ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI...
Transcript of ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI...
1
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
ANALISIS PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI
MALAYSIA TERHADAP HADITH
Rosni binti Wazir , Abdul Mukti bin Baharudin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad, Mohd Norzi
bin Nasir, Nor Asyikin binti Hasan Adali.
Akademi Islam,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula
bertapak sejak zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba
menafikan autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-
Quran. Justeru mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal
dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak hadis. Bagi mereka tiada tempat
untuk hadis dalam Islam, malah peranannya sebagai penghurai dan penjelas kepada al-
Quran ditolak sementah-mentahnya. Hadis tiada nilai, ia hanyalah sekadar kata-kata
yang direka oleh orang lampau, tidak signifikan, malah menjadi punca porak peranda
dan kejumudan umat Islam. Penulisan ini akan menganalisis sejauhmana pemahaman
dan penafsiran yang dibuat oleh golongan antihadis di Malaysia terhadap hadis,
khususnya yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad.
Kata kunci : Antihadis, hadis
PENDAHULUAN
Pertembungan antara hak dan batil tidak dapat dielakkan. Malah di mana ada
kebenaran, di situlah adanya kebatilan. Dalam usaha menghapuskan agama Islam dan
menghancurkan umat Islam, pihak musuh sentiasa berusaha dengan pelbagai cara.
Mereka tidak pernah kenal erti penat dan jemu, malah mereka sanggup bersatu
menentang Islam sekalipun mempunyai fahaman dan agama yang berbeza. Selain
serangan dari luar dengan menggunakan kekuatan fizikal dan persenjataan yang
canggih, mereka juga cuba membuat serangan dari dalam dengan menimbulkan
keraguan terhadap akidah.1
1 Mohd. Muhiden Abd Rahman. 2007. Pandangan Orientalis Terhadap Hadis dan Jawapannya dari
Perspektif Islam. Dlm Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 125.
2
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Permulaannya, musuh-musuh Islam menjadikan al-Quran sebagai subjek
penyelewengan dan pemalsuan mereka bagi memesongkan akidah umat Islam.
Ternyata, usaha mereka hanyalah sia-sia kerana al-Quran telah dijamin oleh Allah s.w.t.
sendiri tentang pemeliharaan kesuciannya daripada sebarang bentuk penyelewengan
dan pemalsuan. Mereka sama sekali gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan
terhadap al-Quran. Lantaran itu, mereka beralih kepada sumber kedua syariat Islam
iaitu hadis. Melalui hadis, mereka mendapati banyak ruang yang boleh dipergunakan
untuk menimbulkan keraguan, kekeliruan, dan pertikaian. Maka, mereka membuat
kajian khusus dan kritikal terhadap hadis semata-mata bagi menimbulkan kekeliruan
kepada umat Islam disebabkan kedengkian mereka yang begitu mendalam terhadap
Islam.
DEFINISI GERAKAN ANTIHADIS
Gerakan antihadis dalam bahasa Arab di panggil munkir al-sunnah. Penjelasan
berhubung dengan definisi ini akan dimulakan dengan pendefinisian gerakan, anti dan
munkir dari segi bahasa. Kemudian diikuti dengan penjelasan definisi hadis dan
sunnah dari segi bahasa dan istilah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013),
gerakan ialah suatu usaha atau kegiatan2 dan anti pula ialah awalan yang bermaksud
melawan, membantahi, menentang, dan tidak menyetujui.3
Munkir pula ialah isim facil (kata pembuat) daripada perkataan ) ( أنكر نككر كنكر .
Dalam Lisan al-cArab, maksud perkataan ingkar adalah sama dengan juhd iaitu
mengingkari dalam keadaan ia tahu4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013),
ingkar mempunyai tiga maksud, pertama; tidak membenarkan (mengaku), menafikan,
menyangkal dan mungkir, kedua; enggan, tidak menurut dan tidak mahu dan ketiga;
penafian, penyangkalan dan perihal memungkiri.
Hadis dari segi bahasa ialah baru atau khabar. 5
Manakala, sunnah ialah jalan. Sunnah
juga ialah sirah dan jalan biasa sama ada baik atau buruk. Dari segi istilah hadis pula,
hadis ialah segala yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada
perkataan, perbuatan, pengakuan, atau sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani),
atau sesuatu yang disandarkan kepada sahabat atau tabiin daripada perkataan atau
perbuatan.6 Manakala sunnah menurut Imam al-Nawawi (t.th) ialah hadis-hadis yang
diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Hadis dan sunnah adalah sama
2 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 462.
3 Ibid. Hlm 67.
4 Ibn Manzur. T.th. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sader. Hlm. 352.
5 al-Fairuzabadi. 1987. Al-Qamus al-Muhit. Dar al-Jaili. Hlm. 170.
6 Syed Abdul Majid Ghouri. 2012. Kamus Istilah Hadis. Selangor: Darul Syakir Enterprise. Hlm. 208.
3
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
takrifnya dari segi istilah di sisi kebanyakan ulama hadis terutamanya ulama mutakhir
(Baha al-Din, 1999).
Bagi pemikir-pemikir orientalis, mereka telah meluaskan takrif sunnah dengan
memasukkan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Arab di zaman baginda s.a.w.
Takrif yang dikemukakan oleh mereka ialah: Himpunan ketetapan Nabi s.a.w. dan adat
istiadat lama (bangsa Arab) (Mohammad, 1977). Menurut John Burton (1994): “Hadis
is meant the massive literature of the tradition of the Islamic community compiled from
thousands of individual brief narratives, each of which is referred to individually also
as Hadis”.
Berdasarkan kepada takrif dari segi bahasa dan juga istilah terhadap frasa gerakan
antihadis dan munkir al-sunnah sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa
gerakan antihadis atau munkir al-sunnah ialah suatu usaha atau kegiatan yang menolak
sunnah sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada menjadi sumber hukum
dan rujukan. Bagi mereka yang berada dalam gerakan ini, sunnah secara
keseluruhannya atau sebahagiannya adalah bukan hujah dan memadai bagi mereka
berhujah dengan al-Quran.
Justeru, individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha atau kegiatan menolak hadis
sebagai rujukan sama ada menolak secara keseluruhan hadis atau sebahagian
daripadanya adalah termasuk di dalam takrifan ini. Mereka semua adalah penggerak
kepada gerakan antihadis yang menyimpang dan sesat daripada landasan kebenaran
Islam.
