Asgm Dasar Awam
-
Upload
rosni-hashim -
Category
Documents
-
view
266 -
download
1
Transcript of Asgm Dasar Awam
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 1/24
TAJUK: Bincangkan DUA jenis penilaian utama dan keberkesanannya dalam konteks
mana-mana dasar awam di Malaysia.
KANDUNGAN MUKA SURAT
Abstrak 1
Pengenalan 2
Dasar Awam 3
Peringkat Pembuatan Dasar Awam 3
Jenis-Jenis Penilaian Dasar Awam 6
Keperluan Kepada Penilaian 7
Tanggungjawab Penilai Dasar 8
Masalah Dalam Menilai Dasar 9
Objektif dan Rasional Dasar PPSMI 11
Bagaimana Dasar PPSMI Dilaksanakan 12
Penilaian Proses Ke Atas Dasar PPSMI 14
Penilaian Impak Terhadap Dasar PPSMI 17
Kesimpulan 20
Bibliografi 23
Bincangkan DUA jenis penilaian utama dan keberkesanannya dalam konteks mana-
mana dasar awam di Malaysia.
1
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 2/24
Abstrak
Dasar-dasar awam di Malaysia ditentukan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan
politik negara pada satu-satu masa. Tujuannya adalah untuk memenuhi objektif-objektif
sosioekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, modal insane, pengagihan pendapatan,
perkhidmatan awam dan lain-lain.
Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan perlu melalui proses penilaian. Melalui
penilaian sesuatu dasar itu dapat ditentukan kelangsungan prosesnya malah dapat ditentukan
juga kekuatan dan kelemahannya sebelum tindakan susulan dapat dilakukan. Tindakan itu
boleh jadi menerima dan meneruskan dasar atau menolak dan memansuhkan dasar.
Semuanya bergantung kepada tahap penilaian yang dijalankan.
Dalam penilaian saya terhadap dasar PPSMI, saya mendapati bahawa banyak cabaran
yang terpaksa dilalui termasuklah desakan pemansuhannya sebaik sahaja dasar mula
diperkenalkan pada 2003. Biarpun dasar PPSMI ini mempunyai objektif yang baik selaras
dengan kehendak negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 namun keupayaannya
membataskan segala-galanya. Kos yang dilaburkan amat tinggi berbanding pencapaiannya
menjadikan dasar ini tidak relevan untuk diteruskan.
Setelah melalui proses penilaian dan pengumpulan maklumat serta menerima pelbagai
pandangan dari pelbagai pihak, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah bersidang di kabinet
bersetuju untuk memansuhkan dasar PPSMI berkuatkuasa pada tahun 2012. Pemansuhan ini
diumumkannya pada 8 Julai 2009 sambil menyatakan bahawa dasar baru iaitu MBMMBI
(memartabat bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris) bakal menggantikan dasar
PPSMI memperlihatkan keberkesanan penilaian terhadap dasar yang dikaji.
Pengenalan
2
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 3/24
Pelbagai isu sama ada kecil atau pun besar sering wujud di persekitaran kita. Lantaran
itu, kekalutan yang berlaku memerlukan campur tangan kerajaan untuk menanganinya sebaik
mungkin dengan mengambil tindakan dan membuat keputusan dengan cepat dan bijak.
Segala isu yang berlegar di persekitaran kita perlu ditangani dengan baik kerana kegagalan
merencanakannya boleh menyebabkan berlakunya konflik dan ketegangan malah jika
dibiarkan berlarutan boleh menyebabkannya menjadi lebih kritikal. Justeru itu, dasar awam
digubal dan dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Walaupun begitu, merencanakan sebuah dasar awam bukanlah suatu tugas yang
mudah apatah lagi untuk ia benar-benar berfungsi dan berkeupayaan mencapai objektifnya.
Objektif di sini perlu bersifat SMART iaitu specific (spesifik), measurable (boleh diukur),
achievable (boleh dicapai), realistic (realistik) dan time-bound (mengikut tempoh masa).
Oleh itu ianya perlu melalui pelbagai proses dan fasa, malah melibatkan ramai pihak yang
pakar dan berkemahiran serta tidak ketinggalan berhadapan dengan kos dan risiko yang
tinggi.
Setelah suatu perkara itu menjadi dasar awam, sudah tentulah kita ingin menilai
sejauh mana dasar awam tersebut mencapai objektifnya. Dalam hal ini, penilaian merupakan
peringkat terakhir dalam proses pembuatan dasar awam iaitu setelah melalui beberapa
peringkat pada awalnya seperti peringkat penentuan dasar, peringkat cadangan dan alternatif
dasar, peringkat perancangan dasar dan peringkat perlaksanaan dasar.
Intisari bagi penilaian adalah pentaksiran terhadap hasil sesebuah program atau
aktiviti-aktiviti lain dan keberkesanan relatif dalam set program atau aktiviti. Alasan untuk
membuat penilaian ialah untuk membekalkan maklumat bagi membantu mereka iaitu
pengurus program mengurus sumber di samping menjalankan pengurusan dengan cekap.
Secara amnya, penilaian adalah proses pentaksiran yang direka bentuk untuk memberi
3
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 4/24
maklumat tentang operasi semasa dan keberkesanannya untuk memberi bantuan dalam
pembuatan keputusan pada masa hadapan.
