anjing, kucing dan binatang buas

29
hukum-hukum mengenai anjing, kucing & binatang buas Penjelasan Hukum Daripada Tafsir hadith & Ayat-Ayat Al-Quran DIPLOMA SYARIAH NAMA PELAJAR: MUHAMAD HAFIZ BIN BAHARI IC NO: NAMA PENSYARAH: KHAIROLL BUSHRA MD. ISA 1

description

hukum- hukum anjing ,kucing, binatang buas.. adalkah dibolehkan untuk dijual, memelihara, memburu mengikut syara'.. just simple research.. please comment..

Transcript of anjing, kucing dan binatang buas

Page 1: anjing, kucing dan binatang buas

hukum-hukum mengenai anjing,

kucing & binatang buas

Penjelasan Hukum Daripada Tafsir

hadith & Ayat-Ayat Al-Quran

DIPLOMA SYARIAH

NAMA PELAJAR: MUHAMAD HAFIZ BIN BAHARI

IC NO:

NAMA PENSYARAH: KHAIROLL BUSHRA MD. ISA

KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1

Page 2: anjing, kucing dan binatang buas

TAJUK

1. Adakah Anjing, kucing Itu Najis? …………………………………………………………….

2. Hukum Memelihara anjing dan Binatang Buas ……………………………………

3. Hukum Jual Beli Anjing, Kucing dan Binatang Buas ………………………………………

4. Buruan …………………………………………………………………………………i. Syarat-syarat Alat Perburuan ……………………………………………………….

ii. ii. Syarat-syarat Binatang yang Memburu ………………………………………….

RUMUSAN ……………………………………………………………………………………

RUJUKAN…………………………………………………………………………………….

PENDAHULUAN

Masyarakat kita kini memandang ringan tentang bab-bab mengenai anjing, kucing dan binatang buas, malahan ada yang memandang jijik terhadap anjing dan menolak terus tanpa menkaji atau menanyakan sesuatu yang tidak diketahui atau sesuatu yang ragu-ragu. Sebagai rakyak yang

2

Page 3: anjing, kucing dan binatang buas

yang berilmu dan berpelajaran seharusnya mencuba mencari bahan bacaan yang manafaat dan mencari bahan yang jarang orang pertikaikan. Tetapi kalau dilihatkan pada masa kini orang tidak mengendahkan sesuatu hukum sehinggakan tidak tahu menahu hukum tentang sesuatu perkara hinggalah timbul satu berita dan mereka terus menghukum tanpa usul periksa. Disini ingin saya mencuba mencari nas-nas yang berkaitan tentang tajuk yang agak menarik ini, terlebih dahulu saya meminta maaf jika tersalah silap dari apa yang saya sampaikan, Wal-laahu A’lam bish-shawaab. Yang baik hanya dari Allah, dan jika ada kecacatan ia datang dari diri saya sendiri.

Adakah Anjing, kucing Itu Najis?

Mari kita lihat hadis-hadis mengenainya…

Hadis pertama,

3

Page 4: anjing, kucing dan binatang buas

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “cara menyucikan bejana seseorang di antara kamu apabila terkena jilatan anjing ialah hendaklah dia mencucinya sebanyak 7 kali yang permulaannya mesti dicampur dengan tanah.”(Disebut oleh Muslim).Menurut lafaz lain oleh Muslim: “maka hendaklah dia membuang isinya.” Menurut riwayat al-Tirmizi disebutkan: “yang paling akhir sekali atau pada permulaannya hendaklah di campur dengan tanah”

Makna hadis,

Rasulullah (s.a.w) banyak memiliki mukjizat dan ini merupakan salah satu mukjizatnya. Ilmu perubatan moden telah membuktikan bahawa dalam ludah/air liur anjing terdapat bakteria-bakteria yang tidak dapat dimatikan melainkan hanya dengan tanah yang dicampur dengan air. Oleh itu, syariat yang bijak sana menyuruh supaya membuang air yang telah diminum anjing, kemudian membasuh bekasnya sebanyak tujuh kali basuhan yang salah satu diantaranya dicampur dengan tanah.

Para Ulama’ berselisih pendapat antaranya..

Mazhab Hanafi, anjing bukan najis ‘ain kerana ia berguna untuk kawalan dan buruan, tidak sepertimana babi di mana ia adalah najis ‘ain kerana huruf ha’ yang terdapat dalam al-qur’an ditunjukkan kepadanya (babi) kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan huruf ha’ itu. Mulut , air liur dan tahi anjing sahaja dihukum najis. Walau bagaimanapun kesemua bahagian badannya yang lain tidak dapat diqiaskan kepada mulutnya, maka oleh sebab itu sesuatu bekas yang dijilatnya mestilah dibasuh sebanyak tujuh kali kerana sabda nabi Muhammad saw: “apabila seekor anjing meminum dari bekas (bejana) salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu sebanyak tujuh kali”.

Mazhab Maliki, berkata secara mutlaknya, anjing sama ada diharuskan pengunaannya sebagai anjing kawalan buruan atau tidak, hanya jilatannya sahaja yang wajib dibasuh sebanyak tujuh kali secara ta’abbud menurut pendapat yang masyhur daripada kalangan mereka , bukannya tindakan selainnya seperti memasukkan kakinya ataupun lidahnya kedalam sesuatu bekas air tanpa menggerakkannya ataupun terjatuh air liurnya.

