ANALISIS KANDUNGAN KERTAS KERJA 'TAREKAT ...
Transcript of ANALISIS KANDUNGAN KERTAS KERJA 'TAREKAT ...
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1
ANALISIS KANDUNGAN KERTAS KERJA ‘TAREKAT
NAQSHABANDIYYAH DAN PERMASALAHANNYA’ DALAM
PROSES PENGHAKIMAN TERHADAP TAREKAT
NAQSHABANDIYAH YANG DIBAWA PROF. KADIRUN YAHYA.
HAMIDUN MOHAMAD HUSIN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
ABSTRAK
Tarekat Naqshabandiyah yang dibawa Prof. Kadirun Yahya telah diharamkan pihak
berkuasa agama negara ini seawal tahun 80an atas dakwaan berlakunya beberapa
penyimpangan dalam doktrin dan pengamalannya. Artikel ini cuba menganalisa satu kertas
kerja bertajuk“Tarekat Naqshabandiyyah dan Permasalahannya” yang dikenalpasti terkait
dengan penghakiman terhadap Tarekat Naqshabandiyah Kadirun Yahya di Malaysia.
Justeru makalah ini cuba membincangkan perkaitan kertas kerja ini dengan isu
Naqshabandiyah Kadirun Yahya, peranan yang cuba dimainkannya dan analisis kandungan
terhadap isi dan pandangan yang dikemukannya. Kajian menggunakan pendekatan
kepustakaan dokumentasi sejarah dan melakukan analisa dokumen dengan membuat
rujukan silang terhadap literature Naqshabandi yang berkaitan. Adalah didapati kertas
kerja ini mengandungi beberapa kejanggalan dalam beberapa dapatan dan pandangannya,
malah mesyuarat peringkat kebangsaan yang mendengar pembentangannya didapati telah
meluluskan usul yang bertentangan denga n saranan utamanya sendiri.
Kata kunci : Analisis Kandungan, ‘Tarekat Naqshabandiyyah dan Permasalahannya’,
Tarekat Naqshabandiyah Yang Dibawa Prof. Kadirun Yahya.
Pengenalan
Tarekat Naqshabandiyah adalah salah satu tarekat muktabar yang masih dapat ditemui
dalam masyarakat muslim masakini. Namun tarekat Naqshabandiyah yang dipimpin Prof.
Kadirun Yahya telah diharamkan pihak berkuasa peringkat Kebangsaan di Terengganu pada
Mesyuarat Muzakarah Jawatankauasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-3 pada 15-16 November 1981. Antara salah laku yang direkodkan
ialah kerana mendewa-dewakan guru, pemujaan guru sehingga ke tahap Rasul, amalan
tarekat yang mengadungi unsur syirik dan elemen –elemen yang bertentangan shariah.
Lebih awal dari itu di peringkat negeri, Majlis Ugama Islam Kelantan pada 4 Ogos 1980
telah mengeluarkan siaraya umum kesalahan kumpulan ini berdasarkan keputusan Jemaah
Ulamak Majlis Agama Islam Kelantan pada 20 Januari 1978. (Hamidun Mohamad Husin.
2015. Hlm. 223)
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2
Kertas Kerja Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya yang ditulis Sahibussamahah
Mufti Negeri Sabah, Tuan Haji Said bin Haji Ibrahim telah dibentangkan pada Muzakarah
Jawatankauasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-
14 meeting pada 22-23 November 1985. Ia dikenalpasti dokumen kedua seumpamanya
dalam kes melibatkan kunpulan sama selepas Kertas Lapuran Tarikat Naqshabandiah al-
Khalidiah–Kadirun Yahya yang dibentang lebih awal di hadapan jawatankuasa yang sama
dalam mesyuarat kali ke-3 pada 15 dan 16 November 1981.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-14, seusai pembentangan tersebut bersetuju
mengambil ketetapan-ketetapan berikut :
1. Walaupun tasawuf dan tarekat adalah sah menurut pandangan dan amalan Islam, isu
melibatkan kumpulan Prof. Kadirun Yahya adalah melibatkan penyimpangan dari prinsip-
prinsip yang diakui Shariah.