Dasar Awam
Para sarjana memberikan pelbagai definisi tentang dasar awam. Antaranya ialah
Anderson (2000:1) yang menjelaskan bahawa dasar awam dari segi pelaksanaan dan
perkembangannya berkaitan dengan pengetahuan tentang tingkah laku politik dan tindakan
kerajaan.1 Definisi ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh William N. Dunn bahawa
proses pembuatan dasar awam merupakan sesuatu siri aktiviti yang bersifat intelektual serta
melibatkan proses politik. Robert Eyestone pula mentakrifkannya sebagai hubungan di antara
unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Skop takrifannya amat luas kerana ia merangkumi
segala aspek kehidupan daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar.
Dalam pendapat yang lain, Thomas R. Dye menyatakan dasar awam sebagai apa-apa sahaja
pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak. Ini bermakna apa sahaja tindakan dan
keputusan yang dibuat oleh pembuat dasar (pemimpin) merupakan dasar dan begitulah
sebaliknya jika kerajaan membuat keputusan untuk tidak berbuat apa-apa berhubung sesuatu
perkara, ia juga merupakan suatu dasar.
Peringkat Pembuatan Dasar Awam
Penilaian merupakan salah satu proses yang ada dalam peringkat pembuatan dasar. Ia
merupakan proses terakhir dalam peringkat pembuatan dasar awam. Sebelumnya terdapat
empat peringkat dalam pembuatan dasar awam iaitu peringkat penentuan dasar, peringkat
cadangan dan alternatif dasar, peringkat perancangan dasar dan peringkat perlaksanaan dasar.
1 Malike Brahim. 2008. Dasar Awam Di Malaysia : Suatu Pengenalan. Selangor. IBS BukuSdn. Bhd. hlm 8.
4
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 5/24
Peringkat pertama dalam pembuatan dasar awam adalah penentuan agenda dasar.
Dalam fasa ini sebarang masalah didiagnosis. Ia bertujuan untuk mengenalpasti dengan tepat
masalah yang berlaku supaya dasar yang ingin digubal berpadanan dengan masalah yang
berlaku. Ia bukanlah tugas yang mudah kerana punca, faktor dan kesan daripada sesuatu
masalah itu kadangkala tidak diketahui.
Peramalan merupakan proses kedua selepas penentuan agenda dasar. Dalam
pembuatan dasar, peramalan merujuk kepada suatu pengetahuan yang berkaitan dengan masa
depan sesuatu perkara yang akan berlaku atau sebagai jangkaan awal kepada kemungkinan-
kemungkinan yang akan wujud apabila sesuatu dasar itu dilaksanakan.2 Fasa peramalan amat
penting lantaran alasan-alasan yang meyakinkan dan boleh dipercayai itu bakal menentukan
kejayaan untuk membolehkan sesuatu masalah itu diterima ke dalam agenda atau dasar yang
bakal dirangka. Oleh kerana dalam fasa peramalan ini suatu jangkaan telah diramal maka
alternatif-alternatif untuk mengatasi sebarang masalah yang diramal itu telah sedia
dirumuskan. Di sini, dapat disimpulkan bahawa fasa peramalan juga merupakan fasa di mana
pelbagai tindakan dan usaha di cari bagi menyediakan pelbagai alternatif bagi mengurangkan
sesuatu masalah.
Seterusnya merupakan fasa perancangan dasar. Merujuk kepada pengurusan dan
pentadbiran, Dror (1963) mendefinisikan perancangan sebagai proses menyediakan suatu set
keputusan untuk tindakan masa depan, yang bertujuan mencapai matlamat dengan kaedah
yang optimim. Perancangan turut melibatkan ramalan sebab ia mencadangkan cara-cara
untuk berurusan dengan masa depan berdasarkan keputusan yang dibuat pada hari ini, dan
dari itu, ia menumpukan kepada kesan masa depan keputusan tersebut. 3 Dalam fasa ini,
perancangan tidak dapat menghapuskan risiko tetapi berupaya memberi sedikit jaminan
2
Ibid. hlm. 753 E.S. Quade; terjemahan Ali Yusob Md. Zain. 1995. Analisis Untuk Keputusan Awam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 372.
5
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 6/24
bahawa risiko yang diambil adalah betul dan minimum serta mencadangkan benteng untuk
menghadapinya. Oleh yang demikian, suatu dasar yang ingin dibentuk perlulah ditentukan
objektifnya, kemudian proses tindakan alternatif dijana, kos dianggar dan dibanding
seterusnya proses tindakan yang disukai hendaklah dipilih.
Peringkat yang seterusnya ialah peringkat pelaksanaan dasar. Pada ketika ini sesuatu
dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan sama ada berbentuk program, projek, rancangan,
undang-undang dan penguatkuasaan peraturan perlulah sampai kepada semua lapisan
masyarakat untuk dilaksanakan secara adil dan saksama. Perlaksanaan dasar awam
merupakan tanggungjawab yang biasanya diamanahkan kepada jentera pentadbiran atau
pegawai perkhidmatan awam yang dikenali sebagai birokrasi. Kejayaan pelaksanaan dasar
awam dalam mencapai objektifnya amat bergantung kepada kecekapan jentera pentadbiran.
