APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN...
Transcript of APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN...
-
APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN BARANGAN: KAJIAN
TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)
Hasri Harun1, Shofian Hj Ahmad
2 & Ruzian Markom
3
Abstrak
Khiyar atau pilihan adalah hak yang diberikan oleh hukum syarak terhadap pembeli
dan penjual sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kontrak yang
dilaksanakan. Hak khiyr ini dijelaskan secara mendalam di dalam kitab fiqh
muamalah khususnya dalam jual beli. Namun demikian dalam undang-undang
transaksi jual beli di Malaysia, tidak terdapat peruntukan khusus yang memberikan
hak khiyar kepada pihak-pihak yang berkontrak. Artikel ini bertujuan mengkaji
sejauhmanakah prinsip khiyar boleh dilaksanakan dalam undang-undang menerusi
Bab 2 bermula Seksyen 3 hingga 9 Akta Kontrak 1950 (Akta 136). Kajian mendapati
bahawa terdapat persamaan falsafah dan prinsip khiyar di dalam peruntukan seksyen
3-9 Akta Kontrak 1950 namun peruntukan tersebut tidak digunakan sebagai khiyar.
Kajian ini penting bagi memastikan konsep khiyr dalam undang-undang Kontrak di
Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta menambahbaik undang-undang
kontrak di Malaysia bagi memelihara hak dan kepentingan pihak pengguna dan
penjual.
Kata kunci: Khiyr. Kontrak Jualan Barangan, Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
Abstract
Khiyar or options are rights granted by Islamic law against the buyer and the seller as
to whether to continue or cancel the contract that has been executed. Khiyar rights are
described in detail in the books of fiqh transactions, particularly in the trade.
However, the law of the transaction in Malaysia, there is no specific provision
entitling khiyar to the contracting parties. This article seeks to examine the extent of
the principle khiyar according to Islamic contract law can be implemented in through
Chapter 2 section 3 to 9, the Contracts Act 1950 study found that there were
similarities khiyar philosophy and principles of Islamic law as the provisions of
section 3-9, but the provisions of the Contracts Act 1950 is not used as khiyar. This
study is important to ensure that the concept Khiyar in contract law in Malaysia can
be implemented as a whole and improve the law of contract in Malaysia to safeguard
the rights and interests of the consumer and the seller.
Keywords: Khiyar. Contracts of Sale of Goods, Contract Act 1950 (act 136)
1 Penulis adalah calon Phd, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
2 Prof Madya & Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM
3 Prof Madya Fakulti Undang-Undang UKM
-
61
Pendahuluan
Transaksi perniagaan dalam undang-undang Islam adalah menitikberatkan persoalan
antaranya keredaan kedua belah pihak. Ini bermakna terma kerelaan adalah penting
bagi memastikan transaksi menjadi sah dan sempurna menurut peruntukan hukum
Islam dan undang-undang. Di Malaysia, terdapat beberapa akta yang mengawalselia
aktiviti kontrak penjualan dan perdagangan antaranya ialah Akta Kontrak 1950 (Akta
136), Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999
(Akta 599). Undang-undang berhubung dengan penjualan barangan adalah juga satu
cabang daripada undang-undang perdagangan. Dilihat dari sudut tarikh diwujudkan
Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Kontrak maka Akta Perlindungan Pengguna
terkemudian daripada Akta Kontrak. Akta Kontrak diwujudkan pada tahun 1974
manakala Akta Perlindungan Pengguna diwujudkan pada tahun 1999.4
Di dalam Islam kontrak bukan sahaja merupakan satu transaksi biasa dalam apa jua
aktiviti semata-mata melepaskan hak dan barangan namun ia mengambil matlamat
memelihara setiap unsur dalam berkontrak. Unsur kerelaan dan kepuashatian
menurut kacamata kontrak Islam adalah antara unsur penting yang dipelihara agar
ianya tidak ditolak dan akhirnya menyebabkan kontrak menjadi batal atau rosak.
Dalam konteks memelihara kontrak di Malaysia terdapat Akta Kontrak 1950 yang
memperuntukan undang-undang yang memelihara setiap aktiviti kontrak terbabit.
Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) terdapat peruntukan Bab 2 yang bertajuk
Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan.5 Bab ini
mengandungi 7 seksyen yang menghurai tentang kedudukan amalan kontrak,
komunikasi dalam berkontrak, aspek penerimaan dan pembatalan dalam sesuatu
kontrak yang dijalankan. Kesemua seksyen memperuntukan hak dan unsur penting
dalam berkonrak dan dimana hak pilihan dan khiyar dilaksanakan menurut kontrak
terbabit.
Manakala Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan lebih kepada untuk
menjaga hak pengguna daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli.
Menurut bahagian 2 akta ini, ianya memperuntukan salah satu tajuk yang berbunyi:
Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan tak
Saksama, menunjukkan dengan jelas bahawa akta ini sememangnya ingin menjaga
hak pengguna daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli.
Menurut Mohaji bin Selamat6 dua perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh
rakyat Malaysia dan para pemerintah iaitu pertama semua pihak termasuk pengguna
perlu bekerjasama dalam meningkatkan tahap perlindungan pengguna dalam transaksi
di negara ini dan kedua penekanan terhadap pelaksanaan undang-undang yang ada
4 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) telah dikuatkuasakan pada 15 November 1999, sebagai
perlindungan perundangan kepada pengguna di dalam hal kepenggunaan dan lain-lain hal yang
berkaitan dengannya. Akta ini terpakai kepada semua urusan jualan barangan atau perkhidmatan yang
diberikan kepada pengguna. Lihat Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) (2010). Selangor:
Penerbitan Akta (M) Sdn. Bhd.
5 Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
6http://www.malaysianbar.org.my/consumer_protection/urusan_jual_beli_pengguna_masih_tidak_terli
ndung.html
http://www.malaysianbar.org.my/consumer_protection/urusan_jual_beli_pengguna_masih_tidak_terlindung.htmlhttp://www.malaysianbar.org.my/consumer_protection/urusan_jual_beli_pengguna_masih_tidak_terlindung.html
-
62
juga perlu dipertingkatkan supaya pengguna tidak teraniaya. Pengetahuan tentang
hak pengguna yang baik serta perundangan yang kukuh menjadi faktor yang penting
dalam mengelak sebarang ketidakpuashatian serta permasalahan yang akan berlaku
dalam setiap transaksi jualan dan pembelian.
Artikel ini melihat kedudukan khiyar dalam proses jualan barangan yang sedia ada
menurut sudut perundangan melalui Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang ada serta
menilai keperluan pengemaskinian elemen pilihan yang wujud dan terhadap aplikasi
pilihan dalam perundangan sedia ada. Oleh yang demikian artikel ini membincangkan
definisi dan konsep khiyar menurut hukum kontrak Islam dengan menjelaskan jenis-
jenis khiyar utama di dalam fiqh muamalah diikuti dengan latar belakang
perundangan dan akta berkaitan jualan barangan termasuk Akta Kontrak 1950, Akta
Jualan Barangan 1957 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Penulis dalam kertas
ini melihat sejauhmana aplikasi konsep khiyar menerusi Akta Kontrak 1950 (Akta
136) berdasarkan peruntukan Bab II bermula seksyen 3 hingga 9 yang menghuraikan
aspek tajuk Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan.
Peruntukan ini memperlihatkan beberapa prinsip yang bersamaan dengan elemen
khiyar dan menampakan beberapa ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan
khiyar menurut Undang-Undang Kontrak Islam.
Konsep Khiyar Menurut Islam
Khiyar menurut bahasa adalah dari kata ikhtiyar yang bererti mencari yang baik dari
dua urusan baik meneruskan akad atau membatalkannya.7 Ini bermakna pilihan,
umumnya merujuk kepada jenis hak tertentu merangkumi dua pihak iaitu pembeli dan
penjual untuk mengesahkan sesuatu kontrak atau membatalkan kontrak tersebut8.
