Asa Kepimpinan Asgmnt
Transcript of Asa Kepimpinan Asgmnt
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 1/17
3
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 2/17
Pada zaman sekarang, seseorang yang ingin berjaya perlu mempunyai cirri-ciri
disiplin, tanggungjawab, amanah, nilai-nilai murni, ikhlas dan sebagainya. Ini keranaorang yang tidak mempunyai nilai tidak akan memandang tinggi. Pencapaiannya tidak
dihargai. Nilai – nilai ini akan membentuk etiket dalam diri mereka. Beberapa tokoh
mempunyai maksud yang berlainan untuk etiket. Anatarnya ialah seperti berikut:-
Harold Koontz & Heinz Weihrich mentakrifkan etika sebagai satu cabang ilmu
pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan
kewajiban dan tanggungjawab moral. Manakala perkataan etika berasal dari perkataan
Greek iaitu ‘ethos’. Maksudnya ialah perwatakan atau keperibadian. Tetapi pengertian
Kamus Dewan adalah sedikit berbeza kerana ia menjelaskan etika sebagai system
dasar,akhlak,adat atau tingkah laku.
Manakala menurut MAMPU(2004), etika kerja menjadi teras dan tunggak kepada
keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang
diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam seluruh hidupnya.
Namun begitu, sarjana barat A.R. Licey dan W.L.Reese menyatakan etikabermaksud aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta
aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Menurut J.L.Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
perbezaan anatara kebaikan dan keburukan. Dari sudut ahli falsafah pula, mereka
berpendapat etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai etika. Pandangan
saya ialah etika sebagai pandun untuk meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan
disiplin dalam sesuatu professional seperti professional guru bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, kod etika keguruan Malaysia juga
menyatakan, guru perlu peka dengan perubahan-perubahan dalam dunia pendidikan kini
4
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 3/17
dan sebagai seorang guru, perlulah pakar dalam semua bidang. Ia bermaksud guru
bukan sahaja terunggul dalam ilmu pengetahuan malah perlu mempunyai disiplin,
tingkah laku yang mencukupi untuk menjaga nama baik profesion perguruan.
Etika ini memebentuk satu tingkah laku yang positif yang mampu membezakan
sifat baik dan buruk sesuatu perkara. Kementerian Pelajaran Malaysia menentukan
beberapa peraturan untuk diikuti oleh semua guru Malaysia. Namun begitu ada juga
sebilangan guru tidak mengikuti peraturan yang ditentukan. Mereka tidak mengikuti surat
pekeliling dan perlembagaan persekutuan berkaitan peraturan-peraturan pegawai awam.
Peraturan ini berkaitan kelakuan dan tatatertib yang perlu dipatuhi oleh semua pegawai
awam termasuk guru.
5
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 4/17
Saya menjalankan praktikum selama empat kali termasuk intensif. Ia adalah salah
satu peluang untuk saya berkomunikasi dengan guru-guru dan mengenali situasi
suasana sebenar sekolah. Saya dapat melihat beberapa aspek yang tidak diikuti seperti
peraturan yang ditetapkan. Contohnya, guru lelaki sekolah rendah tidak mengikuti
peraturan pakaian seperti yang ditetapkan dalam surat pekeliling ikhtitas. 6/1985.
6
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 5/17
Mengikut surat pekeliling guru lelaki perlu memakai seluar panjang,baju berlengan
panjang, tangan baju tidak boleh dilipatkan dan perlu dimasukkan ke dalam.