Justeru itu pemantauan dan pengawasan merupakan aspek penting dalam menentukan
kejayaan atau kegagalan pelaksanaan dasar, terutamanya dalam memastikan prosedur,
langkah-langkah, panduan dan sebagainya diikuti.
Peringkat yang terakhir dalam pembuatan dasar awam adalah penilaian. Penilaian
pada umumnya ialah proses mengenal pasti peri pentingnya atau bernilainya sesuatu program
melalui kajian dan pemerhatian secara terperinci dan sistematik. Penilaian juga merupakan
proses menganalisis prestasi sebenar pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan
asal. Tujuan utama penilaian adalah untuk memperbaiki proses perancangan bagi program
atau projek yang sama pada masa hadapan. Penilaian juga merujuk kepada pengajaran
tentang kesan-kesan daripada pelaksanaan dasar dan tugas penilaian ini boleh di bahagikan
kepada dua. Pertama, tugasnya adalah untuk menentukan akibat atau kesan dasar dengan
menerangkan implikasinya. Dan tugas yang seterusnya adalah untuk menilai kejayaan atau
6
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 7/24
kegagalan dasar dengan merujuk kepada satu set piawaian atau kritiria penilaian.4 Oleh
kerana penilaian dasar itu merujuk kepada usaha dalam memahami akibat atau kesan
terhadap tingkah laku manusia, maka melalui penilaianlah kita dapat menilai sejauh mana
dasar awam itu berjaya mencapai objektif atau sebaliknya. Kenyataan ini sesuai dengan
definisi yang dikemukakan oleh Joseph S. Wholey yang berbunyi :
“ Policy evaluation is the assessment of the overall effectiveness of a national program in
meeting its objective, or an assessment of the relative effectiveness of two or more programs
in meeting common objectives”.5
Jenis-Jenis Penilaian Dasar Awam
Terdapat 4 jenis penilaian dasar seperti yang diutarakan Bingham dan Felbingher.
Pertamanya dikenali sebagai penilaian proses, kedua penilaian impak, ketiga penilaian dasar
dan keempat penilaian meta.
Dalam penilaian proses, ia menfokuskan terhadap cara bagaimana sesuatu program
atau dasar itu dihantar atau disediakan kepada pelanggan-pelanggan, atau cara bagaimana
sesuatu program itu dilaksanakan.6 Aktiviti atau program yang dilaksanakan kemudian dinilai
sama ada ianya dapat memenuhi kepuasan para pelanggan terhadap perkhidmatan yang
disediakan. Dalam penilaian proses, beberapa persoalan boleh diwujudkan bagi tujuan
penambahbaikan mutu perkhidmatan serta menilai tahap kejayaan sesuatu dasar itu sama ada
telah mencapai sasaran dan matlamat.
Seterusnya merupakan penilaian impak. Penilaian jenis ini menekankan tentang
keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh program-program tertentu yang telah
4 Dubnick, Melvin J. & Bardes, Barbara A. 1983. Thinking About Public Policy . New York :
Wiley. hlm 2035 Op.cit. Malike Brahim. hlm 1136 Ibid. hlm 119
7
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 8/24
dilaksanakan.7 Biasanya penilaian yang dijalankan memberi fokus terhadap matlamat sesuatu
program atau dasar itu sama ada telah berhasil mencapai sasaran yang ditetapkan atau
sebaliknya. Penilaian impak juga dikatakan memberikan kesimpulan yang lebih berterus
terang. Jadi, amat mudah untuk membuat penilaian terhadap sesuatu dasar. Penilaian boleh
dibuat secara kuantitatif, kualitatif atau gabungan kedua-duanya.
Jenis penilaian yang ketiga pula ialah penilaian dasar. Fokus penilaian jenis ini adalah
tentang kesan sesuatu dasar terhadap penyelesaian masalah asas yang berlaku dalam
masyarakat itu yang telah dikenal pasti. Secara mudahnya, penilaian jenis ini menilai sejauh
mana dasar yang dilaksanakan dapat mengatasi atau mengurangkan masalah.
Penilaian yang terakhir ialah penilaian meta. Penilaian ini adalah sintesis terhadap
penemuan penyelidikan penilaian.8 Penilaian jenis ini biasanya mengaitkan hubungan di
antara keputusan, pengukuran dan kecenderungan dalam penulisan atau karya sehinggakan
penilaian meta dikatakan hampir sama dengan ulasan karya.
Keperluan Kepada Penilaian
Penilaian merupakan satu elemen penting kepada kumpulan penilai dasar kerana ia
boleh membantu pihak ini menentukan keberkesanan dan kecekapan program. Pihak penilai
dasar juga boleh mengawas prestasi setiap aktiviti dan seterusnya mengambil apa juga
tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, penilaian
merupakan satu keperluan untuk mengukur keberkesanan pencapaian aktiviti dari segi
perubahan selepas program diwujud, menilai dasar sama ada mencapai objektif dan
seterusnya menilai pencapaian keseluruhan dasar.
