ANUGERAH PPERKHIDMATANERKHIDMATAN CCEMERLANG …TUNAS MEKAR 22 ICU JPM Lengkapkan Warga Dengan...
Transcript of ANUGERAH PPERKHIDMATANERKHIDMATAN CCEMERLANG …TUNAS MEKAR 22 ICU JPM Lengkapkan Warga Dengan...
KEUNGGULANICU JPM DI SEBALIKPENSIJILAN 5S
e-KASIH MENANGANUGERAH MSC APICTA NASIONAL& ASIA PASIFIK
PENDEDAHANPROTOKOLDAN ETIKET SOSIAL
mukasurat 6 mukasurat 12
Volume | Accuracy | Speed Bil.4/2010
mukasurat 24
ANUGERAHPERKHIDMATANPERKHIDMATANCEMERLANG 2009CEMERLANG 2009
ISSN 1985-0220
S I DAN G Redaks i
PENAUNG YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh
PENASIHATYBhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffin
YBhg. Dato’ Mohammed Ismail
KETUA EDITORTn. Hj. Nordin Buyau
EDITORHasniah Rashid
SIDANG PENULIS Abdull Hadi Mohd Yusoff
Rusnita HamdanHasniah Rashid
Hasshim Abu HanifahEliza Maslina Abdul Jamil
Firdaus HayotMohd Syaifulrizal Abu Bakar
Puteri Suleana SupianNorhayati Yusof
Nor Asiah Abdul HalimMohd Noor Yazid Ismail
Norhakim Wahab
URUS SETIA PENERBITANAbdull Hadi Mohd Yusoff
REKALETAK & GRAFIKMohd Yaziz Sulaiman
JURUFOTOMohd Noor Yazid Ismail
Mohd Syah Erwan Che Mit
BANTUAN/SOKONGANJamilah Tambi
Razilah Mohd RadziMuhammad Allimin Abd. Rahim
Norhakim Abd Wahab
Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud
penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar
dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.
Hubungi Sekretariat Penerbitan:
Abdull Hadi Mohd YusoffEmail: [email protected]
Telefon: 03 8872 6409
Diterbitkan dan dicetak:
Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.
Telefon : 03 8872 6407
Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)
Laman Sesawang : www.icu.gov.my
PENGURUSAN ICU JPM Ibu Pejabat
KETUA PENGARAHYBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh
TIMBALAN KETUA PENGARAH(PENYELARASAN DASAR)YBhg. Dato’ Ab. Ghani Ariffin
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMANTAUAN & PENILAIAN)YBhg. Dato’ Mohammed Ismail
PENGURUS BPR BLESS Pn. Musalmiah Hj. Asli
BAHAGIAN KHAS YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff
BAHAGIAN EKONOMI Tn. Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin
TUGAS KHAS YBhg. Dato' Mohd Salleh Yaakob
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pn. Rosni Abdul Malik
BAHAGIAN INFRASTRUKTUR En. Mohd Hatta Nordin
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Tn. Hj. Nordin Buyau
UNIT KHIDMAT NASIHAT YBrs. Prof. Madya Dr. Osman Mohd Yusoff
BAHAGIAN SOSIAL Pn.Hjh. Norsini Hussin
BAHAGIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN Cik Normi Nordin
BAHAGIAN BADAN BERKANUN En. Mahd Ishak Abd. Aziz
BAHAGIAN KESELAMATAN En. Zolkopli Dahalan
BAHAGIAN PENILAIAN En. Ismail Hamad
BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT En. Zamry @ Fazilah Salleh
UNIT KAWAL SELIA PERDA Cik Rusnani Sudin
PPN PULAU PINANG En. Nik Ali Mat Yunus
PPN SELANGOR Datuk Hj. Abd. Ghani Salleh
PPN PERAK YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Hj. Omar (Sehingga 17 November 2010)
YBhg. Dato’ Hasim Hasan (Mulai 18 November 2009)
PPN TERENGGANU Tn. Hj. Ahmad Abdullah
PPN KEDAH Tn. Hj. Hadzir Md. Zain
PPN SARAWAK YBhg. Dato Kamal Husin
PPN PAHANG YBhg. Dato’ Dzul-Kifly Osman
PPN JOHOR En. Nor Rizan Mohd Thani
JPP KELANTAN En. Makhtar Mustapha
PPN MELAKA Tn. Hj. Mohd Yazid Ramli
PPN W.PERSEKUTUAN YBhg. Dato’ Mohd Zaharil Kasim
PERDA YBhg. Datuk Azmi Lateh
PPN NEGERI SEMBILAN YBhg. Dato’ Mohd Bahrudin Mahfuz
PPN SABAH Tn. Hj. Matusin Sunsang
BPPB PULAU PINANG En. Azman Ibrahim
PPN PERLIS Cik Juwairiah Lebai Din
PENGURUSAN ICU JPM Negeri
ICU JPM terus mengorak langkah dalam jalinan hubungan
harmoni antara pihak Pengurusan–Pekerja apabila Blog
rasmi mula dibuka untuk penggunaan semua warga pada
awal bulan Jun baru lalu. Kata YBhg. Datuk Ketua Pengarah,
blog rasmi dalaman ICU JPM merupakan inovasi kepada
sistem Peti Cadangan dalam strategi peningkatan kualiti dan
produktiviti organisasi memandangkan blog dapat memudah dan
menggiatkan lagi transaksi komunikasi secara dua-hala samada
halanya ke bawah (downward), ke atas (upward) mahupun lateral
antara kita sesama kita dalam keluarga 1ICU.
Kata Datuk Ketua Pengarah lagi, blog ICU JPM adalah forum
terbuka khusus untuk warga dalaman membincangkan isu/
perkara yang membina dan bercirikan ilmiah bertujuan untuk
mengasah minda para pengunjung di samping mendapat
maklumbalas dan pandangan untuk kebaikkan bersama. Justeru,
blog diwujudkan sebagai medan bertukar-tukar pandangan,
merilekskan minda, hati dan perasaan terhadap sesuatu isu/
perkara yang umumnya bersifat semasa bermula dengan yang
ringan dan sederhana dalam usaha mengiktiraf ICU JPM sebagai
a thinking organization.
Berkaitan itu, kita semua sedia maklum bahawa komunikasi
dalam talian pada masa kini merupakan antara media sosial
yang berkesan dalam konteks membina jaringan dan juga
mengutuhkan lagi keakraban selain untuk menyebarluaskan
maklumat. Jom, sesama kita seharusnyalah medan baru tempias
daripada ledakan ICT dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kita
gunakannya secara berintegriti bagi tujuan dan maksud murni
baik untuk kepentingan rasmi organisasi atau pun kendiri asalkan
batasan sensitiviti dipelihara dan tidak menimbulkan sebarang
kontroversi.
