ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN...
Transcript of ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN...
1
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017
TAJUK INOVASI: PROJEK KECEKAPAN TENAGA BAGI BANGUNAN
KERAJAAN NEGERI MELAKA –PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA
NO. NAMA
1. Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa
2. Pn Aeisha Binti Md Sharip
3. Cik Elina Mazuin Binti Mazudin
4. Cik Atirah Binti Mohd Tajuddin
5. Cik Liyana Najwa Binti Latip
Tarikh Penghantaran Laporan: 07 Julai 2017
2
3
TAJUK INOVASI : PROJEK KECEKAPAN TENAGA BAGI BANGUNAN KERAJAAN
NEGERI MELAKA –PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Jabatan
1.1.1 Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (dahulu dikenali sebagai Perbadanan
Hang Tuah Jaya) merupakan satu Badan Berkanun Negeri Melaka yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka selaras dengan peruntukan di
bawah Seksyen 3 Akta Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan
Negeri) 1952 (Akta 380). Enakmen Perbadanan Hang Tuah Jaya 2005
telah diluluskan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka
pada 29 Mac 2005 dan diwartakan pada 28 April 2005. Perbadanan Hang
Tuah Jaya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2005 melalui keputusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 11 Mei 2005
1.1.2 Perbadanan Hang Tuah Jaya telah ditukar nama dan fungsi melalui
Enakmen Perbadanan Hang Tuah Jaya (Pindaan) 2013 yang telah
diluluskan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada 25
Oktober 2013 dan ianya diwartakan pada
1.1.3 07 November 2013. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mula
berkuatkuasa secara rasmi pada 08 November 2013
1.1.4 Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan
teknologi hijau di Negeri Melaka. Objektif penubuhan PTHM adalah untuk
melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah
ditetapkan oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka (Dipengerusikan oleh
YAB Ketua Menteri Melaka)
4
1.2 Visi
1.2.1 “Menjadi agensi peneraju dan pemangkin ke arah pertumbuhan
sosio-ekonomi hijau di peringkat negeri, Negara dan antarabangsa”
1.3 Misi
1.3.1 “Menjadikan Negeri Melaka sebagai hub pertumbuhan teknologi hijau di
dalam negara, serantau dan antarabangsa menjelang 2020
1.4 Objektif
1.4.1 Merancang dan melaksana dasar-dasar teknologi hijau negeri.
1.4.2 Meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta komitmen masyarakat dalam
teknologi hijau secara meluas.
1.4.3 Merancang dan memantau inisiatif dan pembangunan teknologi hijau di
Negeri Melaka.
1.4.4 Mempelopori perniagaan dan pelaburan dalam teknologi hijau.
1.4.5 Menyediakan peluang dan prasarana untuk meningkatkan skil dan
melahirkan graduan-graduan teknologi hijau.
1.5 Fungsi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
1.5.1 Menjadi sekreatariat Majlis Teknologi Hijau Negeri
1.5.2 Menyediakan Laporan Karbon Inventori Negeri
1.5.3 Memantau perlaksanaan inisiatif hijau berdasarkan indikator UEA, Indeks
Penanda Aras dan GCAP
1.5.4 Merancang serta menarik pelaburan hijau ke dalam negeri
1.5.5 Melaksana projek-projek pembangunan teknologi hijau
1.5.6 Menganjurkan kursus, seminar, latihan dan program kesedaran teknologi
hijau
1.5.7 Menyediakan modul dan melatih bakal-bakal graduan untuk industri hijau
5
2.0 Latar Belakang Projek
2.1 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) telah menggariskan definisi teknologi hijau yang merujuk kepada
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam
sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.
2.2 Manakala kriteria teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang
memenuhi kriteria berikut iaitu ;
2.2.1 Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
2.2.2 Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar.
2.2.3 Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan.