Kebiasaannya penentuan khiyar ini berdasarkan harga yang dipersetujui oleh kedua-
dua belah pihak.9 Dalam kitab Kifayah al-Akhyar, Imam Taqiuddin Abu Bakr bin
Muhammad al-Husayni menyebut bahawa khiyar bagi dua orang pembeli dan penjual
adalah selagi mana mereka tidak berpisah dalam urusan jual beli tersebut10
. Beliau
menambah lagi bahawa syarat berpisah tersebut adalah selama tiga hari11
.
Sebenarnya khiyar disyariatkan adalah untuk memenuhi kepentingan transaksi
perniagaan menurut hukum Islam. Kepentingan ini bertujuan menjaga kemaslahatan
dan kerelaan kedua belah pihak dan melindungi mereka dari kemungkinan bahaya
yang merugikan perniagaan mereka kelak. Secara umumnya ulama telah
membahagikan khiyar ini kepada beberapa jenis. Imam Hanafi membahagikan kepada
tujuh belas jenis, Shafii enam belas, Hanbali lapan jenis dan Maliki dua jenis.12
7 Abd Aziz Muhammad Azzam, 2010, Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi dalam Fiqh Islam, Jakarta
Amzah
8 al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Taarif bi al-Fiqh al-islami wa Qawaid al-
Milkiyyah wa al-Uqud Fihi, hlm 595
9 ibid
10 Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini, 1994, Kifayatul Akhyar fi Hal Qayah al
Ikhtisar.jil.1.Maktab Buhus Wa al-Dirasat : Dar al-Fikr, hlm.203
11 ibid
12 Al-Zuhaily, Wahbah.(t.th) Fiqh al-Islam wa adillatuhu, Dar al-Fikr
-
63
Namun dalam artikel ini penulis hanya menjelaskan empat khiyar utama sahaja iaitu
ialah Khiyar Majlis, Khiyar Shart, Khiyar Aib, dan Khiyr Ruyah.
Khiyar Majlis
Khiyar majlis merujuk kepada hak pilihan ketika dalam majlis. Ini dimaksudkan
dengan hak bagi kedua belah pihak, antara penjual dan pembeli untuk melangsungkan
jual beli atau membatalkannya selama masih berada di tempat (majlis) jual beli itu.13
Apabila keduanya berpisah dari majlis tersebut, maka hilanglah hak khiyar ini
sehingga perubahan tidak dapat dilakukan lagi14
. Majlis akad ini juga bermaksud
waktu yang dimulai ijab dan waktu berterusan selagi belum berlaku qabul. Oleh yang
demikian dalam tempoh waktu tersebut penjual dan pembeli mempunyai hak untuk
membuat pilihan samada meneruskan atau membatalkannya.15
Khiyar ini menurut
Mazhab Shafie dan Hanbali terbatas kepada akad muawadat16
dan ijarah. (sewaan).
Manakala Mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah menolak keberadaan khiyar majlis ini.
Khiyar Shart
Khiyr sharat merupakan suatu pilihan yang telah ditetapkan syarat dalam sesuatu
kontrak. Ia memberikan hak kepada salah satu, atau kedua-duanya atau kepada pihak
ketiga untuk mengesahkan atau membatalkan sesuatu kontrak dalam sesuatu tempoh
masa17
. Pada dasarnya khiyar ini memberi tempoh masa tersebut supaya penilaian
semula faedah dan kos terlibat dapat dilakukan dalam sesuatu kontrak tersebut. Imam
Shafie dan Imam Abu Hanifah menghadkan tempoh khiyar sharat hanya kepada tiga
hari, manakala Imam Ahmad Ibn Hanbal tidak menetapkan limitasi tempoh tersebut.
Tujuan khiyar ini adalah untuk memberi peluang kepada penjual dan pembeli supaya
tidak terburu-buru mengambil keputusan bagi membolehkah mereka berfikir dan
membuat keputusan sewajarnya. Di dalam Majalah al-ahkam al-adliyyah
menyebutkan bahawa diharuskan mengadakan syarat bagi pilihan (khiyar) untuk
membatalkan akad dan pihak yang telah diberi pilihan tersebut samada memilih
meneruskan atau memfasakhkannya.18
Khiyar Aib
Khiyar Aib ialah hak untuk membatalkan atau meneruskan jual beli barang bagi
pihak yang berakad. Hal ini terjadi jika sesuatu barang yang dibeli mengalami
13 Ibid, hlm 250
14 M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan,2007, Kamus Popular Keuangan Ekonomi Syariah.
Jakarta : PKES Publishing, hlm.43
15 Abd Sattar Ghuddah ,1985, al-Khiyar wa atharuhu fi al uqud, Matbaah Maghawiy Dallah Barakah,
hlm 118
16 Muawadat bermaksud akad yang saling mengganti antara dua pihak seperti segala bentuk jual beli
dimana pembeli memberi sejumlah wang kepada penjual dan si penjual memberikan barang yang
dibeli
17 Mohammed Obaidullah, 1998, Financial Engineering with Islamic Options, Islamic Economic
Studies, Vol. 6, No. 1, hlm.77.
18 Al-Ahkam Al-Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam), 1990, Terjemahan: Md Akhir Hj Yaakob.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Perkara 300 dan 301, Fasal pertama Bab keenam, hlm 89
-
64
kecacatan atau kerosakan, maka penjual berhak mengembalikan wang yang diberi
oleh pembeli tersebut.19
Dalam jual beli, Islam mensyaratkan kesempurnaan dalam
amalan perniagaan dan melarang berjual beli dengan amalan yang salah yakni batil.
Para fuqaha menitikberatkan keharusan khiyar aib ini kerana ia adalah bagi
memastikan keselamatan sesuatu barangan yang menjadi subjek kontrak dari sebarang
kecacatan. Memastikan keselamatan barangan tersebut sangat penting sehingga pihak
yang memiliki barang tersebut mendapat manfaat sepenuhnya sehingga memenuhi
hajat dan keperluannya.20
Secara prinsipnya khiyar aib ini bertujuan apabila akad
kontrak itu berlaku sekiranya tidak terjamin keelokkan subjek kontrak, maka kerelaan
yang merupakan asas kontrak terjejas makan bagi menampung kekurangan ini
disyarakkan khiyar aib bagi pihak yang bakal memiliki barang tersebut.21
Khiyar Ruyah
Khiyar ruyah ialah hak membuat pilihan yang diberi kepada pembeli samada ingin
meneruskan kontrak atau membatalkannya apabila telah melihat barang jualan yang
tidak dilihatnya semasa melakukan akad22
. Mazhab Hanafi menggariskan jual beli
barangan yang tidak nampak sah di sisi hukum. Mereka berpendapat risiko pembeli
adalah minimum kerana jika barangan sudah sampai, maka pembeli berhak untuk
membuat pilihan barangan yang dilihatnya23
. Imam Shafii pula tidak bersetuju
kerana transaksi sebegitu terdapat gharar yang tidak diketahui risikonya.
Walaupun majoriti Fuqaha berpandangan khiyar (pilihan) ialah perjanjian membeli
atau menjual sesuatu barangan pada harga tertentu dalam tempoh masa yang
ditetapkan dan merupakan sesuatu transaksi yang sah di sisi undang-undang tertakluk
kepada kebenaran produk tersebut, namun ia masih mempunyai ruang perbahasan
yang panjang berkenaan konsep dan amalan khiyar yang dilaksanakan terutamanya di
negara ini. Oleh yang demikian melihat kepada sudut kesesuaian dan
pengharmoniannya, elemen-elemen pilihan yang dilaksanakan dalam peruntukan
undang-undang sedia ada boleh memberi ruang penambahbaikan kearah pelaksanaan
prinsip khiyar sejajar menurut hukum syarak
Pilihan dalam Konteks Perundangan Di Malaysia
Pilihan berdasarkan perundangan Malaysia merujuk kepada hak seseorang pembeli
dan pengguna untuk meratifikasikan sesuatu perjanjian atau menarik balik kontrak
19 Nasrul Hisyam NorMuhamad. 2008, Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi Muamalah
Islam: Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif Undang-Undang Kontrak Islam,
Jurnal Teknologi, 49(E) Dis, hlm.81-91
Ahmad Yahya al-Murtado.1988, Bahr al Zuhar al Jami lil Mazahib ulama al-Amsar, Dar al
Hikmah al-yamaniah, Sana, hlm 354
21 Ibn Humam, Kamal al_din Muhammad ibn Abd al-Wahid al-Suyawasi t.th, cet ke-2 Sharh fath al-
Qadir , Beirul Dar-al-Fikr
22 Suruhanjaya Sekuriti.2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti . Kuala
Lumpur: Security Commision, hlm.119
23 Ibid hlm. 113
-
65
tersebut dalam tempoh waktu yang ditetapkan24
. Selain dari itu juga ia menurut
peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan bahawa terma pilihan
yang dimaksudkan ini merujuk kepada hak seseorang pengguna dalam sesuatu
transaksi bagi tempoh pembatalan atau penerimaan kontrak25
. Menurut Wu Min Aun
pilihan adalah merujuk kepada hak bagi seseorang pembeli bagi menentukan samada
meneruskan kontrak ataupun tidak26
.