Tetapi di kebanyakkan sekolah guru lelaki memakai baja lengan pendek dan
tambahan lagi mereka tidak memakai tali leher. Saya pernah bertanya guru – guru
tersebut, mereka memberitahu bahawa baju ini selesa mentah-mentahan musim
sekarang ialah musim kemarau. Saya jarang melihat guru lelaki memakai lengan
panjang. Selain itu, saya bersama rakan-rakan dengan pihak sekolah menjalankan
merentas desa sebagai satu projek di sekolah. Pada hari itu, guru lelaki memakai
pakaian yang bersesuaian untuk gerakerja pendidikan jasmani tetapi guru perempuan
tidak memakai pakaian PJ. Mereka memakai baju formal. Guru penolong kanan
Kokurikulum tidak mengambil sebarang tindakan ke atas guru-guru tersebut. Bagi
mengatasi masalah itu, Penolong Kanan Kokurikulum perlu berbincang dengan Guru
Besar. Kemudian menyuruh Guru Besar memberitahu kepada semua guru semasa
mengadakan mesyuarat. Ia akan mengelakkan guru memakai baju berlengan panjang
dan mewajibkan guru PJ memakai baju yang bersesuaian.
Selain itu, di kebanyakkan sekolah yang saya pergi untuk PBS,Praktikum dan
Intensif, saya mendapati kebanyakkan guru mengajar pendidikan jasmani untuk murid
tahap rendah. Menjalankan pendidikan jasmani di padang tetapi mereka tidak memakai
pakaian yang bersesuaian. Mereka memakai baju formal. Ini jelas dilhat semasa saya
menjalani praktikum fasa kedua kerana pada masa itu, saya mengajar matapelajaran
bahasa tamil dan pendidikan jasmani untuk tahun 3. Semasa mengajar di padang, saya
mendapati guru menyuruh murid membawa peralatan sukan dan menyuruhnya bermain.
Guru yang berkenaan tidak bermain malahan berdiri di sebelah atau bersembang
dengan guru yang mengajar di sebelah. Ini menyebabkan saya hairan dan saya juga
terkejut apabila melihat sendiri. Semasa belajar di maktab, pensyarah sering
memberitahu dan menyuruh kami elakkan melakukan seperti ini. Pada masa itu, kami
ingat mereka semua bergurau tetapi setelah melihat ia menjadi saya hampir tidak
percaya.
7
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 6/17
Guru-guru tersebut tidak memathui peraturan etika
pakaian seperti yang ditentukan. Guru PK Kokurikulum tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Jadi ini
menjadi suatu kebiasaan untuk sekolah tersebut.contoh gambar adalah seperti berikut:-
Gambar 1 :- gambar semasa pertandingan sajak yang diadakan di tapak perhimpunan.
Guru tidak memakai baju berlengan panjang dan
tidak mengikat tali leher.
Gambar 2:- semasa merentas desa. Guru perempuan memakai pakaian formal.
Perkara ini dapat diatasi melaui tindakan tegas Guru Besar dan Penolong
Kanan Kokurikulum. Mereka berdua perlu berbincang dahulu sebelum mengambil
sebarang keputusan. Selain itu, masalah ini dapat diatasi melalui pemantauan Guru
Besar dan PK Kokurikulum. Pentadbir atasan sekolah memantau semua guru yang
mengajar matapelajaran sains, bahasa dan matematik. Tetapi tiada orang untuk
memantau matapelajaran pendidikan jasmani. Jika PK Kokurikulum memantau guru-
guru, maka mereka semua akan bermula memakai baju yang bersesuaian dan tidak
akan bersembang semasa mengajar. Ia akan mewujudkan suasana bersukan yang
bersesuaian.
Selain itu, saya juga mendapati beberapa guru berniaga di sekolah. Ia berlaku
semasa saya di praktikum ketiga saya. Selain itu, guru besar membenarkan orang luar
dari butik memasuki kawasan sekolah untuk menjual pakaian. Mengikut akta P.U. (A)
246 5.(1) guru tidak boleh membuat kerja luar. Semasa saya pergi ke sekolah seorang
guru bernama Pn.Kalaiarasi meminta saya membeli baju-baju yang dijual olehnya.
