“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan...
Transcript of “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan...
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : _______________________________
Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
Tarikh : OKTOBER 2008
ii
TAHAP KEPUASAN GURU-GURU PELATIH TERHADAP GURU-GURU
PEMBIMBING SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
MARDIYAH BINTI JAMALUDDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
iii
TAHAP KEPUASAN GURU-GURU PELATIH TERHADAP GURU-GURU PEMBIMBING SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
MARDIYAH BT JAMALUDDIN
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER, 2008
iv
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan bondaku,
Tuan Haji Jamaluddin B. Adam
Puan Hjh. Zaimah Bt. Hj. Jamaludin
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kekanda-kekandaku terima kasih atas segalanya.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM…….
Jasa kalian amat ku hargai
Terima kasih atas segala-galanya
Akan ku kenang buat selama-lamanya
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan taufik dan hidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan kajian
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Mahyuddin B. Arsat selaku
penyelia saya di atas komitmen, kesabaran , bimbingan, nasihat dan motivasi yang amat
berguna yang telah dihulurkan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan. Beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu. Segala teguran dan nasihat yang diberikan
akan saya jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran pada masa
akan datang.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para-para pelajar Tahun 4
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan di atas kerjasama dan
pertolongan yang telah diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini. Kerjasama
daripada mereka amatlah dihargai.
Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, serta mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penyelidikan
ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diatas, Penyelidikan saya
tidak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kerjasama , tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di
atas amat dihargai. Saya tidak dapat membalas budi kalian dan hanya dapat
mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati
oleh Tuhan.
vii
ABSTRAK
Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk
memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk
menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau
tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani
latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru
pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing
semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal
selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan
perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah
menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang
ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor
kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu
dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk
meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan
yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan
patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar.
viii
ABSTRACT
Supervision is an important element in teaching practice to ensure the objectives
of teaching practice until achieve. Supervision teacher is responsible to guides and
evaluates their trainer. Therefore, the purpose of this research is to survey the level of
satisfaction among training teacher towards supervisor teachers during teaching practice.
The focus of this research is to identify the level of satisfaction among training teachers
towards supervision, evaluation, cooperation and attitude of supervision teacher during
practical teaching. This research is conduct using questionnaire and interviews toward
Technical and Engineering students, Faculty of Education, University Technology Of
Malaysia. Data is analyzed using the SPSS 11.5 to obtain frequency, percentage and
mean. The results shows that teachers’ training shows a high level of signification
towards supervision, evaluation, cooperation and attitude of supervision teacher during
practical teaching. The cooperation factor given by supervision has a problem which
needs to be overseen and improve. From this research, several action should be taken to
improve the level of satisfaction among the training teacher such as to build up a good
relationship between supervision teacher and training teachers. Beside that, the
discussion should be hold to improve the quality of teaching practice.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS THESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vi
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 9
x
1.9 Penutup
13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Tahap Kepuasan 15
2.2 Guru Pelatih 17
2.3 Guru Pembimbing 18
2.4 Latihan mengajar 20
2.5 Bimbingan 22
2.6 Penilaian 25
2.7 Kerjasama 27
2.8 Sikap 28
2.9 Amalan Profesionalisme Pendidikan 29
2.10 Penutup 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Sampel Kajian 34
3.4 Tempat Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Pembinaan Item Soal Selidik Dan Temubual 38
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Kajian Rintis 41
3.9 Kaedah Menganalisis Data 42
3.10 Penutup 44
xi
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang
Responden)
4.2.1 Jantina 46
4.2.2 Bangsa 46
4.2.3 Tempat / daerah latihan mengajar 47
4.2.4 Kursus 48
4.2.5 Keputusan latihan mengajar 48
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Analisis data Persoalan Kajian 1: 49
4.3.2 Analisi Data Persoalan Kajian 2: 52
4.3.3 Analisi Data Persoalan Kajian 3: 55
4.3.4 Analisi Data Persoalan Kajian 4: 58
4.4 Analisis Keseluruhan 60
4.5 Analisis Bahagian Temubual 62
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 68
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden
69
5.2.2 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-
Guru Pelatih Terhadap Bimbingan Guru-
Guru Pembimbing Semasa Menjalani
Latihan Mengajar.
70
5.2.2 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-
Guru Pelatih Terhadap Penilaian Guru-
Guru Pembimbing Semasa Menjalani
72
xii
Latihan Mengajar.
5.2.4 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-
Guru Pelatih Terhadap Kerjasama Guru-
Guru Pembimbing Semasa Menjalani
Latihan Mengajar.