Tanggungjawab Penilai Dasar
7 Ibid. hlm 1188 Ibid. hlm 119
8
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 9/24
Mengikut Lester dan Steward Jr., terdapat dua kumpulan penilai dasar iaitu penilai
dalaman (internal evaluators) dan penilai luar (external evaluators). 9 Kedua-dua ketegori
penilai dasar ini mempunyai perbezaan peranan dan tanggungjawab. Jika merujuk kepada
teori institusional, institusi awam bukan sahaja bertindak sebagai aktor penggubal dan
pelaksanaan dasar malahan juga bertindak sebagai penilai dasar. Sebagai contoh, MAMPU
bukan sahaja sebuah institusi yang memperkenal dan mempromosi program-program
pembaharuan bagi jentera pentadbiran malah sebagai penilai tahap prestasi agensi kerajaan
dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan Perkhidmatan Awam
berfungsi dengan cekap, berkesan dan responsif. Contoh-contoh penilai dalaman lain di
Malaysia ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), dan
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Penilai luar pula merujuk kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang
diberikan geran penyelidikan oleh kerajaan untuk melaksanakan kajian penilaian terhadap
pencapaian dan kesan ke atas dasar tertentu. Laporan kajian yang dijalankan perlulah
diserahkan kepada kerajaan kerana ianya dapat membantu pihak kerajaan mengenal pasti
kelemahan-kelemahan pada suatu dasar itu bagi tujuan penambahbaikan. MOSTI atau
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah salah satu institusi kerajaan yang aktif
menyediakan dana yang besar untuk mana-mana institusi yang berminat menjadi penilai luar
bagi dasar-dasar kerajaan.
Masalah Dalam Menilai Dasar
Walaupun adanya usaha dalam melaksanakan penilaian dasar, seperti wujudnya
penilai dasar namun ianya bukanlah tugas yang mudah. Masih terdapat beberapa faktor
penyebab yang memungkinkan keputusan penilaian tidak diperolehi dengan tepat. Antaranya:
9 Ibid. hlm 120
9
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 10/24
(i) Objektif Dasar Yang Tidak Jelas
Adalah sukar untuk menilai dasar sekiranya objektifnya tidak jelas. Salah satu sebabnya
berpunca dari dasar yang tidak mempunyai bentuk pengukuran yang implisit dan khusus.
Walaupun begitu, objektif yang jelas sekalipun tidak menjamin dasar itu bebas dari masalah.
Namun, dengan masalah-masalah itu jugalah penambahbaikan boleh dilakukan bagi
memantapkan dasar atau memberi bantuan untuk pembuatan keputusan di masa hadapan.
(ii) Kenal Pasti Pengukuran Kriteria
Penetapan pengukuran kriteria juga seharusnya diambil berat. Ianya amat penting dalam
menentukan kejayaan suatu dasar.
(iii) Kesan Sampingan
Kesan luar ke atas dasar atau program sering berlaku dan di luar kawalan dan penilaian para
penilai atau dengan kata lain ia tidak dapat dinilai. Kesulitan boleh berlaku apabila seseorang
cuba untuk mengenal pasti dan mengukur kesan sampingan dan mengasingkan kesan-kesan
sampingan tersebut daripada dasar atau program yang akan dinilai.10
(iv) Masalah Data
Masalah ini sering berlaku dalam proses penilaian dasar. Data yang diperlukan kadangkala
tidak mencukupi, tidak bersesuaian untuk dianalisis malah sering juga terjadi data tidak
diperolehi. Hal ini terjadi oleh banyak sebab antaranya tidak mendapat kerjasama
masyarakat, bancian yang tidak menyeluruh malah boleh jadi juga data tidak diselenggara
dengan baik.
(v) Masalah metodologi
10 Ibid. hlm 124
10
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 11/24
Penentuan kaedah atau metodologi yang digunakan seringkali menjadi masalah dalam
melaksanakan penilaian. Sebagai contoh terdapat dua atau lebih dasar yang mempunyai
objektif yang secara langsung adalah sama. Jadi, persoalan yang timbul adalah dalam
menentukan kaedah atau metodologi yang sesuai digunakan untuk menilai impak dan
pencapaian dasar-dasar tersebut.
(vi) Masalah Politik
Penilaian yang dijalankan kadangkala boleh mempengaruhi kedudukan ahli-ahli politik yang
bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar tersebut. Kewibawaan dan akauntabiliti mereka
boleh tergugat sekiranya kos yang dibelanjakan tidak secocok dengan hasil yang diperolehi.
Selain itu, penilaian merupakan ancaman kepada pihak yang gagal melaksanakan program
apatah lagi bagi mereka yang mempunyai status dan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan
dan pentadbiran. Maklumat penilaian juga tidak telus sekiranya wujud campur tangan pihak
yang berkepentingan ini.
(vii) Kos
Proses penilaian juga membabitkan kos. Kos menjadi semakin tinggi sekiranya data-data
yang ingin diperolehi memerlukan kaedah yang rumit seperti ujikaji. Masalah kos juga
seringkali menjadi kekangan kepada penganalisis dasar dalam menjalankan penyelidikan
menilai pencapaian dan impak sesuatu dasar.
