Apakah Kanser Payudara

23
PENGENALAN Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. PATOFISIOLOGI Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara: Usia meningkat Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara Telah mendapat kanser pada satu payudara. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

Transcript of Apakah Kanser Payudara

Page 1: Apakah Kanser Payudara

PENGENALAN

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama

kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan

yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh

merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

PATOFISIOLOGI

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas

adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan

risiko wanita menghidap kanser payudara:

Usia meningkat

Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara

Telah mendapat kanser pada satu payudara.

Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

Pencegahan

Page 2: Apakah Kanser Payudara

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah

satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20

tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang

hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan

Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seseorang wanita mengesan kanser

payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Bila Mesti Melakukan PSP ?

Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di

antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.

Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti

dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati,

seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP

Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan

perubahan dengan cara berbaring.

Page 3: Apakah Kanser Payudara

a) Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua

puting payudara.

Kedudukan 1

Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2

Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3

Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk

mengesan sebarang perubahan pada payudara.

Kedudukan 4

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di Perhatikan Semasa Pemeriksaan.

Page 4: Apakah Kanser Payudara

Benjolan di payudara atau ketiak

Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa

Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara

Puting payudara tertarik ke dalam

Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

b) Mengesan Perubahan Dengan cara Berbaring

Langkah 1: Persedian

Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan

kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu

sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan

kanan anda di bawah kepala.

Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda

untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa Payudara anda dengan

menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak

Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di

bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara

kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Meggunakan tangan kiri,

mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di

tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.

Page 5: Apakah Kanser Payudara

Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan

ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih

kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan

melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan

liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan

Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling

payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat

sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan

ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan

lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara

Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat

sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda

Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan

sebarang benjolan.

Pemeriksaan Payudara Kiri

Page 6: Apakah Kanser Payudara

Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara

yang sama menggunakan tangan kanan.

Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kanser?

9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun,

anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan

doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

Rayuan Kepada Semua Wanita

Cegah kanser payudara dengan PSP setiap bulan.

Jika anda merasa sebarang benjolan luar biasa di payu dara anda sila berjumpa doktor dengan

segera.

Jadikan PSP sebahagian daripada cara hidup anda.

INGAT ! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia

menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah,

salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Page 7: Apakah Kanser Payudara

Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di

dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan

wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan

merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang

hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8

dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa

diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor,

peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel

bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul.

Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran

basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang.

Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit

payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser

payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan

atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang

oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai

“peau d’orange”.

Page 8: Apakah Kanser Payudara

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar

melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti

lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau

bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan

menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala

neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser

payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat

diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI

payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan

(proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser

payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah

merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ

atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang

tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada

kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter;

atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah

merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah

merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak;

atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Page 9: Apakah Kanser Payudara

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di

luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis

rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif).

Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di

peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Ujian Saringan Kanser Payudara

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?

Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.

Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.

Ia adalah penyebab utama kematian awal.

9% dari keseluruhan kanser di dunia.

6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Page 10: Apakah Kanser Payudara

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara

berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim

(penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).

Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser

payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke

klinik kesihatan yang berhampiran.

Ketulan yang tidak sakit

Di payudara atau ketiak

Ruam yang berterusan

Sekeliling puting

Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.

Perubahan pada kulit

Bengkak dan menebal

Berlubang

Permukaan kulit yang berkedut

Puting tertarik ke dalam

Page 11: Apakah Kanser Payudara

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?

Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).

Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?

PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.

Ia merangkumi 5 langkah

Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Page 12: Apakah Kanser Payudara

Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu

yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.

Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap

bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila

rujuk doktor anda.

Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.

Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

Ujian darah

Page 13: Apakah Kanser Payudara

Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)

Core needle biopsy

Ultrasound

Mammography

Apakah itu 'FNAB'?

Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan

menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.

Apakah itu 'Mammogram'?

'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu

payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.

Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin

menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan

penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

Page 14: Apakah Kanser Payudara

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar

saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?

Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian

pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota

kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk

memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.

Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat

kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.

Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan

rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.

Berikut adalah pilihan rawatan:

Pembedahan

Page 15: Apakah Kanser Payudara

pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)

pembuangan payudara (Mastectomy)

pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)

Radiotherapy

Chemotherapy

Hormone therapy

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

Mulakan PSP hari ini.

Buat PSP secara berkala

Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.

Lakukan senaman yang mencukupi

Kekalkan berat badan yang unggul.

Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5%

berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser

payudara :

Page 16: Apakah Kanser Payudara

Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;

Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;

Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser

payudara;

Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;

Mula haid awal atau putus haid lewat;

Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');

Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');

Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)

Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?

Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang

sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :

MAKNA

AWAM

WAO

Hospis

Soalan Lazim

Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?

Page 17: Apakah Kanser Payudara

Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP),

teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.

Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta

untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih

tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser

payudara?

Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh

pesakit kanser payudara.

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.

Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup

Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara

tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

Urutan

Cara relaxasi

Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser

payudara .

Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :

Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;

Page 18: Apakah Kanser Payudara

Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';

Melakarkan carta salasilah keluarga

Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis

masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu

doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.

Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.

BRCA1

BRCA2

Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana

maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.

Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan

Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report

Ministry of Health, 2002. Annual Report

Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer