Artikel Janjan

11
1 KIT NUMBOX MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN MOHD FAUZAN FARID BIN JASNEH [email protected] ENCIK SHAMSUL RIZAL BIN KHALIL [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Terdapat dua orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang telah terpilih sebagai subjek kajian. Hasil lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual telah menunjukkan dua orang murid tersebut menghadapi masalah mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan Kit Numbox dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Intervensi ini mengandungi tiga aktiviti iaitu, kad nombor, angka 3D dan kad proses menulis nombor. Tempoh selama empat hari telah diambil untuk pengumpulan data. Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, lembaran kerja dan temubual. Hasil analisis data menunjukkan pelaksanaan intervensi tersebut dapat membantu responden dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Hasil pemerhatian menunjukkan responden dapat menggunakan Kit Numbox dengan betul dan ada penambahbaikan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Analisis lembaran kerja menunjukkan responden ada peningkatan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 walaupun tidak mencapai seratus peratus. Oleh yang demikian, Kit Numbox berjaya meningkatkan mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan Kit Numbox dalam kemahiran mengecam nombor lain.. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Untuk sesi praktikum fasa ketiga yang lepas, saya telah diberi peluang untuk menjalani praktikum di sebuah sekolah di daerah Kuala Perlis, Perlis. Saya telah diberi peluang mengajar 2 kelas murid-murid berkeperluan khas di sekolah tersebut. Setelah mendapat jadual pengajaran, saya telah menjalankan ujian diagnostik bagi subjek Matematik. Item-item yang diuji dalam ujian yang dijalankan ini merangkumi kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Matematik untuk kanak-kanak berkeperluan khas sekolah rendah. Tujuan ujian diagnostik ini dijalankan adalah untuk membantu guru mengesan dan mengenalpasti secara khusus kekurangan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran Matematik. Jabatan Pendidikan Khas (2003) telah mendefinisikan ujian diagnostik sebagai ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas mengesan kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan setiap murid dalam kemahiran-kemahiran yang telah mereka kuasai. Dengan itu, ujian diagnostik yang dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid berkeperluan khas ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Ujian Diagnostik Matematik yang telah saya jalankan tersebut melibatkan 4 orang murid berkeperluan khas. Mereka ini merupakan murid tahun 5. Setelah menganalisis ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh murid-murid tesebut, saya dapati murid terdapat dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pekembangan yang berbeza. Kumpulan pertama ialah murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 manakala kumpulan kedua pula merupakan murid-murid yang berkebolehan untuk mengenal dan menulis nombor. Dengan keputusan yang diperolehi ini, murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza.

description

artikel kajian tindakan

Transcript of Artikel Janjan

Page 1: Artikel Janjan

1

KIT NUMBOX MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

MOHD FAUZAN FARID BIN [email protected]

ENCIK SHAMSUL RIZAL BIN [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Terdapat dua orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang telah terpilih sebagai subjek kajian. Hasil lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual telah menunjukkan dua orang murid tersebut menghadapi masalah mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan Kit Numbox dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Intervensi ini mengandungi tiga aktiviti iaitu, kad nombor, angka 3D dan kad proses menulis nombor. Tempoh selama empat hari telah diambil untuk pengumpulan data. Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, lembaran kerja dan temubual. Hasil analisis data menunjukkan pelaksanaan intervensi tersebut dapat membantu responden dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Hasil pemerhatian menunjukkan responden dapat menggunakan Kit Numbox dengan betul dan ada penambahbaikan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Analisis lembaran kerja menunjukkan responden ada peningkatan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 walaupun tidak mencapai seratus peratus. Oleh yang demikian, Kit Numbox berjaya meningkatkan mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan Kit Numbox dalam kemahiran mengecam nombor lain..

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Untuk sesi praktikum fasa ketiga yang lepas, saya telah diberi peluang untuk menjalani praktikum di sebuah sekolah di daerah Kuala Perlis, Perlis. Saya telah diberi peluang mengajar 2 kelas murid-murid berkeperluan khas di sekolah tersebut. Setelah mendapat jadual pengajaran, saya telah menjalankan ujian diagnostik bagi subjek Matematik. Item-item yang diuji dalam ujian yang dijalankan ini merangkumi kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Matematik untuk kanak-kanak berkeperluan khas sekolah rendah. Tujuan ujian diagnostik ini dijalankan adalah untuk membantu guru mengesan dan mengenalpasti secara khusus kekurangan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran Matematik.