Mazhab syafi’I dan Hanbali, berkata bahawa anjing, babi dan keturunan yang lahir dari kedua-duanya termasuk sisa dan peluhnya adalah najis ‘ain. Oleh yang demikian ,hendaklah dibasuh apa saja yang disentuhnyasebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah, kerana telah sabit hukum kenajisan mulut anjing itu dengan nas hadis yang lalu. Sungguh pun mulut adalah anggota badan yang terbaik bagi dirinya kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu , sedah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama lagi dihukum najis.

Dalam Hadith lain tentang najis yang diriwayatkan oleh al-daruqutni dan al-hakam bahawa nabi Muhammad saw telah dijemput ke rumah suatu kaum, lalu baginda memenuhi jemputan itu , kemudian baginda pula dijemput ke rumah yang lain, lalu baginda tidak melayannya, dengan itu baginda ditanya tentang tindakannya yang demikian dan baginda menjawab, “dalam rumah si polan ada seekor anjing.” Lalu baginda diberitahu bahawa dalam rumah si polan terdapat seekor kucing. Baginda menjawab , “sesungguhnya kucing bukanlah najis”. Dengan itu dapatlah difahamkan bahawa anjing itu adalah najis.

Hadis kedua,

4

Page 5: anjing, kucing dan binatang buas

Daripada Abu Qatadah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda sehubungan dengan kucing: “sesungguhnya kucing tidak najis kerana ia termasuk haiwan yang jinak terhadap kalian.” (Disebut oleh al-arba’ah, dinilai sahih oleh al-Tirmizi dan Ibn khuzaimah).

Makna hadis,

Kucing tidak termasuk haiwan yang bernajis tubuh nya, kerana ‘illat darurat iaitu kucing sering kali merayau dan keluar masuk umah, sehingga sukar menjaga bejana, pakaian dan lain-lain daripada tabiat kucing itu. Oleh yang demikian syariat menjadikan ia sebagai haiwan yang suci untuk menghindari kesusahan disamping ini merupakan salah satu bentuk belas kasihan Allah kepada hamba-hambanya.

Asbab al-wurud (latar belakang) hadis ini ialah pada suatu hari Abu Qatadah meletakkan air minumannya lalu datanglah kucing meminumnya. Abu Qatadah memberi kesempatan kepadanya untuk minum dengan memiringkan bejana air. Ketika ada orang menegur sikapnya itu, Abu Qatadah mengatakan kepada orang tersebut bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “sesungguhnya kucing itu tidak najis sehingga apa yang disentuhnya pun tidak najis. ”

Di bawah merupakan pendapat al-Qaradhawi yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik

bahwa semua yang hidup adalah suci.  Demikianlah juga dengan anjing.  Dalam

zatnya dia suci.  Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil

buruannya.  Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu

yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang

menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan

penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.

 

Sekian al-Qaradhawi.

Disini dapat kita simpulkan diantaranya..

1. Wajib membasuh bejana yang dijilat anjing sebanyak tujuh kali basuhan, salah satunya dicampurkan dengan tanah, wajib membuang air yang telah diminuh oleh anjing.Kerana ada hadis lain yang mengatakan tanah itu suci iaitu,

5

Page 6: anjing, kucing dan binatang buas

“ia menjadi bersih dengan tanah selepasnya” ditakhrij oleh Ahmad(25949), Abu Daud (383), At- Tirmizi(143), Ibnu Majah(531) dan selain mereka. Lihat al-misykah (504).“jika salah seorang diantara kamu terpijak kotoran dengan seliparnya, maka tanah adalah sebagai pembersihnya”. Itakhrij oleh Abu Daud (385), Ibnu Hibban (1403), Lihat al-misykah (503).

2. Menurut jumhur ulama, mulut anjing adalah najis, iaitu najis mughalazhah (najis berat). Semua anggota tubuhnya disamakan pula dengan mulutnya. Sedangkan imam malik mengatakanbahawa anjing itu suci, membasuh bekas jilatannya sebanyak tujuh kali basuhan hanyalah merupakan perkara ta’abbudiyyah belaka. Menurutnya lagi masalah mencampurkan salah satu basuhan dengan tanah adalah tidak betul. Mencampurkan air dengan tanah ketika membasuh bekas yang terkena jilatan anjing disebut istilah al-tatrib.

3. Kucing adalah binatang yang suci , begitu juga dengan bekas jilatannya.4. Jika terdapat najis pada mulut kucing, maka hukumnya najis kerana adanya benda najis yang

melekat pada anggota tubuhnya. Tetapi najisnya itu bersifat mendatang dan ia menjadi suci semula apabila pergi meninggalkan tempat orang yang bersangkutan atau telah berlalu beberapa waktu sejak ia terkena najis.

5. Dapat disimpulkan juga binatang buas yang lain jika meminum air didalam bejana, hukumnya mesti membasuh bejana itu sebab ia najis kerana binatang buas yang lain sama juga sifatnya dengan kucing dan anjing, hukum asal kucing sama juga dengan anjing tetapi disebabkan kucing adalah haiwan yang jinak dan sukar mengawalnya syariat menjadikannya haiwan yang suci sebagai mana diterangkan sebelumnya.

6. Sebaliknya pula al-Qaradhawi lebih cenderung menerima pandangan Imam Malik. Anjing itu tidak najis hanya air liurnya sahaja perlu dicuci sebanyak tujuh kali salah satu dicampur tanah.

Hukum Memelihara anjing dan Binatang Buas..

Antara hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran mengenainya ialah..

Hadith pertama.

6

Page 7: anjing, kucing dan binatang buas

“barang siapa memelihara anjing selain anjing untuk buruan, Allah akan mengurangi ganjaran pahalanya setiap hari sebanyak dua qirath” (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim ).