Kepada wargakerja ICU JPM di seluruh negara yang
belum tahu! akses ke http://blog.icu.gov.my melalui laman
www.icu.gov.my amatlah mudah. Kita tidak perlu mendaftar
terlebih dahulu seperti mana keperluan Facebook, Twitter dan
lain-lain jaringan media sosial. Ini adalah kerana pihak Pengurusan
serius dalam memastikan keharmonian di tempat kerja dan amat
menghormati setiap satu lontaran ide dan pandangan khususnya
yang kreatif, kritis dan rasional serta bercirikan penambahbaikkan.
HASNIAH RASHID
Editor
Visi Agensi Pusat yang unggul dan berwibawa dalam memantau
pelaksanan rancangan pembangunan negara.
Misi Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui
penyelarasan, pengesanan dan penilaian dasar, program dan projek
dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang
baik.
Perkhidmatan Teras◆ Pemantauan Projek Pembangunan
memastikan kecemerlangan dalam penyelarasan dan pelaksanaan program/projek pembangunan
◆ Penilaian Outcome memastikan projek penbangunan dilaksanakan mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan
◆ Pengurusan Projek Khas memastikan Projek Khas dilaksana mengikut garis panduan yang ditetapkan
◆ Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan memastikan keberkesanan Program Pembasmian Kemiskinan
Minda Editor
Minda Editor
Moto
BIL.4/2010 03
BLOG UTUSAN KEAKRABAN
Isi Kandungan Bil.4/201004 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
5 Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2009
6 e-Kasih Menang Anugerah MSC APICTA
Nasional & Asia Pasifik
7 Workcamp Tingkatkan
Kefahaman Dalam Uruskan Projek
8 SDSI Berjaya Lahir Usahawan
Berdayasaing
10 Inisiatif Untuk Kurangkan Kadar
Jenayah
11 Kursus Audit Mantapkan Persediaan
Pensijilan 5S
12 Keunggulan ICU JPM Di Sebalik
Pensijilan 5S
14 Rampaian Peristiwa
20 Program BersamaMu PUSPANITA ICU JPM
21 Keberkesanan Pelaksanaan
Program/Projek Khas : TUNAS MEKAR
22 ICU JPM Lengkapkan Warga Dengan
Kemahiran Tangani Krisis
23 Kursus Asas Teknikal
24 Pendedahan Protokol Dan Etiket
Sosial
25 Bengkel Pembangunan Kendiri
Unggul ICU JPM
26 D-Lab Tingkat Kemahiran Aplikasi
27 Setulus Budi Seindah Memori
28 Ehwal Perjawatan
Replika Banir Keranjidi Muzium Perhutanan FRIM, Kepong.
Isi Kandungan September-Oktober 2009
ANUGERAHANUGERAH PERKHIDMATANPERKHIDMATAN CEMERLANGCEMERLANG20092009
BIL.4/2010 05Pengiktirafanan & Penganugerahan
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG2009
Bangi, Selangor > Seramai 102 pegawai dan kakitangan ICU JPM dari semua Pejabat Pembangunan Negeri (PPN/JPP) dan Bahagian telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemer lang 2009. Maj l i s yang berlangsung di Hotel Equatorial Bangi itu turut meraikan 10 warga ICU JPM yang telah bersara. Majlis pengiktirafan dan interaksi berkenaan adalah sejajar dengan misi ICU JPM bagi mengiktiraf usaha pegawai dan kakitangan bagi mencapai objektif, misi hasrat dan matlamat ICU yang kolektif dan komprehensif. Ketua pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj Shukry Mohd Salleh yang menjadi tetamu kehormat pada majlis itu merakamkan setinggi tahniah kepada penerima dan menyifatkan bahawa seluruh warga ICU JPM telah banyak memainkan peranan penting dalam tugas mereka sepanjang tahun 2009 yang lalu. Intipati ucapan beliau antara lain, paling mustahak, kesungguhan anggota kerja di ICU bagi meneruskan misi dan terus memahami dan mendokong hasrat Kerajaan, serta melunaskan kehendak stakeholderkita yang lebih mencabar pada dekad terakhir ini. Pada penghujung ucapannya Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah melahirkan perasaannya melalui rangkap pantunnya.
Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan s e p a n j a n g zaman.
Oleh HASSHIM ABU HANIFAH [email protected]
06 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
e-KASIH MENANG ANUGERAH MSC APICTA NASIONAL & ASIA PASIFIK
Oleh RUSNITA HAMDAN [email protected]
Kuala Lumpur > Bank Data
K e m i s k i n a n N a s i o n a l
(e-Kasih) yang dilancarkan
pada 2008 telah memenangi
The Best e-Community and e-Inclusion di MSC APICTA (MSC
Malaysia Asia Pacific Award) 2010
yang diumumkan pada 9 Ogos 2010
di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
YBhg. Dato' Abd. Ghani Ariffi n telah
mewakili ICU JPM pada upacara yang
gilang gemilang anjuran MDeC.
e-Kasih merupakan pangkalan
d a t a t u n g g a l n a s i o n a l y a n g
menempatkan maklumat mengenai
kemiskinan bermula dari profi l
i nd i v i du s eh ingga l ah kepada
keberkesanan program-program
bantuan yang diterima. Ianya telah
dijadikan sebagai rujukan utama
oleh Kementerian/Agensi di dalam
merancang dan memantau program
pembasmian kemisk inan bag i
mencapai kumpulan sasar yang telah
dikenalpasti. Pelaksanaan eKasih
te lah membantu menge lakkan
pertindihan akan jenis bantuan yang
diberikan kepada kumpulan sasaran
tersebut.
e-Kasih telah dibangunkan
secara dalaman oleh Bahagian
Teknologi Maklumat, ICU JPM yang
terdiri daripada 6 orang pegawai
dalam jangka masa 7 bulan dengan
menggunakan platform Microsoft.
Dengan kerjasama dan sokongan
yang sepenuhnya daripada Bahagian
Pembasmian Kemiskinan, ICU JPM
dan Kementerian/Agensi maka segala
cabaran yang dihadapi telah di atasi
dari masa ke semasa. Kejayaan
pembangunan dan pelaksanaan
eKasih ke seluruh negara merupakan
pengalaman dan pembelajaran yang
sangat berharga dan berguna bagi
semua yang terlibat.
Sebanyak 17 kategori yang
telah dipertandingkan. Pemenang
MSC Malaysia APICTA Award telah
mewakili Malaysia di peringkat Asia
Pasifi k.