Jabatan Pendidikan Khas (2003) telah mendefinisikan ujian diagnostik sebagai ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas mengesan kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan setiap murid dalam kemahiran-kemahiran yang telah mereka kuasai. Dengan itu, ujian diagnostik yang dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid-murid berkeperluan khas ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Ujian Diagnostik Matematik yang telah saya jalankan tersebut melibatkan 4 orang murid berkeperluan khas. Mereka ini merupakan murid tahun 5. Setelah menganalisis ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh murid-murid tesebut, saya dapati murid terdapat dua kumpulan murid yang mempunyai tahap pekembangan yang berbeza. Kumpulan pertama ialah murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 manakala kumpulan kedua pula merupakan murid-murid yang berkebolehan untuk mengenal dan menulis nombor. Dengan keputusan yang diperolehi ini, murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza.

Page 2: Artikel Janjan

2

Setelah ujian diagnostik dijalankan, saya telah merancang satu pengajaran yang melibatkan aktiviti mengenal dan menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 10. Mengenal dan menulis nombor merupakan salah satu kemahiran asas dalam mata pelajaran Matematik yang perlu dikuasai oleh murid dengan baik dan cekap. Dengan itu, murid perlulah mengenal dan menulis nombor ini terlebih dahulu kerana ketidakcekapan murid dalam menguasai konsep mengenal dan menulis nombor akan menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik.

Pada permulaan pengajaran saya berkenaan dengan konsep membilang dalam tertib menaik ini, saya hanya menggunakan slaid bagi menunjukkan nombor 1 hingga 10. Saya beranggapan dengan menggunakan teknologi dalam pendidikan ini akan dapat membantu saya meningkatkan keberkesanan pengajaran saya di dalam kelas. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1998) menyatakan bahawa teknologi dalam pengajaran merupakan proses yang kompleks dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid.

Dengan itu, saya menggunakan tayangan slaid untuk memperkenalkan nombor 1 hingga 10 kepada murid. Namun begitu, murid dilihat masih melakukan kesalahan-kesalahan dalam mengenal nombor. Dengan itu, saya dapat simpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan ini membantu pengajaran guru tetapi kurang membantu proses mengingat murid.

Disamping itu juga, saya juga turut melakukan pemerhatian terhadap cara pengajaran guru-guru lain di dalam kelas. Saya dapati, guru-guru lain yang mengajar kelas tersebut turut menggunakan cara yang sama seperti cara yang saya gunakan di dalam kelas tersebut. Guru-guru tersebut menunjukkan beberapa contoh soalan pada papan putih dan kemudiannya memberikan beberapa peluang untuk murid mencuba. Guru tersebut juga dilihat tidak menggunakan bahan bantu mengajar. Guru tersebut hanya menulis nombor 1 hingga 5 pada papan putih.

Guru tersebut juga memberikan latihan pengukuhan dalam bentuk lembaran kerja kepada murid-murid supaya murid dapat menguasai konsep dan isi pelajaran yang diajar. Aktiviti pengajaran guru yang menggunakan kaedah chalk and talk ini dilihat kurang berkesan kerana murid memerlukan bahan maujud untuk memudahkan murid memahami dan mengingati isi pelajaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas, saya juga menekankan latih tubi untuk murid-murid tersebut. Menurut Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Thorndike, manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan dan dibuat. Bagi menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.

Dengan itu, saya memberi soalan kepada murid supaya mereka lebih mengenal nombor. Namun begitu, murid kelihatan bosan dan tidak bersemangat untuk melakukan latihan tersebut. Selain itu, murid juga masih melakukan kesalahan dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5.

Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk membuat penambahbaikan pengajaran saya dengan menggunakan kad nombor. Penggunaan kad nombor dilihat memberi kesan yang agak baik dimana murid lebih teruja. Dengan penggunaan kad nombor ini, murid dapat mengelakkan kesalahan menulis nombor berulang kali. Namun begitu, murid masih lagi melakukan kesalahan dalam mengenal nombor.

Saya telah mendapat celik akal semasa berada dalam kelas dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 iaitu dengan menggunakan Kit Numbox untuk mengajar murid angka 1 hingga 5. Lantaran itu, saya hendak memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap kecerdasan murid di dalam kelas PPKI.

Page 3: Artikel Janjan

3

PENGUMPULAN DATA AWALTemu BualTemu bual telah dilakukan ke atas guru mata pelajaran, mengenai tahap penguasaan responden terhadap kemahiran mengenal dan menulis nombor..

