asignment miskonsepsi
Transcript of asignment miskonsepsi
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
1/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
PENGENALAN
Kanak-kanak membina kefahaman mengenai fenomena alam semula jadi daripada
pengalaman harian mereka. Melalui pengalaman ini, kanak-kanak membina satu set jangkaan
dan kefahaman ataupun pemikiran intuitif bagi menjelaskan sebab sesuatu fenomena itu
berlaku.kanak-kanak yang datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-idea intuitif .Idea-
idea intuitif ( menurut gerak hati bukan dengan berfikir) sangat kukuh dan boleh di bawa ke
peringkat dewasa. Idea-idea intuitif ini mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan ataupun
pengertian saintifik namun itu adalah pemahaman yang dibina oleh kanak-kanak melalui
pengamatan dan interaksinya dengan alam sekitar.Idea sains kanak-kanak tidak sama dengan
penerangan yang diterima oleh komuniti sains. Idea inilah yang dibawa ke dalam kelas.kanak-
kanak mengumpul maklumat daripada proses seperti yang dilakukan oleh ahli sains. Mereka
menggunakan semua deria untuk belajar tentang sesuatu yang dikaji. Melalui soalan-soalan
mereka mengumpul maklumat dan menyusun maklumat untuk membentuk skema, struktur dan
konsep. Pada mereka teori yang dibina adalah logik dan rasional sebab ia berdasarkan bukti
dan pengalaman. Melalui pengalaman yang terhad dan pemikiran yang tidak mantap mereka
sudah mempunyai idea atau kefahaman awal tentang konsep yang akan dipelajari.Justeru itu
idea kanak-kanak ini dipanggil miskonsepsi.
Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya
di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat
permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang
dikemukakan oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami
fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai bidang ilmu, sains membekalkan rangka
konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains ini
menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep, serta
mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan
mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains
adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang
lain.
Page1
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
2/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
1. DEFINISI MISKONSEPSI
Ada banyak istilah yang sering digunakan bagi menerangkan tentang idea sedia ada
kanak-kanak tentang sains. Miskonsepsi , kerangka altenatif , prekonsepsi, idea altenatif
dan sains kanak-kanak membawa maksud yang sama. Ia adalah konsep sains yang dimiliki
oleh kanak-kanak melalui pengalaman seharian.
Miskonsepsi bermaksud adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu
fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalaman. Manakala Nowak dan Gowin ( 1984
) menyatakan miskonsepsi adalah merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam
sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanak-
kanak. Ia sebenarnya boleh ditangani oleh guru secara bijak. Jika guru tidak menangani
miskonsepsi dengan segera maka ia akan berterusan sehinnga dewasa dan akan membentuk
kefahaman konsep yang seterusnya. Kewujudan miskonsepsi dalam diri kanak-kanak akan
member impak terhadap pembelajaran.
Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak malah terjadi juga pada guru-guru. Ini
kerana terdapat buku-buku yang dibaca oleh guru-guru untuk dijadikan sumber pengajaran
terdapat miskonsepsi dalam buku-buku tersebut. Maka ia akan memperkuatkan lagi
miskonsepsi kanak-kanak. Oleh kerana itu, tidak mudah untuk memperbaiki miskonsepsi
namun sebagai seorang guru hendaklah selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan
konsep yang dipelajari sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak.
1.1 Kerangka Alternatif
Kerangka alternatif diberikan pelbagai istilah seperti prakonsepsi, idea, tanggapan,
kepercayaan, intuisi, intuitif, teori mini, sains kanak-kanak, salah konsepsi, kerangka
alternatif,konsep alternatif dan sebagainya (Abimbola, 1996). .
1.2 Ciri-ciri kerangka alternatif
Menurut Gunstone (1995) kerangka alternatif yang dimiliki oleh kanak-kanak merupakan
idea dan kepercayaan yang berbeza dengan pandangan ahli sains, ia dipegang dengan kukuh
dan menjadi batu penghalang dalam proses pembelajaran dan pengajaran. kanak-kanak telah
mempunyai pemahaman yang tersendiri mengenai sesuatu konsep sains walaupun belum
mengikuti sesuatu pembelajaran formal. Impaknya bukan sahaja akan menyukarkan
penerimaan pengajaran semasa pembelajaran, bahkan amat sukar untuk mengubahnya secara
Page2
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
3/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
pengajaran sains. Osborne dan Freyberg (1985) meringkaskan sifat-sifat kerangka alternatif
pelajar dalam sains seperti berikut:
a) Sebelum sebarang pengajaran dan pembelajaran sains formal, pelajar telah
membentuk makna-makna tersendiri terhadap kebanyakan konsep sains yang berbeza
daripada pandangan ahli sains.
(b) Pandangan pelajar mengenai fenomena alam akan dipegang teguh oleh mereka.
(c) Kerangka alternatif bersifat kukuh dan amat sukar untuk diubahsuai atau dibuang
daripada pemikiran pelajar. Penggunaannya yang berterusan dan berulang- ulang, akan
menyebabkan tanggapan awal yang dibina dalam minda pelajar semakin kukuh serta
berlawanan dengan konsep sains sebenar.