Anugerah yang dikelo lakan
o leh Mul t imedia Deve lopment
Corporation (MDeC) dan Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia
Malaysia (PIKOM) dikenali sebagai
oscar industri ICT yang memberi
penghargaan terhadap karya terkini,
idea-idea yang inovatif dan produk
ICT.
e-Kasih sekali lagi mencatat
k e j a y a a n b e r s e j a r a h s e t e l a h
diumumkan sebagai pemenang
bagi kategori Best of E-Government d i 10th In te rna t i ona l APICTA
Awards yang ber langsung pada
15 Oktober 2010.
Pengiktirafanan & Penganugerahan
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 07
WORKCAMP TINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM URUSKAN PROJEK
Oleh ELIZA MASLINA ABDUL JAMIL [email protected]
Putrajaya > Workcamp peringkat
Ketua Penolong Pengarah
dan Penolong Pengarah bagi
mengukur tahap kefahaman
pegawai dalam mengenalpasti
masalah sesuatu projek serta tindakan
terbaik yang dilakukan untuk mengatasi
masalah tersebut serta melancarkan
kembali perjalanan sesebuah projek
telah diadakan.
Pada 6 Ogos 2010 lalu, bertempat
di Sektor Pemantauan dan Penilaian,
Ibu Pejabat, ICU JPM.
Seramai 5 orang Ketua Penolong
Pengarah telah membentangkan 3
laporan meliputi intervensi yang mana
isu/masalah pelaksanaan yang berjaya
diselesaikan, laporan intervensi/
t roubleshoot ing yang mana isu /
masalah pelaksanaan masih belum
berjaya diselesaikan serta laporan
pemantauan projek melalui tindakan
healthcheck. Pejabat Pembangunan
Negeri Perak telah mengunggul i
bahagian ini menerusi pembentangan
yang disampaikan oleh Ketua Penolong
Pengarahnya, Jamaliah Muhammed.
Bagi peringkat Penolong Pengarah,
fokus adalah untuk menilai kecekapan
pegawai dalam memantau projek yang
telah di’log’kan dan ketelitian dalam
membuat pelaporan. Sebanyak 3
laporan juga telah dibentangkan iaitu
laporan terhadap log tindakan, laporan
SPP II vs Onsite serta laporan 10 profi l
projek yang telah dilawati.
Seramai 5 panel yang terdiri
daripada 2 orang Timbalan Pengarah
bagi setiap panel, telah menilai kesemua
kertas pembentangan di mana Penolong
Pengarah dari Pejabat Pembangunan
Negeri Johor, Nabilah Al-Muna Mohd
Norterpilih sebagai pembentang terbaik.
Timbalan Pengarah Bahagian
Keselamatan, Hanani Sapit selaku
Ketua Panel bagi sesi Ketua Penolong
Penga r ah me rumuskan bahawa
tahap pemahaman dan kecekapan
para pegawai dalam memantau dan
membantu menyelesaikan masalah
sesebuah projek adalah amat baik di
samping penggunaan tools yang amat
ketara dalam membuat intervensi/
troubleshooting.
An ta ra t oo l s yang
d igunakan ada lah
S W O T A n a l y s i s
dan Checklist Best
P r a c t i c e s b a g i
lawatan healthcheck.
Manakala Timbalan
Pengarah Bahagian
Ekonomi, Shahariah
Saadudd in se laku
wakil panel bagi sesi
Penolong Pengarah
merumuskan workcamp ini sebagai
satu platform pembelajaran dan tempat
untuk berkongsi idea bagi kebaikan
bersama.
Majl is penutup dihadir i oleh
Timbalan Ketua Pengarah Sektor
P e m a n t a u a n d a n P e n i l a i a n ,
Dato’ Mohammed Ismail . Secara
kese lu ruhannya , Workcamp B i l
8/2010 ini telah berjaya mencapai
objektifnya serta mampu menjadi
medan pengukuhan intervensi dan
troubleshooting buat semua yang
terlibat. Adalah menjadi harapan pihak
pengurusan agar aktiviti ini dapat
menzahirkan matlamat ICU JPM untuk
menjadi agensi unggul dalam memantau
projek pembangunan negara.
Pembangunan Kompetensi
08 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pembangunan Usahawan
SDSI BERJAYA LAHIR USAHAWAN BERDAYASAING
Oleh MOHD SYAIFULRIZAL ABU BAKAR [email protected]
Seremban, Negeri Sembilan >
Showcase Satu Daerah Satu
Industri (SDSI) Zon Tengah
telah berlangsung pada
26 hingga 27 Jun 2010
di Kompleks Belia dan Sukan Paroi
anjuran Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Sembilan.
Majlis perasmian disempurnakan
oleh YB. Datuk Hasim Bin Rusdi,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal
Pengguna dan Kemudahan Awam
serta dihadiri oleh wakil MITI, ICU
JPM dan pegawai-pegawai Kerajaan
Negeri Sembilan.
P e j a b a t P e m b a n g u n a n
Persekutuan Negeri Sembilan (PPPN
NS) terlibat secara langsung sebagai
Ahli Jawatankuasa Induk Showcase
dan mempengerusilan Jawatankuasa
Kec i l P r omos i d an Pub l i s i t i .
Pelbagai program keusahawanan
telah diadakan seperti pameran dan
jualan produk/perkhidmatan, klinik
usahawan, pemadanan perniagaan,
seminar, menu negeri dan pelbagai
aktiviti menarik.
YB Datuk Hasim dalam ucapan
pe rasmiannya , be rasa bangga
kerana program SDSI telah berjaya
melahirkan ramai usahawan SDSI di
Negeri Sembilan yang terlibat dalam
pelbagai aktiviti seperti perniagaan
makanan, pertanian, perkhidmatan,
k r a f t angan , pe l ancongan dan
sebagainya.
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 09
Ke r a j a an Nege r i s en t i a s a
m e m b e r i k a n k e u t a m a a n d a n
sokongan dalam pelbagai bentuk
seperti khidmat nasihat, promosi dan
pemasaran kepada usahawan SDSI di
Negeri Sembilan dan berkeyakinan
bahawa SDSI mampu membantu
masyarakat melaksanakan pelbagai
aktivit i secara komersial untuk
meningkatkan pendapatan mereka.
Ramai usahawan SDSI di Negeri
Sembilan yang menjalankan aktiviti
perusahaan berasaskan pertanian,
kraftangan, herba, makanan dan
minuman masih berada pada skala
kecil walaupun mempunyai potensi
pasaran yang besar di dalam dan
luar negara dan perusahaan yang
dijalankan mempunyai potensi untuk
meningkatkan penyertaan komuniti
terutamanya sebagai pembekal bahan
mentah dan agen pemasaran. Dalam
hubungan ini, usahawan-usahawan
SDSI digesa supaya terus berusaha
dengan gigih supaya matlamat untuk
mewujudkan SDSI yang berjaya di
setiap daerah tercapai.
YB Datuk Hasim turut menegaskan
bahawa Program SDSI di kawasan
Zon Tengah yang meliputi Negeri
Sembilan dan Selangor mempunyai
potensi yang besar untuk berkembang.
Selain faktor pasaran yang luas para
penduduk di Lembah Kelang yang
mempunyai kuasa beli yang tinggi
dan kesediaan membeli barangan
dan perkhidmatan terutamanya yang
bermutu dan ditawarkan pada harga
yang kompetitif.
Sehubungan i tu , YB tu ru t
menggesa supaya usaha mempromosi
barangan dan perkhidmatan perlu
dibuat secara berterusan selaras
dengan kedudukan SDSI di Zon
Tengah yang hampir dengan point of
export iaitu Pelabuhan Kelang dan
KLIA yang membolehkan barangan
dipasarkan dengan segera dan sampai
kepada pengguna dalam keadaan
baik.
Selaras dengan pelancaran Model
Baru Ekonomi yang mensasarkan
peningkatan pendapatan penduduk
ke tahap yang lebih tinggi di mana
Kerajaan menetapkan sasaran KDNK
per kapita pada sekurang-kurangnya
USD15,000 setahun, SDSI adalah
satu program yang boleh di transform
untuk membantu Kerajaan mencapai
matlamat yang ditetapkan.
10 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pembangunan Negara
INISIATIF UNTUKKURANGKAN KADAR JENAYAH
Sebe rang P ra i Se l a t an ,
Pulau Pinang > Kerajaan
mensasarkan penurunan
kadar jenayah bagi mencapai
objektif Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA). Sehubung
itu, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai program ke arah menaikkan
prestasi agensi penguatkuasaan dan
seterusnya menambahbaik persepsi
rakyat terhadap keselamatan awam.
Bagi merealisasikan hasrat ini
kerajaan telah melaksanakan projek
pembinaan Balai Polis di seluruh
negara. “Sesungguhnya projek
pembinaan ini adalah sebahagian
daripada usaha mengurangkan kadar
jenayah di negara ini,” demikian
dijelaskan oleh Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri ketika merasmikan Majlis
Pecah Tanah Balai Polis Sg.Acheh
pada 7 Ogos 2010 di Sg.Acheh,
Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh
Penasihat Kementerian Luar Bandar
& Wilayah (KKLW), Dato Zainal Abidin
Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Sg. Acheh, Dato Mahmood
Zakaria, Pegawai Kemajuan Negeri
Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus,
Pengarah Jabatan Logistik Polis
DiRaja Malaysia, Datuk' Mashuri
Zainal dan Ketua Polis Pulau Pinang,
Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob. Turut
hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan/
Agensi Persekutuan Pulau Pinang,
pemimpin-pemimpin masyarakat,
p e g a w a i / k a k i t a n g a n P e j a b a t
Pembangunan Negeri.
Bagi mencapai objektif NKRA,
terdapat tiga (3) sasaran utama yang
diberi penekanan iaitu:
¢ Mengurangkan kadar jenayah
j a l a n a n s e b a n y a k 2 0 % p a d a
penghujung tahun 2010.
¢ Menambah baik persepsi rakyat
terhadap keselamatan awam.
¢ Menaikkan prestas i agens i
penguatkuasaan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga
menyeru agar Pembinaan Balai Polis
Sungai Acheh ini akan memperlihatkan
komitmen dan kesungguhan Kerajaan
bagi mengurangkan kadar jenayah di
kawasan berkenaan yang merupakan
laluan yang menghubungkan Pulau
Pinang dan Negeri Perak. Diharapkan
dengan terlaksananya projek ini akan
memberikan manfaat langsung kepada
penduduk sekitar KADUN Sungai
Acheh dan kawasan berhampiran
sekali gus membuktikan bahawa
pembangunan yang dibawa Kerajaan
Persekutuan sentiasa menitikberatkan
keperluan di kawasan luar bandar.
Diakhir majlis ini, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop telah menyampaikan
sumbangan moreh kepada Qariah
Masjid/Surau dari seluruh kawasan
Nibong Tebal.
Oleh FIRDAUS HAYOT [email protected]
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 11
Pengurusan Organisasi
Kursus Audit Mantapkan Persediaan Pensijilan 5S
PICC, Putrajaya > Inisiatif
b a g i m e r e a l i s a s i k a n
pensijilan Amalan 5S oleh
semua JPP/PPN/BPPBPP/
PERDA dipergiatkan oleh
Jawatankuasa Induk Amalan 5S Ibu
Pejabat dengan menganjurkan Kursus
Audit Dalam Amalan 5S.
Pada kursus yang dihadiri seramai
33 orang peserta adalah terdiri dari
Ahli Jawatankuasa Audit Dalam
Amalan 5S ini bertujuan memberi
pendedahan kepada para peserta
berhubung faedah dan aplikasi sistem
amalan Quality Environment (QE) dan
kaedah pelaksanaan sistem amalan
QE secara sistematik.
Kursus audit ini dijalankan
sebagai susulan kepada Kursus
Pendedahan dan Penghayatan
Amalan 5S bagi peringkat JPP/PPN/
BPPBPP/PERDA yang telah diadakan
pada 14 dan 15 Januari yang lalu.
Kursus in i d ib imbing o leh
Juruperunding Pelaksanaan Amalan
5S, Lizuan Latif dari Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC)dan
dikendalikan secara teori dan pratikal.
Para peserta dibahagikan mengikut
kumpulan dan setiap kumpulan
dikehendaki membuat senarai semak
Audit Dalam 5S berdasarkan lawatan
pratikal auditan yang telah dijalankan
di Bahagian Khidmat Pengurusan
(BKP) dan pejabat.
Berdasarkan lawatan auditan
tersebut penilaian oleh peserta adalah
supaya usaha penambahbaikan
terutamanya sistem Kaizen perlu
d iwujudkan bag i mengeka lkan
pensjilan semula Amalan 5S di
Ibu Pejabat. Selain itu, peserta-
peserta dar i neger i yang te lah
berjaya dipersijilkan seperti PPN
Perak dan Lembaga Kemajuan
Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut
bersama menyumbangkan idea-idea
dan berkongsi pengalaman dalam
pelaksanaan audit dalaman di negeri
masing-masing.