Secara umumnya istilah pilihan yang dijelaskan menunjukkan ia adalah satu hak yang
diberikan oleh syarak dan perundangan kepada pihak yang berkontrak samada penjual
dan pembeli dalam memastikan transaksi perniagaan berjalan dengan penuh kerelaan
kedua belah pihak. Ini menunjukkan bahawa peruntukan hak pilihan ini selaras
dengan konsep hak pengguna yang dinyatakan dalam undang-undang pengguna iaitu
lapan Hak Pengguna yang menggariskan objektif agar hak pengguna dipelihara27
Dalam menjelaskan tentang kedudukan prinsip dan elemen pilihan dalam undang-
undang maka perlu meneliti kembali sejauh mana kontrak perundangan yang
diperuntukan memberi hak kepada pihak berkontrak untuk melaksanakan hak mereka
semasa berkontrak. Justeru pemahaman tentang kedudukan kontrak dan perundangan
serta latarbelakang, apakah elemen kontrak yang diperuntukan dalam Akta Kontrak
1950 (Akta 136) telah memberi hak kepada pihak berkontrak untuk melakukan
pilihan tersebut.
Latarbelakang Undang-Undang Kontrak
Undang-Undang kontrak adalah suatu cabang undang-undang persendirian dalam
negara ini. Istilah kontrak menurut adalah suatu tafsiran bahawa ditengah-tengah
undang-undang kontrak terletak idea tentang persetujuan, janji dan rundingan yang
saling berkaitan.28
Menurut Halsburys Law of England29
ungkapan kontrak
walaubagaimana pun mungkn boleh digunakan untuk memerihalkan mana-mana satu
daripada berikut:
a) Beberapa siri janji atau perlakuan itu sendiri yang menjadikannya kontrak
b) Dokumen atau beberapa dokumen yang menjadikan atau menerangkan
bahawa siri janji atau perlakuan tersebut atau pelaksanaannya
24 Hafiz Shukri, Ruzian Markom, 2013 Pengharmonian Prinsip Khiyar al-rukyah dalam transaksi
perniagaan di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP
25 Lihat Bahagian VI, Hak Terhadap Pembekal berkenaan dengan gerenti dalam pembekalan barang :
Akta Perlindungan Pengguna 1999
26 Wu Min Aun & Beatrix Viohrah.1996, The commercial Law of Malaysia ; Cornell University Press,
Hlm 25
27 http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna
28 Tillotson, Contract Law in Perspective, Butterworths, 1981. hlm 6
29 Halsbury Laws of England, edisi k-4 Jil 4 hlm 80
http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna
-
66
c) Hubungan undang-undang yang timbul daripada siri tersebut.30
Amalan transaksi atau kontrak adalah suatu tindakan yang dilakukan setiap hari
samada disedari ataupun tidak.. Kontrak membeli barangan di kedai-kedaia adalah
satu kontrak yang mana penjual bersetuju menjual sesuatu barangan dan pembeli
bersetuju membeli barangan yang ditawarkan dengan balasan yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Kontrak juga tidak perlu bertulis dan tidak semestinya juga
mempunyai terma-terma atau syarat-syarat yang banyak di dalam nya. Dalam
menentukan kewujudan dan keesahan sesuatu kontrak, biasanya kita lihat dulu
samada wujudnya perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang (legally
enforceable). Ini dihuraikan dengan jelas dalam penghakiman Hakim V. C George
dalam kes Sri Kajang Rock Products Sdn Bhd v Mayban Finance Bhd31
:
Untuk membentuk kontrak yang sah mesti ada pihak yang berasingan dan
yang pasti dengannya; pihak ini mestilah dalam perjanjian, iaitu, kata sepakat;
-dua pihak mesti berhasrat untuk mewujudkan hubungan undang-undang
dalam erti kata bahawa janji-janji setiap sisi adalah enforceably semata-mata
kerana mereka adalah janji kontrak dan janji-janji setiap pihak mesti disokong
oleh pertimbangan.
Dari apa yang dinyatakan di atas, kita boleh simpulkan bahawa:
1. Sebelum wujudnya satu kontrak, perlu adanya satu perjanjian;
2. Perjanjian itu hendaklah di antara dua atau lebih pihak;
3. Perjanjian itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu;
4. Terdapat niat-niat dari pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan perhubungan
di sisi undang-undang dimana..
5. sebarang pemecahan janji atau set janji akan memberikan remedi di sisi
undang-undang kepada pihak yang satu lagi
6. Janji atau set janji itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration).
Dalam konteks di Malaysia, aplikasi Jualan Barangan secara umumnya terikat dengan
peruntukan Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) selagi mana tidak bertentangan
dengan akta kontrak 1950 (Akta 136). Sudah pasti bahawa keterikatan undang-undang
yang mengawal selia aktiviti kontrak bukan sahaja undang-undang jualan barangan
semata-mata malah juga harus memahami Akta Kontrak 1950 (Akta 136) dan Akta
Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
30 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang kontrak Malaysia,
International Law Book service
31 [1992] 1 CLJ 204
-
67
Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
Secara umum berlatarbelakangkan sejarah bahawa Akta kontrak di Malaysia adalah
dikanunkan dari Contacts Ordinance 195032
. Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) dari
enakment Contracts (Malay States) Ordinance 1950 yang terdahulu diaplikasi di
sembilan negeri, berasal dari undang-undang kontrak India iaitu Akta Kontrak India
1872 yang diubahsuai dari model English yang juga meminjam sebahagian proviso
dari kod deraf New York33
. Disebabkan sejarah koloni Inggeris bertapak di tanah
Malaya suatu ketika dahulu, maka kesannya terhadap sistem perundangan tempatan
adalah berpandukan common law merujuk kepada sistem perundangan di England
dan India atas faktor sejarah dan kedudukan Majlis Privy yang dulu merupakan
mahkamah rayuan tertinggi Malaysia sebelum digantikan dengan Mahkamah
Persekutuan 34
.
Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta
Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris
yang digunakan. Akan tetapi telah diubahsuai atau dimodifikasikan agar sesuai
dengan keadaan tempatan. Akta Kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India
1872 yang juga merupakan satu kodifikasi dari common-law Inggeris. Akta 136
adalah satu perundangan terpenting bagi hal-hal komersial di Malaysia. Sebagaimana
di dalam common-law, undang-undang kontrak di Malaysia turut mengariskan
keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip asas dalam undang-
undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud perjanjian yang
SAH dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.
Di dalam Akta Kontrak 1950 terdapat terma perundangan yang menggariskan elemen
hak pilihan yang diberikan kepada pihak-pihak berkontrak. Dalam terma tersebut
dinamakan sebagai Pelepasan Kontrak. Dalam sesuatu kontrak adalah menjadi
kewajipan kedua belah pihak untuk melaksanakan obligasi yang dipersetujui. Namun
hak obligasi itu boleh dilepaskan sekiranya pihak berkontrak tidak dikehendaki
melaksanakan kewajipan tersebut mengikut cara-cara dibawah.35
:
a) Pelepasan menerusi persetujuan
b) Pelepasan dengan pelaksanaan syarat
c) Pelepasan melalui kemungkiran kontrak
32 Abdul Majid Nabi Baksh & Krishnan Arjunan, Business Law in Malaysia.2007, Lexis Nexis :
Malayan Law Journal, hlm. 50
33 Beatrix Vohrah & Wu Min Aun.2000, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua, Longman,
hlm.3.
