apek - Rph thun 3
-
Upload
muhd-fahmi -
Category
Documents
-
view
259 -
download
3
description
Transcript of apek - Rph thun 3
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 2 Budiman Bilangan Murid : 36 orang (20 Lelaki, 16 Perempuan)
Tajuk : Menggolek Bola Tunjang : Kemahiran (Manipulasi alatan)
Tarikh : 20 Ogos 2014 (Selasa) Masa : 7.45 – 8.15 pagi (30 minit)
Standard Kandungan : Berkebolehan menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul
Standard Pembelajaran : 1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak.
2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan.
5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif
Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
Psikomotor : Menggolek bola dengan menggunakan sebelah tangan ke sasaran yang berbeza jarak (2meter, 3 meter,
5meter) dengan lakuan yang betul semasa menjalankan aktiviti “Mari Menggolek” dan “Menggolek Bola ku”.
Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya 2 fasa pergerakan yang perlu diambil perhatian semasa menggolek bola.
(mata pandang bola, mengayun tangan dari belakang, ikut lajak)
Afektif : Melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan rasa keberanian semasa menerima cabaran permainan kecil
“Golf Golek”
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan : Berani tanggung risiko
Bahan Bantu Belajar : Wisel (1), Skital (12), Bola (6), Gelung (20), Kad skor
9
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan Strategi Pdp Alatan / Catatan
1. Permulaan
(5 minit)
1. Memanaskan badan
a) Bermain “Bola
Beracun”
a) Meningkatkan suhu badan
b) Meningkatkan kadar denyutan
jantung
c) Mewujudkan keseronokan
Permainan Bola Beracun
- Dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu A dan B.
-Kumpulan A memulakan
permainan dengan membaling
bola ke arah kumpulan B yang
berada dalam kawasan yang
telah ditetapkan.
-Setiap ahli kumpulan B yang
terkena bola dianggap mati.
-Permainan dikira tamat setelah
kesemua ahli kumpula B mati.
-Kemudian ahli kumpulan A pula
masuk ke dalam kawasan yang
ditetapkan.
-Permainan yang sama diulang.
-Dalam kawasan yang ditetapkan
Petunjuk :
: Skitel :Kumpulan A
: Guru :Kumpulan B
: Bola
Alatan:
Wisel, skital (6), bola (6)
Strategi:
Memusatkan guru
dan murid.
10
b) Regangan Otot -Melakukan regangan mengikut
lakuan guru.
Regangan kepala
1. Pusingkan tengkuk ke kiri dengan meletakkan tangan di sisi pipi dan tahan selama 8 saat. Ulang perlakuan dengan menukar arah ke kanan, atas,dan bawah.
Regangan tangan
1. Bengkokkan tangan kiri perlahan-lahan sehingga jari menyentuh belakang bahu dan tahan selama 8 saat. Ulang perlakuan dengan menukar arah ke kanan.
Regengan badan
1. Luruskan kedua-dua tangan dan bengkokkan pinggang ke arah kiri. Tahan selama 8 saat . Ulang perlakuan dengan menukar arah ke kanan.
-Berada dalam kawasan yang
permainan.
Regangan kepala
- Regangan tangan
Rengangan badan
-Rengangan Kaki
11
Regangan kaki
1. Bengkokkan lutut dan tarik ke bahagian dada. Tahan selama 8 saat . Ulang perlakuan dengan menukar kaki kanan.
d) Rengan otot dibahagian kepala, tangan, badan dan kaki untuk elak daripada kecederaan
e) Meningkatkan julat pergerakan
2. Perkembangan
(10 minit)
Aktiviti 1 :
“Mari Menggolek”
-Memberi penerangan mengenai
fasa pergerakan menggolek bola
yang betul sambil membuat
demostrasi menggolek bola.
-Membuat demonstrasi menggolek bola ke hadapan dengan menggunakan dua belah tangan dan sebelah tangan.
-Menyatakan perkara yang perlu
diambil perhatian semasa
menggolek bola.
-Berada dalam kawasan yang
ditetapkan.