S e c a r a k e s e l u r u h a n n y a ,
Amalan 5S merupakan asas utama
bagi program-program kualiti yang
dijalankan. Amalan 55 diharap
dapat mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang lebih produktif dan
berkualiti tinggi, sekaligus mendorong
k e p a d a s i s t e m p e n y a m p a i a n
perkhidmatan yang berintegriti,
cepat, dan cekap. Berkaitan itu,
komitmen serta kerjasama dari semua
warga ICU adalah amat penting bagi
merealisasikan Persijilan Amalan 5S
yang pastinya menjadi satu lagi mercu
tanda kecemerlangan organisasi ICU
JPM.
Oleh ABDULL HADI MOHD YUSOFF [email protected]
12 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pengurusan Organisasi
KEUNGGULAN ICU JPMDi Sebalik PENSIJILAN 5S
Putrajaya > Sasaran ICU JPM
s u p a y a s e m u a 1 6 P e j a b a t
cawangan (JPP/PPN/BPPBPP/
P E R D A ) d i s e l u r u h n e g a ra
mempero leh i pe rs i j i l an 5S
menjelang akhir 2010 telah tercapai.
Sasaran organisasi yang disambut dengan
komitmen semua warga kerja didapati
berbaloi ekoran perakuan oleh Malaysia
Productivity Corporataion (MPC) melalui
sesi-sesi auditan. PPN Perak (31 Mei),
PERDA (9 Julai), PPN Sabah (28 Julai), dan
BPPBPP (26 Ogos) adalah antara pejabat
perintis sehinggalah misi pensij i lan
disudahi oleh PPN Perlis dan JPP Kelantan
pada hari-hari akhir bulan Disember 2010.
Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Hj.
Shukry Mohd Salleh semasa Perhimpunan
ICU JPM bu lan D isember pada 27
Disember 2010 merumuskan kejayaan
tersebut adalah bersandarkan kepada
sokongan dan komitmen berterusan dari
pihak pengurusan dan setiap seorang
wargakerja untuk mencapai matlamat
organisasi. Proses pra auditan dan pasca
pensijilan 5S memperkasakan lagi imej
keunggulan ICU JPM dan secara tidak
langsung telah menampakkan impak
positif dalam pelaksanaan kerja seharian:
●➤ Kerja menjadi lebih baik kerana
5S sebagai asas kepada program
kualiti meningkatkan lagi semangat
1ICU untuk bekerja secara berpasukan
dan membina ciri-ciri kepimpinan
dalam diri para pekerja;
●➤ Kerja menjadi lebih mudah di
mana melalui 5S setiap wargakerja
diterapkan dengan sikap positif dan
disiplin serta kepatuhan kepada norma
kerja;
●➤ Kerja menjadi lebih cepat di
mana 5S menghargai nilai-nilai kualiti
seperti kebersihan, kekemasan dan
keseragaman pada tempat dan
kawasan kerja; dan
●➤ Ker ja menjadi lebih murah
kerana 5S membudayakan kerja yang
berkualiti, dan menagih idea kreatif
di luar kotak pemikiran biasa untuk
penambahbaikkan secara berterusan;
sekaligus meningkatkan produktiviti.
Oleh HASNIAH RASHID [email protected]
5S di PPN Sabah
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 13
Pemerhatian terhadap amalan 5S
dalam usaha mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang berkualiti tinggi di
ICU JPM mendapat i S yang kedua
(SUSUN) iaitu selepas selesainya kerja-
kerja pengasingan dan SISIHan serta
S yang kelima (SERAGAM ) sebagai
paling kritikal. Ini adalah kerana di fasa
SUSUN , ianya memerlukan adunan
elemen seperti inisiatif dan kreatitivi
khususnya di kalangan para Fasilitator dan
Pengurus Ruang/Kawasan dan seterusnya
penerimaan dan persepakatan untuk
diSERAGAMkan pelaksanaannya oleh
ahli-ahli lain menerusi aktivti komunikasi
yang berkesan.
Walau pun kritikal, fasa SUSUN
d a n S E R A G A M t e l a h b e r j a y a
menggembangkan lagi daya kreativiti
1ICU memandangkan aturan menyusun
adalah sesuatu yang tidak kaku dan
tekniknya juga adalah pelbagai. Akhirnya
dalam mencapai misi 5S, kebanyakkan
Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat
serta JPP/PPN/BPPBPP/PERDA dengan
mengambilkira faktor jangkaan kesan
telah mengenalpasti dan menyusun
peralatan pejabat serta mempamirkan
identiti mengikut kreativiti tersendiri
seperti gabungan elemen:
• Warna - merah, biru, kuning dan…
• Hari… Minggu… Bulan… Tahun
• Nombor – 1, 2, 3…
• Abjad - A, B, C…
• Bentuk seperti saiz & ukuran
Kesimpulannya pensijilan 5S di ICU
JPM bermula dengan aktivti kesedaran
sepert i lat ihan seawal tahun 2007;
mamastikan kejayaan amalan 5S melalui
penglibatan semua peringkat (2008 –
2009), memperolehi perakuan pensijilan
sebagai aktiviti kemuncak (2010) dan
mengulangi kitaran SISIH, SUSUN, SAPU,
SERAGAM & SENTIASA AMAL sebagai
budaya kerja melalui aktiviti auditan dan
pensijilan semula persekitaran (2011 dan
seterusnya).
5S di PERDA
5S di BPPBPP
14 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Rampaian Peristiwa
05.07.2010Perhimpunan Bulanan JPM Bagi Bulan Julai 2010
08.07.2010Bengkel Strategic Camp Arahan No.1, 2010
16 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Rampaian Peristiwa
20.07.2010Pelancaran BLESS Peringkat Negeri Sembilan
28.07.2010Lawatan Pegawai Sektor Penilaian & Pemantauan ke FRIM, Kepong, Selangor
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 17
05.08.2010Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
12.08.2010Penyerahan Cek Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Sekolah Menengah Agama Ulu Langat, Selangor
18 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Rampaian Peristiwa
24.08.2010Majlis Berbuka Puasa Dan Tazkirah ICU JPM
24.08.2010Perhimpunan Bulanan ICU JPM Ogos 2010
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 19
25.08.2010Bengkel Pengurusan Audit Nilai ICU JPM
26.08.2010Bengkel Penyediaan Video Korporat ICU JPM
20 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pembangunan Komuniti
Program BersamaMuPUSPANITA ICU JPM
Put ra jaya > PUSPANITA
Cawangan Kecil ICU JPM
telah berjaya menganjurkan
satu lawatan amal ke Rumah
Warga Tua, Jalan Besar,
Batu 9 Kampung Pulau Meranti,
Puchong, Selangor pada 6 Ogos
2010.