2. Penyimpangan ini adalah kerana kelemahan iman dan kekurangan ilmu di kalangan
pengikut selain motif bersifat peribadi.
3. Pengamalan zikir yang melibatkan pembayangan wajah guru, pemujaan secara luaran
dan dalaman terhadap guru dan sebab-sebab yang lain yang mengesahkan kesesatan
kumpulan ini dari agama Islam. (1986. Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke -17. 6 Oktober. Hlm.)
Metodologi Kajian
Penelitian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kertas kerja ‘Tarekat
Naqshabandiyyah dan Permasalahannya’ berdasarkan kerangka disiplin tarekat
Naqshabandiyah.
Diskripsi Kertas Kerja Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya
Kertas kerja setebal 24 halaman ini ditulis dalam Bahasa Melayu secara bertaip dengan
tulisan jawi di atas kertas A4. Secara turutan ia disusun menerusi subtopik dengan
pernomboran tak tekal (pernomboran 1-7, dan sub-topik tidak bernombor selepas itu) dan
pemberatan halaman bicara seperti berikut :
1. Pendahuluan -( satu halaman)
2. Latarbelakang - ( satu halaman)
3. Ilmu Kebatinan atau Kerohanian - ( satu halaman lebih)
4. Firqah-firqah Ilmu Kebatinan/ Kerohanian - ( kurang satu halaman)
5. Tarekat tarekat yang Terkenal - ( satu halaman lebih)
6. Tarekat Naqshabandiyah - (pengenalan umum, setengah halaman)
7. Pengajaran –pengajaran dalam Tarekat Naqshabandiyah - (satu halaman)
Dasar Tarekat Naqshabandiyah – (empat setengah halaman)
Adab-adab Murid Terhadap Shaykh-shaykh Tarekat - (Lapan halaman lebih)
Bertentangan dan Menyelewengkan (setengah halaman)
Gejala (satu halaman)
Kesimpulan (satu halaman lebih).
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3
Pandangan dan Pendapat (sepertiga halaman)
Syor dan Cadangan (satu halaman).
Di dalam pendahuluannya, kertas kerja ini mengimbau beberapa ajaran sesat dan tarekat
yang pernah muncul di dalam negara antaranya Naqshabandiyah Kadirun Yahya dan
Naqshabandiyah Haji Yahya Rambah. Ajaran dan tarekat ini mula disebar secara rahsia
sebelum diajarkan secara terang-terangan dan di tempat khas mereka. Walaupun kesalahan
dalam kaifiyat dan adab murid kepada shaykh yang dibicarakan berkait dengan dua tarekat
yamg dinyatakan, namun ia seharusnya dilihat merangkum semua tarekat yang lain yang
ada percanggahan dengan akidah dan syariat. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm.1)
Menerusi latarbelakang, dinyatakan bahawa pada permulaan Islam dahulu, ilmu atau
gerakan kebatinan (yang kini dinamakan ilmu kebatinan atau kerohanian) adalah suatu yang
tidak dikenal. Fahaman baru yang dibawa orang Hindu dari India, orang Kristian dari Syiria
ini, pengaruh kerohanian Parsi dan aliran Falsafah Greek sekalipun ditentang para ulamak
telah diterima dan meresap kedalam kehidupan kerohanian umat Islam seawal abad Kedua
Hijrah. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 2)
Menerusi subtopik 3, diungkapkan fenomena ilmu kerohanian berasal agama Kristian yang
cuba mengasingkan diri dari kehidupan dunia kerana ia adalah tempat penuh dosa dan
kekejaman, usaha penyerahan diri (kepada Tuhan) yang tidak terbatas hingga hilang
kesedaran terhadap diri dan dunia yang dihuni, mengusahakan muraqabah dan mushahadah,
berpuasa, berjaga malam, mengucap zikir, melatih pemikiran malah dengan jalan antaranya
mengambil nafas dalam asapan kemenyan untuk mencapai kekuatan jiwa. Kes Ana al-Haqq
oleh al-Hallaj (ditulis dalam kertas berkenaan sebagai )الخالج yang dianggap suci
pengikutnya sehingga membawa kematiannya dalam keadaan sesat di Bahgdad, malah kisah
seumpamanya seperti cerita Shaykh Siti Jenar dan Hamzah Fansuri di rantau ini adalah
contoh yang dapat kita kaitkan. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 3-4)
Seterusnya di dalam Firqah-firqah Ilmu Kebatinan/ Kerohanian, dinyatakan bahawa setelah
ilmu kebatinan/kerohanian tersebut meresap ke dalam masyarakat, telah muncul firqah-
firqah ilmu kebatinan / kerohanian dipimpin oleh guru mereka masing-masing dengan
kaifiat dan cara tersendiri, meraba-raba mencari agama yang hak, dan antara satu sama lain
tidak mempunyai kaifiyat yang bersamaaan.