PemerhatianBagi mengumpul data awal mengenai masalah responden yang dikaji, pengkaji telah menjalankan satu pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran responden tersebut sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil pemerhatian telah menunjukkan bahawa responden masih mengalami masalah yang sama iaitu masalah menukar ayat matematik kepada bentuk lazim bagi operasi tambah.

Ujian DiagnostikSaya telah melakukan analisis Ujian Diagnostik Matematik yang telah dijalankan semasa minggu pertama praktikum. Ujian diagnostik Matematik yang saya sediakan untuk kedua-dua murid merangkumi 10 soalan yang melibatkan mengenal dan menulis nombor

FOKUS KAJIAN

Kajian yang saya jalankan ini memfokuskan kepada kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran ini perlulah dikuasai oleh murid sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain kerana kemahiran ini merupakan asas dalam pembelajaran matapelajaran Matematik. Berdasarkan pengumpulan data awal dan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenalpasti 2 orang murid pendidikan khas yang lemah dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis angka 1 hingga 5 menggunakan Kit Numbox dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran

SOALAN KAJIANAdakah penggunaan Kit Numbox dapat membantu murid pendidikan khas dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis angka 1 hingga 5?

KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 2 orang murid PPKI di dalam kelas Seroja yang terdiri daripada murid lembam dan masalah pendengaran. Responden dinamakan sebagai X dan Y. Semua murid mempunyai masalah dalam mengecam dan menulis angka secara keseluruhannya.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKANPelaksanaan intervensi telah saya lakukan kepada kumpulan sasaran untuk meningkatkan mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Saya telah mencadangkan tiga aktiviti menggunakan Kit Numbox dan melibatkan murid-murid yang dipilih pada awal kajian dilakukan.

Aktiviti 1 : Pandang sebut kad nombor

Dalam aktiviti pertama ini murid diperkenalkan konsep mengenal dan menyebut nombor berdasarkan kad nombor yang ditujunkkan. Aktiviti ini mengkehendaki murid untuk menyebut kad nombor yang ditunjukkan oleh guru. Murid akan menyebut nombor yang tertera pada kad nombor tersebut. Responden akan diperkenalkan dengan kad nombor 1 hingga 5 oleh guru. Guru akan menyebut angka berdasarkan kad yang dipegang guru. Murid akan melihat kad dan menyebut berdasarkan kad yang ditunjukkan oleh guru. Seterusnya, murid akan ambil kad angka tersebut dan memasukkanya ke poket yang terdapat dalam Kit Numbox.

Page 4: Artikel Janjan

4

Rajah 1 : Responden melakukan aktiviti pandang sebut kad nombor.

Aktiviti 2 : Angka 3D

Pada intervensi ini, murid diberi peluang untuk memegang dan merasa bentuk angka 1 hingga 5. Dalam intervensi ini, satu set angka 1 hingga 5 dalam bentuk 3D akan digunakan di mana murid boleh memegang dan mengetahui sifat angka tersebut

Rajah 2 : Responden melakukan aktiviti mengenal angk 3D.

Aktiviti 3 : Proses Menulis Nombor

Dalam intervensi ini, murid akan didedahkan bagaimana cara untuk menulis nombor dengan betul. Kad nombor akan digunakan dalam intervensi ini dimana kad tersebut mempunyai anak panah yang menunjukkan arah untuk menulis nombor dengan betul.

Rajah 3 : Responden menulis nombor

Page 5: Artikel Janjan

5

DAPATAN KAJIAN

Analisis Pemerhatian

Sesi 1 Sesi 2 Sesi 30

2

4

6

8

10

12

Graf Analisis Keseluruhan Pemer-hatian Kemahiran Mengenal Nombor

1 hingga 5Murid X Murid Y

Rajah 5: Graf AnalisisKeseluruhanPemerhatianKemahiranMengenalNombor 1 Hingga 5

Graf menujukkan tahap peningkatan skor murid dalam setiap sesi aktiviti yang dijalankan

di mana 3 sesi telah dijalankan untuk mengumpul data.graf memberi gambaran jelas tentang

peningkatan tahap penguasaan murid X dan Y dalam aktiviti yang dijalankan.