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN GOLONGAN
ANTIHADIS
Menelusuri sejarah kemunculan dan perkembangan golongan antihadis,
memperlihatkan dua pecahan zaman iaitu zaman lampau dan zaman moden.
Pada zaman Rasulullah s.a.w., bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau
dalam kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran baginda s.a.w. serta
melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah
dikategorikan sebagai antihadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman
terhadap ajaran Islam itu sendiri.7
7 Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai
Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 2.
4
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Semasa zaman sahabat r.a., terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang
cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk
kepada al-Quran sahaja. Beliau telah membincangkan perkara tersebut dengan
Abdullah bin Umar r.a. Namun, Ibnu Umar r.a. telah mengingatkan beliau supaya
menerima dan melaksanakan segala yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tanpa ragu-ragu.
Sungguhpun begitu, perkara tersebut hanyalah dalam ruang lingkup pandangan
peribadi seseorang dan tidaklah berkembang menjadi kumpulan atau gerakan.8
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang
yang meminta agar beliau tidak mengajarkan hadis, namun memadailah dengan hanya
mengajarkan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau
boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-
syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir.
Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu
menjawab, "Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi
seorang ahli fikah.
Seterusnya, Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-‘Umm menyatakan bahawa golongan
yang menolak hadis ini telah muncul secara berkelompok pada penghujung abad ke 2
atau abad ke 3 Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan
terhadap hadis yang bersifat bukan mutawatir seperti hadis Ahad dan mereka yang
mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan
dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada al-Quran.9
Pada zaman berkenaan, orang yang mula-mula berdebat dengan golongan antihadis
tersebut ialah Imam al-Syafi’i. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea palsu yang
dikemukakan oleh golongan antihadis sehingga mereka kembali bersetuju dengan
hujah-hujah beliau seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w..
Selepas kurun ke 11 Hijrah, fahaman ini muncul semula dan dipelopori oleh
segolongan orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut
berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905M). Hal ini
muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah Barat di hati
sebahagian umat Islam ketika imperalisme berlaku. Objektif utamanya adalah untuk
melumpuhkan kekuatan umat Islam yang ketika itu berada dalam keadaan lemah.
8 Ibid. Hlm. 2.
9 Irsyadunnas. 2003. Inkar al-Sunnah; Sejarah Kemunculan dan Perkembangannya. Jurnal Studi Ilmu-
ilmu al-Quran dan Hadis. Vol. 4. Hlm. 87.
5
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Bertitik tolak daripada itu, Taufiq Sidqi telah menulis dua makalah di dalam majalah
al-Manar edisi 7 dan 12 yang bertajuk “Ajaran Islam ialah al-Quran Sahaja”. Beliau
telah mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran sahaja dengan motif agar pembaca
tidak berpegang kepada hadis. Kemudian, pada tahun 1929, muncul Ahmad Amin
dengan bukunya Fajr al-Islam dan Dhuha al-Islam yang merendah-rendahkan martabat
hadis serta mencampur adukkan antara hak dan batil mengenai hadis. 10
Perihal tentang keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan juga oleh seorang yang
bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al-Sunnah pada tahun
1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis
tiada ada asasnya bahkan boleh diragui kerana terdapat padanya unsur- unsur
pemalsuan hadis.11
Terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah yang telah
terpengaruh dengan ajaran antihadis ini. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang
berkelulusan biokimia dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah
memperkenalkan kod 19 yang merupakan satu penyelewengan besar dalam pentafsiran
al-Quran. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat penambahan kepada al-Quran pada
surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini kerana menurutnya ayat-ayat
tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu.12
Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan
Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis.
Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui
buku-buku tulisannya seperti Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious
Alphabets, The Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final
Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, Qur'an, Hadith and Islam dan
Qur'an: The Final Testament.13
KEMUNCULAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA
Dalam konteks Malaysia, gerakan antihadis telah dipelopori oleh Kassim Ahmad,
seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya
10
Dasman Yahya Ma’ali. 2014. As-Sunnah An Nabawiyah Antara Pendukung dan Pengingkarnya. Jurnal
Usuluddin. Vol. XXII. No.2. Hlm. 193. 11
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai
Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 3. 12
Ibid. Hlm. 3-4. 13
Ibid. Hlm. 4.
6
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
seperti Othman Ali melalui karya ‘Bacaan’, Idris Abdul Rahman melalui penulisan
‘Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran’, dan
Abdul Manan Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba
menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam
memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal.14
Kassim Ahmad sebagai penggerak utama dipercayai telah terpengaruh dengan ajaran Dr
Rashad Khalifa, seorang pakar dalam bidang Plant-Biochemistry kelahiran Mesir yang
menetap di Amerika Syarikat. Kassim Ahmad juga telah menubuhkan persatuan
Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) pada 11 Jun 1995 yang kemudiannya diikuti dengan
penubuhan Persatuan Falsafah Malaysia setelah JAM ini gagal didaftarkan kerana tidak
mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Malaysia.15
Pada peringkat awal, penganut JAM ini memang diberi ruang yang luas untuk
menyebarkan fahaman ini dalam media massa di Malaysia, khususnya akhbar media
perdana. Contohnya, Syed Akbar Ali (ahli jawatankuasa pusat JAM) telah diberi ruang
(kolum) khusus dalam akhbar Berita Minggu. Ia mempergunakan kolum ini untuk
menyebarkan fahaman dan idea yang dibawa oleh JAM. Namun begitu, apabila
mendapat tentangan daripada pelbagai NGO Islam, maka kolum ini kemudiannya
ditutup.16
Idea tersebut kemudiannya dikembangkan oleh Kassim Ahmad menerusi penulisan
artikel yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-ahli Hadis” di dalam ruangan “Berani
Kerana Benar” dalam akhbar Watan. Bermula bulan September 1985, Kassim Ahmad
telah memperlihatkan peningkatan gerakannya dengan penganjuran Majlis Diskusi
mengenai “Teori Hadis” di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan
Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau di No. 8, Jalan
Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang dihadiri oleh beberapa orang kenalannya
daripada ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim
Ahmad telah disedari dan dikecam hebat oleh para ulama Islam dan akhirnya kerajaan
telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancangkan di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.17
14
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai
Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4 15
Rahimin Affandi et al. Pengaruh Orientalism dalam Gerakan Anti Hadis di Malaysia: Analisis
Kritikal. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD).