34 Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan undang-undang di
Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm 218-227
35 Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undang-Undang
Perniagaan di Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54
-
68
d) Pelepasan melalui kekecewaan36
Akta Jualan Barangan (Akta 382)
Akta Jualan Barangan (AJB 1957) adalah merupakan sumber utama undang-undang
jualan barangan di Malaysia. Akta ini dinamakan sebagai jualan barangan juga
dikenali sebagai Akta 382. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini akta ini adalah merupakan semakan kepada Ordinan Jualan barangan
(Negeri-Negeri Melayu) 1957 yang dikuatkuasakan hanya dinegeri-negeri melayu
pada 23 Mei 1957. Akta ini telah disemak semula pada 1989 dan diterbitkan semula
sebagai akta Jualan Barangan 1957. Namun pada tahun 1990 AJB ini telah dipinda
dan diperluas lagi penggunaannya di Negeri-negeri selatan akibat daripada kekeliruan
dan persoalan yang tentang kedudukan akta tersebut.AJB 1957 mengandung 7 Bab
dan 64 seksyen yang memperuntukan perkara-perkara seperti terma tersirat, klausa
pengecualian dan remedi.37
Akta ini juga mengawal urusan kontraktual jualan
barangan antara pembeli dan penjual. Peruntukan yang terkandung di bawah AJK
1957 memperlihatkan kesamaan dengan Akta Inggeris Sales of Goods 1893. Namun
akta ini dimansuhkan dan diganti dengan Sales of Goods Act 197938
Akta Perlindungan Pengguna (Akta 599)
Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah merupakan satu peruntukan bagi
melindungi pengguna. Penggubalan akta ini amat penting bagi memastikan hak
pengguna terpelihara dan mampu mengatasi sebarang masalah khususnya dalam
transaksi perniagaan.Selaras dengan aspirasi negara menggalakkan perdagangan sihat
serta membanteras penindasan golongan yang lemah, APP 1999 telah diperkenalkan.
Dengan berkuatkuasanya APP 1999 pada 15 November 1999, peruntukan-peruntukan
APP 1999 yang menyentuh tentang pembekalan barang kini membentuk sebahagian
daripada undang-undang jualan barang di Malaysia.39
Justeru bagi menyahut laungan ini, APP 1999 telah digubal bagi memenuhi tiga
tujuan utama yakni, (i) mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna; (ii)
penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara; dan (iii) penubuhan Tribunal Tuntutan
Pengguna.40
Penguatkuasaan AJB APP 1999 pada 15 November 1999 bermakna
peruntukan-peruntukan APP 1999 yang menyentuh tentang pembekalan barang kini
membentuk sebahagian daripada undang-undang jualan barang di Malaysia.41
36 Ibid. hlm 55
37 Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia, Fakulti
Undang Undang, UKM ,Tesis Master, UKM
38 Sakina Shaik Ahmad Yusoff. 2007, Susur galur Undang-Undang Jualan barangan di Malaysia,
Undang Undang Malaysia : 50 tahun merentas zaman, Fakulti Undang-Undang UKM. hlm 198-200
39 Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof, 2011 Gerenti tersirat di bawah Akta
Perlindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada syarat tersirat di bawah Akta
Jualan Barangan 19577, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat
40 Sakina Shaikh Ahmad Yuspf, Rahmah Ismail, 2011, Perlindungan Pengguna di bawah Undang-
Undang pembekalan barangan dan perkhidmatan, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat
41 ibid
-
69
Namun demikian pada tahun 2007, untuk lebih memantapkan lagi akta ini pindaan
telah dilakukan kepada akta APP 1999 dengan meluaskan lagi kepada e-dagang
melalui pemansuhan subseksyen 2(2) (g). Dan pada tahun 2010 pula telah berlaku
perubahan besar dengan memperkenalkan Bahagian IIIA berkaitan terma tidak adil.
Terma ini bertujuan mengukuhkan lagi tahap perlindungan pengguna di Malaysia.
Walau bagaimana pun terma ini menyaksikan berlaku kelompongan yang besar
dimana ianya sekadar menambah kepada peruntukan AJB 1957 dan Akta Kontrak
1950 yang mengandungi fasal pengecualian.42
Peruntukan Bab 2 Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
Akta kontrak 1950 (Akta 136) adalah merupakan satu Akta induk yang
menguatkuasakan aspek kontrak di Malaysia. Akta ini merupakan akta utama yang
menjadi dasar kepada semua jenis kontrak di Malaysia. Selagi mana sesuatu
peruntukan itu tidak bercanggah dengan peruntukan khusus undang-undang maka
Akta Kontrak 1950 akan menjadi sumber rujukan.43
Sebagai contoh dalam kes Song
Bok Yong vs Ho Kim Poui44
, dijelaskan terdapat percanggahan peruntukan antara akta
kontrak 1950 degan undang-undang Inggeris , maka Akta Kontrak 1950
diutamakan.45
Dalam konteks sebuah akta yang disifatkan sebagai landasan kepada
semua jenis kontrak, maka semua aspek dari segi pembentukan kontrak telah
digariskan termasuklah dari segi pembentukan, kontrak boleh batal, pelaksanaan dan
sebagainya. Kertas ini akan memfokuskan dalam penulisan ini tentang Bab 2 dalam
aspek pembentukan dengan peruntukan bertajuk Mengenai Komunikasi, Penerimaan
dan Pembatalan Cadangan.
Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ini yang memperuntukan tentang tajuk
Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan. Bahagian ini
memperuntukan bermula seksyen 3 hingga 9 yang menghuraikan tentang aspek-aspek
berkaitan dengan komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan dalam
berkontrak. Menurut seksyen 3 dalam tajuk Komunikasi, penerimaan dan pembatalan
cadangan menyatakan bahawa:
Komunikasi cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan
pembatalan penerimaan masing-masing adalah dianggap dibuat dengan mana-
mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh pihak yang mencadang, yang
menerima atau yang membatalkan dengan mana pihak itu berniat untuk
mengkomunikasikan cadangan, penerimaan atau pembatalan itu atau yang
42 Farhah Abdullah& Sakina Shaikh Ahmad Yusoff, 2013, Fasal pengecualian dalam kontrak
pengguna di malaysia dan united kingdom. Analisis Perbandingan Legislatif. Proceeding of
International Conference on Consumerism. hlm 356.
43 Ini dijelaskan secara langsung melalui sekseyn 1 (2) Tiada apa-aa yang terkandung dalam Akta ini
boleh menyentuh peruntukan mana-mana akta bertulis atau mana-mana kelaziman atau adat trend atau
sebarang perkara yang berkaitan dengan mana-mana kontrak yang tidak berlawanan dengan peruntukan
Akta
44 [1968] 1 MLJ 56
45 Suzana Mohd Isa, Azimon Abd Aziz, 2011, Undang-undang Kontrak Malaysia: Keterbatasan
Pemakaian Dalam Kontrak Pengguna, Jurnal Pengurusan 32 (2011) ms 39-53
-
70
pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasi cadangan
itu.46
Dalam konteks maksud kontrak menurut undang-undang sivil bahawa sesuatu kontrak
itu haruskan berlaku dengan memenuhi elemen-elemen asas yang perlu
termasuklah:47
a) Wujudnya tawaran atau perjanjian yang dibuat oleh seseorang dan ditujukan
kepada individu tertentu atau ditujukan kepada orang ramai
b) Terdapat penerimaan atas tawaran yang dibuat dan penerima tawaran
bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
c) Pihak yang berkontrak haruslah berkeupayaan untuk memasuki sebuah
kontrak
d) Ada niat diantara pihak yang terbabit untuk menjadikan sesebuah perjanjian
tersebut mengikat disisi undang-undang
e) Wujud kerelaan untuk memasuki kontrak tanpa sebarang paksaan, pengaruh
tak berpatutan dan khilaf
f) Semua butiran dalam kontrak perlu jelas dan tentu maksudnya.