74
5.2.5 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-
Guru Pelatih Terhadap Sikap Guru-Guru
Pembimbing Semasa Menjalani Latihan
Mengajar.
76
5.2.6 Perbincangan Item Temubual. 77
5.3 Rumusan 80
5.4 Cadangan Kajian 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 83
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
Jadual 3.3.1 Jumlah Bilangan Pelajar Yang Mengikuti Latihan
Mengajar Pada Sesi 2007/08.
34
Jadual 3.3.2 Jumlah sampel kajian. 35
Jadual 3.5.1 Pembahagian Item Bahagian A mengikut faktor
demografi respondon.
37
Jadual 3.5.2 Pembahagian item Bahagian B berdasarkan Tahap
Kepuasan Guru Pelatih UTM terhadap guru
pembimbing.
37
Jadual 3.5.3 Skala Likert (tukar ke bawah). 38
Jadual 3.8.1 Jadual Rajah Baru. 43
Jadual 3.8.2 Pertimbangan yang digunakan untuk menjawab
persoalan kajian yang berkaitan.
43
Jadual 4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina.
46
Jadual 4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
47
Jadual 4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tempat / Daerah Latihan Mengajar.
47
Jadual 4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kursus
48
Jadual 4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Keputusan Latihan Mengajar
48
xiv
Jadual 4.6 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru
Pelatih Terhadap Bimbingan Guru-Guru
Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar.
50
Jadual 4.7 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru
Pelatih Terhadap Penilaian Guru-Guru Pembimbing
Semasa Menjalani Latihan Mengajar.
53
Jadual 4.8 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru
Pelatih Terhadap Kerjasama Guru-Guru
Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar.
56
Jadual 4.9 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru
Pelatih Terhadap Sikap Guru-Guru Pembimbing
Semasa Menjalani Latihan Mengajar.
58
Jadual 4.10 Peratusan Keseluruhan Untuk Setiap Tinjauan. 61
Jadual 4.11 Peratusan Tentang Item Temubual. 62
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 5.1 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru
pelatih terhadap bimbingan guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan
mengajar.
70
Rajah 5.2 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru
pelatih terhadap penilaian guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan
mengajar.
72
Rajah 5.3 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru
pelatih terhadap kerjasama guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan
mengajar.
74
Rajah 5.4 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru
pelatih terhadap sikap guru-guru pembimbing
semasa menjalani latihan mengajar.
76
xvi
SENARAI SINGAKATAN
SPSS – Statistical Package For The Social Science
UTM – Universiti Teknologi Malaysia
LM – Latihan Mengajar
KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia
SMT – Sekolah Menengah Teknik
PTK – Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
FP – Fakulti Pendidikan
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
I Etika Guru Malaysia
II Item Soal Selidik Pelajar
III Item Temubual
IV Perangkaan Pelajar Mengikut Opsyen Mata Pelajaran
LM Sesi 2007/2008
V Pengesahan Pakar Bidang
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru umpama pelita. Itulah ungkapan yang sering didengar. Namun untuk
melahirkan bakal guru bukanlah perkara mudah. Dengan erti kata lain guru boleh
dilahirkan dan bukan dididik. Sekiranya pendapat-pendapat ini diterima, pastinya
seseorang guru itu bergantung sepenuhnya kepada bakat yang sedia ada padanya dan
tidak perlu dididik untuk menjadi guru. Sudah pasti kita tidak memerlukan program
pendidikan guru untuk melahirkan guru yang berkualiti dan bermutu. Disamping itu
pasti juga pihak kerajaan tidak perlu melabur dengan banyak untuk menubuhkan
pelbagai institusi-institusi pengajian, maktab-maktab perguruan bagi melahirkan bakal
pendidik yang lebih berkualiti.
Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan
masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang
dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan
berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohammed Nor,
1990).
Dengan perkembangan ilmu yang begitu pesat, pendidikan yang bertambah
kompleks, bilangan sekolah dan murid yang bertambah, maka pertambahan guru yang
2
lebih ramai dan berkelayakan amatlah diperlukan. Disebabkan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan seseorang yang hendak menjadi guru
perlulah mengikuti kursus perguruan sebelum mereka diserapkan sebagai guru terlatih
disekolah-sekolah.