Rombongan amal maaruf telah
disertai oleh seramai 20 orang ahli
dan diketuai oleh YBhg. To’ Puan
Norfadziah Ab Rahman, Timbalan
Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kecil ICU JPM.
Program ini bertujuan memberi
pendedahan dan kesedaran kepada
ahli dengan kerja-kerja amal sempena
bulan Ramadan Al Mubarak 1431H.
Sebe l um i t u , PUSPANITA
Cawangan Kecil ICU JPM telah
melancarkan kutipan ICU Charity @
RM2 pada 7 Julai 2010 yang lalu.
Hasil dari sumbangan dan kutipan
tersebut PUSPANITA ICU JPM telah
membeli beberapa keperluan barang
dapur untuk diserahkan kepada para
penghuni rumah warga tua tersebut.
Selain sumbangan individu dan
Bahagian/Seksyen seperti lampin
pakai buang, barang elektrik, pakaian
serta wang tunai pada majlis tersebut.
Rumah keba j ikan te rsebut
didiami oleh seramai 28 orang
penghuni warga tua yang terdiri
dari 19 orang perempuan dan 9
orang lelaki. Kebanyakan berumur
dalam lingkungan 50-70 tahun dan
sebatang kara. Rumah kebajikan
ini diusahakan oleh sukarelawan
wanita yang berhat i waja ia i tu
Puan Hjh. Muji Hj. Sulaiman semenjak
2008 lagi.
Harapan pihak PUSPANITA
Cawangan Kecil ICU JPM, amal
kebajikan ini menjadi satu amalan
budaya yang murni untuk diteruskan
dar i masa ke semasa. Semoga
sumbangan ikhlas semua warga ICU
JPM diberkati Allah SWT jua.
Oleh NORHAYATI YUSOF [email protected]
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 21
INFOKEBERKESANAN PELAKSANAANPROGRAM/PROJEK KHAS
PROGRAM TUNAS MEKAR : Pelaksanaan bersama ICU JPM dan UiTM telah menarik minat ramai graduan IPT dan melahirkan banyak
usahawan di kalangan graduan muda. Sejak dilaksanakan pada Tahun 2005, bilangan peserta adalah seramai 638 orang. Program ini
didapati berkesan di mana sehingga 30 September 2010 seramai 243 (30.1%) graduan Tunas Mekar telah memulakan perniagaan sendiri.
PENEMUAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME 2010 di kalangan peserta/graduan Program Tunas Mekar:4 95.8% bersetuju bahawa Program Tunas Mekar adalah Memuaskan;
4 96.2% berkeyakinan bahawa Program Tunas Mekar mampu dan berjaya melahirkan Usahawan IKS; dan
4 94.6% bersetuju bahawa pelaksanaan Program Tunas Mekar adalah berfaedah.
PROFIL & DIREKTORI PERNIAGAAN GRADUAN PROGRAM TUNAS MEKAR:
PEMPROSESAN MAKANAN
u MOHD POZI HASSAN Restoran Nasi Ayam Periuk Besar g Diploma Teknologi Tekstil UiTM & Pozi Bistrog Tunas Mekar TERENGGANU No.39, Jln. Belakangg Mula berniaga pada 4 JUN 2007 27/2, Seksyen 27, Taman Alam Megah
20400 Shah Alam, Selangor Tel : 019 227 6160
PERTANIAN
u NOOR YUSHALIZAWATI MD. YUNUS NY Abadi Trading g Diploma Perakaunan UiTM No.37G, Kampung Serting Hilirg Tunas Mekar MELAKA Jabu Bahaug Mula berniaga pada 1 JUN 2007 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Tel : 019 373 6812
KEMAHIRAN SENI / ANDAMAN
u NOOR SHAHIDAH ABU BAKAR RShah Impiana Trading g Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM No. 32, Bangunan MDKP g Tunas Mekar KEDAH Pekan Kepala Batas g Mula berniaga pada 1 OGOS 2007 06200 Kepala Batas, Kedah Tel : 012 506 9787
PEMPROSESAN MAKANAN
u MASLIZA MOHD TAIB Mekar Ria Enterprise g Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM Kafeteria Staf UiTM Pulau Pinang g Tunas Mekar PULAU PINANG Jalan Permatang Pauh g Mula berniaga pada 6 OGOS 2007 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang Tel : 012 599 1611
✔
✔
✔
✔
Pembangunan Usahawan
22 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pembangunan Organisasi
ICU JPM Lengkapkan Warga Dengan Kemahiran Tangani Krisis
Kajang, Selangor > Kemahiran
dalam menangani krisis amat
penting bagi penjawat awam.
Ini meliputi aspek kesediaan,
langkah pencegahan dan kaedah
pengurusan. Bagi melengkapkan kesemua
aspek itu, ICU JPM telah mengadakan
Kursus Pengurusan Krisis di Institut
Latihan KWSP, Kajang.
Kursus yang bermula pada 9
hingga 11 Julai dihadiri oleh 30 orang
peserta dari Gred 41 – 54. Bertujuan
untuk penambahan ilmu serta kemahiran
berkaitan pengurusan krisis. Peserta
dibimbing dalam persediaan membentuk
s i k a p s e n t i a s a
m e m a h a m i d a n
b e r s e d i a d a l a m
menghadapi krisis,
khususnya dalam
aspek pencegahan
dan langkah-langkah
untuk mengatasinya.
Selain itu kemahiran
d a l a m t e k n i k
pengurusan kr is is
b a g i m e n g a m b i l
tindakan bersesuaian
sebelum, semasa dan
selepas krisis berlaku juga didedahkan
kepada peserta.
Ketua Progam, Program Kepakaran
Perundingan, Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN), Bukit Kiara, Rahimah
Yeop bertindak sebagai penceramah
sepanjang kursus tiga hari ini. Kursus
ini memberi penekanan menerusi sesi
perbincangan kumpulan dan curahan
idea, pandangan dan pendapat.
Di akhir sesi, empat orang peserta
telah terpilih untuk dianugerahkan
sijil. Bagi sesi Most Promising Crisis
Manager, Syaharudin
Shah Mohd Noo r
dari BPPBPP telah
d ip i l i h manaka l a
Mos t Though t f u l
C r i s i s M a n a g e r
diberikan kepada
Pauziah Abdullah
d a r i P e j a b a t
P e m b a n g u n a n
Negeri Terengganu.