Justeru keperluan utama sesuatu kontrak terbentuk adalah perjanjian. Oleh kerana itu
perlu wujud dua pihak bagi membentuk perjanjian iaitu satu pihak sebagai pembuat
tawaran dan satu pihak lagi sebagai penerima tawaran. Ini kerana menurut undang-
undang kontrak jika berlaku satu pihak sahaja maka tidak memadai.48
Untuk
mewujuddkan satu kontak itu sah disisi undang-undang kontrak memerlukan
beberapa elemen penting:
a) Cadangan
b) Penerimaan
c) Balasan
d) Niat mewujudkan hubungan disisi undang-undang
e) Keupayaan
f) Kerelaan Bebas
46 Seksyen 3 Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
47 Salleh Buang, Nordin Torji, 1992 Undang-Undang Kontrak di Malaysia, Kuala lumpur, Central Law
Book Company
48 Mohamad Sabri, Shapiai Abd rahman, 1996 Asas-Asas Undang-Undang Perniagaan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
-
71
g) Keesahan kontrak49
Justeru penulis menggariskan dan menghuraikan definisi Bab 2 Akta Kontrak yang
menjelaskan kedudukan kontrak termasuklah mengenai komunikasi, penerimaan dan
pembatalan cadangan. Bab 2 ini menjadi asas yang sangat penting terhadap status
kontrak khiyar yang menjadi topik utama penulis ini untuk menganalisa bagaimana
terma dan peruntukan dalam Bab ini menghuraikan unsur-unsur yang bertepatan dan
bersamaan dengan prinsip khiyar menurut hukum kontrak Islam.
Pembentukan Sebuah Kontrak
Pembentukan sesuatu kontrak adalah merupakan satu persetujuan antara pihak yang
berkontrak. Menurut takrifan undang-undang bahawa dalam sekseyn 2 (h) Akta
Kontrak 1950 (Akta 136) bahawa kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Takrifan ini juga dapat dikemaskan lagi
penghuraiannya dengan merujuk juga kepada seksyen 10 Akta Kontrak 1950 yang
memperuntukan bahawa:
Satu perjanjian perlu dibuat dengan prinsip kerelaan bebas pihak-pihak yang
layak berkontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan suatu tujuan
yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah peruntukan ordinan ini
bahawa ianya terbatal.
Namun demikian sesuatu kontrak sebelum ianya termeterai, elemen-elemen utama
sesuatu kontrak untuk menjadikan ianya sah perlu dipastikan wujud. Sesuatu kontrak
perlu mempunyai tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat, keupayaan untuk
berkontrak, ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah.50
Menurut Islam dan undang-undang syariah menggariskan empat unsur utama dalam
pembentukan kontrak dan menjadikan ianya sah dalam sesebuah kontrak. Menurut
Wahbah Zuhaily bahawa empat unsur tersebut seperti berikut:
a) Lafaz Kontrak wujudnya pembuat tawaran dan penerimaan dan perlu suatu
yang lahir daripada dua pihak yang berkontrak bagi menunjukkan niat secara
lafaz, perbutan, isyarat atau tulisan
b) Pihak yang berkontrak Pihak yang berkontrak perlulah berkelayakan
menurut pandangan syarak
c) Tempat kontrak iaitu keadaan tempat pihak berkontrak membuat kontrak
d) Perkara kontrak51
49 Sakina Shaik Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia,
International Law Book Service
50 Shaikh Mohd Noor Alam, 2000 Undang-Undang Komersil di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
KL
51 Wahbah Zuhaily, 1995, Fiqh Perundangan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
-
72
Komunikasi Cadangan (Seksyen 4, Akta Kontrak 1950)
Di dalam seksyen 2(a) Akta kontrak 1950 menjelaskan tentang maksud cadangan :
Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk
melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud
memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri
daripada berbuat sesuatu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat
cadangan.52
Akta Kontrak memperuntukan seksyen 4 (1) berkenaan dengan komunikasi cadangan
bila lengkap. Menurut Seksyen ini komunikasi cadangan adalah lengkap, bila
cadangan itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.
Menurut seksyen 4 (2):
(a) terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah masuk ke
dalam perjalanan pengiriman kepadanya dimana ianya berada diluar
kuasa penerima
(b) terhadap penerima bila komunikasi tersebut telah sampai ke
pengetahuan pencadang.
Ini bermaksud cadangan menurut perspektif kontrak adalah sesuatu cadangan dan
penerimaan itu mestilah mengetahui ianya wujud. Pengetahuan ini menggambarkan
wujudnya pertemuan minda antara kedua belah pihak yang telah mencapai
persetujuan. Oleh itu setiap cadangan adalah berkehendakkan penerimaan dan suatu
penerimaan mestilah berdasarkan cadangan.53
Dalam satu kes Preston Corporation Sdn Bhd lwn Edrward Leong dan Lain-Lain54
,
Hakim Salleh Abas mendefinisikan tawaran dan cadangan sebagai satu kesediaan
membuat tawaran untuk menjalin sesuatu kontrak yang sah mengikut undang-undang.
Terma-terma seperti secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan
bahawa ia akan menjadi mengikat sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran ia
perlulah mengandungi janji dan mengikat.
Penerimaan Cadangan (Seksyen 7, Akta Kontrak 1950)
Penerimaaan Cadangan bermaksud tanda kesediaan seseorang yang telah menerima
cadangan untuk menjalin satu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat
cadangan. 55
Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 menjelaskan bahawa apabila
orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan
52 Seksyen 2, Akta Kontrak 1950
53 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000. Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia,
International Law Book of Services
54 [1982] 2, MLJ 22
55 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak di Malaysia,
International Law Book Services
-
73
itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima, maka suatu cadangan
diterima itu adalah menjadi janji.56
Menurut Seksyen 7 (a) Akta Kontrak 1950 telah menyatakan denga jelas bahawa:
Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji maka penerimaan
mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Cadangan (Ijab)dDan Penerimaan (Qabul) menurut Islam
Komunikasi cadangan dan penerimaan atau dengan kata lain syarat utama pelaksanan
cadangan dan penerimaan itu terbahagi kepada 3:
a) Jelas perbuatan cadangan dan penerimaan
b) Cadangan dan penerimaan perlu selari iaitu sesuatu penerimaan perlu
mengikut ketentuan cadangan
c) Cadangan dan penerimaan hendaklah dibuat dalam satu majlis jika kedua-dua
pihak berkontrak hadir dalam majlis dimana pihak yang tifdak hadir
mengetahui kewujudan penerimaan itu
Pembatalan Penerimaan Dan Cadangan (Seksyen 5 Akta Kontrak)
Menurut Akta Kontak 1950 atas tajuk Pembatalan cadangan dan penerimaan
berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 5 menjelaskan:
Seksyen 5:
1) Sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum
komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi
tidak selepasnya
2) Sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum
komunikasi itu adalah lengkap terhadap penerima tetapi tidak
selepasnya.
Pembatalan mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang terlibat dalam sesuatu
perjanjian. Berdasarkan seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950 komunikasi pembatalan
menjadi lengkap:
a) terhadap orang yang membuat pembatalan , bila komunikasi
pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman
kepada siapa pembatalan itu dibuat dimana ianya berada diluar kuasa
orang yang membuatnya:
b) terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu
sampai kepada pengetahuan.
56 Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950
-
74
Dalam kes Win Sin Lwn Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga (LPPKN)57
,
Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan menjadi lengkap
terhadap orang yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan tersebut di
masukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat
manakala komunikasi pembatalan menjadi lengkap kepada siapa pembatalan dibuat
adalah apabila pembatalan itu sampai ke pengetahuannya.58
Dalam pada itu juga
pembatalan ke atas penerimaan hanya boleh dilakukan sekiranya penerima belum
sempurna. Berdasarkan seksyen 5 (2) Akta Kontrak 1950 yang menjelaskan bahawa
penerima boleh menarik balik penerimaannya walaupun beliau telah mengepos
penerimaan asal surat itu belum sampai ke pengetahuan pembuat tawaran.
