Asas Kertas Cadangan (Ppg)

12
ASAS KERTAS CADANGAN Kertas Cadangan Kajian Tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun panduan asas untuk menyediakan kertas cadangan adalah seperti berikut: Nama Sekolah Nama Penyelidik Tajuk Kajian Refleksi Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasar Tindakan Jadual Perbelanjaan Bahagian Proses/Penjelasan Contoh Nama Sekolah Catatkan nama institusi /tempat penyelidik bertugas. Nama Institut: Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Desa Bakti, Mentakab, Pahang. Nama Penyelidik Catatkan nama /ahli kumpulan penyelidik Nama Penyelidik: Khairuddin b Said Tajuk Kajian a) Tajuk ditentukan dengan mengenalpast i kemahiran yang ingin dikaji. b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju dan sasaran kajian. Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Tulisan Jawi Menggunakan Pelangi Jawi Refleksi a) Tema/isu Refleksi:

description

ok

Transcript of Asas Kertas Cadangan (Ppg)

ASAS KERTAS CADANGAN

Kertas Cadangan Kajian Tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun panduan asas untuk menyediakan kertas cadangan adalah seperti berikut: Nama SekolahNama PenyelidikTajuk KajianRefleksiFokus KajianObjektif KajianKumpulan SasarTindakanJadualPerbelanjaan

BahagianProses/PenjelasanContoh

Nama SekolahCatatkan nama institusi /tempat penyelidik bertugas.Nama Institut:Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Nama Sekolah:Sekolah Kebangsaan Desa Bakti, Mentakab, Pahang.

Nama PenyelidikCatatkan nama /ahli kumpulan penyelidikNama Penyelidik:Khairuddin b Said

Tajuk Kajiana) Tajuk ditentukan dengan mengenalpasti kemahiran yang ingin dikaji.b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju dan sasaran kajian.Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Tulisan Jawi Menggunakan Pelangi Jawi

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalua) Tema/isu keprihatinan dikenalpasti dengan melihat kepada 4 perkara utama dalam P & P iaitu:i) Guruii) Muridiii)Isi kandungan pelajaraniv) Persekitaran

b) Refleksi pengalaman P & P yang lalu.c) Kaitkan pengalaman P & P lalu dengan 4 perkara utama tersebut supaya masalah menjadi lebih jelas.d) Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan/standard pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan.e) Terjemahkan refleksi secara bertulis.

Refleksi:Saya telah menjalani dua fasa praktikum pada semester lima dan enam di sekolah yang berbeza di daerah Kuala Lipis, Pahang. Pada fasa pertama, saya bersama rakan sekelas saya iaitu .. telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kerambit. Saya diamanahkan untuk mengajar murid-murid tahun 3 di sekolah tersebut. Saya diminta untuk mengajar murid tahun 3 kelas pertama yang mana kelas tersebut mempunyai murid seramai 27 orang yang terdiri daripada sebahagian murid-murid cerdas.

Saya telah membuat pemerhatian terhadap menulisan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa orang murid tidak pandai menyambung huruf ya dengan betul. Pada waktu itu, saya mengajar bidang Jawi. Murid selalu bertanyakan pada saya bagaimanakah ingin menyambung imbuhan ya dengan kata dasar yang telah diberikan. Saya juga mendapati murid-murid tidak menyambungkan huruf ya dengan kata dasar dengan mengasingkan huruf ya tersebut daripada kata dasar yang diberikan. Hampir setiap minggu sewaktu saya mengajar Jawi murid-murid sentiasa bertanyakan soalan yang sama. Ini adalah kerana, sepanjang tempoh praktikum di SK Kerambit selama sebulan, saya mengajar tajuk perkataan berimbuhan seperti yang tertakluk di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh JPN Pahang.

Masalah yang sama juga turut timbul sewaktu saya menjalani praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Jeransang, Benta bersama... Saya telah diamanakah pula untuk mengajar Pendidikan Islam tahun 2 seramai 23 orang. Murid-murid tahun dua SK Jeransang ini terdiri daripada murid yang pandai, sederhana dan lemah. Majoriti murid-murid kelas tahun dua di sekolah ini sangat lemah dalam penguasaan Jawi.