Julaihah Jamaludin
d a r i P e j a b a t
P e m b a n g u n a n
Negeri Selangor (Zon Sepang & Hulu
Langat) dipilih sebagai Most Courteous
Manager dan Mohd Hafiz Aswad Nadzri
dari Pejabat Pembangunan Negeri Pulau
Pinang sebagai Most Resourceful Crisis
Manager.
Di akhir kursus, Tuan Haji Nordin
Buyau, Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan, ICU JPM telah merasmikan
majlis penutup dan menyampaikan sijil
kepada para peserta.
Oleh NOR ASIAH ABDUL HALIM [email protected]
Sh
da
d i
M
C
d
P
d
P
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 23
Pembangunan Kompetensi
Kuching, Sarawak > Satu
Kursus Asas Teknikal khusus
untuk Negeri/Staf Pejabat
P e m b a n g u n a n N e g e r i
Sarawak telah diadakan pada
12-14 Julai 2010. Objektif kursus
adalah bagi menyediakan pegawai
dan kakitangan dengan kemahiran
se r ta pengetahuan berhubung
dengan keperluan teknikal. Selain
itu ianya adalah untuk meningkatkan
kefahaman berkaitan teknik dan
p r o s edu r d a l am pe l a k s anaan
pemantauan dan penilaian projek.
Bilangan peserta seramai 20
orang adalah terdiri daripada penolong
Pengarah, Pegawai Sistem Maklumat,
Perakuanan dan Juruteknik yang
terlibat dengan aktiviti pemantauan
dan pelaksanaan projek-projek
Kerajaan.
Penceramah terdiri daripada
Tuan Ir. Haji Mohd Zaki Mohd Zain,
Ketua Penolong Pengarah, Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri
Kelantan, En. Jeffryl Azniel Adzar,
Jurutera, Pejabat Pembangunan
Negeri Perak diikuti oleh Puan Ir. Umi
Kaltom Ahmad, Pengarah Konsultatif
& Referal, ICU JPM.
Modul-modul kursus yang diberi
penekanan adalah berkait rapat:
u Pemantauan projek-projek fizikal
u Pengenalan kerja-kerja
kejuruteraan awam dan jalan
u Asas kejuruteraan Geoteknik
u Pengenalan kerja-kerja
kejuruteraan struktur dan
bangunan
u Anggaran dan jadual harga
u Pengenalan spesifikasi
bangunan JKR 2005
u Pengurusan projek
u Prosedur dan pekeliling (umum)
Keseluruhan program pendedahan
dan peningkatan kompetensi teknikal
akan dapat memperkukuhkan lagi
keupayaan serta mampu memberi
kekuatan dan keyakinan setiap
pegawai ICU JPM apabila ke tapak
projek. Dengan memiliki pengetahuan
yang tinggi dan mantap berhubung
keperluan teknikal ianya mampu
menambah nilai dalam kerja-kerja
yang berkaitan pengurusan projek/
program pembangunan Kerajaan.
Kursus ASAS TEKNIKALOleh MOHD NOOR YAZID ISMAIL [email protected]
24 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pengurusan Sumber Manusia
Kajang, Selangor > Pengurusan
sesebuah majlis memerlukan
pematuhan kepada etiket dan
protokol. Pendedahannya
penting agar majlis yang
dilaksanakan berjalan dengan lancar
dan tertib.
U n t u k i t u , I C U J P M t e l a h
menganjurkan Kursus Protokol dan
Etiket Sosial kepada 41 orang warga
kerjanya yang terlibat secara langsung
dalam penganjuran majlis rasmi sama
ada di peringkat Ibu pejabat atau
JPP/PPN/BPPBPP/PERDA.
Kursus selama 3 hari telah
memberi pendedahan kepada aspek
protokol dan etika sosial secara
umum. Bagi memastikan protokol
dilaksanakan dengan betul peserta
diajar mengenai Susunan Keutamaan
dan Tempat Duduk semasa sesuatu
majlis dilaksanakan.
Selain itu, tugas dan peranan
Pegawai pengiring dan penyambut
tetamu juga ditekankan semasa sesi
simulasi.
K u r s u s i n i t u r u t
mengadakan 2 simulasi meliputi
Penganjuran Maj l is dan Tert ib
di Meja Makan. Setiap peserta telah
diberi tanggungjawab sebagai ahli
Jawatankuasa Penganjuran dalam
melaksanakan tugas mereka.
Kursus telah dibimbing oleh dua
pegawai dari Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) Kampus Bukit Kiara
iaitu Ketua Program Pengurusan
Majlis, Rosita Rahim dan Penyelaras
Program Kanan, Nakiah Mohd Nasir.
D i a k h i r m o d u l , p e s e r t a
diberikan penekanan mengenai
kepentingan Ketrampilan Diri yang
mana merangkumi aspek tatacara
berpakaian, Etika Berpakaian dalam
sesuatu majlis.
PendedahanProtokol DanProtokol DanEtiket SosialEtiket Sosial
Oleh NORHAKIM WAHAB [email protected]
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 25
Pengurusan Sumber Manusia
Putrajaya > Bengkel Kendiri U n g g u l b a g i P e g a w a i kumpulan Sokongan I dan II ICU JPM telah di adakan pada 21 Ogos 2010. Bengkel telah
diadakan di Dewan Taklimat, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dan dihadiri olih seramai 32 orang peserta. Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Tuan Haji Mohamad Pakarul Razy Mohamad dan Encik Mohamad Fauzi Saad dan seorang pegawai Psikologi daripada Jabatan Perdana Menteri ialah Puan Maimunah Abidin.
OBJEKTIF BENGKEL
Meningkatkan keupayaan memahami
diri di kalangan peserta
Meningkatkan kebolehan dalam
mengurus diri
Meningkatkan kebolehan dalam
memahami orang lain
Keupayaan meningkatkan daya tahan
dalam persekitaran kerja
Perjalanan bengkel sehari ini amat lah menar ik ke rana pa ra peserta telah dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri daripada seorang pegawai Psikologi dan seorang Fasilitator daripada ICU JPM. Sesi pertama bengkel dimulakan dengan Ujian Personaliti di mana permarkahan berdasarkan Total Skor yang dijana dan seterusnya diklasifikasikan mengikut jenis karektor manusia.