Dalam lafaz muslim yang lainnya disebutkan: “kecuali anjing yang digunakan untuk memburu, menjaga tanaman dan haiwan ternakan”.

Sedangkan memelihara kucing telahpun dibolehkan dalam satu hadith: “ia(kucing) termasuk haiwan jinak yang sering bergaul dengan kamu”.

Hadith kedua.

Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan: "Malaikat Jibril datang kepadaku, kemudian ia berkata kepadaku sebagai berikut: Tadi malam saya datang kepadamu, tidak ada satupun yang menghalang-halangi aku untuk masuk kecuali karana di pintu rumahmu ada patung dan di dalamnya ada korden yang bergambar, dan di dalam rumah itu ada pula anjing. Oleh karena itu perintahkanlah supaya kepala patung itu dipotong untuk dijadikan seperti keadaan pohon dan perintahkanlah pula supaya korden itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang diduduki, dan diperintahkanlah anjing itu supaya dikeluarkan (Riwayat Abu Daud, Nasa'I, Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Hadith ketiga.

sabda baginda : “terdapat lima jenis binatang jahat atau merbahaya yang harus dibunuh sama ada didalam tanah halal ataupun tanah haram iaitu gagak, helang, kala, tikus dan anjing gila.”

Hadith keempat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sumber-sumber dari Al-Quran..

"Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga." (al-An'am: 38)

Mereka menanyakan kepadamu, "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah, "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.(QS. Al-Maidah: 4)

Disini dapat kita simpulkan diantaranya..

1. Kucing dibolehkan untuk memelihara kerana ia adalah binatang yang jinak, kecuali kucing hutan kerana kucing hutan adalah bersifat ganas dan menyerang musuhnya. Tetapi jika kucing hutan itu diajar menjadi jinak maka hukumnya sama dengan kucing biasa.

7

Page 8: anjing, kucing dan binatang buas

2. Tidak dibenarkan memelihara anjing secara suka-suka kecuali anjing yang digunakan untuk memburu, menjaga tanaman dan haiwan ternakan kerana Allah melarang sama sekali memelihara anjing secara suka-suka dan akan mengurangi ganjaran pahalanya setiap hari sebanyak dua qirath. Anjing hanya dibenarkan memelihara luar dari kawasan rumah kerana malaikat tidak boleh masuk rumah yang didalamnya ada anjing sepertimana malaikat jibril datang kepada rasulullah saw. Akan tetapi tidak menjadi masalah kepada malaikat maut dan malaikat yang mencatat kebaikan dan keburukan.

3. Hukum memelihara binatang buas yang lain tidaklah dibenarkan kecuali binatang buas yang telah dilatih dan tidak merbahaya kepada tuannya. Kerana ada hadith yang mengharuskan membunuh

binatang yang merbahaya seperti gagak, helang, kala, tikus dan anjing gila. Tidak dinafikan binatang buas yang lain juga termasuk di dalam ketegori binatang yang merbahaya. Akan tetapi jika tuannya memilih binatang lain selain anjing seperti monyet yang diajar melakukan kerja tidaklah menjadi halangan.

4. Larangan membela anjing dan statusnya dikategorikan najis mughallazah mungkin menjadi tanda tanya. Mungkin satu kajian saintifik veterinar mempunyai jawapannya.

5. Kajian menunjukkan anjing biasanya sentiasa terkena jangkitan pelbagai jenis cecacing parasit yang menjadi perumah di dalam tubuhnya dan juga di bahagian luar seperti kulit dan bulunya.Contoh cacing yang biasa didapati pada anjing ialah Toxocara canis yang membiak di dalam perutnya dan terdapat pada najisnya. Menyentuh dan membelai-belai anjing boleh menyebabkan perpindahan cacing jenis ini kepada manusia.

6. Seorang doktor haiwan dari Somerset, Ian Wright, melaporkan di dalam Jurnal New Scientist bahawa ia boleh mengakibatkan ‘toxocariasis’ yang boleh mengancam daya penglihatan manusia. Beliau mendapati purata 180 biji telur cacing pada setiap gram bulu anjing. Satu kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah telur cacing yang didapati dalam satu gram tanah.

7. Tetapi islam tak memandang jijik kepada anjing kerana ia juga haiwan seperti haiwan yang lain

seperti mana hadith Nabi "Andaikata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh.". dan Al-Quran juga ada mengatakan "Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga."

Hukum Jual Beli Anjing, Kucing dan Binatang Buas..

Hadith-hadith mengenainya..

Hadith pertama

8

Page 9: anjing, kucing dan binatang buas

Daripada Abu al-Zubair, beliau berkata: “saya bertanya kepada Jabir (r.a) tentang hukum harga kucing dan anjing, kemudian beliau berkata: “Rasulullah saw melarang daripada yang demikian itu.”(diriwayatkan oleh muslim manakala al-Nasa’I pula menambahkan: “kecuali anjing buruan.”:809)”

Al-Nasai setelah mengemukakan tambahan “kecuali anjing buruan” berkata: “tambahan ini mungkar.” Oleh itu Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: “Al-Nasai meriwayatkan dengan sanad yang periwayat adalah thiqah namun beliau malah meragui kesahihan hadith ini.” Sedangkan Ibn Hibban, Ibn al-Jauzi dan ramai lagi pula turut menilai daif hadith ini.

Keterangan Hadith

1. Diharamkan berjual beli anjing secara mutlak. Inilah pendapat jumhur ulama sebagaimana yang turut disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud sebelum ini.