Berdasarkan graf dalam kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5, murid X mencapai 4

daripada 10 kemahiran dalam sesi pertama dan murid Y mendapat 3 daripada 10 kemahiran yang

disenaraikan. Hal ini menujukkan bahawa murid masih lagi mempunyai masalah di peringkat awal

pendedahan terhadap aktiviti mengenal nombor 1 hingga 5. Kedua-kedua murid masih belum

dapat mengenal dengan baik nombor 1 hingga 5 pada sesi pertama,

Pada sesi kedua, murid X mendapat 7 daripada 10 kemahiran dan murid Y mendapat 6

daripada 10 kemahiran. Berbanding sesi pertama, kedua-dua murid iaitu murid X dan Y telah

menunjukkan peningkatan yang amat ketara kerana pada sesi satu, murid X memperolehi 4 dan

murid Y memperolehi 3 daripada 10 kemahiran.

Pada sesi ketiga, murid X dan Y telah memperolehi 10 daripada 10 kemahiran. Keputusan

ini adalah amat memberansangkan kerana terdapat peningkatan yang amat baik daripada sesi

satu dan sesi dua. Kedua murid X dan Y telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara

berdasarkan graf analisis. Setiap sesi yang dijalankan Berjaya menunjukkan peningkatan yang

baik daripada kedua murid. Secara keseluruhanya, murid X dan murid Y dilihat telah dapat

meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan Kit Numbox.

Page 6: Artikel Janjan

6

Lembaran Kerja

Sesi 1 Sesi 2 Sesi 30

2

4

6

8

10

12

14

16

9

12

15

8

11

14

Graf Analis is Keseluruhan Skor Lem -baran Kerja Kemahiran Mengenal dan

Menulis Nombor 1 hingga 5Murid X Murid Y

Rajah 6 : Graf Analisis Keseluruhan Pemerhatian Kemahiran Mengenal Dan Menulis Nombor 1 Hingga 5

Berdasarkan graf dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5, murid X mencapai skor 9 daripada 15 dalam sesi pertama dan murid Y mendapat skor 8 daripada 15 yang merupakan skor penuh bagi skor lembaran kerja. Hal ini menujukkan bahawa murid masih lagi mempunyai masalah di peringkat awal pendedahan terhadap aktiviti menulis nombor 1 hingga 5. Kedua-kedua murid masih belum dapat mengenal dan menulis dengan baik nombor 1 hingga 5 pada sesi pertama,

Pada sesi kedua, murid X mendapat skor 12 daripada 15 dan murid Y mendapat 11 daripada 15. Berbanding sesi pertama, kedua-dua murid iaitu murid X dan Y telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara kerana pada sesi satu, murid X memperolehi 9 dan murid Y memperolehi 8 daripada 15 skor. Berdasarkan pada penelitian terhadap lembaran kerja kedua-dua murid, murid telah mempunyai peningkatan yang amat baik pada latihan 2 dan 3 yang pada sebelum ini murid mempunyai skor yang rendah pada latihan 2 dan 3. Murid semakin baik dalam menulis kembali nombor 1 hingga 5 dan tidak keliru untuk menulis nombor yang disebut lisan oleh guru.

Pada sesi ketiga, murid X telah memperolehi skor 15 dan murid Y memperolehi skor 14 daripada skor 15. Hasil ini adalah amat memberangsangkan kerana terdapat perbezaan skor yang diperolehi daripada sesi 1 dan sesi 2. Kedua murid X dan Y telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara berdasarkan graf analisis. Setiap sesi yang dijalankan berjaya menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan hasil daripada daripada penggunaan Kit Numbox itu semasa proses intervensi.

Page 7: Artikel Janjan

7

Analisis Temubual

Jadual 7: Keputusan Temubual Murid

Bil. Soalan-soalantertutup X Y

Ya Tidak Ya Tidak

1. Adakahkamufahamapa yang diajarolehcikgu? × ×

2. Adakahkamumemahamiarahan yang diberikansetiap

kali aktiviti Kit Numboxdiadakan?

× ×

3. Adakah Kit

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor

1?

× ×

4. Adakah Kit

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor

2?

× ×

5. Adakah Kit

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor

3?

× ×

6. Adakah Kit

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor

4?

× ×

7. Adakah Kit

Numboxmembantukamumengenaldanmenulisnombor

5?

× ×

8. Adakahkamumahubelajardenganmenggunakan Kit

Numboxbagi symbol nomborseterusnya?