Inilah yang kemudiannya dikenali sebagai tarekat. Guru-guru tarekat ini sangat dihormati,
manakala ajarannya ada yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Ulamak,
pemimpin dan kerajaan sangat berhati-hati dan mengekori perjalanan tarekat-tarekat ini.
Tarekat menyimpang ini banyak terdapat di Indonesia. Ia jauh menyimpang dari ajafan
Islam sehingga sebahagiannya hampir membawa kekufuran. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm. 4)
Manakala dalam subtopik Tarekat-tarekat yang Terkenal, kertas kerja ini telah menyatakan
secara ringkas pengenalan 7 tarekat terkenal iaitu tarekat Qadiriyah, Rifaᶜ iyah, Syazuliyah,
Ahmadiah, Maulawiyah, Naqshabandiyah dan Haddadiyah. Tarekat Naqshabandiyah
Kadirun Yahya dan Naqshabandiyah Haji Yahya Rambah tidak termasuk dalam senarai
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4
tarekat terkenal tersebut kerana keduanya baru sahaja diperkenalkan di Negara kita pada
tahun 70an. Kedua dua tarekat ini bagaimanapun sangat mempengaruhi umat Islam
terutamanya di negeri Selangor. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm.6)
Dalam menerangkan tarekat Naqshabandiyah dalam subtopik 6, dinyatakan secara ringkas
maklumat pengasasnya dan antara negeri yang mendapat pengaruh besar tarekat ini adalah
Malaysia dan Indonesia, terutama di daerah (propinsi)Sumatera, Jawa dan Madura. (Tarekat
Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 6)
Di dalam subtopik Pengajaran –pengajaran Dalam Tarekat Naqshabandiyah, disentuh secara
ringkas tentang rabitah (menggambarkan rupa guru apabila handak memulakan zikir),
bersuluk, berkhalwah atau bertapa selama 40, 20 atau 10 hari, larangan makan daging
semasa suluk, kenyataan umum tentang kaifiat khusus berzikir, penggunaan lafz al-Jalalah
Allah da;am zikir, 7 nama laṭ aif zikir dan bilangan zikir di setiap lataif. (Tarekat
Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 6-7)
Seterusnya dalam Dasar Tarekat Naqshabandiyah, diterangkan secara ringkas 11 prinsip
amalan tarekat yang digagaskan Shaukh Baha al-Din Naqshaband dan Shaykh Abdul Khaliq
al-Ghujdawani iaitu Huwash Dardam, Nazar Barqadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar
Anjaman,Yard Kard, Baz Kasht, Nakah Dasht,Yad Dasht, Wuquf Zamani, Wuquf Adadiy,
dan Wuquf Qalbiy. Jelaslah bahawa sekalipun dasar tarekat ini baik kerana mengajak
mengingati Allah sepanjang masa, ia tidak diambil dari Nabi S.A.W. dan para sahabat.
(Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm.7-11)
Manakala dalam perbincangan Adab-adab Murid Terhadap Shaykh-shaykh Tarekat, penulis
makalah menyatakan bahawa murid tarekat mestilah menuruti adab-adab yang tertentu bila
berhubungan dengan gurunya sebagaimana yang dijelaskan Shaykh Muhammad Amin al-
Kurdi didalam Tanwir al-Qulub Fi Muamalat Allam al-Ghuyub. Menurutnya terdapat
beberapa adab yang bertentangan dengan akidah dan syariat, antaranya seperti berikut :
i. Perkara memuliakan shaykh secara zahir dan batin, dimana adalah keterlaluan,
menjadi satu kesalahan dan bertentangan dengan aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
apabila “mengiktikadkan bahawa tidak akan berhasil sesuatu maksud kecuali dengan usaha
dan kekuasaan shaykhnya”, sedangkan “seseorang manusia itu mempunyai daya usaha
sendiri untuk mendapat atau menghasilkan sesuatu maksud mengikut kadar usaha mereka
itu sendiri” dan “bahawa setiap manusia itu mestilah berusaha sendiri, jangan semata-mata
mengharapkan hasil sesuatu maksudnya dari berkat shaykh-shaykh tarekat saja”. Selain itu
adalah salah fahaman bahawa “mengubah perhatiannya kepada shaykh-shaykh tarekat yang
lain akan terhalang atau tersekat apa yang terdapat pada shaykhnya yang dahulu itu dan
akan tertutup limpah kurnia Allah”, dengan hujah bahawa tiada sesuatu pun (termasuk
akibat mengubah perhatian kepada guru lain) dapat melemahkan kekuasaan Allah seperti
dinyatakan dalam firman Allah surat Fatir ayat 44. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm.12-13).
ii. Soal patuh dan rela dengan apa yang dilakukan Shaykh kepada diri dan harta
senagai bukti kasih dan ikhlas. Ini bertentangan dengan Islam kerana “pengamal tarekat ini
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
5
tentu akan patuh dan rela menyerahkan isteri dan harta bendanya kepada shaykhnya, bila
shaykh tarekat mengkehendakinya” sedangkan hadis jelas menyatakan ‘Tiada ketaatan
kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah’. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm. 14).
iii. Isu tidak boleh mengkritik dan menegur perbuatan shaykh sekalipun nyata ianya
haram, dan tidak boleh bertanya kepada gurunya mengapa lakukan perkara ini kerana ia
akan menahan pengamal memperolehi kebahagian selama-lamanya. Dijelaskan bahawa
perkara ini terang-terangan bertentangan dengan pengajaran Quran dan Sunnah mengenai
al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy an al-Munkar. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm. 14-15).
iv. Pengamal tarekat ini “meninggalkan ikhtiarnya sendiri pada semua perbuatan
dengan melaksanakan ikhtiar shaykhnya” dalam semua urusan kehidupan, sedangkan
“menurut akidah Islam, seorang manusia itu mestilah berikhtiar sendiri untuk mendapat
suatu kebaikan dan menolakkan dirinya daripada keburukan atau kejahatan. (Tarekat
Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 16).
v. Pengamal tarekat ini hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap barakah dunia atau
akhirat yang diperolehinya adalah hasil barakah shaykhnya. sikap ini akan menimbulakan
kesan enggan bersusaha di kalangan pengamal, malah sebaliknya sanggup menerima apa
saja yang dilakukan shaykh termasuk menyerahkan anak isteri dan harta benda kerana
mengharapka keberkatan. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 16-17).
vi. Larangan membuka rahsia shaykh sekalipun mereka (murid-murid) dicincang
atau dipotong-potong badannya. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm.17-
18). Kertas kerja ini menjelaskan bahawa larangan membuka saudara Islam adalah dalam
perkara yang tidak melibatkan kerosakan agama, negara dan masyarakat, manakala
menyembunyikan rahsia yang tidak seharusnya disembunyikan adalah dikira bersubahat
dan bertentangan dengan nas (seperti ayat 2 Surah al-Maidah) yang melarang bertolong-
tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm. 17-18).
vii. Larangan berkahwin dengan janda atau wanita yang dicintai shaykh – kerana
tiada larangan seumpamanya dalam nas Quran dan Sunnah. Ini secara tidak langsung
meletakkan shaykh tarekat naqshabandiyah setaraf dengan Rasulullah S.A.W yang bekas
isterinya tidak boleh dikahwini umat Islam. (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm.18-20).
