakukan lawatan untuk menyebarkan mesej revolusioner kepada komuniti-komuniti di seluruh
dunia.
Mendapatkan sokongan daripada Orang Cina seberang laut.
Sun Yat Sen membuat telah membuat lapan kunjungan ke Singapura antara tahun 1900
dan 1911. Yang pertama pada tanggal 7 September 1900, adalah untuk menyelamatkan Miyazaki
Toten, suatu tindakan yang mengakibatkan penangkapan dirinya dan larangan mengunjungi
pulau tersebut selama 5 tahun. Setelah itu, kunjungan berikutnya ialah pada Jun 1905, Sun Yat
Sen bertemu dengan pedagang Cina tempatan iaitu Tan Eng Hock, Tan Chor Nam dan Lim Nee
Soon dalam pertemuan yang menandakan bermulanya sokongan langsung dari Cina seberang
laut. Setelah mendengar laporan tentang revolusioner, masyarakat Cina seberang laut mula
mengaturkan gerakan mereka di Eropah dan Jepun.
Pada tahun 1908, Sun Yat Sen ke Singapura untuk melarikan diri dari penangkapan oleh
pemerintah Qing setelah gagal dalam Pemberontakan Zhennanguan. Sun Yat Sen dan para
pengikutnya melakukan perjalanan dari Singapura ke Malaya dan Indonesia untuk menyebarkan
pesanan revolusioner mereka.
8
JMS 319
Sun Yat Sen juga meluangkan waktu untuk membangunkan Perpustakaan China
Amerika di Singapura, untuk menyebarkan falsafah politik dan idea dari 3 Prinsip Rakyat. Hal
ini juga kemudian disebarkan dan menghasilkan sokongan untuk Revolusi Cina 1911 terhadap
penguasa Manchu. Pada puncak kemunculannya, perpustakaannya berfungsi sebagai markas de
facto untuk pengikut setia Sun Yat Sen di Malaya dan Singapura. Sun Yat Sen juga telah
berjaya mendapatkan bantuan kewangan yang besar dari orang Cina sebarang laut,sebagai
contoh dalam Persidangan Penang pada 13 November 1910,bantuan telah diperolehi untuk
membiayai Pemberontakan Guangzhou pada 1911.
Mencetuskan Revolusi
Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu
gerakan yang dapat melancarkan revolusi melalui penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon,
malangnya usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan dan
kejayaan pihak berkuasa mengesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa
melarkan diri ke Hong Kong kerana diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat
perlindungan di Jepun. Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903
hingga tahun 1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah.
Dalam musim panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang
nasionalis China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan
Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-
orang China dari pelbagai golongan di Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam perjumpaan yang
besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905.
Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan dua persatuan revolusioner
yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui. Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk
menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Cawangan-
9
JMS 319
cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco, Honolulu dan
bandar-bandar penting di China.
Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun Yat Sen telah memungut dana dan
merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan di China. Tung Meng Hui juga
dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya dikembangkan melalui
pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan perasaan anti-Manchu di kalangan orang-orang China. Beliau berjuang
bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orangChina,
khasnya di kalangan mereka yang berada di seberang laut. Beliau berkhutbah tentang
pemberontakan nasionalise melalui rencana-rencana akhbar. Beliau telah menerbitkan akhbar
sendiri iaitu Ming Pao/ The People di Tokyo.Melalui penerbitan ini, idea-idea republik
beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang
berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke merata tempat didunia
khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari
masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau
berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi kewangan. Sokongan tersebut
sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di
China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu , Tung Meng Hui begitu popular
dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan
revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas
hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatih secara Barat.
Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-
usaha menyekat pergerakan beliau diteruskan oleh Kerajaan Manchu. Semasa di London pada
tahun 1896, beliau diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk menghantarnya
pulang ke China untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan
10
JMS 319
pertolongan London, Dr. Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telahdapat diselamatkan.
Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan
revolusi kerana akhbar London menyiarkannya secara besar-besaran. Perjuangan beliau menjadi
lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliaumengemukakan
ideologi/prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip rakyat/San Min Chui iaitu
nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini telah menyumbangkan kepada
perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip
tersebut. Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap
menggerakkan Tung Meng Hui kearah mencetuskan revolusi. Bagi menggerakkan revolusi
mulai tahun 1906, beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat
dalam wilayah Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan diJepun. Oleh sebab mendapat
protes yang kuat dari Kerajaan China, Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan
Tung Meng Hui digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat Sen dan
sekutunya terpaksan berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu
gerakan telah diatur bagi melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh
revolusioner terkorban
Antara tahun 1895-1911, Sun Yat Sen dan pengikutnya telah merancang, mengatur dan
mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun
pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan
pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan
Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China
dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah
lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak dan mengisytiharkan bebas dari
Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan
sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12
11
JMS 319
Februari 1912. . Hal ini mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan sebuah
kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara
yang ditubuhkan di Nanking
Revolusi China bermula dengan rasminya pada 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak
berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai
revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember
1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang
jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun
Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912.
Kesimpulan
12
JMS 319
Dia adalah seorang revolusioner dan pemimpin politik. Sebagai pelopor Nasionalis Cina,
dia sering disebut sebagai bapa pengasas Republik China. Sun memainkan peranan penting
dalam memberikan inspirasi kepada penggulingan Dinasti Qing, Dinasti terakhir empayar China.
Dia adalah Presiden sementara pertama apabila Republik Rakyat China (ROC) ditubuhkan pada
tahun 1912 dan kemudian menubuhkan Parti Kuomintang (KMT), di mana ia menjawat jawatan
sebagai pemimpin pertama.
Warisan Sun berupa karyanya dalam mengembangkan falsafah politik yang dikenali
sebagai 3 Prinsip Rakyat (Three Principles of The People): Nasionalisme, Demokrasi, dan
kemakmuran masyarakat. Ideologinya tetap fleksibel, bagaimanapun mencerminkan keyakinan
peribadinya.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai nasionalis ke nasionalis, sebagai sosialis ke sosialis,
dan permusuhan kepada golongan anarkis, dan menyatakan bahawa "Tujuan dari Tiga Prinsip
Rakyat adalah untuk mencipta sosialisme dan anarkisme." Ini adalah suatu perkara yang menjadi
perdebatan apakah eklektisisme ini mencerminkan usaha yang tulus untuk menggabungkan idea-
idea dari beberapa pemikiran atau hanyalah sikap oportunis. Dalam hal apapun, fleksibiliti
ideologinya membuatkannya menjadi tokoh utama dalam gerakan Nasionalisme kerana ia adalah
salah satu dari sangat sedikit orang yang mempunyai hubungan baik dengan semua paksi
gerakan.
Bibliografi
13
JMS 319
1. Wikipedia.com.
2. Sun Yat-Sen ; Marie-Claire Bergère, Janet Lloyd,Stanford University Press, 1998 –
Biography & Autobiography .
3. Sun Yat-Sen, His Life and Its Meaning: A Critical Biograph ; Lyon Sharman ,
Stanford University Press, 1968 .
4. Sun Yat Sen : seeking a newer China ; David B.Gordon , Peter N.Stearns,
Prentice Hall, 2010.
5. Sun Yat-sen ; Richard W. Rigby , University of Queensland Press, 1980.
6. The Legacy Of Sun Yatsen: A History Of The Chinese Revolution ; Gustav Amann ,
Frederick Philip Grove , Kessinger Publishing , 2004.
7. Sun Yat-sen: founder and symbol of China's revolutionary nation-building ; Gottfried
Karl Kindermann, Olzog, 1982.
8. Sun Yat Sen and the awakening of China ; James Cantlie, Charles Sheridan Jones ,
Fleming H. Revell company, 1912 .
9. Sun Yat-sen, founder of the Chinese Republic ; Cornelia Spencer , John Day Co., 1967.
14
JMS 319
15