× ×

Jumlah 8 8

Selepas kajian dijalankan, murid X dan murid Y mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Hasil temubual secara individu

Page 8: Artikel Janjan

8

bersama murid X dan Y, mereka telah memberikan respon yang sama. Dalam item soalan pertama iaitu “Adakah kamu faham apa yang diajar oleh cikgu?”. Kedua-dua murid menjawab “Ya” yang bermaksud mereka memahami apa yang telah diajar oleh guru kepada mereka. Saya juga turut meminta menyebut simbol nombor yang ditunjukkan bagi mengukuhkan jawapan mereka terhadap soalan ini. Ternyata murid X dapat menunjukkan semua imbol nombor dan murid Y dapat menunjukkan 4 daripada 5 simbol nombor tersebut dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua murid memahami pengajaran yang dibuat menggunakan Kit Numbox.

Bagi item soalan yang kedua iaitu “Adakah kamu memahami arahan yang diberikan setiap kali aktiviti Kit Numbox diadakan? Murid X dan murid Y menjawab “Ya” menyatakan mereka bersetuju bahawa arahan guru adalah mudah difahami sepanjang proses pengajaran berlansung. Arahan yang diberi adalah jelas, ringkas dan mudah difahami semasa guru mengajar mengenal dan menulis nombor di samping memberikan contoh yang pelbagai. Guru cuba bertanya kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan mereka dalam Kit Numbox tersebut dan mereka dapat memberitahu dengan betul bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa murid dapat memahami arahan yang disampaikan oleh guru dengan jelas.

Seterusnya bagi item soalan ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh iaitu ”Adakah Kit Numbox membantu kamu mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5?”. murid X dan Y bersetuju menyatakan bahawa Kit Numbox ini telah membantu mereka dalam mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dengan mudah. Guru turut menguji dengan meminta murid mnyebut kembali nombor berdasarkan kad nombor yang ditunjukkan dan menulis kembali nombor yang ditunjukkan di atas sekeping kertas. Murid X dapat mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dengan betul kesemuanya dan murid Y juga dapat mengenal dan menulis nombor dengan beul walaupun mengambil sedikit masa untuk mengingati simbol nombor tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Kit Numbox telah dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 bagi murid X dan Y.

Bagi item soalan yang kelapan iaitu “Adakah kamu mahu belajar dengan menggunakan Kit Numbox bagi simbol nombor seterusnya?”, kedua-dua murid bersetuju. Saya bertanyakan apakah mereka menyukai aktiviti mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan Kit Numbox dan mereka menyatakan bahawa mereka suka pada pengajaran yang menggunakan Kit Numbox. Mereka turut meminta saya untuk mengajar simbol seterusnya dengan menggunakan Kit Numbox pada masa akan datang. Hal ini membuktikan bahawa penggunaaan Kit Numbox diterima oleh murid-murid dan kit Numbox turut boleh digunakan untuk mengajar simbol nombor yang lain.

REFLEKSI KAJIAN

Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa objekif serta soalan kajian saya telah berjaya dicapai. Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil skor yang diperolehi semasa analisis lembaran kerja di mana terdapat peningkatan yang amat ketara berbanding skor yang diperolehi semasa ujian diagnostik dijalankan. Kedua- dua responden saya turut menjadi semakin yakin semasa menjawab soalan mengenai mengenal dan menulis nombor hingga 5 selepas melaksanakan intervensi ini.

Dapatan kajian turut membuktikan bahawa murid yang belajar melalui pengalaman konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on mempunyai asas yang lebih kukuh dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor dan seterusnya membantu mereka dalam menjawab soalan berkaitan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Justeru, dapatan kajian ini telah dapat menjawab soalan kajian yang diutarakan oleh saya iaitu penggunaan Kit Numbox dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dalam kalangan murid berkeperluan khas.

Melalui kajian ini, saya turut mempelajari kaedah berkomunikasi yang berkesan bukan sahaja dengan murid, malah dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing serta rakan sebaya. Interaksi yang berkesan dan efisien dapat menentukan kejayaan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Semasa melaksanakan pengumpulan data dan maklumat kajian ini, saya telah menemubual guru pembimbing dan responden kajian saya. Secara tidak lansung, kemahiran berkomunikasi saya telah meningkat.

Page 9: Artikel Janjan

9

Di samping itu, saya juga sedar akan kepentingan untuk murid menguasai konsep asas dengan menggunakan bahan konkrit pada peringkat awalnya. Bahan bantu belajar yang menarik, mudah difahami dan pengendalian serta melibatkan pelbagai deria amat memberi bantuan kepada murid dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, intervensi ini telah membuktikan bahawa konsep penguasaan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5 dapat dipertingkatkan dalam kalangan murid berkeperluan khas selepas kajian ini.