2.2.4 Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
2.2.5 Menggalakkan sumber-sumber yang diperbaharui
2.3 Pembangunan Teknologi Hijau di Negeri Melaka telah memenuhi agenda dan
menyokong dasar, program dan tumpuan semasa program. Selain itu, relevan dapat
dilihat melalui sokongan konsep seamless melalui tahap jaringan kolaborasi dan
kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, berkenaan pembangunan Teknologi
Hijau di Melaka.
2.4 Dasar Teknologi Hijau Negara
2.4.1 Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara adalah untuk mengurangkan kadar
peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi dan membantu pertumbuhan dalam industri
Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Negara.
6
2.5 IMT-GT Green Initiatives
2.5.1 Melaka adalah Model Bandar Hijau di bawah Program Kerjasama Serantau
Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Segala usaha di
Melaka ini akan membawa impak positif kepada pembangunan bandar hijau
di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi (UPEN),
Jabatan Perdana Menteri adalah wakil kepada Kerajaan Malaysia.
3.0 Tujuan Projek / Inovasi
3.1 Melaka telah dijadikan negeri perintis dalam pelaksanaan inisiatif Bandar Hijau
IMT-GT (IMT-GT Green Cities Initiatives) dalam wilayah IMT-GT. Dua bandar yang
lain telah terpilih untuk dijadikan bandar hijau dalam kerjasama serantau ini adalah
Songkhla (Thailand) dan Medan (Indonesia).
3.2 Ia telah dipersetujui oleh Mesyuarat Peringkat Menteri Ke - 18 IMT-GT di Port
Dickson pada 7 September 2012 dan juga turut diperakui semasa Sidang Kemuncak
ke - 7 IMT-GT di Brunei Darussalam pada 25 April 2013.
3.3 Projek kecekapan tenaga ini adalah salah satu inisiatif dibawah pelaksanaan inisiatif
Bandar Hijau IMT-GT (IMT-GT Green Cities Initiatives).
3.4 Projek ini juga merupakan inisiatif dibawah salah satu Plan Tindakan Bandar Hijau
Melaka - Green City Action Plan (GCAP).
4.0 Objektif Projek / Inovasi
4.1 Menggunakan konsep Teknologi Hijau (Kecekapan Tenaga) di Bangunan Kerajaan
4.2 Untuk meningkatkan kecekapan penggunaaan tenaga dalam bangunan
4.3 Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau di Negeri Melaka
7
5.0 Proses Pelaksanaan Inovasi
5.1 Bagi proses pelaksanaan inovasi, ianya dilaksanakan secara out-source.
5.2 Khidmat kepakaran serta kos Projek sebanyak RM 20 Juta diperolehi daripada
Syarikat Danish Energy Efficiency Partners Sdn Bhd (DEEP).
6.0 Tempoh Pelaksanaan
6.1 Tempoh pelaksanaan Projek boleh dibahagi kepada 2 iaitu Fasa Perlaksanaan
Projek bermula tahun 2013 sehingga 2017 dan juga Fasa Pembayaran Penjimatan
selama 10 Tahun (120 Bulan) bermula dari tahun 2017 sehingga 2027.
7.0 Peringkat Pelaksanaan
7.1 Kajian
7.1.1 Di peringkat awal sebelum inovasi ini dijalankan, Kajian Audit tenaga terlebih
dahulu dilaksanakan. Kajian Audit tenaga ini dijalankan bermula Tahun 2014.
Tujuan audit ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti Langkah-langkah
Pemuliharaan Tenaga (Energy Conservation Measures) yang perlu diambil
kira bagi Bangunan Hospital Putra.
7.2 Cadangan
7.2.1 Cadangan yang diutarakan diperingkat atasan adalah agar Projek ini
dilaksanakan di dalam 2 Fasa, di mana Fasa 1 melibatkan 3 buah Bangunan
iaitu Bangunan Melaka Sentral, Putra Hospital serta Wisma Negeri, Fasa 2
melibatkan 6 buah bangunan. Oleh itu, Hospital Putra merupakan salah satu
bangunan bagi Projek Fasa 1.