Hlm. 70. 16
Ibid. Hlm. 70-71. 17
Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Anti Hadis. Dlm. Wacana Pengukuhan Nilai-nilai
Islam-Bicara Khutbah bersama Mufti. Putrajaya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Hlm. 4.
7
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Ekoran daripada kecaman dan kritikan ulama tersebut serta tindakan kerajaan
membatalkan siri ceramahnya, maka pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah
menulis sebuah buku bertajuk “Hadis Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek
Sdn. Bhd. Penulisan buku tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu
kontroversi yang meluas di kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut
mendokong fahaman penolakan hadis secara total sebagai salah satu sumber hukum
Islam. Buku tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta
Kerajaan P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.18
Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan
kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadis
Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek dengan mesej yang sama iaitu
menolak hadis secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku tersebut
melalui Warta Kerajaan.19
Kassim Ahmad sebenarnya mendapat dokongan daripada beberapa public figure di
Malaysia yang memang terpengaruh dengan idealisma sosialism iaitu fahaman yang
menentang dominant tradition dalam segenap perkara. Mereka terdiri daripada pelbagai
kerjaya (seperti guru, wartawan, penulis bebas, jurutera, peguam dan sebagainya) yang
kononnya ingin kelainan dan pembaharuan dalam pemikiran Islam di Malaysia. Mereka
memang sejak mula lagi begitu mengagumi Kassim Ahmad kerana mereka berpendapat
bahawa Kassim Ahmad mempunyai pemikiran yang sepuluh tahun lebih terkehadapan
berbanding manusia biasa. Contoh yang kerap diberikan untuk menyokong pendapat
mereka ini ialah berkenaan pandangan Kassim Ahmad yang termuat di dalam kajiannya
iaitu tentang kisah pertikaman Hang Jebat dengan Hang Tuah. Semasa kajian ini
dihasilkan pada tahun 1970, semua pihak menentang pandangan Kassim Ahmad yang
menyatakan Hang Jebat berada dipihak yang benar berbanding Hang Tuah kerana
berpegang teguh dengan prinsip ‘raja yang adil disembah dan raja yang zalim
disanggah’. Mengikut pendokong Kassim Ahmad, ternyata sepuluh tahun kemudiannya
apabila timbul isu imuniti raja-raja Melayu, pandangan Kassim Ahmad ini memang
diterima ramai.20
Penolakan Kassim Ahmad terhadap hadis daripada menjadi sumber akidah dan
perundangan Islam atas faktor-faktor berikut:
18
Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005).
Hlm. 30. 19
Ibid. Hlm. 30-31. 20
Ibid.
8
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
i. Pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis (al-Kutub al-
Sittah) dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di
antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.
ii. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-
Khulafa’ al-Rashidin.
iii. Kewujudan hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti
intelektual, kebekuan dan oportunis politik. 21
Ajaran golongan intelek ini dilihat agak berbeza coraknya berbanding dengan
kebanyakan ajran sesat lain yang berkembang di negara ini. Jika kebanyakan ajaran lain
mempraktikkan amalan tertentu seperti berzikir di tengah kepekatan malam beserta
amalan-amalan lain berbau khurafat sebagai identiti mereka, tidak pula demikian
dengan gerakan antihadis. Penyelewengan mereka ternyata bergaya apabila mereka
mengetengahkan suatu ‘penyelewengan profesional’ yang mereka dakwa sebagai
‘pembetulan’ kepada ‘amalan sesat’ yang diamalkan oleh umat Islam kini. Lebih tepat
lagi, ‘sesatnya’ umat Islam kini (seperti dakwaan mereka) kerana beramal ibadah
dengan berpandukan kepada hadis bukannya berpandukan al-Quran secara mutlak
seperti mereka.22
Sejak dari awal kemunculan GAH ini lagi, ia ditentang hebat oleh semua pihak di
Malaysia. Penentangan datang daripada segenap penjuru sama ada pihak berkuasa
agama di peringkat pusat dan di peringkat negeri di seluruh negara telah mengharamkan
pergerakan ini beserta tulisan-tulisan mereka. Pengharaman itu tidak melumpuhkan
pergerakan mereka. Mereka terus bergerak dengan mengadakan usrah, ceramah dan
forum untuk anggota-anggota mereka. Mereka mewujudkan laman-laman web, menulis
artikel-artikel di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan untuk mengembangkan
fahaman mereka. Pergerakan mereka terus subur hingga kini. Mereka telah berjaya
mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka yang ke lapan diadakan di Rumah
PENA, Kuala Lumpur pada 26 April 2009.23
21
Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam
di Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti
dan Cabaran Semasa (MUSNAD). Hlm. 50. 22
Fatwa 4. Golongan Anti Hadith. Dlm Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005).
Hlm. 31. 23
Mohd Al-ikhsan bin Ghazali. Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) kepada Umat Islam
di Malaysia: Kajian Khusus di Lembah Klang. Dlm Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti
dan Cabaran Semasa (MUSNAD).
9
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
PEMAHAMAN GOLONGAN ANTIHADIS DI MALAYSIA TERHADAP HADIS
Pengenalan
Al-Quran dan hadis merupakan dua sumber perundangan Islam. Melihat kepada
kepentingan hadis, maka usaha terhadap penjagaan hadis itu sendiri dilihat telah
bermula semenjak zaman sahabat. Periwayatan terhadap hadis dilakukan secara selektif
dan amat berhati-hati demi menjaga keautentikan dan keaslian hadis itu sendiri. Usaha
ini diteruskan oleh generasi demi generasi sehingga kini.
Menurut Kamaruddin Amin, perbincangan mengenai autentik, validity dan reliability
metodologi keaslian hadis adalah perihal yang paling asas dalam kajian hadis. Apabila
metodologi yang digunakan bermasalah, maka semua hasil yang dicapai dari metode
tersebut tidak kuat.24
Keraguan juga datang dari kalangan orientalis mengenai keaslian
hadis dan ia memberikan pengaruh kepada sebahagian sarjana Muslim.