(d) Akhirnya, ia akan membentuk suatu benteng atau tembok penghalang proses kognitif
dalam pembelajaran pelajar. Kajian yang dilakukan turut mengesahkan keupayaan kerangka
alternatif sebagai penghalang penerimaan pelajar terhadap sesuatu penerangan saintifik yang
disampaikan dalam kuliah apabila konsep sebenar tersebut berlawanan dengan konsep
alternatif yang ditanggapi pelajar sebelum itu
Page3
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
4/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
2. PUNCA-PUNCA MISKONSEPSI
Apakah punca-punca miskonsepsi ini? Menurut Harlen(2000) mencadangkan beberapa
sebab kenapa berlakunya miskonsepsi dikalangan kanak-kanak. Diantaranya punca-puncanya
ialah pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian bukti yang dijumpai oleh kanak-
kanak. Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka
membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat melihat sesuatu daripada pelbagai
aspek. Punca yang kedua pula ialah apabila kanak-kanak bertanya kepada ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain tentang sesuatu fenomena. Maklumat yang diterima kadang kala kurang
tepat kerana mereka tidak tahu tentang fenomena itu. Contohnya kanak-kanak mengalami
matahari bergerak mengikutnya,jadi begitulah matahari bergerak. Kanak-kanak hanya memberi
perhatian kepada aspek-aspek yang didapati melalui deria dan tidak berdasarkan pemikiran
logik.kanak-kanak tidak dapat melepaskan idea mereka tiada penerangan lain yang logik dan
tepat. Kanak-kanak yang muda hanya boleh fokus kepada satu-satu cirri sahaja semasa
mengkaji fenomena atau objek. Contohnya kereta yang bergerak. Kanak-kanak menganggap
kereta adalah benda hidup kerana ia bergerak.
Pengajaran secara tradisional.Berpusatkan guru dan menekankan proses hafal fakta.
Menekankan peperiksaan sebagai matlamat dan tumpuan pembelajaran. Pelajar akan
disogokkan dengan timbunan fakta yang tidak menghiraukan kefahaman pelajarAkibatnya
pelajar akan kekal dengan miskonsepsi mereka dan kehilangan minat serta merasakan bahawa
pembelajaran sains adalah membosankan. Bahasa harian dan budaya.Bahasa harian
merupakan medium komunikasi adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya
miskonsepsi.Contohnya; perkataan zarah merujuk kepada atom tetapi dalam bahasa harian ia
merujuk kepada bahan seni yang tidak kelihatan.Pandangan berpusatkan diri. Pelajar
biasanya mempunyai persepsi berpusatkan diri yang dianggap logik tetapi berbeza dari
pandangan saintis. Contohnya , pelajar menganggap bahan yang berat jatuh lebih cepat, Bumi
dianggap hamparan rata, Bulan dan Matahari dianggap mengelilingi Bumi.
Page4
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
5/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
3. JENIS-JENIS MISKONSEPSI
Miskonsepsi boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu Preconceived notions ,
kepercayaan bukan saintifik, salah faham konsep, miskonsepsi vernacular dan miskonsepsi
fakta
Idea awal yang diperoleh dari pengalaman harian. Preconceived notion bermaksud
pembentukan konsep yang berakar umbi daripada pengalaman seharian. Dalam kehidupan
seharian kanak-kanak melihat pelbagai kejadian contohnya melihat air sungai yang mengalir.
Kanak-kanak percaya bahawa air bawah tanah mengalir dalam sungai kerana melihat air
mengalir di atas tanah.
Kategori yang kedua pula ialah kepercayaan bukan saintifik. Kepercayaan bukan
saintifik ini diperolehi melalui pembelajaran yang bukan sumber pendidikan sains. Contohnya
daripada pendidikan islam atau mitos, kanak-kanak belajar tentang permulaan kehidupan di
bumi.
Salah faham konsep adalah kategori miskonsepsi yang ketiga. Pemahaman konseptual
hasil pengajaran dan pembelajaran yang kurang kukuh. Pada tahap ini, salah faham konsep
wujud apabila cara pengajaran konsep sains tidak mengambil kira atau tidak mencabar paradox
dan percanggahan yang timbul daripada preconceived nations kepercayaan bukan saintifik.
Bagi menangani kekeliruan mereka membina teori yang lemah tentang konsep tersebut.
Kategori yang keempat pula ialah miskonsepsi vernakular. Ia wujud apabila penggunaan
istilah yang digunakkan memberi maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan
seharian.. Miskonsepsi vernakular yang disebabkan oleh penggunaan perkataan yang
mempunyai maksud yang berlainan dalam kehidupan seharian pelajar dibandingkan dalam
konteks saintifik.
Miskonsepsi fakta adalah kategori miskonsepsi yang kelima. Ia terjadi apabila maklumat
yang telah dipelajari semasa umur muda dan telah kekal lama tidak dicabar sehingga betul.
Miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekalkan
terus sehingga ke peringkat dewasa.