8
7.2.2 Pelbagai cadangan telah dibangunkan dan diketengahkan bagi
menambahbaik bangunan Putra Hospital mengikut keperluan dan potensi
bangunan itu sendiri. Antaranya adalah dengan menambahbaik serta
menukar Air Handling Unit (AHU), Chiller, Pam, Lampu, dan sebagainya
yang terdapat di bangunan Hospital Putra.
7.3 Pengekalan
7.3.1 Pembangunan inovasi yang telah dilaksanakan di bangunan Hospital Putra
dikekalkan dan dijadikan sebagai norma harian. Sebagai contoh,
penggunaan sistem dimana, suhu penghawa dingin bangunan dikekalkan
kepada 24°C setiap masa kerana suhu ini membantu mengurangkan
penggunaan elektrik dan selesa bagi penghuni bangunan. Sekiranya suhu
disetkan lebih rendah (>24°C), ini akan mengakibatkan compressor terpaksa
beroperasi dengan menggunakan lebih tenaga, seterusnya menggunakan
lebih banyak tenaga elektrik.
7.4 Pengkomersilan
7.4.1 Inovasi ini menggunakan kaedah Energy Performance Contract (EPC) yang
merupakan inisiatif baru dan Melaka merupakan negeri pertama yang
melaksanakan inisiatif ini.
7.4.2 Inovasi yang dilaksanakan di bangunan Hospital Putra ini merupakan inisiatif
baru dan sesuai dijalankan di mana-mana bangunan. Inovasi ini amat baik
sekiranya digunakan dan diterapkan kerana ia dapat dilaksanakan tanpa
menggunakan sebarang modal dan mempunyai pulangan di masa hadapan.
9
8.0 Implikasi Kewangan
8.1 Modal adalah diperoleh daripada Investment Fund for Developing Countries (IFU).
Tiada sebarang modal yang dikeluarkan oleh Hospital Putra pada peringkat awal
projek ini, pembayaran peralatan adalah melalui pembayaran penjimatan.
9.0 Kaedah Pencetusan Idea
9.1 Bagi kaedah pencetusan idea, idea dan sebarang cadangan yang dikemukakan
adalah daripada pengurusan atasan dan hasil audit tenaga yang dilakukan pada
peringkat awal projek ini.
10.0 Elemen Kolaborasi
10.1 Bagi menjayakan inovasi ini, kolaborasi dan usaha sama diadakan antara
PTHM, IMT-GT, DEEP serta Bangunan Hospital Putra.
11.0 Kategori Inovasi
11.1 Projek Retrofitted Building adalah dibawah kategori inovasi penyampaian
perkhidmatan. Hal ini kerana terdapat penambahbaikan terhadap peralatan dan
elemen dalam bangunan justeru mampu meningkatkan kecekapan dalam
penggunaan tenaga secara langsung dapat memenuhi kepuasan hati pelanggan.
10
12.0 Indikator / Ciri - Ciri Utama
12.1 Memberi impak ketara kepada pelanggan
12.1.1 Dengan adanya penambahbaikan terhadap peralatan dalam bangunan
Hospital Putra, ia dapat meningkatkan keselesaan para pelanggan
terutamanya pekerja, pesakit dan orang awam.
12.2 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos
12.2.1 Dengan pelaksanaan projek ini, bangunan dapat berfungsi secara cekap dan
optimum seterusnya dapat mengurangkan kos untuk mengekalkan operasi
bangunan.
12.3 Memanfaatkan penggunaan teknologi
12.3.1 Teknologi yang digunakan adalah selaras dengan Pelaksanaan Teknologi
Hijau di Melaka dan merupakan teknologi baru yang menggunakan sistem
Building Computerized Information System (BCIS).
13.0 Input Pelanggan Diambil Kira Dalam Peringkat Penghasilan Inovasi
13.1 Input pelanggan diambil kira dari semua aspek sebelum audit dijalankan. Antara
yang diambil kira adalah pendapat warga kakitangan dalam menentukan lokasi dan
alatan yang perlu diretrofit.