Maka disimpulkan dalam subtopik Bertentangan dan Menyelewengkan bahawa ketujuh-
tujuh adab yang disenaraikan adalah bertentangan dengan hukum syarak dan boleh
menyelewengkan akidah. Dalam masa sama dapat difahami bahawa para “shaykh tarekat ini
Naqshabandiyah ini adalah manusia paling sempurna , mempunyai keberkatan yang boleh
menghasilkan maksud, di mana segala perkara yang dilakukan shaykh tarekat ini mestilah
diterima dengan penuh kerelaan hati tanpa persoalan, dan seolah-olahnya pula shaykh
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
6
tarekat ini sama dan setaraf dengan Rasulullah SAW.” (Tarekat Naqshabandiyah dan
Permasalahannya. Hlm. 20).
Seterusnya di dalam subtopik Gejala, penulis berpandangan bahawa perkara yang telah
dinyatakan akan membawa kesan buruk terhadap masyarakat, agama dan negara, di mana:
i. Pengikut tarekat ini tidak akan taat kepada Uli al-Amr, sebaliknya hanya patuh
kepada shaykhnya sahaja.
ii. Pengikut tarekat ini akan menganggap orang yang tidak beramal dengan tarekat ini
amalannya tidak bersih dan tidak diterima Allah lantaran hati masih teringat selain
Allah.
iii. Sikap taasub melulu kepada Shaykh “akan me(wujud)kan satu bentuk ubidiyah yang
lain selain Allah Taala”.
iv. Pengikut tarekat ini akan malas berusaha dan berikhtiar kerana mengharapkan
barakah shaykh dan akan berputus asadari mengharap rahmat Allah (Tarekat
Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 20-21).
Kertas kerja tersebut seterusnya mencatatkan Kesimpulan, seperti yang berikut :
1. Ajaran dan kaifiyat amalan tarekat ini bukan dari Rasulullah SAW.
2. Tarekat yang diasaskan Shaykh Baha al-Din Naqshaband ini hanya mula dikenal
abad ke7 Hijrah.
3. Tarekat ini mengandungi ajaran, amalan dan kaifiat yang tidak terdapat dalam
Sunnah Rasul atau amalan sahabat dan salaf al-soleh.
4. Dasar tarekat ini ialah beramal dengan 11 perkataan, 8 diambil dari bahasa Parsi dan
diterjemahkan kedalam bahasa Arab. 3 perkataan lagi diambil dari bahasa Arab.
5. Tarekat ini berasal dari aliran ilmu kebatinan/kerohanian Masihi, Parsi dan India
yang meresap masuk ke dalam amalan kebatinan Islam pada abad ke-2 Hijrah.
6. Adab-adab murid kepada guru dalam tarekat ini bertentangan dengan akidah dan
hukum syara’ dan boleh menyebabkan kekufuran.
7. Pengajaran pengajaran dalam tarekat ini lebih menekankan perhatian dan
bergantung kepada guru murshid.
8. Semasa berzikir pengikut mestilah melakukan rabitah dan (ber)wasilah.
9. Pengikut sangat menghormati guru melebihipenghormatan terhadao Rasulullah
S.A.W.
10. Pengikut tarekat ini sangat menggantungkan (harapan dalam) kesemua urusan
kepada guru mereka dengan membelakangkan kekuasaan Allah Taala.
11. Pengikut meninggalkan ikhtiar diri sendiri, sebaliknya semata-mata
bergantungdengan ikhtiar shaykhnya.
12. Pengikut menganggap semua kebaikan diperolehi adalah tantaran keberkatan
shaykh.
13. Ketaatan pengikut kepada shaykh mengatasi segalanya. (Tarekat Naqshabandiyah
dan Permasalahannya, hlm. 21-23).