Setelah mengetahui apa itu dasar awam, peringkat-peringkat pembuatan dasar awam dan
bagaimana penilaian di buat ke atas dasar awam, seterusnya ingin saya membincangkan
bagaimana jenis-jenis penilaian ini memberi kesan dalam konteks mana-mana dasar awam
yang terdapat di Malaysia. Pilihan saya adalah dasar PPSMI dan dua jenis penilaian yang
ingin dibincangkan ialah penilaian proses dan penilaian impak.
11
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 12/24
Objektif Dan Rasional Dasar PPSMI
Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia, rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf
negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi.11
Sains dan Matematik merupakan dua disiplin ilmu yang berperanan penting dalam
kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Malah pelbagai inovasi dan penemuan baru
dalam kedua-dua bidang ini berlaku dengan begitu pantas sekali tetapi kebanyakan capaian
maklumat mengenainya terdapat dalam bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.
Langsungan dari rasional yang dinyatakan selain bahasa Inggeris menjadi bahasa hubungan
antarabangsa dan kemudahan memperolehi ilmu, PPSMI pun dilaksanakan menjelang tahun
2003.
Dasar PPSMI adalah cetusan idea Mantan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun
Dr. Mahathir Mohamad, yang ingin melihat negara bergerak seiring dengan negara-negara
lain agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan globalisasi. Menurutnya, dengan dasar
PPSMI ini, negara bakal mempunyai kelebihan untuk bersaing secara kompetitif sepertimana
Singapura dan India yang semakin ke depan kerana kebiasaan mereka berbahasa Inggeris.
Bagaimana Dasar PPSMI Dilaksanakan
Sebagaimana yang telah dinyatakan, dalam penilaian proses, ia menfokuskan
terhadap cara bagaimana sesuatu program atau dasar itu dihantar atau disediakan kepada
11 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris
12
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 13/24
pelanggan-pelanggan, atau cara bagaimana sesuatu program itu dilaksanakan. Kemudian
aktiviti atau program yang dilaksanakan ini akan dinilai sama ada ianya dapat memenuhi
kepuasan para pelanggan atau sebaliknya terhadap perkhidmatan yang disediakan.
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri
Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.12 Dalam dasar ini, Bahasa Inggeris telah
ditetapkan untuk menggantikan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa
perantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Mengikut
Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi
persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat
Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah
Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah
Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.13
Bagi memenuhi keperluan dasar, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan.
Pada peringkat permulaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik
telah dihantar untuk menghadiri kursus ETeMS. Selain kursus ETeMS, guru-guru tersebut
juga diberi kursus pendedahan isi kandungan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Sebagai bantuan kepada guru-guru dan murid, bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk
pakej yang terdiri daripada buku teks, buku latihan dan aktiviti murid, buku panduan guru,
MyCD, CD-ROM Guru, Buku Amali Sains serta Buku Glosari Sains dan Matematik turut
disediakan. Bukan itu sahaja malah peralatan ICT seperti komputer riba dan LCD turut
dibekalkan kepada sekolah-sekolah demi menjayakan dasar PPSMI. Bagi menjayakan lagi
dasar PPSMI, sekolah sekolah juga diberi kemudahan internet melalui pemasangan schoolnet .
12 Ibid.13 Ibid.
13
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 14/24
Tidak dinafikan prasarana yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada
sekolah-sekolah adalah sangat memuaskan. Buku Teks yang dibekalkan dalam bahasa
Inggeris misalnya menjadi sumber asas kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan
tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. Manakala
kandungan buku latihan dan aktiviti yang selari dengan buku teks diharap dapat membantu
murid mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik
yang dipelajari.
Guru-guru turut dibantu dengan “Buku Panduan Guru”. Ia merupakan sumber rujukan
utama kepada guru ketika membuat persediaan mengajar. Buku ini direka untuk membantu
guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang
kreativiti guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, Buku Panduan
Guru ini pada peringkat permulaannya hanya meliputi komponen Pakej Buku Teks Sains dan
Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
Dalam menampilkan pembelajaran secara interaktif, sekolah-sekolah turut dibekalkan
dengan kemudahan internet melalui pakej schoolnet , komputer riba dan LCD malah tidak
kurang juga dengan CD-CD untuk kegunaan guru dan murid. Kemudahan-kemudahan yang
disediakan adalah untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengaplikasikan pelbagai
sumber teknologi bagi tujuan mengukuhkan kefahaman berkaitan konsep sains dan
matematik yang dipelajari melalui persembahan multimedia yang menarik. Kandungan
MyCD iaitu CD untuk murid adalah latihan dan aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi
dan e-ujian manakala CD-ROM Guru dibekalkan dengan strategi P&P, bank soalan, aktiviti
tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik.
Selain CD, murid-murid turut dibekalkan dengan buku Amali Sains. Buku ini
diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya
14
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 15/24
secara teori. Selain melakukan aktiviti yang menyeronokkan, daya pemikiran dan kreativiti
murid dapat dikembangkan. Ia sekaligus dapat menarik minat murid terhadap Sains.
Penilaian Proses Ke Atas Dasar PPSMI
Jika dilihat kepada proses pelaksanaan dasar ianya bermula dengan perbincangan
dengan jemaah menteri di Parlimen. Setelah diperdebatkan dan melalui proses pembacaan di
Dewan Senat dan Dewan Negara, akhirnya dasar ini telah dengan rasminya termaktub
menjadi dasar kerajaan bermula pada 19 Julai 2002. Dasar ini kemudiannya melalui proses
pelaksanaan di mana Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab untuk
menyebarluaskan maklumat mengenai dasar ini kepada pelaksana dasar iaitu para guru.