14.0 Mekanisma Maklum Balas Pelanggan
14.1Mekanisma yang digunakan adalah secara soal selidik kepada 30 orang awam dan
20 kakitangan. Soalan yang diajukan adalah berbeza mengikut kategori responden. Rujuk
Lampiran A.
11
15.0 Impak Sebelum Dan Selepas Inovasi
15.1 Kerajaan Negeri Melaka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
perlaksanaan Teknologi Hijau melalui penghasilan Green City Action Plan (GCAP).
Salah satu sektor didalam GCAP tersebut adalah Kecekapan Tenaga dan Tenaga
Boleh Baharu (Energy Efficiency & Renewable Energy). Hal ini adalah selaras
dengan visi Hospital Putra untuk meningkatkan penggunaan tenaga dengan cekap.
15.2 Hospital Putra merupakan sebuah hospital swasta milik Kerajaan Ngeri Melaka.
Ia telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan terletak di kawasan Bandar di Jalan
Bendahara. Luas keseluruhan bangunan tersebut adalah 31,716 m². Bangunan ini
beroperasi selama 24 Jam. Bangunan Hospital ini setinggi 12 tingkat dan mempunyai
225 buah katil.
15.3 Penggunaan tenaga di Bangunan Hospital Putra digunakan untuk penyejukan
(cooling) adalah sebanyak 74% daripada keseluruhan penggunaan tenaga elektrik.
Selain itu, 10% digunakan untuk pencahayaan dan baki 16% digunakan bagi fasiliti
seperti lif, alatan pejabat dan lain-lain. Jadual pecahan penggunaan tenaga adalah
seperti berikut:
Bil Perkara Peratus Penggunaan Elektrik
1. Penyejukan (Cooling) 74%
2. Pencahayaan (Lighting) 10%
3. Alatan Pejabat, Lif dan lain-lain 16%
12
15.4 Building Energy Index (BEI) merupakan satu indikator yang digunakan bagi
mengukur Prestasi Bangunan samaada secara luaran (externally) atau dalaman
(internally). Mengukur secara luaran bermaksud membandingkan Prestasi Tenaga
sesebuah bangunan dengan bangunan yang lain manakala pengukuran secara
dalaman bermaksud perbandingan dilakukan mengikut perbezaan tempoh masa,
contohnya secara bulanan atau tahunan. Inovasi ini menggunakan pengukuran
secara dalaman (internally).
15.5 Perubahan dalam BEI bergantung kepada perubahan penggunaan bangunan
sebagai contoh perubahan bilangan pesakit di hospital atau waktu operasi. BEI bagi
Hospital Putra sebelum retrofit adalah 226.6 kWh/m²/year , manakala selepas retrofit
adalah 207.6 kWh/m²/year.
15.6 Kerja-kerja retrofit di Bangunan Hospital Putra telah dilaksanakan bermula
Disember 2015 sehingga Oktober 2016. Kerja-kerja retrofit adalah termasuk Retrofit
Bilik AHU, Penukaran Chiller (Penyejuk), Pam, Lampu (Lampu Fluorescent, CFL dan
GLS) serta mengoptimumkan penggunaan sistem penyejuk (cooling system) dan
sistem air panas (hot water system).
15.7 Berdsarkan Penggunaan Tenaga Bangunan secara keseluruhan, Penjimatan
Tenaga adalah sebanyak 30%. Carta di bawah menunjukkan perbandingan
penggunaan tenaga sebelum dan selepas retrofit dilaksanakan.
13
Rajah 1: Perbandingan Penggunaan Tenaga Sebelum dan Selepas Retrofit
Dilaksanakan (kWh)
Rajah 2: Perbandingan Penggunaan Tenaga Sebelum dan Selepas Retrofit
Dilaksanakan (RM)
14
15.8 SISTEM PENCAHAYAAN
15.8.1 SEBELUM
15.8.1.1 Hospital Putra menggunakan dua sistem lampu iaitu Linear Fluorescent
Tubes (T8) dan Compact Fluorescent Lamp (CFL). Sistem tersebut
dipasang terutamanya di wad, bilik rawatan, bilik pejabat dan dikawasan
umum. Penggunaan tenaga tahunan bagi sistem lampu yang sedia ada
adalah dianggarkan berdasarkan watt lampu dan waktu operasi.