8
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 7/17
Beliau mesra dan suka menolong kami. Saya memberitahunya, tidak mahu membelinya
lalu saya dapat melihat perubahan dalam diri guru tersebut. Beliau mula mengurangkan
percakapan seperti dahulu. Mula-mula saya berasa ganjil tetapi saya mendapati guru
tersebut marah dengan saya kerana menolak baju yang ditawarkan. Guru Besar
mengetahui perniagaan guru sekolahnya menjalankan perniagaan tetapi beliau tidak
mengambil sebarang tindakan.
Perkara ini juga berlaku semasa pengalaman berasaskan sekolah saya.
Saya pergi ke sekolah lama saya. Di situ saya boleh melihat banyak perubahan. Guru
Besar, Penolong Kanan, dan beberapa guru adalah guru baru. Saya menjalankan PBS
selama seminggu. Di sekolah saya diberi seorang mentor untuk tunjuk ajar kepada.
Mentor saya menjual insurans. Pada awlan dia bertanya berkaitan insurans saya. Saya
tidak memahami niatnya lalu memberitahu bahawa saya tidak mempunyai insurans
persendirian. Beliau memaksa saya membeli insurans. Pada awalan saya tidak mahu
membeli tetapi beliau mengugut saya. Jika saya tidak membeli maka beliau mahu
mengurangkan markah dan tidak mahu menulis komennya dengan baik. Saya tidak
dapat memberitahu guru besar kerana beliau selalu keluar kerana beliau melanjutkan
pelajaran sambil kerja. Jadi saya terpaksa mengakur dan membelinya.
Pada masa itu saya berfikir, pada masa hadapan saya juga boleh
membuat kerja luar di sekolah tetapi setelah mempelajari peraturan-peraturan
perlembagaan awam saya mendapati seorang guru tidak boleh menjalankan perniagaan
luar tanpa kebenaran Guru Besar. Walaupun mendapati kebenaran, namun beberapa
syarat perlu diptuhi oleh guru yang berkenaan. Ianya tertakluk kepada tatakelakuan
Peraturan 4 dan memastikan pekerjaan luar dilakukan. Pertamanya guru hanya boleh
menjalankan pekerjaan di luar waktu pejabat atau urusan rasmi. Keduanya ialah,
perniagaan yang kita lakukan tidak boleh menjejaskan kebergunaan sebagai awam.
Contohnya, kita perlu mengutamakan dahulu p&p dan menjaga kepentingan murid-murid
sebelum mementikan perniagaan kita.
Peraturan-peraturan pegawai awam bahagian IB ialah berkaitan tugas kawalan
dan pengawasan tatatertib. 3C.(1) berkaitan peraturan kegagalan memberi dan
9
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 8/17
mematuhi aku janji. Ia menjelaskan tentang pegawai yang tidak mengambil tindakan
terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-
peraturan disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab,
dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Guru besar sekolah praktikum kedua saya
iaitu SJK (T) Mahajothi dikatakan cuai kerana tidak mengambil tindakan. Sebagai
seorang yang amanah dan bertanggungjawab beliau perlu memberi amaran kepada
guru-guru yang berkenaan untuk mengelakkan melanggari peraturan pegawai-pegawai
awam.
Saya merupakan salah satu mangsa guru tersebut. Tetapi masih ada banyak
guru yang diluar yang menantikan lebih banyak mangsa. Setiap guru harus membaca
dan mengikuti peraturan-peraturan perlembagaan yang ditetapkan. Perasaan ini dapat
diterapkan melalui kempen- kempen di seluruh negeri masing-masing. Pejabat Pelajaran
Daerah perlu menganjurkan kempen-kempen ini untuk semua guru. Selain itu, mereka
perlu menekankan bahawa pihak PPD akan membenarkan mereka menjalankan
perniagaan dan tuisyen dengan permit. Mereka juga perlu menyarankn guru – guruyang
berminat untuk mengisi boring dan pihak PPD perlu mengawal kemasukan dan
kebenaran pihak guru.