Page5
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
6/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
4. IDEA KANAK-KANAK MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN.
Miskonsepsi dapat membentuk konsep awal,kesalahan hubungan yang tidak benar
antara konsep-konsep,pandangan yang salah. Idea kanak-kanak ini akan mempengaruhi
pembelajaran. Secara terperinci ia boleh menyebabkan pengertian yang tidak tepat tentang
sesuatu konsep. Seterusnya jika pengertian tentang sesuatu konsep itu tidak tepat maka kanak-
kanak akan menggunakan konsep yang salah. Penggunaan konsep yang salah akan
menyebabkan kanak-kanak mengklasifikasi contoh-contoh yang salah tentang penerapan
konsep.kanak-kanak juga akan membentuk makna konsep yang berbeza berdasarkan
pengalaman sendiri.Setiap konsep sains berbeza-beza,jika tidak difahami ia akan menimbulkan
kekeliruan di kalangan kanak-kanak. Sekiranya miskonsepsi ini tidak diperbetulkan ia akan
menyebabkan kanak-kanak akan membentuk fahaman sains yang berterusan.
Kanak-kanak tidak akan mengubah konsep sedia ada atau pun mungkin menerima
perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang hanya berguna dalam peperiksaan dengan
mengekalkan konsep sedia ada.Hasil pembelajaran terteguhan menyebabkan kerangka
alternatif menjadi semakin kukuh dan dikekalkan bahkan mendapat peneguhan daripada
pengajaran pengajaran guru akibat daripada kekaburan membuat penjelasan.Contoh konsep
api adalah hidup diteguhkan lagi dengan penjelasan guru , Api hidup dengan adaya oksigen.
Pandangan kanak-kanak terhadap sesuatu konsep berbelah bahagi antara kerangka alternatif
mereka dengan pengajaran guru.kedua-duanya difikirkan benar dan ini mewujudkan murid yang
mempunyai idea tidak konsisten dan bercanggah dengan konsep sebenar.
Page6
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
7/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Terdapat banyak miskonsepsi kanak-kanak dalam pelbagai topik sains yang telah
dikenalpasti oleh para pengkaji. Di anatara topik-topiknya adalah seperti berikut :
Topik Miskonsepsi
Bumi Bumi berada pada
Bumi lebih besar daripada matahari
Bumi berbentuk bulat seperti pancake
Sifat fizikal bahan Suhu tidak mengubah bentuk ais.
Haba tidak mempunyai tenaga.
Benda hidup Tumbuhan membentuk tenaga terus daripada matahari
Makanan tumbuhan ialah karbon dioksida,air dan mineral.
Tumbuhan mendapat makanan daripada akar.
Tumbuhan menggunakan haba cahaya matahari sebagai sumber
untuk berfotosintesis.
5. CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI.
Page7
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
8/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Terdapat pelbagai cara untuk mengenalpasti miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Di
antara cara-caranya ialah seperti berikut :
a) Temubual
Guru-guru boleh menemu bual rakan sejawat atau murid untuk mengenalpasti
miskonsepsi. Guru perlu memilih topik yang dianggap sukar oleh kanak-kanak.
Berdasarkan topic yang dipilih guru boleh meminta murid untuk menyatakan idea
mereka mengenai konsep-konsep tajuk yang dipilih. Melalui cara ini guru dapat
mengenalpasti bagaimana miskonsepsi ini boleh muncul dalam diri murid.
b) Penyoalan
Cara yang kedua pula ialah melalui teknik penyoalan. Guru menyediakan soalan yang
berkaitan dengan konsep yang sukar difahami oleh murid. Guru perlu menerangkan
bahasa soalan tersebut bukanlah bertujuan untuk digredkan. Minta murid menjawab
soalan dengan jujur.
Bentuk penyoalan boleh digunakan dalam bentuk esei atau objektif. Soalan
objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang sudah biasa
wujud di kalangan kanak-kanak. Bentuk soalan esei pula merupakan jenis soalan
terbuka. Soalan ini sesuai untuk meneroka bagi memahami cara pemikiran kanak-
kanak.
c) Pemerhatian
Pemerhatian boleh dijalankan semasa murid di dalam aktiviti berkumpulan
atau sedang menjalankan eksperimen. Guru boleh memerhati dan mendengar
perbualan murid semasa berbincang dengan rakan-rakan. Melalui perbincangan
tersebut guru boleh mengenal pasti sama ada idea murid tepat atau sebaliknya dan guru
dapat memahami konsep alternatif murid.
d) Ramalan
Page8
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
9/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Meramal, memerhati dan menerangkan boleh digunakan untuk mengenal
miskonsepsi kanak-kanak. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang kejadian
yang berkaitan dengan tajuk. Terdapat tiga langkah dalam kaedah meramal. Langkah
pertama ialah meramal. Minta murid menulis ramalan secara individu dan minta murid
menerangkan ramalan mereka. Langkah yang kedua ialah memerhati. Melalui langkah
ini,murid akan menjalankan eksperimen. Setelah menjalankan eksperimen murid akan
membuat pemerhatian dan merekodkan maklumat. Seterusnya langkah yang ketiga
ialah menerang. Pada peringkat ini murid akan membetulkan ramalan pada langkah
pertama. Murid akan berbincang bersama-sama dengan rakan.