Karektor manusia dipecahkan kepada 8 jenis iaitu Ekstroversi, Introversi, Sensing, Intuitive,Thinking dan Feeling, Judging dan Perception. Ses i pengena lan pese r ta bag ikumpulan 2 dimulakan dengan melakar car ta kehidupan padas e k ep i n g k e r t a s d an p e s e r t a memperkenalkan diri berdasarkan carta tersebut dari usia 5 -50 tahun yang mana setiap peserta mempunyai c e r i t a s u k a / d u k a t e r s e n d i r idi sepanjang perjalanan hidup. Bengkel ini berjaya mengerakkan hati dan minda peserta untuk menjadi insan yang cemerlang, membuat perubahan serta mempunyai visi dan misi diri. Selain itu nilai penghargaan kendiri diserapkan pada diri peserta serta keperluan menerima diri sendiri seadanya. Keseluruhannya bengkel ini turut mendorong para peserta menjadi seseorang insan yang cemerlang dan mempunyai imej diri dan sentiasa menjaga tingkah laku, serta sentiasa bersikap positif dalam menjalani kehidupan seharian. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nordin Buyau, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ICU JPM.
Bengkel Pembangunan Kendiri Unggul ICU JPM
Oleh NOR ASIAH ABDUL HALIM [email protected]
26 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Pengurusan Sumber Manusia
D-Lab Tingkat Kemahiran Aplikasi
Putrajaya > Aktiviti D-Lab
me rupakan s a l ah s a t u
inisiatif Bahagian Teknologi
M a k l u m a t ( B T M ) b a g i
meningkatkan penggunaan
aplikasi dalaman. Pelaksanaan sesi
D-Lab kali yang kedua ini adalah untuk
melihat sejauh mana pengetahuan
warga ICU terhadap sistem-sistem
aplikasi yang dimiliki oleh ICU JPM
termasuk juga kaedah-kaedah yang
boleh dikongsi bersama warga kerja.
Sesi ini memberikan peluang
kepada pembangun sistem untuk
menambahbaik s is tem melalui
saranan dan cadangan dari pengguna.
Di samping itu, pengguna juga telah
mengemaskin i maklumat yang
relevan di dalam sistem aplikasi yang
berkaitan pada hari tersebut.
Sesi seperti ini akan diperluaskan
lagi dengan turun ke padang melalui
aktiviti dinamakan BTM@YourSite.
Sasaran utama ialah ke Bahagian/JPP/
PPN berpandukan kepada Laporan
Cyber Cop.
“Bengkel ini memberi banyak
faedah terutama pada apl ikasi
yang disediakan. Pendedahan ini
tentunya dapat mempertingkatkan
mutu kerja kita dan tugas yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan
lebih sistematik,” kata Jamilah Hj
Tambi, Pembantu Tadbir (P/O) yang
menyertai bengkel tersebut.
Program selama sehari ini yang
diadakan pada 9 Ogos 2010 di Bilik
Latihan, Aras 2, Bangunan Perdana
Putra telah mendapat sambutan yang
menggalakkan dari warga ICU.
Oleh PUTERI SULEANA SUPIAN [email protected]
Isi Kandungan September-Oktober 2009BIL.4/2010 27
Ehwal Perkhidmatan
Setulus Budi Seindah Memori PENGHARGAAN PERKHIDMATAN:
YBHG. DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN OMAR
Pegawai Kemajuan Negeri Perak
1 April 2005 – 18 Nov 2010
CV Perkhidmatan di JPM:
21 Oktober 1976 Lantikan sebagaiPegawai Tadbir & Diplomatik.Penempatan di Bahagian Dasar JPM
01 Oktober 1981 KPSU di Bahagian Kabinet JPMMemangku gred jawatan Tingkatan Kanan
01 April 2005 Pegawai Kemajuan Negeri Perak.Memangku PTD Gred Utama C
02 Mei 2008 Kenaikkan Pangkat PTD Gred Utama B
18 November 2010 Bersara Wajib
Harum semerbak si bunga melurJadi hiasan taman laranganSerangkap pantun mesra dihulurSetulus ingatan mengimbau kenangan
Kesan Fungsi ICU tidak terhingga Jaga tepi kain Kementerian dan AgensiKain Tuan Kain Saya Juga Itu Trade Mark Dato’ ICU ingati
Dinginnya suhu menjelang senjaMentari terbenam di ufuk baratDoa 1ICU untuk Dato’ sahajaBahagia di dunia juga di akhirat
SekalungSekalung Tahniah Tahniah
SelamatSelamatDatangDatang
Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka
YBhg. Datuk Hj. Abdul Ghani Salleh Pegawai Kemajuan Negeri Selangor
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)Yang membawa gelaran Datuk
YBhg. Dato' Hasim HasanPegawai Kemajuan Negeri Perak
Mulai 18 November 2010
28 BULETIN BERGAMBAR ICU JPM
Ehwal Perkhidmatan
PERTUKARAN MASUK Kumpulan Sokongan Julai 2010
PERTUKARAN KELUAR Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Julai 2010
PERTUKARAN KELUAR Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Ogos 2010
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Noorazlin Binti Ambar Pembantu Tadbir (P/O)Gred N22
Jabatan Pengangkutan Jalan
Bahagian Teknologi Maklumat
15 Julai 2010
Khairul Rijal Bin Abdullah Juruteknik AwamGred J17
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan
Jambatan, Ibu PejabatJKR Malaysia
PPN Perak 16 Julai 2010
Sit Norfazinida Binti Mohd Zan Pembantu Tadbir (P/O)Gred N17
Lantikan Baru Bahagian Teknologi Maklumat
21 Julai 2010
Noreain Binti Supandi Pembantu Tadbir (Kew)Gred W17
JKR Melaka PPN Johor 26 Julai 2010
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Pauziah Binti Yahaya Pembantu Tadbir (P/O)Gred N17
BTM Kementerian Dalam Negeri
15 Julai 2010
Erwan Azizi Bin Alias Pembantu Tadbir (P/O)Gred N17
PPN Kedah KementerianKewangan
21 Julai 2010
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Norali @ Awang Norali Bin Awang Damit
Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M48
PPN Sabah
Jawatan Latihan JPA(Kursus Sarjana)
18 Julai 2010
Syukrie Bin Mohd Nasir PPN Selangor
12 Julai 2010
Noor Syaida Binti Noh Bahagian Pembasmian Kemiskinan
Rosnita Binti Baharuddin Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48
Bahagian Teknologi Maklumat
Rafidah Binti Mohamed Radzi Jurutera Gred J48 Bahagian Infrastruktur
Noorul Hanim Binti Jamaludin Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Kontrak)
PPN Kedah Jawatan Kumpulan, JPA
25 Julai 2010
Kumpulan Sokongan
PERTUKARAN MASUK Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Ogos 2010
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Nur Aiman Bin Mohd Mesbah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (Kontrak)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional
PPNNegeri Sembilan
02 Ogos 2010
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Kamaruzaman Bin Ali Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Kontrak)
PPN Negeri Sembilan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional
02 Ogos 2010