Di dalam Pandangan dan Pendapat, kertas kerja ini mencadangkan 4 faktor berikut dikaji
lebih mendalam:
i. Pengajaran-pengajaran & amalan-amalan Tarekat Naqshabandiyah
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7
ii. Dasar-dasar untuk beramal dengan Tarekat Naqshabandiyah.
iii. Adab-adab murid terhadap Shaykh.
iv. Gejala yang akan timbul dan akan dihadapi masyarakat, agama dan Negara.
(Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm. 23).
Dan akhirnya, kertas tersebut memberi Syor dan Cadangan berikut :
1. Muzakarah yang bersidang mengeluarkan fatwa berkenaan tarekat Naqshabandiyah,
khususnya Naqshabandiyah Kadirun Yahya Medan, berasaskan 4 faktor yang telah
dinyatakan di atas.
2. Kajian semula dilakukan terhadap Bahagian Tarekat Naqshabandiyah dalam Kitab
Tanwir al-Qulub Fi Muamalat Allam al-Ghuyub karangan Muhammad Amin al-
Kurdi.
3. Muzakarah yang bersidang hendaklah bersedia mengemukakan hujah yang kuat
menolak hujah pengamal Naqshabandiyah supaya fatwa yang dikeluarkan tidak
dianggap lemah dan melulu. (Tarekat Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Hlm.
24).
PERBINCANGAN & DAPATAN KAJIAN
Tanpa mengurangi sedikitpun penghargaan atas penyediaan kertas kerja ini dalam usaha
menyumbang kepada agama Allah, kertas kerja ini harus diakui telah menimbulkan
beberapa kegusaran. Beberapa pemerhatian dapat dicatatkan, antara lain bagaimana
kebimbangan mendalam terhadap pengaruh asing terhadap kerohanian Islam telah
menenggelamkan fakta bahawa kerohanian itu sendiri adalah bahagian yang integral dari
Islam, diajar oleh Rasulullah S.A.W. dan tersimpan kemas dalam perbendaharaan Quran
dan Sunnah.
Relevansi kebobrokan sisi jelek tasawwuf yang menolak dunia dan juga insiden al-Hallaj
yang dibicarakan kertas kerja tersebut tidak dinyatakan perkaitan lansungnya dengan isu
yang dibincangkan. Menolak tarekat Naqshabandiyah Kadirun Yahya dan Hj Yahya
Rambah dari kalangan tarekat terkenal (mu’tabarah) tidak dibuat dengan betul, – hanya
kerana kedua-duanya baru diperkenalkan di Negara ini pada tahuan 70an, dan bukan dengan
meneliti keabsahan sanad dan amalan tarekat mereka. Manakala 11 prinsip yang diformulasi
pendiri-pendiri Naqshabandiyah dan bukan rasulullah SAW adalah fakta yang diakui semua
pengamal Naqsbandiyah. Selain menyatakan dasar Naqshabandiyah pada pokoknya adalah
baik kerana mengajak manusia sentiasa mengingati Allah, penulis tidak menyatakan
pertentangan prinsip-prinsip tersebut dengan mana-mana ajaran yang dibawa Nabi SAW.