e) Peta konsep
Peta konsep ialah sebagai suatu alat skematis untuk mewakili suatu rangkaian
konsep yang digambarkan dalam suatu kerangka . ( Novak 1985 : 94 ). Peta konsep
akan memberi perincian setiap hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep
sains. Miskonsepsi dapat diidentifikasi dengan melihat hubungan antara dua konsep
sama ada benar atau tidak. Kebiasaannya,miskonsepsi ini dapat dilihat dalam proposisi
yang salah dan tidak ada hubungan yang lengkap di antara konsep. Guru perlu
membimbing murid tentang cara untuk membina peta konsep. Novak mencadangkan
satu siri langkah untuk membina peta konsep. Langkah-langkahnya ialah guru perlu
memilih satu konsep utama,kemudian kenal pasti konsep yang berkaitan. Setelah
mengenalpasti konsep-konsep ,ia akan disusun mengikut hirarki daripada am kepada
spesifik. Konsep-konsep tersebut akan disambungkan dengan garisan untuk
menyatakan kaitan di antara konsep-konsep. Akhir sekali,diatas garisan akan ditulis
dengan perkataan yang sesuai. Peta konsep yang dibina oleh guru boleh dibandingkan
dengan peta konsep murid. Ini memudahkan guru untuk mengenalpasti miskonsepsi
yang wujud dalam diri kanak-kanak.
6. CARA MENANGANI MISKONSEPSI
Page9
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
10/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Cara mengatasi miskonsepsi bergantung kepada penyebabnya.Terdapat banyak cara
untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi. Mencari bentuk kesalahan yang dimiliki
oleh kanak-kanak, sebab-sebabnya dan menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi
miskonsepsi adalah cara yang tepat untuk mengatasinya. Guru perlu memahami kerangka
berfikir kanak-kanak. Memahami pemikiran kanak-kanak dan cara guru berfikir akan membantu
guru mengetahui penyebab miskonsepsi serta dapat mencari cara untuk mengatasi
miskonsepsi tersebut. Guru perlu memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk
menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara
bertulis atau lisan. Teknik penyoalan jiga kadang-kadang akan mengelirukan kanak-kanak
kerana mereka di minta menjawab secara jujur. Guru tidak sepatutnya membiarkan kanak-
kanak berbincang tentang bahan yang mengandungi miskonsepsi tanpa membimbing kanak-
kanak untuk memahami konsep tersebut.
6.1 Cara mengatasi Miskonsepsi yang disebabkan oleh kanak-kanak
Setiap kanak-kanak mempunyai kemampuan yang berbeza dalam mempelajari konsep-
konsep sains. Sebahagian kanak-kanak tidak memahami dan tidak dapat menangkap konsep
yang telah diajar oleh guru. Kanak-kanak mempercayai konsep yang tidak lengkap sudah
dilengkapi dan benar,sedangkan ianya tidak lengkap untuk dikuasai oleh kanak-kanak.Guru
perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara terbaik
untuk menambah bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Konsep pemahaman
sendiri kanak-kanak memerlukan proses yang berterusan dan pada jangka waktu yang lama, ini
memerlukan kesabaran dan sesuai dengan daya kefahaman kanak-kanak.
Minat belajar kanak-kanak mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak. Kesulitan
akan dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak berminat untuk belajar, disebabkan itu ia akan
berkencederungan mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat untuk belajar
tidak akan mendengar dan memerhati secara penuh dan mengabaikan apa yang diajar oleh
guru. Kadang-kadang kanak-kanak hanya membaca buku teks sambil lalu dan tidak teliti. Akibat
daripada itu kanak-kanak sukar untuk mempelajari konsep. Bagi membantu kanak-kanak dalam
masalah ini terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan oleh guru untuk meningkatkan
motivasi dan minat murid.
Page10
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
11/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan dan
menarik minat murid belajar :
1. Guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga kanak-
kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran.
2. Guru perlu menjelaskan kegunaan setiap konsep yang berkait dengan kehidupan
seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak.
3. Guru perlu berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak. Ini akan menjadikan kanak-
kanak suka belajar. Aktiviti yang dijalankan seharusnya tidak menjadikan pelajar pasif
dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru. Penglibatan interaksi aktif antara guru
dan pelajar perlu diadakan.Aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep
sains yang perlu dipelajari.
4. Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa mereka dapat belajar.
5. Guru perlu bersabar dalam menghadapi kanak-kanak yang memiliki kemampuan yang
kurang dalam pembelajaran.
6.2 Cara mengatasi miskonsepsi yang disebabkan oleh guru.
Miskonsepsi bukan hanya disebabkan oleh kanak-kanak, malah guru juga turut menjadi
penyumbang kepada miskonsepsi kanak-kanak. Ini terjadi kerana guru keliru untuk
menjelaskan konsep yang sebenar kerana guru tidak menguasai konsep yang sebenar dari
bahan yang hendak diajar. Dengan itu, guru perlu memperbaiki penguasaan konsep yang
sebenar dengan cara belajar sendiri atau pun belajar dengan rakan sejawat. Guru perlu
menyedari bahawa ilmu yang dimiliki perlu ditingkatkan dan diperbaharui.