Dengan kata lain sekolah umpama satu industri membentuk manusia daripada
rebung yang mentah kepada suatu bentuk kehidupan yang mempunyai kualiti dan
berfaedah. Dalam konteks lain tanggungjawab seorang guru semakin berat apabila
kehendak dan cabaran semakin meningkat dari masa ke semasa. Zaman semakin
berubah dan pembangunan yang pesat menuntut supaya peranan seorang guru mencurah
tenaga lebih daripada biasa. Andainya institusi yang menghasilkan guru gagal, lapuk
atau hilang martabat dan kepentingannya, maka gagallah matlamat negara kita untuk
membina generasi yang serba lengkap ketrampilannya untuk memenuhi Wawasan 2020.
Kursus perguruan adalah bertujuan melahirkan guru yang mahir dan cekap
mengajar di sekolah-sekolah. Ketika mengikuti kursus perguruan, bakal-bakal guru atau
lebih dikenali sebagai guru pelatih didedahkan kepada komponen ikhtisas dengan tujuan
menambah pengetahuan dan kemahiran pergajaran, komponen akademik untuk
meluaskan dan menguatkan pengetahuan akademik dalam pengkhususan mereka dan
penyuburan diri untuk menjadi guru yang kreatif, produktif serta berpandangan jauh. Di
samping itu mereka juga akan didedahkan pada alam persekolahan yang sebenar melalui
latihan mengajar.
Oleh yang demikian satu program latihan mengajar telah diwujudkan kerana
latihan mengajar adalah suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan dan
merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah kepada pelajar yang mengikuti
program pendidikan (UTM,1996). Ianya adalah komponen penting dalam kurikulum
latihan pra perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Program ini merupakan pengalaman mengajar sebenar dan konkrit yang
dialami oleh seseorang guru pelatih di sesebuah sekolah untuk jangka masa tertentu.
3
Matlamat program latihan mengajar ini akan membolehkan guru pelatih menguasai dan
mengamalkan segala konsep, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan
yang professional. Latihan juga membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya
mempunyai daya ketahanan di dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.
Dengan perkembangan ilmu yang begitu pesat, pendidikan yang bertambah
kompleks, bilangan sekolah dan murid yang bertambah, maka pertambahan guru yang
lebih ramai dan berkelayakan amatlah diperlukan. Disebabkan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan seseorang yang hendak menjadi guru
perlulah mengikuti kursus perguruan sebelum mereka diserapkan sebagai guru terlatih di
sekolah-sekolah (Hussein, 1993).
Rahman (1994) menegaskan bahawa kursus perguruan adalah bertujuan
melahirkan guru yang mahir dan cekap mengajar di sekolah-sekolah. Ketika mengikuti
kursus perguruan, bakal-bakal guru atau lebih dikenali sebagai guru pelatih didedahkan
kepada komponen ikhtisas dengan tujuan menambah pengetahuan dan kemahiran
pengajaran, komponen akademik untuk meluaskan dan menguatkan pengetahuan
akademik dalam pengkhususan mereka dan penyuburan diri untuk menjadi guru yang
kreatif, produktif serta berpandangan jauh. Di samping itu mereka juga akan didedahkan
pada alam persekolahan yang sebenar dengan mengikuti latihan mengajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam menyahut cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, KPM
perlu memberikan tumpuan kepada guru dan profesion perguruan. Dengan pelbagai
perubahan semasa ke arah pembentukan negara maju, tanpa guru yang berkualiti, semua
pendekatan inovatif dan strategi tidak akan berjaya. Pihak universiti dan maktab
perguruan yang melahirkan bakal-bakal guru perlu mengatasi masalah masing-masing
untuk menerima perubahan sekalipun terpaksa melakukan reformasi yang drastik.
4
Merujuk kepada latihan perguruan, bakal guru harus didedahkan dengan ilmu perguruan
yang terbaik, menyedarkan mereka bahawa ilmu tersebut tidak terbatas dan kemahiran
yang diperolehi harus dipergunakan untuk kemajuan masyarakat (Najib, 1995).
Disebabkan itu matlamat pendidikan guru yang digubal ialah untuk
menghasilkan guru-guru yang unggul iaitu guru-guru yang berbudi pekerti mulia,
mempunyai pandangan hidup yang luas, progresif dan saintifik. Mereka juga
bertanggungjawab mempertahankan aspirasi negara serta menghidupkan warisan
kebudayaan kebangsaan dengan hasrat menjamin perkembangan individu dan
mengekalkan masyarakat progresif dan berdisiplin (Kamaruddin 1986).
Dewasa ini banyak terdapatnya rungutan atau maklumbalas yang berbentuk
negatif dari pihak sekolah atau guru mata pelajaran di sekolah yang berkaitan dengan
kurangnya kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dari UTM semasa
mereka menjalankan program latihan mengajar.