Epistemologi kaum orientalis dengan ciri keraguannya adalah mempersoalkan apakah
makna hadis sebenar? Benarkah hadis itu adalah ucapan verbal nabi, tingkah laku nabi
atau persepsi masyarakat Islam tentang nabi? Apakah buku hadis yang kita warisi dari
abad ketiga seperti Sahih Bukhari dan Muslim, merupakan refleksi sunnah nabi?
Pemikiran seperti ini diwakili oleh Joseph Schacht dan Ignaz Goldziher.
Pemahaman Golongan Antihadis terhadap Hadis
1) Hadis Tidak Mentafsir al-Quran
Kassim Ahmad : “Tengoklah.. tengok kamuslah.. dia bagi semua makna.. ataupun ayat
al-Quran ni dia jelaskan antara satu dengan lain. Bukan hadis menjelaskan al-Quran,
itu kaedah tradisional. Mereka kata hadis menghuraikan al-Quran. Hadis kalau kita
ambil pun sebagai Nabi Muhammad punya cakap.. mana Nabi Muhammad nak tahu
apa yang akan datang.”25
Kata beliau lagi : Sesetengah orang juga mendakwa hadis mentafsirkan Al-Qur'an. Kita
tahu isi kandungan Al-Qur'an itu banyak yang tidak diketahui oleh Nabi Muhammad
sendiri, khasnya tentang kejadian langit dan bumi dan tentang masa depan. Nabi
24
Kamaruddin Amin. 2003. Book Review The Origins of Islamic Jurisprudence Meccan Fiqh before the
Classical School. Dlm. Al-Jami’ah: Journal of Islamic Studies. Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga
Yogyakarta. Hlm. 23. 25
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
10
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Muhammad menerima wahyu dari Tuhan dan tanggungjawab beliau ialah
menyampaikan wahyu ini kepada manusia bukan menghuraikannya.26
Kassim Ahmad memberikan empat ayat al-Quran yang didakwa menolak kefahaman
bahawa hadis mentafsir al-Quran.
a. Tuhan menerangkan bahawa Dialah yang mengajar al-Quran. Ayat al-Quran yang
berbunyi:
(٢ ) عملمم ٱلق ءم نم ١ٱل حمن Maksudnya:
(Allah) Yang Maha Pengasih. Yang telah mengajar al-Quran.
(Surah al-Rahman: 1-2)
b. Berkaitan dengan ayat mutasyabihat atau ayat kiasan, Tuhan menyatakan bahawa
tiada yang mengetahui tafsirannya kecuali Dia dan mereka yang pakar dalam hal
ini. Ayat al-Quran yang berbunyi:
م ميرر رر أ م رر ينم م ررءأ مأفم هررن أخ ٱلكأنم رر كمم كررح ءم نمرر ررءم يأ م عململررتم ٱلكأنم ن أمنررم هرر م ٱلرر أرر أنلمررح ن ٱلرر أننم أ رلرر أأم غمنرر رملرمن أمرر نم يمرر م م
أنلأررحأ ميمرر نرمملمررم هم
كمرربأ مٱتنأامرر نءم هم
أنر كررح ٱتنأامرر نءم ٱل محم يأ ميم نم ك كألن
ن عأكدأ متأكم خ نم أ ٱلمألمأ نرمق ل نم ءم يمك تأحأ كل يأ مٱل سأ أل ٱلمل مءأ كأل ٱلل
( ٧( Maksudnya:
Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad).
Diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok Kitab
(al-Quran) dan yang lain mutsyabihat. Adapun orang-orang yang dalam
hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat
untuk mencari-cari futnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal
tidak ada yang mengetahui takwilmnya kecuali Allah. Dan orang-orang
yang ilmunya mendalam berkata: ‘Kami beriman kepadanya (al-Quran),
semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil
pelajaran kecuali orang yang berakal.
(Surah Ali ‘Imran: 7)
26
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.
11
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
c. Tuhan memberitahu kita bahawa Dia dan agen-agennya (kata nama “Kami” bagi
Tuhan bermakna Dia dan agen-agennya) akan menghuraikan al-Quran. Termasuk di
dalamnya nabi dan rasul dan mereka yang Tuhan beri hidayah.
ررلم تأررحأ ن رر نمتم لأنرممبم تأررحأ لأنم ممررح مر ءم نمررح ( ١٦)لم تمر أ كمر مم نمررح مرر أ (١٧)كأن عململر
مررذأام رم مأ
كم ترملم نمح (١٨) ر ءم نمح (١٩ )ث كأن عململر
Maksudnya:
Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al
Quran) karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya .Sesungguhnya Kami
yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya
itu. Kemudian sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.
(Surah al-Qiyamah : 16-19)
d. Orang yang diberi kebolehan untuk mentafsir al-Quran ialah mereka yang dipilih
dari hambaNya.
رر ررد ميأ م ي قنم أرركر ررحأ ميأ نأ
م سمرر أ لأكرم رركر مأ
م أ ررن عأ مرر كم يأ لر مم ررءم ٱلرر أننم ٱيرر كمرر ٱلكأنم
م ث أم مثر كرمضل ٱلكم أي لأتم ه م ٱل متأ بأأانأ ٱللأ ام
لملر (٣٢ )سم تأق تأMaksudnya :
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih
di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang
menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang
pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat
kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang
amat besar.
(Surah al-Fathir : 32)
Kesimpulan yang dibuat oleh Kassim Ahmad berdasarkan ayat al-Quran di atas
ialah :
12
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
i. Tidak logik dan tidak munasabah dakwaan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
mentafsir al-Quran kerana ilmu dan kefahaman baginda terbatas kepada
zaman itu sahaja.
ii. Fahaman salah ini menyebabkan sebahagian daripada tafsir al-Quran
menjadi kabur dan kacau.
Contoh :
رفء رمر ل كأهم ٱللأ يمنمنر م ٱل أننم ءم يمكر ن أمطألم ٱللم مأمطألم ٱل س م مألأ ٱلم م رمعنم أ رككم مرذأن رمكم ي أ يأأنل
لأتم فمي مأمحنمن هم للأ مٱللرم خأ ٱلنفأ أ ام ك نم تأ ( ٥٩ )مٱل س أ كأن ككنم رؤيأ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya.