2. Diharamkan jual beli kucing. Inilah pendapat Abu Hurairah, Thaus, Mujahid dan Jabir, namum pendapat ini dibantah oleh jumhur ulama dimana mereka membolehkan berjual beli kucing, bahkan mereka mengemukakan dua bantahan ke atas hadith di atas: pertama, kedudukan hadith ini daif, tetapi pernyataan ini ditolak kerana hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dan sandarannya pula sahih. Kedua, larangan ini bersifat peringatan, tetapi pendapat ini juga lemah, kerana ia bercanggah dengan zahir hadith di atas, tambahan pula pengharamannya pula diiringi dengan pengharaman harga anjing, sementara menurut jumhur ulama harga anjing diharamkan,bukannya makruh.

Hadith kedua.

Dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abu Bakar bin Abdurrahman dari Abu Mas’ud Anshari r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. Itu melarang dari hal makan wang dari hasil penjualan anjing, pembayaran atau mahar perzinaan dan pula dari hasil pemberian yang diterima tukang tenung. (HR. Sahih Bukhary,2146)

Keterangan

Yang dilarang oleh Nabi saw. Itu adalah anjing yang dipergunakan untuk kebanggaan atau hiasan rumah tangga sebagaimana yang lazim dilakukan oleh para hartawan.

Adapun anjing yang dipergunakan untuk penjaga sawah ladang agar tidak ada pencuri yang hendak mengambil tanaman, atau anjing yang digunakan untuk kepentingan memburu di hutan, maka tidak termasuk dalam hukum haram sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah saw di atas.

Hadith ketiga.

Dari Hajjaj bin Minhal, ia berkata : “Syu’bah menceritakan kepadaku, katanya : “Aku diberitahu oleh ‘Aun bin Abu Juhaifah, ia berkata : “Aku melihat ayahku membeli alat untuk berbekam, lalu aku bertanya

9

Page 10: anjing, kucing dan binatang buas

kepadanya perihal apa sebabnya beliau membeli alat itu. Ayahku kemudian menjawab : “Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mempergunakan wang dari hasil upah membekam (yakni mengeluarkan darah dari tubuh), juga wang harga yang diperoleh dari hasil menjual anjing ( selain anjing untuk memburu, menjaga rumah atau ternak), demikian pula wang yang dihasilkan oleh hamba sahaya perempuan ( yakni yang tidak dihalalkan oleh agama, seperti hasil dari penzinaan. Jadi bukan yang diperoleh dari memburuh seperti menjahit dan lain-lain yang halal hukumnya). Rasulullah saw juga melaknat (melarang dengan sesangat-sangatnya) orang yang membuat gambar pada tubuh orang dengan menusukkan jarum lalu diberi warna dengan sumba dan sebagainya, juga melaknat orang yang dicacah tubuhnya ( yakni yang meminta agar diberi gambar). Selain itu Rasulullah saw juga melarang orang yang makan harta riba, juga orang yang menjadi wakil mendapatkan harta riba. Beliau saw juga melaknat orang yang melukis (yakni gambar pada tubuh).” (HR. Bukhary.2147)

Keterangan

Hadith ini juga melarang penjualan anjing selain anjing untuk memburu, menjaga rumah atau ternak.

Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini antaranya..

Sah hukumnyadi sisi mazhab Hanafi jualan setiap binatang buas yang bertaring seperti anjing , harimau bintang, singa, harimau, serigala , kucing dan lain-lain. Semuanya dianggap harta dasarkan faedah yang diperolehi daripadanya dari segi reality dan harus mengambil faedah darinya dari segi syara’, seperti kerja kawalan dan buruan. Sah jual beli serangga dan binatang merbahaya yang melata seperti ular dan kala jengking bila diperolehi faedah daripadanya. Sah jual beli benda yang kena najis dan mengambil faedah daripadanya selain daripada makanan seperti bahan peyamak, bahan berminyak serta emperoleh cahaya selain digunakan di masjid, melainkan minyak bangkai tidak halal mengambil faedah daripadanya. Asas yang dipegang mereka ialah setiap yang ada faedah padanya halal dari segi syara’. Jual belinya harus kerana semua benda dijadikan untuk kepentingan manusia berdasarkan firman Allah swt..

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:29)

Mengikut mazhab Maliki pula, tidak sah jual beli anjing walaupun ia bersih, sama ada anjing buruan atau kawalan kerana ia dilarang untuk menjualnya. Dalam sebuah hadith:

“Nabi Muhammad saw melarang daripada mengambil harga atau hasil jual beli anjing, mengambil mas kahwin daripada penjahat dan upah tukang tenung.”

10

Page 11: anjing, kucing dan binatang buas

Pada pendapat mazhab syafi’I dan Hambali, tidak harus jual beli anjing walaupun yang dilatih kerana larangan hadith yang lalu iaitu Nabi Muhammad saw telah melarang daripada mengambil harga anjing. Tidak sah jual beli yang tidak berfaedah padanya seperti serangga dan binatang buas yang tidak boleh dibuat memburu seperti singa, serigala, burung-burung yang tidak dapat dimakan dan tidak dibuat buruan seperti burung rakhmah, burung helang, burung gagak kerana tidak ada faedah dan nilai. Maka menerima bayaran daripadanya seperti memakan harta secara batal (tidak betul) dan membayarnya dikira bodoh.

Berikut adalah pandangan al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi berkenaan dengan penjualan kucing:"Tidak dibenarkan menjual kucing, monyet, anjing atau lain-lain binatang dari kalangan yang bertaring kerana sesungguhnya Nabi saw melarang melakukan demikian, dan kerana ia merupakan pembaziran wang ringgit. maka Nabi saw telah melarang perkara yang sedemikian"(Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah 13/37)

kesimpulannya: jumhur ulama’ tidak membenarkan menjual beli anjing, kucing dan binatang buas kecuali mazhab Hanafi yang membenarkan jual beli anjing dan binatang buas kerana mendapat faedah daripadanya.

