APA ITU KEPENGAKAPAN
description
Transcript of APA ITU KEPENGAKAPAN
APA ITU KEPENGAKAPAN
Disediakan oleh;ABDUL LATIF BIN AHMAD
Penolong Pesurujaya DaerahKLM ke 35
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
APA ITU KEPENGAKAPAN1. Suatu Program Aktiviti yang penuh
Cabaran dan Keseronokan.2. Pergerakan Belia Antarabangsa bagi
melatih Muda-Remaja menjadi Warganegara yang berguna
3. Suatu Aktiviti Fizikal dan Mental serta keinginan untuk Meneroka, Menyelidik dan memajukan Diri Muda-Remaja.
4. Memberikan Suatu Pengalaman Baru yang Mencabar (Advanturous). Bagaimana Untuk mengatasi Cabaran dan Penggunaan Peralatan dengan selamat.
5. Merupakan Suatu Pemelajaran,. Peluang Muda-Remaja Belajar lebih efektif melalui Perbincangan dan Mempraktikkan apa yang dipelajari. .
APA ITU KEPENGAKAPAN6. Merupakan Suatu Program yg mempunyai Ciri-Ciri:
Situasi Sebenar Kehidupan Muda Remaja.
Membantu Menyelsaikan Masalah. Mencapai Kejayaan melalui minat. Menyalurkan idea-idea baru secara
terus. Pengalaman yg seimbang mengikut
peringkat umur. Tersusun, progresif dan sistematik. Kreatif dan memupuk bakat
Kepimpinan.7. Merupakan Suatu Dunia Baru: Mempunyai Ruang untuk Berinteraksi, Bergaul dengan Rakan Sebaya, Bebas dari Kongkongan Kehidupan Keluarga Seharian.
APA ITU KEPENGAKAPAN8. Merupakan Suatu Kumpulan Untuk: - Mencari Pengalaman Baru. - Melakukan sesuatu dalam Kumpulan Kecil (Patrol) - Bersama dan Belajar dari Rakan Sebaya. - Memperkembangkan Diri dan Menyesuaikan Diri mengikut kehendak Individu. - Melibatkan Diri dalam Mencapai Sesuatu Kejayaan. - Hidup Bersama dan Memberikan Sumbangan dalam Kumpulan.
APA ITU KEPENGAKAPAN
9. Merupakan Kepimpinan - Memperkembangkan Kemahiran dan Bakat Kepimpinan dan Memainkan Peranan sebagai Pemimpin dalam Kumpulan Kecil.10. Merupakan Suatu Keseronokan - Keseronokan
Merupakan Suatu Program Pengakap yang Menggunakan Cara dan Kaedah Pengakap.
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN
Prinsip Asas dalam Kepengakapan berdasarkan kepada Asas-Asas dalam Pergerakan Pengakap yang digabungkan dalam elemen berikut:1. Pengertian / Difinasi Pengakap.2. Matlamat Kepengakapan3. Prinsip-Prinsip Kepengakapan4. Cara dan Kaedah Pengakap
DEFINISI PENGAKAP
Pergerakan Sukarela
Bebas dari Politik. Melatih Golongan
Muda Remaja. Terbuka kepada
Semua.
MATLAMAT PENGAKAP
Untuk melatih golongan muda-remaja bagi melahirkan Individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap dirinya, masyarakatnya, agamanya, negaranya dan masyarakat antarabangsa.
PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN
- Kepercayaan Kepada Tuhan. - Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara- Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri. - Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang- Undang Pengakap.
CARA ATAU KAEDAH PENGAKAP
Suatu Sistem Pemelajaran Memajukan Diri Sendiri Melalui:Persetiaan dan Undang-UndangBelajar Sambil Membuat /Bermain. Mempunyai Kumpulan Kecil (Sistem Patrol)Skim Latihan Kemajuan yang progresif (Sukatan Pelajaran)
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN
TUJUAN DAN DASAR PERSEKUTAN PENGAKAP MALAYSIAAkta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia.Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R.)
TUJUAN
Tujuan Persekutuan ini:bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinyamenanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain. mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinyamemajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.
TUJUAN
Cara latihan yang tertentu bagi PENGAKAP ialah:dengan penerimaannya sebagai ahli kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lengkongan umur yang bertingkat-tingkat, membukakan kepadanya berturut-turut gerakerja-gerakerja dan kejayaan-kejayaan yang disukai bersama, memberi peluang-peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah-tambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa berkerjasama dan kepimpinan.
DASAR
Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan atas;Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap rasmi adalah dalam Bahasa Malaysia, tetapi kiranya mustahak, Persetiaan dan Undang-Undang itu dalam Bahasa Inggeris yang disahkan seperti tersebut dalam Peraturan-Peraturan ini boleh digunakan.
Sekian Terima Kasih