(Surah al-Nisa’: ayat 59)
Frasa “taat kepada Rasul” ditafsirkan sebagai berpegang kepada hadis dan
sunnah baginda sedangkan maksud sebenar adalah “taat kepada Allah dan
berpegang kepada kitabNya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
2) Hadis Bukan Sumber Perundangan Islam yang Mutlak
Kassim Ahmad : Hadis ni adalah al-Quran. Nabi tak bawak hadis. Hadis ni orang reka
selepas 20, 30 tahun timbul perpecahan dalam politik, kemudian dia jadi perpecahan
dalam teologi. Dia jadi lebih kurang macam ni lah.. ada satu kampung, kita ambil satu
kampung di Kulim, satu rombongan lima puluh orang dari Kulim ni pergi jumpa Najib.
Sembang lah 3 jam. Daripada 50 orang tu.. mungkin 20 orang UMNO, 10 pas, 10 pkr,
dan lain-lain tak ada parti. Ni semua pi, jumpa dengan najib sembang 3 jam. Bila dah
balik, orang kampung yang lain tanya lah, “cuba cerita.. apa yang kamu bincang
dengan Najib”. Agak apa nak jadi. A nanti cakap apa yang dia dengar dan apa yang
dia faham, dia tokoh tambah sikit nak bagi sedap lagi. Ha, macam tu lah.. bukan Nabi
yang kata, bukan Najib yang kata.. dia yang kata. Ha, macam tu lah hadis ni jadi
13
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
macam ni. Bukan nabi yang kata.. Nabi punya perkataan ni..al-Quran, كنح لقر سر كر م .27
Kassim Ahmad menggariskan 3 pendirian yang jelas tentang hadis :
a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk
menyelewengkan al-Quran.
b. Hadis mungkin ditulis pada zaman Nabi tetapi sejarah membuktikan bahawa ia
tidak dibukukan secara rasmi sehingga selepas Imam al-Syafi’i berjaya
membuatkan masyarakat menerima ajarannya bahawa sunnah Nabi adalah sumber
hukum yang setaraf dengan al-Quran.
c. Penggunaan istilah “hadis” dalam al-Quran digunakan dalam dua makna yang
berlainan:
Bil. Makna di dalam al-
Quran
Bentuk
1. al-Quran atau wahyu
Tiada hadis lain kecuali al-Quran
“Sesungguhnya ini sebuah bacaan yang mulia. Di
dalam sebuah kitab yang terpelihara. Tiada siapa
yang boleh memahaminya kecuali yang jujur.
Sebuah wahyu daripada Tuhan semesta alam.
Apakah hadis ini yang hendak kamu
kesampingkan?”
رر أم ررح ن كأل ( ٧٨) أ كأنمرء يككرر ن (٧٧ )كأنرح لمقرر ءم ن كم ل يممن رررررر نم م رررررر م ( ٧٩ )ٱل لمأ ررررررن مأ ٱلمم أنررررررل يأ رررررر م ( ٨٠ ) مك أم م أ م
ك نم ٱلمدأنثأ أمننم ي (٨١ )دهأ
Maksudnya :
Dan (ini) sesungguhnya Al Quran yang sangat
mulia. Dalam kitab yang terpelihara (Lauh
Mahfuzh). Tidak ada yang menyentuhnya selain
hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari
27
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
14
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap
remeh berita ini (Al Qur’an)?
(Surah al-Waqi’ah : 77-81).
2. Laporan atau cerita
Piagam Madinah, Pidato Perpisahan, Perjanjian
Hudaybiah dan surat-surat Nabi kepada ketua
negara.
Bagi beliau, sekiranya seseorang itu mendakwa kembali kepada al-Quran secara
sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama menolak hadis-hadis yang bertepatan dengan
al-Quran, itu adalah tidak logik kerana kita tidak boleh menolak sesuatu yang baik.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.
Bagi beliau, walaupun hadis “diterima” oleh masyarakat sebagai sumber hukum kedua,
kesahihannya terus dipertikai oleh kaum Muktazilah yang terdiri daripada ahli falsafah
dan sains dari dulu sehinggalah sekarang. Ini bermakna, penerimaan terhadap kesahihan
hadis adalah tidak muktamad sebagaimana al-Quran.
Kassim Ahmad juga menegaskan bahawa “walaupun kita menolak hadis sebagai
sumber hukum yang mutlak, kita tidak menolak hadis sebagai sumber hukum kedua.”
Namun begitu penerimaannya adalah bersyarat, iaitu selagi hadis itu tidak bercanggah
dengan al-Quran.
3) Kesahihan Sesebuah Hadis Adalah Diragukan
Memetik kenyataan Kassim Ahmad di dalam buku kontroversinya, Hadis Satu
Penilaian Semula :
a. “Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun
kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad.” 28
b. “Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun
ialah hadith/sunnah.”29
c. “Kebanyakan hadith merupakan ‘omong kosong’ yang menyesatkan manusia dari
jalan Tuhan tanpa pengetahuan.”30
28
Kassim Ahmad. 1986. Hadis Satu Penilaian Semula. Petaling Jaya : Media Intelek. Hlm. 18. 29
Ibid. Hlm 20. 30
Ibid. Hlm 91.
15
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
d. “Hadith merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin
kebenarannya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakan.”31
e. Sebelum hadis-hadis dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi, banyak sekali
hadis-hadis telah direka dan disebarkan oleh pelbagai golongan. Apabila hadis-hadis
ini dikumpul, ditapis dan dibukukan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi,
Ibn Majah dan al-Nasa’i bagi kaum ahl al-Sunnah dan oleh al-Kulani, Ibn
Babuwayh, Jaafar Muhammad al-Tusi dan al-Mustada bagi kaum syiah, barulah
kumpulan-kumpulan hadis rasmi wujud, iaitu setelah Imam al-Syafi’i berjaya
menjadikan hadis atau sunnah sebagai sumber hukum.
f. Hadis-hadis ini dipercayai adalah kata-kata dan perbuatan Nabi, bahkan mereka
sendiri mengakui bahawa kebanyakan hadis ini bertaraf hadis ahad, iaitu
mempunyai seorang periwayat sahaja. Sedangkan mengikut undang-undang Islam,
sesuatu perkara itu mestilah disahkan oleh dua orang saksi sebelum ia dapat
diterima dari segi undang-undang. Ini bermakna, mengikut ahl al-hadis,
kebanyakan hadis dalam kumpulan-kumpulan mereka itu tidak boleh digunakan
dari segi undang-undang Islam. Oleh tu adakah munasabah mereka mengkehendaki
umat Islam percaya kepada hadis mereka?
g. Kaedah sejarah saintifik memerlukan sesuatu laporan itu disahkan oleh sumber-
sumber bebas yang lain, sebelum laporan itu diterima sebagai benar. Kebanyakan
hadis tersebut bukan berasal daripada Nabi, tetapi merupakan pendapat pelbagai
golongan yang wujud pada waktu itu.