Kebanyakan lampu dikawal secara manual. Tiada sensor atau pemasa
(timer) dipasang untuk mengawal cahaya secara automatik.
15.8.2 SELEPAS
15
15.8.2.1 CFL dan mentol yang sedia ada digantikan dengan GLS LED mentol
yang menyediakan intensiti cahaya yang sama. Jadual di bawah
menunjukkan kecekapan sistem lampu sebelum dan selepas
penyesuaian semula di Hospital Putra. Tiub pendarfluor sedia ada
digantikan dengan tiub LED yang menyediakan intensiti cahaya yang
sama. Lampu LED menggunakan kurang tenaga dan juga
memancarkan kurang sinaran haba.
15.9 SISTEM PENGHAWA DINGIN
15.9.1 Sistem penyejuk sedia ada menghasilkan udara sejuk yang menggunakan
haba dari udara persekitaran untuk menyejukkan air. Sistem penyejuk yang
baru mempunyai kecekapan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Berdasarkan ujian yang dijalankan, hasil menunjukkan bahawa penyejuk
beroperasi pada beban separa untuk jumlah yang agak lama.
16
15.10 Chiller
15.10.1 Chiller di Bangunan Hospital Putra terletak di atas bumbung bangunan
tersebut. Chiller sediada menggunakan tenaga yang tinggi. Selepas retrofit,
chiller yang baru mempunyai kecekapan yang tinggi berbanding chiller
sebelum ini. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan diantara ciri chiller
sedia ada dan baru.
15.11 AIR HANDLING UNITS (AHU)
15.11.1 Bilik AHU sedia ada dilengkapi dengan belt driven ventilator serta
menggunakan motor lama yang tidak cekap. Unit itu sudah lama digunakan
dan telah menjadi kurang cekap terutamanya pada motor dan belt. AHU
yang sedia ada dikawal secara manual dengan menggunakan suhu air
dingin. AHU yang terdapat di Bangunan Hospital Putra mempunyai sistem
17
automatik yang mudah beserta injap dan terdapat juga AHU yang dikawal
sepenuhnya secara manual. Semasa kerja-kerja retrofit dijalankan, kipas
sedia ada telah ditukar kepada komponen kipas melengkung ke belakang.
Kipas ini mempunyai kecekapan yang lebih baik. Pemacu motor turut ditukar
dari motor arus ulang alik ke motor baru elektronik yang mempunyai
kecekapan yang lebih baik.
15.12 CHILLED WATER PUMP
15.12.1 Pam air dingin sedia ada dan motor di nagunan Hospital Putra telah lama.
Kapasiti aliran pam juga lebih besar berbanding kapasiti penyejuk yang
digunakan. Semua pam beroperasi pada beban yang tetap dan tidak boleh
dijalankan pada beban berubah-ubah.
15.12.2 Pam baru yang telah ditukar mempunyai sifat yang sama tetapi dengan
kecekapan yang lebih baik dan mempunyai alat kawalan kelajuan boleh laras
(variable speed drive (VSD)). Pam baru tersebut juga mempunyai kelebihan
kerana dapat mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi apabila beroperasi
pada beban separa. Terdapat 5 unit pam yang berkuasa 24.2 kW bagi loji
penyejuk yang sedia ada telah digantikan dengan 3 unit pam yang berkuasa
22 kW. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan ciri antara chiller sedia
ada dan baru.
EXISTING PUMP NEW PUMP
18
15.13 SISTEM AIR PANAS
15.13.1 Air panas sedia ada dibekalkan oleh dua unit pemanas air elektrik (21kW x
2) dan disimpan di dalam dua tangki pengumpulan. Walau bagaimanapun,
tangki simpanan tidak terlindung dengan baik dan mengeluarkan sejumlah
besar haba daripada air panas.