Buruan

Berburu adalah harus untuk sesiapa yang mahu asalkan bukan ditanah Haram Makkah dan Madinah dan bukan pula oleh orang yang sedang berihram haji atau umrah. Jika binatang yang diburu itu harus dimakan maka ia halal dimakan. Ini bedasarkan firman Allah s.w.t :

11

Page 12: anjing, kucing dan binatang buas

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)

Ayat ini merupakan arahan yang datang selepas tegahan oleh itu ia menunjukkan hukum harus. Ia juga

berdasarkan firman Allah s.w.t :

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan. (Al-Maaidah 5:96)

Juga firman Allah s.w.t :

12

Page 13: anjing, kucing dan binatang buas

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. (Al-Maaidah 5:95)

Firman-Nya lagi.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya" (Al-Maaidah 5:4)

Dari Abu Qatadah pula diriwayatkan telah berkata bahawa beliau bersama Rasulullah saw telah terserempak dengan seekor keldai liar. Beliau pun membetulkan kedudukannya di atas kudanya lalu mengambil lembingnya dan merejam keldai tersebut dan dapat membunuhnya. Apabila mereka bertemu

13

Page 14: anjing, kucing dan binatang buas

semula dengan Rasulullah saw mereka bertanya tentang keldai tersebut. Rasulullah saw menjawab: “itu adalah rezeki yang Allah kurniakan untuk menjamu kamu”.

Daripada Abu Tha’labah al-khusyani, Rasulullah saw telah bersabda: “apa-apa yang dapat kamu buru menggunakan panah kamu dan engkau menyebut nama Allah untuknya, maka makanlah. Apa-apa kamu buru dengan anjing kamu yang dilatih dan kamu menyebutkan nama Allah untuknya, maka bolehlah kamu makan. Apa-apa yang kamu buru dan tangkap dengan menggunakan anjing yang tidak terlatih tetapi sempat engkau sembelih maka bolehlah kamu memakannya.”

Para ulama’ sekata dan berijma’ tentang harus memburu dan harus memakan hasil buruan. Buruan yang dilakukan semata-mata untuk suka-suka sdalah makruh kerana perbuatan itu dikira sia-sia. Rasulullah saw juga bersabda : “janganlah kamu menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran (memanah).”

Baginda juga bersabda:

“sesiapa yang membunuh seekor pipit secara sia-sia maka pada Hari Kiamat ia akan menyeru mengadu kepada Allah dengan berkata, “Wahai Tuhan, si polan ini telah membunuhku dengan sia-sia dan bukan membunuhku untuk sesuatu yang berfaedah.””

Para ulama’ Maliki membahagikan hukum pemburuan ini kepada lima iaitu:

1. Harus bagi tujuan hidup2. Sunat jika member kelegaan kepada anak-anak dibawah tanggungan3. Wajib bagi tujuan memelihara nyawa ketika darurat4. Makruh jika tujuan bersuka-suka5. Haram jika tiada tujuan dan sia-sia.

Syarat-syarat Alat Perburuan.

Alat perburuan terbahagi kepada dua jenis iaitu senjata dan binatang..

Dalam bab ini kita hanya membincangkan alat perburuan mengunakan binatang.

Binatang.

Adalah harus memburu dengan binatang buas dan juga burung jika ia telah dilatih dan tidak memakan binatang buruannya menurut pendapat ulama’ Mazhab Maliki. Binatang buas ( yang dimaksudkan ) adalah seperti anjing, harimau bintang, harimau biasa dan singa. Ada pun burung pula, maka ia adalah seperti al-baz atau al-bazi (sejenis burung helang), al-shahin (ia termasuk dalam golongan helang), helang, hering, rajawali dan seumpamanya yang terdiri daripada jenis-jenis yang dapat menerima latihan

kerana terdapat firman Allah swt :

14

Page 15: anjing, kucing dan binatang buas

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya" (Al-Maaidah 5:4)

Ibn ‘Abbas berkata, ia (iaitu binatang-binatang pemburu) ialah anjing-anjing yang dilatih, dan setiap burung yang dilatih, begitu juga kucing-kucing, burung-burung helang dan seumpamanya, iaitu halal bagi kamu binatang yang diburu oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu latihnya.” Begitu juga hukum harus memburu dengan binatang-binatang tersebut berdasarkan hadith riwayat ‘Adiy bin Hatim, katanya, “saya telah bertanya Rasulullah saw tentang binatang yang diburu oleh al-bazi, lalu Baginda menjawab : “Apabila ia menangkap untuk kamu maka makanlah”. Lagipun kerana ia adalah binatang yang pada kebiasaannya digunakan untuk memburu dan ia boleh dilatih, dengan itu ia adalah seumpama anjing. Begitu juga dengan binatang buas termasuk singa.

Abu Yusuf telah mengecualikan binatang singa dan beruang (daripada hukum harus memburu dengannya) kerana kedua-duanya tidak akan bekerja bagi kepentingan binatan yang lain, singa kerana tinggi sikapnya dan beruang juga kerana kedudukannya yang rendah. Sebahagian mereka (sebahagian ulama’) pula memasukkan al-hida’ah ke dalam kumpulan kedua-duanya kerana kedudukannya yang rendah, sementara babi dikecualikan langsung; kerana ia adalah najis ‘ain , maka dengan itu tidak harus mengambil faedah daripadanya.