4) Warisan Nabi Hanyalah al-Quran
Kassim Ahmad : Jadi, kita tak mau nak panjang cerita lah. Balik kepada tadi, perkara
saya tulis hadis ni. Tuhan kata dalam al-Quran, “kebanyakan manusia mengikut berita
yang tak sahih. Berita yang mana yang lebih sahih daripada kitab ini, al-Quran”.
Banyak kali saya bubuh dalam ini.. dalam buku saya ni, saya dah cakap dah. Hadis
yang sebenar ni.. yang inilah, al-Quran sebab dia keluar dari mulut Muhammad.
Saya nak tunjuk kepada saudara, dalam Quran ada 2 ayat yang berbunyi نرح لقر سر ك perkataan rasul yang mulia. Ini, perkataan لقر سر كر م ,bahawasanya ini كنرح .كر م
31
Ibid. Hlm 112.
16
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
rasul yang mulia. Quran ini perkataan rasul yang mulia. Perkataan Muhammad
sebagai rasul yang mulia.32
Kassim Ahmad menegaskan bahawa hadis-hadis saling bercanggah antara satu sama
lain. Ada yang menyatakan Nabi meninggalkan satu perkara iaitu Kitab Allah dan ada
yang mengatakan dua, iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Bil. Hadis Riwayat Jabir
1. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa
Rasulullah berpidato kepada rakyat dan
berkata : “...dan aku telah meninggalkan
kepadamu satu perkara; jika kami berpegang
kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku,
iaitu Kitab Allah. Kamu akan ditanya
tentangku. Jadi apa akan kamu kata? Mereka
menjawab : “Kami akan memperakui bahawa
kamu sebenarnya telah menyampaikan dan
menyempurnakan perutusan dan memberi
peringatan.” Riwayat Muslim.
Walaupun laporan tersebut ada
perbezaan. Ia tetap menyatakan
bahawa peninggalan Nabi
Muhammad adalah satu sahaja,
iaitu kitab Allah.
2. “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa
Rasulullah telah berkata dalam Haji terakhir :
“....dan aku telah meninggalkan di antara
kamu satu perkara; jika kamu berpegang
teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat
selepasku ---kitab Allah dan apa yang kamu
dapat daripadaku melalui soalan (hadis).”
Riwayat Muslim.
Hadis riwayat Malik bin Anas
3. Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis
cacat bahawa Rasulullah berkata : “Aku
meninggalkan kepadamu dua perkara :
selagi kamu berpegang teguh kepadanya,
kamu tidak akan sesat – kitab Allah dan
sunnah Rasul-Nya.” (Muwatta’)
Namun manusia sekarang berpegang
pada hadis laporan Malik bin Anas
yang menyatakan ada dua warisan
nabi walaupun pelapornya
menyifatkan hadis ni sebuah hadis
yang cacat.
32
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang.
17
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Ajaran bahawa Nabi Muhammad meninggalkan dua buah kitab dibantah oleh al-Quran:
Bil. Bantahan dari ayat al-Quran Keterangan
ررررر أ .1 عملمرررررلكم نأمم مرررررأنررررركمكم مأم لمكرررررم لررررر ٱللرمررررر خم أمكم
ر م ملر م مربي
رنأ ٱضر أ مم ممأنكر سلممم لمكم ٱلأ ل م مضأ
ث ينم لم بم نأف لأأ حأ م ) ٣ ( مذأن ٱللم
Maksudnya :
Pada hari ini telah aku lengkapkan
agamamu untukmu dan sempurnakan
nikmat-Ku bagimu dan telah Kupilih Islam
bagimu sebagai agama.
(Surah al-Ma’idah : 3)
Ayat ini turun 81 atau 82 hari
sebelum nabi wafat,
menunjukkan bahawa Islam
sudah lengkap pada waktu
itu.
ررلب أيأ م .2 لررفم ( ٣٥ )أم رمكمبممررل ٱلنررلأأ م كم يمرر لمكررم كمكررر نم رررء ألرررحأ مد سررر نم ( ٣٦ )تم كأن ٣٧أمخ لمكرررم كأنم
( ٣٨ )لمكم ألحأ لمم تمملر نم
Maksudnya :
Patutkah kami perlakukan orang Muslim
seperti orang berdosa?. Betapakah hal
kamu?. Bagaimana kamu menghukum?.
Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu
gunakan, dan memberi kami apa-apa yang
kamu kehendaki?.
(Surah al-Qalam : 35-38)
Ayat yang menyindir mereka
yang mahukan sebuah kitab
lain.
م ٱلررر أننم لم نرم ررر نم .3 مررر ررر م ركمررر ترملأكم م ءم لمرررع عملمرررل أ مكأام رنرن رر م ن أم تمدألررح ررل يمرر نمكرر ن لأ مرريأ هم أ تأقرر ءم ني م ٱترر لأقمرر نءمررفن كأن أم أرر كأل يمرر نرر حمعن كألم نأ
نرم ررن ألقمرر ن أمن أتمدألمررح يأن مأ عم م مم نرم خي عميألمكأنأ ) ١٥ ( أمفم كأن عم مل
Maksudnya :
Tetapi apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayat Kami yang nyata, berkatalah
mereka yang tidak mengharapkan
pertemuan dengan Kami, ‘Bawalah sebuah
al-Quran yang lain selain ini atau ubahlah.”
Mendedahkan keinginan
mereka yang menginginkan
sebuah al-Quran yang lain
atau yang telah diubah.
18
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Jawablah, “Aku tidak boleh mengubahnya
mengikut kemahuanku sendiri. Aku hanya
mengikut apa yang diwahyukan kepadaku.
Aku takut pada siksaan pada hari yang
dahsyat, jika aku derhaka kepada Tuhanku.
(Surah Yunus: 15).