Page11
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
12/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
6.3 Cara mengatasi Miskonsepsi yang disebabkan oleh kaedah pengajaran yang
digunakan oleh guru.
Proses pembelajaran yang tidak kukuh boleh menyebabkan miskonsepsi di kalangan
kanak-kanak. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran kaedah ceramah tanpa melakukan
aktiviti hands-on cenderung mengalami miskonsepsi.
Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah
dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang
mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada hands-on dan hanya memerlukan
penerangan ringkas. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak
ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka
melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar
Page12
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
13/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
7. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Teori Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar minda
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina
berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan
terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibina melalui
proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan
pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan
tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.
Dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan oleh guru tetapi murid secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubah suai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa
konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh
disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk
belajar. Golongan konstruktivis juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina
oleh setiap pelajar melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga
percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap murid
(Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut
masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi
penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah
merupakan pengetahuan peribadi yang berguna.
Selain itu, teori ini menganggap individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran
ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme, dan bukan menerimanya secara pasif. Proses
ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi jadi ianya bukan tetap tetapi
sering berubah. Di bawah teori ini, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan
kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang
dialami oleh seseorang individu. Oleh itu mengikut teori ini, di dalam sesuatu situasi yang sama,
ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak serupa.
Antara pelopor teori konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966),
Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik
Aziz (1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan
Page13
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
14/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru.Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru.Perkaitan
ini dibina sendiri oleh pelajar.
7.1 TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi
perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an
dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea
Vigotsky. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan
berpandu dan latihan penyiasatan. Teori Pembelajaran Bruner mementingkan aspek-aspek
seperti berikut :
a) Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.
b) Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.
c) Pemikiran secara logical.
d) Penggunaan istilah untuk memahami susunan pengetahuan.
e) Pemikiran analisis dan intuitif.
f) Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori
g) Pemikiran metakognitif
Page14
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
15/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
7.2 Ciri-ciri penting bagi Teori Pembelajaran Bruner
:
1. Persekitaran untuk belajar.
Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya
kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya
bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak
memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka
melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan,
motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula
guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar.
Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan
memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
.
2. Struktur pengetahuan
Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang
mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih
bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan
pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara
hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh
dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun
secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan
supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar
mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara idea-
idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar
rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit,
iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga
perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses
dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.
Page15
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
16/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
3.Urutan
Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam
pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai
urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat
dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan
tertentu,iaitu:
a) Pesanan tanpa bahasa
b) Respon anggota badan.
c) Lakaran dan gambaran.
d) Bahasa
4-Peneguhan
Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa
peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar
akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi
dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana
inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikannoleh guru
Struktur Intelek
1. Mod Enaktif:
Berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat
(learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod
pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal.
Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarikperhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk
menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi.
Page16
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
17/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
1. Mod Ikonik :
penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa
dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.
Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk imej
mental. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah
dimakannya.
2. Mod Simbolik:
memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada
peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan
dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik
telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.
7.3 TEORI PEMBELAJARAN PIAGET
Page17
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
18/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan
telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada
pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang
berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala
dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia
(Gardner,1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu
suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan
dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak
sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja
dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet,
Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi
beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila
mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran
berkembang di kalangan kanak-kanak.
7.4 PANDANGAN PIAGET TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang
bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka.Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi
asas bagi perkembangan yang berikutnya. Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak
mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada
orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah
contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui
pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi
melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan
lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan
persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa,
hubungan ruang dan keabadian.
7.5 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET
Page18
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
19/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Terdapat empat konsep utama yang diutarakan dalam Teori Kognitif Piaget. Empat konsep
tersebut ialah :
1) Skema
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet
yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang
diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan
yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu
sahaja skema iaitu menghisap.
2) Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
.
3) Akomodasi
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
Page19
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
20/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.
Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
4) keseimbangan
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses
penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat
diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau
mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi
sehingga dewasa .
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur
mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra
operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
7.6 EMPAT PERINGKAT KOGNITIF PIAGET.
Page20
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
21/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
1.Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
-Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan
persekitarannya.
-Pengekalan objek ( gambaran di dalam memori )
-Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk
asal .
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
-Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan)
- Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
-Kemahiran berbahasa kian meluas.
Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
- Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri)
Implikasi teori dalam P&P
8 Penggunaan BBM yang konkrit;
8 Arahan ringkas dan difahami;
8 Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
8 Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Page21
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
22/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
- Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
- Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga
prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
- Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
- Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
Implikasi teori dalam P&P
8 Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
8 Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
8 Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
8 Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
8 Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
- Pemikiran abstrak;
- Pemikiran sistematik;
- Kebolehan berhipotesis;
- Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan
sekeliling).
Implikasi teori dalam P&P
8 Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
8 Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
8 Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
7.8 TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
Page22
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
23/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Teori Pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penemuan. Ia juga
merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif.
Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-
konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-
fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat.
Pembelajaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pembelajaran bermakna dan pembelajaran
menghafal. Faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran ialah apa yang kanak-kanak telah
mengetahui( pengetahuan sedia ada.
Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu:
Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar.
Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur
kognitif dengan pelajaran baru.