Berdasarkan kepada Akta Kontrak 1950 sesuatu cadangan itu dianggap terbatal adalah
diatas sebab-sebab berikut :
a) Apabila pencadang mengkomunikasi notis pembatalan kepada penerima
cadangan
Ini bermaksud bahawa apabila pencadang menyampaikan hasratnya kepada penerima
bahawa beliau membatalkan cadangan tersebut maka cadangan sebelum itu dianggap
tamat dan berakhir bila diketahui oleh penerima. Ini ditetapkan menurut peruntukan
seksyen 4 (3) Akta Kontrak 1950:
Komunikasi Pembatalan adalah lengkap apabila:
a) terhadap orang yang membuat pembatalan bila komunikasi pembatalan
itu dimasukkan dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan
itu dibuat, dimana ianya berada diluar kuasa orang yang membuatnya;
b) terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu
sampai kepada pengetahuannya.59
Oleh itu, secara umumnya pencadang boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila
masa sebelum sesuatu penerimaa dibuat oleh si penerima cadangan. Dalam kes
Routledge v.Grant 60
yang berlaku pada 18 Mac 1825 defendan telah membuat
cadangan utuk membeli rumah plaintif. Defendan telah memberi tempoh kepada
plaintif selama 6 minggu dari tarikh cadangan untuk menerima cadangan yang
dibuatnya. Walau bagaimanapun pada 9 April defendan telah membatalkan
cadangannya. Pada 29 April plaintiof telah membuat penerimaan kepada cadangan
tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa defendan boleh membatalkan cadangannya
pada bila-bila masa selagi belum ada penerimaan dibuat oleh plaintif.61
57 [2000] 1 MLJ 423
58 Ahmad Samsul Aziz, 2000 Elemen Tawaran dan Penerimaan dalam pembentukan kontrak Jual Beli
Perspektif Undang-Undang Sivil dan Syariah
59 Seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950
60 [1825] 130 ER 920 Lihat juga kes Dickson v. Dodds [1876] 2 ChD 463
61 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang_undang Kontrak Malaysia,
International Law Book Serrvices
-
75
b) Apabila luput waktu yang ditetapkan untuk satu penerimaan
Selain daripada itu sesuatu cadangan itu boleh terbatal atas faktor keluputan waktu
dimana pencadang menetapkan satu tempoh tertentu untuk suatu penerimaan dibuat
tetapi ianya tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan.62
Oleh itu cadangan itu akan tamat
secara automatik jika tiada tempoh tertentu oleh pencadang. Dalam keadaan bila tiada
batas waktu, maka cadangan itu akan luput mengikut wakut yang munasabah. Waktu
munasabah mengikut kebiasaan dan fakta kes secara keseluruhan.
c) Berlaku kemungkiran kontrak oleh penerima mengenai syarat
penerimaan
Selain dari itu juga sesuatu cadangan adalah dibatalkan jika berlaku kemungkiran
kontrak oleh penerima untuk memenuhi sayarat terdahulu mengenai penerimaan.
Sesuatu cadangan itu akan berakhir apabila penerima cadangan menolak sesuatu
cadangan yang ditujukan kepadanya. Menurut Seksyen 7 Akta Kontrak 1950 :
Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai satu janji maka penerimaan itu
mestilah:-
(a) Mestilah mutlak dan tak bersyarat
Ini bermakna sebarang penolakan daripada cadangan asal adalah sebagai satu
cadangan balas oleh penerima kepada pembuat cadangan. Dalam kes Hyde b.
Wrench63
pada 6 Jun , defendan telah membuat cadangan utuk menjual ladangnya
dengan harga 1000. Pada 8 Jun , plantif menyatakan bahawa beliau menerima
cadangan tersebut dengan harga 950 tetapi ada 27 Jun defendan telah menolak harga
tersebut. Akhirnya pada 29 Jun plaintif menyatakan kesanggupannya membeli dengan
harga asal 1000. Apabila defendan enggan menjualnya planitif telah membuat
tuntutan pelaksanaan spesifik keatasnya. Mahkamah memutuskan bahawa satu
kontrak yang mengikat tidak wujud kerana ada nya cadangan balas plaintif telah
meluputkan cadangan asal plantif dan cadangan tidak boleh dihidupkan semula
semata-mata kesanggupan plaintif membayar mengikut harga asal.64
Namun dalam konteks pembatalan kontrak menurut hukum kontrak Islam pembatalan
terhadap cadangan adalah berlaku apabila ada pihak yang menunjukkan keengganan
meneruskan kontrak tersebut. Begitu juga jika pencadang meninggalkan majlis
sebelum penerima menerima cadangan tersebut maka cadangan itu menjadi batal.
Namun jika selepas majlis kontrak tersebut pihak penerima ingin membuat
penerimaan atas cadangan sebelum ini pihak pencadang berhak menolak kerana
cadangan telah terputus.
62 ibid
63 [1866] LR 1 Ex 109
64 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia,
International Law Book Services.
-
76
d) Atas kematian atau sakit otak pencadang jika sakit fakta kematian atau
sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan
Sesuatu cadangan juga boleh berakhir jika pencadang meninggal atau sakit otak dan
ianya diketahui oleh penerima. Dalam peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa
cadangan berakhir jika berlaku kematian dan sakit otak. Namun dilihat kepada
seksyen 6(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukan bahawa kematian tersebut mesti
diketahui sebelum penerimaan dibuat.
Aplikasi Elemen Khiyar dalam Kontrak Berkaitan Jualan: Satu Analisa
Berdasarkan penjelasan tentang Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) dan Undang-
undang perlindungan pengguna 1999 seperti di atas, artikel ini juga akan melihat
sejauh mana terma yang terdapat dalam akta tersebut memberi ruang kepada hak
khiyar (pilihan) kepada pengguna dan penjual sejajar dengan hukum syarak yang
diperuntukan. Bagi undang-undang kontrak Islam hak kedua belah pihak harus
diberikan agar kepentingan mereka dipelihara. Ini berdasarkan hak kepentingan
bersama yang menuntut kepada kedudukan suka sama suka tanpa sebarang
penipuan.65
Merujuk kepada Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa :
sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.66
Berdasarkan kenyataan dalam akta ini menunjukkan bahawa ia berlakunya proses
tawar menawar iaitu khiyar qabul67
dan khiyar ruju68
dimana kedudukan khiyar ini
sejajar pandangan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Ini bermakna pembatalan akad
dalam kontrak tidak boleh berlaku kerana telah sempurna akadnya. Ini berbeza
dengan pandangan Mazhab Shafie dan Hanbali dimana masih wujud lagi khiyar
Majlis selagi mana pihak yang berkontrak masih berada bersama-sama dalam majlis.
Oleh yang demikian ini bermakna kontrak tidak mengikat sehinggalah kedua-dua
pihak beredar atau menolak pilihan tersebut.69
Khiyar ini termasuklah dalam konsep
muawadat (komitmen bersama) seperti kontrak jualan, sewaan dan sulh
(penyelesaian).70
Maka secara umumnya dapat dilihat bahawa peruntukan pembatalan
kontrak jual beli berdasarkan akta kontrak adalah tidak menepati khiyar majlis di
dalamnya berdasarkan hukum Islam.
65 Al-Quran : Nisa: 29
66 Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 5, hlm. 14.