ررررر م ٱلقررررر ءم نم .4 م ٱل سررررر نمررررر ممأ كأن رمررررر يأف ٱتمررررر هم مررررر مررررنم ٣٠ يم برررر ي عمررررد يأ لأتم ممملكمرررر لأكررررلأ نمررررنأ رررر م مكم
أ مع تأ متأتم هم مكمي ٱلب أيأ م ( ٣١ ) منم أ
Maksudnya:
Rasul berkata “Tuanku, kaumku telah
membelakangkan Quran ini”. Demikianlah
Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi
musuh dari kalangan penjenayah. Tuanmu
cukup sebagai pembimbing dan pembantu.”
(Surah al-Furqan: 30-31).
Menjelaskan bahawa kitab
yang perlu dipegang oleh
orang Islam adalah al-Quran.
Beliau tidak menafikan bahawa :
a. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum kumpulan-
kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara rasmi selepas
pengisytiharan Imam al-Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu dipegang oleh umat
Islam.
b. Malah sejarah membuktikan wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh Nabi
Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-surat
baginda kepada Kristian pada waktu itu.
Namun, bagi umat Islam, kitab panduan utama ialah Quran, bukan Quran dan hadis.
Memetik kata-kata beliau : Malangnya kira-kira 250 tahun setelah Nabi wafat, pereka-
pereka hadis mencipta hadis dan mendakwa nabi Muhammad meninggalkan dua buah
buku, iaitu al-Quran dan Hadis. Ini merupakan tambahan kepada ajaran al-Quran yang
sudah pun lengkap dan sempurna.33
33
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 6 pada 15 April 2007.
19
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
5) Imam Al-Syafi’i adalah Pencipta Doktrin “Sumber Perundangan Islam yang
Kedua ialah Hadis”.
Kassim Ahmad : “Sebab apa..sapa punya dosa ni.. tak lain tidak bukan, Imam al-
Syafi’i. Baca buku dia al-Risalah.. dan saya sebut buku dia dalam ni.. saya sebut dia
punya huraian tentang hadis, hikmah apa semua. Imam al-Syafi’i, dia tokoh Islam yang
mula-mula yang mengatakan umat Islam wajib pegang dua sumber sama. Principle
sources, sumber-sumber utama, Quran dan Hadis. Dia hidup 125 tahun selepas nabi
wafat. Sebelum daripada tu, hadis dah ada dah, tapi tak wajib. Dia wajibkan setelah
orang menerima doktrin baru yang telah diperkenalkan oleh Imam al-Syafi’i. Besok
nanti Tuhan tanya dia, “wahai Muhammad, kamu ka yang buat hadis”.. Muhammad
jawab, aku tak tahu hadis. Dia tanya Imam al-Syafi’i, “kamu ka yang wajibkan hadis”..
dia nak lari mana.. dia kena. Saya sudah tulis di blog saya... hadis is a scandal.. bukan
nabi Muhammad cakap. Orang lain cakap dan disangkutkan kepada Nabi Muhammad
sebab nama nabi Muhammad ni besar..”34
Petikan kata-kata beliau dalam “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” : “Tesis-tesis saya
dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan al-Quran selama kira-
kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran
hadith/sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru
yang muncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi,
dan tidak mempunyai autoriti dalam al-Quran dan sejarah.”35
Kassim Ahmad menganggap bahawa Imam al-Syafi’i adalah orang yang pertama
mengisytiharkan hadis sebagai sumber hukum yang sama dengan al-Quran. Sebelum
itu, hadis hanya digunakan sebagai teladan atau predent. Oleh kerana itulah tiada
pengumpulan hadis secara rasmi dibuat sebelum rumusan yang dibuat oleh Imam al-
Syafi’i.
Kassim Ahmad : “Ya.. dia ada macam-macam saya tahu, saya dah baca semua tu.
Boleh pakai untuk kita kaji hadis. Tapi jangan lupa, yang pilih hadis ni sapa dia.
Setelah Imam al-Syafi’i buat doktrin baru tadi.. hadis dan Quran wajib kepada orang
Islam.. dia hidup setelah 125 tahun nabi Muhammad wafat. Katalah dia buat buku dia
dalam umur 40 tahun. Jadi makna 125 + 40 = 165 tahun. Bila dia cakap macam tu dan
orang terima, timbullah Bukhari, Muslim apa semua yang kutip hadis. Bukhari kutip
600 000 hadis. Ini saya tulis semua dalam ni. Dia pilih 7 ribu berapa saja. Makna dia
34
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 35
Kassim Ahmad. 1992. Hadith Jawapan Kepada Pengkritik. Kuala Lumpur: Media Indah Sdn.Bhd.
Hlm. 12.
20
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
tolak 99.9. Dialah orang antihadis yang pertama dalam dunia, bukan Kassim Ahmad.
Faham Tak.”36
Kassim Ahmad juga menganggap bahawa penerimaan hadis setelah 200 tahun
kewafatan Nabi adalah penyelewengan yang besar.
Institusi hadis yang masuk ke dalam masyarakat Islam awal kira-kira 300 tahun setelah
Nabi Muhammad wafat itu penyelewengan besar yang pertama yang dilakukan oleh
umat Islam. Kita lihat gerakan tajdid moden yang bermula dengan Sheikh Muhammad
Abduh (m.1905) gagal membersihkan penyelewengan besar ini. Daki hadis terlalu
tebal.37
6) Hadis-Hadis Di Dalam Sunan Sittah Perlu Dinilai Semula
Kassim Ahmad : “Ada sesetengah yang terang-terang bercanggah dalam Quran. Ada
yang terang-terang selaras dengan Quran.. boleh pakai lah. Ada yang tak berapa
terang.. neutral. Dalam buku merah tu saya sudah sebut semua. Sebab tu saya tak
boleh dicop sebagai antihadis.. saya kritikal. Faham makna kritikal dengan anti. Anti,
kita tolak semua. Kritikal makna semak balik. Ha.. diaorang tak boleh faham punya.
Bahasa pun tak boleh faham, macam mana nak bincang pasal ni.
Kriteria dia yang pertama ialah tak bercangah dengan al-Quran. Kalau bercanggah
dengan al-Quran.. siapa cakap pun.. Imam Shafie ka.. Imam Ghazali ka.. tak boleh
pakai. Jangan kita mendewa-dewakan sarjana termasuklah sarjana ugama. Tuhan dah
habaq dah dalam Quran ni.