Di samping itu, semasa praktikum saya mempelajari kepentingan masa.
Sekolah praktikum ketiga iaitu di SJK Sg Tok Pawang, bermula 7.45 pagi tetapi guru
besar meminta saya dan pasangan saya datang ke sekolah sebelum pukul 7.15 pagi.
Jadi kami mengikuti seperti arahannya. Mengikut pesanannya ini akan menyesuaikan
kami dengan ketepatan masa dan membiasakan diri untuk memasuki kelas mengikut
jadual. Tetapi saya mendapati jika guru besar ada di kawasan sekolah, maka semua
guru memasuki kelas mengikut masa yang ditetapkan. Ini kerana guru besar
Cik.Tanapakiam selalu berjalan untuk mengawasi p&p semua guru. Tetapi perubahan
beberapa guru dapat dilihat semasa guru besar tiada di kawasan sekolah. Beberapa
guru akan memasuki lambat ke kelas. Selain itu, guru juga jarang memasuki kelas
semasa waktu kokurikulum.
10
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 9/17
Saya pernah mengalami suatu kejadian kerana tidak memasuki kokurikulum.
Pada hari kokurikulum, kami diberi tugas lain untuk dilakukan pada masa itu. Pada hari
sama juga seorang guru Persatuan Alam Sekitar tidak datang dan tidak memberitahu
saya. Jadi pada hari itu, seorang guru sahaja mengendalikan aktiviti persatuan. Beliau
mengajar cara mengitar semula botol air minuman mineral menjadi barang berguna.
Beliau tidak dapat mengendalikan semua pelajar. Seorang pelajar mencuba sendiri
aktiviti tersebut lalu tersilap memotong tangan. Lukanya tidak mendalam. Kes ini tidak
menjadi serius kerana murid tersebut mengakui, dia melakukan dan tidak mengikuti
arahan guru. Ia menjadi panduan kepada saya untuk berjaga-jaga semasa melakukan
aktiviti kokurikulum pada masa hadapan. Sebagai guru, kita harus berhati-hati dan tidak
boleh ponteng dan melakukan perkara lain semasa waktu pengajaran kita. Selain itu,
ada juga di sebuah sekolah, guru keluar untuk bersarapan dan memasuki sekolah
sekolah lewat 10 minit selepas waktu rehat. Tambahan lagi ada juga waktu p&p mereka
selepas sekolah. Guru besar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap gru tersebut
kerana guru itu saudara terdekat beliau.
Perkara ini berlaku kerana guru kecil perlu menulis masa masuk dan keluar
sekolah dalam buku. Jadi beberapa guru mengambil kesempatan ini untuk menulis
masa yang salah. Guru besar juga tidak dapat mengenal pasti guru yang lambat denganbetul. Hal ini dapat dielakkan melalui mengunakan system computer atau punch kad. Ia
akan menunjukkan masa yang betul dan tidak dapat menipu sesiapa. Selain itu, guru
juga perlu memasuki kelas mengikut jadual dan perlu menulis masanya dalam buku
yang disediakan. Ia akan membuat semua guru berjaga-jaga dan memasuki kelas pada
masa yang ditentutakan walaupun guru besar di luar kawasan sekolah. Selain itu,
semasa ketiadaan guru besar, guru yang berikutnya iaitu penolong kanan perlu
mengawasi kelancaran setiap kelas. Ia merupakan perkara baik untuk semua orang.
Sebagai seorang guru, penulisan rancangan pengajaran harian adalah penting
untuk menyempurnakan pengajaran dan penulisan. Tetapi semasa di sekolah saya
dapat melihat beberapa guru yang menulis RPH mengikut gaya tersendiri. Contohnya,
seorang guru bernama Arjunan dari SJK (T) Saraswaty menulis rancangan pengajaran
11
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 10/17
harian untuk seminggu sekali. Beliau menaip rancangan untuk seminggu dan hanya
menampal sahaja untuk setiap minggu.
