ASSIGMENT-Keselamatan Ditempat Kerja
-
Upload
ambai-kesulai -
Category
Documents
-
view
467 -
download
1
Transcript of ASSIGMENT-Keselamatan Ditempat Kerja
REKABENTUK PRODUK INDUSTRI
LEVEL 2
NAMA: Mohamad Asyraf Abdullah
TARIKH:11 FEBRUARI 2011
TAJUK: Melaksanakan Pertolongan Kecemasan
PENGAJAR: Cik Siti Salma Binti Sulaiman
rek bentukprodukindustria
DISEMAK: TARIKH:
KANDUNGAN
1) Pertolongan Cemas
2) Objektif Pertolongan Cemas
3) Langkah-Langkah Pertolongan cemas
4) Definisi Luka
5) Jenis-Jenis Luka
6) Ubat-Ubatan Pertolongan Cemas
7) Rumusan
PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas adalah pertolongan yang diberikan
kepada seseorang yang sakit atau cedera semasa
melakukan sesuatu pekerjaan di tempat kerja. Sementara
menanti ketibaan doktor ataupun sebelum dibawa ke
hospital untuk menerima dan mendapat rawatan susulan.
2) Objektif Pertolongan Cemas terbahagi kepada 3 iaitu:
a) Menyelamatkan nyawa.
b) Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
c) Mendapat pertolongan selanjutnya.
Sekiranya berlaku kecemasan yang tak diingini di tempat
kerja,kaedah – kaedah yang perlu dititik beratkan semasa
membuat pertolongan pemulihan pernafasan adalah
seperti gambarajah berikut:
3) LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS
a) KAEDAH MULUT KEMULUT
1.1) Bukakan saluran pernafasan dengan mendogakkan
kepala mangsa.
1.2) Buka mulut anda seluas-luasnya yang boleh,ambil
nafas panjang,picit hidungnya dengan jari anda dan
rapatkan bibir anda dengan bibirnya.Dengan melihat
selari kearah dada mangsa hembuskan udara ke
paru-paru mangsa.Anda boleh lihat dadanya naik
setakat maksimum
1.3) Alihkan mulut anda daripada mangsa dan
hembuskan baki udara yang tinggal.Lihat dada
mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi
langkah 1 dan 2.Periksa denyutan nadi untuk
memastikan jantung kembali normal.
3.B) KAEDAH TEKANAN PEMULIHAN JANTUNG
1.1)Telentangkan mangsa dipermukaan yang
rata.Melutut disebelahnya dengan menghadapi kedada
dan sebaris dengan jantung manusia.Cari bahagian
bawah tulang selangka.Letakkan genggaman seperti di
tempat yang ditunjukkan.
1.2) Letakkan genggaman tangan anda dibahagian tengah
tulang selangka bawah.Genggaman anda mestilah kuat.
1.3) Dengan meluruskan tangan anda gerakkan badan
anda kehadapan,selepas itu undur kebelakang
semula.Lakukan sebanyak15 kali(8 kali seminit)
1.4) Periksa denyutan nadi setiap 3 minit.Sebaik sahaja
denyutan nadi bermula hentikan tekanan dan lakukan
pemulihan mulut ke mulut sehingga pernafasannya
normal kembali
3.C) KAEDAH HOLGER NIELSON
1.1) Baringkan mangsa dalam keadaan
meniarap.Kepalanya dipalingkan kesebelah dan letakkan
diatas tangan yang bertindih diantara satu sama
lain.Angkat sedikit kepalanya dan buka mulutnya untuk
melawaskan saluran pernafasan.
1.2)Letakkan lutut anda berhampiran dengan kepalanya
dan kaki anda disebelah siku.Letakkan kedua-dua tangan
anda diatas belakang mangsa itu.Ibu jari anda harus
terletak diatas tulang belakang.
1.3)Luruskan tangan anda dan tekan bahagian belakang
mangsa selama 2 saat,nafas akan keluar.Jangan tekan
terlalu kuat kerana merosakkan paru-paru.