Alatan:
Wisel, skital (6), bola (1)
Strategi:
Memusatkan guru
dan murid.
12
-Membahagikan kepada empat
kumpulan untuk menjalankan
aktiviti “Mari Menggolek”.
-Menjalankan latihan ansur maju
-Dibahagikan kepada 4 kumpulan
- Menggolek bola ke hadapan dengan menggunakan dua belah tangan dan sebelah tangan.
-Melakukan latihan ansur maju
A1 A2
B1 B212 meter
C1 C2
D1 D2
Alatan:
Wisel, skital (8), bola (4)
Strategi:
Memusatkan guru
dan murid.
13
Aktiviti 2 :
“ Menggolek Bola ku”
-Membahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan aktiviti “Menggolek Bola ku”
-Memberi penerangan dan menunjuk cara bermain “Menggolek bola ku”
-Memberi arahan mula dan murid
bergerak dan membetulkan
-Dibahagikan kepada empat
kumpulan.
M M M MM M M MM M M M
M : Murid
-Menggolek bola dengan menggunakan sebelah tangan ke sasaran yang berbeza jarak :
2 meter, 3meter, 5 meter
-Ulang sehingga semua ahli kumpulan berjaya melakukan aktiviti.
Alatan:
Wisel, bola (4, Skital (6), Gelung (3)
Strategi:
Memusatkan guru dan murid
14
kesalahan dan memberi komen.
3. Kemuncak
(10 minit)
Permainan kecil :
“ Golf Golek”
Aplikasi kemahiran menggolek
bola dalam permainan “Golf
Golek”
-Memberi penerangan dan menunjuk cara bermain “Golf Golek”
-Memberi arahan mula dan murid bergerak .
-Mengiingatkan supaya berhati-hati supaya mengelak kecederaan.
-Markah dicatatkan dalam kad
skor Golf Golek (lampiran)
-Pemenang dikira berdasarkan
jumlah golekkan terendah.
-Dalam kumpulan kecil
-Menggolek bola ke sasaran di
setiap stesen.
-Sekiranya tidak mengena sasaran
murid akan terus menggolek bola
daripada tempat terakhir bola
berhenti bergolek.
-Permainan tamat apabila bola
mengena sasaran di stesen terakhir.
Alatan:
Wisel, bola (4, Skital (5), Gelung (3)
Strategi:
Memusatkan guru dan murid
15
stesen 1
stesen 2
stesen 3
stesen 4
4. Penutup
(5 minit)
Aktiviti Gerak Kendur :
-Menjalankan aktiviti menyejukkan badan dengan mengikut irama
“ 2 Ekor Harimau”:
- Buat refleksi dan
soal jawab
berkaitan
kemahiran yang
telah dipelajari
1. Menjalankan aktiviti menyejukkan badan dengan mengikut irama “ 2 Ekor Harimau”:
- Goyangkan kaki
- Goyang tangan
- Lompat setempat
- Lari anak
1. Tarik nafas sebanyak 3 kali dan akhirnya sebut “Hurray”.
2. Membuat kesimpulan terhadap P&P hari ini.
3. Memastikan murid menyimpan peralatan mengikut peraturan yang ditetapkan.
-Menjalankan aktiviti menyejukkan badan mengikut irama “2 Ekor Harimau”
= Guru = Murid
Strategi:
Memusatkan
murid.
16
Penilaian pengajaran dan pembelajaran :
a) Borang Penilaian
b) Lembaran Kerja – “GOLEK BOLA KE SASARAN
Refleksi :
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17
UJI MINDA
NAMA :............................................................................. KELAS :.........................
TARIKH :........................
GOLEK BOLA KE SASARAN
Lengkapkan ayat berikut berdasarkan gambar dibawah.
3 meter 10 meter
1. Saya golekkan bola..................................................supaya bola tiba ke titik 3 meter.
2. Saya golekkan bola..................................................supaya bola tiba ke titik 10 meter
18
KAD SKOR GOLF GOLEK
NAMA :.........................................................................
KUMPULAN :........................
TARIKH :...............................
STESEN BILANGAN MENGGOLEK BOLA
1
2
3
4
19