Hal ini juga berlaku di sekolah yang lagi satu. Saya bertanya guru pembimbing
saya berkaitan ini. Beliau memberitahu cara ini salah kerana guru perlu menulis
rancangan harian kemudian perlu memasuki kelas untuk melaksanakan rancangannya.
Jika murid dapat mencapainya, maka guru boleh mengajar sub tajuk yang selanjutnya.
Tetapi jika tidak mencapainya, maka perlu mengajar sub tajuk itu untuk memastikan
murid menguasai dengan sepenuhnya. Mengikut pengalamannya, bagi murid tahap
1,sub tajuk yang sama perlu diajar dua hari agar mereka memahami dengan lebih
mendalam. Jadi guru perlu melihat dahulu pencapaian murid sebelum membuat
rancangan pengajaran yang seterusnya.
RPH wajib disediakan oleh semua guru mengikut peraturan dan undang-
undang perlembagaan. Jadi guru besar harus memeriksa buku rekod semua orang dan
kadang-kala perlu melihat buku rekod secara rawak. Jadi semua guru akan menulisnya
dengan betul. Di samping itu, setiap guru panitia harus melihat guru di bawahnya agar
mengikut sub tajuk seperti yang dirancangakan dalam rancangan tahunan. Jadi ia akan
mengelakkan guru melompat sub topik mengikut keinginannya. Masalah rancangan
pengajaran harian dapat diatasi denganh mudah.
Selain itu, kebanyakkan guru tidak menyediakan alat bantu mengajar. Mereka
menggajar secara lisan dan tidak memberi latihan yang mencukupi. Kebanyakkan guru
hanya menggunakan buku teks untuk memberi latihan dan rujukan kepada mereka. Ada
juga guru yang mengajar murid pemulihan tanpa sebarang alat bantu mengajar. Mereka
membawa murid-murid tersebut ke pusat sumber dan menggunakan papan putih untuk
mengajar. Cara pengajarannya beliau juga berbeza. Ini kerana beliau mengajar dan
menyuruh murid-murid tersebut menulis dalam buku latihan. Beliau melihat sahaja. Ia
lebih menampakkan seperti berehat. Di samping itu, guru mengajar matematik untuk
murid pemulihan tanpa menggunakan ABM. Jadi murid tidak dapat menguasai dengan
sepenuhnya. Guru tersebut tidak menyedari hakikatnya malahan beliau memarahinya.
12
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 11/17
Pihak sekolah perlu bergabung dengan PPD dan pihak yang mahir dalam
teknologi maklumat untuk mengadakan seminar. Seminar ini perlu mengajar dan perlu
menjadi panduan untuk semua guru agar berfikir dan menyediakan abm yang
bersesuaian menggalakan semua guru menyediakan alat bantu mengajar. Selain itu,
mereka juga perlu diberi motivasi untuk membantu mereka mempelajari power point,
video dan sebagainya yang berkaitan dengan teknologi maklumt. Ini akan memudahkan
semua guru untuk menyediakan ABM dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri
mengikut perkembangan dunia. Semua murid juga akan tertarik dengan akan
menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam semua mata pelajaran.
Selain itu, surat pekeliling ikhtitas bil.25/1998 pelaksanaan mata pelajaran
pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan menyatakan peruntukan masa bagi kedua
–dua subjek. Juga kedua –dua subjek ini wajib dijalankan oleh guru yang sama. Tetapi
hal ini berbeza semasa dilaksanakan di sekolah. Ini kerana kebanyakkan guru tidak
mengajar pendidikan kesihatan dan hanya menjalankan pendidikan jasmani. Manakala
murid tahap dua tidak diajar pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Malahan
mereka diajar mata pelajar yang berlainan pada masa tersebut. Ini menyebabkan
kebanyakan murid tidak aktif dalam sukan. Semua murid digalakan semasa melakukn
sukan tahunan sekolah. Hal ini perlu dielakkan kerana semakin hari semakin ramaimurid mula pasif dalam sukan kerana hanya menumpukan dalam kurikulum sahaja.