7.9 Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna
- konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang
sedia ada pelajar.- Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan maklumat yang tersusun
secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah
ekspositori.
7.10 Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah
(1) Pengajaran secara ekspositori
(2)Jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun
(3) Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth)
(4) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru
8. MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA NEEDHAM
Page23
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
24/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Model pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme 5-Fasa ini dicadangkan dalam
Childrens Learning in Science Project ( CLIS ) oleh Needham, 1987 dalam Poh Swee Hiang,
1997. Projek ini bertujuan untuk menguji skema pengajaran guru. Beliau mencadangkan lima
fasa dalam model pengajaran konstruktivisme iaitu fasa orientasi atau set induksi, fasa
pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Fasa
orientasi merupakan fasa yang akan mencetuskan minat murid bagi meneroka lebih jauh
tentang pelajaran yang akan dipelajari. Dalam fasa ini, pelbagai aktiviti bagi menarik minat
pelajar terhadap tajuk pelajaran yang akan dipelajari. Di antara aktiviti yang terlibat ialah
lakonan, puisi dan pelbagai aktiviti yang memotivasikan pelajar. Fasa kedua ialah fasa
pencetusan idea. Dalam fasa ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran antara rakan sebaya.
Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstruktur semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu
pelajar mengubah idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan. Oleh itu dipercayai idea baru
yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini
mudah difahami dan berguna. Dalam fasa aplikasi idea, pelajar boleh menggunakan idea baru
mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan
idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir dalam model pengajaran ini. Dalam fasa ini
pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif pelajar. Rajah 4.1 menunjukkan tujuan serta
kaedah pengajaran yang sesuai pada setiap fasa pengajaran 5 Fasa Needham.Fasa-fasa
pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
I
Orientasi Menimbulkan minat dan
menyediakan suasana
Amali penyelesaikan masalah
sebenar, tunjukcara oleh guru,
tayangan filem, video dan
keratan akhbar
II
Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar
tentang idea terdahulu
Amali, perbincangan dalam
kumpulan kecil, pemetaan konset
dan laporan
III Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang
Page24
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
25/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
semula idea
i. Pernjelasan dan
pertukaran
ii. Pendedahan
kepada situasi
konflik
iii. Pembinaan
idea baru
iv. Penilaian
idea alternatif yang berbentuk
saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sediaada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih saintifik.
Mengenalpasti idea-idea alternatif
dan memeriksa secara kritis idea-
idea sedia ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea sedia
ada
Pengubahsuaian, pemgembangan
atau penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-idea
baru yang dibina
Perbincangan dalam kumpulan
kecil dan buat laporan
Perbincangan, pembacaan, input
guru.
Amali, kerja projek, eksperimen,
tunjukcara guru
IV
Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang
telah dibina dalam situasi baru dan
biasa
Penulisan sendiri kerja projek
V
Renungan
kembali
Menyedari tentang perubahan idea
murid. Murid dapat membuat
refleksi sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah.
Penulisan kendiri, perbincangan
kumpulan, catatan peribadi dan
lain-lain.
Rajah 4.1 : Fasa-Fasa Berasaskan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham
( Sumber : Poh Swee Hiang, 1997 )
9. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN NEEDHAM 5 FASA.
Tarikh : 19 April 2012
Page25
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
26/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Masa : 2.20pm-3.20pm ( 1 jam)
Tahun : 1J
Bilanganpelajar : 38
Bidang : Sains dan Bahan
11. Timbul dan tenggelam
Standard Kandungan : 11.1 mengaplikasikankonseptimbuldantenggelam
Standard pembelajaran : 11.2 mengubahsuaiobjek yang
tenggelamsupayatimbuldanobjek yang
Timbul supaya tenggelam.
11.1.3 menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Strategi :Eksperimen, Pemerhatian, Perbincangan
PengetahunSedia Ada : Murid dapat membezakan objek yang timbu ldan
tenggelam melalui p&p
yang lepas.
KPS / KMS / Kemahiranberfikir:
1. Memerhati 2. Mengelas
3. Membandingbeza 4. Berkomunikasi
5. Menjana Idea 6.Menghubungkait
7.membuat hipotesis 8.Mengeksperimen
9,menyelesaikan masalah 10) mencirikan
Nilai Sainstifik :1. Bekerjasama
2. Berkeyakinandanberdikari
Hasilpembelajaran : Di akhirpembelajaran, muriddapat
1) mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul
supaya tenggelam.
2) menjelaskan pemerhatian secara lisan.
Page26
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
27/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Alat bantu mengajar : kapal selam yang dibuat daripada botol, sudu
besi,ikan mainan,pembaris
plastik,botol plastik, tin kosong,gunting, plastisin,
pemadam,batu,duit syiling, kapal kertas,
bola, paku,gabus, pengikat,kertas warna
Fasa /masa Isi kandungan Aktiviti catatan
Orientasi
5 minit
Tajuk:
Mengubah suai
objek yang
tenggelam supaya
timbul dan objek
yang timbul
supaya
tenggelam.
1) Menunjukkan kapal selam yang dibuat
daripada botol.
2) Meletakkan kapalselam di atas air,
kapal selam yang dibuatkan tenggelam
apabila diletak di atas air.