Imam Ahmad mengecualikan anjing hitam pekat (iaitu yang warnanya tidak bercampur dengan warna yang lain, seperti warna putih dan sebagainya) daripada kumpulan anjing ( yang harus dijadikan binatang pemburu), kerana ia adalah anjing yang diharamkan pemeliharaannya, malah disunatkan membunuhnya dengan suruhan Nabi Muhammad saw maka dengan kerana itu binatang buruannya tidak diharuskan, kedudukannya adalah sama seperti binatang yang tidak dilatih. Dalilnya ialah

sabda NabiMuhammad saw : “hendaklah kamu jauhkan daripada anjing hitam yang berbintik dua putih, kerana ia adalah syaitan.”

Sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah menamakannya sebagai syaitan, sedangkan syaitan tidak harus dipelihara. Keharusan memakan binatang buruan yang terbunuh dengan seekor binatang yang dilatih

15

Page 16: anjing, kucing dan binatang buas

merupakan satu kemudahan, maka lantaran itu ia (iaitu kemudahan tersebut) tidak diharuskan bersama-sama dengan benda yang haram, sama seperti pelbagai kemudahan yang lain, dengan itu umum maksud ayat yang lalu telah dikhususkan dengan hadith ini.

Menurut satu pendapat di kalangan ulama’ Mazhab Hambali, adalah sunat menbunuh babi dan haram bermanfaat dengannya, dan wajib membunuh anjing gila biarpun ia adalah anjing yang dilatih, dan juga haram memeliharanya kerana anjing tersebut merbahaya.

Syarat-syarat Binatang yang Memburu

Disyaratkan enam syarat pada binatang yang digunakan sebagai alat memburu:

1. Hendaklah ia binatang yang dilatih: iaitu binatang yang sudah bertukar tabiat asalnya, sehingga ia tunduk di bawah arahan pemburu sama seperti alat (buruan), ia tidak lagi memburu untuk dirinya sahaja. Syarat latihan ini adalah dipersetujui oleh kesemua ulama’ berdasarkan nas al-Quran. Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, (kesempurnaan) melatih seseekor anjing ialah apabila didapati ia tidak memakan (binatang buruan) sebanyak tiga kali. (kesempurnaan) melatih seekor al-bazi ialah apabila ia tahu kembali dan mematuhi apabila ia dipanggil, dan tidak diisyaratkan ia tidak memakan binatang buruannya.Ini adalah pendapat yang datangnya daripada Ibn ‘Abbas, kerana antara tanda kesan latihan pada dirinya ialah apabila ia tidak melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaannya; seseekor anjing dan seumpamanya daripada kalangan binatang buas tidak akan memakan binatang yang diburunya disamping menungunya, dan burung pula pada kebiasaannya menjawab atau kembali apabila ia dipanggil.Dalam riwayat yang lain pula, Abu Hanifah berpendapat, tidak seharusnya ditetapkan kesempurnaan latihan itu dengan kadar tiga kali (ia tidak memakan binatang yang diburunya), malahan hendaklah mendapat petunjuk jurulatih itu sendiri.Menurut pendapat Abu Hanifah, harus memakan apa sahaja binatang yang diburunya pada kali yang ketiganya, tetapi menurut pendapat al-Sahihai, ia tidak harus dimakan, kerana ia akan menjadi binatang terlatih selepas sempurna tiga kali (ia tidak memakannya). Semestinya ia tahu memecut (jika ia diarahkan), tetapi bagi mengharuskan binatang buruannya, tidaklah diisyaratkan ia tahu mematuhi arahan berhenti.Menurut ulama’ Syafi’I dan Hanbali, tidak mestilahwujud tiga sifat ataupun syarat didalam latihannya: Apabila ia diarahkan oleh tuannya ia memecut , apabila ia ditegah ia berhenti dan apabila ia menangkap seseekor binatang ia tidak memakannya.Bagi ulama’ mazhab Maliki, adalah memadai sempurna dua syarat yang pertama. Disyaratkan berulang-ulang berlakunya syarat-syarat tersebut sehingga binatang itu sudah dapat dianggap sebagai terlatih pada pandangan adat, iaitu dapat disangka (zan) tentang keterlatihan binatang itu. Menurut pendapat ulama’ mazhab maliki dan syaafi’I syarat berulang-ulang sedemikian tidaklah dikaitkan dengan bilangan tertentu, malah ia dirujuk kepada orang yang berpengalaman dengan binatang-binatang tersebut. Sekurang-kurangnya bilangan yang dikehendaki, menurut pendapat ulama’ mazhab hanbali, ialah tiga kali; kerana apa saja yang dikehendaki dilakukan dengan berulang-ulang maka dikira sehingga tiga kali, seperti mengesat dengan batu (dalam amalan istinjak) dan beberapa perbuatan membasuh dalam amalan wudu’. Tidak diambil kira , dikalangan ulama’ mazhab Maliki, syarat: Apabila ditahan ia akan berhenti pada binatang al-baz