Kebanyakkan sekolah berfikir pendidikan jasmani, muzik dan pendidikan seni
visual adalah mata pelajaran yang tidak penting. Jadi mereka menggunakan masa
tersebut untuk mengajar mata pelajaran yang utaman seperti bahasa, matematik dan
sains. Bagi mereka masa ini dapat digunakan dengan baik tetapi bagi semua murid
mereka berfikir tiada kebebasan untuk bermain. Ia juga menyebabkan mereka semakin
tidak aktif dalam kelas. Mereka tidak mempunyai ketahanan yang mencukupi. Guru-guru
sekolah melupai bahawa mereka harus melahirkan pelajar yang berkembang secara
menyeluruh darisegi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Jadi mereka perlu
meluangkan sedikit agar murid-murid berkenaan dapat menenagkan fikiran mereka. Ia
akan menyuburkan minda mereka dan mereka akan mengingati subjeknya dengan jelas.
13
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 12/17
14
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 13/17
Selamat sejahtera. Tugasan kerja kursus pendek untuk subjek asas kepimpinan&
perkembangan profesional ialah salah satu tugasan yang harus dilakukan untuk
melengkapkan kursus ini. Kursus asas kepimpinan& perkembangan profesional ialah
salah satu topik yang harus dipelajari oleh setiap guru. Ini kerana pada masa sekarang
berlaku pelbagai jenis masalah. Masalah ini cabaran kepada semua guru. Jadi kita harus
perlu menyedari perubahan dan kesannya untuk menghadapi cabaran ini.
Etika mempunyai banyak maksud. Setiap tokoh mempunyai maksud yang
berlainan. Perkataan etika berasal dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’. Maksudnya ialah
perwatakan atau keperibadian. Tetapi pengertian Kamus Dewan adalah sedikit berbeza
kerana ia menjelaskan etika sebagai system dasar,akhlak,adat atau tingkah laku.
Namun begitu, sarjana barat A.R. Licey dan W.L.Reese menyatakan etika
bermaksud aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta
aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Menurut J.L.Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis
15
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 14/17
perbezaan anatara kebaikan dan keburukan. Dari sudut ahli falsafah pula, mereka
berpendapat etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.
Tajuk kerja kursus saya ialah mengenai isu-isu profesion perguruan yang berlaku
di sekolah rendah. Saya dapat berkongsi masalah yang berlaku di dalam sekolah
praktikum saya. Antaranya ialah guru lewat masuk kelas, pakaian guru, buku rekod guru,
mata pelajaran PJ. Perkara ini di luar jangkauan saya dan ia menjadi panduan kepada
saya. Saya dapat merujuk surat pekeliling untuk merujuk berkaitan masalah ini.
Peraturan yang ditulis dalam perlembagaan ini menjadi rujukan untuk semua penjawat
pegawai awam untuk mematuhinya. Jika mematuhinya, maka segala masalah yang
timbul dapat diatasinya dan juga dapat dielakkan.
Di samping itu, saya juga dapat mencadangkan beberapa tindakan. Tindakan ini
bukan sahaja untuk orang lain malahan ia juga menjadi panduan kepada saya untuk
menghadapi cabaran pada masa akan datang. Saya akan cuba menguasai teknologi
maklumat dan akan mematuhi semua peraturan yang dirangka dalam perlembagaan
peraturan-peraturan awam. Ini kerana saya perlu menjadi teladan sebelum menyuruh
orang lain berubah.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pn.Hamidah pensyarah saya, rakan-rakan dan ibu bapa saya yang sentiasa menolong
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.
16
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 15/17
17
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 16/17
18
8/8/2019 Asa Kepimpinan Asgmnt
http://slidepdf.com/reader/full/asa-kepimpinan-asgmnt 17/17
19