Dalam hal ini, penilaian dapat dibuat dimana prosesnya berjalan lancar bermula dengan
perbincangan, kemudian pembuatan dasar, seterusnya pelaksanaan dasar dan tugas terakhir
adalah menilai dasar. Dalam proses pelaksanaan, para guru telah diberi kursus berkenaan
kandungan mata pelajaran serta kursus bahasa Inggeris. Selain itu, program buddy support
juga diadakan di sekolah-sekolah di mana guru-guru bahasa Inggeris diberi tanggungjawab
untuk membantu guru-guru Matematik dan Sains ini menguasai bahasa Inggeris. BISP juga
merupakan satu bentuk insentif yang diberikan kerajaan kepada pelaksana dasar sebagai satu
suntikan semangat untuk guru-guru mengambil inisiatif mempelajari dan menguasai bahasa
Inggeris bagi manjayakan dasar. Sebagai pelaksana dasar juga, guru-guru dibekalkan dengan
pelbagai keperluan seperti buku-buku panduan, peralatan ICT dan CD-CD sebagai
pemudahcara. Dasar kemudian disampaikan kepada penerima dasar iaitu para pelajar
khususnya dan masyarakat amnya melalui pelbagai cara dan medium umpamanya pihak
media, Kementerian Pelajaran, Guru Besar dan Pengetua sekolah. Proses melaksana dasar
juga berjalan lancar di mana kerajaan telah bersedia membekalkan buku-buku teks dan
aktiviti serta kelengkapan yang lain seperti CD-CD dalam bahasa Inggeris.
15
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 16/24
Tidak dinafikan prasarana yang dibekalkan oleh kerajaan untuk menjayakan dasar
PPSMI ini memang banyak dan mencukupi. Namun adakah dengan hanya membekalkan
keperluan ini ianya sudah mampu untuk menyatakan bahawa dasar ini berjaya. Dalam
penilaian proses, kepuasan pelanggan amat dititikberatkan. Oleh itu, penilaian ini perlu
bersandar kepada data-data hasil keputusan pelanggan sebagai penerima dasar.
Sejak dasar PPSMI dilaksanakan, banyak penentangan diterima dari pelbagai
golongan masyarakat. Antara isunya adalah berkaitan dengan kesukaran pelajar mengikuti
pelajaran kerana masalah bahasa, masalah keciciran, kurang minat untuk belajar Sains dan
Matematik serta tidak ketinggalan ianya memberi kesan terhadap penguasaan bahasa ibunda.
Hakikat menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda.
Apabila dasar PPSMI dilaksanakan, murid-murid tidak lagi mempunyai pilihan selain
terpaksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang tidak
mahir berbahasa Inggeris, mereka akan berdepan dengan masalah untuk memahami konsep
dan isi kandungan pelajaran yang membawa kepada masalah-masalah lain seperti kurang
minat, bosan dan keciciran. Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International
Mathematics dan Science Study (TIMSS 2007) walaupun tidak merujuk kepada dasar PPSMI
tetapi hasil dapatan mengenai pencapaian Matematik dan Sains bagi pelajar Gred 8 atau
Tingkatan 2 yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia menunjukkan skor purata
pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor
Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi
1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada
2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata
antara 2007 dan 2003.14 Menurut laporan TIMSS, faktor pencapaian murid terhadap
pembelajaran Sains dan Matematik adalah sangat bergantung kepada bahasa. Kajian
14 Ibid.
16
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 17/24
mendapati pelajar yang belajar dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih
tinggi dalam ujian tersebut berbanding pelajar yang belajar dalam bukan bahasa keluarga atau
bahasa asing. Sebagai contoh pelajar-pelajar dari Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England
dan Romania yang menggunakan bahasa ibunda mereka telah mencapai skor yang tinggi
dalam ujian tersebut. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan bahawa wujud hubungan rapat
antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa asing dengan bahasa ibunda.
Dari kajian ini, penilaian proses dapat dilakukan di mana didapati pengguna secara
keseluruhannya tidak benar-benar mendapat manfaat dari dasar PPSMI ini.
Ketidakpuasan hati pelanggan juga dapat dinilai melalui satu memorandum yang
dikarang oleh 11 pertubuhan pendidikan dalam tahun 2007. Dalam kajian bersama itu
didapati bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah lagi
memandangkan 500 000 pelajar Melayu bakal tercicir dalam mata pelajaran terbabit kerana
kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Memorandum tersebut turut menyentuh laporan
UNESCO yang menyatakan keperluan menggunakan bahasa setempat dalam semua
peringkat pendidikan justeru itulah bahasa yang sangat mereka fahami untuk memperoleh
sebarang ilmu.
Keputusan peperiksaan UPSR 2008 (calon-calonnya merupakan perintis PPSMI dan
diberi pilihan menjawab soalan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa ibunda
masing-masing) mendapati bahawa 31% daripada 518 616 murid yang menjawab kertas sains
dalam bahasa Inggeris dan 46% dalam kertas matematik belum dapat menggambarkan
bahawa keseluruhan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Daripada dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa pengguna tidak menunjukkan respon yang positif terhadap dasar
PPSMI ini.