Memang apa yang saya seru dulu pada tahun 86, sekarang sedang dibuat oleh
kerajaan Turki. Kerajaan Turki mula semak semula hadis macam saya saya kata.. itu
kerajaan Turki. Yang kedua, Fahad.. Raja Fahad Arab Saudi, dia juga kata semak
semula hadis. Tapi dia mati sebelum dia dapat melakukan apa-apa. Raja Fahad ni mati
tahun 1995 saya tak silap. Satu lagi, Professor Israr, UIA. Dia ni dari India tapi
mengajar di UIA. Dia juga buat seruan yang serupa 2 3 tahun sudah. Sebab apa yang
saya cakap memang betul. Ada satu lagi tokoh dari Arab Saudi nama Sheikh Hasan
36
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 37
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Forum Iqra’ ke 9 pada 23 April 2011.
21
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Farhan al-Maliki. Dia dari Arab Saudi. Dia kutuk budaya hadis yang mencemarkan
agama Islam. Dia kutuk.. makna kata dia cakap macam saya cakap.” 38
Kassim Ahmad telah menyatakan pendiriannya, atas nama ilmiah dan sikap kritikal
agar hadis-hadis di dalam Sunan Sittah dikaji semula untuk memastikan semua teks
hadis yang terkandung di dalamnya tidak bercanggah dengan al-Quran. Penilaian yang
dibuat adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pemahaman serta ijtihad generasi
baru yang semakin berkembang ilmunya.
Beliau menyebut dalam satu surat yang dihantar kepada Editor Majalah Sun :
Firstly the subject was the necessity for Muslms ti undergo reforms to enable them to
live fruitfully in and to confront the modrrn world. It was not aboit the so-called
“meticulous” methodology of hadis collection by Bukhari and the other famous hadis
collectors......Bukhari himself rejected 99% of what he collected.....in the revered
Bukhari collection run directly contrary to the teachings of the Quran.39
Berikut adalah pendirian beliau tentang kategori hadis dan status penerimaannya :
Bil. Kategori Hadis Status
1. Hadis-hadis yang bercanggah dengan
al-Quran
Tertolak
2. Hadis-hadis yang selaras dengan al-
Quran
Dipakai (walaupun pada hakikatnya
hadis-hadis ini mungkin tidak berasal
dari Nabi)
3. Hadis-hadis yang neutral, tidak jelas
bercanggah atau tidak jelas selari
dengan ajaran al-Quran
Rujuk kepada pakar
Rujuk kepada pihak berkuasa
Budibicara sendiri
38
Temu bual kajian secara langsung oleh kumpulan penyelidik Kajian Preliminari bersama Kassim
Ahmad di kediamannya Kulim Golf Resort pada 15 Disember 2015 antara jam 12-30-4.30 petang. 39
Surat Kassim Ahmad yang dihantar kepada Editor “The Sun” pada 31 Mac 2006.
22
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
KESIMPULAN
1. Penggunaan mana-mana istilah, sama ada anti-hadis atau ingkar sunnah adalah
sesuai.
2. Menggelarkan golongan ini sebagai “antihadis” atau “ingkar sunnah” adalah tepat
kerana pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang diwakili oleh saudara
Kassim Ahmad seperti berikut :
a. Hadis merupakan kaedah yang digunakan oleh musuh Islam untuk
menyelewengkan al-Quran.
b. Kesahihan sesebuah hadis itu sentiasa ada pertikaiannya dan tidak mutlak
sebagaimana al-Quran.
3. Beliau juga mengecil dan merendahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
penyampai risalah yang sekaligus merendahkan kedudukan hadis itu sendiri :
a. Sesuatu yang yang tidak logik sekiranya baginda mentafsir al-Quran kerana
baginda hanya mengetahui sesuatu yang sesuai dan terbatas pada waktu itu
sahaja.
b. Tidak sesuai dengan akhlak seorang nabi yang berjuang selama 23 tahun
menyeru kepada agama tauhid yang diajar oleh semua nabi kemudian
menyuruh umat Islam mengucap dua kalimah syahadah yang mengutamakan
beliau sendiri mengatasi nabi-nabi lain.
4. Namun begitu, ada pernyataan yang menggambarkan mereka masih menerima
hadis dan bukan antihadis seperti :
a. Hanya menolak hadis sebagai sumber hukum yang mutlak tetapi menerima
hadis sebagai sumber hukum kedua selagi ia tidak bercanggah dengan al-
Quran.
b. Hadis wujud pada zaman awal lagi yang berupa sahifah iaitu sebelum
kumpulan-kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara
rasmi selepas pengisytiharan Imam Syafi’i bahawa hadis/sunnah juga perlu
dipegang oleh umat Islam.
23
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
c. Pembuktian sejarah tentang wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh
Nabi Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-
surat baginda kepada Kristian pada waktu itu.
5. Tetapi ia seakan bercanggah dengan pernyataan-pernyataan keras seperti :
a. Hadis atau sunnah nabi adalah ajaran palsu.
b. Hadis atau sunnah Nabi adalah satu kuasa palsu.
c. Kebanyakan hadis adalah omong kosong yang menyesatkan.
d. Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tiada jaminan.
e. Hadis hanyalah satu tekaan dan agakan.
6. Kassim Ahmad tidak menggunakan metode ulama hadith melalui kajian sanad dan
analisa matn, al-takhrij, al-tarjih, al-tawfiq, al-jamc, perbandingan hadis dengan
nas al-Qur’an dan disiplin-disiplin lain.
7. Kriteria penetapan kesahihan suatu hadis melalui metode kritik sanad dan matn
oleh para ulama hadis bukan merupakan metode yang dibina melalui pemikiran
peribadi dan melihat aspek sosio-historis masyarakat setempat semata-mata
sebagaimana yang dilakukan oleh Kassim Ahmad.
8. Gerakan antihadis ini berkongsi idea yang hampir sama dengan golongan ajaran
sesat dan liberal yang mempunyai fahaman dan tafsiran yang salah terhadap ajaran
Islam yang sebenarnya.
9. Golongan ini tidak menolak hadis secara keseluruhannya, tetapi imbangan
penolakan kepada hadis adalah lebih dominan berbanding penerimaan. Mereka
bahkan merendah-rendahkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan peranan
baginda.