16

Page 17: anjing, kucing dan binatang buas

kerana ia tidak akan berhenti sekalipun ia ditahan. Dalil bagi syarat: :Tidak memakan binatang yang diburu ialahhadith riwayat ‘Adiy bin Hatim: “apabila kamu pecutkan anjing kamu yang terlatih , kamu sebut nama Allah, lalu ia menangkap buruannya dan membunuhnya, maka makanlah, tetapi jika ia memakannya maka janganlah kamu memakannya, kerana saya takuti ia menangkap binatang itu untuk dirinya.”Jika ternyata keadaan binatang itu sudah terlatih, kemudian dia memakan sekali sahaja daging binatang buruannya, maka binatang buruannya itu tidaklah halal. Menurut pendapat yang (al-arjah) dikalangan ulama’ mazhab Maliki kerana hadith riwayat ‘Adiy yang lalu kerana sikap tidak memakan binatang buruan itu adalah syarat dalam latihan pada peringkat awal dan seterusnya, maka dengan itu jika ia memakannya maka disyaratkan diulang semula latihannya. Ulama’ mazhab Maliki mengharuskan makan binatang buruan yang dimakan oleh al-bazi; kerana tidak memakan binatang buruan, menurut pendapat mereka, bukanlah syarat di dalam melatihnya.Ulama’ mazhab Maliki berkata: ia harus dimakan, kerana

firman Allah : “oleh itu makanlah daripada apa yang mereka tangkap untuk kamu. (al maidah 5:4) ” dan Hadith riwayat Abu Tha’labah: “apa saja yang kamu buru dengan panah kamu, dan kamu sebut nama Allah keatasnya, maka makanlah, dan apa saja yang kamu buru dengan anjing kamu yang dilatih, dan kamu sebut nama Allah keatasnya , maka makanlah dan apa saja yang kamu buru dengan anjing kamu yang tidak dilatih,lalu kamu sempat menyembelihnya,maka makanlah.”

Kemungkinan tindakan pemburu tersebut memakan binatang yang diburunya itu kerana terlalu lapar ataupun kerana terlalu marah terhadapnya.Adalah halal memakan binatang yang diburu sebelum pemburu memakannya, begitu juga halal menurut pendapat yang kuat (al-rajih) dikalangan ulama’ mazhab hanbali apa saja yang diburu oleh anjing selepas ia memburu binatang yang dimakannya.

Adakah wajib membasuh tempat gigitan anjing, iaitu tempat gigitan anjing? Ulama’ mazhab syafi’I berkata dan ia adalah satu pendapat di kalangan ulama’ mazhab Hambali: tempat gigitan anjing adalah najis, dan ia tidak dimaafkan, kerana ia telah sabit tentang kenajisannya, maka wajiblah dibasuh apa sahaja bahagian terlibat sama seperti air kencingnya, dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satunya dibasuh dengan tanah. Ulama’ mazhab Maliki pula berkata dan ia adalah pendapat kedua dikalangan ulama’ Hanbali: tidak wajib membasuhnya, kerana Allah dan Rasul telah menyuruh memakannya dan mereka pula tidak menyuruh membasuhnya dan anjing dihukum dalam mazhab maliki, sebagai binatang suci, maka dengan kerana itu adalah harus dimakan bahagian yang terkena gigitan taringnya.

2. Hendaklah ia pergi menangkap binatang buruannya itu berdasarkan cara-cara pecutan biarpun tanpa ditentukan binatang tangkapannya (oleh pemburu) menurut pendapat dikalangan ulama’ Mazhab Hanafi. Adapun menurut pendapat dikalangan ulama’ mazhab

17

Page 18: anjing, kucing dan binatang buas

Maliki, Syafi’I dan Hanbali, ia mestilah dipecutkan oleh pemburu daripada tangannya kearah binatang buruan selepas dia melihat dan menentukannya. Maka dengan itu , jika binatang pemburu pergi menerkam dengan sendirinya, maka tidak harus dimakan buruannya itu menurut persetujuan semua ulama’ . sesiapa yang mendengar suatu pergerakan yang disangkanya pergerakan binatang buruan , lalu ia memanahnya, atau memecut anjing atau al-baz keaatasnya, lalu terkena atau tertangkap binatang buruan yang kemudiannya ternyata ia benar-benar binatang buruan, maka ia halal menurut pendapat ulama’ mazhab Hanafi, kerana dia telah berniat untuk memburu.Jika dia menahannya sesudah ia berlepas dengan sedirinya, lalu ia kembali kepadanya, kemudian dia mengumpannya (supaya dia menangkap buruannya) maka harus dimakan (akan buruan itu) . jika ia tidak kembali selepas ia ditahan, tetapi semakin laju terkamannya, maka harus dimakan buruannya menurut pendapat ulama’Mazhab Hanafi dan juga Hanbali, ia merupakan pendapat yang lebih utama; kerana menyekatnya adalah sama seperti memecutnya disebalik tindakan itu berpunca daripada perbuatan pemburu, maka dengan itu menyekat atau menahannya adalah sama dengan memecutnya kerana ia adalah tanda ketaatannya. Ia (binatang buruannya) tidak harus dimakan menurut pendapat ulama’ mazhab Malik dan Syafi’I seperti yang kita jelaskan yang dahulu.Menurut mazhab Hanafi, jika memecutnya kearah seekor binatang dan ia menangkap yang lain maka ia tidak harus dimakan.Mazhab maliki, jika dia tidak diniatkan kepada sesuatu tertentu dan diniatkan apa saja yang diburunya oleh binatang terlatihnya, maka ia harus dimakan.Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, dia mestilah berniat untuk memburu sesuatu binatang tertentu bukan samar-samar, maka haram buruannya kerana tidak berniat memburu binatang tersebut.

3. Ia tidak dikongsi oleh binatang lain yang tidak harus memakan buruannya. Jika dia dapat menangkapnya ketika ia masih hidup, lalu dia menyembelihnya , maka ia dihukum halal menurut persetujuan semua ulam’.