Apa yang saya perhatikan adalah murid-murid tidak boleh membezakan huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Mereka menulis secara rambang huruf-huruf jawi sehinggakan huruf-huruf tersebut tidak dapat dikenal pasti huruf apakah yang mereka tulis. Antara contoh huruf yang mereka sambung secara rambang adalah huruf dal dengan alif, huruf alif dengan ain dan beberapa huruf yang tidak boleh bersambung lagi. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyempurankan lembaran kerja yang diberikan secara sempurna dan dalam masa yang sama ia telah menyebabkan objektif pengajaran saya tidak dapat dicapai.

Fokus Kajiana) Tentukan tema/isu keprihatinan kajian/masalah.b) Rumusan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi P & P yang lalu.Fokus Kajian:Saya telah membuat pemerhatian terhadap penulisan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa orang murid tidak pandai menyambung huruf ya dengan betul. Pada waktu itu, saya mengajar bidang Jawi. Murid selalu bertanyakan pada saya bagaimanakah ingin menyambung imbuhan ya dengan kata dasar yang telah diberikan. Saya juga mendapati murid-murid tidak menyambungkan huruf ya dengan kata dasar dengan mengasingkan huruf ya tersebut daripada kata dasar yang diberikan. Hampir setiap minggu sewaktu saya mengajar Jawi murid-murid sentiasa bertanyakan soalan yang sama. Ini adalah kerana, sepanjang tempoh praktikum di SK Kerambit selama sebulan, saya mengajar tajuk perkataan berimbuhan seperti yang tertakluk di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh JPN Pahang.

Masalah yang sama juga turut timbul sewaktu saya menjalani praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Jeransang, Benta bersama.. . Saya telah diamanakah pula untuk mengajar Pendidikan Islam tahun 2 seramai 23 orang. Murid-murid tahun dua SK Jeransang ini terdiri daripada murid yang pandai, sederhana dan lemah. Majoriti murid-murid kelas tahun dua di sekolah ini sangat lemah dalam penguasaan Jawi.

Apa yang saya perhatikan adalah murid-murid tidak boleh membezakan huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Mereka menulis secara rambang huruf-huruf jawi sehinggakan huruf-huruf tersebut tidak dapat dikenal pasti huruf apakah yang mereka tulis. Antara contoh huruf yang mereka sambung secara rambang adalah huruf dal dengan alif, huruf alif dengan ain dan beberapa huruf yang tidak boleh bersambung lagi. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyempuranakan lembaran kerja yang diberikan secara sempurna dan dalam masa yang sama ia telah menyebabkan objektif pengajaran saya tidak dapat dicapai.

Objektif Kajiana) Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah.b) Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/aktiviti.c) Objektif hendaklah dikaitkan dengan hasil.d) Objektif hendaklah boleh diukur.e) Semua objektif hendaklah diukur/dinilai semasa menjalakan kajian.Objektif kajian ialah:Murid dapat: a) mengingat huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung melalui penggunaan Carta Huruf Jawi Tunggal dengan menyebut huruf tersebut dengan betul.b) menulis dengan betul huruf-huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung dengan menggunakan Carta Huruf Jawi Tunggal untuk meningkatkan penguasaan tulisan jawi.

Kumpulan Sasara) Sebutkan bilangan murid yang akan dikaji (mestilah kumpulan murid yang diajar oleh pengkaji)b) Sebutkan kelas murid yang akan dikaji.Kumpulan SasarDalam kajian ini, peserta kajian/responden yang saya gunakan ialah lima orang murid Tahun 3 SK Bangau yang dipilih berdasarkan masalah yang mereka hadapi. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Jenis persampelan yang saya gunakan ialah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan merujuk kepada penyelidik memilih sendiri responden berdasarkan ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan spesifikasi kajian (Buku Panduan Penyelidikan). Ciri-ciri kumpulan sasar yang saya perlukan bagi kajian yang saya pilih ini ialah murid yang mempunyai masalah dalam membezakan huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Dalam masa yang sama, murid-murid tersebut juga mempunyai masalah dalam menulis huruf jawi dengan betul.

Kutipan DataSila nyatakan bagaimana cara anda mengumpulkan data-data yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Cara pengumpulan data mesti merujuk kepada kaedah yang dikemukakan mengikut metodologi yang disarankan.Untuk mendapatkan data saya akan menggunakan beberapa kaedah yang sesuai1) Temubual. Menurut.temubual terbahagi kepada struktur dan tidan berstruktur. Dalam kajian ini saya akan menggunakan temubual.kerana sesuai untuk.2) Dokumen. Dokumen terbahagi kepada. Saya akan merujuk kepada latihan murid, buku latihan dan3) Pemerhatian. Terdapat beebrapa jenis pemerhatian.Saya akan menggunakan pemerhatian langsung dengan cara merakamkan keseluruahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran..