Penilaian Impak Terhadap Dasar PPSMI
17
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 18/24
Sebagaimana dinyatakan penilaian impak menekankan tentang keputusan-keputusan
yang dihasilkan oleh dasar yang telah dilaksanakan. Fokus penilaiannya adalah terhadap
matlamat dasar sama ada berhasil mencapai sasaran yang ditetapkan atau sebaliknya. Untuk
menilai keberkesanan dasar ini dari sudut penilaian impak, data-data yang diperoleh dapat
memberikan keputusan kepada penilaian tersebut.
Dalam satu kajian oleh Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron, pada 2008, didapati
bahawa pelaksanaan dasar PPSMI secara tergesa-gesa tidak membawa suatu natijah yang
baik. Pertamanya guru-guru bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut tidak mempunyai
kekuatan untuk berbahasa Inggeris menyebabkan kegagalan menyampaikan isi kandungan
mata pelajaran dengan baik. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati 85% guru mengajar
sains dan matematik dalam dwi bahasa manakala 10% sahaja yang menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya. Hal ini boleh ditafsirkan lagi melalui satu keputusan Penilaian Tahap
Profisiensi (PTP) 2008 yang diwajibkan kepada guru-guru PPSMI untuk mengukur
pencapaian bahasa Inggeris mereka. Penilaian dibuat sebagaimana ujian Muet, dan tahap
penguasaan diukur berdasarkan pencapaian Tahap 1 hingga 5. Tahap 1 adalah yang paling
rendah, Tahap 2 kategori rendah, Tahap 3 sederhana, Tahap 4 bagi kecekapan tinggi
manakala Tahap 4 adalah paling tinggi.
Keputusan Penilaian Tahap Profiensi pada 2008 adalah seperti rajah berikut:15
15 http://dr-hh.blogspot.com/2009/03/ppsmi-dihapuskan-atau-diperbaiki_09.html
18
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 19/24
Daripada dapatan, penilaian impak dapat dilakukan terhadap kajian tersebut. Adalah didapati
0.1% sahaja guru yang boleh dikategorikan sebagai telah mencapai tahap paling tinggi dalam
penguasaan bahasa Inggeris , 11.9% pada Tahap 4, sederhana dengan 51.6%, rendah pada
tahap 34% dan paling rendah sebanyak 2.3%. Jadi, pelaksanaan dasar ini dilihat tidak berjaya
mencapai matlamat apatah lagi pelaksana dasarnya iaitu para guru masih lemah dalam bahasa
Inggeris. Dasar yang dibuat juga dilihat terburu-buru sehinggakan guru tidak mendapat
latihan yang secukupnya sebelum melaksanakan dasar tersebut.
Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan menyatakan bahawa peratusan gred A,B dan C bagi
mata pelajaran Sains UPSR 2008 telah merosot dari 85.1% kepada 82.5% bagi sekolah
bandar dan 83.2% kepada 79.7% bagi sekolah luar bandar. Kemerosotan peratusan bagi mata
pelajaran Matematik juga berlaku di mana pencapaian murid bandar merosot dari 84.8%
kepada 77% bagi murid luar bandar. Daripada keputusan ini di dapati jurang perbezaan antara
murid bandar dan luar bandar semakin melebar. Begitu juga dengan Laporan Trends in
Mathematics and Science study 2007 yang menunjukkan kemerosotan kedudukan murid
Malaysia bagi bagi mata pelajaran Sains yang merosot dari kedudukan ke 20 pada 2003 ke
kedudukan 21 pada 2007. Lebih serius lagi kedudukan bagi mata pelajaran Matematik
merosot dari kedudukan ke 10 pada 2003 ke kedudukan 20 pada tahun 2007. Selain itu,
19
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 20/24
beliau turut menyatakan hasil kajian universiti-universiti tempatan yang menunjukkan tahap
peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih 3%
sepanjang pelaksanaan PPSMI. Daripada dapatan, penilaian impak dapat dijalankan dan
hasilnya mendapati kelemahan dasar PPSMI mengatasi kekuatan.
Penilaian impak terhadap dasar juga dapat dilakukan dengan menilai desakan yang
pelbagai dari pertubuhan-pertubuhan NGO, para aktivis dan cendekiawan, ahli politik
kerajaan mahupun pembangkang dan masyarakat umum yang kebanyakan menyuarakan rasa
tidak puas hati mereka terhadap dasar yang dilaksanakan. Semua tentangan dan desakan
diiringi dengan bukti dan data-data kajian sama ada dibuat di dalam negara hasil kajian orang
perseorangan mahupun kumpulan, tinjauan dan soal selidik dan tidak kurang juga hasil
dapatan kajian yang dilakukan pelbagai pihak dari luar negara seperti UNESCO.