Sementara 7 adab yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut dilihat bermasalah, rujukan
kepada versi asal Tanwīr al-Qulūb menemukan pandangan yang lebih moderat dan dapat
difahami. Maklumbalas atas 7 penyimpangan adab yang dinyatakan kertas kerja tersebut
adalah seperti berikut :
i. Ia menyatakan bahawa murid mestilah menghormati dan membesarkan gurunya
secara luaran dan dalaman, meyakini matlamatya tidak akan tercapai kecuali di
tangan shaykhnya (
Muhammad Amin al-Kurdi. Tanwir al-Qulub. Hlm.455 Ia menyarankan
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
8
supaya murid yakin akan keberhasilannya di bawah bimbingan shaykh, dan tiada
sebarang kena mengena untuk membuang keyakinan murid terhadap usahanya
sendiri dan bergantung dengan keberkatan shaykh. Manakala sekatan limpahan dari
keberkatan shaykh kerana memberi perhatian kepada shaykh lain adalah psikologi
memandang tinggi terhadap guru yang cuba diterapkan, bahawa kalau hilang adab
murid mungkin akan terhalang mendapat limpahan (
Muhammad Amin al-Kurdi. Hlm.455
ii. Mengenai kepatuhan murid kepada shaykh sehingga menyerahkan harta dan isteri, ia
adalah pernyataan yang sangat menyimpang dari maksud. Al-Kurdi menyatakan
murid ‘haruslah menerima akur dan redha dengan tindaklaku shaykh, berkhidmat
kepadanya dengan harta dan dirinya’.(
Muhammad Amin al-Kurdi. Hlm.455-6
iii. Manakala mengenai larangan menegur shaykh, Al-Kurdi menyatakan bahawa murid
tidak membantah shaykh apa apa yang dilakukannya walaupun zahirnya perbuatan
shaykh nampak haram dan tidak berkata mengapa Tuan lakukan sedemikian? Kerana
seiapa yang berkata mengapa tidak akan berjaya selamanya.
Muhammad Amin al-Kurdi. Hlm.456
Isu larangan membantah shaykh ini harus dilihat secara menyeluruh meliputi aspek
syariat dan akhlak (adab) dan tidak mengambil secara literal text kata-kata al-Kurdi
yang berkenaan di luar konteks kefahaman Quran dan Sunnah. Ia adalah saranan
bagi keindahan adab seorang murid kepada guru, yang dipandu oleh kepatuhan
kepada Syariah. Dengan demikian soal pertentangan larangan menegur shaykh
dengan pengajaran Quran dan Sunnah mengenai al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy an
al-Munkar sebagaimana ditimbulkan kertas kerja ini tidak berbangkit. Sehubungan
ini, s
iv. Mengenai meninggalkan ikhtiarnya sendiri dalam semua perkara, dan sebaliknya
melaksanakan ikhtiar shaykhnya. Al-Kurdi menyatakan bahawa murid hendaklah
menolak kehendaknya sendiri dan mengambil ikhtiar shaykhnya dalam semua
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
9
urusan, secara menyeluruh atau sebahagiannya, urusan ibadah atau urusan biasa )
Muhammad Amin al-Kurdi. Hlm. 456
Dalam menekuni perkara ini kertas kerja tersebut dinilai telah masuk ke dalam
perbahasan ilmu kalam tentang al-kasb wa al-ikhtiyar apabila perbincangan tentang
ikhtiar dikaitkan dengan kewajipan setiap mukallaf berikhtiar (berusaha) sendiri
mendapat sesuatu kebailan dan menolak keburukan, sedangkan perbahasan asal ialah
tentang keutamaan pilihan guru (kerana ilmunya, kedekatannya dengan Allah dan
kedekatan pilihannya dengan kehendak Allah) berbanding pilihan murid itu sendiri.
v. Manakala deduksi mengenai kepercayaan barakah shaykh yang menimbulkan kesan
enggan berusaha di kalangan pengikut atau paling tidak - mengutamakan keberkatan
shaykh berbanding usaha, ikhtiar dan kehendak Allah, sehingga ada yang sanggup
menerima apa saja yang dilakukan shaykh termasuk menyerahkan anak isteri dan
harta benda (kerana mengharapkan keberkatan) pula dilihat agak keterlaluan, kerana
al-Kurdi sekadar menyatakan yang murid itu wajar berpandangan bahawa setiap
keberkatan yang ia perolehi di dunia dan akhirat adalah dengan keberkatannya – dan
tidak lebih dari itu
Muhammad Amin al-Kurdi. Hlm.456
vi. Larangan membuka rahsia shaykh sekalipun mereka (murid-murid) dicincang atau
dipotong-potong badannya.Di dalam textnya, al-Kurdi (Hlm. 456) mencatatkan (
Dr. Hj. Mohd Jahid Hj. Sidek menyatakan
maksudnya ialah tidak menyebarkannya walau dengan apa cara sekalipun. (2007.