Dalil bagi syarat ini ialah Hadith riwayat ‘Adiy bin Hatim , katanya “saya telah bertanya Rasulullah saw, lalu saya berkata, ‘saya memecut anjing saya , lalu saya dapati bersama-samanya seekor anjing lain’ baginda menjawab: “janganlah kamu makannya kerana sesungguhnya kamu menyebut nama Allah untuk anjing kamu sahaja, kamu tidak menyebut utuk anjing yang lain””.Dalam lafaz yang lain baginda bersabda:“jika kamu dapati anjing yang lain bersama-sama anjing kamu , lalu kamu khuatir adakah ia yang menangkapnya dan membunuhnya, maka janganlah kamu memakannya, keran ketika kamu menyebut nama Allah hanyan untuk anjing kamu sahaja”.

Lafaz yang lain juga:“Kerana kamu tidak tahu yang mana seekor(diantara keduanya yang membunuhnya)”.

18

Page 19: anjing, kucing dan binatang buas

4. Hendaklah ia membunuhnya dengan cara melukakannya. Dengan keran itu jika ia memcekiknya atau membunuhnya dengan cara melangar, maka ia tidak harus dimakan mengikut jumhur ulama’ selain Mazhab Syafi’i. Sabda Nabi Muhammad saw: “apa saja binatang yang ditumpahkan darahnya dan disebut nama Allah, maka makanlah ”.Menurut Syafi’I, ia halal dimakan berdasarkan firman Allah: “oleh itu makanlah apa yang mereka tangkap untuk kamu”. (al-Mai’dah 5:4).Hadith riwayat ‘Adiy: “apa saja binatang yang kamu latih sama ada anjing atau baz, kemudian kamu pecutnya, dan kamu sebut nama Allah keatasnya, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, saya bertanya: biarpun ia membunuhnya? Baginda menjawab: biarpun ai membunuhnya, tetapi ia tidak memakan suatu apapun daripadanya, dengan itu ia menangkapnya untuk kamu.”

5. Hendaklah ia tidak memakan binatang yang diburunya, jika ia memakan hukumnya adalah tidak harus. Perkara ini menjadi syarat di kalangan ulama’ Mazhab Maliki, ia juga adalah salah satu riwayat yang al-asah di kalangan ulama’ Mazhab Hanbali dan pendapat mazhab Hanafi pada binatang anjing dan seumpamanya daripada kalangan binatang buas.Malik dan ulama’ mazhab Maliki berkata ( dan ia merupakan yang masyhur dalam mazhab ini) dan ia merupakan riwayat kedua daripada Ahmad: harus memakan apa sahaja dari binatang buruan yang dimakan anjing atau lainnya daripada kalangan burung.Menurut mazhab Hanafi dan kalangan penulis Mazhab Hanbali, tidak harus memakan binatang yang dimakan oleh anjing kerana hadith menyatakan: “jika ia memakannya maka jangan kamu memakannya, kerana saya khuatir ia menangkap untuk dirinya.”Dalil jumhur ulama’ “apabila kamu pecutkan anjing kamu yang dilatih dan kamu menyebut nama Allah, maka makanlah apa saja yang ditangkapnya untuk kamu,saya bertanya, biarpun ia dibunuh?, baginda menjawab, biarpun ia dibunuh, melainkan anjing (kamu) memakannya, maka janganlah kamu memakannya, kerana saya khuatir jika ia menangkap untuk dirinya sahaja.”

6. Menurut pendapat dikalangan mazhab Maliki, hendaklah binatang pemburu itu tidak membiarkan binatang yang diburunya, dengan kerana itu jika ia menbiarkannya, maka ia tidak harus dimakan. Kesemua syarat ini adalah apabila ia membunuhnya. Tetapi jika ia tidak dapat membunuhnya, dan pemburu berkesempatan menangkap maka hendaklah ia menyembelihnya dan (pada saat itu) haruslah memakannya.

RUMUSAN

19

Page 20: anjing, kucing dan binatang buas

Disini dapat disimpulkan semua binatan buas dan anjing boleh dipelihara dengan syarat binatang tersebut binatang terlatih, begitu juga hasil jualan (binatang terlatih) dibolehkan jika mengikut hadis sahih Al-Bukhari tetapi jumhur ulama’ selisih pendapat mengenainya. Kita juga diharuskan memburu menggunakan alat atau binatang buas yang terlatih dan tahu cara-cara dan syarat-syarat menburu. Anjing juga dianggap najis berat tetapi ada juga ulama’ berselisih pendapat mengatakan tidak, hanya air liurnya sahaja najis dan harus menyucikan dengan tujuh kali basuhan dengan salah satu dicampur dengan tanah.

RUJUKAN

20

Page 21: anjing, kucing dan binatang buas

1. Alawi Abbas Al-Maliki, Hasan Sulaiman Al-Nuri, Syeikh Abu Abdullah Bin Abd Al-Salam ‘Allusy. IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM SUBULUS SALAM, Jilid 1 hlm 14 & jilid 3 hlm 18. Cetakan pertama 2011

2. Dr. Abd Al Karimzaidan. ENSAIKLOPEDIA FIQH WANITA, Taharah & Solat, Jilid 1.3. Abu Bakar Jabir Al-Jazairiy. ENSAIKLOPEDIA FIKAH, Jilid 2&34. Wahbah al- Zuhaili, Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. FIQH &

PERUNDANGAN ISLAM. Jilid 1 hlm 135, jilid 3 hlm 791 & jilid 4 hlm 459.5. Terjemahan Hadis, SHAHIH BUKHARY,2146,2147.Cetakan Keempat 20096. http://www.surah.my7. http://darululumonline.wordpress.com8. http://www.hafizfirdaus.com9. http://atuk-phd.blogspot.com

21