Untuk menghasilkan guru-guru yang unggul dengan sifat-sifat di atas, seseorang
guru pelatih mestilah melalui proses perkembangan diri yang secukupnya iaitu melalui
perkembangan ikhtisas, perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, emosi,
keagamaan dan perkembangan sosial (Tajul, 1990).
Kamaruddin (1986), menyatakan sebelum guru pelatih menjalani latihan
mengajar, mereka telah didedahkan dengan pengetahuan kandungan pedagogi dan
psikologi secara mendalam. Antara persoalan yang boleh diketengahkan ialah apakah
pengetahuan yang diperolehi mencukupi untuk mereka melaksanakan tugas yang
diamanahkan secara profesional.
Menurut Cohen dan Manion (1989), untuk merealisasikan teori dan praktik, ia
dijalankan melalui program LM yang merupakan komponen penting dalam kursus
pendidikan perguruan. Yakni melalui pengalaman sebenar dan di bawah penyeliaan, ia
5
boleh membantu pelatih supaya dapat melaksanakan kerja guru dengan lebih
profesional. Di samping itu LM merupakan latihan amali guru pelatih mengamalkan
segala teori dan kaedah yang telah dipelajari.
FP, UTM telah menggariskan syarat lulus untuk guru-guru pelatih UTM, di mana
seseorang guru pelatih mestilah:-
2.1.1 Menjalani Latihan Mengajar selama sekurang-kurangnya 12 minggu tertakluk
kepada perakuan Jawatankuasa Latihan Mengajar.
2.1.2 Telah menjalankan Latihan Mengajar dengan memuaskan sebagaimana yang
diperakukan oleh penyelia dan pengetua sekolah.
2.1.3 Menunjukkan sikap, disiplin dan tingkahlaku sesuai dengan keperluan etika
perguruan.
2.1.4 Menunjukkan peringkat pencapaian dan kemajuan mengajar yang pada hemat
Jawatankuasa Latihan Mengajar memuaskan untuk diperakukan kepada Senat
Universiti.
Selain daripada mendapat bimbingan dan penyeliaan daripada penyelia universiti
guru pelatih juga akan diselia, dicerap dan dibimbing oleh guru pembimbing
matapelajaran yang dilantik oleh pihak universiti.Setiap penyeliaan akan dinilai oleh
penyelia untuk tujuan pemberian markah. Penyelian juga bertujuan untuk memberikan
bimbingan dan menilai pengajaran guru pelatih. Mereka akan dinilai dan dicerap
seberapa banyak penyeliaan yang boleh sepanjang program latihan mengajar selama 12
minggu. Walaubagaimana pun perkara tersebut sukar direalisasikan oleh pihak penyelia.
Ini kerana wujudnya kekangan-kekangan seperti bilangan pelajar yang diselia ramai,
lokasi antara SMT kadangkala berjauhan antara satu sama lain, jadual waktu sekolah
yang berbeza atau tidak sesuai seperti peperiksaan peringkat sekolah sedang dijalankan
dan sebagainya, dan tempoh keluar menyelia yang singkat.
6
Disebabkan kekangan-kekangan tersebut proses penyeliaan akan terganggu. Oleh
itu dengan peranan guru pembimbing yang sentiasa terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih , dapat membantu membimbing guru
pelatih semasa program latihan mengajar mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan guru-guru pelatih PTK
UTM terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
Sejauhmanakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian,
kerjasama, dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
Adakah guru-guru pembimbing benar-benar membimbing guru-guru pelatih dalam
persediaan mengajar, pengurusan guru-guru pelatih, perhubungan dan personaliti guru
pelatih ketika menjalani latihan mengajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenal pasti persepsi guru pembimbing
terhadap guru pelatih UTM ketika menjalani latihan mengajar agar tindakan susulan
dapat diambil bagi membantu guru-guru pelatih memperolehi tujuan latihan mengajar
yang sebenar. Objektif kajian tersebut ialah :-
1.4.1 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
1.4.2 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap penilaian guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
7
1.4.3 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap kerjasama yang
diberikan oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
1.4.4 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap sikap yang
ditunjukkan oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang perlu
dikaji. Antara persoalan kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?
1.5.2 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap penilaian guru-guru
pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?
1.5.3 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap kerjasama yang diberikan
oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?
1.5.4 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap sikap yang ditunjukkan guru-
guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?