67 Khiyar qabul bermaksud hak memilih bagi penerimaan tawaran kerana penerimaan tidak boleh
dipaksa
68 Khiyar ruju bermaksud pembuat tawaran memiliki khiyar al-ruju kerana jika penerimaan tidak
mesti maka begitu juga dengan tawaran
69 Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam :Terjemahan: Hailani Muji
Tahir.ITBM.hlm73
70 ibid
-
77
Begitu juga penulis meneliti pula aspek syarat yang digunakan dalam Akta Kontrak
1950 yang merujuk kepada perkara 6 (b) yang mana ia menyatakan:
sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan luputnya waktu yang telah
ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau, bila waktu
tidak ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa
komunikasi penerimaan itu.71
Dalam aspek hukum syarak, Islam telah memberikan ruang khiyar shart yang
memperuntukan tempoh dalam berkontrak samada mahu meneruskan atau
membatalkannya. Di dalam khiyar shart, penjual dan pembeli diberikan tempoh
tertentu seperti tiga hari untuk membatalkan transaksi jual beli.72
Sekiranya tempoh
yang diberikan itu sudah berlalu, lalu tiadanya pembatalan jual beli, maka dengan
sendirinya jual beli itu menjadi sah dan sempurna. Penjual dan pembeli pula tiada
ruang selepas itu untuk membatalkan jual beli tanpa persetujuan antara kedua-dua
pihak. Namun, berdasarkan kepada akta kontrak, lain pula yang berlaku iaitu apabila
tempoh masa yang telah ditetapkan telah tamat, manakala pembatalan terhadap jual
beli masih tidak dilakukan, maka dengan sendirinya jual beli itu terbatal. 73
Dalam pada itu juga jika diteliti menurut khiyar aib, sememangnya terdapat ruang
yang luas untuk diaplikasi dalam undang-undang jualan barangan di Malaysia.
Sememangnya terdapat banyak perkara yang membolehkan khiyar ini dapat
dilaksanakan. Misalnya pada bahagian kedua di bawah tajuk: Perlakuan
Mengelirukan Dan Memperdaya, Represantasi Palsu Dan Amalan Tidak Saksama,
menurut seksyen ke-10 (1) :-
(a) Tiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan-
bahawa barang itu adalah daripada jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti,
komposisi, gaya atau model tertentu.74
Undang-undang Malaysia secara khusus tidak menyenaraikan syarat-syarat terperinci
seperti dalam undang-undang Islam. Walau bagaimanapun pihak yang berkontrak
boleh melaksanakan khiyar aib bila hak dan jaminan sepatutnya dimiliki telah
dicabuli. Di dalam undang-undang Malaysia telah menyenaraikan hak dan jaminan
yang menjurus kepada hak pengguna dan pembeli75
. Terdapat beberapa ciri utama
yang wajar di berikan perhatian antaranya jaminan tersirat barangan, kecacatan
71 Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 6, hlm. 14
72 Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam : Terjemahan: Hailani Muji
Tahir.ITBM, hlm. 76
73 Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa
Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah
Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd
Roslan Mohd Nor.2013, The Rights of Khiyar (Option) in the Issue of Consumerism
in Malaysia ,Middle-East Journal of Scientific Research 13 (2): 154-161
74 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), Seksyen 10(1)(a), hlm. 13
75 Seksyen 31-38 Akta Pelindungan Pengguna 1999 (akta 599) Peraturan-peraturan dan seksyen 14-16
Akta Jualan barangan 1957 (akta 382)
-
78
tersembunyi, penipuan, kecacatan kekal dan pembeli tidak rela serta tidak bersetuju
dengan kecacatan tersebut.
Jaminan Kualiti Barangan dan Kepentingan Khiyar (Pilihan)
Transaksi jual beli di pusat membeli belah samada melibatkan premis yang
melibatkan jual beli dalam urusniaga yang berskala besar dan kecil adalah merupakan
salah satu transaksi yang paling besar dan paling kerap dilaksanakan kini, yang
melibatkan semua peringkat. Walaupun pada asasnya kepelbagaian transaksi jual beli
khasnya dalam pusat membeli belah telah memenuhi hak kepenggunaan antaranya
ialah hak untuk mendapatkan keperluan asas76
, namun telah menimbulkan pelbagai
masalah dan polemik yang menuntut pihak berwajib melestarikan hak pengguna
dalam pelbagai matra demi untuk menjamin hak-hak sebagai pengguna
dipelihara.Sebagai contoh, aduan yang telah diterima oleh. Menurut Pusat Khidmat
Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna
mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian
sebanyak RM250 juta pada tahun 201077
.
Antara contoh jaminan kualiti yang boleh digambarkan berdasarkan aduan berikut
menggambarkan situasi sebenar yang berlaku;
I have purchased some clothes from the shop. As I was rushing to catch a
plane, I told the shop attendant that I don't have the time to try all the clothes.
However, the shop attendant told me that the clothes can be changed. After my
trip, I tried the clothes but some of them could not fit. I went to the shop again
for an exchange for other sizes but they don't have the size for the items
specified. The shop attendant now told me that it is the company's policy that
goods sold are not returnable, refundable or exchangeable. There was no clear
sign indicating that earlier on, however, there are indications of the receipt of
that, which consumers can only see after the purchase. I feel that I have been
cheated into purchasing the clothes as I could have just walked away from the
purchase or come back another time. Now I have 7 items that could not be
worn.78
(Terjemahan: Saya telah membeli beberapa pakaian dari kedai. Saya telah
bergegas untuk menaiki kapal terbang, saya memberitahu atendan kedai yang
saya tidak mempunyai masa untuk mencuba semua pakaian. Walau
bagaimanapun, atendan kedai memberitahu saya bahawa pakaian boleh
76 Berdasarkan Akta Kepenggunaan, terdapat sebanyak 8 asas hak pengguna dalam transaksi jual beli,
iaitu ; Hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan keselamatan, hak untuk
mendapatkan maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapatkan
ganti rugi, hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna, hak untuk mendapatkan alam sekitar yang
sihat dan selamat. Sumber daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).
http://www.nccc.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna. 1 November 2011.
77 http://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-media/pentas-media-2011/1695-nccc-terima-
34381-aduan-babitkan-kerugian-rm250-juta-tahun-lepas
78 http://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/163-others/1528-complaints-the-
goods-sold-are-not-returnable-refundable-or-exchangeable
http://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-media/pentas-media-2011/1695-nccc-terima-34381-aduan-babitkan-kerugian-rm250-juta-tahun-lepashttp://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-media/pentas-media-2011/1695-nccc-terima-34381-aduan-babitkan-kerugian-rm250-juta-tahun-lepashttp://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/163-others/1528-complaints-the-goods-sold-are-not-returnable-refundable-or-exchangeablehttp://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/163-others/1528-complaints-the-goods-sold-are-not-returnable-refundable-or-exchangeable
-
79
dipulangkan. Selepas perjalanan saya, saya mencuba pakaian tetapi sesetengah
daripadanya tidak muat. Saya pergi ke kedai lagi untuk pertukaran untuk saiz
lain tetapi mereka tidak mempunyai saiz untuk item tertentu. Atendan kedai
kini memberitahu saya bahawa dasar syarikat bahawa barang yang dijual tidak
boleh dipulangkan, dikembalikan atau ditukar. Tiada tanda-tanda jelas yang
menunjukkan bahawa sebelum ini, tetapi, terdapat tanda-tanda penerimaan itu,
dimana pengguna hanya boleh melihat selepas pembelian. Saya rasa saya telah
ditipu semasa membeli pakaian kerana saya boleh hanya berjalan jauh dari
pembelian atau kembali masa yang lain. Sekarang saya mempunyai 7 perkara
yang tidak boleh dipakai)
Dalam hal ini, pengguna berhak untuk menuntut ganti rugi berdasarkan kelemahan
mahupun kecacatan yang terdapat pada barangan yang telah dibeli. Namun situasi
yang membelenggu dalam transaksi jual beli di pasar raya pada hari ini bukan sahaja
menyusahkan pengguna malah tidak mengendahkan tuntutan terhadap hak pengguna
sebaliknya meletakkan kesilapan dan kekurangan terhadap pengguna secara mutlak.
Justeru jika dilihat dalam konteks muamalat Islam, konsep khiyar adalah merupakan
indikasi terbaik sebagai solusi dalam masalah yang timbul dalam transaksi jual beli.