Sebagai seorang guru, kita perlulah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan, minat dan gaya pembelajaran murid agar mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran baharu dengan mudah dan berkesan. Seterusnya dapat mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar, murid dapat ditarik minat mereka dan melatih mereka untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian kedua-dua responden kerana mereka telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 5. Penyelidikan ini merupakan suatu cara untuk menambahkan peluang dan pengalaman mengajar kepada diri aya. Sehubungan dengan itu, saya telah dapat meningkatkan dan memperkukuhkan profesionalisme sebagai seorang guru yang berupaya menilai diri sendiri, mahupun memberi sumbangan kepada guru-guru lain dan pihak sekolah.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan kajian yang seterusnya bertujuan untuk memantapkan lagi kajian tindakan yang telah saya laksanakan dan diharapkan saya dapat menambah baik lagi kajian tindakan saya pada masa akan datang.

Cadangan bagi kajian seterusnya, para saya akan cuba memberikan penekanan kepada nombor yang lain. Ini adalah kerana pembelajaran nombor merupakan perkara asas dalam pembelajaran Matematik. Disamping itu, responden juga akan dipastikan bukan seorang yang terlibat sahaja. Ini adalah untuk elakkan responden rasa terasing dan dapat memupuk sifat kerjasama, mengadakan perbincangan antara responden dan perbandingan hasil kajian antara responden.

Penekanan kepada pembelajaran melalui hands-on akan dipertingkatkan. Ini adalah kerana berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, murid telah berjaya meningkatkan lagi kemahiran mereka semasa melakukan aktivti yang melibatkan hands-on. Mereka lebih mudah faham tentang ilmu yang ingin disampaikan dan lebih ingat isi pembelajaran berdasarkan benda yang telah difahami olehnya.

Sebagai kesimpulan, diharap kajian ini dapat membantu dalam meningkatkan pengajaran di peringkat pendidikan khas. Selain itu, berdasarkan hasil kajian, pengkaji juga mengharapkan intervensi ini dapat diperkembangkan dan diaplikasikan di peringkat tadika dalam pengajaran mengenal dan menulis nombor. Dengan itu, asas pembelajaran murid akan dapat dipertingkatkan dan memudahkan pembelajaran murid pendidikan khas serta murid tadika. Ini adalah sebab kemahiran mengenal dan menulis nombor merupakan kunci kepada pembelajaran ilmu pengetahuan yang lain melalui pengiraan.

Akhir sekali, penggunaan Kit Numbox juga boleh diaplikasikan dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana intervensi yang terdapat dalam Kit Numbox dapat diubahsuai untuk pembelajaran mengenal dan menulis abjad dengan betul. Tuntasnya, penggunaan Kit Numbox ini tidak terbatas hanya dalam mata pelajaran Matematik sahaja namun boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

Page 10: Artikel Janjan

10

RUJUKAN

Alis Puteh. (2008). Kajian tindakan di sekolah:Satu Pengenalan. Jitra: Kedah:Pure Honey

Enterprise.

Barwell& R. Clarkson. (2009). Teaching And Learning Mathematics In MultiligualClassroom. Cape

Coast: Living Inc.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Perlaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan

Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chan Yook Lean. (2009). Mathematics. Petaling Jaya: Sasbadi.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Kuala Lumpur: PTS Publication.

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur:

PTS Publishing.

Jean Piaget (1952). The Child's Conception Of Number By Routledge Is An Imprint. United

Kingdom: The Tylor & Francis Group.

Kamaruzzaman Kamaruddin.(2003). Psikologi Perkembangan, Teori dan Konsep. Kuala Lumpur

:Pustaka Salam.

McNiff, J & Whitehead J. (2005). Action Research For Teacher Guide. New York : Fulton

Publisher.

Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd: Subang

Jaya.

Nadira Anis Sharina Bt Hamidi. (2009). Pengaplikasian Kaedah Pandang Sebut Untuk

Page 11: Artikel Janjan

11

Meningkatkan Konsep Nombor 1-10 Dalam Bahasa Inggeris Koleksi Artikel PISMP: Institut Pendidikan Guru.

Richardson K. (2003). Developing Number Concepts United Kingdom: Union Publishers.

Shaw J M. (2009). Mathematics In Easy Way. Penang: Seamcom Reesam Books.