Berikut adalah rangkuman beberapa dapatan lain yang boleh dijadikan penilaian
impak ke atas dasar PPSMI. Antaranya penentangan bersama cendekiawan Melayu seperti
Prof. Diraja Ungku Aziz, A. Samad Said, Prof. Muhammad Hj. Salleh dan Anwar Ridhwan
dalam satu sidang akhbar pada 5 Mei 2009 yang menggariskan 6 alasan mengapa PPSMI
perlu dimansuhkan. Antara alasan yang diberikan adalah berhubung dengan kejayaan sistem
pendidikan yang berlaku di negara Belanda, Belgium dan Switzerland yang rata-rata
rakyatnya boleh berbahasa Inggeris tanpa mengabaikan bahasa ibunda serta rasa
tanggungjawab mereka untuk mengembalikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam
semua bidang.
Selain itu Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Pelbagai Kaum juga telah
menandatangani secara bersama, dengan mengemukakan memorandum yang berjudul
“Kembalikan Bahasa Ibunda: Mengembalikan Penggunaan Bahasa Ibunda Sebagai Bahasa
20
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 21/24
Pengantar Dan Bahasa Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Sekolah
Rendah” untuk pertimbangan YAB Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Daripada dapatan kajian, cabaran dan penentangan dari pelbagai pihak dan setelah
meneliti dan memperhalusi setiap satu dapatan tersebut, penilaian impak dapat dijana dan
satu keputusan dapat di buat untuk menjelaskan kedudukan sesuatu dasar sama ada ia berjaya
mencapai matlamat atau sebaliknya.
Kesimpulan
Kejayaan sesuatu dasar kerajaan atau sebaliknya adalah bergantung kepada pelaksana
yang cekap dan berkesan dan juga sambutan atau respon dari semua peringkat termasuk
penerimaan kumpulan-kumpulan sasaran.16 Kejayaan atau kegagalan sesuatu dasar perlu
melalui proses penilaian agar kesimpulan yang dibuat menepati kehendak semasa selain
memuaskan hati pelbagai pihak. Penilaian perlu bermula dari peringkat awal pembuatan
dasar lagi iaitu semasa cadangan dasar hendak dibuat dan seterusnya semasa proses
pelaksanaan dasar. Dalam peringkat ini, banyak pihak yang terlibat termasuklah ahli-ahli
eksekutif, pegawai-pegawai kerajaan, dan juga pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi.
Sebagai pelaksana dasar mereka diharap dapat memahami dan menghayati dasar yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Aspek inilah yang perlu diberi penekanan kerana
pemahaman yang tepat sebagaimana yang dihasratkan oleh penggubal dasar akan menjadikan
mereka lebih komited dalam melaksanakan dasar-dasar itu bagi mencapai kesan yang
dikehendaki.17 Walaupun begitu penilaian perlu terus dilakukan ke atas dasar setelah dasar itu
sampai ke pengguna. Melalui hasil kajian dan dapatan data,keupayaan dasar dapat dijelaskan
sama ada ia diterima atau ditolak.
16
Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN): KualaLumpur. 1994. hlm.717 Ibid.
21
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 22/24
Dalam penilaian proses ke atas dasar PPSMI, adalah didapati bahawa proses dasar itu
sampai ke pengguna adalah mengikut prosedur dan melalui beberapa peringkat pembuatan
dasar yang sempurna. Namun, apa yang di dapati, ruang masa yang singkat serta perluasan
pengetahuan dan pelaksanaan yang terburu-buru menyebabkan dasar ini mendapat reaksi
yang negatif dari pelbagai pihak. Malah didapati pelaksana dasar sendiri belum benar-benar
berada pada tahap optimum untuk menjayakan dasar PPSMI kerana masalah komunikasi
yang hadir dari kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Dari sudut kemampuan pula, para
pelajar didapati belum bersedia mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan
kini ianya menjadi bertambah beban kerana mereka bukan sahaja lemah dalam bahasa
Inggeris malah gagal menguasai isi kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik itu
sendiri.
Selain itu, penilaian impak telah dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan dasar PPSMI ini sebelum suatu keputusan dibuat ke atas dasar tersebut. Data
menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI sejak 2003 telah membabitkan kos sebanyak RM5
bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru. Kos yang tinggi dengan hasil yang
rendah memperlihatkan bahawa terdapat banyak kelemahan dalam dasar. Dasar ini telah
didapati tidak menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan seperti yang digariskan
pada objektif dasarnya menyebabkan kabinet mengambil keputusan memansuhkan dasar
PPSMI mulai tahun 2012.
22
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 23/24
Bibliografi
Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN): Kuala
Lumpur
Dubnick, Melvin J. & Bardes, Barbara A. 1983. Thinking About Public Policy. New York :
Wiley
23
7/27/2019 Asgm Dasar Awam
http://slidepdf.com/reader/full/asgm-dasar-awam 24/24
E.S. Quade; terjemahan Ali Yusob Md. Zain. 1995. Analisis Untuk Keputusan Awam. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Malike Brahim. 2008. Dasar Awam Di Malaysia : Suatu Pengenalan. Selangor. IBS Buku
Sdn. Bhd.
http://dr-hh.blogspot.com/2009/03/ppsmi-dihapuskan-atau-diperbaiki_09.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_
Bahasa_Inggeris
http://www.lindaamri.com/2009/04/ppsmi-ketidakwajaran-dalam-kewajaran.html
http://www.mampu.gov.my/web/guest/profil
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=361&Itemid
24