( sila rujuk lampiran 1)
3) Murid membuat perhatian dan
menyatakan kenapa kapal selam itu
tenggelam.( jawapan dari murid: air
masuk dari lubang kecil, botol berat
lalu tenggelam)
4) Murid meniup straw kapal selam
yang dibuat, kapal selam timbul.
( sila rujuk lampiran 2)
5) Murid cuba meneka mengapa ia
berlaku.( air keluar botol jadi ringan)
6) Guru membimbing murid meneka tajuk
akan dipelajari hari ini.
Alat bantu mengajar:
kapalselam yang
dibuat daripada
botol
KPS:Memerhati
K.BERFIKIR:
mencirikan
Page27
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
28/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Penjanaan
idea
15 minit
1) Pelajar dibahagikan kepada tujuh
kumpulan.
2) Pelajar dibahagikan 10 bahan dan
diminta membahagikan bahan itu
kepada objek timbul dan objek
tenggelam di atas kertas yang
dilabelkan (silarujuklampiran 3).
3) Murid diminta memikirkan cara
mengubahsuai 5 objek yang
tenggelam supaya t imbuldan 5 objek
yang timbul supaya tenggelam .
4) Selepas itu, pelajar diminta
membahagikan benda-benda berikut
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
timbul dan kumpulan tenggelam dan
meletakkan bahan-bahan itu di atas
kertas warna yang tertulis perkataan
timbul dan tenggelam.
( sila rujuk lampiran 4)
Alat bantu mengajar:
1)sudu besi
2) ikan mainan
3) pembaris plastic
4) botolplastik
5) tin kosong
6) gunting
7) plastisin
8) pemadam
9) batu
10) duitsyiling
11) kapalkertas
12) bola
13)paku
14) gabus
15) pengikat
16) kertaswarna
KPS:
Membuat hipotesis,
mengelas
K.berfikir:
Page28
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
29/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
menghubungkait,
Menjana idea,
berkomunikasi,
Menyelesaikan
masalah
NilaiSainstifik:
Bekerjasama
Berkeyakinan dan
berdikari
Perstrukturan
semula idea
20minit
1) Pelajar diminta memasukan benda-
benda tersebut kedalam air satu per
satu. ( sila rujuk lampiran 5)
2) Murid diminta membuat pemerhatian
dan membua tcatatan melalui lukisan
di atas kertas warna yang besar.
timbul tenggelam
3) Selepas semua objek diuji, pelajar juga
diminta meletakan benda-benda
tersebut semula di atas kertas warnatadi berdasarkan hasil pemerhatian
mereka. ( lampiran 6)
4) Setiap kumpulan menunjukkan catatan
mereka dan membuat penerangan
yang ringkas.
Alat bantu mengajar:
1)sudubesi
2) ikan mainan
3) pembaris plastik
4) botol plastik
5) tin kosong
6) gunting
7) plastisin
8) pemadam
9) batu
10) duit syiling
11) kapal kertas
12) bola
13)paku
Page29
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
30/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
14) gabus
15) pengikat
16) kertas warna
KPS:
Mengelas,
memerhati
K.berfikir:
menghubungkait,
Berkomunikasi
NilaiSainstifik:
Bekerjasama
Berkeyakinan dan
berdikari
Aplikasi idea
15 minit
1) Murid diberi lembaran kerja untuk
dibuat.(sila rujuk lampiran 7)
K.BERFIKIR:
menghubungkait
Refleksi
5 minit
1) Guru menyoal setiap kumpulan :
a) Apakah salah tanggapan sebelummembuat kerja amali supaya murid
dapa membandingkan hasil
selepas dan sebelum membuat
kerja amali secara lisan.
2) Guru menyoal murid
K. BERFIKIR:
menghubungkait,
Berkomunikasi
Page30
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
31/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
1) Bagaimana membuat objek yang
tenggelam supaya timbul ?
jawapana)memasukan udara kedalam
objek.
b) mengabungkan dengan benda
yang kuat terapung
2) Bagaimana membuat objek yang
timbul supaya tenggelam.
jawapan
a) Mengabung dengan benda-benda
dengan yang sangat berat.
b) Mengeluarkan udara dengan
mengisi benda lain seperti pasir
atau air.
10. REFLEKSI
Page31
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
32/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya dapat saya
menyiapkan kerja kursus Miskonsepsi kanak-kanak. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih saya kepada pasangan kerja kursus Ewe Chung Mei kerana memberikan
kerjasama dalam menyiapkan tugasan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada
pensyarah pembimbing iaitu Puan Nor Ruzaini bt Jailani yang banyak membantu dalam
mencari maklumat yang berkaitan dan mengajar cara-cara menyediakan kerja kursus yang
berkualiti.
Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini,sedikit sebanyak dapat membantu saya
memahami tentang pembelajaran sains kanak-kanak. Saya juga dapat belajar dan mengingat
semula tentang teori-teori pembelajaran.Banyak proses yang perlu dilalui sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Sebelum mengenalpasti miskonsepsi kanak-kanak, saya terlebih
dahulu perlu menyediakan soalan secara lisan dan bertulis untuk mengenalpasti miskonsepsi
kanak-kanak. Penyediaan soalan mestilah sesuai dengan konsep yang hendak diuji. Saya dan
pasangan kerja kursus telah memilih konsep tenggelam dan timbul.Setelah memilih tajuk dan
konsep yang sesuai, beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan yang berkaitan. Oleh
kerana murid yang saya ajar adalah di kalangan yang tahap kecerdasan yang lemah, saya
menghadapi kesukaran kerana terpaksa membacakan soalan satu persatu. Saya terpaksa
mengambil masa yang lama untuk membantu murid membacakan soalan. Murid tidak faham
dengan konsep tenggelam dan timbul.Setelah murid selesai menjawab soalan, saya perlu
menanda kertas soalan. Melalui penandaan kertas jawapan saya dapati ada murid yang salah
faham tentang konsep tenggelam dan timbul. Murid menganggap benda yang berat dan besar
sahaja akan tenggelam manakala benda yang kecil dan ringan akan timbul. Saya juga telah
mengajukan beberapa soalan secara rawak kepada murid-murid. Ada sesetengah murid sahaja
dapat memahami konsep tenggelam dan timbul.Kekangan masa juga adalah salah satu
masalah yang saya hadapi. Masa untuk melaksanakan ujian miskonsepsi. Oleh kerana tugas
sebagai seorang guru dan pelajar dalam satu masa, saya perlu membahagikan masa yang
sama rata untuk menyiapkan tugasan.
Setelah siap menanda kertas jawapan saya perlu mencari kaedah atau cara yang
sesuai untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid. Melalui Rancangan pengajaran yang
disediakan sedikit sebanyak dapat membantu saya memperbetulkan semula idea awal murid
tentang konsep tenggelam timbul. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan
berdasarkan Needham 5 Fasa dapat mengcungkil pengalaman sedia ada murid serta
Page32
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
33/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
menstruktur semula idea yang telah sedia ada. Murid telah mendapat idea baru melalui
pengalaman yang baru. Penggunaan bahan bantu belajar yang menarik serta mudah difahami
oleh murid juga dapat membantu dalam menstruktur idea murid. Pengalaman baru juga perlu
disediakan seperti murid menjalankan sendiri amali tenggelam dan timbul. Melalui amali murid
dapat melihat sendiri bagaimana kejadian tenggelam dan timbul.
Kesimpulannya,miskonsepsi murid dapat ditangani sekiranya guru tahu tahap
pemahaman murid tentang sesuatu konsep.Guru perlu mengenalpasti pengalaman sedia ada
murid untuk mengetahui masalah miskonsepsi yang sedia ada dalam diri murid. Bukan senang
untuk membentuk idea baru murid dalam sesuatu konsep kerana pengalaman sedia ada yang
berkaitan dengan konsep sudah lama wujud dalam diri mereka. Mereka sukar untuk
melepaskan pengalaman sedia ada. Guru perlu ada kesabaran, kaedah yang betul dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk memperbaiki semula
miskonsepsi murid.
Disediakan oleh ,
Nur marini
( NUR MARINI BINTI ABDULLAH )
Program Pensiswazahan Guru
Kumpulan 1.5 Kohort 2
11. LAMPIRAN
SOALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENEMUBUAL MURID.
1. Adakah semua benda kecil akan terapung di permukaan air ?
2. Adakah semua benda besar akan tenggelam di dalam air ?
Page33
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
34/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
3. Antara sebiji guli dan buah kelapa yang manakah akan terapung ?
4. Antara pemadam dan botol plastik yang manakah akan terapung ?
5. Anatara plastersin dan sekeping span yang manakah akan tenggelam dalam air ?
6. Antara bekas polisterin dan klip kertas yang manakah akan tenggelam dalam air ?
7. Anatara bola golf dan bola sepakyang besar yang manakah akan tenggelam dalam air?
8. Adakah benda yang kamu pilih tadi bersaiz kecil?
9. Pilih benda yang boleh tenggelam ( klip kertas,pemadam, gelas plastic,
pelampung,kunci )
10. Adakah benda yang kamu pilih tadi bersaiz besar?
11. Mengapakah sebuah kapal boleh terapung di atas air ?
12. Kenapakah sesuatu objek itu boleh tenggelam?
Rujukan
Buku
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Murid dan Alam Belajar.Siri
Pendidikan Guru:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Page34
-
7/22/2019 asignment miskonsepsi
35/35
MISKONSEPSIKANAK-KANAK
Mook Soon Sang ( 2001 ), Siri Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma
Perguruan Semester 1 : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
( 2011 ).Modul Sains Pendidikan Rendah SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak: Institut
Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laman sesawang
http://eprints.utm.my/5821/1/78147.pdf dimuat turun pada 17 April 2012
http://www.azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/modulcsl.pdf dimuat turun pada 13 Mac 2012
http://www.teachersrock.net dimuat turun pada 20 Mac 2012
http://eprints.utm.my/5821/1/78147.pdfhttp://www.azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/modulcsl.pdfhttp://www.teachersrock.net/http://eprints.utm.my/5821/1/78147.pdfhttp://www.azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/modulcsl.pdfhttp://www.teachersrock.net/