Analisis DataNyatakan cara bagaimana setiap data yang telah dikumpulkan akan dianlisis untuk mendapatkan intepretasi yang tepat. Analisis data juga mesti merujuk kepada metodologi yang sesuai.Setelah semua data yang diperlukan telah diperloehi, saya akan melakukan analisis secara terperinci mengikut kaedah berikut:1) Temubual. Temubual yang telah saya lakukan terhadap murid-murid akan ditranskrip untuk dianalisis. Saya akan mengketegorikan setiap temubual kepada ketegori yang tertentu megikut persoalan kajian..2) Dokumen. Dokumen yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan menilai kekerapan kekerapan yang paling tinggi akan membentuk tema utama.. 3) Pemerhatian. Pemerhatian...akan dianalisis menggunakan borong khas yang akan dibahagikan kepada ketegori yag tertentu. Setiap ketegori akan menggunakan kod-kod yang khusus agar mudah dianalisis

TindakanNyatakan aktiviti-aktiviti (strategi/kaedah/teknik/ bahan) yang akan dilaksanakanLangkah 1:Murid diedarkan dengan Carta Huruf Jawi Tunggal untuk setiap seorang. Carta Huruf Jawi Tunggal ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah huruf jawi tunggal yang boleh disambung manakala bahagian kedua pula merupakan bahagian huruf jawi tunggal yang tidak boleh disambung.

Langkah 2:Murid diberikan penjelasan tentang cara menggunakan kad Carta Huruf Jawi Tunggal dengan mendalam dan bersoal jawab mengenai penggunaan Carta Huruf Jawi Tunggal tersebut.

Langkah 3Murid diberi penerangan oleh guru tentang huruf jawi tunggal yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung. Berdasarkan carta yang diedarkan kepada murid, guru memberikan penerangan mengenai carta tersebut. Huruf jawi tunggal yang boleh bersambung diwakili dengan warna hijau yang bermaksud boleh manakala huruf jawi tunggal yang tidak boleh bersambung diwakili dengan warna merah yang bermaksud tidak boleh. Berdasarkan warna-warna tersebut, ia sudah tentu menarik perhatian murid dan dalam masa yang sama ianya dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap huruf huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung melalui penggunaan Carta Huruf Jawi Tunggal.

Langkah 4Murid diberikan latihan untuk menggunakan Carta Huruf Jawi Tunggal berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan. Ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan Carta Jawi Huruf Jawi Tunggal dalam penulisan murid dalam tulisan jawi.

Langkah 5Murid merujuk kepada Carta Huruf Jawi Tunggal pada setiap kali aktiviti menulis Jawi dijalankan di dalam kelas.

Jaduala) Boleh dibuat dalam bentuk jadual/carta Gantt.b) Masukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian.c) Masukkan tarikh tentatif kajian yang akan dijalankan. Tarikh munkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa. Rujuk Lampiran 1

PerbelanjaanMenyatakan cadangan perbelanjaan keseluruhan kajian sehingga cetakan laporan. Rujuk Lampiran 2

Lampiran 1JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN (CARTA GANTT)

BULANOGOSSEPTEMBEROKTOBER

AKTIVITI MINGGU1234

1

234

1

23

Menjalankan prosedur persampelan

Mengumpul data awal (ujian pra)

Mengumpul data kajian

Mengumpul data akhir

Menganalisis data

Mengadakan perbincangan dapatan kajian

Menulis laporan kajian

Menghantar penulisan laporan

Lampiran 2PERBELANJAANBil Jenis PerbelanjaanHarga seunitKuantitiJumlah (RM)

1Kad manilaRM 0.80/ helai10RM 8.00

2Kertas warnaRM 0.30/ helai20RM 6.00

3Kertas A4RM 8.90(1 rim)5RM44.50

4Dakwat Pencetak (Hitam)RM39.90/kotak1RM39.90

5Dakwat Berwarna RM49.901RM49.90

6Plastik LaminateRM30.001RM30.00

7Fotostat bahanRM30.001RM30.00

8CetakanRM25.008RM200.00

JUMLAH BESARRM408.30