Elemen Khiyar Aib Dalam Isu Barangan Rosak
Manakala dalam situasi di atas, konsep khiyar aib79
pula adalah sebagai jalan
penyelesaian yang menjamin hak pengguna dalam bermuamalah. Sekiranya barang
yang terikat dalam transaksi tidak memenuhi kegunaan asalnya dan mengurangkan
nilai pasarannya atau tidak memenuhi syarat kegunaan yang sepatutnya, maka ketika
itu pengguna yang berkontrak mempunyai hak khiyar aib. Manakala dalam mazhab
Maliki, pilihan ini juga dinamakan Khiyar Naqisah80
. Ini kerana kekurangan yang
terdapat dalam situasi telah jelas mengurangkan nilai barang tersebut. Sudah menjadi
kaedah umum bahawa pengkhianatan atau penipuan tidak boleh wujud dalam urusan
jual beli. Ini menjamin keselamatan dalam aspek jual beli. Keselamatan tidak wujud
sekiranya terdapat kecacatan mahupun kekurangan dalam penjualan sesuatu barang.
Dalam situasi ini, peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah seksyen 32
(1), (2), (3), (4) dan sekseyn 68 (1), (2) juga menjadi batu asas melindungi hak
pengguna yang mana dikatakan:
Jika barang dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu
gerenti bahawa barang itu adalah daripada kualiti boleh diterima,81
; Jika apa-
79 Khiyar Aib dari segi literalnya ialah jika seseorang membeli barang yang mengandung aib atau
cacat dan ia tidak mengetahuinya hingga si penjual dan si pembeli berpisah, maka pihak pembeli
berhak mengembalikan barang dagangan tersebut kepada si penjualnya. Dan syarat penetapan khiyar
al-Aib ialah i. Memastikan kecacatan terhadap sesuatu barang telah lama (telah berlaku tanpa
diseadari), ii. Kecacatan barang menyebabkan kerugian terhadap pembeli, dan iii. Kualiti barang tidak
selaras dengan nilai yang diperuntukkan. Lihat Mustafa al-Khin et. all. (2008),
80 Khiyar Naqisah bermaksud ialah khiyar yang disebabkan adanya perbezaan dalam lafaz atau adanya
kesalahan dalam perbuatan atau adanya pengantian.
81 Akta 599, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di
Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, Kuala Lumpur, Percetakan Nasional
Malaysia Berhad, hlm. 39-40.
-
80
apa kerosakan disebabkan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan
pada sesuatu keluaran, orang yang berikut hendaklah menanggung liabiliti
bagi kecacatan itu82
Justeru, khiyar aib telah menginterpretasikan kesempurnaan muamalat Islam. Ini
kerana kesempurnaan sesuatu barang adalah penting dalam kontrak jual beli demi
untuk menjamin kepuasan dan kepentingan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli)
dan juga mengimbangi kecacatan sesuatu barangan. Perlu diingat bahawa tegahan
Allah s.w.t yang dirakamkan melalui Surah al-Nisa ayat 29 jelas menunjukkan
larangan pengambilan wang secara haram dan memerintahkan supaya manusia
melakukan perniagaan secara reda meredai.
Kesimpulan
Secara umumnya artikel ini menunjukkan bahawa aplikasi konsep khiyar di dalam
akta sedia ada khususnya Akta Kontrak 1950 (Akta 136) adalah tidak menyeluruh
dengan tidak memperuntukkan tentang peraturan khiyar dalam penghuraiannya.
Penulis mendapati bahawa beberapa peruntukan dah seksyen menepati unsur dan
konsep khiyar aib walaupun begitu dikenalpasti terdapat banyak isu yang timbul
kepada pengguna di berbagai peringkat yang perlu untuk diberikan penyelesaian
mengenainya. Sesungguhnya pemerkasaan undang-undang di dalam kontrak jual beli
khususnya dalam pemakaian Akta Kontrak 1950 (Akta 136) perlu untuk
diperkemaskan dan merujuk kepada undang-undang kontrak sebagaimana yang
diperuntukkan di dalam hukum Islam bagi menjamin kebajikan kedua belah pihak
yang melakukan transaksi jual beli. Namun demikian, realiti semasa perlu diambilkira
di dalam mengimplementasikan hukum Islam untuk diamalkan. Aplikasi khiyar dalam
undang-undang kontrak boleh diperluas dan diperkemas bagi menjamin hak mereka
yang berkontrak agar selaras dengan prinsip muamalat Islam. Pengharmonian undang-
undang Islam dengan undang-undang kontrak di Malaysia mampu untuk memberi
garis keluar kepada sebarang masalah samada berkaitan transaksi dan mengembalikan
hak dan tanggungjawab penjual dan pembeli selari dengan tuntutan syarak.
Rujukan
Abd Aziz Muhammad Azzam.2010, Fiqh al-Mumalat : Sistem Transaksi dalam
Fiqh Islam Jakarta Amzah
Abd Sattar Abu Ghuddah. 1985, al-Khiyr wa athruhu fi al-Uqd, Matbaah
Maghawiy Dallah Barakah. hlm, 118
Al-Ahkm Al-Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam) Terjemahan: Md Akhir Hj
Yaakob. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1990) Perkara 300 dan
301, Fasal pertama Bab keenam, hlm 89
Ala-Eddn Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam: Terjemahan: Hailani
Muji Tahir. ITBM, hlm. 76.
82 Ibid hlm 63-64
-
81
Al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Tarif bi al-Fiqh al-Islmi
wa Qawid al-Milkiyyah wa al-Uqd Fihi, hlm 595
Ahmad Yahya al-Murtadho.1988, Bahr al-Zuhar al Jam lil Mazhib ulama al-
Amsar, Dr al Hikmah al- Yamniah, Sana, hlm 354
Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di
Malaysia, Fakulti Undang-Undang, Unpublised Tesis Master, UKM
Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua,
Longman, 2000, hlm.3.
Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan
undang-undang di Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm
218-227
Hafiz Shukri, Ruzian Markom.2013, Pengharmonian Prinsip Khiyar al-ruyah dalam
Transaksi Perniagaan di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP
Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undang-
undang Perniagaan di Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54
Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini.1994, Kifyatul Akhyr fi al-
Hal Qayah al-Ikhtiar. jil.1. Maktab Buhu Wa al-Dirsat : Darul Fikr, h.203
Ibn Humam, Kaml al-Din Muhammad ibn Abd al-Whid al-Suywasi t.th, cet ke-2,
Sharh Fath al-Qdir, Beirul Dar-al-Fikr.
Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman,
Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff,
Monika Munirah Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad
K. Kasar and Mohd Roslan Mohd Nor .2013, The Rights of Khiyar (Option) in
the Issue of Consumerism in Malaysia Middle-East Journal of Scientific
Research 13 (2): 154-161
Mohammed Obaidullah.2002, Islamic Risk Management: Towards Greater Ethics
and Efficiency, International Journal of Islamic Financial Services, Vol.3,
No.4, h.1-18 http://www.iiibf.org/journals/journal12/obaidvol3no4.pdf 21
Disember 2011.
M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan.2007, Kamus Popular Keuangan
Ekonomi Syariah. Jakarta: PKES Publishing, h.43
Mohammed Obaidullah. 1998, Financial Engineering with Islamic Options, Islamic
Economic Studies, Vol. 6, No. 1, h.77.
Nasrul Hisyam Nur Muhamad.2008, Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi
Muamalah Islam: Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif
Undang Undang Kontrak Islam, Jurnal Teknologi, 49(E) Dis, h.81-91
Suruhanjaya Sekuriti. 2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti Kuala Lumpur: Security Commision, h.119
-
82
Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Susur Galur Undang-Undang Jualan Barangan di
Malaysia, Undang-Undang Malaysia: 50 tahun merentas zaman, Fakulti
Undang-Undang UKM, 2007 hlm 198-200
Wu Min Aun & Beatrix Viohrah. 1996,The commercial Law of Malaysia; Cornell
University Press, hlm 25
Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof. 2011, Gerenti tersirat di
bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada
syarat tersirat di bawah Akta Jualan Barangan 1957, Jurnal Undang-Undang dan
Masyarakat