19
15.13.2 Semasa kerja-kerja retrofit, satu sistem pam haba dan sistem solar haba
dipasang untuk memperbaik pulih sistem sedia ada. 24 unit solar pengumpul
haba, 2 unit pam haba dan 6 unit pemanas elektrik baru telah dipasang
sebagai sumber pengganti haba (backup heat source) untuk memperbaiki
sistem terutama semasa kecemasan.
15.14 Perbandingan bil elektrik sebelum dan selepas retrofit bagi tahun 2016 sehingga
Mac 2017. Perbandingan tersebut boleh dilihat menerusi jadual dan carta dibawah:
20
Carta Bil Elektrik bagi Sebelum dan Selepas (RM)
16.0 Impak Inovasi
16.1 Agensi / Jabatan
16.1.1 Mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar
16.1.1.1 Impak negatif alam sekitar dapat dikurangkan melalui kempen alam
sekitar antaranya dengan perlaksanaan kempen sifar sampah, Kempen
Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin.
16.2 Rakyat / Perniagaan
16.2.1 Transformasi minda rakyat negeri Melaka dengan membudayakan amalan
hijau
21
16.2.1.1 Membina rakyat yang mempunyai kehidupan lestari dan menjadi rakyat
yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.
16.3 Perkhidmatan Awam
16.3.1 Memajukan negeri berpaksikan ekonomi rendah karbon
16.3.1.1 Sebagai contoh, antara projek yang telah dilaksanakan ialah Meterai
Hijau Melaka, Penggantian Lampu Jalan kepada LEDdan penggunaan
Bas Elektrik. Melalui pembangunan projek ini, Melaka dapat
memiminumkan penggunaan tenaga sekaligus dapat meningkatkan
ekonomi rendah karbon.
16.4 Kumpulan Sasar
16.4.1 Punca kewangan yang diperolehi adalah dari luar dan bukan dari kerajaan
negeri.
17.0 Elemen Inovasi
17.1 Inovatif / Kreativiti
17.1.1 Penciptaan nilai elemen baru / tambah baik
17.1.1.1 Memperoleh peralatan baru.
17.2 Keberkesanan
17.2.1 Faedah nyata yang diperolehi adalah pengurangan bil elektrik.
17.2.2 Peningkatan produktiviti dapat diperolehi dengan keselesaan pengguna
17.2.3 Penjanaan pendapatan dapat diperolehi PTHM selaku urusetia dan pemilik
bangunan bakal menerima 100% penjimatan selepas tamat kontrak.
22
17.3 Signifikan
17.3.1 Penjimatan kos, masa, sumber dan meningkatkan produktiviti
17.3.2 Dengan berkurangnya penggunaan elektrik dapat mengurangkan kos serta
mengurangkan penggunaan bahan bakar bagi penghasilan elektrik.
17.4 Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil kepada perkhidmatan
awam/ organisasi / jabatan.
17.4.1 Objektif inisiatif dicapai atas dasar bangunan selepas retrofit berupaya
mengurangkan sebanyak 30% penggunaan tenaga berbanding sebelum
retrofit.
17.5 Relevan
17.5.1 Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional
17.5.1.1 Peningkatan hasil ekonomi.
17.5.1.2 Dapat mencapai dasar hijau negara iaitu dengan mempromosikan
kecekapan tenaga.
18.0 Penutup
18.1 Kesimpulannya projek ini merupakan satu inisiatif yang bagus dilaksanakan di
Negeri Melaka kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada semua pihak
terutamanya pemilik bangunan kerana dapat mengurangkan kos operasi bangunan.
Projek ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang menjurus ke arah
Melaka Bandar Teknologi Hijau.
23
Disediakan oleh:
Nama Pegawai / Unit Terlibat: Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa Puan Aeisha binti Md Sharip Cik Elina Mazuin binti Mazudin Cik Atirah binti Mohd Tajuddin Cik Liyana Binti Latip Tel: 06-3333333 samb 5248 Emel: [email protected] [email protected] [email protected]