1.4) Selepas itu tangan diturunkan perlahan-lahan kesiku
mangsa dan naikkan tangannya selama 7 saat,nafas akan
masuk.Jangan angkat keterlaluan.
1.5) Letakkan kedua-dua tangan diatas belakang seperti
langkah 2 dan ulang langkah 3,4, dan 5 sebanyak 12 kali
seminit.Langkah 3 dan 4 dilakukan selang 5 saat.Selepas
4 ulangan periksa denyutan jantung.
3.D) KAEDAH SILVESTER
1.1) Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang dan
pastikan mulutnya bebas daripada sebarang benda seperti
gigi palsu.Letakkan gulungan kain atau pelapik dibawah
bahu untuk meninggikan supaya kepalanya terdongak
dan pernafasannya terbuka.
1.2) Letakkan kepala mangsa dicelah kelangkang
anda.Ambil tangannya dan letakkan diatas
dada.Gerakkan badan anda sambil menekan bahagian
dada bawah lebih kurang 2 saat.
1.3) Hentikan tekanan,undur kebelakang semula.Dengan
segera angkat tangan mangsa keatas selama 2 saat.Ulangi
langkah 2 dan 3 sebanyak 12 kali dalam seminit.Selapas
4 ulangan periksa degupan jantung.Jika sudah normal
teruskan sehingga pernafasannya pulih.
4) DEFINISI LUKA
Luka adalah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan
disebabkan oleh tusukan benda tajam atau
tumbukan.Luka boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Luka Terbuka
Boleh dikatakan amat berbahaya dan berat kerana akan
melibatkan organ-organ lain dan menyebabkan tumpahan
darah,shock dan kemasukan kotoran.Luka terbahagi
kepada 4 jenis iaitu:
-Luka terhiris
-Luka tikaman,Luka terkoyak dan Luka senjata api
5. JENIS-JENIS LUKA
- Luka terkoyak
- Luka terhiris
- Luka terkena senjata api
-Luka tikaman
Kecederaan yang disebabkan luka mestilah diberikan
perhatian dengan segera.
b) Luka Dalam
Luka jenis ini biasanya kulit ari tidak pecah,tumpahan
darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang terlibat akan
lebam.Contohnya:Contusion,Ecchymosis,Haematoma
dan Calar balar.Berikut adalah contoh gambarajah luka
dalam:
6. UBAT-UBATAN PERTOLONGAN CEMAS
UBAT-UBATAN/PERALATAN KEGUNAAN/RAWATAN
Savlon/Dettol Merawat luka dan kudis
Ubat ciumMenyedarkan mangsa dari
pengsan
Ubat mataMeredakan sakit mata
Pil penahan sakitMeredakan sakit dan
pening kepala
Krim anti lecurMerawat kulit yang
terbakar dan melecur
Krim antiseptikKudis yang besar dan
bernanah
Minyak urutDisapu pada anggota yang
terseliuh atau patah
Gentian biru Merawat luka dan kudis
Krim mulut Bonjela Meredakan ulser pada
perut
Pil sakit perut Meredakan sakit perut
KESIMPULAN
Melaksanakan pertolongan cemas semasa berada di
tempat kerja amatlah penting dan harus dititikberatkan
pada setiap individu.Dengan adanya panduan ini,kita
akan sentiasa berwaspada dan pantas dalam melakukan
dan memberikan pertolongan semasa berlakunya
kecemasan di tempat kerja.Disamping itu juga,semasa
memberikan pertolongan kecemasan,kita haruslah
mempunyai sifat-sifat yang bertimbang rasa dan berakal
budi untuk mengurangkan tekanan kepada
pesakit.Semasa berlakunya kecemasan,perkara pertama
yang harus kita fikirkan adalah,lihat dulu kecederaan
yang dialami dan tahukah kita memberikan pertolongan
pada pesakit itu.Dengan panduan ini,kita akan tahu cara-
cara yang betul semasa melakukan pertolongan
kecemasan.Dan ianya adalah langkah pertama untuk
pesakit menerima rawatan susulan di hospital.Sentiasa
amalkanlah amalan ini bukan sahaja di tempat kerja tapi
di rumah juga dan dimana jua anda berada.