Hlm. 389). Manakala Dr. Mohd Yusof Niteh (2013) menjelaskan ianya adalah
pernyataan figuratif (figurative speech) bagi menolak perbuatan yang dinyatakan.
Apa yang dapat diteliti, ia adalah lanjutan daripada adab penghormatan yang lebih
asas seperti bercakap dengan suara yang lebih lantang dari suara shaykh, hanya
bertanyakan perkara yang tidak diketahui, dan sebagainya.
Mengenai larangan berkahwin dengan janda atau wanita yang dicintai shaykh pula,
al-Kurdi (Hlm. 456 ) menyatakan
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
10
PENUTUP
Berdasarkan hujahan yang dikemukakan selain syor dan cadangan supaya fatwa mengenai
tarekat Naqshabandiyah Kadirun Yahya dikeluarkan, peranan kertas kerja ini dalam
mendakwa (dan seterusnya menghakimi) terhadap kumpulan ini adalah amat jelas.
Walaubagaimanapun adalah dikesalkan kerana kertas kerja mengandungi beberapa salah
penafsiran terhadap beberapa adab yang dibincangkan, selain kesimpulan-kesimpulan yang
dilihat agak tergesa-gesa. Penghormatan terhadap shaykh melebihi penghormatan terhadap
Nabi SAW umpamanya telah dibina berasaskan salah faham terhadap adab murid kepada
guru. Malahan menggarap kesimpulan bahawa pengikut tarekat menggantungkan urusan
kepada shaykh tarekat dengan membelakangkan kekuasaan Allah selain taat dan patuh
kepada shaykh mengatasi segalanya.
Mempertahankan agama serta adil dan saksama dalam melaksanakannya adalah tuntutan
yang tak terpisah satu sama lain. Walaupun sejarah mencatatkan bahawa fatwa
pengharaman tarekat ini kemudiannya benar berlaku, cadangan diutarakan kertas kerja
supaya kitab Tanwir al-Qulub dikaji semula telah ditolak, sebaliknya menyarankannya ianya
diterjemah dan disebarluaskan lagi kepada masyarakat. (Minit Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa kali ke 14. 1985. Hlm. 13).
RUJUKAN
1981. “Tarekat Nakshabandiyah Khalidiah Yang Dibawa Oleh Kadirun Yahya” (dalam
skrip jawi). Minit Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke -3. 15-16 November.
1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa kali ke 12. 21-22 Januari.
1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Yang Dipimpin Oleh Kadirun Yahya”. Minit
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 13. 1-2 Julai.
1985. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya (Ulasan/Hujah)”. Minit
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 14. 22-23 Oktober.
1986. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa kali ke 16. 18-19 Februari.
1986. “Tariqat Naqshabandiyah Khalidiyah Kadirun Yahya”. Minit Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa kali ke 17. 06 Oktober.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
11
Said bin Haji Ibrahim, Tuan Haji (Sahibussamahah Mufti Negeri Sabah). 1985. Tarekat
Naqshabandiyah dan Permasalahannya. Muzakarah Jawatankauasa Fatwa, Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-14. 22-23 November.
al-Baruhi, Sulaiman Ibrahim Umar. 2002. al-Ṭ uruq al-Ṣ ūfiyah Fī Mālīziyā Wa Atharuha
‘Ala al-Da’wah al-Islamiyah. Seremban: Dār al-Iftā’ Bi Wilāyat Najri Sembilan.
Hamidun Bin Mohamad Husin. 2015. The Fraternity Of Naqshabandiyah Khalidiyah Of
The Prof. Dr. H. Kadirun Yahya Foundation In Malaysia. A Critical Evaluation Of
Its Sufi Teachings And Practices. (Ph.D Thesis). USIM.
al-Kurdi, Muhammad Amin. 1995. Tanwīr al-Qulūb Fī Muᶜ āmalati ᶜ Allāmi al-Ghuyūb.
Lubnan : Dar al-Fikr.
Mohd Yusof Niteh. Penolong Pengarah Pusat Pengajian Teras. KUIS. 2013. Bahasa Literal
& Figuratif. (Temubual). 7 Februari.